Search This Blog

Tuesday, September 24, 2013

‘Saya dah bunuh dia’


Tawau: Seorang pemandu lori balak hanya sempat berlari beberapa meter sambil memegang kemaluannya yang hampir putus sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang rakan sekerja dipercayai akibat salah faham dalam kejadian di sebuah kawasan pembalakan di Batu 38, Kalabakan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Roslan Nordin, 35, mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan termasuk kemaluan akibat diserang menggunakan parang.


Menurut sumber, ketika kejadian, seorang daripada pekerja di lokasi pembalakan melihat mangsa berlari menuju ke arah kilang papan dalam keadaan berlumuran darah.

“Namun, sebelum sempat memasuki kilang terbabit, mangsa dikatakan terjatuh sebelum dihampiri rakan sekerja lain.


“Sebaik dihampiri, beberapa pekerja pembalakan yang cuba membantu terkejut melihat keadaan mangsa berlumuran darah selain mengalami kecederaan parah di kepala dan kemaluan,” katanya.


Katanya, mangsa dipercayai cuba memberitahu apa yang berlaku, tetapi tidak sempat sebelum meninggal dunia.

Menurut sumber, rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada pengurus kawasan pembalakan itu sebelum mereka membuat laporan polis.


“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat parah di kepala, pinggang dan kemaluan dipercayai ditetak menggunakan parang panjang.

“Kejadian ini dipercayai dilakukan suspek iaitu rakan sekerja yang menghilangkan diri sebaik menyedari perbuatannya diketahui umum,” katanya.


Menurut sumber, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 30-an ada menemui abang iparnya yang bekerja berhampiran kawasan pembalakan dan mengaku membunuh seorang lelaki.


“Abang ipar suspek yang mendengar pengakuan lelaki terbabit bagaimanapun enggan campur tangan mengenai perkara itu.


“Suspek dipercayai menemui abang iparnya sambil membawa sebilah parang dan mengaku menetak seseorang sebelum menghilangkan diri,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dan memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat. “Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian dan berusaha mengesan suspek yang sudah melarikan diri selepas menyerang mangsa.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Roboh kilang pau

Foto
PEGAWAI MPS merobohkan kilang.
Kuala Lumpur: Kotor, berbau busuk dan menjijikkan. Itu situasi yang dapat dilihat di kilang membuat kuih pau berintikan daging babi yang terletak di Jalan 26, Selayang Baru, apabila serbuan serta aktiviti meroboh premis dilakukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.
Tidak cukup dengan itu, daging ayam dan babi yang diletakkan di dalam besen sewenangnya dibiarkan secara terbuka manakala bahagian lantai basah kerana ditakungi air.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat juga daging babi yang sudah beberapa hari disalai digantung di dalam dan di depan pemanggang selain selebihnya disimpan di dalam peti sejuk beku.
Keadaan longkang juga tersumbat dan dipenuhi pelbagai kotoran termasuk lemak haiwan yang menyebabkan bau busuk boleh dihidu dari jalan utama lagi.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan MPS Leftenan Kolonel (B) Azmi Ismail berkata, tindakan menyita barangan kelengkapan membuat pau, bahan mentah dan meroboh premis adalah tindakan terakhir diambil selepas pemilik kilang tidak mengendahkan notis dan kompaun yang dikeluarkan sebelum ini.

“Ini operasi terakhir yang kami lakukan selepas menerima beberapa aduan daripada penduduk, mengeluarkan notis dan sebagainya, tetapi masih tidak mendapat maklum balas daripada pemilik kilang.

“Kira-kira 100 pegawai dan anggota dari bahagian penguatkuasaan, kesihatan, kejuruteraan dan perancangan bandar terbabit dalam operasi pada hari ini (semalam),” katanya.

Menurut Pengarah Kesihatan dan Pelesenan MPS Dr Razif Zainol Abidin, kilang berkenaan beroperasi tanpa lesen dan pernah ditutup selama seminggu pada 2007 di bawah Undang-Undang Kecil Establishment Makanan.
Malah, mereka juga diberikan tempoh selama beberapa tahun untuk berpindah ke lokasi lain kerana kawasan sekarang tidak sesuai untuk premis kilang yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan.

“Selepas melakukan pemeriksaan, saya dapati premis dalam keadaan yang amat kotor, terdapat pelepasan air terus ke longkang utama tanpa adanya sebarang pelan rawatan sepatutnya dipasang pada paip dan sebagainya.

“Kami turut menyita bahan makanan yang mungkin sudah tercemar kerana ia dikhuatiri membahayakan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bangunan MPS Azam Mohamad pula berkata, binaan kilang itu didirikan tanpa kelulusan dan dibuat di dalam kawasan perumahan yang disambung dengan rumah kedai empat tingkat.

Perbuatan itu satu kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan di mana kompaun turut berjumlah RM12,500 dikeluarkan di bawah Seksyen 70 (11).

“Sebelum ini, notis roboh sudah dikeluarkan tiga kali dan yang terakhir dua minggu lalu manakala kompaun pula dua kali,” katanya.

Ular gemparkan penumpang

Ular gemparkan penumpangUlar spesies Mandarin Rat Snake ini ditemui di kabin penumpang.

CRANBERRA - AUSTRALIA . Seramai 370 penumpang pesawat Qantas Boeing 747 terpaksa bermalam di Sydney selepas penerbangan dibatalkan susulan penemuan seekor ular di dalam pesawat itu.

Qantas Airways dalam satu kenyataan melaporkan, ular berukuran 20 sentimeter spesies Mandarin Rat Snake itu ditemui di kabin penumpang sebelum pesawat terbabit berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

"Keseluruhan pesawat diperiksa bagi memastikan tiada ular lain terdapat di dalam kabin tersebut," menurut kenyataan AP.

Sementara itu, Jabatan Pertanian memaklumkan, reptilia itu boleh membesar sehingga 1.2 meter dan boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

10 kereta terbakar angkara khianat


Kuala Lumpur: Angkara khianat dikenal pasti menyebabkan 10 kereta milik penduduk yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Taman Setapak, di sini dibakar pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, lapan daripada kereta itu terbakar 80 peratus manakala dua lagi terbakar keseluruhan. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 3.50 pagi sebelum empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku di ruang letak kereta aras bawah bangunan membabitkan 10 kenderaan.


“Asap agak tebal dan api sudah marak ketika jentera tiba jam 4.04 pagi sebelum api berjaya dikawal 30 minit kemudian,” katanya.

Taufan Usagi terus mengganas

Taufan Usagi Taufan Usagi turut menyebabkan bandar Shanwei, Guangdong ditenggelami banjir.

BEIJING - CHINA . Sekurang-kurangnya 25 maut dalam Taufan Usagi di wilayah Guangdong di selatan China, semalam.

Taufan itu membadai bandar Shanwei, wilayah Guangdong, kira-kira 140 kilometer ke timur laut Hong Kong dengan kelajuan angin 175 kilometer sejam (km/j).

Jurucakap Majlis Perbandaran Shanwei berkata, lebih 8,000 bot nelayan pulang ke pelabuhan dan 1,200 penduduk dipindahkan ke kem penempatan sementara.

“Usagi turut menyebabkan banjir besar dan kerosakan pada jalan selain memusnahkan premis perniagaan serta kediaman," katanya lagi dipetik dari laporan AFP.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dalam satu kenyataan melaporkan, 64  penerbangan ditangguhkan atas faktor keselamatan selepas Usagi mengganas.
Difahamkan, operasi perkapalan dan 370 penerbangan juga terpaksa dibatalkan.

Sementara itu, di Manila, sekurang-kurangnya dua maut manakala 20,000 penduduk dipindahkan selepas negara tersebut berhadapan ancaman sama.

Agensi bencana kebangsaan, melaporkan, mangsa maut adalah penumpang bot yang karam di luar wilayah Aurora.

Usagi dikategorikan sebagai taufan keempat terkuat di Lautan Pasifik yang boleh membawa angin kencang pada kelajuan sehingga 240 km/j. 

Ular tunda penerbangan


2013/09/24
Canberra: Penerbangan pesawat 747 Boeing Qantas membawa 370 penumpang di Sydney terpaksa ditunda beberapa jam selepas seekor ular eksotik kecil ditemui dalam kapal terbang itu.

Staff menemui ular spesies ‘Mandarin Rat’ sepanjang 20 sentimeter itu dalam kabin penumpang berhampiran pintu kapal terbang itu lewat malam Ahad.
Selepas dikeluarkan barulah penumpang dibenarkan menaiki pesawat yang dijadualkan berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, menurut kenyataan Qantas.

Naik pesawat gantian

Syarikat penerbangan utama Australia itu berkata, penumpang diberikan bilik hotel untuk tidur sebelum menaiki pesawat gantian pada pagi Isnin.

Qantas berkata, jet asal akan disembur ubat sebagai langkah berhati-hati dengan kemungkinan ada ular lagi sebelum pesawat dibenarkan terbang semula.

Ular itu diambil oleh anggota pasukan unit kuarantin untuk dianalisis. Jabatan Pertanian berkata, ular spesies berkenaan boleh mencapai 1.2 meter panjang.

Ia juga dimandulkan kerana reptilia eksotik seperti ini membawa penyakit atau virus perosak baru ke Australia.

Jabatan berkenaan berkata, ular itu sudah ada dalam pesawat yang tiba dari Singapura sehari sebelumnya.

“Jabatan Pertanian sedang mengkaji bagaimana ular itu datang untuk berada di kapal terbang, tetapi tidak dapat memberi teori pada masa ini,” katanya.
Ular Asia itu sedikit berbisa dengan kira-kira selebar pensil dan tidak menimbulkan ancaman kepada manusia.

Boleh jejas ekologi

Tetapi, ia mempunyai potensi untuk menyebabkan bencana ekologi Australia jika terlepas masuk ke alam sekitar tempatan dengan pasangan, kata pakar reptilia Zoo Canberra, Peter Child.

Walaupun ular jarang menimbulkan bahaya kepada penerbangan, seekor ular sawa sepanjang tiga meter berpaut kepada sayap pesawat Qantas dari pantai timur laut bandar Cairns ke Papua New Guinea. Januari lalu.

Ular itu mati dalam penerbangan tetapi masih melekat kepada sayap apabila penerbangan dua jam berakhir di Port Moresby.
AP

Hantar katalog lucah kepada ketua polis


2013/09/24
Tokyo: Gara-gara tersilap hantar katalog lucah kepada polis, enam lelaki ditahan, lapor media di sini semalam.

Penjual bahan lucah terbabit menghantar tiga set katalog pornografi itu kepada Ketua Polis Osaka, minggu lalu.
Pasukan polis kemudian melakukan operasi dan bertindak menahan Toshiharu Hidaka, 27, dan lima lelaki lain kerana memiliki bahan lucah dengan niat menjualnya di Osaka, lapor Jiji Press dan media lain.

Suspek berkenaan dikesan menghantar katalog mengenai DVD lucah kepada orang ramai, satu aktiviti yang melanggar undang-undang.

Mereka mungkin tidak menyangka penghantaran secara rambang menerusi surat itu boleh sampai ke kediaman ketua polis.

Anggota polis kemudian melakukan serbuan terhadap pejabat Hidaka di Osaka.
Mereka berjaya merampas 280,000 cakera padat lucah selain 7,000 pil ‘ubat kuat’ yang dipercayai didapati secara haram.
AFP 

Penerbit filem anti-Islam dibebas

LOS ANGELES 24 Sept. - Seorang penerbit filem anti-Islam yang pernah mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan tercetusnya ketegangan di Asia Barat, Nakoula Basseley Nakoula, dibebaskan hari ini.
Jurucakap Biro Penjara Persekutuan, Ed Ross berkata, Nakoula, 55, dibenarkan keluar dari rumah persinggahan di California Selatan, hari ini.
Beliau sebelum ini dikenakan hukuman tahanan di rumah selama setahun di rumah persinggahannya pada November lalu, kerana melanggar peraturan tempoh pengawasan berkaitan kes penipuan bank dengan menggunakan nama palsu, kes yang tidak mempunyai kaitan dengan penerbitan filem Innocence of Muslims.
Nakoula, yang tinggal di Los Angeles dan beragama Kristian Qibti, pernah dikenakan hukuman penjara 21 bulan pada 2010 kerana terlibat dalam jenayah penipuan kredit bank. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130925/lu_09/Penerbit-filem-anti-Islam-dibebas#ixzz2fu6ZRSRf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

25 korban taufan Usagi di China

BEIJING 23 Sept. - Taufan Usagi yang merupakan taufan terkuat tahun ini membadai wilayah Guangdong, China malam tadi, mengakibatkan 25 terkorban, sekali gus menjadikan angka korban akibat bencana itu di beberapa buah negara Asia kepada 33 orang setakat ini.
Usagi membawa angin pada kelajuan 175 kilometer sejam dan sekurang-kurangnya 13 kematian itu berlaku di bandar Shanwei apabila angin kencang menerbangkan kereta dan kediaman penduduk.
Bencana itu mengakibatkan beratus-ratus penerbangan terpaksa dibatalkan, sementara pelabuhan serta laluan kereta api turut ditutup sebelum Usagi berubah lemah menjadi ribut tropika.
Kelmarin, taufan itu membawa angin kencang ketika melalui Taiwan dan Filipina.
Menurut pihak berkuasa Filipina, sebanyak lapan orang terbunuh akibat lemas dan kejadian tanah runtuh di negara itu, manakala Taiwan merekodkan sebanyak sembilan kecederaan akibat ditimpa pokok.
Taufan itu turut mengundang 'malapetaka' kepada penumpang penerbangan yang terpaksa pulang ke rumah masing-masing selepas merayakan festival pertengahan musim luruh kaum Cina.
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong memaklukan, lebih 250 penerbangan masuk dan keluar dibatalkan di Hong Kong, dan 200 lagi penerbangan tambahan ditunda.
Agensi berita Xinhua melaporkan, perkhidmatan kereta api antara bandar termasuk kereta api laju ke Beijing, Shenzen dan Hong Kong ditunda sehingga esok.
Di Hong Kong, berpuluh-puluh pokok dilaporkan tumbang dengan 17 penduduk terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan lapan daripada mereka kini dirawat. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130924/lu_07/25-korban-taufan-Usagi-di-China#ixzz2fu5g6GMX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kenya terus gempur al-Shabaab


Beberapa anggota tentera Kenya, mengambil kedudukan masing-masing ketika menggempur saki-baki anggota kumpulan militan al-Shabaab di pasar raya Westgate di Nairobi, semalam. - Reuters
NAIROBI 24 Sept. - Pasukan keselamatan Kenya terus menggempur saki-baki anggota kumpulan militan al-Shabaab di sekitar pasar raya Westgate, di sini hari ini, masuk hari keempat kumpulan militan itu menyerang pasar raya berkenaan dan menahan sejumlah tebusan.
Bunyi tembakan kedengaran sekali-sekala pada awal pagi, beberapa jam selepas pihak berkuasa mendakwa situasi berjaya dikawal.
Sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dan hampir 200 yang lain cedera dalam krisis tebusan itu.
Jurucakap kerajaan, Manoah Esipisu berkata, krisis tebusan itu dijangka berakhir tidak lama lagi, selain pasukan keselamatan meneruskan operasi memburu saki-baki anggota al-Shabaab.
Kementerian Dalam Negeri, hari ini berkata, kesemua tebusan yang terperangkap di dalam pasar raya tersebut dipercayai sudah dibebaskan.
Menteri Luar Kenya, Amina Mohamed, pula berkata, beberapa warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang wanita Britain merupakan antara anggota al-Shabaab yang terlibat dalam krisis tebusan itu.
Wanita Britain itu dipercayai ialah Samantha Lewthwaite, balu kepada seorang pengebom berani mati dalam serangan di London pada 2005 yang mengorbankan lebih 50 orang, Germaine Lindsay.
Militan al-Shabab dalam pada itu menafikan penglibatan sebarang warga asing dan menayatakn mereka masih menahan beberapa tebusan yang masih hidup.
"Terdapat sejumlah mayat yang bertaburan di dalam pasar raya itu dan kami masih menguasai komplek membeli-belah tersebut," tulis kumpulan itu dalam Twitter.
Sekurang-kurangnya 11 anggota pasukan keselamatan cedera dan tiga anggota keselamatan unit khas maut dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan kumpulan militan itu, semalam.
Pasukan keselamatan negara ini turut mendapat bantuan daripada pasukan keselamatan Israel, Britain dan AS bagi menamatkan krisis tebusan itu.
Militan al-Shabaab melancarkan serangan itu bagi menuntut Kenya menarik balik tentera mereka di Somalia. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130925/lu_03/Kenya-terus-gempur-al-Shabaab#ixzz2fu4BxeDF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ugut selepas rempuh rumah

Ugut selepas rempuh rumahKher duduk di atas tangga yang menyelamatkan nyawa isteri serta anak-anaknya. Turut kelihatan pintu rumah dan meja yang rosak dalam insiden tersebut.

IPOH - “Hanya dalam sekelip mata, bahagian pintu hadapan rumah saya ranap dan beberapa barangan yang diletakkan di ruang tamu musnah akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian yang berlaku petang semalam (kelmarin),” kata Jasbeer Kaur, 43, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Benggali, Jalan Jelapang, di sini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Jasbir bersama tiga anak lelakinya sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan kemunculan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang merempuh bahagian hadapan rumah berkenaan.

Jasbeer berkata, dia bersama tiga anaknya hanya mampu tergamam melihat kereta yang dipandu seorang lelaki itu memusnahkan sebahagian daripada rumah tersebut.

“Selepas lelaki terbabit bertindak demikian, dia terus mengundurkan keretanya dan berlalu dari rumah kami. Bagaimanapun, beberapa minit kemudian dia muncul semula bersama seorang rakan lain.

“Pada ketika itu keadaan menjadi kelam kabut apabila lelaki terbabit berteriak mencari suami saya malah turut mengugut anak sulung saya akan memukulnya dengan batang besi. Mujur adik ipar tiba dan menghalang anak saya daripada dipukul. Tetapi rakan lelaki terbabit turut cuba memukul adik ipar dengan topi keledar namun kami semua bernasib baik kerana tiada insiden yang tidak diingini berlaku,” dakwanya.

Menurutnya, dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu beredar dari rumah mereka kira-kira 15 minit kemudian.

Suaminya, Kher Singh, 45, berkata, dia terus membuat laporan di Balai Polis Chemor sejurus selepas insiden itu berlaku.

Bagaimanapun, katanya, kes tersebut dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan lanjut.

“Saya bersyukur kerana tangga rumah menyelamatkan isteri serta anak-anak ketika kejadian itu. Namun, pintu hadapan rumah yang diperbuat separuh batu dan kayu, dua meja serta almari rosak teruk.

“Selain itu, kami berharap polis dapat menangkap kedua-dua lelaki terbabit dengan segera memandangkan kami sekeluarga kini hidup dalam ketakutan kerana bimbang mereka akan muncul semula dan melakukan sesuatu yang tidak baik,” katanya yang mempunyai enam orang anak berusia antara dua hingga 17 tahun.

Kher berkata, dia masih belum dapat membuat anggaran nilai kerugian yang dialami akibat rempuhan tersebut.

“Kediaman ini adalah rumah pusaka nenek moyang kami yang telah dibina lebih 70 tahun lalu dan kejadian tersebut adalah pertama menimpa keluarganya,” katanya.

Seorang lagi mangsa keracunan maut


SEBAHAGIAN mangsa keracunan makanan yang dirawat di Hospital Yan semalam.


SUNGAI PETANI - Kes keracunan makanan yang menimpa tetamu sebuah majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu terus meragut nyawa apabila seorang lagi disahkan maut menjadikan jumlah korban setakat ini meningkat kepada empat orang.
Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pada pukul 7.15 malam tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Mangsa dimasukkan ke situ sejak pagi kelmarin.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, warga emas yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok itu berada dalam keadaan kritikal sebelum menemui ajal.
"Ini menjadikan jumlah mereka yang maut akibat keracunan makanan meningkat kepada empat orang. Kajian mendapati ayam masak merah yang menjadi punca keracunan makanan dikesan dicemari oleh bakteria jenis salmonella.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2gVtD04O9 
Hakcipta terpelihara 

Perancang bunuh Hussain dicari


KUALA LUMPUR - Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai mengupah suspek utama menembak mati Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai telah meninggalkan negara ini sejurus kejadian itu berlaku pada 29 Julai lalu.
"Kita difahamkan lelaki itu telah melarikan diri ke Australia dan sehingga kini dia dipercayai masih berada di luar negara," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Chin Wah, lelaki tersebut mengetahui dia dalam buruan pihak berkuasa berhubung kes yang menimpa Hussain, 75.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2gVuAKFTP 
Hakcipta terpelihara 

Lemas akibat arus deras

Lemas akibat arus derasSugarthan dibawa balik ke Bandar Baru Rawang untuk urusan pengkebumian selepas selesai bedah siasat di Hospital Tapah, semalam.

SUNGKAI - Seorang anak tidak menyangka kepulangan bapanya pada Ahad lalu di Bandar Baru Rawang, Selangor menjadi perjumpaan terakhir mereka sekeluarga apabila ditemui lemas dalam satu kejadian di Sungai Tisong, kelmarin.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa, K S Sugarthan, 54, lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berkenaan.

S Vinod, 21, berkata, ayahnya yang bekerja sebagai penyelia tapak di salah sebuah projek pembinaan di Sungkai akan pulang ke rumah di Bandar Baru Rawang setiap minggu.

Menurutnya, ketika ayahnya  pulang ke rumah hujung minggu lalu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika mereka sekeluarga berkumpul.

“Kami menerima panggilan daripada seseorang yang mengatakan ayah sudah meninggal dunia kira-kira 5.30 petang  semalam (kelmarin) sebelum bergegas ke Tapah.

“Ayah langsung tidak menunjukkan perubahan malahan dia juga sempat menelefon ibu tengah hari semalam (kelmarin) dan bersembang seperti kebiasaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tapah, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, mangsa dikatakan bersama dua rakan pergi ke kawasan perkelahan Sungai Tisong, Sungkai, di sini, kelmarin.

Katanya, mangsa dan dua rakannya telah turun mandi di jeram sungai tersebut selepas minum bersama.

“Secara tiba-tiba arus sungai menjadi kuat dan  menghanyutkan mangsa ke kawasan jeram sungai yang lebih dalam  serta menyebabkan Sugarthan tidak mampu berenang menyelamatkan diri.

“Rakan mangsa yang terkejut melihat kejadian, berusaha membantu dengan membawa Sugarthan ke tempat yang selamat namun mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Som Sak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat sebelum mayatnya dituntut keluarga bagi urusan pengkebumian.

Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra meninggal dunia

Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra meninggalJenazah Muhammad Suhaimi Norhamidi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Muadzam Shah di sini untuk dibawa pulang ke Kerdau untuk dikebumikan hari ini. - Foto Bernama

KUANTAN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, mati di Hospital Muadzam Shah, selepas ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air, kira-kira jam 12.04 tengah malam tadi.
  
Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring sebelum memanggil ketua komandan kem yang kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah sebelum disahkan meninggal dunia.
  
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, ketika dihubungi Bernama berkata punca kematian masih dalam siasatan.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Johari Yahaya yang mengesahkan kematian pelatih tersebut berkata mayat pelatih berkenaan masih dibedah siasat di Hospital Muadzam Shah.
  
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijangka selesai petang nanti," kata Johari.  - Bernama

Dua maut, 13 cedera bas rempuh traler


24 September 2013

SHAH ALAM - Dua maut manakala 13 lagi cedera selepas sebuah bas ekspres merempuh sebuah treler yang membawa muatan kayu di KM45.8, Lebuhraya Utara-Selatan, di Kulaijaya, 6.43 pagi tadi.

6 bot pukat tunda Thailand ditahan

6 bot pukat tunda Thailand ditahanAbdul Khalil (kanan) melihat dokumen milik salah seorang awak-awak, dalam Abdul Khalil (dua dari kiri) melihat hasil tangkapan yang dirampas. pemeriksaan di Pelabuhan Perikanan Chendering, di sini, semalam.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perikanan Terengganu menahan enam bot pukat tunda bersama 36 awak-awak warga Thailand, termasuk seorang tekong warga tempatan dalam satu operasi berhampiran Pulau Kapas, Marang, malam kelmarin.

Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, awak-awak dan tekong yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah malam, kira-kira enam batu nautika dari perairan Pulau Kapas, Marang.

“Semasa serbuan dijalankan, kesemua mereka ini sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan pantai dan sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antaranya cuba melarikan diri, namun gagal.

“Operasi yang mengambil masa kira-kira dua jam iaitu bermula kira-kira jam 10 malam ini adalah hasil aduan nelayan tempatan yang mendakwa pendapatan mereka terjejas sejak kebelakangan ini disebabkan kehadiran bot luar yang menceroboh masuk ke perairan ini,” katanya dalam satu sidang media di Pelabuhan Perikanan Chendering, di sini, semalam.

Abdul Khalil berkata, siasatan awal mendapati keenam-enam bot itu didaftarkan di Pahang dan telah melakukan kesalahan, iaitu menceroboh kawasan perairan serta menjalankan aktiviti memukat ikan kurang dari 12 batu nautika dari pantai.

“Selain itu, mereka juga didapati telah melakukan kesalahan menjalankan aktiviti luar daripada waktu ditetapkan iaitu bagi bot Zon C, mereka hanya boleh beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja,” katanya.

Jelasnya lagi, ada di antara bot yang ditahan itu memiliki rekod lampau sebelum ini atas kesalahan sama, namun dilihat seolah-olah tidak pernah serik dengan terus mengulangi kesalahan itu.

Antara kawasan yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan nelayan itu menceroboh masuk adalah di Marang; Merchang serta Pulau Kapas.

Kesemua nelayan ditahan boleh didakwa mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) iaitu melanggar syarat lesen memukat ikan kurang dari lima batu nautika dari pantai.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM500 atau bot dan peralatan menangkap ikan boleh disita.

Kesemua nelayan yang ditahan direman selama 14 hari dan bot akan ditahan untuk siasatan lanjut manakala hasil tangkapan mereka akan dilelong.

Dicekik penyamun, diacu pisau

K MANOHARAN
K MANOHARAN


KUALA TERENGGANU - Seorang suri rumah berdepan mimpi ngeri apabila bukan sahaja diacukan sebilah pisau, malah lehernya turut dicekik sehingga hampir ‘maut’, dalam kejadian samun di kediamannya di Kampung Buluh Gading, Manir, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, 58, berada berseorangan di rumahnya sebelum didatangi suspek, 20-an.

“Suspek pada awalnya meminta izin untuk menggunakan tandas dan tanpa sebarang syak, mangsa membenarkannya memandangkan dia amat mengenali suspek sebelum ini.

“Selepas itu, suspek mula meneruskan lakonannya dengan berpura-pura meminta air sejuk sebelum bertindak mencekik leher mangsa yang ketika itu sedang mengisi ais ke dalam gelas untuk dihidangkan kepadanya,” katanya, semalam.

Manoharan berkata, semasa mencekik leher mangsa menggunakan kedua belah tangannya, suspek telah merentap rantai yang dipakai sebelum bertindak nekad mengheret mangsa masuk ke dalam bilik dan meminta dikeluarkan semua duit serta barang kemas yang ada.

“Mangsa yang ketika itu dalam keadaan lemas sempat merayu agar melepaskannya, namun suspek yang ketika itu seperti dirasuk telah ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mengacukan ke arah mangsa.

“Dalam masa sama, sebelah tangannya masih lagi mencekik leher mangsa sambil mengulangi permintaannya agar mangsa menyerahkan kesemua barang berharga kepadanya,” katanya.

Jelasnya lagi, bagaimanapun tindakan mangsa yang masih berkeras enggan menyerahkan barang berharga diminta menyebabkan suspek mengalah sebelum menolak mangsa ke atas katil dan melarikan diri.

Katanya, ekoran kejadian itu, mangsa kerugian lebih kurang RM3,000 dan mengalami kecederaan ringan akibat dicekik.

Menurutnya, suspek yang berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih kini masih diburu, bagaimanapun identitinya sudah dikenal pasti.

“Kita yakin dapat menahan suspek dalam masa terdekat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat jika sabit kesalahan.

Koperal mati dihentak batu


MELAKA – Seorang anggota polis sempat merangkak sejauh 25 meter untuk meminta pertolongan sebelum dia menemui ajal selepas kepalanya dihentak dengan batu oleh pencuri yang cuba melarikan diri daripada dikejar mangsa dalam kejadian di Taman Teknologi Cheng di sini semalam.
Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu berlaku ketika Koperal Zal-Azri Abd. Somad, 31, sedang melakukan Ops Lejang bersama beberapa rakan setugas sebaik mendapat maklumat mengenai kegiatan curi lori dan besi buruk di sebuah kilang di situ.
Difahamkan, bapa kepada dua anak berusia empat bulan dan lima tahun itu telah berkhidmat selama 10 tahun dengan pasukan polis. Mangsa baru dua bulan ditukarkan sebagai Detektif ke Cawangan Risikan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2fnBGwiwY 
Hakcipta terpelihara 

Wanita mangsa kelar berjalan sejauh 1.5km cari bantuan


GOMBAK - Seorang wanita warga Indonesia ditemui berlumuran darah akibat dikelar di leher di Kampung Padang dekat Ulu Yam Bharu di sini malam kelmarin.
Kejadian pada pukul 8.35 malam itu disedari oleh seorang penduduk kampung berkenaan apabila mangsa yang dikenali sebagai Nila, 31, datang ke rumahnya untuk meminta bantuan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, saksi itu kemudiannya menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2fnAFEEuj 
Hakcipta terpelihara 

Remaja lelaki dijel seumur hidup



SEORANG pesalah kes bunuh dibawa ke Mahkamah Tinggi Sibu, Sarawak semalam.


SIBU – Seorang remaja lelaki dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas diperkenan Yang Dipertua Negeri berhubung sabitan membunuh empat sekeluarga dan satu cubaan bunuh pada awal tahun lalu.
Pada prosiding 19 Ogos lalu, lelaki berusia 19 tahun itu didapati bersalah membunuh jirannya iaitu ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36; ibunya, Leong Nyuk Lan, 76; anak lelakinya, David Ling Chei Qi, 10, dan anak perempuannya, Amy Ling Zi Jiun, 7, dengan menggunakan tukul.
Hakim Supang Lian membuat keputusan itu selepas mengambil kira umur pesalah semasa kejadian berusia 17 tahun tujuh bulan dan berada dalam takrif kanak-kanak mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2fn8sTSYj 
Hakcipta terpelihara 

Pelatih PLKN mati dalam bilik mandi

ROMPIN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati di bilik mandi Kem PLKN Pinggiran Pelangi di sini tengah malam semalam.
Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut.
Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli semasa dihubungi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2fn7gv64e 
Hakcipta terpelihara 

Peti besi simpan dadah RM1.2 juta



KONG MENG (kiri) menunjukkan peralatan memproses dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Tindakan polis membongkar sebuah makmal dadah yang berselindung di sebalik perniagaan melebur emas di Farlim, Air Itam di sini kelmarin berjaya menyekat cubaan membekal 13.819 kilogram (kg) dadah yang kesemuanya bernilai RM1.2 juta.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dadah yang dirampas itu ialah serbuk ekstasi seberat 7.334 kilogram (kg), serbuk ketamin seberat 6.069 kg dan syabu 416 gram.
Kesemua dadah itu ditemui dikunci dalam peti besi tersebut.
"Harga pasaran serbuk ekstasi itu ialah RM977, 840, ketamin bernilai RM182,070 manakala syabu pula dianggarkan bernilai RM83,200," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2fn68DRra 
Hakcipta terpelihara 

Tiga maut kereta bertembung



KEADAAN kereta Proton Iswara yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Kampung Bukit Kuin, Kuantan kelmarin.


KUANTAN - Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia setahun menemui ajal apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Kampung Bukit Kuin di sini kelmarin.
Mangsa yang maut dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu ialah pemandu Proton Iswara, Wan Hassan Basri, 53; isterinya, Zainab Yatim, 57, dan cucu mereka, Nur Ameera Amran.
Pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Charu, Sungai Lembing maut di tempat kejadian manakala Nur Ameera meninggal dunia tiga jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Kemalangan turut menyebabkan dua anak pasangan itu, Mohd. Faizullah, 24, dan Rohilah, 39, parah dan dirawat di HTAA.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2fn2950bi 
Hakcipta terpelihara 

Temui otak dalam sos tomato

Temui otak dalam sos tomatoObjek pelik ini ditemui pada permukaan bawah bekas sos tomato terbabit.

LONDON - Seorang ibu kepada tiga anak terkejut selepas menemui 'otak' di dalam sos tomato ketika sedang menyediakan hidangan untuk keluarganya, minggu lalu.

Jullen Marter, 47, dari Worcester, Britain mendakwa ketulan objek pelik yang berukuran garis pusat 10 sentimeter itu ditemui terapung pada permukaan bawah bekas sos  terbabit.

"Ia kelihatan seperti otak dan turut menyebabkan sos yang sepatutnya berwarna merah bertukar kehitaman," katanya lagi.

Susulan daripada penemuan mengerikan itu, Marter bertindak membuat aduan di bahagian talian khidmat pelanggan produk tersebut, namun ditertawakan oleh pekerja terbabit, laporan dipetik dari DailyMail.

Drama tebusan di pusat beli-belah

Drama tebusan di pusat beli-belahKira-kira seribu orang berjaya keluar dengan selamat. Foto ihsan oleh Reuters

NAIROBI - KENYA. Kumpulan lelaki bersenjata al-Shabaab masih menawan tebusan di pusat beli-belah Westgate di ibu negara Kenya, semalam.

Beberapa individu dibebaskan selepas lebih 12 jam insiden serangan menggemparkan itu tercetus.

Pusat Operasi Bencana Kebangsaan memaklumkan, (sehingga jam 10 malam waktu tempatan), seramai 59 maut, 175 cedera dan 1,000 orang diselamatkan.

Saksi mendakwa, bunyi tembakan kedengaran bertali arus dari dalam kompleks tersebut selepas anggota keselamatan bertempur dengan ahli kumpulan rangkaian militan al-Qaeda terbabit.

"Kumpulan bersenjata itu membaling bom tangan ketika serangan. Kami menjerit ketakutan dan ada yang cedera akibat terkena tembakan.

"Kami terpaksa tunduk ke lantai, menyorok di celah tiang. Saya nampak darah terpercik ke lantai dan dinding," menurut warga Australia, Sarah Williamson, 23 yang masih trauma.

Dalam satu kenyataan, laporan dipetik dari AFP Presiden Kenya Uhuru Kenyatta berkata, dua diplomat Kanada antara mangsa maut.  

"Saya diberitahu penyerang terdiri daripada 15 ke 20 anggota militan," tegasnya. 

Sementara itu, jurucakap al-Shabaab berkata, serangan itu dilancarkan kononnya sebagai tindak balas terhadap kehadiran kira-kira 4,000 askar di selatan Somalia yang dikerah untuk memerangi kegiatan militan sejak 2011.

Miliki tali pinggang bersenjata buku lima


24 September 2013

KOTA BHARU - Padah memiliki tali pinggang mempunyai senjata buku lima, seorang pemuda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Didenda diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh, Hazizi Hussin, 23,  mengaku salah.

Tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya itu di Kampung Pak Boh, Lorong Sri Panji, Pengkalan Chepa di sini, pada jam 4.30 petang, 19 September lalu.

Tertuduh ditahan dalam keadaan mencurigakan oleh anggota yang menjalankan rondaan cegah jenayah.

Pemeriksaan tubuh badan menjumpai buku lima itu pada tali pinggang yang digayakan tertuduh. Ketika itu, tertuduh juga gagal mengemukakan kad pengenalan diri.

Pada prosiding semalam, mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM1,000 tambahan kerana gagal pamer pengenalan diri.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara masing-masing dua bulan jika denda tidak dijelaskan.

Warga Myanmar dijel

Warga Myanmar dijelNaing (kanan) ketika menunggu hukuman dijatuhkan kepadanya di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS - Seorang lelaki warga Myanmar dipenjara 15 hari oleh Makhamah Sesyen di sini, semalam kerana merasuah seorang pegawai penguat kuasa Kastam sebanyak RM400 pada 9 September lalu.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim, Irwan Suaibon selepas warga Myanmar itu, Naing Nyein mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Naing didakwa memberi suapan tersebut kepada seorang Pegawai Penguat kuasa Kanan Kastam dari Kota Bharu, Badrol Ghazali di bilik Pantri Markas Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kastam di Rantau Panjang, kira-kira jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Wang itu diberikan sebagai dorongan bagi membolehkan dia bersama tujuh lagi rakannya yang ditahan oleh pegawai berkenaan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi.

Dia turut dituduh bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan RM10,000 atau kedua-duanya dan dikenakan maksimum enam sebatan serta boleh dihukum di bawah seksyen 24 Kanun Keseksaan.

Naing merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai isteri yang sarat mengandung tujuh bulan serta seorang anak di Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shahidah Muslimah Roslan pula memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada dirinya dan orang lain.

Hakim lalu menjatuhkan hukuman penjara 15 hari ke atas tertuduh berkuat kuasa 9 September lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh cuba merasuah Badrol sebanyak RM400 bagi melepaskan dia dan rakan-rakannya yang ditahan anggota penguat kuasa Kastam yang diketuai Badrol dalam operasi mencegah penyeludupan di kawasan Rantau Panjang.

Naing kemudia pergi berjumpa Badrol di bilik Pantri Markas Operasi dan mengeluarkan dompet seterusnya mengeluarkan lapan keping wang RM50 yang bernilai RM400 untuk dihulurkan kepada Badrol.

Badrol kemudian menggari tangan Naing yang sedang memegang dompet itu. Beliau turut merampas dompet tersebut dan memasukkan ke dalam sampul surat serta menyimpan ke dalam laci markas operasi erkenaan sebelum menghubungi SPRM.

Kokain RM864j dalam pesawat


Paris: Polis Perancis mencatat rekod rampasan kokain terbesar dengan nilai 200 juta euro (RM864 juta) yang disembunyikan dalam beg pakaian dalam pesawat penerbangan Air France dari Caracas, Venezuela ke Paris.

Polis dan pegawai kerajaan berkata, beg pakaian itu didaftarkan atas nama palsu yang tiada kaitan dengan penumpang di atas pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris itu.


Syarikat penerbangan Air France berkata, pihaknya masih menyiasat bagaimana dadah itu diseludup di atas pesawatnya.

“Ekoran kejadian, langkah ketat dipertingkat terhadap pemeriksaan bagasi dan barangan ketika daftar masuk dari beberapa destinasi tertentu,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.


Pegawai kerajaan berkata, dadah itu ditemui di lapangan terbang terbabit awal bulan ini, tetapi serbuan mengenainya hanya didedahkan pada hujung minggu.


Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls berkata, 1.3 tan kokain itu bernilai 50 juta euro (RM216 juta), manakala polis dan sumber mahkamah berkata, ia mungkin bernilai RM864 juta di jalanan. “Rampasan itu adalah yang terbesar pernah dilakukan di Perancis dan menjadi sebahagian siasatan badan kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin. Sekurang-kurangnya enam orang yang memiliki pelbagai kerakyatan negara Eropah ditahan berhubung kejadian itu, kata sumber polis. - Reuters

Usagi ragut 25 nyawa


Hong Kong: Taufan Usagi membunuh sekurang-kurangnya 25 orang selepas membadai selatan China, melumpuhkan sistem pengangkutan dan menyebabkan puluhan ribu penumpang penerbangan terkandas di Hong Kong semalam.

Sekolah dan perniagaan ditutup sementara kesibukan aktiviti di hab perniagaan berubah perlahan selepas Usagi, taufan paling kencang tahun ini mengganas dengan membawa hujan lebat di sepanjang garisan pantai beserta angin kencang selaju 165 kilometer sejam pada waktu malam.


Kematian dilaporkan media kerajaan China selepas Usagi melanda bandar Shanwei di Guangdong di timur laut Hong Kong malam semalam hingga memaksa Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap tertinggi. Laporan agensi berita Xinhua tidak menyatakan bagaimana 25 mangsa terbunuh, tetapi mengatakan semua kematian berlaku di Guangdong selepas taufan itu menyebabkan pokok tumbang dan memusnahkan jalan raya. Puluhan penduduk terbabit dalam nahas jalan raya.

Perkhidmatan kereta api laju dari bandar Guangzhou ke Beijing digantung dan Xinhua melaporkan angin kencang di Shanwei menerbangkan kenderaan dari jalan raya. Lebih 47,000 bot nelayan pula tersadai di pelabuhan dan sekolah di 14 bandar tepi pantai juga ditutup. Kementerian hal ehwal awam China berkata, 226,000 orang dipindahkan ekoran taufan itu dan lebih 7,100 kediaman runtuh atau rosak teruk.


Taufan itu menyebabkan kerugian 3.24 bilion yuan (RM1.69 bilion) di wilayah Guangdong.


Badan pemerhati Hong Kong menyifatkan taufan itu paling kuat pernah melanda bandar raya itu sejak 1979. Puluhan ribu orang menunda perjalanan mereka apabila perkhidmatan feri dan kereta api terjejas, manakala syarikat penerbangan Cathay Pacific menyambung semula penerbangan hanya mulai tengah hari semalam. - AFP