Search This Blog

Friday, September 27, 2013

Rumah urut tawar khidmat seks

Rumah urut tawar khidmat seksAntara barangan yang disita dalam operasi yang diadakan oleh Jabatan Penguatkuasa MPK

KLANG - Dua premis disita dalam satu operasi rumah urut yang dijalankan Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang sekitar Bukit Tinggi, di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom yang mengetuai operasi berkenaan berkata, sebanyak lima premis diperiksa dan ada di antaranya menyediakan pintu rahsia bagi membolehkan pelanggan dan pekerja melarikan diri apabila diserbu pihak berkuasa.

Menurutnya, ketika serbuan, beberapa kondom berselerakan dipercayai baru digunakan dan pihaknya percaya premis turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan yang datang.

“Antara barangan yang disita ialah tilam, bantal dan langsir serta tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPK 2007 kerana beroperasi tanpa lesen.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang melanggar undang-undang ditetapkan terutama berkaitan premis rumah urut,” katanya.

Andry berkata, rumah urut berkenaan dipercayai menawarkan tiga pakej kepada pelanggan antaranya urut batin, B2B dan perkhidmatan seks dan bayaran sekitar RM135 sehingga RM168.

Menurutnya, MPK tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang ingkar kepada undang-undang dan majlis sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat  daripada orang awam bagi tujuan pencegahan.

Pelajar Alam maut kemalangan

Pelajar Alam maut kemalanganKakitangan hospital menguruskan mayat Vijey (gambar kecil) di Rumah Mayat Hospital Port Dickson, kelmarin.

PORT DICKSON – Seorang penuntut Akademi Laut Malaysia (Alam) maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 19.4 Jalan Pantai, kira-kira 3.30 pagi, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mereka dalam perjalanan dari arah Port Dickson menghala ke Pasir Panjang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa yang maut, S Vijey, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dan mangsa merupakan penumpang hadapan.

“Dipercayai kereta yang dipandu V Sivanantakumar, 22, hilang kawalan selepas melepasi selekoh sebelum terbabas dan terbalik ke bahu jalan bertentangan,” katanya.

Abd Wahab berkata, Sivanantakumar retak leher dan luka di bahagian muka serta tangan sementara dua lagi rakannya, P Navinan, 21, cedera di bahu kiri manakala P Thuban, 23, patah tangan kanan.

“Mangsa yang maut dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson (HPD) untuk dibedah siasat dan telah dituntut ahli keluarga sementara mangsa yang cedera turut mendapat rawatan di HPD,” katanya.

Dalam pada itu, ayah mangsa maut, M Shanmugam, 51, memberitahu, dia tidak menyangka perbualannya dengan Vijey 12 malam kelmarin adalah yang terakhir.

“Dalam perbualan kami, Vijey memberitahu dia akan pulang pada Ahad ini untuk melihat ibunya yang sakit angin ahmar.

"Namun, selepas beberapa jam kemudian saya menerima panggilan daripada salah seorang keluarga rakannya mengatakan Vijey maut di tempat kejadian," katanya.

Tambah Shanmugam, Vijey sedang menjalani latihan di Akademik Laut Malaysia (ALAM) sebagai persiapan untuk dia bekerja di China.

“Vijey seorang anak yang baik dan banyak membantu keluarga memandangkan sekarang saya sudah bersara. Kehilangannya adalah sesuatu yang sangat dirasai,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HPD.

Rakannya yang terlibat dalam kejadian itu, Navinan memberitahu, mereka dalam perjalanan pulang setelah makan di bandar Lukut.

“Sebelum itu, hujan sangat lebat dan kami tunggu sehingga hujan berhenti untuk pulang ke ALAM kerana pagi ini (kelmarin) kami akan  mengikuti kursus yang akan bermula hari ini (kelmarin) di sini.

“Tiba-tiba sampai di satu selekoh, kereta Wira yang dipandu Sivanantakumar tidak dapat dikawal dan dengan sekelip mata kereta terbalik," katanya menceritakan detik cemas itu.

Tambah Navinan, dia cuba menarik Vijey keluar tetapi langsung tidak dengar suaranya. Dengan bantuan orang ramai, kami dikeluarkan dari kereta dan dia hampir pengsan apabila diberitahu Vijey meninggal dunia.

"Saya bersama tiga rakan lain baru menamatkan Diploma Nautika di Alam Jun lalu manakala Vijey pula pada Disember ini," katanya.

Peniaga pasar malam dibelasah tiga lelaki


DESMOND Foo Khai Yik (kiri) yang memegang laporan polis dan 
teman wanitanya, Liew Wai Sim menunjukkan sebahagian kecederaan 
yang dialami akibat dibelasah tiga lelaki Selasa lalu di Medan Ipoh, Perak.

IPOH 27 Sept. - Seorang peniaga pasar malam dan teman wanitanya cedera dipukul tiga lelaki sehingga masing-masing terpaksa menerima 10 dan lima jahitan di kepala gara-gara persaingan perniagaan di kawasan pasar malam di Medan Ipoh di sini, Selasa lalu.
Desmond Foo Khai Yik, 29, mendakwa kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mereka sedang berniaga aksesori telefon bimbit di situ sebelum muncul ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 50 tahun lalu memukulnya dengan kayu, besi dan kerusi lipat.
Menurutnya, ketiga-tiga mereka yang merupakan satu keluarga dikenalinya dan turut berniaga aksesori telefon bimbit di pasar malam berkenaan.
"Teman wanita saya, Liew Wai Sim, 26, cuba meleraikan serangan itu tetapi dia turut dipukul. Berikutan itu, kami cedera di kepala dan terpaksa dijahit selain bengkak di bahagian badan.
"Kami tidak pernah bergaduh cuma sebelum ini ada berlaku sedikit pertengkaran kecil berkaitan peniagaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Khai Yik memberitahu, kesemua mereka hanya berhenti memukulnya dan Wai Sim selepas beberapa orang awam datang meleraikannya.
Dia yang hampir pitam dan Wai Sim kemudian dibawa orang awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan.
"Pada masa sama, kami turut diugut ketiga-tiga mereka jika cuba membuat laporan polis. Sejak pergaduhan tersebut, saya belum lagi membuka perniagaan kerana bimbang tentang keselamatan kami.
"Saya berharap pihak berkuasa dapat segera menjalankan siasatan kerana kami berasa amat takut jika berlaku sesuatu yang buruk," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130928/je_03/Peniaga-pasar-malam-dibelasah-tiga-lelaki#ixzz2gBR1IyZO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rahsia di sebalik rumah banglo

Rahsia di sebalik rumah bangloZainal (dua, kiri) melihat kertas pengiraan nombor ekor haram yang dirampas dalam serbuan berkenaan.

SEREMBAN – Polis menumpaskan sindiket perjudian nombor ekor haram dalam satu serbuan di sebuah rumah banglo di Seremban 2, di sini, Rabu lalu.

Serbuan kira-kira 7 malam itu dilakukan sepasukan anggota polis dan berjaya menahan tiga wanita tempa-tan berusia lingkungan 20-an di dalam rumah yang disewa itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan anggotanya.

“Rumah banglo yang disewa sejak tiga bulan lalu itu dijadikan sebagai pusat penjumlahan nombor ekor daripada pusat nombor ekor haram di negeri ini.

“Ketika serbuan, tiga wanita tersebut sedang sibuk melakukan pengiraan kertas jualan nombor ekor di dalam rumah,” katanya.

Menurutnya, nilai pertaruhan sindiket tersebut dipercayai sebanyak RM60,000 sehari dan menawarkan hampir RM180,000 hingga RM200,000 bagi tempoh seminggu.

“Kita turut merampas sebuah komputer riba, dua mesin pengimbas, tiga mesin faks, telefon dan beberapa kalkulator.

“Bagaimanapun, tiada sebarang wang taruhan ditemui berikutan rumah tersebut dijadikan sebagai pusat penjumlahan nombor ekor sahaja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, semalam.

Zainal berkata, ketiga-tiga wanita itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kita akan menyiasat sama ada wanita ini merupakan orang digaji ataupun ahli sindiket. Kita juga akan menyiasat individu lain yang terlibat dalam kegiatan ini.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 4 A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus menggiatkan lagi usaha membanteras kegiatan judi haram termasuk judi siber di negeri ini.

“Kerjasama orang ramai amatlah kami harapkan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras kegiatan jenayah ini,” katanya.

Peniaga pasar malam, teman wanita dipukul

Samseng pasar malamIPOH – Seorang peniaga aksesori telefon bimbit bersama teman wanitanya trauma selepas mendakwa dibelasah pesaing perniagaan mereka di pasar malam Medan Ipoh Selasa lalu.

Kejadian jam 10 malam itu bermula apabila peniaga yang dikenali sebagai Foo, 29, dipukul tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an menggunakan kayu, besi dan kerusi lipat.

Foo berkata, sepanjang dua tahun berniaga di kawasan itu, dia dan teman wanitanya, Liew, 26, tidak pernah menghadapi masalah namun kejadian baru-baru ini amat menakutkan mereka.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan ke gerai kedua untuk mengemas barang, dia didatangi sekumpulan lelaki bertindak menyerangnya sebelum lari menyelamatkan diri di kedai pertama yang dijaga Liew.

“Sekumpulan lelaki itu terus memukul saya dan Liew yang cuba menghalang mereka turut dibelasah manakala orang ramai tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka bersenjata.

“Saya cedera di badan, tangan serta tujuh jahitan di kepala manakala Liew pula lebam di kedua-dua belah pahanya selain menerima lima jahitan di kepala. Kami yang hampir pengsan dibawa oleh orang ramai ke hospital,” katanya ketika sidang media di Pejabat PKR Gopeng semalam.

Hadir sama, Adun Teja, Chang Lih Kang.

Beliau berkata, dua daripada lelaki berkenaan adalah anak beranak yang dikenalinya, sehingga kini motif mereka dipukul masih tidak diketahui namun dirasakan ada berkaitan dengan harga aksesori yang ditawarkan lebih
rendah berbanding pesaingnya.

“Sebelum ini kami memang pernah bertengkar namun tidak membabitkan senjata. Tidak sangka mereka yang baru beberapa bulan berniaga di situ berani melakukan tindakan sedemikian,” katanya.

Foo berkata, mereka turut menerima amaran akan dibunuh jika memanjangkan perkara tersebut kepada  polis.

Bagaimanapun demi keselamatan diri dan teman wanitanya, laporan polis sudah pun dibuat kelmarin di Balai Polis Gopeng.

“Saya berharap polis dapat memberi perhatian kepada kes ini kerana melibatkan nyawa saya dan Liew. Saya perlu menenangkan diri dan sembuh daripada luka belum kembali memulakan perniagaan,” katanya.

Pukul dengan botol kaca

Pukul dengan botol kacaTertuduh (kanan) diiringi polis bagi menjalani prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

SABAK BERNAM – Seorang lelaki didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini atas dakwaan mencederakan rakannya di depan kuil Muniandy di dalam Ladang Divisyen Satu Sungai Air Tawar Sabak Bernam.
Tertuduh, V Karuppiah, 46, yang beralamat di No D-7 Ladang Sungai Bernam didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi rakannya, R Thayalan, 30, pada jam 6.30 petang, 15 September lalu.

Dalam rayuannya di hadapan Majistret, Shah Wira Abdul Halim, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan hukuman ke atasnya memandangkan tindakan mencederakan rakannya itu dilakukan di luar kawalan kerana mengambil minuman keras.

Bagaimanapun, Timbalan Pegawai Pendakwa, Izza Munirah Mansor meminta mahkamah supaya mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati mencederakan rakannya, R Rajaguman, 33, dengan memukul mangsa menggunakan botol kaca sehingga cedera sehingga mangsa terpaksa menerima tujuh jahitan di pipi dan telinga kiri.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru selesai upacara sembahyang di kuil sempat singgah dan berbual dengan tertuduh sambil masing-masing dipercayai di bawah pengaruh alkohol kerana mengambil minuman keras.

Bagaimanapun mangsa yang menyatakan keinginannya untuk pulang ke rumah selepas berborak dengan tertuduh, tiba-tiba dipukul lelaki yang ketika itu dalam keadaan luar kawalan kerana di bawah pengaruh alkohol.

Mangsa kemudiannya bertindak melaporkan kejadian itu di Balai Polis Sungai Air Tawar.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman selama tempoh sehingga tiga tahun, atau denda, atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Lori tangki terbabas gara-gara mat rempit

Lori tangki terbabas gara-gara mat rempitAzizi ketika ditemui semasa lori dipandunya ditarik dua kren

REMBAU – Sebuah lori tangki membawa muatan 32 tan minyak sawit terbabas ke dalam longkang apabila cuba mengelak dua motosikal dari arah bertentangan di Kilometer 41.5 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa, Azizi Othman, 50, berkata, dia yang dalam perjalanan dari Gemencheh menuju ke Klang, Selangor terpaksa mengelak ke kiri jalan kerana bimbang bertembung dengan motosikal berkenaan.

Menurutnya, awalnya dia ternampak dua objek bergerak ke kiri dan kanan jalan, namun apabila semakin hampir, dia menyedari objek berkenaan adalah dua motosikal tanpa lampu ditunggang dalam keadaan berbahaya.

“Saya terkejut dan terus mengelak ke kiri daripada terlanggar penunggang motosikal itu sehingga menyebabkan lori saya termasuk ke dalam longkang, mujurlah saya tidak apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, kelmarin.

Susulan insiden berkenaan, Azizi terpaksa menunggu bantuan dua kren bagi menarik lorinya keluar dari longkang.

Tambah Azizi, kejadian itu adalah kali pertama sejak dia memandu lori muatan minyak kelapa sawit tiga tahun lalu.

“Apa yang mengecewakan saya, dua penunggang motosikal itu langsung tidak membantu dan mereka terus menghilangkan diri," katanya.

Gempar jumpa bom lama

Gempar jumpa bom lamaBom jenis mortar dijumpai seorang penduduk berjaya dimusnahkan oleh pasukan Unit Pemusnah Bom daripada IPK, petang semalam.

TELUK INTAN - Seorang tauke kedai rempah ratus tidak menyangka besi buruk yang dijumpai di tepi premisnya di Jalan Laksamana, di sini, pagi semalam adalah bom mortar lama peninggalan zaman perang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, pemilik kedai berusia dalam lingkungan 20-an itu melaporkan kepada polis sejurus menemui bom berkenaan.

“Kami segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada pengadu dan mendapati ia adalah sebutir bom lama jenis mortar yang dipercayai digunakan sama ada sewaktu Perang Dunia Pertama atau Kedua.

“Bom mortar jenis 81 mm itu berukuran 0.46 meter panjang dan mempunyai kelebaran lebih kurang 15.24 sentimeter.

“Berikutan itu, kami meminta bantuan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk melakukan kerja pemusnahan,” katanya.

Kok Liang berkata, bom berkenaan berjaya dimusnahkan di sebuah kawasan selamat kira-kira jam 5.40 petang semalam.

'Rumah seks' kena serbu

'Rumah seks' kena serbuKesemua mereka yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Langkap untuk siasatan lanjut.

IPOH – Sebuah rumah dijadikan tumpuan warga asing untuk melampiaskan nafsu adigempur dalam satu serbuan ‘Op 6P Bersepadu’, semalam.
Serbuan pegawai Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Pendaftaran itu berjaya menahan seorang wanita warga Indonesia berusia lewat 20-an bersama enam lelaki di rumah terbabit kira-kira jam 1 pagi.

Serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat apabila kawasan terbabit menjadi tumpuan pendatang asing menyewa beramai-ramai sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk tempatan.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Negeri, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, penghuni rumah terbabit enggan membuka ketika melakukan pemeriksaan di setiap rumah bagi mengenal pasti identiti.

“Tindakan penghuni yang enggan memberi kerjasama menyebabkan pihak Imigresen terpaksa memecahkan pintu kediaman terbabit.

“Siasatan mendapati rumah terbabit didiami seorang wanita dan enam lelaki. Keadaan mereka mencurigakan apabila mereka tidak mempunyai sebarang hubungan selain menetap beramai-ramai di rumah mempunyai dua bilik tidur sahaja,” katanya.

Pada masa sama, seramai 13 lelaki warga Pakistan, India, Thailand dan Bangladesh ditahan di dua restoran di Ipoh Jaya.

Wan Mahmud Zuhdi berkata, seorang lelaki tempatan yang dipercayai majikan kepada pekerja asing itu turut ditahan atas kesalahan menggaji pekerja secara haram.

“Serbuan turut dilakukan di sebuah rumah di Taman Utama Bercham dan menahan tiga lelaki warga India. Hasil pemeriksaan, kesemua 35 warga asing berusia 26 hingga 33 tahun itu tidak mempunyai dokumen sah selain menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen bagi tujuan siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Langkap,” katanya.

Kedai emas disamun 5 lelaki bersenjata pistol


27 September 2013

KUANTAN - Sebuah kedai emas di Jalan Tun Razak di bandar Raub, disamun lima lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dalam satu kejadian hari ini.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, dalam kejadian 1.04 petang itu, pemilik premis, seorang lelaki berusia 40-an terkejut apabila kedainya didatangi lima suspek dengan seorang daripada mereka mengacu sepucuk pistol.
 

"Empat suspek memakai topeng ski manakala seorang lagi yang memakai topi keledar mengacukan pistol itu ke arah mangsa.
 
"Suspek mengarahkan mangsa diam sebelum bertindak mengumpil laci barang kemas dengan pemutar skru dan kuku kambing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
 
Beliau berkata suspek kemudiannya mengisi barangan kemas di dalam sebuah beg sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WKP9733.

"Jumlah barangan kemas yang dilarikan dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan," katanya.
 

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
 
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya. - Bernama

Budak lelaki rentung dalam kebakaran


27 September 2013

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Kampung Teluk Baru Batu 17, Sungai Sumun dekat Teluk Intan hari ini.
 
J. Gerihari Gopa yang berumur setahun dua bulan, ditemui rentung dalam keadaan tertiarap di atas katil di dalam bilik di rumahnya dalam kejadian 3.50 petang itu.
 
"Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama-sama ibunya. Ibu mangsa turut mengalami lecur di beberapa bahagian badan," kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang ketika dihubungi Bernama di sini.
 
Goh berkata kebakaran itu turut menjejaskan 11 orang lagi, namun mereka ini selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
"Pihak bomba dimaklumkan kejadian pada pukul 3.50 petang dan dua jentera bomba dengan 12 anggota digegaskan ke lokasi. Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 5.20 petang," katanya.
 
Goh berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Lelaki Britain ditahan kes serangan di Nairobi


27 September 2013

NAIROBI - KENYA. Seorang lelaki warga Britain dipercayai keturunan Somalia ditahan selepas disyaki terlibat dalam serangan di pusat beli belah Westgate di Nairobi, minggu lalu.

Pejabat Luar Britain yang mengesahkan penahan tersebut berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan seorang pegawai keselamatan di Lapangan Terbang Jomo Kenyatta ketika ingin menaiki pesawat ke Turki.

“Penahanan itu dilakukan selepas pegawai terbabit mencurigai kecederaan muka dan tingkah laku lelaki itu,” katanya pada Press TV.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut tentang penahanan lelaki tersebut.

“Sehingga kini lelaki itu disahkan tidak mempunyai rekod perjalanan ke Britain,” katanya.

'Bang...saya takut mak marah'

'Bang...saya takut mak marah'Pasangan berkenaan diambil keterangan oleh penguat kuasa Jaij

BATU PAHAT - “Jangan macam ni bang, nanti mak saya marah,” itu rayuan seorang pemuda awal 20-an setelah ditahan berdua-duaan bersama pasangannya di sebuah hotel di Ayer Hitam, malam semalam.

Pemuda berkenaan yang memberi banyak alasan turut merungut serta menyatakan dia tidak melakukan kesalahan, cuma menemani kekasihnya di bilik hotel sementara menunggu hari siang.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda berkenaan dan pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel.

Katanya, sebaik membuka pintu berkenaan pemuda itu memberi pelbagai alasan termasuk menemani ‘anak saudaranya’ yang takut tinggal di hotel itu seorang diri.

“Pemuda berkenaan turut memberi pelbagai alasan lain seperti membeli makanan, menemani pasangannya serta hanya singgah sebentar dan akan pulang selepas itu.

“Pemuda berkenaan turut mengaku menipu ibunya, di mana dia menyatakan akan ke Segamat tetapi sebenarnya singgah di hotel di Ayer Hitam ini untuk bersama kekasih.

“Operasi ini turut disertai beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya selepas rutin operasi mencegah maksiat di daerah ini, semalam.

Menurut Saiful, walau apa juga alasan diberikan, pemuda dan pasangannya tetap melakukan kesalahan kerana berdua-duaan secara berkurung sehingga menimbulkan syak.

Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997,

“Pasangan ini akan dihadap ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.

“Operasi ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang makin menular di kalangan anak muda yang semakin membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.

Pelayan bar maut rempuh pembahagi jalan

Pelayan bar maut rempuh pembahagi jalanKeadaan kereta mangsa yang merempuh tembok pembahagi jalan di jejambat pusingan U, LDP awal pagi tadi.

PUCHONG –  Tidak sampai lima minit bergerak meninggalkan tempat kerjanya, seorang pelayan bar maut apabila kereta dipandu merempuh konkrit pembahagi jalan di pusingan U Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa dikatakan memandu sendirian dari sebuah kelab hiburan di Setia Walk, Pusat Bandar Puchong menghala ke rumahnya.

Ketika membuat pusingan U, mangsa dipercayai tidak membelok kenderaannya menyebabkan berlaku rempuhan kuat antara kereta mangsa dengan tembok pembahagi jalan.

Akibatnya,  C Vishnu, 22 yang memandu kereta Proton Wira tersepit dan mengalami kecederaan parah.

Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

Menurutnya, tiada kesan brek ditemui di jalan dua lorong jejambat pusingan U menuju ke arah Damansara itu.

“Kereta mangsa merempuh konkrit itu dengan kuat dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan,” katanya.

Bedah siasat mangsa dijalankan di Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Serdang.

Kes dibuka dan disiasat dibawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.

Penyamun serang balas hayun parang

Klang: Tujuh sekeluarga kerugian kira-kira RM9,000 selain terpaksa melalui detik mencemaskan apabila kediaman mereka dipecah masuk sekumpulan lelaki disyaki warga asing dalam satu kejadian samun bersenjata di Pekan Meru, pagi semalam.
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, semua mangsa dikejutkan sekumpulan lelaki yang memecah masuk rumah berkenaan selepas mengumpil pintu utama.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong yang mengesahkan kejadian itu berkata, polis percaya enam suspek terbabit dalam kejadian itu dan setakat ini, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki kumpulan penjenayah berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati empat daripada penjenayah berkenaan masuk ke tingkat atas rumah lalu menggeledah dan melarikan barang kemas, komputer riba, iPad dan telefon pintar milik keluarga berkenaan manakala dua lagi menggeledah dapur, ruang tamu dan bilik serta mengambil wang tunai yang disimpan dalam peti besi.

“Itu sahaja yang dapat saya berikan setakat ini kerana kes masih dalam siasatan,” katanya.

Harian Metro difahamkan, ketika kejadian, semua mangsa sedang tidur sebelum dikejutkan suspek yang menutup muka menggunakan kain sambil memegang senjata tajam.
Sumber berkata, seorang daripada mangsa yang melihat lima anaknya berada dalam biliknya dengan tangan serta mulut mereka diikat dengan tuala kecil cuba bertindak memukul suspek dengan kayu golf, namun gagal apabila tindakannya itu disedari seorang lagi suspek yang berada di dalam bilik sama.

“Akibatnya suspek terus bertindak melibas parang sebanyak dua kali menyebabkan mangsa ketakutan selain diugut akan dibunuh,” katanya.
Menurut sumber, keenam-enam suspek berkenaan melarikan diri menggunakan Proton Wira berwarna hitam.

Suara ghaib suruh pelajar terjun bangunan

Kuantan: “Saya terkejut apabila keadaan sekolah tiba-tiba kecoh dan beberapa pelajar bertempiaran lari sambil menjerit-jerit sehingga menakutkan pelajar lain,” kata seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira, di sini, menceritakan kejadian 70 pelajar diserang histeria petang semalam.
Menurut pelajar itu yang enggan namanya disiarkan, melihat keadaan tidak terkawal, seorang guru melaungkan azan, namun pelajar menjadi lebih agresif dan marah sambil mengeluarkan perkataan yang sukar difahami. 
Dia berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, beberapa guru menangkap pelajar yang histeria dan menempatkan mereka dalam makmal komputer untuk mengelak kejadian tidak diingini.

“Kakak saya turut histeria dan saya melihat dia terbaring sambil meracau-racau. Apabila saya memanggilnya, dia mempamerkan wajah bengis.
Foto
DUA pelajar SMK Tok Sira terbaring selepas diserang histeria.
“Bagaimanapun keadaan reda selepas pihak sekolah memanggil seorang ustaz bagi memulihkan mereka, namun saya tetap bimbang keadaan ini berulang,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Bapa seorang mangsa, Saifullizan Abdullah, 38, berkata, kejadian histeria di sekolah itu cukup membimbangkan kerana ada yang mendakwa ketika dirasuk, mendengar bisikan menyuruh mereka terjun dari bangunan.
Dalam kejadian semalam, dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, mengalami histeria dan dia terus ke sekolah selepas dimaklumkan.

“Saya difahamkan kejadian histeria ini sudah beberapa kali berlaku sebelum ini,” katanya.

“Lebih membimbangkan apabila dirasuk, ada pelajar mendakwa mendengar bisikan menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Sekolah berkenaan pernah merekodkan kejadian dua pelajar terjun dari bangunan pada Mei dan awal bulan lalu dengan seorang daripadanya maut manakala seorang lagi masih koma di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Rosdi Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menunggu laporan kejadian itu daripada pihak sekolah sebelum sebarang tindakan diambil.

Kanak-kanak lelaki 12 bulan maut dalam kebakaran


IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Teluk Baru Batu 17, Sungai Sumun dekat Teluk Intan, hari ini.

J Gerihari Gopa yang berumur 14 bulan, ditemui rentung dalam keadaan tertiarap di atas katil dalam bilik rumahnya dalam kejadian 3.50 petang.
"Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama ibunya. Ibu mangsa turut mengalami lecur di beberapa bahagian badan," kata Ketua Polis Daerah Hilir
Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang.
Goh berkata, kebakaran itu turut menjejaskan 11 orang lagi, namun mereka ini
selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Bomba dan Penyelamat dimaklumkan kejadian pada 3.50 petang dan dua jentera
bomba dengan 12 anggota digegaskan ke lokasi," katanya.

Goh berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kedai emas disamun lima lelaki bersenjata di Raub


KUANTAN: Sebuah kedai emas di Jalan Tun Razak, di Raub, disamun lima lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dalam satu kejadian, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata dalam kejadian 1.04 petang itu, pemilik premis, seorang lelaki berusia 40-an terkejut apabila kedainya didatangi lima suspek dengan seorang daripada mereka mengacu sepucuk pistol.
"Empat suspek memakai topeng ski manakala seorang lagi yang memakai topi
keledar mengacukan pistol itu ke arah mangsa.
"Suspek mengarahkan mangsa diam sebelum bertindak mengumpil laci barang
kemas dengan pemutar skru dan kuku kambing," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata suspek kemudiannya mengisi barangan kemas di dalam sebuah beg
sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry berwarna
kelabu dengan nombor pendaftaran WKP9733. - Bernama 

Rumah kongsi pekerja kilang musnah terbakar


26 September 2013

IPOH - Rumah kongsi pekerja kilang membuat pasu dan seramik di Jalan Kampung Bercham di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.  

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata kejadian yang berlaku jam 10.34 pagi itu dipercayai berpunca dari tempat memasak di rumah kongsi berkenaan.

"Ketika kejadian, pekerja warga Bangladesh yang tinggal di situ tiada di rumah kerana sedang bekerja. Mereka terkejut melihat asap berkepul-kepul keluar dari rumah itu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menghantar empat jentera dengan 26 anggota ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Kebakaran sukar dipadam kerana rumah itu diperbuat daripada papan dan zink selain terdapat kayu yang digunakan untuk memasak, katanya menambah anggota bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada pukul 12.20 tengah hari.

Katanya kejadian turut menyebabkan bumbung kilang rosak kerana rumah kongsi itu terletak berdekatan dengan kilang berkenaan.

Jumlah kerugian dianggar RM60,000 dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, katanya. - Bernama

Lebih 30 maut banjir di Filipina

Lebih 30 maut banjir di FilipinaAnggota keselamatan memindahkan penduduk ke penempatan sementara di wilayah Zambales.

MANILA - FILIPINA. Sekurang-kurangnya 30 maut akibat banjir kilat selepas Taufan Pabuk membadai wilayah berhampiran Pulau Luzon, Filipina.

Menurut laporan AP, Pegawai Agensi Bencana Alam Bernie Tiong berkata, lebih 36,000 penduduk terjejas teruk apabila hujan berlanjutan sehingga dua hari di wilayah Zambales, kira-kira 138 kilometer dari selatan Manila.

"Dua dilaporkan lemas dan 1, 000 keluarga diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara," katanya.

Menurutnya, Isnin lalu, sekurang-kurangnya 18 penduduk dilaporkan maut selepas tertimbus akibat tanah runtuh di tiga kawasan berasingan di Bandar Subic.

"Sehingga kini, anggota penyelamat masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mangsa terperangkap dan hilang," katanya. 

Tipu: Pengarah syarikat dipenjara, sebat, denda

PETALING JAYA 26 Sept. - Seorang pengarah sebuah syarikat logistik meraung sekuat hati apabila dihukum penjara satu tahun, sebatan tiga kali dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menipu seorang pengurus syarikat, dua tahun lalu.
Sambil menangis, T. Sangkar, 28, memohon Hakim Abu Bakar Manat meringankan hukumannya kerana dia tidak mahu memasuki penjara tetapi tidak dilayan oleh hakim itu yang terus beredar ke kamar beliau.
Terdahulu, lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan itu meskipun setelah berulang kali Abu Bakar bertanya sama ada dia benar-benar ingin membuat pengakuan sedemikian.
''Saya memuji tindakan kamu. Melalui pengakuan bersalah ini, saya dapat melihat kamu benar-benar insaf,'' kata Abu Bakar sebelum menjatuhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa memperdaya pengurus syarikat Sunway Machinery Sdn. Bhd., Ho Wai Kiat, 41, untuk mempercayai harga tawaran RM1,900 bagi setiap tan besi.
Dengan itu, Wai Kiat menyerahkan 345.33 tan besi kepada syarikat tertuduh Beyond Avenue Trading sehingga menyebabkan mangsa kerugian hampir RM700,000.
Kesalahan itu dilakukan di syarikat mangsa di Lot 656 Jalan Subang 2, Off Jalan Persiaran Subang, di sini, 30 Mei 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130927/ma_03/Tipu-Pengarah-syarikat-dipenjara-sebat-denda#ixzz2g2D5OGrC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bimbang banjir besar berulang

2013/09/27
Bangkok: Banjir mengelilingi kawasan perindustrian di timur laut Bangkok dan meningkatkan kebimbangan jika kejadian pernah berlaku pada 2011 lalu berulang sekali lagi.

Bagaimanapun pegawai kawasan perindustrian itu berkata, air tidak akan memasuki daerah berkenaan kerana hujan tidak lagi lebat dan sejumlah empangan sedia ada belum penuh seperti dulu.


Taman Perindustrian 304 di wilayah Prachin Buri itu menempatkan 110 kilang dengan sebahagian besarnya dimiliki pemodal Jepun. Media melaporkan air mula memasuki kawasan itu selepas Sungai Prachin Buri yang terletak 8 kilometer dari situ melimpah.

Namun pegawai kanan setempat menafikannya. Naib Presiden Eksekutif Taman Perindustrian 304, Poolsak Sutanthavibul berkata, air itu cuma menjejaskan penduduk kampung berhampiran.


“Lagi pun kawasan ini terletak 22 meter dari paras laut,” katanya. - Agensi


Anak jeneral kena penjara

 2013/09/27
Beijing: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap anak lelaki seorang jeneral China kerana terbabit dalam insiden rogol berkumpulan.

Li Tianyi, 17, dan empat lagi lelaki didapati bersalah memperkosa seorang wanita di sebuah hotel di Beijing Februari lalu, kata pihak berkuasa mahkamah dalam kenyataan di akaun media sosial.


Bapa Tianyi, Li Shuangjiang ialah dekan jabatan muzik di Akademi Seni Tentera China dan dikenali kerap menyanyikan lagu patriotik. Jawatan bapanya setaraf dengan jeneral dalam angkatan tentera China. Ibunya pula, Meng Ge juga penyanyi terkemuka. Kes Tianyi mendapat liputan meluas di negara terbabit kerana anak golongan elit yang hidup serba mewah sering melanggar undang-undang, tetapi terlepas daripada hukuman kerana status keluarga mereka. Tianyi sebelum ini mencetuskan kontroversi pada 2011 selepas dia bersama rakannya dengan masing-masing memandu kereta mewah menyerang pasangan suami isteri yang menghalang laluan mereka, manakala anak mangsa yang masih kecil hanya melihat apa yang berlaku kepada ibu bapanya. Mahkamah bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai pengakuan Tianyi dalam perbicaraannya bulan lalu. Ketika perbicaraan, akhbar Beijing News melaporkan dia “tidak mengaku salah melakukan serangan seksual itu, sebaliknya berkata dia mabuk dan tidak tahu apa yang berlaku”.

Empat lagi defendan dijatuhkan hukuman penjara antara tiga hingga 12 tahun.


Pengguna Internet sebelum ini sangsi mahkamah akan menjatuhkan hukuman penjara ke atas Tianyi kerana pengaruh ibu bapanya. - AFP

Emas dalam kemaluan

 2013/09/27
Colombo: Kastam Sri Lanka kelmarin menahan seorang wanita berusia 54 tahun dan dua lelaki berusia 38 dan 50 tahun kerana cuba menyeludup 2,267 gram emas ke India di Lapangan Terbang Bandaranaike.

Akhbar The Island melaporkan 10 keping emas seberat satu kilogram setiap satu disembunyikan oleh dua suspek lelaki terbabit di kemaluan mereka, manakala emas dalam bentuk barang kemas seberat 267 gram dipakai wanita berkenaan.


Jurucakap jabatan kastam berkata, ketiga-tiga suspek ialah pengunjung biasa dari Colombo ke India. Menurutnya, seramai 48 orang yang cuba menyeludup emas dari negara itu ke pelbagai negara lain sudah ditahan setakat ini. - Agensi

Mayat dimakan anjing sendiri


 2013/09/27
Frankfort: Seorang wanita dari Kentucky yang pernah bertindak kejam terhadap haiwan peliharaannya dipercayai dimakan puluhan anjing serigalanya selepas dia mati.

Mayat Patricia Ritz, 67, ditemui di kediamannya di Fordsville oleh polis selepas jiran tetangga membuat laporan yang mereka tidak melihat kelibatnya lebih daripada seminggu, lapor NBC News. Pihak berkuasa yang memeriksa kediamannya kemudian hanya menemui rangka manusia dan tulang rahang yang dipercayai milik Patricia, menurut laporan stesen televisyen WHAS 11. Polis percaya Patricia maut selepas jatuh sakit dan haiwan peliharaannya yang terbiar tanpa diberi makan selepas kematian wanita itu kemudian memakan mayatnya.


Menurut laporan stesen WFIE, Patricia sebelum ini pernah disabitkan dengan kesalahan menzalimi haiwan pada 1986.

Badan sukarelawan haiwan Adopt-A-Husky memberitahu stesen berkenaan, kesalahan pertama Patricia membabitkan 50 anjing walaupun tidak dijelaskan apa kesalahan yang dilakukannya. Pada tahun berikutnya ketika dia tinggal di Evansville, Indiana, Patricia didapati bersalah terhadap lima pertuduhan mendera haiwan dan dilarang daripada membawa masuk anjing ke negeri itu. Dia dituduh menzalimi haiwan sekurang-kurangnya lima kali lagi selepas 1986 hingga 2003. Dalam satu kejadian pada 1999, pihak berkuasa menemui 184 anjing di kawasan kediamannya tidak terurus dan terpaksa membunuh 159 daripadanya yang dijangkiti wabak penyakit. Mereka membenarkan Patricia memelihara baki anjing berkenaan dengan syarat dia mengkasi haiwan itu. Bagaimanapun, bilangan haiwan berkenaan kian bertambah sejak beberapa tahun lalu. - Agensi


Padah bikin senapang angin

SIBU - Seorang lelaki yang mengambil kesempa- tan mempelajari membuat senapang angin ketika dihukum mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 diberkas bersama dua laras senjata itu dan dua bilah pedang samurai dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Abang Barieng di sini kelmarin.
Selain senapang angin dan pedang samurai, suspek berusia 52 tahun itu turut diberkas bersama sekotak peluru bebola besi, beberapa batang paip dan telefon bimbit dalam serbuan pada pukul 3 petang yang diketuai Inspektor Firdaus Safuan.
Difahamkan, suspek belajar membuat senjata tersebut ketika ditahan mengikut akta berkenaan atas kesalahan berkaitan dadah di Belaga pada 2008.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, senapang angin itu dipercayai akan dijual suspek di pasaran gelap.
"Siasatan mendapati suspek mengambil tempoh antara tiga hingga enam bulan untuk menyiapkan selaras senapang angin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2g24mGk1w 
Hakcipta terpelihara 

Isteri polis maut kemalangan




KUALA LUMPUR - Hasrat seorang isteri seorang anggota polis berpangkat Koperal untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah berkecai apabila dia maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Sentul Raya di sini semalam.
Kemalangan yang mengakibatkan sebahagian tubuh Siti Rohani Mohamed Saadi (gambar), 30, hancur itu berlaku pada pukul 2.15 petang ketika mangsa dalam perjalanan untuk menjemput anak perempuannya pulang dari Sekolah Kebangsaan Convent Sentul.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berpunca apabila lori dipandu seorang lelaki Indonesia bergesel dengan motosikal mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2g246DOpd 
Hakcipta terpelihara 

Pegawai kanan Jabatan Perhutanan didakwa lagi



AMIR SHARIFUD-DIN (tengah) berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang sebelum ini dituduh menerima rasuah RM390,000 sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Se- syen di sini atas dakwaan gagal menyerahkan pernyataan bersumpah bagi menjelaskan mengenai harta berlebih-lebihan yang dimilikinya.
Amir Sharifud-din Aliman, 59, mengaku tidak bersalah di hada- pan Hakim Madihah Hairullah.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh semasa disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SP- RM) berhubung kes rasuah yang didakwa terhadapnya sebelum ini. Kes itu masih berjalan.
Pada 1 Februari lalu, tertuduh telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 13 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM390,000 dari- pada dua kontraktor.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2g23Ysan9 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki mati di tepi kubur Hindu



ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui mati di tanah perkuburan Hindu Jalan Badaruddin, Kuching semalam.


KUCHING – Seorang lelaki yang sering mandi di kawasan Tanah Perkuburan Hindu, Jalan Badaruddin di sini ditemui mati dengan mayatnya hampir reput dalam keadaan terbaring dan separuh bogel semalam.
Mayat yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 40-an dan hanya memakai baju itu ditemui di tepi sebuah kubur pada pukul 8.40 pagi oleh orang awam.
Mangsa disyaki telah mati sejak tiga hari lalu.
Kawasan perkuburan tersebut terletak kira-kira 100 meter dari pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2g23OJZID 
Hakcipta terpelihara 

Ketua kerani estet mati dibunuh


LABIS - Tanda tanya seorang wanita mengenai suaminya yang tidak pulang-pulang selepas keluar rumah untuk menemui rakan terjawab apabila lelaki itu ditemui mati akibat ditetak di tengkuk dan perut selain pergelangan tangan kanannya putus dalam kejadian di sebuah ladang di Ichijaya di sini semalam.
Mayat ketua kerani sebuah estet di Chaah, Unni Nesir Ali, 41, ditemui pada pukul 6.40 pagi oleh rakan-rakannya yang keluar mencari lelaki itu sebaik dimaklumkan mengenai kehilangannya oleh isteri mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2g238XRgu 
Hakcipta terpelihara 

Warga asing sasaran wajar - Al-Shabab


GAMBAR fail pada Sabtu lalu menunjukkan pasukan khas membidik senjata mereka ke arah pusat beli-belah Westgate.


NAIROBI - Kumpulan pelampau Somalia, Al-Shabab yang menyerang sebuah pusat beli-belah di Kenya semalam menyatakan warga asing merupakan 'sasaran wajar' dan mengesahkan keterangan saksi bahawa anggota bersenjatanya cuba melepaskan orang Islam tetapi menangkap atau membunuh pengunjung lain.
Dalam pertukaran e-mel dengan agensi berita Associated Press (AP) kelmarin, Al-Shabab memberitahu: "Mujahidin kami mengambil langkah teliti untuk mengasingkan orang Islam daripada orang kafir sebelum mereka melancarkan serangan."
Menurut keterangan beberapa saksi, lelaki-lelaki bersenjata itu menghimpunkan pengunjung dan menyoal mereka tentang Islam untuk mengasingkan orang Islam dengan penganut agama lain.
Mereka kemudian meminta pengunjung Islam supaya meninggalkan pusat beli-belah berkenaan.
Sekurang-kurangnya 18 warga asing terbunuh termasuk enam rakyat Britain dan beberapa warga Perancis, Kanada, Trinidad, Belanda, Australia, Peru, India, Ghana, Afrika Selatan dan China apabila kumpulan militan berkenaan menyerang pusat beli-belah Westgate di sini pada Sabtu lepas.
Mereka menyerang lelaki, wanita dan kanak-kanak menggunakan raifal dan bom tangan serta menawan orang ramai untuk dijadikan tebusan.
Al-Shabab sebelum ini mengancam untuk menyerang Kenya kerana tindakan negara berkenaan menghantar tenteranya ke Somalia bagi memera- ngi kumpulan militan itu.
Sebahagian besar mangsa yang maut dalam tragedi di pusat beli-belah itu terdiri daripada rakyat Kenya.
Ditanya sama ada Al-Shabab berniat membunuh warga asing, kumpulan itu memberitahu: "Sasaran kami adalah kerajaan dan tanah air Kenya. Setiap kawasan di Kenya merupakan sasaran yang wajar."
Al-Shabab menguasai sebahagian besar Somalia yang bersempadan dengan Kenya di sebelah timur selama beberapa tahun termasuk ibu kota- nya, Mogadishu.
Namun, tentera Kesatuan Afrika mengusir kumpulan yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda itu dari Mogadishu pada 2011.
Kenya pula menghantar tenteranya untuk memerangi Al-Shabab pada tahun berkenaan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2g21tKQFO 
Hakcipta terpelihara