Search This Blog

Monday, September 30, 2013

Perogol bersiri akhirnya diberkas


Perogol bersiri akhirnya diberkas
Shaharon Anuar menunjukkan motosikal yang digunakan suspek di pekarangan IPD Batu Gajah, semalam.
BATU GAJAH - Selepas 17 hari aktif mencari gadis bawah umur untuk dijadikan ‘santapan’, seorang perogol akhirnya tumpas apabila diberkas polis di rumah keluarganya di Taman Batu Gajah, di sini, petang kelmarin.

Bekas mekanik berusia 27 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan jijiknya itu di antara 11 sehingga 28 September lalu dengan menjadikan Jalan Kubur Mandailing, di sini, tempat melampiaskan nafsu.

Bagaimanapun, hasil tindakan pantas jawatankuasa bertindak yang menjalankan siasatan terperinci dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Batu Gajah dan JSJ Kampar, penjenayah terbabit berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa pertama lelaki terbabit ialah pekerja kedai kasut berusia 14 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mewah Indah, di sini.

Menurutnya, mangsa yang menaiki motosikal bersama kakaknya singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi angin tayar sebelum didatangi suspek yang mendakwa seorang mekanik serta mempelawa mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna merah untuk ke bengkel.

“Mangsa mengikut suspek yang mengajaknya menemaninya lelaki itu ke bengkel di Taman Tasek Batu Gajah bagi mengambil tayar ganti memandangkan tayar sedia ada pecah.

“Setibanya di Jambatan Sungai Kinta, Jalan Gopeng suspek terus memesongkan laluannya ke Jalan Kubur Mandailing dan mangsa yang ketakutan melompat dari motosikal dan melarikan diri serta segera membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Shaharon Anuar berkata,  kejadian kedua berlaku pada waktu pagi membabitkan seorang mangsa berusia 13 tahun yang tinggal di Taman Desa Pinji, Lahat.

“Difahamkan semasa cuba dirogol, mangsa memberitahu suspek bahawa dia sedang datang bulan.

“Kemudian, suspek mengarahkan mangsa pusing ke belakang sebelum meliwat mangsa,” katanya yang memberitahu kes tersebut berlaku di Kota Bharu, Gopeng pada 21 September lalu.

Beliau berkata, dalam kejadian terbaru Rabu lalu, seorang pelajar tingkatan lima bersama seorang rakan lelaki menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat sebelum suspek menahan motosikal itu ketika mereka tiba berhampiran sebuah kilang di kawasan perumahan tersebut.

“Suspek kemudian memberitahu mangsa serta rakannya dia adalah seorang anggota polis dengan menunjukkan vest polis dan mendakwa mereka menunggang motosikal melebihi had laju.

“Selepas itu, suspek memberitahu jika tidak mahu masuk lokap mangsa perlu ke Balai Polis Simpang Pulai dan menyuruh rakan lelaki mangsa pulang. Mangsa yang ketakutan terus mengikut suspek.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke hutan Jalan Mandailing di sini dan diperkosa. Selepas itu mangsa dihantar ke perhentian bas Kampung Tersusun Seri Rahmat, di sini,” katanya.

Beliau berkata,  mangsa terus membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurutnya, kes-kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376, 376/511 dan 377C Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau tidak menolak berkemungkinan suspek mengamalkan ilmu hitam dan mencari anak dara untuk dikorbankan memandangkan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau malah ujian air kencingnya juga didapati negatif.

“Saya menasihatkan orang ramai khususnya gadis yang masih bersekolah supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana orang tidak dikenali yang menawarkan bantuan.

"Sebaliknya pelajar perlu menghubungi keluarga untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes-kes berkenaan.

31 dicekup dalam Ops Cantas Khas

31 dicekup dalam Ops Cantas KhasPekerja warga asing yang ditahan di rumah urut di Bandar Puteri, Puchong.

SHAH ALAM – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di beberapa pusat hiburan serta rumah urut sekitar Serdang dan Klang Utara sejak malam kelmarin.

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 9.30 malam itu, Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Selangor menyerbu enam premis di Bandar Baru Klang, Meru, Seri Kembangan dan Bandar Puteri Puchong.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, 25 daripada mereka adalah warga asing.

Beliau berkata, pihaknya menahan 12 wanita Vietnam, lima wanita Thailand, empat wanita China serta seorang wanita Indonesia.

Katanya, turut ditahan tiga lelaki, masing-masing warga Indonesia dan dua warga China.

Menurutnya, semakan mendapati semua wanita asing itu bukan sahaja bekerja sebagai tukang urut, malah turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka.

“Kesemua mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Sek:3 UU Kecil Pusat Kecantikan & Penjagaan Kesihatan 2007,” katanya.

Lagi kenderaan kena umpil

Lagi kenderaan kena umpilRaja Norhayati menunjukkan kunci but kereta yang diumpil, dalam kejadian Jumaat lalu.

KUALA KRAI - Sehari selepas kejadian jip milik seorang pesara diumpil, seorang penduduk Guchil Dua, di sini, menerima kejutan apabila mendapati pintu keretanya di sebelah tempat duduk pemandu terbuka ketika mahu membuang sampah, pagi Jumaat lalu.

Raja Norhayati Raja Lup, 40, berkata, dia terus menghampiri keretanya untuk memeriksa keadaan dan mendapati bahagian but kereta turut diumpil.

Tidak menduga kejadian sedemikian boleh berlaku, Raja Norhayati bersyukur kerana telah beringat dari awal dan tidak pernah meletakkan barangan berharga dalam kenderaan.

Menurutnya, walaupun kejadian seumpama itu belum pernah terjadi sebelum ini, dia sentiasa memastikan keretanya dikunci sebelum tidur.

"Kejadian pada pagi itu benar-benar mengejutkan saya kerana sebelum kejadian, saya telah mengunci kereta seperti biasa, sebelum masuk ke dalam rumah.

"Saya akan lebih berwaspada selepas ini kerana bimbang kejadian ini berulang," katanya kepada Sinar Harian.

Raja Norhayati memaklumkan, keretanya diletakkan hanya enam meter di seberang jalan dari kediamannya dan ia telah menjadi rutin hariannya sejak sekian lama.

Katanya, dia yakin keretanya gagal dilarikan apabila penjenayah menyedari kehadiran penduduk di kawasan rumahnya yang terletak di tepi jalan.

"Saya hanya mendengar kejadian rumah penduduk dimasuki pencuri sebelum ini dan kejadian seumpama ini pula merupakan kali kedua berlaku di sini. Kejadian pertama berlaku pada malam sebelumnya.

"Saya harap anggota keselamatan dapat membuat rondaan lebih kerap di kawasan ini terutama selepas jam 2 pagi. Selepas kejadian ini saya sekeluarga bimbang rumah kami turut dimasuki pencuri," katanya.

Setiausaha syarikat mengaku salah buat penyataan palsu


 
BUTTERWORTH: Seorang setiausaha sebuah syarikat mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan membuat penyataan palsu yang terkandung dalam laporan kewangan bagi empat buah syarikat, tiga tahun lepas.

Tertuduh Gok Ching Hee, 42, membuat pengakuan itu di hadapan pendaftar Mahkamah Sesyen Siti Sarah Abdul Rahim di sini hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, Gok didakwa membuat penyataan palsu kepada pengarah syarikat EL Chong Motor Trading Sdn Bhd pada 30 Jun 2010 dengan menyatakan bahawa sebuah syarikat LKH Associates telah dilantik menjadi juruaudit untuk laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2009.

Tertuduh juga membuat penyataan palsu terhadap syarikat yang sama pada 30 Jun 2011 untuk laporan kewangan yang berakhir 31 Disember 2010.

Seterusnya Gok dituduh melakukan kesalahan yang sama kepada pengarah syarikat Aun Chuan Lee Trading & Transport Sdn Bhd pada 30 Jun 2010, untuk laporan kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Selain itu, dia juga dituduh melakukan kesalahan serupa kepada pengarah syarikat Golden Crossback Arowana Breeding Farm Sdn Bhd pada 24 Ogos 2011, untuk laporan kewangan yang berakhir 28 Februari 2011.

Gok juga dituduh dengan kesalahan yang sama kepada pengarah syarikat Prosful Trading Sdn Bhd pada 30 Jun 2011 untuk laporan kewangan berakhir 31 Disember 2010.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Gok didakwa mengikut Seksyen 364A (1)(a) Akta Syarikat (Akta 125), dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian membenarkan Gok dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 7 Oktober untuk keputusan kes, Pendakwaan dijalankan Pegawai Kanan Pendakwaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Zulkhairi Kamaruzaman. - BERNAMA

Pengurus Besar Genneva hadapi 28 tuduhan gubah wang haram


 
IPOH: Pengurus Besar Genneva Malaysia Sdn Bhd yang juga pemilik tunggal dua syarikat, Buycom Network dan Visiotec Marketing, Lim Kah Heng, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, petang ini atas 28 pertuduhan penggubahan wang haram dan menerima deposit tanpa lesen sah membabitkan urus niaga RM367,000.

Kah Heng, 42, yang dituduh melakukan kesalahan itu antara 23 April 2011 hingga 27 Ogos 2012, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika tiga daripada semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah. 

Anggota polis diperintah bayar RM585,000 kepada bekas isteri, abang ipar


 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan seorang anggota polis membayar ganti rugi sebanyak RM585,000 kepada bekas isteri dan abang iparnya untuk kecederaan yang dialami mereka selepas ditembak tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong membuat keputusan itu dalam kamar selepas bertemu peguam M.Manoharan yang mewakili plaintif G.Prema dan G.Devendran serta Peguam Kanan Persekutuan Nor Mastura Ayub bagi defendan iaitu Korporal T.Ravindran dan dua lagi.
Pada 2 Januari lepas, Prema, 27, seorang pelajar kolej serta abangnya, Devendran, 28, menyaman Ravindran, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan kerajaan.

Manoharan memaklumkan pemberita bahawa mahkamah memutuskan plaintif berjaya membuktikan kes mereka terhadap Ravindran atas imbangan kebarangkalian.

Beliau berkata mahkamah juga mendapati plaintif berjaya membuktikan bahawa insiden itu bukan satu kemalangan.

Katanya, mahkamah memerintahkan Prema dan Devendran masing-masing dibayar RM250,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan serta RM60,000 dan RM25,000 sebagai ganti rugi am.

Manoharan berkata mahkamah turut memerintahkan Ravindran membayar RM40,000 sebagai kos kepada plaintif.
Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah menolak kes terhadap dua lagi defendan iaitu Musa dan kerajaan selepas memutuskan tiada liabiliti gantian ke atas mereka.

"Tindakan defendan pertama (Ravindran) adalah tanggungjawab beliau sendiri dan bukan disebabkan pekerjaan atau ketika tugas rasmi," katanya.

Penyataan tuntutan Prema menyebut beliau mengahwini sepupunya itu pada 6 Mac 2009 dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Putrajaya pada hari yang sama. Bagaimanapun, perkahwinan mereka dibubarkan Mahkamah Tinggi pada 28 Jun tahun lepas.

Beliau mendakwa Ravindran telah ke rumah keluarga mereka pada 9.40 malam 2 Mac 2010 dan menembak dia serta abangnya sehingga menyebabkan mereka cedera.
Prema berkata beliau dimasukkan ke Hospital Pantai antara 4 dan 10 Mac 2010.

Pembelaan Ravindran, yang difail pada 27 Februari lepas, menafikan perkara itu dan mendakwa ia adalah rekaan semata-mata.

Ravindran mengemukakan tuntutan balas dengan mendakwa tembakan itu dilepaskan ketika bergelut dengan bekas bapa mertuanya.

Pada 4 Oktober 2011, Ravindran dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan menembak isterinya, Prema, pada 2 Mac 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi kesalahan cubaan membunuh.
- BERNAMA

Wanita pandu 200km sejam selamatkan ibu


 
Dubai: Seorang wanita di bandar raya ini yang ditahan polis kerana memandu keretanya hingga 200 kilometer sejam, dibebaskan selepas memberitahu dia berbuat demikian untuk kembali ke rumah dan membawa ibunya yang sakit ke hospital semalam.

Ketua jabatan polis trafik Dubail Mejar Jeneral Mohammed Al Zafin berkata selain memandu laju, wanita terbabit juga dilihat memotong kenderaan lain secara berbahaya dan ada ketikanya dia memandu keretanya di atas bahu jalan.
Dibebaskan selepas didenda

“Polis mengejar kereta wanita itu dan selepas dipintas, dia dikenakan denda, tetapi dibebaskan selepas memaklumkan kepada polis bahawa ibunya sakit,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu memberi reaksi kasar ketika ditanya mengapa dia memandu secara berbahaya, tetapi megambil keputusan membebaskannya walaupun cara pemanduannya boleh menyebabkan kemalangan.

Al Zafin berkata, polis mengesan wanita berkenaan memandu kenderaan dari lebuh raya Sheikh Mohammed Bin Zayed menuju Al Khawaneej, selepas mereka orang awam memaklumkan melihat seorang wanita memotong kenderaan di bahu jalan. - AGENSI

Pemuda cuba pecah rumah meninggal dunia


30 September 2013


KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda meninggal dunia setelah hampir empat hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dipercayai terjatuh dari bumbung ketika melakukan jenayah pecah rumah di Kampung Bakau Tinggi, Kemaman, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa, 21, dari Kemaman, disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari, Jumaat lalu, akibat retak tempurung kepala kanan.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan hanya berseluar dalam di Jeti Kampung Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Kemaman, kira-kira jam 8.30 malam, oleh seorang kaki lelaki yang ingin memancing di kawasan jeti tersebut.

“Ketika ditemui, tiada sebarang senjata atau sebarang kesan pergelutan, hanya ada sedikit kesan darah serta muntah dari mangsa.

“Mangsa ketika itu kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari, Jumaat lalu,” katanya.

Hasil siasatan lanjut berjaya membongkar punca kejadian iaitu mangsa terjatuh dari bumbung ketika memecah masuk sebuah kediaman di Kampung Bakau Tinggi, Kemaman, kira-kira jam 5 petang hari kejadian, bersama dua lagi rakannya yang berusia 21 dan 27 tahun.

“Siasatan mendapati selepas terjatuh dari bumbung rumah berkenaan, mangsa cedera di kepala selain pendarahan di mulut dan hidung serta muntah darah.

“Cemas dengan situasi itu, rakan mangsa berusia 21 tahun kemudian meminta rakannya yang berusia 27 tahun membawa mangsa ke jeti berkenaan sebelum meninggalkan mangsa sendirian.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa yang ditemui berlumuran lumpur adalah kerana mangsa terjatuh ke dalam kawasan lumpur semasa usaha membawanya ke jeti tersebut sebelum ditinggalkan kedua-dua rakannya,” katanya.

Menurutnya lagi, siasatan turut mendapati terdapat satu lubang di bahagian atap asbestos yang pecah di rumah dipecah masuk itu.

“Siasatan turut menemui kesan darah pada simen lantai di tempat kejadian dan kedua-dua rakan mangsa ditahan selepas pemilik rumah membuat laporan kejadian.

“Polis turut merampas barang kes yang dicuri iaitu satu tong gas memasak,” katanya.

Maut akibat kencing tikus

Tengku Mohd Azrol
Tengku Mohd Azrol


BACHOK – Seorang remaja maut dipercayai akibat penyakit leptospirosis (kencing tikus) selepas mandi di salah sebuah kawasan air terjun hutan lipur, Pasir Puteh, dua minggu lalu.

Tengku Mohd Azrol Tengku Md Noor, 19, meninggal dunia kira- kira jam 10 malam, Jumaat lalu, di Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas demam dan batuk berdarah setelah beberapa hari pulang dari kawasan berkenaan.

Adik mangsa, Tengku Hafiz, 17, juga dirujuk ke hospital sama sekali lagi setelah dipercayai mempunyai kuman dalam darah selepas mandi di lokasi tersebut.

Menurut seorang lagi adik mangsa, Tengku Mohd Hanif, 16, ketika itu dia bersama bapa saudara, Rosmawi Md Azmi, 39, ke hutan lipur terbabit pada 13 September lalu.

“Kami pergi ramai-ramai dengan sebuah kereta dari sini (Bachok) dan arwah menunggang motosikal dari rumah kami di Kampung Merkang, Pasir Puteh.

“Arwah seorang yang penyayang dan suka kucing. Kadang-kadang dia tidur pun dengan kucing. Tak sangka hasratnya untuk jadi polis tak kesampaian,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya, Siti Fatimah Dollah di Kampung Pantai Senak, semalam.

Katanya, lokasi air terjun di situ agak kotor, dipenuhi sampah-sarap dan berkemungkinan mengundang banyak punca penyakit.

Sementara itu, bapanya, Tengku Md Noor Daud, 40, berkata, apabila arwah didapati menghidap penyakit tersebut, semua ahli keluarganya yang mengikuti perkelahan di Jeram Pasu menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Lepas beberapa hari balik, arwah demam tak sembuh. Dua kali dia dibawa ke hospital hingga saat kritikal dia batuk berdarah, barulah dirujuk kepada hospital di Kota Bharu.

“Anak saya, Hafiz dikatakan mempunyai jangkitan kuman dan perlu menjalani ujian darah. Kami masih bimbang sebab ada juga ahli keluarga lain yang demam,” katanya yang berharap tahap kebersihan di kawasan terbabit perlu dipantau atau langkah
drastik diambil dengan menutup hutan lipur tersebut untuk orang awam selagi penyakit itu tidak dibendung.

Timbalan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Selasawati Ghazali mengesahkan kematian Tengku Mohd Azrol akibat kencing tikus.

486 tuntutan gores dan menang di Tribunal Tuntutan


30 September 2013
KUALA LUMPUR - Sebanyak 486 tuntutan berkaitan gores dan menang diadukan di Tribunal Tuntutan Pengguna seluruh negara sehingga 31 Ogos lepas.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata tahun lepas, sebanyak 598 tuntutan difailkan di tribunal itu berbanding 456 tuntutan pada tahun sebelumnya.
 
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bertanya mengenai pecahan kes gores dan menang yang diadukan ke tribunal itu antara 2011 hingga Ogos 2013.
 
Hasan berkata kementerian konsisten dalam melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi membendung kegiatan penipuan gores dan menang.
 
Pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang berkuat kuasa 1 November 2011 telah memperuntuk kesalahan khusus mengikut Seksyen 20 APD berkaitan pernyataan palsu atau mengelirukan mengenai peraduan atau permainan termasuk peraduan gores dan menang.
 
"Ia membolehkan kementerian mengambil tindakan yang lebih berkesan terhadap pihak yang menganjurkan peraduan gores dan menang dengan cara palsu atau mengelirukan orang ramai sekiranya didapati tiada hadiah ditawarkan atau hadiah yang ditawarkan tertakluk kepada pembayaran wang, kos atau syarat yang tidak munasabah," katanya.
 
Justeru, katanya, kerajaan mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan aktiviti gores dan menang supaya tindakan segera dapat diambil. - Bernama

Polis parah dirempuh

Polis parah dirempuhAnggota polis IPD Serdang, Sarjan Mejar Azmi Ibrahim memangku Mohd Faizal yang dirempuh seorang penunggang motosikal, petang semalam.

SERDANG - Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya  di lorong motosikal Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, Lans Koperal Mohd Faizal Mohd Taib dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang patah kaki kanan akibat rempuhan itu.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika Mohd Faizal bersama tujuh anggota dan seorang pegawai polis membuat sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Besi.

Abd Razak berkata, sebuah motosikal jenis Yamaha 125 LC berwarna hitam merah dinaiki seorang lelaki tiba-tiba membuat pusingan U dengan cara melawan arus untuk melarikan diri selepas melihat dan menyedari kehadiran polis di lokasi kejadian.

Sedar akan tindakan spontan menyalahi undang-undang yang dilakukan lelaki berkenaan itu, Mohd Faizal yang bertindak sebagai anggota ‘cut off’ cuba memberhentikan penunggang motosikal terbabit.

“Malangnya penunggang motosikal itu tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya merempuh Mohd Faizal pada bahagian kaki di sebelah kanan sebelum melarikan diri,” katanya selepas melawat mangsa yang mendapat rawatan di Hospital Serdang, semalam.

Kes dibuka dan disiasat di  bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan terperinci masih dijalankan dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian segera berhubung dengan hotline IPD Serdang di talian 03-80620458 untuk membantu siasatan.

Tiga maut keracunan makanan



Dua daripada mangsa keracunan makanan menerima rawatan di Hospital Yan, Kedah, semalam.
JERAI 30 Sept. - Tiga maut, tiga kritikal manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah pada Sabtu lalu.
Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari ini manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.
Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Kesemua mangsa dirawat di Hospital Yan dan Hospital Sultan Abdul Halim.
Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan.
"Mangsa lewat mendapat rawatan kerana mereka tidak ke hospital dengan segera selepas mengalami cirit-birit dan keracunan makanan.
"Saya ingin nasihatkan mereka yang telah menghadiri kenduri tersebut segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda keracunan makanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu menurut ibu Mohd. Nor Rahmat, Che Norma Khalid, 45, anak tunggal lelaki daripada lima beradik itu menghadiri majlis kenduri kahwin tersebut bersama suaminya, Yusof Ariffin, 50, yang turut mengalami sakit perut, namun tidak serius.
"Selepas balik dari rumah kenduri, anak saya belum rasa sakit, dia mula rasa pada waktu malam dan hari ini lebih teruk.
"Kami bawa dia ke Hospital Yan pagi tadi selepas mendapati dia tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang," katanya ketika ditemui.
Che Norma berkata, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir itu dikatakan makan nasi bersama ayam masak merah.
Sementara itu sepupu Nurshazana, Hairul Azhar Harun, 33, berkata, mangsa mula berasa sakit perut setelah pulang daripada kenduri tersebut dan sakitnya bertambah teruk pada hari Ahad sehingga dia enggan keluar dari bilik.
"Kami ingat hari ini nak bawa dia (Nurshazana) ke klinik tetapi pagi tadi dia pengsan dalam keadaan tertiarap dalam bilik dan kira-kira pukul 12.45 tengah hari disahkan meninggal dunia.
"Ibu dan adik-adiknya ada juga rasa sakit tetapi tidaklah seteruk dia," katanya.
Dalam pada itu, tuan rumah majlis perkahwinan tersebut, Yusuf Ahmad, 55, tidak menyangka acara perkahwinan anak keduanya bertukar menjadi tragedi apabila tiga orang jemputan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.
Beliau berkata, pihaknya hanya menghidangkan ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis bersama kacang yang dimasak secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.
"Yang masak sebahagian daripada makanan itu kakak saya, Solehan Harun dibantu saudara-mara yang lain, saya tidak sangka kes seumpama ini boleh berlaku," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, kira-kira 2,000 orang diundang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Haslina Yusuf, 22, dan pasangan, Mohd. Fauzan Zakaria, 26.
"Saya amat terkejut bila mengetahui ada kalangan mereka yang makan kenduri itu alami cirit-birit dan muntah, termasuk dalam kalangan anggota keluarga sendiri," katanya.
Yusuf berkata, isterinya, Fauziah Nawawi, 40, dan dua anak mereka turut menerima rawatan di Hospital Yan akibat peristiwa itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131001/je_01/Tiga-maut-keracunan-makanan#ixzz2gSuyIR5o
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nelayan asing beri rasuah


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Beberapa syarikat menangkap ikan milik nelayan asing dikesan sanggup membayar antara RM20,000 dan RM200,000 kepada agensi penguat kuasa tempatan bagi mengelak mereka dikenakan tindakan undang-undang jika ditangkap menceroboh perairan negara ini.
Proses tawaran dan pembayaran wang rasuah secara tunai itu akan diuruskan oleh dua runner atau orang perantaraan iaitu masing-masing dari Malaysia dan negara asing yang dilantik sindiket yang turut menerima komisen lumayan.
Selain merasuah bagi membenarkan mereka bebas menangkap ikan di perairan negara ini, syarikat nelayan asing turut membayar RM20,000 sebulan kepada anggota penguat kuasa tempatan untuk melepaskan bot dan barang-barang kes jika ditangkap semasa serbuan.
Nelayan asing yang kebanyakan dari Vietnam dipercayai turut memberi suapan bagi tujuan sama kepada penguat kuasa dari beberapa agensi penguat kuasa tempatan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa kegiatan pencerobohan nelayan asing menangkap ikan terutama dari Vietnam di perairan negara semakin meningkat sejak kebelakangan ini kerana mereka bebas berbuat demikian setelah merasuah pihak penguat kuasa tempatan.
Beliau berkata, perairan Malaysia menjadi sasaran nelayan asing mendapatkan ikan berkualiti setelah sumber laut di negara mereka pupus gara-gara tindakan nelayan terbabit menggunakan pukat ganding untuk menangkap ikan di negara sendiri sebelum ini.
"Pukat ganding menyebabkan hidupan dan ekosistem laut seperti batu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan pupus kerana pukat ini mempunyai mata gergaji besi yang boleh mengaut semua hasil di dasar laut sehingga bersih termasuk ikan kecil.
"Apabila hasil laut di negara asing ini pupus, mereka menceroboh perairan Malaysia yang masih kaya dengan sumber ikan berkualiti dan sanggup merasuah penguat kuasa kerana hasil kegiatan menangkap ikan di negara ini memberi keuntungan lumayan kepada mereka," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Syukri berkata, hasil tangkapan laut yang besar dan berkualiti dibawa balik ke negara mereka tetapi ikan gred rendah dijual di Malaysia bagi membolehkan mereka membeli diesel subsidi yang ditawarkan oleh kerajaan berdasarkan berat ikan yang didaratkan.
Beliau berkata, masalah pencerobohan nelayan asing bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan tempatan tetapi bakal mengakibatkan hasil perikanan negara pupus dalam tempoh tiga tahun lagi jika kehadiran mereka menggunakan pukat ganding semasa menangkap ikan tidak dihalang.
Dalam pada itu, katanya, nelayan tempatan sukar menyaingi nelayan asing kerana bot mereka adalah lebih besar dan dilengkapi kemudahan canggih.
"Pengusaha bot yang bersekongkol dengan pihak berkuasa juga dibekalkan seunit telefon satelit bagi tujuan komunikasi sekiranya bot milik mereka ditahan semasa di perairan.
"Ketua pihak berkuasa terbabit akan memberikan telefon satelit kepada ketua pasukan operasi di perairan untuk memberitahu sekiranya pasukan operasi telah menahan bot nelayan asing yang menceroboh," katanya.
Menurut Mohd. Shukri, ada anggota penguat kuasa turut menjual kad maritim laut kepada operator bot asing yang membolehkan mereka dilepaskan daripada tindakan jika diperiksa.
Beliau berkata, kehadiran nelayan asing menyebabkan nelayan tempatan takut turun ke laut menangkap ikan, sekali gus mengakibatkan industri perikanan negara merosot dan memaksa negara mengimport hasil laut daripada negara luar.
Selain itu, katanya, nelayan asing yang menceroboh kawasan perairan negara juga datang dengan membawa senjata-senjata yang berbahaya seperti pelancar roket, senapang, mesingan ringan, mercun dan senjata berbahaya yang lain.
"Mereka membawa senjata tersebut untuk mempertahankan diri apabila ditahan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Selain itu, mereka juga merompak barang-barang berharga, hasil tangkapan dan cuba membuat ancaman bunuh terhadap nelayan tempatan yang bersusah-payah mencari nafkah untuk menyara keluarga," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131001/je_02/Nelayan-asing-beri-rasuah#ixzz2gSukiTl0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas maut van, dihempap lori


Beginilah keadaan van yang remuk sama sekali apabila dihempap lori membawa batu hingga meragut seorang nyawa dalam kemalangan di Kampung Sungai Kelong di Pasir Puteh, Kelantan semalam.
PASIR PUTEH 30 Sept. - Seorang warga emas lelaki maut selepas van dinaiki dirempuh dan dihempap sebuah lori yang sarat dengan muatan batu dalam kemalangan di Kampung Sungai Kelong dekat sini semalam.
Kemalangan ngeri berlaku pukul 1.20 petang itu meragut nyawa Ismail Awang, 63, manakala pemandu van dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, setelah mengalami cedera parah.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan awal mendapati van dipenuhi buah kelapa yang dipandu oleh Mohd. Nazri Abdul Majid dari arah Kota Bharu ke Pasir Puteh sedang membelok ke kanan untuk masuk ke rumah Ismail sebelum dirempuh oleh lori berkenaan.
Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah, manakala Mohd. Nazri yang turut cedera dirawat HUSM.
"Pemandu lori berusia 58 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini hari ini.
Dalam kes berasingan, Mohd. Kamal berkata, seorang kanak-kanak lelaki mati dirempuh kereta pikap ketika cuba melintas jalan di Kilometer 50, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Bukit Yong di sini pada pukul 5.30 petang semalam.
Beliau berkata, mangsa, Mohamad Badrul Amin Abdullah, 8, dikatakan melintas jalan untuk ke kedai runcit sebelum dirempuh kenderaan yang dipandu seorang lelaki yang menghala ke Jerteh, Terengganu.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa terpelanting dan mengalami kecederaan parah di kepala dan mangsa yang dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) meninggal dunia pukul 8 malam tadi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131001/je_03/Warga-emas-maut-van-dihempap-lori#ixzz2gSuYK3RL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis buru warga asing kes pecah rumah


Abdul Makti Abdul Rani dan Siti Noh Yusof melakonkan semula ketika mereka diikat oleh penyamun dalam kes pecah rumah di Kampung Bukit Genting, Jerantut, Pahang, semalam.
JERANTUT 30 Sept. - Polis memburu empat lelaki dipercayai warga asing yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Kampung Bukit Genting di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, empat lelaki terbabit yang bersenjatakan parang dan menutup muka melarikan barangan mangsa bernilai kira-kira RM1,600.
"Penjenayah terbabit memasuki rumah mangsa melalui tingkap di bahagian dapur dan menerkam serta mengikat ketiga-tiga mangsa di dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
"Suspek telah menyelongkar tiga bilik di rumah berkenaan dan melarikan wang tunai RM800, telefon bimbit dan set permainan 'Play Station'," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, seorang mangsa, Siti Noh Yusof, 58, ketika ditemui berkata, dia disepak di bahagian punggung dan lehernya diacukan dengan parang setelah merayu supaya penjenayah terbabit tidak memukul suaminya, Abdul Makti Abdul Rani, 67, yang mengidap sakit jantung.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika dia bersama suami serta seorang cucunya, Mohd. Zafrin Aiman Zambri, 10, sedang tidur.
"Tiba-tiba saya terkejut apabila pintu bilik tidur kami ditendang dengan kuat oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan menutup muka. Saya terus kejutkan suami kerana takut," katanya.
Siti Noh berkata, tiba-tiba seorang penjenayah terbabit menyepak punggungnya dan meletakkan parang di leher sambil berkata 'mahu hidup atau mati'.
Katanya, suspek kemudian mengikat tangannya dan suami sambil bertanya di mana tempat simpanan wang dan barangan kemas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131001/je_08/Polis-buru-warga-asing-kes-pecah-rumah#ixzz2gSuNZeAk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga sekeluarga terselamat kereta dirempuh lori sampah

Oleh FADZLY IZAB
MELAKA 30 Sept. - Seorang ibu bersama dua anaknya terselamat walaupun bahagian belakang kereta yang dinaiki remuk teruk selepas dirempuh sebuah lori sampah dalam kemalangan melibatkan tiga lagi kenderaan di Jalan Tun Hamzah dekat simpang Kompleks Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Bukit Katil di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, seorang wanita yang dalam perjalanan pulang dari mengambil dua anak perempuannya dari sekolah rendah hanya mengalami cedera ringan setelah kereta dinaiki mereka dirempuh lori berkenaan.
Bagaimanapun, pemandu lori dan dua lagi penumpang kenderaan lain termasuk sebuah Proton Waja dan van Nissan Vanette tidak mengalami sebarang kecederaan.
Saksi yang juga pemandu Proton Waja tersebut, Bahman Jamaluddin, 44, berkata, dia bersama anak perempuannya, Nur Izzati, 23, sedang dalam perjalanan dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) ke rumah mereka di Bukit Bayan di sini semasa kejadian.
''Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat sebuah Honda City di laluan bertentangan sedang berhenti dengan memberi isyarat ke kanan untuk masuk ke simpang arah balai bomba berkenaan.
''Pada masa yang sama, saya melihat sebuah lori sampah dari arah Bukit Katil iaitu dari arah belakang Honda City itu sedang laju menuruni jalan berbukit tersebut sebelum merempuh belakang kenderaan dinaiki tiga sekeluarga terbabit.
''Rempuhan kuat itu menyebabkan Honda City tersebut tercampak kira-kira 10 meter hingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van di hadapan saya sebelum merempuh kereta saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130930/je_13/Tiga-sekeluarga-terselamat-kereta-dirempuh-lori-sampah#ixzz2gSuAb9WR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Taufan Wutip: Berpuluh ribu penduduk Vietnam dipindah


HANOI 30 Sept. - Berpuluh-puluh ribu penduduk di Vietnam dipindahkan sebelum Taufan Wutip membadai negara ini.
Jabatan Kaji Cuaca Nasional menyatakan Wutip dijangka melanda pusat Vietnam lewat hari ini.
Jawatankuasa Pusat Kawalan Banjir dan Ribut berkata, lebih 140,000 di empat wilayah di tengah Vietnam akan dipindahkan hari ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130930/lu_22/Taufan-Wutip-Berpuluh-ribu-penduduk-Vietnam-dipindah#ixzz2gSt6pylI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bunuh bapa untuk warisi harta



Nanjing: Seorang wanita di sini ditangkap kerana di wakwa menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh bapanya bagi membolehkan dia mewarisi harta lelaki itu.

Polis menangkap wanita berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya Hu dan seorang suspek pembunuh upahan berusia 19 tahun bernama Zheng, lima jam selepas mayat bapa Hu ditemui mati di kediamannya, kelmarin.


Hu didakwa menghubungi Zheng menerusi Internet dan menawarkannya sejumlah wang untuk membunuh bapanya selepas mereka bertengkar.

Menurut ibu Hu yang sudah bercerai dengan mangsa sejak lebih 20 tahun lalu, anaknya merancang pembunuhan itu untuk mendapatkan harta si mati.


Menurut akhbar Modern Express, mendapatkan khidmat pembunuhan di China begitu mudah. Seorang wartawan yang menyamar pelanggan hanya diminta membayar 100,000 yuan (RM50,000), harga biasa bagi membunuh seseorang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30

Penggal kepala suami


Chennai: Kerana tak tahan diganggu suaminya, seorang wanita muda memenggal kepala lelaki itu sebelum menyerah diri kepada polis.

Menurut laporan Times of India, wanita berusia 21 tahun itu adalah isteri kedua si mati.


Mangsa, penarik beca berusia 28 tahun dan tinggal di Tamil Nadu, sebelum ini berkahwin dengan wanita lain dan sudah mempunyai dua anak apabila berkahwin dengan suspek.

Hubungan antara kedua-dua wanita itu baik tetapi masing-masing tidak tahan dengan sikap si suami yang panas baran dan sering memukul kedua-dua isterinya sehingga mendorong mereka pulang ke rumah ibu bapa masing-masing.


Si suami mengunjungi isteri keduanya Sabtu lalu dan merampas wangnya. Suspek bertindak menyerang lelaki itu, dengan mencampakkan serbuk cili pada muka mangsa.


Sebaik lelaki itu terjatuh, isterinya mengambil sabit dan memenggal kepala mangsa. Dia kemudian menyerah diri di balai polis berhampiran bersama-sama dengan senjata yang berlumuran darah.

Menurut polis, mangsa mempunyai rekod aktiviti antisosial. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30

Maut rempuh tembok

Maut rempuh tembokKeadaan kereta mangsa yang merempuh tembok pembahagi jalan di jejambat pusingan U, LDP awal pagi semalam. Gambar kecil: C Vishnu.

PUCHONG - Tidak sampai lima minit bergerak meninggalkan tempat kerjanya, seorang pelayan bar maut apabila kereta dipandu merempuh konkrit pembahagi jalan di pusingan U Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa dikatakan memandu sendirian dari sebuah kelab hiburan di Setia Walk, Pusat Bandar Puchong menghala ke rumahnya.

Ketika membuat pusingan U, mangsa dipercayai tidak membelok kenderaannya menyebabkan berlaku rempuhan kuat antara kereta mangsa dengan tembok pembahagi jalan.

Akibatnya,  C Vishnu, 22, yang memandu kereta Proton Wira tersepit dan mengalami kecederaan parah.

Sumber polis berkata, siasatan awal  mendapati  kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu hilang  kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

Menurutnya, tiada kesan brek ditemui di jalan dua lorong jejambat pusingan U menuju ke arah Damansara itu.

“Kereta mangsa merempuh konkrit itu dengan kuat, dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan,” katanya.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Serdang. Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Sementara itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.

Seludup dadah: Dua wanita Iran ke tali gantung


SHAH ALAM 30 Sept. - Cerita dongeng dan mengarut. Demikian rumusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap keterangan dua wanita Iran yang mendakwa dadah yang dijumpai di dalam bagasi mereka ketika memasuki negara ini adalah barang makanan.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah sebaliknya berkata, Sharzad Matinnia Mansoor, 32, dan Neda Mostafaei Ghodraollah, 26, gagal memberi penjelasan bagaimana barang makanan yang dibawa dalam bagasi mereka mempunyai dadah jenis methamphetamine seberat 5,423.3 gram di dalamnya.
Malah, katanya, perancangan mereka ke Malaysia telah dibuat lebih awal berdasarkan tempahan tiket penerbangan serta mereka tidak membawa wang yang banyak walaupun mendakwa sedang bercuti ke negara ini.
"Sehubungan itu, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan kedua-dua tertuduh dihukum gantung sehingga mati," tegas beliau.
Kedua-dua wanita itu dilihat mengesat air mata sepanjang Hakim Abdul Alim membacakan penghakimannya namun, seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga mereka meraung sebaik sahaja tertuduh dibawa keluar dari kandang tertuduh.
Kedua-dua wanita itu dijatuhi hukuman itu setelah didapati bersalah mengedar 2,265.2 gram dan 2,758.1 gram dadah berkenaan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Aras 3, bangunan utama terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira pukul 6.50 pagi, 15 Disember 2010. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130930/ma_05/Seludup-dadah:-Dua-wanita-Iran-ke-tali-gantung#ixzz2pHyqlehS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

200 penduduk sedut habuk besi



NIZWAN menunjukkan kesan habuk besi pada tingkap rumahnya di Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat, Nibong Tebal semalam.


NIBONG TEBAL – Kira-kira 200 penduduk Jalan Kebun Petai, Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat dekat sini mendakwa kesihatan mereka terancam apabila terpaksa menyedut habuk besi dari sebuah kilang berdekatan sejak 10 tahun lalu.
Penduduk mendakwa, operasi kilang itu bukan sahaja menyebabkan mereka mengalami gatal kulit, lelah dan batuk malah diganggu pencemaran bunyi.
Menurut mereka, masalah itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi sehingga ini belum ada sebarang tindakan diambil.
Kilang membersih besi buangan itu terletak kira-kira lima meter dari rumah penduduk kampung
Semalam, beberapa penduduk yang hilang sabar mengadakan bantahan secara aman kira-kira sejam di hadapan kilang itu bagi meminta pemiliknya menghentikan operasi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2gJq3Zk00 
Hakcipta terpelihara 

Lemas selepas selamatkan adik



ANGGOTA bomba mengusung mayat Mohamad Khidil yang ditemui lemas di Ledang semalam.


LEDANG – Tindakan berani seorang pengantin baru terjun ke dalam lubuk di kawasan Air Terjun Asahan di Jasin, Melaka untuk menyelamatkan adiknya yang hampir lemas berakhir dengan nyawanya sendiri melayang semalam.
Mohamad Khidil Ismeet Anuar, 25, yang baru sebulan melangsungkan perkahwinan, bagaimanapun berjaya menolak adiknya, Mohamad Aliff Najimi, 13, ke kawasan cetek sebelum dia sendiri hilang dihanyutkan arus.
Mangsa sebelum itu dikatakan beria-ria mengajak ahli keluarganya berkelah ke kawasan tersebut.
Mengimbas semula kejadian itu, Mohamad Aliff memberitahu, dia tiba di situ bersama mangsa dan kakak iparnya, Shakila Zakaria, 26, untuk mandi pada pukul 9 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2gJptOL4a 
Hakcipta terpelihara 

Ibu mengandung korban nahas



AZMI memangku jenazah Wan Ayuzita dan Mohamad Amizie yang maut dalam kemalangan di Dungun, Terengganu kelmarin.


DUNGUN – Seorang lelaki kehilangan isteri dan anak serentak apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam nahas mengorbankan tiga nyawa dalam kejadian di Kilometer 23 Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah dekat sini kelmarin.
Lebih pilu apabila Azmi Mohamad, 41, bukan sahaja kehilangan isteri, Wan Ayuzita Wan Jusoh, 23, serta kandungannya yang berusia tujuh bulan tetapi juga anak sulung mereka, Mohd. Amizie Abdullah yang berusia 18 bulan.
Difahamkan, sebelum kejadian, Mohd. Amizie dipangku ibunya di tempat duduk penumpang depan.
Kejadian pukul 6.40 petang itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal, Mohd. Nor Samat, 57, apabila dia dirempuh kereta jenis Proton Saga yang dipandu Azmi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2gJpmOSXh 
Hakcipta terpelihara 

Mekanik gila seks diberkas



SHAHARON ANUAR menunjukkan motosikal dengan sebahagian nombor pendaftarannya dibuang untuk mengelak dikesan di Batu Gajah semalam.


BATU GAJAH – Seorang mekanik yang menggunakan helah membantu mangsa kemalangan dan menyamar polis sebagai modus operandi untuk merogol memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana di sini kelmarin.
Perogol bersiri berusia 27 tahun yang masih bujang itu diberkas pada pukul 3.45 petang bagi membantu siasatan berhubung dua kes rogol dan dua kes cubaan merogol yang dilaporkan berlaku di sekitar pekan itu.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dua gadis berusia 17 tahun telah diperkosa oleh suspek manakala seorang gadis bawah umur dan wanita berusia 30 tahun nyaris menjadi mangsanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2gJpNwZIq 
Hakcipta terpelihara 

Nasib baik tiada jemaah dalam masjid


ORANG ramai melihat runtuhan siling dan bumbung masjid Kampung Tebauk di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Kejadian runtuhan bumbung masjid terus berlaku di negeri ini dan terbaharu, bumbung ruang solat kedua masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini pula roboh awal pagi semalam.
Insiden yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada bahagian bumbung masjid bernilai kira-kira RM6 juta yang digunakan sejak dua tahun lalu roboh dan tidak boleh digunakan.
Kejadian runtuhan di masjid berkenaan merupakan yang ketiga berlaku di Terengganu sejak 3 Oktober 2009. Masjid berkenaan terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bumbungnya turut runtuh pada 2 Jun 2009.
Bilal masjid tersebut, Man Mat, 61, memberitahu, dia merupakan orang pertama pergi ke masjid itu pagi semalam iaitu kira-kira pukul 5 pagi dan terkejut mendapati sebahagian bumbung masjid berkenaan runtuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2gJp2on1v 
Hakcipta terpelihara