Search This Blog

Sunday, September 29, 2013

Sekeluarga nyaris maut dihempap pokok tumbang

ekeluarga nyaris maut dihempap pokok tumbangTUMPAT - Sekeluarga nyaris maut apabila sebatang pokok kelapa tumbang dan menghempap rumah mereka dalam kejadian ribut di Kampung Mak Neralang, di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku jam 4 petang itu menyebabkan dapur rumah mangsa, Zaiton Dollah, 37, roboh manakala empat anaknya yang berada di dalam rumah selamat.

Zaiton, yang mempunyai lima anak berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar ke kedai bersama anak sulungnya, manakala suaminya, Hanafi Yusof 41, keluar bekerja.

“Empat anak saya yang lain ditinggalkan di rumah, mujur mereka selamat ketika pokok meranapkan dapur rumah saya,” katanya.

Zaiton berkata, menurut cerita anak keduanya, Nor Atikah Shahira, 16, kejadian itu berlaku terlalu pantas apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat.

“Rupa-rupanya bunyi itu datang dari dapur rumah kami yang ranap, waktu itu hujan lebat dan ribut kuat,” katanya.

Walaupun Zaiton terpaksa menanggung kerugian, namun dia bersyukur anak-anaknya selamat kerana mereka empat beradik berada di ruang tamu ketika kejadian itu.

Bencana yang menimpa keluarga Zaiton mendapat perhatian segera Pejabat Adun Pasir Pekan apabila Pembantu Adun Pasir Pekan, Mahmud Che Mat menziarahinya.

Terkejut dengar mangsa menangis dalam talian


Terkejut dengar mangsa menangis dalam talian
Kereta Turgga yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban - Kuala Pilah, semalam.
SEREMBAN – Seorang lelaki terkejut menerima panggilan daripada saudaranya yang sedang menjerit dan menangis akibat terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban - Kuala Pilah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi itu, P.Arumugam, 37, menerima panggilan daripada mangsa, U.Turgga Devi, 24, sebaik saja terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan.

“Sepatutnya saya kena ambil Turgga di Seremban untuk sama-sama pergi ke Shah Alam untuk menghadiri satu program di sana. Tapi saya terkejut apabila menerima panggilan daripadanya yang ketika itu secara tiba-tiba menjerit dan menangis.

“Ketika itu, saya dan isteri tidak dapat bayangkan keadaan Turgga dan terus bergegas ke lokasi kejadian," kata Arumugam.

Menurutnya, setibanya di lokasi, Turgga merupakan anak saudara kepada isterinya, S.Saraswathy, 34, sudah dibawa ke hospital dengan ambulans.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban dengan memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna hitam secara sendirian, mengalami kecederaan dalaman pada sebelah kakinya apabila kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faiz Sulaiman berkata, sebuah jentera membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, seorang mangsa lelaki yang memandu Proton Wira hijau sudah diselamatkan oleh orang awam. Bagaimanapun, dua lagi mangsa wanita masih berada dalam kereta masing-masing selepas pelanggaran itu," katanya.

Beliau berkata, bomba mengambil masa kira-kira 15 mint untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa wanita terbabit  dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Siasatan awal mendapati, faktor jalan licin antara punca kemalangan itu. Kesemua mangsa hanya cedera telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah," katanya.

Peniaga berputih mata

Peniaga berputih mataZahari (kiri) ditemani Zakaria melihat keadaan kedai makannya yang musnah

PASIR MAS - Seorang peniaga hanya mampu berputih mata apabila kedai makan tempatnya mencari rezeki terbakar dalam kejadian di Kampung Kedondong di sini, kira-kira jam 3.10 pagi semalam.

Kejadian itu bukan sahaja melibatkan sebuah kedai makan tetapi, turut memusnahkan sebuah Tabika Kemas dan Kelas Amanah Ikhtiar.

Mangsa, Zahari Mohamad, 48, berkata, ketika kejadian dia tidak berada di kedai itu kerana tidur di rumahnya yang terletak 800 meter dari tempat kejadian.

“Saya hanya mengetahui kebakaran berlaku apabila dihubungi jiran yang tinggal di hadapan kedai makan tersebut.

“Selepas mengetahui perkara itu, saya terus bergegas ke tempat kejadian namun, api marak dengan cepat sehingga tiada satu barang pun yang berjaya diselamatkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Zahari berkata, sudah 13 tahun dia berniaga di kedai makan tersebut yang disewa daripada seorang penduduk di sini.

Menurutnya, setiap hari dia memulakan berniaga pada jam 6.30 pagi hingga 2 petang dan disambung semula dari jam 6 petang hingga 12 malam.

“Akibat kebakaran itu saya mengalami kerugian kira-kira RM20,000 kerana kedai itu turut dijadikan stor simpanan barangan jualan.

“Bagaimanapun, saya reda dengan kejadian ini dan menganggapnya sebagai satu ujian daripada Yang Maha Esa, walaupun sumber pendapatan sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Kanan II, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.51 pagi dan seramai 13 anggota serta tiga jentera
dikejarkan ke tempat kejadian.

“Dua jentera dari Pasir Mas, manakala satu lagi dari Rantau Panjang. Setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian belum dikenal pasti dan masih disiasat,” katanya.
Dalam pada itu, musibah yang menimpa Zahari mendapat perhatian Adun Tendong, Rozi Mohamad yang hadir memberikan sumbangan kepadanya.
Hadir sama, Penghulu Mukim Kedondong, Zakaria Abdullah.

GRO rempuh penguat kuasa


GRO rempuh penguat kuasa
Antara GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, semalam.
JOHOR BAHRU - Seramai 31 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Bandar Baru Permas Jaya, di sini semalam.

Serbuan sekitar jam 2 pagi yang disertai 50 anggota dan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar itu menahan kesemua wanita terbabit selepas disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Ketika serbuan dilakukan, keadaan menjadi kelam kabut kerana kesemua GRO terbabit bertempiaran lari merempuh anggota operasi yang berkawal di pintu.

Keadaan itu juga menyebabkan berlakunya adegan kejar mengejar malah tercetusnya kekecohan di kalangan pelanggan kerana bimbang dicekup anggota operasi.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua GRO berjaya ditahan dan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen untuk tindakan lanjut.

Ketua Penyelaras Ops Sepadu 6P Johor, Masri Adul berkata, serbuan pertama menyaksikan 14 GRO berusia 20 hingga 38 tahun ditahan.

Menurutnya, dalam serbuan kedua, pihaknya menahan 17 GRO berumur 20 hingga 37 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada wanita warga Vietnam, Indonesia, China dan Filipina.

“Kesemua ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan sosial; Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tinggal lebih masa) dan Seksyen 56(1)(l) Akta yang sama (miliki pas lawatan disyaki palsu,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, kesemua wanita terbabit kemudiannya dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut.

Beliau turut memberi amaran bahawa pihaknya akan mengambil tindakan ke atas majikan yang mengajikan warga asing tanpa pas dan permit.

“Ops 6P ini akan dipergiatkan lagi sehingga bulan Disember ini,” katanya.

Culik pengawal sebelum rompak

Culik pengawal sebelum rompakKeadaan pengawal keselamatan yang diikat penjenayah terbabit.

JEMPOL - Seorang pengawal keselamatan cedera selepas dipukul dengan senjata tajam oleh tiga penjenayah yang memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya dekat pekan Bahau, di sini, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian, pengawal keselamatan berusia 60 tahun itu dikatakan diculik dan dalam keadaan mata ditutup dibawa 'bersiar-siar' menaiki sebuah kenderaan di kawasan sekitar antara 5 dan 10 minit oleh penjenayah terbabit.

Mereka bertindak demikian dipercayai untuk mengelirukan mangsa kononnya dibawa ke kawasan jauh.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superitendan Tukiman Seriman berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 6 pagi melibatkan penjenayah berumur lingkungan 20 hingga 30-an.

Ketika kejadian, katanya, pengawal keselamatan terbabit sedang melakukan pemeriksaan di luar bangunan pasar raya tersebut, sebelum tiba-tiba dipukul dengan senjata tajam di bahagian kepalanya.

“Ketiga-tiga penjenayah ini memakai topeng. Seorang daripada mereka bertindak mengikat kaki, tangan serta menutup mata mangsa menggunakan pita pelekat.

“Mangsa kemudiannya dibawa bersiar-siar menaiki kereta sebelum dibawa masuk semula ke dalam pasar raya," katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit menggunakan pemotong besi untuk membuka mesin terbabit, lalu melarikan wang tunai berjumlah RM276,900 sementara pengawal keselamatan itu pula dibiarkan terikat kira-kira tiga meter dari mesin ATM berkenaan.

“Mangsa dijumpai terikat oleh seorang pekerja pasar raya kira-kira 6.30 pagi ketika hendak memulakan tugas. Mangsa yang cedera di kepala dibawa ke Hospital Jempol dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Tukiman berkata, siasatan awal polis mendapati penjenayah hanya melarikan peti duit berisi RM50 manakala peti RM10 ditinggalkan.

“Aksi penjenayah ini bagaimanapun berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dalam pasar raya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun menyebabkan kecederaan.  Difahamkan, sehari sebelum kejadian, pihak bank memasukkan wang kira-kira RM360,000 di mesin ATM berkenaan. Sementara mangsa baru seminggu bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Kanak-kanak mati digilis treler dipandu bapa

Muhamad Rifaie Aiman dan ibunya, Ruzi Ramli.
PONTIAN 28 Sept. - Tiada yang lebih memilukan buat seorang bapa apabila dia sendiri menyebabkan anak bongsu kesayangannya berusia dua tahun mati akibat digilis treler yang dipandunya malam tadi.
Kejadian tragis itu berlaku di Taman Megah di sini, kira-kira pukul 9 malam, semasa Aznizam Mohd. Jahis, 33, baru hendak keluar bekerja ke Johor Bahru.
Menurut Aznizam, kebiasaannya anak bongsu daripada tujuh beradik itu, Muhamad Rifaie Aiman, 2, hanya melambai-lambai tangan apabila dia hendak keluar bekerja.
"Tetapi malam tadi, dia begitu beria-ia hendak ikut saya sehinggakan terpaksa dua kali hantarnya ke rumah yang terletak di aras bawah rumah pangsa.
"Saya sangka selepas itu, (Muhamad Rifaie) Aiman masuk dalam rumah tetapi tanpa disedari saya, isteri dan anak-anak lain, dia mengekori saya semula ke tempat letak kereta sebelum terlanggar mangsa.
"Tiada yang lebih memilukan apabila mendengar suaranya mengerang kesakitan ketika dikejarkan ke hospital," katanya sebak semasa ditemui di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Parit Ibrahim, di sini hari ini.
Menurut Aznizam yang masih terkejut dengan kejadian kerana begitu rapat dengan Muhamad Rifaie Aiman, anaknya itu disahkan meninggal dunia beberapa jam semasa menerima rawatan di Hospital Pontian.
Ibu mangsa, Ruzi Ramli, 32, berkata, kebelakangan ini, anaknya itu menunjukkan sikap yang aneh kerana gemar merakam gambar sendiri menggunakan telefon bimbit dan tidak menyangka menjadi petanda dia akan kehilangan Muhamad Rifaie Aiman.
"Saya tidak sangka perkara ini, menjadi petanda Aiman akan meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya, namun saya reda," katanya.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa kira-kira pukul 1 pagi.
"Bapa kanak-kanak tersebut tidak menyangka melanggar anaknya ketika treler yang dipandunya mula bergerak beberapa meter untuk ke tempat kerja di Johor Bahru.
"Bapa mangsa merasa seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan treler, namun dia terkejut mendapati anaknya terbaring berdekatan tayar sebelah kanan," katanya sambil memberitahu mangsa disahkan meninggal dunia pukul 11.15 malam.
Menurut beliau, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut sedang dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130929/dn_11/Kanak-kanak-mati-digilis-treler-dipandu-bapa#ixzz2gHVZJH1g
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 termasuk ibu mengandung maut di Dungun

DUNGUN 29 Sept. - Seorang ibu yang sarat mengandung tujuh bulan adalah antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 23 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah di sini semalam.
Mangsa yang terbunuh penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yosof, 23, dan anak lelakinya Mohd Amizi yang berusia setahun setengah dan penunggang motosikal Mohd Nor Samat, 57.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, dalam kejadian 6.40 petang itu kereta jenis Proton Iswara yang dipandu suami mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh di kawasan berkenaan sebelum berpusing-pusing lalu merempuh motosikal yang ditunggangi Mohd Nor yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat rempuhan itu ketiga-tiga mangsa meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala manakala penumpang wanita itu tersepit di tempat duduk sebelah pemandu.
"Rempuhan itu juga menyebabkan penunggang motosikal yang berasal dari Felda Kerteh 4, Dungun tercampak sejauh 10 meter," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Dungun di sini malam tadi.
Menurutnya, suami mangsa Azmi Mohamad, 41, bersama dua lagi anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan.
Katanya, semasa kejadian Wan Ayuzita bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman.
Sementara itu, anak Mohd Nor, Mohammad Keeri, 19, berkata, ketika kejadian dia bersama ayahnya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menebas di kebun mereka di Sungai Apu pada pukul 6 petang.
Katanya, mereka menaiki motosikal berasingan dan semasa tiba di selekoh dia ternampak sebuah kereta meluru laju menghala ke arah mereka.
"Saya lihat kereta itu langgar ayah namun saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130929/je_09/3-termasuk-ibu-mengandung-maut-di-Dungun#ixzz2gHUoVhBZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas Pengurus Kem PLKN Tangkas Kendiri dakwa terima ugutan bunuh


TAIPING: Bekas Pengurus Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tangkas Kendiri, Sauk di Kuala Kangsar membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang bekas penyelia kem itu membabitkan tuntutan baki gaji tertunggak berjumlah RM10,500.

Amir Hashim Yot, 58, berkata beliau didatangi lelaki itu ketika minum bersama seorang rakan di sebuah restoran di Jalan Tupai di sini pada kira-kira 11.40 pagi, 7 September lalu. 

Terkejut lori kimia terbabas


Kuala Pilah: Sebuah lori tangki dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu menuju ke Nilai dengan membawa muatan penuh bahan kimia, hampir meragut nyawa orang awam di Taman Putra, Batu Kikir, di sini, kelmarin, apabila satu daripada tayar lori tercabut sebelum terpelanting ke deretan gerai makan.

Dalam kejadian jam 10 pagi, rempuhan itu mengakibatkan kerosakan peralatan di gerai terbabit, mujur ketika itu tiada pelanggan kerana gerai beroperasi pada waktu malam.


Bagaimanapun, pelanggan di gerai berhampiran yang menyaksikan kejadian itu menyifatkan ia terbabit hampir meragut nyawa kerana lokasinya hanya 100 meter daripada mereka. Saksi, Hasbullah Abd Jalil, 45, berkata, dia yang bersarapan di warung berhampiran lokasi terperanjat sejurus mendengar dentuman kuat.

“Terkejut mendengar bunyi itu, saya bergegas ke lokasi yang terletak 100 meter dari gerai tempat bersarapan.


“Setibanya di gerai itu, saya dapati sebuah tayar lori berada di dalam kedai dan banyak peralatan seperti meja dan kerusi rosak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Polis jumpa kenderaan dalam kes rompakan kedai emas di Raubi darah


RAUB: Sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna perak dengan nombor pendaftaran WKP 7933 dipercayai ditinggalkan perompak yang terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai emas di bandar Raub dua hari lepas, ditemui di sebuah kebun getah semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub DSP Azhar Abdul Rahman berkata kereta itu dijumpai seorang pekebun di kebun getah itu kira-kira lapan kilometer menghala ke Jalan Cheroh, Raub jam 9 pagi semalam.
"Sebaik dimaklumkan, polis bergegas ke ladang itu dan menemui sebuah dulang kosong dan beberapa sarung tangan serta topeng muka di dalam kereta berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis, katanya, percaya kumpulan perompak terbabit melarikan diri dengan menaiki kenderaan lain dan meninggalkan kenderaan itu di situ.


"Pihak forensik sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kereta itu termasuk nombor enjin dan tiada laporan tentang kehilangan kereta terbabit diterima setakat ini," katanya.


Jumaat lepas lima lelaki bersenjatakan sepucuk pistol merompak sebuah kedai emas di Jalan Tun Razak di bandar Raub pada jam 1.04 tengah hari dan mereka menggunakan kenderaan itu untuk melarikan diri. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Pegawai kastam maut motosikal kuasa tinggi bertembung 4WD


KENINGAU: Seorang pegawai kastam maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung kenderaan pacuan empat roda ketika berkonvoi bersama tiga rakan dalam kejadian di Kilometer 22 Jalan Keningau-Sook, dekat sini, jam 1 petang tadi.

Mangsa Lawrance Maring, 25, yang bertugas di Jabatan Kastam Labuan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Bumbung masjid runtuh

KUALA TERENGGANU: Bumbung di bahagian ruang legar Masjid Tebauk, Bukit Tunggal, di sini runtuh kira-kira jam 4 pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku dan punca kejadian masih disiasat.
Menurut seorang jemaah, dia terkejut apabila mendapati siling masjid runtuh ketika ingin menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5 pagi tadi.

Katanya, pihak pengurusan masjid terpaksa sembahyang dalam keadaan gelap kerana bimbang berlaku masalah berkaitan elektrik.
Foto
ORANG ramai melihat kejadian siling bumbung yang mengalami kerosakkan teruk. FOTO Imran Makhzan

Masjid berharga RM5.6 juta dibina pada Januari lalu di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya.

Runtuhan bumbung masjid ini adalah yang kedua berlaku di negeri ini selepas Masjid Binjai Kertas, Telemong, Hulu Terengganu runtuh pada 20 Mei lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

PGA rampas 430 kilogram daun ketum


2013/09/29
PADANG BESAR: Sebanyak 430 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam dua kes di Arau dan Padang Besar semalam dan awal hari ini.

Ketua Kompani A Batalion 3 PGA, Asisten Superintendan Rosdi Ghani berkata, dalam kes pertama jam 6 petang semalam, pasukan itu merampas 200 kilogram daun ketum yang ditemui di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara di Arau.
Dalam kejadian itu, pihaknya yang melakukan rondaan mengesan kenderaan yang mencurigakan itu sedang menghala arah sempadan dan semasa kereta itu ditahan dua suspek di dalamnya berjaya melarikan diri.

Rosdi berkata, kes kedua pula berlaku jam 1 pagi ini apabila PGA mengesan seorang lelaki sedang memunggah daun ketum dari sebuah kenderaan di Padang Besar.

Bagaimanapun suspek juga melarikan diri dan polis menemui 230 kilogram daun ketum yang dipercayai akan diseludup ke Thailand. - BERNAMA

Perogol bersiri diberkas


29 September 2013
BATU GAJAH - Seorang lelaki dipercayai bekas pekerja bengkel ditahan dirumahnya di Taman Batu Gajah Perdana di sini petang semalam kerana disyaki terbabit dalam empat kes rogol di sekitar daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, 'perogol bersiri' berusia 27 tahun itu menyasarkan remaja perempuan untuk tujuan melampiaskan nafsu.

Menurutnya, modus operandi yang digunakan hampir sama kerana mangsa dibawa ke Jalan Kubur Mandailing, di sini, terlebih dahulu sebelum diperkosa suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377(c) Kanun keseksaan.

Terkejut lori kimia terbabas


Kuala Pilah: Sebuah lori tangki dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu menuju ke Nilai dengan membawa muatan penuh bahan kimia, hampir meragut nyawa orang awam di Taman Putra, Batu Kikir, di sini, kelmarin, apabila satu daripada tayar lori tercabut sebelum terpelanting ke deretan gerai makan.

Dalam kejadian jam 10 pagi, rempuhan itu mengakibatkan kerosakan peralatan di gerai terbabit, mujur ketika itu tiada pelanggan kerana gerai beroperasi pada waktu malam.


Bagaimanapun, pelanggan di gerai berhampiran yang menyaksikan kejadian itu menyifatkan ia terbabit hampir meragut nyawa kerana lokasinya hanya 100 meter daripada mereka. Saksi, Hasbullah Abd Jalil, 45, berkata, dia yang bersarapan di warung berhampiran lokasi terperanjat sejurus mendengar dentuman kuat.

“Terkejut mendengar bunyi itu, saya bergegas ke lokasi yang terletak 100 meter dari gerai tempat bersarapan.


“Setibanya di gerai itu, saya dapati sebuah tayar lori berada di dalam kedai dan banyak peralatan seperti meja dan kerusi rosak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Dua pencuri kabel ditahan


Permaisuri: Hasrat tiga pemuda untuk meraih keuntungan dengan menjual kabel elektrik yang dicuri tidak kesampaian selepas kereta Perodua Alza dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, Besut, semalam.

Tindakan tiga suspek yang mencuri kabel elektrik di daerah ini terbongkar selepas kereta dinaiki mereka yang dipenuhi kabel elektrik curi itu melanggar lampu isyarat di Bandar Permaisuri, di sini, jam 6 pagi.


Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, anggota polis yang melihat kejadian itu mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan, tetapi tidak diendahkan.

Menurutnya, pemandu memecut laju melalui Kampung Anak Ikan sebelum menghala ke Kuala Besut, Besut.


“Sebaik tiba di Kampung Beris Lampu, kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit sedalam dua meter, jam 7 pagi.


“Hasil bantuan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, dua suspek berusia 20-an yang cedera akibat kemalangan itu ditahan, sementara seorang lagi rakan mereka meloloskan diri.

“Pemeriksaan di dalam kereta menemui sebahagian kabel elektrik dipercayai dicuri di sekitar daerah Setiu,” katanya.


Ab Rahman berkata, kedua-dua suspek masing-masing berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan Besut kini ditahan di IPD Setiu untuk siasatan lanjut.

Katanya, usaha memburu seorang lagi suspek giat dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Ibu ‘hilang akal’ anak lesap tiba-tiba


Klang: “Sudah banyak kali saya cuba hubunginya menerusi telefon selepas mendapati dia tiada di rumah pada hari kejadian, namun usaha itu gagal apabila telefonnya tidak dapat dihubungi,” kata Khamisah Ahmad, 43.

Khamisah seperti ‘hilang akal’ memikirkan kejadian anak perempuannya Noraddina Lia Zamjare, 20, yang tiba-tiba ‘ghaib’ ketika pulang ke rumah mereka di Taman Meru, dekat sini, pada 17 September lalu.


“Ibu mana tidak bingung apabila anak perempuannya hilang secara tiba-tiba.

“Paling saya hairan ialah punca dia menghilangkan diri sebab kami tiada masalah keluarga yang serius hingga boleh membuatkan dia bertindak sedemikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurut Khamsiah, anaknya masih belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan bekerja sambilan di sebuah taska berhampiran rumahnya sebagai pembantu pengajar.


“Kali terakhir dia ditemui di taska berkenaan selepas mendapat maklumat daripada rakan sekerjanya. Namun hingga jam 6 petang hari itu, dia masih tidak pulang ke rumah, menyebabkan kami sangat risau keselamatannya,” katanya yang bekerja sebagai guru agama.

Khamsiah berkata, bimbang dengan keadaan itu, dia dan suami membuat laporan polis bagi membantu menjejaki Noraddina.


“Selain membuat laporan polis, kami turut meminta bantuan saudara-mara dan beberapa rakan karib Noraddina. Malah, poster dan gambar dia turut dimuat naik ke dalam ruangan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

“Namun sehingga kini usaha itu tidak menunjukkan hasil. Kali terakhir dia keluar dari rumah dengan memandu Proton Wira berwarna hijau, memakai baju blaus berwarna merah jambu manakala tudung dan seluarnya coklat,” katanya.


Sehubungan itu, orang ramai yang ada maklumat mengenai Noraddina boleh menghubungi talian 019-6439794.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

‘Ummi mungkin tersinggung teguran saya’


Tenom: “Ummi meninggalkan kami sekeluarga dengan hanya membawa dompet mengandungi MyKad dan wang saku RM5 yang diminta, selain menyerahkan kad ATM miliknya kepada saya.

“Dia gadis baik, malah sebelum ‘meninggalkan’ kami, dia sempat membantu saya membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk di dapur,” kata Ainah Mokti, 48, yang masih bingung mengenai kehilangan anak keempatnya, Ummi Nazirah Edward Osman, 19, yang gagal dikesan sehingga kini sejak sebulan lalu.


Menurut Ainah, anaknya yang dipanggil Ummi melangkah keluar dari rumah, jam 1 tengah hari pada 16 Ogos lalu dan terus menghilang tanpa khabar berita.

“Selepas Ummi menyiapkan kerja rumah seperti menyapu lantai, mengemas rumah dan mencuci pinggan, dia terus mandi sebelum ke bilik.


“Saya menyangkakan dia bersiap untuk ke tempat kerja dan tidak berfikir apa-apa,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Perumahan Kalang, di sini.


Bagaimanapun, Ainah berkata, naluri keibuan membuatkan dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati lalu menjenguk ke dalam bilik anak gadisnya sebelum melihat sepasang baju kerja yang masih dalam keadaan bergosok terletak kemas di atas katil.

“Saya terkejut melihat baju kerja Ummi masih kemas dan mula berasa tak sedap hati.


“Perasaan gundah saya ada benarnya apabila Ummi langsung tidak pulang ke rumah sehingga hari ini,” katanya yang sebak memikirkan nasib anak gadisnya. Katanya, pada malam sebelum menghilangkan diri, dia menegur Ummi mengenai adat berkawan selain mengingatkannya supaya menjadi manusia yang baik dan jangan menyinggung perasaan orang lain.

“Saya faham Ummi peramah dan periang serta tidak menafikan dia ramai kenalan di kampung dan tempat kerjanya.


“Saya tak tahu sama ada dia tersinggung dengan teguran saya, tapi dia tidak menunjukkan reaksi marah atau kecewa ketika itu, sebaliknya cuma mendiamkan diri,” katanya.


Ainah berkata, pada pagi sebelum anaknya menghilangkan diri, Ummi berkelakuan seperti biasa, termasuk sempat menggosok baju kerja seperti kebiasaan.


“Pada hari itu, Ummi bertugas pada waktu petang dan biasanya keluar sekitar tengah hari. Saya yang ketika itu berada di dalam bilik terdengar bunyi dia menutup pintu rumah dan menyangka dia ke tempat kerja.


“Namun, gerak hati saya berbisik sesuatu lalu memeriksa bilik tidur Ummi dan hairan melihat pakaian kerjanya masih berada di atas katilnya,” katanya.


Ainah berkata, selain duit RM5 dan MyKad, Ummi tidak membawa pakaian manakala usaha menghubunginya melalui telefon bimbit juga gagal.


“Selepas sehari menghilangkan diri, kami sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Tenom kerana bimbang Ummi mungkin menghadapi perkara buruk.


“Saya tak pasti di mana dia berada sekarang tapi yakin Ummi masih hidup dan berada di sekitar daerah ini tapi ‘disembunyikan’ seseorang,” katanya.


Katanya, jika ada rakan Ummi berbuat demikian, mereka sekeluarga meminta anak mereka dipulangkan segera.


“Jika ada antara mereka yang berkenan, datanglah ke rumah dan berbincang kerana Ummi masih ada ibu dan ayah.


“Kami sedia mendengar luahan mereka asalkan dapat melihat Ummi dan memastikan dia dalam keadaan selamat,” katanya.


Ainah berkata, sesiapa yang mengetahui lokasi anaknya boleh menghubunginya di talian 012-868 5576, 016-828 0524 (Ainah) atau balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Pemilik kedai perabot mati ditikam


Kuala Terengganu: Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati berlumuran darah dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di belakang badan dan kepala di belakang kedai perabot miliknya di Kampung Wakaf Tengah di sini, semalam.

Mayat Hadi Khan Yusof, 55, yang juga pemilik kedai berkenaan ditemui terbaring kira-kira jam 12 tengah hari oleh dua pemandu lori yang datang ke kedainya untuk menghantar barang sebelum menghubungi polis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kepala di belakang kedainya.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang sudah mendapat taraf penduduk tetap dan menetap di negara ini sejak 20 tahun lalu tinggal berseorangan sementara isteri dan anaknya baru pulang ke Pakistan beberapa hari lalu.


“Siasatan awal mendapati mangsa baru membuka kedai perabot berkenaan dan percaya jenayah ini dilakukan seorang suspek. “Bagaimanapun, kita akan menyiasat lebih lanjut bagi mengesan individu yang bertanggungjawab di sebalik kejadian ini. Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.


“Siasatan akan dijalankan merangkumi pelbagai aspek termasuk motif pembunuhan sama ada disebabkan rompakan atau sebagainya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Kampung Wakaf Tengah, di sini, semalam.

Manoharan berkata, pihaknya kini sedang berusaha menghubungi keluarga mangsa di Pakistan bagi memaklumkan kejadian menimpa mangsa.


Katanya, mayat mangsa akan dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini untuk bedah siasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, saksi kejadian yang juga pemilik kedai tudung, Ahmad Shafendi Mohd Yusof, 34, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan dua pemandu lori yang datang menemuinya dalam keadaan panik.


Katanya, sebaik dimaklumkan kejadian itu, dia bergegas ke kedai mangsa dan terkejut menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.


“Kejadian itu memang mengejutkan saya kerana beberapa jam sebelum kejadian itu, saya ada melihat mangsa membaca surat khabar di depan kedainya kira-kira jam 8.30 pagi.


“Bagaimanapun, ada beberapa pelanggan yang mencari mangsa kira-kira jam 11 pagi pulang dengan hampa kerana tidak dapat berjumpa mangsa sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa,” katanya.

Tiga lelaki pecah mesin ATM


Jempol: Tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dipercayai memecah masuk Kiara Square Shopping Centre, Bahau, di sini, semalam, sebelum melarikan RM295,000 daripada sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di ruang legar bangunan terbabit.

Dalam kejadian jam antara 4 pagi hingga 6 pagi itu, seorang pengawal keselamatan berusia 60 tahun turut diikat dan dicederakan sebelum suspek melarikan diri. Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superintendan Tukiman Seriman berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup, pihaknya mendapati ketiga-tiga suspek menggunakan parang bagi rompakan itu dan memecahkan ATM menggunakan pemotong besi.


“Polis kini giat mengesan ketiga-tiga suspek itu berusia antara 30-an hingga 40-an. “Setakat ini, kita (polis) mengambil keterangan daripada pengawal keselamatan mengenai kejadian sebenar,” katanya.

Tukiman berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai memukul seorang pengawal keselamatan yang mengawasi di kawasan luar pusat beli-belah itu sebelum mengheretnya ke dalam.


“Selepas dicederakan, tangan dan kaki warga emas terbabit diikat sebelum seorang suspek memecahkan ATM menggunakan pemotong besi.


“Mereka (suspek) seterusnya melarikan diri bersama wang rompakan dan membiarkan pengawal keselamatan itu dalam keadaan masih terikat,” katanya.

Menurutnya, kakitangan bangunan itu yang tiba jam 6 pagi terus menghubungi polis sebelum polis tiba lima minit kemudian.


Kes disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

8 cedera parah


Alor Gajah: Dua lelaki dan enam wanita parah selepas kereta sewa yang mereka naiki mereka naiki bertembung dengan Proton Satria di jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, kereta sewa dipandu Mohd Rozehan Arifin, 48, dalam perjalanan dari arah pekan Kuala Sungai Baru ke Kuala Linggi, manakala Proton Satria dipandu Mohd Faiz Mustafa, 18, dari arah Port Dickson ke Telok Mas, Melaka.


Dipercayai kemalangan berlaku apabila Proton Satria yang dipandu Mohd Faiz bersama tiga rakannya gagal memotong kereta di hadapan sebelum bertembung kereta dinaiki Mohd Rozehan bersama isteri, Azlinda Wahab, 37, ibu mentua, Semah Sampol, 64, dan adik iparnya, Azian Wahab, 29, di arah bertentangan.

Menurut Azian, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang menghantar ibunya berurut di Londang, Masjid Tanah ke Kampung Hilir, Kuala Linggi.


"Kami ke Londang untuk menghantar ibu berurut, namun sebaik tiba ibu diminta datang semula pada waktu petang dan kami sekeluarga buat keputusan pulang ke rumah terlebih dulu.


"Dalam perjalanan tiba-tiba saya dikejutkan dengan rempuhan menyebabkan saya terhentak ke hadapan dan terus jerit panggil ibu kerana bimbang keselamatannya, malah kakak yang berlumuran darah turut menjerit menyebut mengenai kematian," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Saksi kejadian, Nurkamilia Mohamad, 38, berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal beberapa meter di belakang Proton Satria berkenaan yang cuba memotong kenderaan di hadapan.


"Sejurus itu terdengar bunyi dentuman kuat dan saya melihat semua mangsa terperangkap dalam kenderaan masing-masing.

"Dalam keadaan kelam-kabut itu, tujuh mangsa dikeluarkan dengan bantuan penduduk kampung manakala pemandu kereta sewa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat yang tiba tidak lama selepas kejadian," katanya.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah Abdullah Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.28 tengah hari dan lapan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi.


"Setiba di tempat kejadian, tujuh mangsa daripada dua kenderaan dikeluarkan orang awam sementara pemandu kereta sewa dikeluarkan oleh anggota kami lima minit kemudian," katanya.


Difahamkan, semua mangsa yang parah membabitkan patah tangan, patah kaki, cedera di kepala dan anggota badan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kemalangan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Dibelasah sebelum ditetak


Johor Bahru: Kecederaan parah di kepala, dada dan tangan dikenal pasti menjadi punca kematian seorang pengurus sebuah kilang plastik di Taman Gembira, di sini, yang diserang dan ditetak menggunakan parang di kilang berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Lau Teck Hock, 44, turut dibelasah sebelum ditetak.


Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, setakat semalam, masih tiada tangkapan dibuat.

“Kami merekod kenyataan beberapa individu bagi membantu siasatan. Ada beberapa maklumat penting diperoleh, namun ia tidak boleh didedahkan.


“Kami juga akan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kilang itu bagi membantu siasatan,” katanya, semalam.


Menurutnya, pembunuhan tiada kaitan dengan samun kerana tiada barangan peribadi mangsa hilang.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Dalam kejadian itu, mangsa merangkak beberapa meter ke dalam kilang dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan sebelum disahkan mati di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Enam kereta diparkir kena pecah


Kuala Lumpur: Penduduk Pangsapuri Sentul Utama, di sini, terkejut mendapati cermin enam kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta kawasan Blok 213 flat itu pecah, dipercayai angkara pencuri, semalam.

Difahamkan, kejadian terbabit disedari seorang mangsa yang mahu pergi kerja apabila mendapati cermin kereta Proton Wira miliknya dipecahkan, jam 6.30 pagi.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ruddyansjah, 30-an, berkata, pemeriksaan lanjut dalam keretanya kemudian mendapati satu set Smart Tag yang disimpan dalam laci kereta hilang.

“Namun, barang berharga lain seperti alat pengesan satelit (GPS) tidak dilarikan. Saya juga mengesan ada kesan umpil di bahagian tepi cermin tempat duduk pemandu.


“Mungkin kegiatan itu dilakukan kumpulan yang memang pakar mengenai kereta sebab alat penggera semua kereta yang dipecahkan tidak berbunyi,” katanya.


Penduduk, Azman Rashid, 27, berkata, ketika dia pulang kerja jam 6 pagi, dia tidak nampak kegiatan atau individu mencurigakan di kawasan letak kereta.

“Saya balik kerja jam 6 pagi tadi (semalam) tetapi tak nampak apa-apa, mungkin mereka lakukan kegiatan itu antara jam 6 hingga 6.30 petang.


“Pada waktu malam kawasan ini memang ada rondaan polis, sebab itu waktu berkenaan biasanya terkawal,” katanya.

Tinjauan Metro Ahad mendapati penjenayah memecahkan cermin kereta dengan mengumpil tepi cermin. Semua mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.


Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Maut paramotor terhempas

Pelabuhan Klang: Seorang lelaki yang menyertai pertandingan Paramotor Precision International sempena sambutan 103 tahun Majlis Perbandaran Klang (MPK) maut pada hari ulang tahunnya ke-35 selepas paramotor dikendalinya terhempas di Kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), di sini, semalam.
Difahamkan, Kamarul Arissin Lo yang bekerja sebagai jurujual serta berasal dari Sarawak aktif menyertai pertandingan paramotor dan pernah menyertai pelbagai acara peringkat antarabangsa.

Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK Norfiza Mahfiz dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam berkata, mangsa tinggal di Kajang dan menyertai pertandingan itu secara perseorangan.
“Dalam kejadian jam 9.30 pagi, paramotor dikendalikan mangsa dipercayai mengalami kerosakan sebelum terhempas di kawasan PKFZ.

“Kejohanan diselaraskan MPK serta paraglider.com dan taklimat pertandingan serta keselamatan juga diberi sebelum peserta berlepas,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu, jam 11 pagi.

“Mangsa yang menyertai pertandingan itu secara individu dipercayai terhempas jam 9.30 pagi sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kaki dan patah leher, selain beberapa kesan kecederaan di badan.
Foto
JENAZAH mangsa dibawa keluar selepas proses bedah siasat.
“Kita mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut (SDR) dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Mangsa meninggalkan seorang balu, Siti Zaleha Shariff, 35, dan tiga anak iaitu seorang lelaki berusia 10 tahun dan dua anak perempuan berusia lapan dan tiga tahun.
Sementara itu, suasana di perkarangan HTAR kelihatan suram dengan kehadiran rakan dan ahli keluarga arwah yang masih menanti laporan bedah siasat untuk menuntut jenazah bagi urusan pengebumian.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

Mandi darah

Seri Manjung: Sepasang suami isteri parah selepas diserang sekumpulan empat lelaki bersenjata parang dan bertopeng di Kampung Koh, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam, kedua-dua mangsa berusia 50-an baru pulang ke rumah dengan menaiki motosikal apabila tiba-tiba diserang suspek.
Sumber polis berkata, suspek dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman mangsa sebelum menyerang menggunakan parang.

“Mangsa dan isteri yang cedera di tangan dan kaki cuba melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sebelum mendapatkan bantuan penduduk kampung.
Foto
KESAN darah di hadapan rumah mangsa.

“Menyedari keadaan itu, suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal,” katanya.

Dikurung seminggu

Mengejutkan apabila seramai 15 orang dilaporkan hilang setiap hari di negara ini dan rata-ratanya membabitkan gadis berusia 13 hingga 17 tahun yang kebanyakannya memiliki rupa paras menawan.
Lebih membimbangkan, polis mengesahkan antara punca kehilangan gadis berkenaan ialah diculik sindiket pemerdagangan manusia untuk dijadikan pelacur di negara jiran.
Menyedari isu terbabit menakutkan ibu bapa, terutama yang memiliki anak perempuan, wartawan Metro Ahad menemubual beberapa keluarga yang menderita akibat kehilangan anak gadis mereka, selain penyesalan beberapa remaja perempuan akibat keterlanjuran melarikan diri dari rumah.

Diharap kisah itu memberi iktibar kepada semua pihak, terutama ibu bapa dan remaja perempuan, bagi mengelak kesilapan sama berlaku dalam keluarga.
Foto
ELINA dipeluk erat ibunya apabila dia pulang ke rumah selepas melarikan diri dua bulan.

Bagaikan menempah bala, seorang remaja perempuan di daerah ini yang lari dari rumah kerana mengikut beberapa lelaki baru dikenali dikurung selama seminggu, jarang diberi makan selain diugut bunuh jika cuba melarikan diri.

Pelanggan langkah kiri

Shah Alam: “Ini betul-betul langkah kiri,” kata seorang pelanggan yang ditahan bersama seorang rakan selepas kunjungan pertama mereka ke rumah urut mengundang padah apabila ditahan ketika baru memulakan sesi urutan.
Ketika serbuan, dua sahabat terbabit yang berusia 18 dan 23 tahun berada di dua ruangan berasingan selepas melanggan pakej istimewa yang turut menawarkan perkhidmatan seks.
Kedua-dua kakitangan sebuah syarikat jualan kenderaan beragama Islam itu antara 50 individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sebuah rumah urut di Bandar Baru Klang, dekat sini, awal pagi semalam.

Operasi bertujuan membanteras kegiatan maksiat itu tertumpu sekitar rumah urut dan satu pusat hiburan sekitar Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya.
Foto
ANGGOTA polis menjalankan ujian air kencing terhadap pengunjung yang ditahan dalam serbuan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor Asisten Komisioner Rooslan Radzi berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 4 pagi itu menyasarkan 14 rumah urut dan pusat hiburan bagi mencegah jenayah dan maksiat yang berselindung sebalik di rumah urut dan pusat hiburan.

Nyaris maut jatuh Bukit Tabur


2013/09/29
Kuala Lumpur: Seorang lelaki nyaris maut selepas tergelincir kira-kira 60 meter ketika mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati, dekat sini pagi semalam.

Tan Tick Soon, 51, dikatakan mula mendaki jam 3.30 pagi bersama empat rakan sebelum tergelincir kira-kira jam 7 pagi. Mangsa berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian jam 12.30 tengah hari dan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan selepas dilaporkan patah tangan kanan dan cedera di kaki.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Assisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata sepasukan anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam dihantar ke lokasi kejadian dan memulakan gerakan menyelamat jam 8.30 pagi sebelum menemui mangsa kira-kira jam 9.15 pagi.

“Hampir setiap minggu ada saja kes mangsa tergelincir di Bukit Tabur. Kejadian berulang ini merugikan masa dan tenaga petugas agensi keselamatan kerana setiap operasi mencari dan menyelamat, mengambil masa paling kurang enam hingga tujuh jam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

8 parah kereta gagal memintas

8 parah kereta gagal memintasAnggota Bomba dan Penyelamat membantu mangsa kemalangan di Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, semalam. Masjid Tanah: Lapan orang, termasuk enam wanita parah selepas dua kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, pemandu PROTON Satria, Mohd Faiz Mustafa, 18, dikatakan cuba memintas sebuah kenderaan di depannya, namun gagal menyebabkan kenderaannya bertembung sebuah kereta sewa dipandu Mohd Rozehan Arifin, 48, dari arah bertentangan.
Kereta dipandu Mohd Faiz dari sebuah kolej swasta di Port Dickson, Negeri Sembilan menghala Telok Mas, Melaka turut dinaiki tiga rakan perempuan berusia 18 tahun manakala kenderaan Mohd Rozehan dalam perjalanan dari pekan Kuala Sungai Baru ke Kuala Linggi, dinaiki isteri, Azlinda Wahab, 37.


Turut berada di dalam kereta Mohd Rozehan, ibu mentuanya, Semah Sampol, 64, dan adik ipar, Azian Wahab, 29.

Patah tangan, kaki 

Mereka yang parah membabitkan patah tangan dan kaki serta kepala manakala yang cedera ringan pada anggota badan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut.

Azian berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ibu berurut.
Katanya, tiba-tiba mereka tersentak apabila mendengar dentuman dan menyedari kenderaan dipandu abang iparnya itu dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Saya terus menjerit memanggil ibu kerana bimbang dengan keselamatannya.

“Saya juga lihat kakak sudah berlumuran darah dan menyebut mengenai kematian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Saksi kejadian, Nurkamilia Mohamad, 38, berkata, beliau sedang menunggang motosikal yang jaraknya beberapa meter di belakang PROTON Satria yang kemudian dilihat cuba memintas sebuah kereta di depannya.

Pemilik kedai mati ditikam


2013/09/29
Kuala Terengganu: Seorang pemilik kedai perabot ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di belakang badan dan kepala di belakang kedainya, di Kampung Wakaf Tengah di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari, mayat mangsa, Hadi Khan Yusof, 55, yang berasal dari Pakistan, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh dua pemandu lori yang datang ke kedainya untuk menghantar barang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, K Manoharan berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai tinggal berseorangan kerana anak dan isterinya baru pulang ke Pakistan beberapa hari lalu.

Seorang suspek

Katanya, mengikut siasatan awal, polis percaya jenayah itu dilakukan oleh seorang suspek.

“Polis akan siasat motif pembunuhan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Bagaimanapun setakat ini senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa belum ditemui di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Manoharan berkata, mangsa dikatakan sudah menetap di Malaysia lebih 20 tahun dan mendapat taraf penduduk tetap.

Katanya, pihaknya sedang berusaha menghubungi keluarga mangsa di Pakistan bagi memaklumkan mengenai kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Potong ATM, larikan RM295,000

Potong ATM, larikan RM295,000
Keadaan mesin ATM yang rosak selepas dipotong tiga lelaki
 bertopeng di pusat beli-belah Kiara Square Bahau, semalam. Bandar Baru
Jempol: Tiga lelaki bertopeng memotong sebuah mesin juruwang wang automatik (ATM) di ruang legar pusat beli-belah Kiara di Bahau di sini, sebelum melarikan RM295,000, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, ketiga-tiga suspek menggunakan mesin pemotong selepas menyerang pengawal keselamatan berusia 60 tahun di luar bangunan itu sebelum mengheretnya masuk.
Ikat tangan, kaki pengawal


Timbalan Ketua Polis Jempol, Deputi Superintendan Tukiman Seriman, berkata suspek yang dianggarkan berusia 30 hingga 40 tahun itu kemudian mengikat kaki dan tangan pengawal terbabit sebelum memotong ATM itu.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang daripada suspek memotong ATM berkenaan sambil rakannya mengawasi keadaan. Mereka kemudian mengambil wang tunai RM295,000 dan melarikan diri.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada pengawal terbabit dan masih menyiasat lanjut kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mayat dalam van ada kesan tusukan di mata


2013/09/29
Sibu: Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan senjata tajam di bawah mata kanan dan bahu kanan ditemui dalam sebuah van yang ditinggalkan di satu kawasan lapang di Jalan Oya Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mayat Ting Liong Kwong, 38, ditemui pada jam 9 pagi selepas pihaknya menerima maklumat orang awam yang curiga dengan kehadiran van itu di kawasan berkenaan.
Katanya, berdasarkan keterangan seorang penduduk yang tinggal berhampiran lokasi kejadian, van berkenaan ditinggalkan di kawasan lapang itu sejak malam kelmarin.

“Pemeriksaan lanjut kemudian membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di bahagian belakang van berkenaan. Hasil siasatan awal mendapati mangsa mati akibat dua kesan tusukan objek tajam pada muk a dan badan, namun tiada kesan pergelutan ditemui di sekitar tempat kejadian.

“Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 12 jam lalu.
“Ada kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan dalam van berkenaan,” katanya.

Siasatan kes rogol remaja selesai


2013/09/29 -
Kuala Lumpur: Polis selesai menjalankan siasatan kes lapan remaja dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Kuala Kubu Bharu, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bidin, berkata kertas siasatan sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan selanjutnya.
Katanya, semua keterangan saksi, mangsa dan suspek sudah diambil dan hasil pemeriksaan perubatan juga mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

“Suspek dan mangsa memberi kerjasama baik ketika memberi keterangan masing-masing,” katanya. 

Warga Pakistan dibunuh dalam kedai sendiri

Warga Pakistan dibunuh dalam kedai sendiriPasukan forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian. Gambar kecil: Hadi.

KUALA NERUS - Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan dalam kedai perabot miliknya di Kampung Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku jam 12 tengah hari itu, mangsa, Hadi Khan Yusof, 55, yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) ditemui berlumuran darah dalam keadaan terbaring di bahagian belakang kedainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam dan setibanya di lokasi, mangsa didapati sudah meninggal dunia akibat
ditikam dengan senjata tajam.

“Mangsa sudah lebih 20 tahun menetap di negara ini dan tinggal bersendirian kerana anak serta isterinya baru pulang ke negara asal mereka di Pakistan.

"Kita masih lagi mengesan senjata yang digunakan kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian. Kita ada terima maklumat daripada jiran dan sedang mengesan suspek, bagaimanapun motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan termasuk mengenal
pasti barang peribadi milik mangsa,” katanya.

Manoharan berkata, mangsa dipercayai baru membuka perniagaan di kawasan berkenaan dan polis sedang berusaha menghubungi keluarganya di Pakistan.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, menurut seorang saksi, Ahmad Syafandi Mohd Yusof, 34, dia sama sekali tidak menyangka punca mangsa lewat membuka kedai akhirnya membawa kepada penemuan mayat jirannya itu yang baru dikenali sebulan lalu oleh seorang
pemandu lori yang datang untuk mengambil barang di kedai perabot berkenaan.

“Sebelum itu, ada beberapa orang datang bertanyakan mangsa kerana kedainya masih belum dibuka, tapi ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dimaklumkan pemandu lori berhubung penemuan mayat berkenaan dan saya segera  menghubungi polis,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Menurut pengusaha kedai pakaian yang juga jiran terdekat mangsa, sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 8.30 pagi, ada jiran lain yang melihat mangsa sedang membaca surat khabar di bahagian depan kedai perabotnya dan selepas itu, mangsa terus tidak
muncul.

“Mangsa tinggal seorang diri dan biasanya dia buka kedai lebih awal daripada saya kerana dia menetap di tingkat atas kedainya, jadi bila dia lewat buka kedai, ramai yang tanya.

“Sebaik dimaklumkan pemandu lori berkenaan, saya bergegas ke dalam kedainya dan melihat mangsa sudah terbaring dengan berlumuran darah,” katanya yang baru sebulan memulakan operasi di kedai bersebelahan mangsa.

Juragan, anak kapal nyaris maut bot karam


Tawau: Seorang juragan dan seorang anak kapal nyaris maut selepas bot yang dinaiki karam selepas mengalami kerosakan pam air dalam kejadian di perairan laut Sungai Imam, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bot jongkong yang dinaiki kedua lelaki terbabit sedang dalam perjalanan daripada Sungai Melayu, Pulau Sebatik menuju ke Sungai Imam dengan muatan 20 tan buah kelapa sawit.

Rela mati demi maruah

Foto
Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah.



Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta.



Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut.

Foto


Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Arif berkata, sebelum itu dia mendengar suara jeritan wanita meminta tolong.

Imam amal Syiah diberkas


MUADZAM SHAH: Seorang imam sebuah masjid di Ladang RISDA Pekoti Timur, Ulu Keratong, di sini, ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana disyaki mengamalkan ajaran Syiah, kira-kira 2 petang semalam.

Serbuan itu turut merampas beberapa buku berkaitan Syiah termasuk batu turbah serta sehelai kain kapan yang tertulis doa dan ayat suci al-Quran.

Ketua Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abdul Malik berkata, serbuan berkenaan dilakukan selepas hasil risikan mendapati lelaki yang berusia 64 tahun itu mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun lalu.

"Ketika serbuan dilakukan di kuarters RISDA itu mendapati lelaki berada di rumah berkenaan bersama seorang anak lelakinya berusia 33 tahun manakala isterinya tinggal di rumah di FELDA Selancar 1, di sini.


"Siasatan kita mendapati lelaki berkenaan mengamalkan ajaran Syiah secara sembunyi dan pernah mengikuti rombongan ke Iran bersama pengikut Syiah lain kira-kira empat tahun lalu dan kita percaya dia membeli beberapa barangan seberti batu karbala di sana," katanya dalam sidang media di Pejabat Agama Islam Daerah, di sini, pagi tadi.


Sehubungan itu lelaki berkenaan ditahan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 165/170 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Mohd Raffli berkata, anak lelaki suspek dibebaskan kerana hasil siasatan JAIP tidak menjurus kepada pembabitannya dalam ajaran Syiah namun pihaknya akan mengambil keterangannya untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/28

Miley mengaku hisap ganja



MILEY CYRUS beraksi di Festival Muzik Radio iHeart di Las Vegas, Nevada pada Sabtu lepas.- REUTERS


LOS ANGELES - Bintang terkenal, Miley Cryus yang mencetuskan pelbagai kontroversi baru-baru ini mengaku bahawa dia menghisap ganja, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Penyanyi berusia 20 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi wawancara dengan majalah Rolling Stone edisi 10 Oktober ini.
Bekas bintang Studio Disney, Hannah Montana memberitahu majalah itu bahawa ganja merupakan dadah terbaik di dunia berbanding dadah-dadah lain.
Cyrus pernah dilaporkan menghisap rokok yang dipercayai mengandungi ganja pada April lalu semasa dia bersama beberapa rakan bercuti di Miami.
Pada Februari lalu, sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram turut mencetuskan kontroversi kerana ia kelihatan seperti Cyrus menghisap rokok ganja.
Namun, bekas tunang aktor terkenal, Liam Hemsworth itu menafikan berita berkenaan.
Cyrus semakin popular selepas kontroversi dia berbogel dan berpakaian seksi menerusi video muzik Wrecking Ball dan Nothing Compares 2 U. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2gE0Oq2ck 
Hakcipta terpelihara 

Basikal skuad pelumba Rusia dicuri



SKUAD pelumba Rusia pada sesi latihan sempena Kejohanan Dunia Jalan Raya UCI di Valkenburg, Belanda pada September tahun lalu.- AGENSI


FLORENCE - Harapan skuad lumba basikal Rusia menyertai kejohanan perlumbaan basikal dunia di Itali berkecai apabila semua basikal mereka dicuri, kata ketua pasukan, Alexandr Kolobnev semalam.
"Polis masih menyiasat. Semua basikal dicuri malam kelmarin. Tidak dapat menyertai perlumbaan esok," kata Kolobnev di laman Twitternya.
Dia pernah memenangi pingat perak pada kejohanan lumba basikal dunia tahun 2007 dan 2009.
Kejadian sama berlaku pada Februari lalu apabila semua basikal milik pasukan Garmin-Sharp dicuri semasa kejohanan Tour Mediterranéen di Perancis.
Perlumbaan di Itali itu bermula hari ini dari Lucca ke Florence, meliputi jarak kayuhan sejauh 272.3 kilometer. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2gE0FDXav 
Hakcipta terpelihara 

Styles tak serik berjudi selepas diberi amaran



HARRY STYLES dan aktres Sienna Miller duduk di barisan hadapan di pertunjukan fesyen Burberry di London pada 16 September lalu.


LONDON - Seorang anggota kumpulan pop, One Direction, Harry Styles dikesan kembali berjudi di sebuah kasino di Perth, Australia, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Styles dilihat berjudi semasa dia dan anggota-anggota One Direction yang lain menjayakan konsert jelajah di Australia baru-baru ini.
Beberapa gambarnya sedang berjudi di sebuah meja rolet dimuat naik di laman sosial, Twitter.
Dia memakai baju-T berwarna hitam dan mengenakan seluar jean.
Akhbar harian di negara itu, The Star melaporkan, bekas kekasih penyanyi Taylor Swift itu berjudi di Kasino Pearl Room, Perth.
Penyanyi berusia 19 tahun itu juga dilaporkan mengalami kekalahan sebanyak AS$24 juta (RM77.4 juta).
Terdahulu, semua anggota One Direction pernah dimarah oleh pihak pengurusan mereka selepas didapati sengaja menghabiskan wang dengan berjudi di sebuah kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Kumpulan itu turut dianggotai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Liam Payne. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2gE014YV0 
Hakcipta terpelihara 

Angka kematian bangunan runtuh meningkat 45 orang



SEORANG budak perempuan dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan pangsapuri yang runtuh.- REUTERS


MUMBAI - Sekurang-kurangnya 45 orang disahkan terkorban di dalam sebuah bangunan pangsapuri yang runtuh di bandar raya ini, kata pihak berkuasa semalam.
Pasukan penyelamat bagaimanapun berjaya mengeluarkan seramai 32 lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu.
Bangunan lima tingkat itu yang terletak di tenggara bandar raya ini ranap awal kelmarin menyebabkan berpuluh-puluh penghuninya terperangkap.
Anggota-anggota penyelamat menarik keluar seorang gadis kecil yang masih hidup dari bawah timbunan blok pangsapuri berkenaan 12 jam selepas insiden berlaku.
Operasi menyelamat itu melibatkan beratus-ratus petugas yang dibantu peralatan seperti tukul dan beberapa jentera berat.
Ketika operasi menyelamat diteruskan, lebih banyak mayat telah ditemui.
"Angka kematian meningkat kepada 45 orang hari ini(semalam)," kata komander tempatan Pasukan Bertindak Bencana Kebangsaan, Alok Awasthi.
Bencana bangunan runtuh itu adalah yang ketiga di sini sejak enam bulan lalu.
Sekurang-kurangnya 72 orang mati pada April lalu apabila sebuah bangunan yang dibina secara haram runtuh di sini manakala pada Jun lepas, lebih 10 orang termasuk lima kanak-kanak maut dalam insiden serupa. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2gDzWvBrR 
Hakcipta terpelihara 

Banjir di Thailand semakin buruk



SEORANG lelaki mengharung air banjir di daerah Srimahaphot dalam wilayah Prachinburi di timur Bangkok pada Selasa lalu.- REUTERS


BANGKOK - Situasi banjir di Thailand bertambah buruk dengan angka kematian meningkat kepada 19 orang semalam berbanding 13 mangsa pada hari sebelumnya.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand memberitahu, kawasan yang terjejas akibat bencana itu turut bertambah kepada 32 wilayah berbanding 30 sebelum ini.
"Sembilan kematian berlaku di Surin, enam di Srisaket, dua di Yasothorn dan dua lagi di Nakorn Nayok," kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataannya.
Ketika keadaan banjir semakin buruk, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan beberapa menteri Kabinet melawat ke kawasan yang dilanda banjir di daerah Sarmkok, dalam Wilayah Pratumthani semalam.
Kawasan berkenaan turut berdepan keadaan serupa dua tahun lepas.
Yingluck dijadual melawat mangsa dan kawasan yang dilanda banjir di wilayah Prachinburi, Srisaket dan Ubon Ratcha Thani hari ini.
Setakat ini, jumlah mangsa yang terjejas merangkumi 772,488 keluarga atau 2.725 juta orang, meningkat daripada 2.45 juta orang kelmarin. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2gDz7WmqN 
Hakcipta terpelihara 

Konflik di Zamboanga berakhir


PEMANDANGAN dari udara menunjukkan beberapa kediaman terbakar dalam pertempuran antara tentera Filipina dengan pemberontak MNLF pada Rabu lalu.- REUTERS


ZAMBOANGA - Konflik berdarah selama tiga minggu antara tentera kerajaan dan pemberontak yang menawan hampir 200 tebusan di selatan Filipina berakhir dengan semua tawanan selamat, kata Setiausaha Pertahanan, Voltaire Gazmin semalam.
Gazmin berkata, kini hanya tinggal segelintir pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang masih bersembunyi.
"Mereka kini diburu oleh pihak tentera di pinggir bandar raya ini," katanya.
"Pihak berkuasa juga cuba untuk menentukan sama ada komander (MNLF) Habier Malik yang mengetuai serangan pada 9 September lalu sudah mati," tambah Gazmin.
Lebih 200 orang terbunuh dalam pertempuran itu termasuk 166 pemberontak. Ia merupakan antara serangan paling berdarah dan lama pernah dilancarkan oleh kumpulan pemberontak di Mindanao.
"Saya boleh katakan bahawa krisis ini sudah berakhir. Kami mencapai misi kami," kata Gazmin.
Menurutnya, seramai 4,500 askar dan anggota polis terlibat dalam konfrontasi itu dengan seramai 195 tebusan telah diselamatkan, melarikan diri atau dibebaskan.
Pertempuran itu yang turut melibatkan penggunaan bom tangan dan serangan mortar, memaksa lebih 100,000 penduduk meninggalkan rumah mereka untuk mencari perlindungan di kem-kem sementara.
Beribu-ribu buah rumah turut musnah. Setakat ini, polis dan tentera masih berusaha membersihkan beberapa kawsan daripada sisa pertempuran, termasuk bom tangan yang tidak meletup dan jerangkap samar.
Kepungan ke atas bandar raya ini bermula apabila kumpulan gerila MNLF yang lengkap bersenjata tiba dari pulau-pulau terpencil dengan menaiki beberapa buah bot tetapi kemaraan mereka dihalang oleh tentera dan polis.
Kumpulan tersebut didakwa mahu menawan kota raya ini dan menaikkan bendera MNLF di bangunan Dewan Bandar Raya Zamboanga.
Pemberontak kemudian menyerbu lima kawasan perkampungan tepi pantai dan menjadikan sejumlah penduduk sebagai tebusan sebelum dikepung oleh tentera Filipina.
Presiden Benigno Aquino III yang terbang ke Zamboanga telah mengarahkan pihak tentera supaya melancarkan serangan selepas pemberontak MNLF enggan membebaskan tebusan mereka.
MNLF menuduh Manila mungkir janji kerana mengadakan rundingan damai dengan sebuah kumpulan pemisah terbesar di Mindanao, Barisan Pembebasan Islam Moro. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2gDyagVYI 
Hakcipta terpelihara