Search This Blog

Thursday, October 3, 2013

Atlet lumba basikal digilis van

Atlet lumba basikal digilis vanMohamad Asmu'i digilis van pengiring ketika dalam perjalanan ke Balok Kuantan bersama 14 rakan di Kampung Pulau Serai, Dungun, semalam.

DUNGUN – “Tadi dia berat hati sertai konvoi, tak sangka ini petanda dia temui ajal.” kata Abdul Aziz Mohd Zahidi, 19, rakan karib Allahyarham Mohamad Asmu’i Ali @ Awang, 19.

Mohamad Asmu’i, pelumba basikal Sukma Terengganu terbunuh dalam kemalangan di Pulau Serai, Dungun, pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa bersama 14 peserta lain termasuk dua peserta wanita sedang berlatih berbasikal menuju ke Balok, Kuantan sebelum ke Sepang, Selangor bagi menyertai satu sirkit.

Tiba di tempat kejadian, basikal dinaiki mangsa hilang kawalan ketika cuba elak jalan rosak sebelum terjatuh dan digilis van mengiringinya.

Turut terbabit dalam kemalangan itu, rakannya, Mohd Fahmi Irfan Mohd Zailani, 21, namun Irfan hanya cedera ringan di lengan dan lutut.

Menceritakan detik sebelum kejadian, Abdul Aziz berkata, sebelum bertolak ke Balok, Kuantan, mereka bersarapan di Flat Hiliran Kuala Terengganu.

Katanya, ketika itu Mohamad Asmu’i tidak banyak cakap cuma memberitahu enggan menyertai perlumbaan di Sepang.

"Ketika minum, dia beberapa kali beritahu saya bahawa dia enggan mengayuh dan tak berapa seronok untuk menyertai perlumbaan itu, katanya kali ini dia hendak naik van saja.

“Tak sangka pula tingkah laku pelik Mohamad Asmu’i itu rupa-rupanya menjadi kenyataan, dia tak sempat berlumba,” kata Abdul Aziz.

Seorang lagi rakan arwah, Mohd Irfan berkata, ketika kejadian, dia sedang mengayuh basikal bersama Mohamad Asmu’i.

Katanya, tiba-tiba Allahyarham terbabas lalu terjatuh, manakala dia juga jatuh namun sempat mengelak daripada dilanggar van tersebut.

"Saya tak tahu apa berlaku, bila bangun saya lihat Mohamad Asmu’i sudah terbaring dan darah mengalir atas jalan,” kata Irfan.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacob tiba di lokasi kejadian berkata, pihaknya sedang mensiasat kes itu.

Katanya, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun.

Jenazah mangsa dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke kampungnya di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Tragedi ketiga babitkan pelumba basikal 

Jun lalu, seorang pelatih skuad projek pelapis lumba basikal Terengganu maut, manakala dua lagi cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika menjalani
latihan harian di Kuala Terengganu.

Mohd Shafik Imran Syahril, 15, dari Kampung Cabang Tiga, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala pelatih cedera ialah Ahmad Fikri Ahmad Fazli, 19, dan Cikku Mohamad Nadzmi Cikku Ramli, 19.

Ia berlaku ketika kira-kira 40 pelatih lumba basikal Terengganu termasuk dari pasukan TSG, Skuad Sukma dan projek pelapis pasukan lumba basikal Terengganu menjalani latihan
harian dari Kuala Terengganu menuju ke Bukit Besi melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Tahun lalu, seorang pelumba dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta berhampiran Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi pada Mac 2012 itu, Rafizi Hamdan, 37, mati di tempat kejadian selepas dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta Proton Saga, ketika berbasikal di
Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Taman Melawati ke arah Gombak.

Allahyarham Rafizi dilaporkan dalam perjalanan menyertai aktiviti berbasikal bersama anggota kelab tersebut.

Tukang kebun melampau kena dakwa

Tukang kebun melampau kena dakwaAzmi mengaku tidak bersalah meliwat dan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun serta mengaku tidak bersalah mencabul kehormatan tujuh lagi pelajar lelaki berusia antara 11 hingga 13 tahun.

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan meliwat dan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan satu, September lalu.

Bagaimanapun, Azmi Naman, 56, dari Kampung Padang Langkuas, Kelantan, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Firdaus Abdul Rahim.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Azmi didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa, 13, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, di sini, pada 1 September lalu, kira-kira jam 1 petang.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Azmi didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa di lokasi sama, pada hari dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu, Azmi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377 E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Muhammad Firdaus menetapkan 30 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, Azmi turut berdepan tujuh pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan tujuh pelajar lelaki berusia antara 11 hingga 13 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Azmi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa, 13, dengan maksud untuk mencabul kehormatannya dengan cara memegang kemaluannya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, 10 Ogos lalu kira-kira jam 12 tengah hari.

Dia didakwa mengulangi perbuatan sama di rumah berkenaan pada hari yang sama kepada seorang lagi mangsa, pelajar tahun enam, kira-kira jam 4 petang.

Azmi turut didakwa melakukan kesalahan sama kepada tiga lagi mangsa, masing-masing berusia 11 dan 13 tahun, pada 10 Ogos lalu, kira-kira jam 4 petang; 28 Ogos lalu, kira-kira jam 5.30 petang dan 6 September lalu, kira-kira jam 2.30 petang, di kediaman berkenaan.

Selain itu, Azmi didakwa mengulangi perbuatan itu kepada dua lagi mangsa yang masing-masing berusia 12 dan 13 tahun, di Markas Barisan Nasional Cawangan Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, di sini, antara 19 April hingga 4 Mei lalu, kira-kira jam 4 petang.

Bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu, Azmi berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 30 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen serta lantikan peguam.

Rozianti turut membenarkan Azmi dibebaskan dengan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin, dan menetapkan syarat bahawa kedua-dua penjamin mesti waris terdekat Azmi dan juga kakitangan kerajaan.

Pendakwaan kesemua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 20 September lalu melaporkan, seorang tukang kebun di sebuah sekolah di sini, diibaratkan bernafsu songsang apabila dipercayai tergamak meliwat lapan pelajar lelaki, dalam kejadian berasingan di rumah sewanya.

Suspek yang turut memiliki rekod jenayah meliwat sebelum ini dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak Januari lalu dan berlarutan sehinggalah rahsia terbongkar selepas salah seorang mangsa menceritakan kepada ibu bapanya.

Hanya kerana RM2

Hanya kerana RM2Tertuduh keluar dari mahkamah selepas mengaku salah mencuri duit tabung masjid, minggu lalu.

KOTA BHARU - Walau di rumah ALLAH SWT, tidak menjadi penghalang atau ketakutan buat seorang penganggur apabila sanggup mencuri RM2 duit tabung sebuah masjid di Jalan Sultanah Zainab, di sini, Khamis lalu.

Lelaki terbabit berjaya ditahan dan mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Namun, nasib Mohd Hadi Hamzah, 36, dari Kampung Jerus Melor akan diketahui pada 8 Oktober depan iaitu tarikh yang ditetapkan untuk pengemukaan fakta dan hukuman terhadapnya.

Mohd Hadi didakwa mencuri dua wang kertas RM1 milik tabung Masjid Muhammadi di sini, jam 9 malam pada 24 September lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Norida Mohd Husain.

Mimpi ngeri dua beranak

Mimpi ngeri dua beranakAlias memeriksa kerosakan pada bot gentian kaca miliknya sebaik tiba di Pantai Pulau Kekabu, semalam.

MARANG - Aktiviti menangkap ikan yang menjadi kegiatan harian dua beranak berakhir dengan episod menakutkan apabila bot gentian kaca dinaiki bertembung sebuah bot kayu menyebabkan mereka nyaris lemas di Laut China Selatan, semalam.

Nelayan terbabit, Alias Idris, 47, berkata, selepas bertembung bot kayu berkenaan, dia dan anaknya, Muhammad Aizat, 21, tersungkur dan nyaris terjatuh ke dalam laut, manakala bot gentian kaca dinaiki mereka pecah dan mulai karam.

“Kami langsung tidak nampak bot itu datang menghala ke arah bot kami. Kami bertembung dan menyebabkan bahagian hadapan bot ini pecah. Ia mulai karam apabila air masuk memenuhi ruang bahagian dalam bot.

“Saya secara spontan memaut bot kayu yang berada di depan mata manakala anak saya berusaha menyelamatkan dirinya agar tidak tenggelam bersama bot yang kami naiki,” katanya ketika ditemui di Pantai Pulau Kekabu, di sini.

Alias berkata, semasa kejadian keadaan sungguh cemas ditambah dengan suasana gelap gelita, namun dia bernasib baik kerana masih sempat mengikat tali bot miliknya pada bot kayu itu.

“Kejadian berlaku jam 5.30 pagi, kami dua beranak keluar ke laut kira-kira jam 5 pagi dan berada kira-kira lima kilometer dari Pantai Pulau Kekabu sebelum bot gentian kaca ini bertembung dengan bot kayu tersebut.

“Mujurlah saya sempat mengikat bot ini, walaupun ia tenggelam, kami masih dapat selamatkan dan menundanya ke pantai semula,” katanya yang keluar awal pada hari kejadian untuk menangkap ikan kembung.

Dalam pada itu, Alias yang juga ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang berharap dapat turun semula ke laut dalam masa terdekat ini sebelum berehat panjang dalam menghadapi ketibaan musim tengkujuh.

Duduki PMR selepas lahirkan anak

Duduki PMR selepas lahirkan anakNor ketika menjalani peperiksaan PMR di hospital semalam.

KOTA BHARU - Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini semalam, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit wad sebuah hospital di bandar ini, selepas melahirkan anak akibat terlanjur dengan teman lelaki.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik dari percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.

“Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu,” katanya.

Petani dijel 10 tahun, 10 sebatan

Petani dijel 10 tahun, 10 sebatanTertuduh dikawal anggota polis ketika dibawa masuk ke mahkamah untuk dihukum, semalam.

KOTA BHARU - Seorang petani menerima padah apabila dihukum penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah memiliki 10.31 gram heroin di sebuah rumah di Labok, Machang, Julai lalu.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Muhamad Zuni Abdullah, 32, dari Kampung Dewan Kecil, Labok.

Tertuduh mengaku memiliki dadah itu di sebuah rumah di Kampung Lalang Luas pada jam 7.25 malam, 22 Julai.

Tertuduh ditahan sepasukan polis pada Ops Ronda Cegah Jenayah yang terserempak dengan kereta dipandu tertuduh ketika melalui kampung itu.

Polis mengekori tertuduh hingga ke sebuah rumah lalu bertindak menyerbu rumah berkenaan. Berlaku pergelutan ketika usaha menahannya berikutan tertuduh melawan anggota serbuan.

Pemeriksaan lanjut menjumpai lima botol plastik lut sinar berisi serbuk putih dadah berbalut dengan akhbar berbahasa Cina tersimpan di dalam beg galas yang dibawa tertuduh ketika turun dari kereta.

Pada prosiding semalam, tertuduh memohon hukumannya diringankan berikutan dia insaf dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh.

“Dadah adalah musuh nombor satu negara. Saya mohon mahkamah juga mempertimbangkan jenis dadah dimiliki, lebih-lebih lagi ia tersimpan dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Hukuman diarah berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditahan, hari serbuan.

Kes kerancunan makanan: Keluarga reda

Kes kerancunan makanan: Keluarga redaJenazah Wan Razali dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok.

MERBOK - Keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan makanan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat sebaliknya reda dengan pemergian insan tersayang.

Ibu mangsa, Lijah Mahmud, 70, dari Tanjung Dawai berkata, anaknya, Wan Razali Wan Yaacob, 56, yang menetap di Kampung Banggol, Belau, dekat sini, disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 malam kelmarin akibat kegagalan organ dalaman.

Menurutnya, walaupun kejadian berlaku tidak disangka tetapi dia dan keluarga tetap menerima takdir ALLAH.

“Anak makcik ialah anak kedua dari tujuh beradik, anak sulung juga sudah meninggal dunia sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, semalam..

Wan Razali adalah mangsa keempat meninggal dunia kerana keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai.

Mangsa lain termasuk Nurshazana Mohd Rashid, 24; Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dan Ibrahim Mohamad, 62.

Pemandu van kilang didakwa membunuh


3 Oktober 2013

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu van kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di tepi Sungai Skudai di Ladang Senai, Senai bulan lepas.
   
G Vignesh, 22, didakwa membunuh K Endran, 20, antara pukul 11 malam pada 17 Sept dan 12.30 pagi 18 Sept.
   
Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh yang faham dengan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati itu ketika dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Johor Baharu Nurizah Mustafa.
   
Nurizah kemudian menetapkan sebutan semula kes dilakukan di Mahkamah Majistret Kulaijaya pada 19 Nov bagi proses lantikan peguam dan menunggu laporan bedah siasat.
   
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Farhana Adham manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Mati pun masih dapat bantuan


2013/10/03
      3
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012: Negeri Sembilan arah waris pulang RM45,350

Seremban: Semua waris 40 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Negeri Sembilan yang meninggal dunia sejak 2008 hingga tahun lalu, tetapi masih menerima bantuan bulanan diminta memulangkan wang berkenaan.
Ia membabitkan RM45,350 yang dibayar kepada 15 orang yang meninggal antara 2008 hingga 2011 dan baki 25 meninggal dunia tahun lalu.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 kelmarin mendedahkan bantuan kebajikan terus dibayar kepada 145 penerima yang sudah meninggal di Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan. 

Siasat bonus anak syarikat PKINK rugi


2013/10/03
Kota Bharu: Kerajaan PAS Kelantan akan menyiasat pendedahan Ketua Audit Negara mengenai anak syarikatnya membayar bonus 11.5 bulan walaupun mengalami kerugian.

Menurut laporan itu, bayaran dibuat anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) iaitu Ladang Tapis Sdn Bhd tanpa kelulusan kerajaan negeri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata perbincangan bersama PKINK juga akan diadakan bagi mengenalpasti bagaimana ia boleh berlaku.

“Oleh kerana ia dilaporkan oleh audit, jadi kita akan bincang dengan PKINK dan kerajaan akan buat siasatan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Kompleks Darulnaim di sini, semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan negeri dalam mesyuarat EXCO semalam juga bersetuju supaya dua kawasan iaitu masing-masing di Jeli Tepi Sungai, Jeli dan Hulu Nenggiri di daerah Bertam, Gua Musang diwartakan sebagai tapak perkampungan Orang Asli.

Beliau berkata, kawasan Jeli Tepi Sungai membabitkan keluasan 586 hektar, manakala di daerah Bertam pula 231 hektar.

Singapura denda SMRT, SBS RM2.83j


2013/10/03
 
Singapura: Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) mengenakan penalti kewangan bernilai S$1.1 juta (RM2.83 juta) ke atas pengendali pengangkutan SMRT dan SBS Transit.

LTA mengenakan penalti kewangan sebanyak S$860,000 (RM2.22 juta) ke atas SMRT berikutan empat kejadian berasingan yang berlaku pada 2012 dan tahun ini.
Penalti paling berat

Penalti paling berat sebanyak S$300,000 (RM772,327.18) adalah untuk insiden kebakaran landasan di stesen Newton Februari tahun ini.

Dalam kejadian itu, SMRT mengesan satu kebakaran pada kabel elektrik kira-kira lima meter dari stesen Newton.

Perkhidmatan ke utara antara stesen Marina Bay dan Toa Payoh diganggu selama lebih dua jam, manakala hampir 18,000 penumpang terjejas.

“Ujian makmal forensik menunjukkan kebakaran kabel itu mungkin bermula daripada wayar konduktor yang terdedah dan keadaan basah di dalam kabel,” kata sumber.
Penemuan itu juga menunjukkan ia adalah kejadian setempat.

Dalam menguruskan insiden itu, LTA berkata SMRT melakukan beberapa kecuaian termasuk, menurunkan penumpang di stesen Newton berbanding di stesen lebih awal jauh dari kebakaran.

Ketika kejadian, asap kelihatan berkepul ke arah landasan. LTA menjelaskan ia berlaku akibat kesilapan manusia dan bukan kesilapan sistem pengudaraan.

SMRT juga diberi penalti S$60,000 (RM154,189.97) untuk satu insiden pelancaran kereta api di depoh Bukit Panjang LRT, Julai tahun ini. - AGENSI

Dipenjara 5 tahun hina keluarga diraja dalam talian


2013/10/03
 
Bangkok: Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Noppawan Tangudomsuk, kerana menghantar komen dalam talian yang menghina keluarga diraja, hukuman kedua dijatuhkan ke atas rakyat negara itu dalam tempoh seminggu.

Noppawan, yang turut dikenali sebagai Bento, didapati bersalah menghantar pesanan di laman web berita Prachatai yang menghina keluarga diraja dan melanggar Akta Jenayah Komputer Thailand, diluluskan selepas rampasan kuasa pada 2006.
“Siasatan mengenal pasti alamat IP komputer dan menunjukkan ia dikirim daripada komputer defendan,” kata hakim ketika membacakan keputusan.
Siasatan mengenal pasti alamat IP komputer dan menunjukkan ia dikirim daripada komputer defendan” Hakim

Thailand mempunyai undang-undang tata negara yang keras dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi sesiapa yang didapati bersalah menghina keluarga diraja.

Keputusan itu mengubah kes Noppawan pada 2011 yang menyatakan bahawa tiada bukti mencukupi untuk menunjukkan Noppawan sendiri yang mengirim komentar berkenaan.

Keputusan ke atas Noppawan menyusul hukuman dua tahun penjara yang dijatuhkan kelmarin ke atas usahawan Sondhi Limthongkul selepas didapati bersalah kerana memfitnah keluarga diraja, dengan mengulangi kenyataan yang dibuat oleh pesaing politiknya.

Tokoh dihormati
Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej adalah tokoh paling dihormati di Thailand. Walaupun beliau pernah bertitah pada 2005 dirinya tidak mendahului undang-undang, jumlah kes pendakwaan meningkat selepas rampasan kuasa 2006 yang menggulingkan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

Adik beliau Yingluck, kini menjadi perdana menteri dan keberatan untuk membuat sebarang pindaan ke atas undang-undang itu di sebalik tekanan daripada penyokong kuat kumpulan ‘baju merah’.

Penganalisis berkata Yingluck amat berhati-hati di dalam perkara itu dan mengelak membicarakan isu paling sensitif bagi memastikan musuh abangnya tidak mempunyai alasan perundangan untuk menentang kerajaannya. - Reuters

23 pengawal keselamatan Nepal ditahan


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebanyak 23 pengawal keselamatan warga Nepal ditahan Jabatan Imigresen Putrajaya dalam satu operasi di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini atas pelbagai kesalahan.
Operasi sejam bermula pukul 10 pagi itu dianggotai sembilan pegawai Imigresen dan empat pegawai Kementerian Dalam Negeri.
Masih lengkap beruniform keselamatan dan memegang 'walkie talkie', kesemua pengawal keselamatan berumur antara 20 dan 40 tahun itu dibawa menaiki dua van Imigresen untuk ke pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Putrajaya, Mohd. Izzat Mohd. Jamil berkata, mereka ditahan kerana dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan diri sah dan tinggal melebihi tempoh.
Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati dokumen pengenalan diri mereka disimpan oleh majikannya atas beberapa sebab.
"Namun kita tetap akan menyiasat majikan yang memegang dokumen mereka dan tindakan undang-undang boleh dikenakan jika majikan melanggar undang-undang," katanya kepada pemberita selepas operasi itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_10/23-pengawal-keselamatan-Nepal-ditahan#ixzz2gfqAn9VH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki maut terkena renjatan elektrik


SANDAKAN 3 Okt. - Seorang lelaki yang dipercayai melakukan penyambungan haram maut akibat terkena renjatan elektrik di penempatan setinggan Kampung Mangkalinau dekat sini hari ini.
Mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui terbaring di dalam semak dengan keadaan tangannya hangus serta melekat pada wayar elektrik.
Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu berkata, anggotanya terpaksa memotong wayar yang masih melekat pada tangan mangsa. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_13/Lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik#ixzz2gfqY7bKQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ayam masak merah dicemari bakteria salmonella


1 Oktober 2013


SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

Sanggup curi dalam masjid

Sanggup curi dalam masjidGelagat seorang lelaki mencuri beg tangan jemaah wanita ketika sedang bersolat berjaya dirakamkan CCTV dan tersebar melalui laman facebook.

GEORGETOWN - Heboh dalam laman sosial facebook apabila gelagat seorang lelaki mencuri beg jemaah wanita yang sedang bersolat berjaya dirakamkan melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Memalukan apabila pencuri berkenaan cuba bertindak ‘bijak’ dengan mengambil beg tangan wanita ketika kesemua jemaah wanita sedang sujud.

Setiausaha Kariah Masjid Hashim Yahaya, Zambri Abdul Rahman berkata, perkara tersebut amat memalukan kerana mencuri ketika orang lain sedang melakukan ibadat.

Menurutnya, Masjid Hashim Yahaya turut tidak terlepas dengan pelbagai kecurian barang lain termasuk basikal, helmet dan juga dompet.

“Kami cuba memantapkan lagi tahap keselamatan di masjid dengan memasang empat lagi CCTV di luar masjid, tempat letak tabung masjid dan juga pejabat.

“Kami tidak boleh meletakkan CCTV di bahagian wanita kerana bimbang timbul isu lain, namun pendekatan lain diambil ialah dengan meletakkan papan amaran yang meminta mereka supaya menjaga barang berharga,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Masjid Al Huda Sungai Ara, Zainudin Haniff berkata, kariah mendapati sasaran utama pencuri di situ adalah kasut berjenama.

Menurutnya, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah orang luar termasuk jemaah yang singgah sekejap untuk bersolat.

“Bagi orang tempatan di sini memang sudah tahu kalau pakai kasut berjenama datang ke masjid sudah pasti akan dicuri, jadi ramai yang hanya pakai selipar sahaja," katanya.

Beliau berkata, selain itu kariah juga menggunakan pendekatan nasihat kepada setiap jemaah ketika waktu Solat Jumaat bagi mengurangkan kes kecurian di masjid.

Menurutnya, sebelum khutbah dibacakan slot selama 30 minit diambil.

“Pada masa itu kami menasihati jemaah supaya menjaga anak-anak mereka daripada gejala mencuri dan menjaga barang berharga.

“Sedikit sebanyak ini  membantu mengurangkan masalah kecurian,” katanya.

11 wanita termasuk mak nyah ditahan

11 wanita termasuk mak nyah ditahanWarga asing yang dipercayai memberikan perkhidmatan seks di rumah urut dibawa ke Pejabat Imigresen Pulau Pinang.

PERAI - Seorang mak nyah antara yang dicekup Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam Ops Bersepadu 6P yang dijalankan di sekitar Seberang Perai dan Georgetown, di sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang, Basri Othman berkata, kesemuanya 11 wanita warga asing termasuk seorang mak nyah berumur di antara 20 hingga 35 tahun itu ditahan di sebuah hotel bajet dan lima pusat urut melalui dua operasi berasingan.

“Operasi pertama kira-kira jam 1 pagi melibatkan sebuah hotel bajet di Georgetown di mana tiga warga Vietnam dan seorang warga China ditahan dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Operasi diteruskan pada jam 7 malam di mana lima premis rumah urut diserbu dan menahan lima warga Thailand, seorang warga China dan seorang warga Indonesia.

“Kesemua ditahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Imigresen 1959/1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negara ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen di Seberang Jaya.

Beliau berkata, risikan telah dibuat sejak sebulan lalu berdasarkan aduan orang ramai dan penyamaran juga  dilakukan pegawai penguat kuasa.

“Seramai 25 penguat kuasa termasuk lapan penguat kuasa majlis perbandaran menyertai operasi ini.

“Ada juga beberapa premis yang diserbu menjalankan perniagaan tanpa lesen. Keterangan mereka yang ditahan akan direkodkan sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Helah gerai mamak segera

Helah gerai mamak segeraAnggota penguatkuasa menjalankan kerja menyita barangan mamak segera.

RAWANG – Sebanyak 13 gerai makan ala ‘mamak segera’ yang berniaga di hadapan kafe siber disita kerana menyumbang kepada masalah kebersihan dan menggalakkan pembiakan tikus serta lipas di sekitarnya.

Kebanyakan peniaga berasal dari India yang diupah warga tempatan untuk menjalankan perniagaan berkenaan sebagai menutup aktiviti kafe siber haram.

Tindakan sitaan diputuskan dalam mesyuarat teknikal penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana bimbang ia mula menjadi trend.

Menurut Penolong Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil, sitaan bukan hanya mengambil kira aspek kebersihan tetapi mengundang masalah halangan apabila gerai dibina di laluan pejalan kaki.

“Sewaktu operasi sitaan dan rampasan, penguatkuasa jumpa lipas yang keluar dari gerai penjaja itu. Ini tak termasuk kekotoran di longkang berhampiran apabila mereka guna pendekatan mudah membuang sisa terus ke saluran itu.

“Operasi yang dijalankan secara berperingkat di kawasan zon bersih iaitu Bandar Country Homes, Desa Aman Puri, Prima Gombak, Sri Gombak Fasa 1 dan bandar Rawang merampas peralatan memasak terdiri dapur dan tong gas serta kerusi dan meja,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, tindakan tersebut adalah di bawah peruntukan Seksyen 46 (1) D Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu meletak barangan yang berkaitan dengan tred di tempat awam.

Dalam operasi berasingan, kedegilan pemilik nurseri yang berterusan meletakkan paket bunga di kaki lima di jalan utama Hospital Sungai Buloh membawa padah selepas MPS menyita jualan tersebut.

Megat Ainul Fadzlil berkata, tindakan amaran dan kompaun sebelum ini telah dikeluarkan namun pemiliknya tidak mengendahkannya, menyebabkan gangguan kepada pejalan kaki yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar dan kakitangan hospital.

Katanya, sitaan melibatkan 57 paket bunga di bawah akta sama dan denda sebanyak RM500.

Kereta rentung rempuh belakang lori tangki

Kereta rentung rempuh belakang lori tangkiKeadaan kereta Mercedes rentung selepas merempuh bahagian belakang lori muatan minyak kelapa sawit.

REMBAU – Sebuah kereta mewah jenis Mercedes rentung 100 peratus selepas merempuh bahagian belakang lori muatan 30 tan minyak kelapa sawit di Kilometer 235 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, pemandu kereta, Sim Wei Kuat, 36, seorang kontraktor yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari Melaka ke Seremban dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan patah tangan.

Menurut pemandu lori berkenaan, Ker Eng Hock, 60, ketika kejadian, dia dalam perjalanan membawa muatan minyak sawit dari Air Kuning, Melaka menuju ke Port Klang, Selangor.

"Ketika sedang memandu di lorong kiri, saya melihat sepasang lampu semakin menghampiri bahagian belakang lori sebelum mendengar dentuman kuat dari arah belakang.

"Lori yang dipandu bergegar lalu saya segera memberhentikannya di bahu jalan dan dentuman kuat itu menghasilkan api.

“Saya segera membantu mengeluarkan mangsa dan bertanya sama ada ada penumpang lain bersamanya atau tidak sebelum membuka kepala lori untuk di bawa jauh dari bahagian kereta dan belakang lori yang terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, kelmarin.

Susulan itu, sepasukan 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran sebaik menerima panggilan pada jam 11.54 malam.

Cabul murid sekolah

Cabul murid sekolahAnggota polis melakukan pemeriksaan semasa operasi penguatkuasaan trafik di sekitar daerah ini.

BALING - Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Kuala Ketil ditahan polis setelah didakwa mencabul murid 10 tahun dalam bilik darjah kira-kira jam  6.50 pagi, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan, Md Nadzir Osman berkata, lelaki berusia 48 tahun itu didakwa memeluk, mencium dan meraba kemaluan mangsa.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa berada berada seorang diri di dalam kelas terbabit sebelum didatangi pengawal keselamatan itu.

“Mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada guru sekolahnya sebelum memaklumkan kepada ibu bapa mangsa,” katanya.

Md Nadzir berkata, sejurus menerima laporan, pihaknya menahan lelaki terbabit di kediamannya pada jam 9.30 malam pada hari yang sama.

Menurutnya, lelaki terbabit kini direman selama tiga hari untuk siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda RM2,000 atau sebat dan mana-mana salah satu yang disabitkan kesalahan.

Mengulas mengenai operasi penguatkuasaan trafik baru-baru ini, Md Nadzir berkata, sebanyak 48 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

Katanya, operasi itu diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Inspektor Fauzeli Mohd Ali dengan kekuatan 10 anggota polis.

“Operasi ini bertujuan menyedarkan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya.

"Antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh termasuk pengubahsuaian nombor pendaftaran kenderaan.

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mendidik pengguna jalan raya, agar terus dapat menyedarkan masyarakat mengenai keselamatan jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Guru hilang gaji di N. Sembilan

Guru hilang gaji di N. Sembilan
KALSOM

SEREMBAN – Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian kes guru kehilangan gaji di negeri ini.

Pengarahnya, Kalsom Khalid bagaimanapun berkata, bilangan guru yang terlibat adalah sedikit.

"Memang ada berlaku kes guru kehilangan berdasarkan laporan diterima jabatan daripada pihak bank, kelmarin. Kita sudah pun meminta guru terlibat supaya menutup akaun mereka segera seperti mana dinasihatkan Jabatan Akauntan Negara negeri dan membuka akaun baru di bank yang sama," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam masa sama, Kalsom turut menasihatkan guru-guru di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun.

“Jika ada pihak-pihak yang meminta nombor akaun dalam bentuk e-mel, mereka perlu merujuk kepada jabatan berkenaan terdahulu. Jangan terperangkap dengan helah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Siang alim malam setan

Kuala Lumpur: Perwatakan terpuji sekumpulan remaja yang diberi amanah mengutip derma daripada jemaah masjid setiap kali solat Jumaat, sebenarnya cuma lakonan kerana pada malam hari mereka ‘bertukar seragam’ menjadi pencuri wang tabung berkenaan.
Kegiatan 11 penyangak cilik berusia 15 hingga 17 tahun itu sejak awal tahun ini menyebabkan pengurusan Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda di sini, kerugian hingga RM10,000 apabila tabung derma kerap dipecahkan. 
Usaha menjejaki dalang yang bertanggungjawab akhirnya berhasil apabila anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kampung itu berjaya mencekup empat daripada 11 remaja terbabit, jam 1.30 pagi kelmarin.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Muda, Mejar (B) Shamsudin Ismail berkata, suspek termasuk calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menduduki peperiksaan itu bermula semalam ditahan ketika mengumpil tabung masjid.
Foto
DUA remaja daripada 11 penyangak yang dicekup mencuri duit tabung masjid. Gambar bulat, bekas tempat letak tabung yang dipecahkan.

Beliau yang juga pengerusi SRS kampung berkenaan berkata, sebelum itu pihaknya memang sudah memasang perangkap membabitkan 10 anggota SRS.

Keracunan lauk ayam masak merah

NIBONG TEBAL: Seramai 36 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, Simpang Ampat, di sini, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut, pening dan muntah.

Mereka adalah sebahagian murid yang menyertai Program Intensif Tahun Empat bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun minggu depan.
Murid terbabit mula mengadu sakit sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB) kira-kira jam 9 malam tadi.

Ada antara mereka diambil darah untuk ujian lanjut sebelum kesemuanya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.


Difahamkan, mereka itu mengadu sakit selepas makan nasi lauk ayam masak merah yang dibekalkan kantin sekolah kira-kira jam 6.30 petang.


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Mutiara Mohd Nor Hiesam Ismail berkata, murid terbabit adalah antara 106 murid tahun empat yang menyertai program berkenaan.

Menurutnya, program itu bermula Isnin lalu dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari dan dijadualkan berakhir Jumaat ini.

"Berikutan kejadian ini, pihak PIBG dan sekolah sudah mengambil keputusan untuk menghentikan program serta-merta.

"Pihak kami dan sekolah akan melakukan siasatan bersama terhadap bekalan makanan yang diberikan kepada murid berdasarkan laporan daripada hospital," katanya.

Amukan berdarah



Shah Alam: Pelanggan sebuah restoran di Jalan Kristal, Seksyen 7, di sini gempar sebaik melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah ditetak tiba-tiba rebah di kawasan berhampiran kaunter malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 41 tahun cedera di beberapa bahagian badan termasuk leher, bahu, tangan dan jari selepas ditetak seorang lelaki yang juga rakan serumahnya.
Beberapa minit sebelum ditemui rebah, mangsa dikatakan ditetak di rumah sewanya yang terletak di bahagian atas restoran berkenaan.

Selepas ditetak, mangsa terus melarikan diri dan cuba mendapatkan pertolongan orang ramai yang berada di restoran berkenaan sebelum rebah di depan kaunter kerana kecederaan parah di leher.

Foto
UNIT Forensik menjalakan siasatan di tempat kejadian.



Sumber berkata, terkejut dengan kehadiran mangsa yang dipenuhi darah, pelanggan restoran berkenaan segera memberikan bantuan kecemasan dan menghubungi polis.


“Tidak lama selepas itu, seorang lelaki berusia 46 tahun muncul di restoran berkenaan sambil membawa parang yang digunakan untuk menetak mangsa sebelum dia ditahan orang ramai dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa dan lelaki berkenaan rakan serumah sejak setahun lalu.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa mangsa selepas dimaklumkan orang ramai yang berada di restoran berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam.

Menurutnya, sebelum tiba di restoran berkenaan, dia ada menghubungi mangsa namun panggilannya tidak berjawab walaupun beberapa kali mencuba.

“Saya dan mangsa sering minum bersama di restoran berhampiran. Namun ketika saya menghubunginya untuk mengajak minum, panggilan tidak dijawab.

“Tanpa menyangka sesuatu yang buruk berlaku, saya terus pergi ke restoran berkenaan untuk bertemunya. Alangkah terkejutnya bila mendapati mangsa parah ditetak dan sudah dikejarkan ke hospital,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Harian Metro difahamkan mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis bersama sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek berusia 46 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengetahui motif kejadian,” katanya.

Sorok syabu dalam periuk


Jakarta: Seorang rakyat tempatan yang bekerja di luar negara ditahan selepas dadah jenis syabu di temui bersama-samanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta di Tangerang baru-baru ini.

Suspek yang hanya dikenali sebagai SU ditahan penguatkuasa kastam lapangan terbang itu dan pegawai Agensi Dadah Nasional (BNN).
Ketua Unit Siasatan BNN, Sumirat Dwiyanto berkata, SU ditahan ketika menunggu penerbangan seterusnya ke Madura.

Menurutnya, SU mungkin menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa.


“Kastam yang bertugas curiga dengan barang yang dibawanya.


“Selepas diperiksa, mereka menemui 2.588 gram serbuk putih yang disembunyikan dalam bungkusan yang dimuatkan dalam beg berisi barangan bayi dan periuk nasi elektrik,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Menurutnya, SU, ketika disoalsiasat berkata, barangan itu milik lelaki bernama MF yang meminta dia membawanya dari Malaysia ke Sampang, Madura.

“Berdasarkan siasatan, SU sudah tahu yang barang dibawanya itu dadah. Sebelum pulang, dia diberikan tiket pesawat percuma dan wang tunai Rp1 juta (RM284) oleh MF,” katanya.

Sumirat berkata, MF berjanji memberikan SU Rp30 juta (RM8,547) lagi jika dia berjaya membawa barang larangan itu ke Madura. - Tribunenews.com

Kepala abang dalam peti beku

Mallorca: Seorang pemotong daging Sepanyol memotong tubuh abangnya dan menyimpan cebisan daging mangsa dalam peti pembeku selama setahun sebelum menyerah diri kepada polis, semalam.
Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.
Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.
Foto
POLIS menunjukkan gergaji yang digunakan suspek untuk memotong abangnya.

Polis yang melancarkan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui cebisan anggota mangsa dalam peti pembeku. Kepala dan beberapa anggota lain dibungkus rapi dan diletakkan bersama makanan segar.

Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.

Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.

Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian. - AFP

Tiga penjenayah ditembak mati


Khalid Abu Bakar (kanan), Hadi Ho Abdullah (dua dari kiri) dan Acryl Sani Abdullah Sani (kiri) melihat barangan yang dirampas selepas polis berjaya menembak mati tiga penjenayah dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Perak, semalam.
GERIK 2 Okt. - Tiga penjenayah yang dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh, curi kenderaan dan samun bersenjata ditembak mati setelah berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu, polis terpaksa menembak kesemua suspek berusia 25 hingga 34 tahun setelah mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketika kejadian, penjenayah yang ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan Op Cantas Khas telah memberhentikan kereta Proton Wira yang dinaiki sebelum mereka secara tiba-tiba mengundurkan kenderaan tersebut.
Beliau berkata, penjenayah kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan anggota pasukan keselamatan terbabit terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
"Kumpulan penjenayah dari Kelantan ini telah melepaskan beberapa das tembakan sehingga memaksa polis membalas semula tembakan yang membunuh kesemua mereka," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kumpulan penjenayah tersebut terlibat dalam kes bunuh seorang peniaga nasi kukus di Paka, Terengganu, dua cubaan bunuh membabitkan ibu tunggal di Kuantan, Pahang dan tiga kes samun bersenjata.
Katanya, pemeriksaan dalam kereta suspek pula menemukan dua pucuk pistol iaitu jenis .38 di bawah paha sebelah kanan penumpang dan sepucuk pistol jenis .22 di bawah tempat kaki pemandu, selain peralatan digunakan untuk memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan.
Tambah beliau, siasatan juga mendapati kumpulan terbabit aktif melakukan kegiatan jenayah sejak awal tahun ini dan kesemua mereka memiliki rekod kesalahan lampau.
"Dengan tertumpasnya kumpulan ini, kita percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes jenayah dan kini sedang mengenal pasti sama ada terdapat saki baki ahli kumpulan mereka yang masih bebas.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek melakukan jenayah di seluruh negara dan kini sedang mengatur strategi untuk melakukan jenayah di daerah ini," katanya.
Katanya, mayat semua suspek dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_02/Tiga-penjenayah-ditembak-mati#ixzz2gboNrU4l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Atlet lumba basikal Terengganu maut digilis van


DUNGUN 2 Okt. - Seorang atlet lumba basikal Terengganu, Mohamad Asmu'i Ali, 20, maut akibat cedera parah digilis van pengiring setelah terjatuh di Kilometer 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Batu Tiong, Pulau Serai di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi, ketika mangsa bersama sekumpulan 16 lagi atlet dalam misi kayuhan latihan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan sebelum menyertai kejohanan Sapura Kencana Criterium Series di litar Sepang, Ahad ini.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam Jurusan Sains Sukan itu yang mengalami cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke Kampung Dusun, Kuala Ibai, Kuala Terengganu untuk dikebumikan.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin berkata, sudah menjadi lazim skuad tersebut mengayuh basikal menuju ke tempat kejohanan sebagai satu latihan.
"Sebelum berlepas ke Kuantan pagi ini, mereka (skuad basikal) telah diberi taklimat oleh pegawai MSNT dan kita telah memberi perangsang serta menasihati mereka agar berhati-hati semasa mengayuh.
"Tetapi malang tidak berbau, apabila sampai ke tempat kejadian, Mohamad Asmu'i dikatakan hilang kawalan setelah melalui satu lopak air dan terjatuh lalu dilanggar oleh van MSNT yang bertindak sebagai kenderaan pengiring," katanya kepada pemberita ketika menziarah jenazah mangsa di Hospital Dungun tengah hari ini.
Kemalangan tersebut merupakan insiden kedua yang meragut nyawa pelumba di Terengganu pada tahun ini.
Pada 5 Jun lalu, seorang atlet pelapis lumba basikal bawah 15 tahun maut digilis treler di jambatan Kampung Guntung, Tepoh, Kuala Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15, dan 45 pelumba lain menjalani latihan harian dari pusat bandar raya apabila dia terjatuh di laluan bertentangan.
Zainal Abidin berkata, beliau serta semua pegawai MSNT dan Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) berasa amat dukacita dengan apa berlaku dan berharap keluarga Mohamad Asmu'i tabah dengan dugaan itu.
Katanya, mangsa cukup dedikasi dalam sukan berbasikal dan sanggup bercuti semata-mata untuk memberi tumpuan menjalani latihan bagi menghadapi beberapa kejohanan dalam tempoh terdekat dan Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis tahun depan.
"Ekoran tragedi itu, pihak MSNT juga sedang memikirkan bentuk bantuan yang akan dihulurkan kepada keluarga mangsa," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua PLBNT, Datuk Ahmad Sidi Ismail semasa ditemui berkata, skuad lumba basikal Terengganu kehilangan seorang lagi pelumba yang sangat berbakat dalam tempoh lima bulan.
"Saya sangat sedih apabila mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa Allahyarham kerana baru pagi ini, sebelum berlepas kami berjumpa.
"Sebelum ini seorang skuad lumba basikal Terengganu turut maut dalam kemalangan semasa sedang menjalani latihan di Kuala Terengganu dan kehilangan mereka ini adalah satu kehilangan besar dan sukar dicari ganti," katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun twitternya megucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga pelumba basikal Terengganu, Mohamad Asmu'i yang maut ketika menjalani latihan di sepanjang Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada 11.30 pagi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_03/Atlet-lumba-basikal-Terengganu-maut-digilis-van#ixzz2gboC3VCL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bayi mati tersedak susu


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mati selepas dipercayai tersedak susu di rumahnya di Bandar Mahkota Cheras dekat sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian pada pukul 1 petang itu, bayi malang tersebut, Lai Kim Hui, disusukan oleh ibunya dan ditidurkan di atas buaian duduk.
Wanita tersebut kemudian menyambung tugasan harian sebelum tiba-tiba mendapati anaknya tersedak dan air susu meleleh keluar dari hidung.
Menurut sumber, ibu kanak-kanak tersebut kemudian menghubungi suaminya yang bergegas pulang untuk membawa bayinya ke klinik berhampiran.
"Doktor yang cuba merawat bayi tersebut kemudian meminta agar dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
"Ketika pemeriksaan, doktor mengesahkan bayi tersebut telah meninggal dunia," katanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Bedah siasat ke atas mayat bayi berkenaan telah selesai dijalankan di Hospital Serdang dan pihak kami dapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_04/Bayi-mati-tersedak-susu#ixzz2gbnzN4yL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota kongsi gelap Melayu juga bertatu


BADAN seorang ahli kumpulan kongsi gelap keturunan Melayu dipenuhi tatu berlambangkan pertubuhan haram yang disertainya.
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Dakwaan mengatakan polis sengaja memberkas kaum tertentu yang mempunyai tatu pada badan dalam Op Cantas Khas tidak berasas kerana ahli kumpulan kongsi gelap Melayu yang mempunyai tatu turut tidak terlepas diburu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd. Jalil Hasan berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana polis hanya menangkap individu yang mempunyai tatu pelik merujuk kepada kumpulan kongsi gelap yang diharamkan.
Beliau berkata, kebanyakan ahli kongsi gelap di negara ini mempunyai tatu sebagai pengenalan diri masing-masing termasuk kumpulan kongsi gelap Melayu.
"Kita tidak pernah memberi tumpuan kepada etnik tertentu sahaja kerana kita membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang mempunyai tatu pelik untuk disiasat tentang penglibatan mereka dengan kumpulan kongsi gelap.
"Sebenarnya, orang Melayu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap juga mempunyai tatu pelik di badan. Ini dibuktikan dengan beberapa siri tangkapan dilakukan dalam Op Cantas Khas baru-baru ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Menurut Abd. Jalil, terdapat orang Melayu yang ditahan dalam Op Cantas Khas didapati mempunyai lukisan tatu di setiap badannya.
Beliau berkata, sebagai contoh, penahanan terhadap seorang suspek bergelar ayahanda kepada satu kumpulan kongsi gelap pada September lalu mendapati, badannya dipenuhi dengan pelbagai tatu pelik sedangkan dia keturunan Melayu dan beragama Islam.
Katanya, pemeriksaan mendapati lelaki itu adalah ketua kepada satu kumpulan kongsi gelap dan memiliki tiga pucuk pistol.
"Polis akan memeriksa latar belakang setiap individu yang ditahan sebelum mengaitkan mereka dengan kumpulan kongsi gelap.
"Kita tidak akan sewenang-wenangnya menahan orang tanpa kesalahan yang dilakukan. Banyak perkara yang akan dirujuk terlebih dahulu untuk mengaitkan mereka dengan kongsi gelap termasuklah tatu pada badan," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_05/Anggota-kongsi-gelap-Melayu-juga-bertatu#ixzz2gbni6zQq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket jual diesel tumpas


DUA pegawai PPDNKK Muar memeriksa peralatan memindah minyak semasa melakukan serbuan ke atas sebuah gudang menyimpan dan mengedar diesel subsidi di Jalan Haji Kosai, Muar, Johor, malam semalam.
MUAR 2 Okt. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Muar menumpaskan satu sindiket menjual diesel bersubsidi dan merampas kira-kira 5,000 liter bahan api itu di sebuah gudang di Jalan Dato Haji Kosai di sini malam tadi.
Ketuanya, Mohamad Bashaabidin Ali berkata, dalam serbuan pukul 11 malam itu, pihaknya terpaksa memecah masuk gudang yang sengaja dibina di belakang sebuah kilang logam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Beliau berkata, gudang tersebut dipercayai mula digunakan sejak Februari lalu sebagai transit menyimpan diesel subsidi sebelum dihantar kepada pelanggan di sekitar daerah ini dan Ledang jika ada tempahan terutama daripada pihak industri.
"Hasil serbuan itu, kita menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai dalang kegiatan haram tersebut dan merampas diesel bernilai RM10,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati gudang tersebut mempunyai tangki minyak dengan kapasiti 20,000, 16,000 dan 12,000 liter di atas empat lori sudah diubah suai.
Beliau berkata, suspek yang ditangkap mengakui sudah menjalankan aktiviti itu selama enam bulan dan mendapatkan bahan api tersebut dari stesen-stesen minyak di sini.
Bashaabidin berkata, pihaknya turut memeriksa sebuah rumah milik suspek di Simpang Jeram, Bakri dekat sini kerana disyaki turut dijadikan lokasi menjual diesel subsidi.
Walau bagaimanapun katanya, dalam serbuan itu, hanya peralatan untuk memindah diesel ditemui.
Katanya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun jika disabitkan kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_08/Sindiket-jual-diesel-tumpas#ixzz2gbnV04aQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 mayat dikeluarkan dari Westgate


NAIROBI 2 Okt. - Sebanyak sembilan mayat dikeluarkan daripada runtuhan bangunan pasar raya Westgate, Kenya hari ini selepas konflik serangan ganas militan al-Shabaab berakhir pada minggu lalu.
Sumber polis melaporkan, kebanyakan mayat yang dikeluarkan tidak dapat dikenal pasti kerana kecederaan teruk akibat terkena tembakan atau runtuhan bangunan terbabit.
"Beberapa mayat tidak dapat dikenal pasti dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) perlu dilakukan bagi mengesan identiti mangsa," kata sumber itu.
Bagaimanapun sumber tersebut tidak menjelaskan sama ada penemuan sembilan mayat baharu itu termasuk dalam jumlah kematian 69 orang atau dikategorikan sebagai 39 mangsa yang hilang mengikut laporan Pertubuhan Palang Merah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131003/lu_07/9-mayat-dikeluarkan-dari-Westgate#ixzz2gbmJsWyj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak tunggu panggilan telefon



ATIQAH (kanan) dan Arif (depan dua dari kiri) memerhatikan Ramlah (tengah) bermesra dengan Mohamad Habibullah semasa melakukan lawatan di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.


KEPALA BATAS – Selepas sembilan hari pemergian allahyarham Sarjan Zal-Azri Abdul Somad akibat diserang objek keras oleh seorang penjenayah, anak sulungnya, Mohamad Habibullah, 4, semakin kerap bertanya mengenai arwah.
Menurut balu anggota polis itu, Atiqah Mohd. Rosdi, 29, anak sulungnya kini selalu merungut kerana bapanya tidak lagi menelefon ke rumah seperti yang selalu dilakukan arwah suaminya jika berkursus atau bertugas di luar.
Katanya, sejak dua hari lalu anak lelakinya itu sering membelek telefon bimbit kerana menantikan panggilan telefon bapanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2gbkVvmGc 
Hakcipta terpelihara 

Musly Ramlee nafi lepas tangan



INILAH kereta Proton Saga yang dibeli Musly daripada Nur Liyana pada Jun lalu.


KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi yang sinonim dengan karakter seniman agung P. Ramlee, Musly Ramlee menafikan dakwaan dia mahu lepas tangan berhubung janji yang dibuat untuk menukar nama hak milik selepas membeli sebuah kereta Proton Iswara daripada seorang model, Nur Liyana Saidin, 25.
Musly, 45, mendakwa, walaupun berlaku kelewatan atas faktor masa dan kewangan, dia telah menukar nama pemilik kereta tersebut minggu lalu.
“Memang saya ada berjanji untuk menukar nama dalam tempoh seminggu selepas membeli kereta pada 29 Jun lalu dengan harga RM5,000. Namun atas faktor sibuk dan kekangan wang, saya menangguhkan sehinggalah saya dapat menukar nama pada Sabtu lalu tanpa pengetahuannya.
“Saya tidak sempat untuk membuat penjelasan kepadanya dan tahu-tahu sahaja dia telah membuat laporan polis. Saya faham perasaannya dan saya tiada niat untuk menipu Nur Liyana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2gbkKJ85q 
Hakcipta terpelihara 

Komplot drebar treler



MOHD. SHUKRI menunjukkan sebahagian syampu yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Tindakan seorang pemandu treler bersekongkol dengan sekumpulan penjenayah untuk menyamun kenderaan itu yang membawa muatan syampu bernilai RM180,000 pada 19 Ogos lalu terbongkar selepas polis menahan lapan lelaki baru-baru ini.
Pemandu yang berusia 40-an ditahan dalam satu sekatan jalan raya dekat Subang Jaya beberapa jam selepas kejadian manakala tujuh lagi suspek termasuk seorang pembeli diberkas di Klang, Petaling Jaya dan Puchong bermula 19 Ogos lalu hingga kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian samun itu berlaku apabila treler dari Thailand itu tiba di pekarangan kilang di Seksyen 33 dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2gbjw2rpi 
Hakcipta terpelihara 

Seorang lagi atlet berbakat maut



PEGAWAI polis melihat pasukan perubatan memeriksa mayat Mohamad Asmu'i di Dungun, Terengganu semalam.


DUNGUN - Konvoi sekumpulan pelumba basikal kebangsaan dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripadanya maut selepas terjatuh ketika mengelak lopak air sebelum digilis van pengiring sendiri semalam.
Kejadian di kilometer 71 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Pulau Serai dekat sini pada pukul 11 pagi itu berlaku ketika Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, sedang melakukan kayuhan latihan bersama lima rakan.
Difahamkan, mangsa dan lima rakannya itu dalam perjalanan ke Sepang, Selangor, sejauh 493 kilometer, untuk menyertai kejohanan Sapura-Kencana SIC Kriterium. Selepas Kuantan, mereka dijadualkan akan berhenti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum ke Sepang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2gbjhg0vk 
Hakcipta terpelihara 

Menara Taming Sari tersangkut 45 minit



SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang terperangkap di dalam Menara Taming Sari di Banda Hilir, Melaka kelmarin.


MELAKA – Seramai 15 pengunjung Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini berdepan detik-detik cemas apabila menara berkenaan yang mengalami kerosakan terhenti secara tiba-tiba malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, menara berputar setinggi 110 meter itu terhenti pada ketinggian kira-kira 60 meter ketika sedang turun mengakibatkan 15 penumpang termasuk empat kanak-kanak terperangkap di dalamnya selama hampir 45 minit.
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad berkata, menara itu terhenti selepas kabel optik yang menghantar isyarat kepada sistem komputer yang mengawal menara berkenaan mengalami masalah teknikal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2gbiNtS3j 
Hakcipta terpelihara 

3 penjenayah kejam ditembak mati


KHALID menunjukkan peluru yang ditemui di dalam kereta Proton Wira yang dinaiki tiga lelaki di Gerik, Perak semalam.


GERIK – Perbuatan kejam sekumpulan penjenayah menyamun dan menembak mati seorang peniaga nasi kukus di Dungun, Terengganu pada 13 Ogos lalu berbalas selepas polis menembak mati tiga lelaki semalam.
Mereka yang maut dalam kejadian berbalas tembakan pada pukul 1.40 pagi berdekatan Bangunan Persekutuan di sini dikenali sebagai Mohd. Baaqir Badrolsham, 25, dan Zailizann Amin Elias, 26, masing-masing dari Jeli serta Tanah Merah, Kelantan.
Seorang lagi suspek yang maut dalam operasi Ops Cantas Khas itu bagaimanapun masih belum dikenal pasti identitinya.
Selain kes di Dungun, tiga suspek itu disyaki turut terbabit dalam kes cubaan samun sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard milik seorang wanita di Kuantan, Pahang pada hari yang sama.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2gbhX358X 
Hakcipta terpelihara