Search This Blog

Saturday, September 21, 2013

Polis perhebat cari suspek bunuh, samun



BALIK PULAU - Polis memperhebat gerakan mencari suspek kes samun dan bunuh seorang warga emas, Rabu lepas dengan melancarkan Ops Rantau Khas di sekitar Balik Pulau, Teluk Bahang dan Empangan Ayer Itam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, operasi lima jam berakhir jam 3 petang itu bertumpu di kawasan berbukit dan hutan yang disyaki menjadi tempat persembunyian suspek warga Indonesia terbabit.

Polis ingin mencari seorang lelaki dikenali sebagai Alias Minan berusia 30-an bagi membantu siasatan kes itu berikutan penemuan dua kesan cap jari di lokasi kejadian sepadan dengan cap jari lelaki itu.

Lelaki terbabit juga mempunyai rekod lampau serta pernah dipenjarakan bersabit kes pecah rumah.

"Seramai 12 pegawai serta 58 anggota polis terlibat dan kami turut dibantu 38 anggota Rela, SRS (Skim Rondaan Sukarela) dan Jabatan Pertahanan Awam negeri," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, polis akan meneruskan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa dan yakin suspek masih berada di Pulau Pinang.

Dalam operasi itu polis menahan lima lelaki Indonesia mengikut Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan siasatan mendapati kesemua mereka tiada kaitan dengan kes itu.

Dalam kejadian samun dan bunuh itu, Chin Len Wong, 83, ditemui anak lelakinya dalam keadaan tenat dan berlumuran darah di rumahnya di Jalan Tun Sardon, di sini pada jam 9 pagi, sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Isteri mangsa, Chang Yook Kee, 71, patah tangan kiri dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan keras oleh penjenayah terbabit. - Bernama

Tidak mampu baiki rumah

Tidak mampu baiki rumahAzizah (tiga, kanan) menyerahkan sumbangan kepada Norhawati berlatarbelakangkan rumah yang terbakar dan tempat dia berteduh sementara.

LUBUK KAWAH - Sebuah keluarga yang terpaksa berteduh di bahagian dapur sisa rumah terbakar di sini, dekat Hulu Besut, berharap mendapat bantuan segera daripada agensi berkaitan.

Norhawati Dasuki, 30, berkata, dia bersama suami, Mohd Azhar Taib, 40 dan empat anak, buat masa ini terpaksa tinggal di bahagian dapur selepas rumah mereka terbakar pada 3 September lalu.

Menurutnya, perasaan bimbang terhadap keselamatan diri dan keluarga tetap ada memandangkan kayu di bahagian bumbung dapur turut terbakar.

“Saya agak bimbang ketika hujan lebat atau angin kuat memandangkan keadaan dapur tidak seteguh mana, manakala sebahagian bumbung yang terbakar dan terbuka pula, hanya ditutup dengan kanvas agar tidak basah ketika hujan,” katanya.

Bagaimanapun, Norhawati sekeluarga berterima kasih kepada JKM dan penyelaras Dun yang prihatin untuk datang meninjau keadaan rumahnya itu.
Menurutnya, suaminya yang hanya menjual sayur-sayuran dan ayam, tidak mampu untuk membaiki rumah peninggalan neneknya itu di samping perlu membesarkan empat anak berusia 3 hingga 9 tahun dan seorang dalam kandungan.

Bagaimanapun, kesukaran hidup Norhawati sekeluarga mendapat perhatian Pergerakan Wanita Umno Hulu Besut yang tampil menghulurkan sumbangan.

Pergerakan itu diketuai Setiausaha Penyelaras Wanita Dun, Azizah Ibrahim bersama rombongan berkunjung ke rumah Norhawati untuk menghulurkan sumbangan berupa wang tunai, pakaian dan barangan dapur.

Azizah berkata, program khidmat sosial itu diadakan untuk meringankan beban penduduk memerlukan kerana pihaknya amat bersimpati dan prihatin dengan masalah dihadapi masyarakat.

Rumah kayu diduduki Norhawati sekeluarga terbakar kira-kira jam 1.45 petang 3 September lalu dan ketika kejadian, hanya dia seorang berada di bahagian dapur rumah, manakala anak-anaknya pula berada di luar rumah.

Api bermula daripada sebuah bilik dan marak dengan cepat sebelum dikawal sepenuhnya pasukan bomba.

Wanita mengandung kena tembakan


 
Kuantan: Seorang wanita mengandung empat bulan cedera kaki kiri, selepas terkena tembakan dilepaskan individu tidak dikenali ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Seberang Sungai Ular, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 35 tahun sedang tidur di bilik utama bersama seorang anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anak perempuannya tidur di bilik berasingan.
Suami temui peluru


Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa yang terjaga dari tidur kemudian mendapati kaki kirinya berdarah sebelum menghubungi suaminya berusia 46 tahun yang ketika itu tiada di rumah.

“Mangsa kemudian dibawa suaminya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini dan pemeriksaan doktor mendapati ada kesan belerang pada tembusan luka di kaki sebelum mengesahkan mangsa terkena tembakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, laporan polis berhubung kejadian hanya dibuat suami mangsa pada jam 9.30 pagi kelmarin.
“Kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, suami mangsa menemui sebutir peluru jenis .38 di ruang tamu rumahnya sebelum menyerahkannya ke Balai Polis Beserah,” katanya.

Tembusi dinding

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melepaskan tembakan pada jarak lima meter dari luar rumah papan berkenaan.

“Tembakan berkenaan menembusi dinding luar bilik tidur dan terkena kaki mangsa yang sedang tidur di atas katil sebelum menembusi dinding memisahkan bilik tidur dan ruang tamu.

“Polis masih menyiasat motif tembakan terbabit terhadap mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pusat perniagaan di sini.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh dan keadaan mangsa setakat ini dilaporkan stabil,” katanya.

Sangka bunyi mercun

Kakak ipar mangsa, Rohani Ismail, 48, yang tinggal bersebelahan rumah mangsa mendakwa terdengar bunyi seperti letupan, namun tidak menghiraukannya kerana menyangka bunyi mercun.

“Namun, pada pagi hari kejadian baru saya tahu ia adalah bunyi tembakan yang dilepaskan berhampiran kawasan rumah mangsa. Saya bersyukur adik ipar saya dan anaknya selamat,” katanya.

Sindiket penipuan RM7.3 juta tumpas

Sindiket penipuan RM7.3 juta  tumpasAbdul Rahim (kanan) melihat barang kemas yang dirampas dari sindiket penipuan bernilai RM7.3 juta pada sidang media di IPK negeri, semalam. Georgetown: Satu sindiket yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan seorang Sultan serta melakukan penipuan dianggarkan lebih RM7.3 juta tumpas, selepas polis menyerbu sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth, Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.20 malam itu, polis yang memperoleh maklumat dan risikan sejak sebulan lalu berjaya menahan dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 24 dan 49 tahun serta seorang bayi lelaki berusia dua bulan.
RM361,000 dirampas


Turut dirampas, wang tunai bernilai RM361,000, tujuh cek bank berjumlah RM3,500 serta empat kotak barang kemas, empat kalung emas dan tiga rantai emas yang semuanya bernilai RM200,000.

Selain itu, polis juga menemui dua replika cek dipercayai sumbangan sindiket terbabit menggunakan nama Datuk Seri Maria Razal Maridas kepada Tabung Wira Lahad Datu dan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Pulau Pinang, masing-masing bernilai RM30,000 dan RM10,000.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata modus operandi sindiket terbabit adalah mendakwa mempunyai gelaran Datuk Seri dan Datin Seri yang diperoleh daripada seorang Sultan serta mempunyai hubungan rapat dengan Sultan terbabit.

Katanya, sindiket terbabit turut mendakwa memiliki pelbagai projek perumahan di Pulau Pinang dan Australia, memiliki dana bernilai RM6.9 bilion dari Australia selain menyamar sebagai pegawai bank dan peguam bertauliah.
Beliau berkata, siasatan polis mendapati sindiket itu dikesan melakukan penipuan sejak 2008 dengan 13 orang dari negeri ini menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian bernilai kira-kira RM7.3 juta.

“Setakat ini, tiga laporan polis sudah dibuat bersabit kegiatan penipuan itu dengan kelima-lima suspek termasuk dua wanita warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini ditahan reman selama lima hari sehingga Selasa ini.

“Bayi lelaki yang masih belum diketahui ibu bapanya pula akan dihantar ke rumah Pusat Jagaan Kanak-kanak di Bukit Senyum, Johor Bahru sebaik saja polis memperoleh perintah perlindungan sementara (IPO),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lagak dermawan

Abdul Rahim berkata, sindiket penipuan terbabit turut cuba mengaburi orang ramai seolah-olah sebagai seorang dermawan apabila menghulurkan sumbangan kepada Tabung Wira Lahad Datu di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada 17 April lalu dan kepada JAKPAW pada 3 Julai lalu.

Katanya, semua yang ditahan itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 419 kanun sama kerana menyamar dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

13 kena tembak di Chicago


 
Chicago: Seramai 13 orang termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera terkena tembakan di sebuah kawasan taman di South Side semalam, dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara kumpulan ‘gangster.’

Kejadian ini berlaku pada minggu yang sama seorang bekas veteran tentera laut melepaskan tembakan dekat pejabat tentera laut, menyebabkan 12 maut di Washington.
“Saya boleh maklumkan, kejadian ini sedang disiasat dan 13 orang kena tembak,” kata jurucakap Jabatan Polis Chicago, Amina Greer.

Belum ada tangkapan

Dia berkata, kejadian itu berlaku pada 10.15 malam Khamis waktu tempatan (11.15 pagi Jumaat) tetapi belum ada tangkapan dibuat.

“Pada masa ini, kami percaya motif tembakan itu ada kena mengena dengan pergaduhan antara kumpulan gangster,” kata Greer.

Tetapi beliau tidak dapat mengesahkan laporan media tempatan, bahawa empat mangsa kena tembak di gelanggang bola keranjang termasuk kanak-kanak berkenaan yang dilaporkan kritikal di hospital.
Beberapa ambulans tiba setengah jam selepas tembakan berlaku bagi membantu dan merawat mangsa yang diangkat dengan pengusung.

Seorang saksi melihat anggota keselamatan mengangkat kanak-kanak terbabit ke dalam ambulans.

Pada waktu kemuncak, ada kira-kira 60 anggota polis di tempat kejadian. Penyiasat makmal jenayah polis dilihat meronda dan memeriksa kawasan sekitar.

Bersih kesan darah

Sehingga 12.30 tengah malam waktu tempatan, anggota bomba Chicago membersihkan kesan darah di gelanggang bola keranjang taman itu.

Chicago dilanda keganasan membabitkan penggunaan senjata api sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2012, bandar itu mencatat 500 kes pembunuhan, lapor Biro Siasatan Persekutuan (FBI) baru-baru ini.

Ini berbanding kota New York yang mempunyai penduduk tiga kali ganda lebih besar dari Chicago dan mencatat 419 pembunuhan pada tahun lalu. - AGENSI

Guna kimia lupus mayat


Tokyo: Tujuh individu didakwa melupuskan mayat seorang pemilik kelab gigolo menggunakan bahan kimia ditangkap polis, lapor media semalam.

Penahanan itu dibuat hampir tiga tahun selepas Masamichi Tsuchida - ketika itu berusia 43 tahun - hilang secara misteri dari kelab miliknya yang digemari wanita kaya di Tokyo.


Antara yang ditahan ialah pemilik bersama kelab itu dan bekas pekerja mereka, selain bekas isteri masing-masing serta dua saudara mereka.

Akhbar Nikkan Sports melaporkan, suspek pertama berusia 31 tahun dan suspek kedua 26 tahun. Mayat mengerikan itu ditemui selepas polis mengesan implan gigi yang kemudian dikaitkan dengan seorang lelaki hilang di tangki kumbahan.


Akhbar lain melaporkan, sebahagian daripada suspek membeli sejumlah besar cecair natrium hidroksida - yang sering digunakan untuk membersih saluran serta kotoran industri - sebaik saja mangsa dilaporkan hilang pada November 2010. Polis percaya mayat pemilik kelab gigolo itu dilupuskan dalam bilik mandi seorang daripada suspek terbabit. - AFP

13 cedera dalam tembakan rambang


Chicago: Seramai 13 orang, termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun, cedera semalam apabila seseorang melepaskan tembakan ke arah taman awam di Back Of The Yards.

Pegawai Jabatan Bomba Chicago, Amina Greer berkata, kanak-kanak terbabit kini kritikal bersama dua mangsa yang lain. Kata Amina, kejadian berlaku sejurus selepas jam 10 malam.


“Kira-kira 10 ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengangkut mangsa yang cedera ke hospital tempatan,” katanya. Saksi Julian Harris berkata, sekumpulan lelaki melepaskan tembakan ke arahnya dari sebuah kereta kelabu sebelum membelok ke Taman Cornell Square dan menyasarkan orang ramai di situ.

“Mereka melepaskan tembakan dan terkena tiang lampu di sebelah tetapi saya membongkok dan lari ke dalam rumah.


“Penyerang itu sudah beberapa kali datang ke sini untuk mencari seseorang setiap malam,” katanya. Pihak berkuasa berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Kejadian itu berlaku hampir tiga minggu selepas keganasan ketika cuti hujung minggu Hari Buruh berlaku di Chicago yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 20 lagi cedera. - AP

Pegawai tentera pukul orang bawahan dijel


Jakarta: Mahkamah tinggi tentera menjatuhkan hukuman penjara 45 hari terhadap anggota penjawat khas tentera Brigadier Jeneral Bambang Hermanto kerana memukul dan menampar orang bawahannya.

Keputusan yang turut dipaparkan di laman web rasmi mahkamah agung itu menyatakan Bambang didapati bersalah melakukan perbuatan itu ke atas ketua divisyen unit pengebumian, Mejar Sugiyono pada 14 Mac tahun lalu.


Insiden itu berlaku ketika Sugiyono menyerahkan dokumen mengenai pengebumian tentera kepada Bambang d Jakarta. Bambang berang apabila menyedari data itu tidak lengkap. “Defendan mengambil satu daripada kasut merahnya dan menampar muka Sugiyono beberapa kali dengan kasut itu hingga dia terjatuh ke lantai. “Defendan kemudian menyuruh Sugiyono bangun sebelum memukulnya berulang kali di mata kirinya,” kata kenyataan mahkamah. Ketika perbicaraan, Bambang memberi keterangan yang data tidak lengkap itu bukan satu-satunya sebab dia berang. Bambang menuduh orang bawahannya itu menyalahgunakan dana untuk kerja penyelenggaraan kubur dan melayan anggota tentera dengan buruk.

Bagaimanapun, Sugiyono menafikan tuduhan ketuanya itu. - Agensi

56 tentera, polis terbunuh


Sanaa: Militan dipercayai anggota al-Qaeda membunuh sekurang-kurangnya 56 tentera dan polis dalam tiga serangan serentak di selatan Yaman semalam.

Menurut sumber keselamatan dua daripada tiga serangan itu berlaku di wilayah Shabwa yang menjadi kubu kuat al-Qaeda dan membabitkan bom yang dipasang pada kenderaan. Sumber berkata, serangan yang paling buruk adalah di kem tentera yang bertanggungjawab memastikan keselamatan pelantar minyak di wilayah berkenaan.


“Seramai 38 tentera terbunuh dalam serangan itu,” katanya dalam satu kenyataan. Sumber berkenaan berkata, anggota tentera bertempur dengan penyerang di pintu masuk sebelum seorang pengebom berani mati memandu kenderaan sarat dengan bahan letupan merempuh masuk.

“Akibat letupan bom kenderaan itu, seramai 38 orang terbunuh,” katanya dalam satu kenyataan. Pada masa sama, seorang pengebom berani mati yang menaiki sebuah kenderaan meletupkan dirinya sebelum tiba di sebuah pos pemeriksaan tentera yang menjadi sasaran sebenar anggota terbabit.


Kejadian berlaku di kawasan al-Nushaima dan seramai 10 anggota tentera maut dalam pertempuran berkenaan. Saksi berkata, beberapa tentera turut ditangkap penyerang. Kira-kira 15 kilometer dari situ, militan menyasarkan sebuah kem tentera khas di Maifaa - juga di Shabwa - menyebabkan lapan polis maut. - AFP

Suami hantuk kepala isteri ke dinding sampai mati


Makkah: Lembaga Siasatan Dan Pendakwaan dan polis Makkah menyiasat kejadian seorang lelaki warga emas membelasah isterinya hingga mati di rumah mereka di Goz Al-Nekash.

Media semalam melaporkan, dalam kejadian itu lelaki terbabit yang berusia 65 tahun bergaduh dengan dengan isterinya yang berusia 53 tahun mengenai hal rumah tangga. Pertengkaran bertukar ganas apabila lelaki itu menghantukkan kepala isterinya ke dinding beberapa kali.


“Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Anak perempuan pasangan terbabit membawa ibunya ke sebuah hospital berdekatan tetapi doktor mengesahkan dia tidak lagi bernyawa. Polis berkata, kesan kecederaan jelas kelihatan pada mayat wanita terbabit.

Suspek pula ditahan pihak berkuasa tidak lama kemudian. - Agensi

Guna kimia lupus mayat


Tokyo: Tujuh individu didakwa melupuskan mayat seorang pemilik kelab gigolo menggunakan bahan kimia ditangkap polis, lapor media semalam.

Penahanan itu dibuat hampir tiga tahun selepas Masamichi Tsuchida - ketika itu berusia 43 tahun - hilang secara misteri dari kelab miliknya yang digemari wanita kaya di Tokyo.


Antara yang ditahan ialah pemilik bersama kelab itu dan bekas pekerja mereka, selain bekas isteri masing-masing serta dua saudara mereka.

Akhbar Nikkan Sports melaporkan, suspek pertama berusia 31 tahun dan suspek kedua 26 tahun. Mayat mengerikan itu ditemui selepas polis mengesan implan gigi yang kemudian dikaitkan dengan seorang lelaki hilang di tangki kumbahan.


Akhbar lain melaporkan, sebahagian daripada suspek membeli sejumlah besar cecair natrium hidroksida - yang sering digunakan untuk membersih saluran serta kotoran industri - sebaik saja mangsa dilaporkan hilang pada November 2010. Polis percaya mayat pemilik kelab gigolo itu dilupuskan dalam bilik mandi seorang daripada suspek terbabit. - AFP

Kerat zakar ceroboh gereja


London: Seorang lelaki mengerat buah zakarnya sendiri dan kemudian menceroboh masuk ke dalam gereja sejurus sebelum satu pasangan dijadual berkahwin.

Paderi Bob Wallace dan gadis bunga sedang membuat persediaan untuk majlis perkahwinan di gereja Hutton All Saints di Essex apabila lelaki terbabit menceroboh masuk kira-kira jam 12.25 tengah hari.


Mereka menyedari lelaki terbabit cedera di bahagian kemaluannya dan dapat menghalang tetamu majlis perkahwinan itu memasuki gereja berkenaan ketika menunggu ketibaan polis dalam insiden pada 14 September lalu itu. Paderi Wallace memberitahu Huffington Post UK: “Seorang yang cedera meluru masuk ke dalam gereja. Tetamu mula tiba untuk majlis perkahwinan itu tetapi kami diberitahu mereka tidak dibenarkan masuk.” Seorang daripada tetamu pula berkata kepada Brentwood Weekly News: “Terdapat kesan darah di lantai di luar gereja. Apabila saya masuk ke dalam kelihatannya seperti seseorang dibunuh. Terdapat darah di mana-mana.” - Agensi

Usagi landa Vietnam, 3 maut


HANOI 20 Sept. - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 13 yang lain hilang selepas Taufan Usagi, taufan terkuat di rantau ini melanda Vietnam sebelum menuju ke Filipina dan Taiwan, semalam.
Menurut Jawatankuasa Pusat Kawalan Ribut dan Banjir Vietnam hari ini, ketiga-tiga mangsa tersebut maut akibat dibawa arus deras banjir di wilayah Nghe An.
Lima penumpang sebuah kereta termasuk dua kanak-kanak antara mangsa yang hilang dalam bencana banjir tersebut.
Usagi turut menyebabkan kejadian tanah runtuh, sekali gus memusnahkan hampir 5,000 kediaman, selain 6,000 hektar kawasan pertanian terjejas. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130921/lu_09/Usagi-landa-Vietnam-3-maut#ixzz2fUz0M4vV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 kereta api berlanggar, 22 cedera


MADRID 20 Sept. - Sebanyak 22 orang penumpang kereta api komuter mengalami kecederaan ringan selepas kereta api yang mereka naiki itu merempuh sebuah kereta api lain di stesen Sants, bandar timur laut Barcelona, hari ini.
Jurucakap syarikat kereta api Sepanyol RENFE, Antonio Carmona berkata, perlanggaran itu berlaku pada pukul 10.05 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).
Jelas Carmona, 22 orang dilaporkan mengalami lebam dan hanya 10 orang daripada mereka mendapatkan rawatan.
Punca perlanggaran itu masih belum diketahui.
Pada 24 Julai lalu sebuah kereta api berkelajuan tinggi mengalami kemalangan di barat laut Sepanyol, mengorbankan 79 nyawa. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130921/lu_11/2-kereta-api-berlanggar-22-cedera#ixzz2fUyeCm6X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letupan di masjid, 18 terbunuh


SAMARRA, Iraq 20 Sept. - Dua bom meletup di sebuah masjid penduduk Sunnah di Iraq, hari ini ketika jemaah memasuki masjid itu, mengakibatkan 18 orang terbunuh.
Letupan itu di Masjid Musab bin Omair dekat Samarra, utara Baghdad, itu turut menyebabkan 15 orang cedera, menurut sumber.
Kumpulan militan telah melancarkan banyak serangan sama ada ke atas masjid penduduk Sunnah mahupun Syiah pada tahun ini, meningkatkan kebimbangan tercetus kembali konflik perpecahan di negara ini, seperti yang berlaku sekitar 2006-2007 yang mengakibatkan beribu-ribu penduduk terkorban.
Kejadian serangan bom pada Februari 2006 ke atas rumah ibadat penduduk Syiah di Samarra telah mencetuskan kembali gelombang keganasan.
Insiden serangan bom, hari ini berlaku sehari selepas 10 mayat remaja lelaki yang mati ditembak, ditemui di Baghdad.
Keganasan di Iraq yang kembali meletus sejak 2008, setakat ini telah membunuh lebih 4,200 orang sejak awal tahun ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130921/lu_08/Letupan-di-masjid-18-terbunuh#ixzz2fUyMnA00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mesir buru suspek bakar balai polis di Kerdasa


Polis mesir menahan beberapa orang lelaki ketika menyerbu perkampungan Kerdasa di pinggir Kaherah, kelmarin. Seorang jeneral polis terbunuh ketika pasukan keselamatan menggempur Kerdasa setelah kumpulan militan Islam bertindak membakar balai polis menyebabkan 11 orang terbunuh. - AFP
KAHERAH 20 Sept. - Pasukan keselamatan Mesir, hari ini memburu individu-individu yang didakwa membakar sebuah balai polis di Kerdasa dan menyebabkan 11 orang maut.
Operasi itu dilancarkan selepas pasukan keselamatan Mesir menggempur bandar yang dikuasai pengikut bekas Presiden Mohammed Mursi itu, semalam.
Menurut televisyen milik kerajaan, pertempuran di bandar itu, bagaimanapun mula berkurangan dan tentera kini melancarkan operasi mencari dari rumah ke rumah.
Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka telah menahan 68 individu yang menjadi suspek insiden serangan ke atas balai polis Kerdasa pada 14 Ogos lalu dan merampas beberapa senjata, dalam operasi yang dilancarkan semalam.
Namun, akhbar milik Ikhwanul Muslimin, al-Hurriya Wal Adala mengecam operasi tentera di Kerdasa itu, selain di Delga pada awal minggu ini.
Pergerakan itu menyifatkan operasi tentera itu sebagai 'pengisytiharan perang terhadap rakyat Mesir'.
Pasukan keselamatan Mesir pada Isnin lalu turut melancarkan serbuan ke atas bandar Delga di wilayah Minya, kawasan yang turut dikuasai pergerakan Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130921/lu_06/Mesir-buru-suspek-bakar-balai-polis-di-Kerdasa#ixzz2fUxmHhx5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kereta mewah antara yang dirampas dari sami Thailand

BANGKOK 21 Sept. - Pihak berkuasa Thailand semalam merampas aset bernilai kira-kira AS$771,625 (RM2.4 juta) termasuk sebuah kereta mewah Porsche dan Mercedes-Benz, daripada seorang sami selepas dia terbabit dalam satu lawatan kontroversi dengan menggunakan jet peribadi.
Setiausaha Pejabat Anti Penggubahan Wang Haram Thailand (AMLO), Kolonel Polis, Seehanat Prayoonrat berkata, Wiraphon Sukphon dipercayai menipu orang ramai supaya memberikannya derma.
"Sami boleh menerima derma dan mesti menggunakannya untuk manfaat orang ramai bukannya untuk kegunaan dan kepentingan peribadi,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130921/lu_02/Kereta-mewah-antara-yang-dirampas-dari-sami-Thailand#ixzz2fUxSwqjT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa 5.7 pada skala Richter gegar Myanmar


YANGON 21 Sept. - Satu gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan bandar kedua terbesar Myanmar, petang semalam.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku kira-kira pukul 6.54 petang waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer iaitu 110 kilometer daripada utara bandar Mandalay.
Menurut agensi itu, gempa itu mengakibatkan gegaran kuat dan isyarat kuning turut dikeluarkan, iaitu risiko kematian peringkat pertengahan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130921/lu_03/Gempa-57-pada-skala-Richter-gegar-Myanmar#ixzz2fUx9Pss5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut rempuh pembahagi jalan

Maut rempuh pembahagi jalanKeadaan motosikal ditunggangi mangsa yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

LUNAS - Hasrat seorang pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan kira-kira jam 1.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR 150 dipercayai menunggang dengan laju dari arah Taman Kuchai menuju ke Taman Lobak.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelah kiri sebelum terpelanting ke tengah jalan.

"Akibat rempuh kuat, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan manakala cebisan daging mangsa terlekat pada motosikal dan jalan raya," katanya.

Sementara itu, menurut waris terdekat, mangsa bekerja sampingan dengan syarikat yang mengendalikan barangan peralatan perkahwinan.

Manakala, Ghuzlan menyatakan, dari siasatan dijalankan motosikal yang ditunggang mangsa dimiliki oleh rakannya.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Kulim untuk siasatan lanjut.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) kerana memandu secara merbahaya,” katanya.

Ghuzlan meminta pengguna jalan raya memandu perlahan di Lebuh Butterworth Kulim Expressway (BKE), Jalan Sungai Seluang, Jalan Mahang Kulim, Jalan Paya Besar, Jalan Sepilai dan beberapa jalan lain.

"Ini adalah kerana struktur permukaan jalan yang tidak rata dan gelap sehingga sering mengakibatkan kemalangan maut terutama pada waktu malam dan hujan," katanya.

Sukar urus nikah sendirian



TIDAK semua pasangan mampu bernikah dengan mudah di Thailand. - Gambar hiasan


ALOR SETAR - Seorang wanita yang bernikah di selatan Thailand pada hujung tahun lalu mengakui pernikahan yang diuruskan sendiri di negara jiran itu tidak semudah yang digembar-gemburkan oleh kebanyakan orang.
Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 44, memberitahu, terdapat pelbagai dokumentasi rumit yang perlu disediakan pasangan terutamanya mereka yang pernah bercerai.
Katanya, disebabkan itulah kebanyakan pasangan di negara ini lebih senang memilih sindiket mengendalikan pernikahan mereka, sekali gus antara faktor utama berlakunya lambakan ejen yang menguruskan perkhidmatan pernikahan di selatan Thailand.
Anita yang bernikah dengan pasangannya, Zamri, 59, berkata, dia dan suami terpaksa berulang-alik sebanyak tiga kali dari Alor Setar ke pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan cop dan tandatangan pengesahan surat nikah mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2fUsHPI9s 
Hakcipta terpelihara 

Komplot atur perlawanan bola


MELBOURNE - Seorang rakyat Malaysia yang disyaki ketua komplot mengatur perlawanan bola sepak sebuah kelab di sini dilaporkan memberitahu polis bahawa dia hanya 'ikan bilis' dalam sindiket antarabangsa tersebut.
Segaran Gerry Subramaniam, 45, didakwa menerima arahan dari Hungary dan Malaysia berhubung keputusan yang diatur bagi perlawanan pasukan bola sepak Southern Stars, lapor Australian Associated Press.
Pada pendengaran permohonan ikat jamin Segaran di Mahkamah Majistret Melbourne semalam, Detektif Kanan Sarjan Scott Poynder berkata, Segaran mempunyai rangkaian dengan kelab-kelab lain di Victoria dan Queensland serta negara-negera lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2fUrnpMuT 
Hakcipta terpelihara 

10,265 MyKad hilang di Negeri Sembilan tahun ini


SEREMBAN - Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan melahirkan kebimbangan berikutan jumlah tinggi kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan di negeri ini.
Pengarahnya, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, mengikut rekod, terdapat 10,265 kes kehilangan MyKad dilaporkan di negeri ini dari Januari hingga Ogos tahun ini.
"Kad pengenalan merupakan dokumen penting dan perlu dijaga dengan baik dan selamat kerana ia boleh digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan dan kegiatan salah di sisi undang-undang," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, bagi kes kehilangan kad pengenalan yang disebabkan kecuaian, pemohon akan dikenakan denda RM110 bagi kali pertama hilang, RM210 (kali kedua hilang) dan RM310 (kali ketiga hilang).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2fUrYpOa7 
Hakcipta terpelihara 

Maut di tangan rakan serumah


AMPANG JAYA - Gara-gara mengambil barang dapur rakannya tanpa kebenaran, nyawa seorang buruh warga Bangladesh melayang akibat ditikam dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Wawasan 2, Bandar Baru Ampang di sini.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam kelmarin itu, mangsa yang berusia 35 tahun parah akibat terkena satu tikaman di rusuk kiri dan disahkan mati ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang di sini.
Difahamkan, mangsa tinggal di rumah itu bersama 13 lagi rakan senegara termasuk suspek yang berusia 28 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2fUrFr8YS 
Hakcipta terpelihara 

Jadikan bayi sebagai tebusan



BAYI perempuan berusia empat bulan yang dijadikan tebusan oleh bapanya.


BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkaitan dadah dan curi sanggup menjadikan bayinya yang berusia empat bulan sebagai tebusan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa semalam.
Dalam kejadian pukul 9.45 pagi di Kampung Bukit Teh, Machang Bubok dekat sini, suspek yang berusia 26 tahun mengugut untuk mencederakan bayi perempuan itu dengan dua bilah parang.
Tindakan itu bagaimanapun memakan diri apabila dia cedera akibat terkena dua das tembakan di kedua-dua belah kakinya selepas enggan menyerah diri ketika diarahkan berbuat demikian.
Sebelum itu, polis pergi ke rumah lelaki itu untuk menahannya di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas 1986.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas berlaku kekecohan ketika sedang minum di sebuah gerai berhampiran.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2fUqv7uh0 
Hakcipta terpelihara 

Wanita dera anak hingga mati didapati waras



MEE CHIN akan dibicarakan atas tuduhan membunuh anaknya.


IPOH – Seorang suri rumah, Chong Mee Chin, 30, yang berdepan tuduhan melakukan penganiayaan dan mendera anak perempuannya, Ho Yan Hui yang berusia lima tahun sehingga mati pada 12 Ogos lalu disahkan layak untuk dibicarakan.
Pengesahan yang dibuat Pengarah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md. Yusof ketika kes itu disebut di Mahkamah Majistret di sini semalam.
“Hasil laporan Hospital Bahagia menunjukkan tertuduh mempunyai gejala sejenis penyakit mental iaitu kemurungan. Bagaimanapun, semasa kejadian dia didapati berada dalam keadaan waras.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2fUpz6h7z 
Hakcipta terpelihara 

Sindiket pelaburan palsu tumpas


SEBAHAGIAN wang tunai yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth, Pulau Pinang Rabu lalu.


GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang menawarkan skim pelaburan dan perniagaan palsu membabitkan kerugian RM7.3 juta apabila menahan lima individu di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth dekat sini pada Rabu lepas.
Sindiket yang beroperasi sejak 2008 itu dikatakan mengumpan mangsa dengan mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor dan menyamar sebagai Datuk Seri dan Datin Seri yang diperoleh dari negeri itu.
"Ahli sindiket juga menyamar sebagai pegawai bank, peguam dan mengaku memiliki pelbagai projek perumahan termasuk dana luar negara bernilai RM6.9 bilion dari Australia," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2fUoThhId 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki miliki 850 ekor ular ditangkap



BEBERAPA pegawai penguat kuasa membawa keluar sebahagian ular yang dirampas dari sebuah rumah di Shirley, New York, baru-baru ini.- Agensi


SHIRLEY, New York (AS) - Seorang pegawai kawalan haiwan menyimpan beratus-ratus ekor ular termasuk dua ular sawa Burma sepanjang 1.8 meter di rumahnya yang dijadikan premis perniagaan haiwan secara haram, kata pihak berkuasa kelmarin.
Beberapa pegawai berkata, terdapat 850 ekor ular bernilai AS$500,000 (RM1.6 juta) di dalam garaj di kediaman
Richard Parrinello di sini termasuk dua ular sawa Burma berkenaan.
Ular sawa Burma diharam dipelihara oleh orang perseorangan di negeri New York.
"Terdapat sebab mengapa ular sawa Burma diharamkan," kata Ketua Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Daerah Suffolk, Roy Gross.
Menurutnya, reptilia itu pernah membunuh manusia seperti yang berlaku kepada dua kanak-kanak lelaki di New Brusswick, Kanada pada bulan lalu.
"Mereka dibunuh ular sawa batu Afrika semasa sedang tidur pada bulan lalu," katanya.
"Ular sawa Burma lebih merbahaya kerana ia boleh membesar sehingga sepanjang 9 meter," tambah Gross.
Jurucakap bandar Brookhaven, Jack Krieger berkata, Parrinello bekerja secara tidak tetap sebagai pegawai kawalan haiwan di bandar berkenaan sejak 1988.
Pihak berkuasa menemui ular-ular itu semasa melakukan siasatan sama ada Parrinello bekerja ketika bercuti panjang atas sebab kurang upaya fizikal.
Pihak berkuasa mendapati Parrinello mempunyai hidupan liar bernilai AS$500,000 termasuk ular, kura-kura dan telur kura-kura di garajnya selepas seminggu intipan dilakukan.
Parrinello menghadapi beberapa tuduhan memiliki ular secara haram dan menjalankan perniagaan di rumah tanpa permit.
Semua haiwan tersebut turut dirampas. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2fUnuDbev 
Hakcipta terpelihara 

Remaja 13 tahun menyamar pramugari


LUO Siqi (kiri) kelihatan seperti seorang pramugari sebenar walaupun baru berusia 13 tahun.- Agensi


BAIYUN - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dikesan menyamar sebagai seorang pramugari di sebuah lapangan terbang di China, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Luo Siqi melakukan penyamaran itu selama dua bulan di lapangan terbang berkenaan sebelum dia ditahan oleh pengawal keselamatan kelmarin.
Dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, di sini, dalam wilayah Guangzhou, di tengah China sejak Julai lalu dengan memakai seragam pramugari penerbangan Southern Airlines.
Siqi membeli uniform tersebut secara dalam talian.
Tiada sesiapa yang menyedari tindakan pelajar sekolah itu hingga Ogos lalu apabila dia ditahan dan disoal oleh polis.
Siqi telah dua kali diusir dari lapangan terbang tersebut tetapi dia tetap kembali ke tempat itu.
Menurut akhbar South China Morning Post, Siqi berkata; "Saya sukakan langit biru dan bercita-cita untuk terbang. Dengan berbuat demikian, saya semakin hampir dengan cita-cita saya," katanya kelmarin. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2fTleUpzL 
Hakcipta terpelihara