Search This Blog

Friday, September 20, 2013

‘Ini kejadian kali keempat’

Ulu Tiram: Kabus tebal dipercayai menjadi punca kereta dipandu seorang lelaki berusia 30-an terbabas di satu selekoh jalan utama FELDA Ulu Tebrau di sini, sebelum merempuh tembok balai Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 5.20 pagi apabila kereta jenis Toyota SE yang dinaiki dua lelaki hilang kawalan.

Difahamkan, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Sungai Tiram ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak cedera.

Ketua Kampung FELDA Ulu Tebrau Abd Jalil Sahlan berkata, kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada bangunan balai RELA berkenaan.

“Apa yang mengecewakan, kejadian berlaku kali keempat di kawasan berkenaan terutama pada waktu Subuh.
Foto
KEADAAN kereta yang terbabas dan merempuh tembok balai RELA.
“Dalam kejadian pagi tadi (semalam), kereta berkenaan merempuh pagar, tembok dan tiang balai berkenaan,” katanya.

Abd Jalil berkata, pihaknya bimbang dengan keselamatan pengguna jalan raya sekiranya kejadian seumpama itu berulang.
“Sebelum ini, lori terbabas hingga melanggar papan iklan. Begitu juga kereta melanggar tiang telefon kerana terbabas. Ia berlaku di kawasan berhampiran lokasi kejadian terbaru,” katanya.

Abd Jalil berkata, pihaknya berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau ciri keselamatan laluan berkenaan dan mengambil tindakan sesuai bagi mengelakkan kejadian lebih serius berlaku.

“Kami berharap JKR menambah pencahayaan di laluan berkenaan selain memasang papan tanda amaran,” katanya.

Dua geng 08 ditahan



Temerloh: Seorang lelaki dipercayai ahli kongsi gelap geng 08 bersama dua rakannya ditahan di sebuah stesen minyak di Kilometer 3 Jalan Temerloh-Mentakab di sini, Isnin lalu, ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, sepasukan anggota polis mengekori suspek yang menaiki sebuah Nissan Grand Livina berwarna kelabu sebelum berhenti di sebuah stesen minyak.


Suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa, cuba melarikan diri sehingga melanggar kereta peronda menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan mereka.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek.


“Tangkapan ini hasil intipan dua minggu dan pemeriksaan pada kenderaan suspek menemui 219.16 gram dadah dipercayai heroin yang disembunyikan di bawah pelapik kaki tempat duduk penumpang.


“Kita percaya dadah ini dibawa dari Kuala Lumpur untuk diedarkan di Temerloh dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan selanjutnya, polis mendapati salah seorang suspek mempunyai tatu naga dan lipan pada badan yang melambangkan dia anggota Geng 08.

RM20,000 kerana RM1,360



Ipoh: Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamed Ismail Habib Mohamed, 50, dari Pulau Pinang, mengaku bersalah apabila menuntut RM1,360 untuk menyediakan baju korporat pertubuhan itu kira-kira tiga tahun lalu.


Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamed Ismail mengikut Seksyen 24(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Dia dituduh mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan itu di pejabat PPK Sungai Tinggi, Trong pada 27 Julai 2010.

Peguam bela tertuduh, M Kathan, dalam rayuannya berkata, tertuduh sudah berkhidmat di lembaga itu selama 30 tahun dan mempunyai rekod yang baik.


Selain itu, katanya, tertuduh mempunyai dua anak termasuk salah seorang daripadanya mengalami kecacatan dan memerlukan penjagaan berterusan.


“Tertuduh kini menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta akibat kemurungan kerana didakwa terbabit dalam kes rasuah itu.

“Dia juga mendakwa hilang kerja, faedah dan pencen akibat daripada kes itu. Ia adalah hukuman yang berat kepadanya dan dia benar-benar insaf dengan kesalahan yang dilakukannya itu,” katanya.


Kathan berkata, agak sukar untuk tertuduh mendapatkan pekerjaan baru pada usia 50 tahun. Timbalan Pendakwa Raya A Hafiizh Abu Bakar bagaimanapun berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius walaupun membabitkan jumlah yang kecil.

Meraung tepi jalan

Kuantan: Dua rakan baik meraung kesakitan selama hampir setengah jam apabila kaki mereka cedera parah selepas tersembam ke jalan raya akibat motosikal dinaiki bergesel dengan lori di Kilometer 35 Jalan Kuantan - Kemaman, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa masing-masing berusia 25 dan 31 tahun dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Gebeng menghala Cherating dengan menaiki motosikal Honda EX-5.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian, namun ketika melalui jalan terbabit, motosikal mereka bergesel dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke atas jalan dan masing-masing mengalami kecederaan serius di lutut dan betis kanan, tetapi pemandu lori terbabit dipercayai tidak menyedari kejadian itu dan meneruskan perjalanan.

“Melihat keadaan mangsa yang terbaring sambil meraung kesakitan, orang ramai segera menghulurkan bantuan dan cuba menenangkan mangsa selain menghubungi talian kecemasan,” katanya.

Dia berkata, ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian dan pasukan paramedik memberikan rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Kemaman, Terengganu untuk rawatan lanjut.
Foto
MANGSA meraung kesakitan sambil dibantu orang ramai.
“Kemalangan sering berlaku di kawasan ini walaupun jalan lurus dan rata. Sepanjang tahun ini sudah beberapa kemalangan maut berlaku dan orang ramai sepatutnya lebih berhati-hati ketika menggunakan laluan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, siasatan awal mendapati lori dari arah Kemaman memotong sebuah lori lain di hadapannya sebelum ekor kenderaan itu bergesel dengan motosikal mangsa.
“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal terbabit yang dikenali sebagai Mohd Noor Harfais, 25, remuk tulang betis kanan manakala rakannya yang membonceng dikenali sebagai Mohd Hidzin, 31, retak lutut kanan.

“Lori berkenaan tidak berhenti dan meneruskan perjalanan ke arah Kuantan manakala kedua-dua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Kemaman.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Azizudin Abd Kudus di talian 012-9528793 bagi membantu siasatan,” katanya.

‘Tailong Man’ serah diri


Melaka: Seorang daripada dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap polis di laman Facebook milik individu menggunakan nama Tailong Man ditahan di Balai Polis Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek yang juga pemandu lori berusia 26 tahun dari Bentong, Pahang itu hadir menyerah diri di balai berkenaan pada jam 6 petang.


Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata, suspek berbuat demikian selepas menyedari gambarnya disiarkan akhbar dan dia dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Suspek menafikan dia pemilik akaun berkenaan dan memuat naik ugutan itu, sebaliknya mendakwa gambarnya digunakan individu lain untuk tujuan berkenaan.


“Malah, suspek turut membuat laporan di Balai Polis Manchis, Bentong, Ahad lalu, mendakwa gambarnya digunakan individu tidak bertanggungjawab di dalam mesej terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini, semalam.


Laman sosial Facebook yang menggunakan nama Tailong Man memuat naik mesej ugutan balas dendam terhadap polis pada 13 September lalu dipecayai dibuat susulan kejayaan polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, dekat sini, sehari sebelum itu.

Shah Gzali Khan berkata, suspek membuat laporan polis selepas adik perempuannya menyedari gambarnya dimuat naik di dalam laman sosial terbabit.


Menurutnya, suspek yang juga duda direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Pekerja am disyaki liwat tujuh budak


Kuala Terengganu: Seorang pekerja am di sebuah sekolah rendah, di sini, yang berusia 56 tahun layak digelar ‘peliwat bersiri’ kerana dipercayai meliwat tujuh budak lelaki berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan sejak Januari lalu, selepas membawa mereka ke rumah sewanya di Kampung Pasir Panjang, di sini.

Bagaimanapun, lelaki warga emas itu yang pernah dipenjara 10 tahun dan sebatan kerana jenayah sama sebelum ini, terbongkar dan ditahan, kelmarin, selepas seorang mangsanya mendedahkan peristiwa hitam itu kepada ibu bapanya.


Menurut sumber, ibu bapa mangsa bertambah terkejut dan berang apabila pelajar terbabit turut memaklumkan beberapa rakannya juga diliwat.

“Terkejut dengan pendedahan itu, keluarga mangsa bersama beberapa penduduk kampung segera ke rumah suspek bagi mendapatkan kesahihan cerita anaknya jam 6 petang semalam (kelmarin).


“Sebaik sampai di rumah suspek, keluarga mangsa yang gagal mengawal kemarahan menyerang dan membelasah suspek di rumahnya.


“Pada masa sama, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan ke rumah suspek bagi mengawal keadaan dan menahan lelaki itu kira-kira sejam kemudian,” katanya.

Sumber berkata, suspek yang masih menjalani parol dipercayai menjadikan pelajar yang sering ponteng sekolah sebagai mangsa dengan mengumpan mereka ke rumahnya untuk makan sebelum memuaskan nafsu serakahnya.

Dakwaan guru cabul serius


Kuantan: Kementerian Pendidikan memandang serius penahanan seorang guru disiplin yang disyaki mencabul muridnya dan akan menjalankan siasatan sebelum tindakan susulan dilaksanakan.

Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, pihaknya sudah mengarahkan jemaah nazir dan Jabatan Kualiti menyiasat kes itu termasuk mengenal pasti punca mendorong guru berkenaan bertindak sedemikian.


Katanya, jika kejadian cabul itu berlaku seperti didakwa, perbuatan guru disiplin itu mencemar nama baik profesion perguruan yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik.

“Kami akan menyiasat perkara ini secara menyeluruh dengan mengambil butiran daripada saksi, mangsa serta ahli keluarga untuk tindakan susulan.


“Masih terlalu awal memutuskan bentuk hukuman bakal dikenakan kepada guru itu kerana polis masih menyiasat perkara terbabit sebelum kementerian mengambil tindakan susulan,” katanya di sini, semalam. Akhbar semalam melaporkan seorang guru disiplin berusia 35 tahun ditahan polis kerana melakukan kelucahan melampau dan mencabul bekas muridnya di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.


Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak ditahan di rumahnya di Bandar Baru Sentul susulan laporan polis dibuat mangsa Jumaat lalu.

Abdul Ghafar berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan guru dan murid kerana sekolah adalah kawasan selamat serta bebas daripada segala perlakuan tidak sihat.


“Dakwaan ini sangat serius dan tidak sepatutnya terjadi kepada murid lebih-lebih lagi di kawasan sekolah,” katanya.

Bunyi hon kereta terbakar


Melaka: Seorang ahli perniagaan kerugian lebih RM100,000 apabila Toyota Camry miliknya hangus selepas garaj rumah teres dua setengah tingkat yang didiami di Taman Dahlia, Bukit Beruang, di sini, terbakar, semalam.

Kejadian pada jam 8.50 pagi itu turut menyebabkan garaj rumah bersebelahan dihuni enam pelajar institusi pengajian tinggi swasta terbakar, namun mereka yang berusia 20 hingga 22 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang.


Saksi kejadian, Wee Ka Chuan, 38, berkata, dia menyedari kebakaran terbabit berlaku ketika melalui jalan di hadapan rumah berkenaan untuk bersarapan bersama isterinya.

“Saya memberhentikan kenderaan selepas melihat kepulan asap di bahagian tempat sembahyang bersebelahan Toyota Camry di dalam garaj rumah itu.


“Bimbang perkara buruk berlaku, saya membunyikan hon beberapa kali, namun tiada siapa keluar dari rumah itu sebelum saya menghubungi bomba,” katanya.


Sementara itu, pemilik rumah terbabit, Ricky Ong, 58, berkata, dia berada di Malim dan hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi jiran.

Foto
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan garaj Ricky (gambar kiri) yang hangus terbakar.

Katanya, ketika kejadian tiada orang di rumah kerana dia, isteri dan anaknya keluar bekerja jam 8 pagi.


“Saya menghubungi anak bongsu Ong Yeow Kiat, 23, yang bekerja di Krubong memaklumkan kejadian sebelum bergegas pulang.

“Apabila sampai, saya terkejut melihat Toyota Camry milik saya musnah dihempap atap garaj,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Mohd Shahril Zauni berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.57 pagi dan tiba lima minit kemudian. “Seramai 17 anggota termasuk pegawai bersama empat jentera masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Bukit Katil dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Ketika anggota sampai, api dilihat marak membakar kereta dan garaj rumah. Kebakaran dipadam sepenuhnya jam 10 pagi,” katanya.


Menurutnya, kebakaran memusnahkan 10 peratus struktur kedua-dua rumah, bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Generasi ke-3 Syiah



Kuala Lumpur: “Penyebaran Syiah di negara ini kini turut dilakukan generasi ketiga pengikut fahaman itu yang masih kanak-kanak dan remaja. Mereka seperti kader (ahli terlatih) yang dikesan mula menyebarkan buku mengenai ajaran Syiah di sekolah rendah dan menengah.”

Demikian pendedahan Penolong Pengarah (Aqidah) Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Aizam Mas’od mengenai ancaman terbaru fahaman Syiah yang turut membabitkan generasi muda negara ini.


Menurutnya, generasi ketiga pengikut ajaran Syiah itu lahir daripada keluarga berfahaman Syiah, termasuk yang menerima pendidikan di Iran. “Jadi, ada dalam kalangan mereka (generasi ketiga) dilatih menjadi kader Syiah dan peranan mereka mengembangkan fahaman itu dalam kalangan rakan sekolah,” katanya. Mohd Aizam berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Program Bicara Ad-Din, Bahaya Ajaran Syiah peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, semalam.

Menurutnya, JAKIM kini bekerjasama dengan Badan Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan untuk mengesan jumlah sebenar murid dan pelajar sekolah yang terbabit.


“JAKIM dan BPI kini dalam usaha mengesan mereka untuk diselamatkan walaupun menyedari tugas ini sukar disebabkan mereka sudah lama mempunyai prinsip akidah berbeza daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya, Mohd Aizam menyifatkan Syiah sebagai ajaran sesat paling klasik dalam sejarah dunia Islam dan mula menjadi ancaman kepada Malaysia selepas tercetusnya Revolusi Iran pada 1979.


“Pada masa itulah wujudnya generasi pertama penganut Syiah di negara ini,” katanya.

Mohd Aizam berkata, JAKIM kini bersikap proaktif mengekang penyebaran fahaman Syiah di negara ini dengan melakukan pelbagai usaha termasuk menggunakan khidmat guru, kakitangan jabatan agama dan pensyarah institusi pengajian tinggi.


“Mereka ini dilatih menjadi kader di pihak kita bagi menangkis dakyah yang disebarkan puak Syiah termasuk disebarkan melalui media sosial di Internet,” katanya.

Menurutnya, antara penyelewengan maklumat mengenai Islam yang diuar-uarkan pengikut Syiah termasuk menggunakan Internet ialah menetapkan syarat sah solat ialah wajib beriman kepada Saidina Ali serta 12 imam besar mereka, selain menyamakan taraf Saidina Ali dengan Rasulullah SAW.


Metro Ahad 8 September lalu melaporkan mengenai pengakuan seorang wanita yang juga bekas pengikut Syiah mengenai perkahwinannya secara mutaah sebanyak tiga kali dengan mas kahwin hanya sebuah kitab, telefon bimbit dan selipar.


Pada tarikh sama, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh ketika berucap pada Seminar Mendepani Virus Syiah menggesa kerajaan memutuskan semua bentuk hubungan diplomatik dengan Iran selepas ancaman Syiah dilihat kian meruncing.


Menyusul sehari kemudian, akhbar ini turut mendedahkan mengenai pembabitan lebih 250 syarikat termasuk pengeluar air rawatan terkenal yang menjadi penyumbang dana terbesar kepada pengembangan Syiah di Malaysia.


Terbaru, pada 15 September lalu Metro Ahad menyiarkan kisah pengakuan seorang lelaki yang menceritakan pengalaman mendirikan rumah tangga dengan pengikut tegar Syiah sehingga terpaksa menceraikan wanita itu berikutan perbezaan pegangan dan akidah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/20

Anak mati di pusat asuhan



KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.

Foto


"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.


"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/20

Kertas siasatan kes Adi Putra siap


Johor Bahru: Kertas siasatan kes membabitkan pelakon popular tanah air kelahiran Singapura, Mohamed Hadi Putera Halim, 32, atau Adi Putra yang dikaitkan dengan penghantaran gambar lucah kepada isteri orang berusia 30 tahun akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, semua keterangan dan bahan bukti terutama hasil siasatan ke atas telefon bimbit milik Adi Putra serta wanita terbabit sudah lengkap.


“Kami sudah menyiapkan kertas siasatan selepas menerima laporan penuh daripada makmal forensik berkaitan telefon bimbit milik kedua-duanya.

“Kami akan menghantar kertas siasatan berkenaan ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat dan selepas itu, barulah diketahui sama ada dia (Adi Putra) boleh didakwa ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya, semalam.


Menurut Ruslan, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit.


Adi Putra sebelum ini didakwa menghantar gambar lucah kepada isteri seorang ahli perniagaan, selain berbalas mesej dengan wanita terbabit melalui aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (Whatsapp) sejak Julai sehingga Ogos lalu.

Masuk jerat sendiri!

Bahau: Harapkan pagar, pagar makan padi! Itu perumpamaan sesuai diberikan kepada dua kakitangan Jabatan Kesihatan yang ditugaskan memeriksa tempat pembiakan nyamuk aedes di sebuah bengkel kereta di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, di sini.
Ini berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka disyaki memasukkan jentik-jentik ke dalam kolam takungan di premis itu sebelum meminta ‘duit kopi’ RM50 daripada pemiliknya untuk mengelak dikenakan tindakan lanjut. 
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari, Selasa lalu membabitkan seorang kakitangan wanita dan rakan setugas lelaki yang memakai jaket tertera Jabatan Kesihatan.

Pemilik bengkel berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, berkata ketika kejadian dia tiada di kedai berikutan mempunyai urusan di luar.
Foto
PEGAWAI Jabatan Kesihatan negeri melawat keadaan kolam terbabit.

“Saya dihubungi pekerja memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan datang membuat pemeriksaan bagi mencegah demam denggi dan mendapati sebuah tangki di bengkel saya ada jentik-jentik.

Pengantin gelojoh mati makan 5 viagra


Ibb (Yaman) Eden: Seorang pemuda berusia 25 tahun mati pada hari pertama perkahwinannya selepas menelan lima pil viagra ketika bersama isterinya.

Lelaki itu yang namanya tidak disiarkan menanti semua tetamu meninggalkan dewan majlis sebelum bergegas ke rumah baru bersama-sama pengantin perempuan.


“Dia begitu ghairah untuk tidur pada malam pertama dengan isterinya. “Dia menelan lima biji Viagra sekali gus,” lapor akhbar berbahasa Arab Okaz Al Youm dalam laporan dari Ibb, bandar di barat daya Yaman.

Lelaki itu tiba-tiba berpeluh dan merasakan jantungnya berdegup laju sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, usaha doktor menyelamatkannya gagal. - Agensi

Dua lagi warga Saudi mati kerana MERS


Riyadh: Dua lagi warga Arab Saudi maut akibat dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu di negara berkenaan kepada 49.

Kementerian Kesihatan berkata, mangsa yang mati ialah wanita berusia 75 tahun di barat Madinah dan seorang lelaki berusia 83 tahun di Riyadh.


Kementerian itu turut mendaftarkan tiga lagi kes terbaru menjadikan jumlahkeseluruhan kes jangkitan kepada 107 di negara paling teruk dilanda virus itu. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pada 7 September lalu berkata, pihaknya sudah dimaklumkan terdapat 114 kes jangkitan wabak MERS di seluruh dunia yang membabitkan 54 kematian.

Pakar masih berusaha mengkaji wabak itu. Sehingga kini belum ada vaksin yang dapat merawatnya. - AFP

58 hilang dalam tanah runtuh


Acapulco: Sebanyak 58 penduduk sebuah kampung hilang selepas kejadian tanah runtuh di kawasan terpencil di selatan negara itu.

Usaha mencari mangsa sukar dijalankan kerana hujan lebat. Cuaca buruk itu juga menyulitkan gerakan memindahkan penduduk dari kawasan itu.
Ribut yang membadai pantai Pasifik Mexico hujung minggu lalu berulang semalam bertukar kepada Taufan Manuel yang membawa hujan lebat ke perkampungan nelayan di pantai negeri Sinaloa.

Ia adalah ribut ketiga yang melanda negara yang masih belum pulih daripada bencana pertama Taufan Manuel dan Taufan Ingrid yang menyerang pantai timur Mexico sebelum ini.


Pihak berkuasa persekutuan meningkatkan jumlah kematian akibat Taufan Manuel daripada 60 kepada 80 awal semalam.


Mereka bagaimanapun belum dapat mengesahkan 58 kematian di Kampung La Pintada yang terletak beberapa jam perjalanan ke utara Acapulco. Harapan untuk mereka ditemui hidup amat tipis.

“Kemungkinan besar 58 penduduk yang hilang itu sudah mati,” kata Gabenor negeri Guerrero, Angel Aguirre.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, Taufan Manuel yang menghampiri pantai Mexico awal semalam ialah taufan kategori 1 dan membawa angin selaju 75 batu sejam dan antara lima hingga 10 inci hujan di negeri Sinaloa.

Pihak berkuasa perlindungan awam berkata, beberapa kawasan sudah dilanda banjir dan puluhan penduduk dipindahkan.

Hujan lebat turut melanda negeri Guerrero malam kelmarin meningkatkan risiko polis persekutuan yang cuba memindahkan 45 penduduk terakhir Kampung La Pintada apabila selut dan batu-batan yang memenuhi pusat bandar menimbus gereja dan beberapa kediaman dua tingkat.

Pihak berkuasa tiba di La Pintada menggunakan helikopter dan memindahkan 334 penduduk dengan sesetengahnya cedera, kata Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong. - Agensi

Polis buru bekas banduan

Polis buru bekas banduanPolis meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini supaya menghubungi balai polis terdekat.

GEORGETOWN - Polis kini sedang memburu seorang lelaki bagi membantu menyelesaikan kes samun dan bunuh seorang warga emas di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau kelmarin.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata, lelaki itu dikenali Alias Minan, berusia 30 tahun dan warganegara Indonesia.

"Dia mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki apabila cap jarinya positif pada dua kes pecah rumah sebelum ini dan pernah dipenjarakan di penjara Pulau Pinang kerana beberapa kes jenayah lain.

"Polis meminta orang ramai terutamanya pemilik kebun di daerah ini supaya memberi maklumat berhubung suspek sekiranya ternampak kelibat individu yang mencurigakan kerana khuatir mereka melakukan jenayah terpencil,” katanya kepada media menerusi kenyataannya semalam.

Lelaki itu dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes kematian seorang warga emas manakala isterinya cedera parah akibat dipukul dengan objek keras. Kejadian itu dilakukan penjenayah yang tidak berhati perut yang memecah masuk ke rumah pasangan suami isteri itu yang terletak di kawasan terpencil.

Mangsa, Chin Len Wong, 83, ditemui dalam keadaan berlumuran darah  dan maut beberapa minit kemudian manakala isterinya, Chang Yook Kee, 71, ditemui cedera parah dan patah tangan.

Sementara itu, Mohd Hatta mengumumkan kematian mangsa adalah berpunca daripada hentakan kuat di kepala dengan menggunakan benda tumpul dan keras berdasarkan laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Pulau Pinang kelmarin.

Jelasnya, polis belum mengambil keterangan daripada isteri mangsa yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Bagaimanapun polis sudah merakam percakapan daripada keluarga mangsa untuk mengenal pasti barang yang hilang dan nilai kerugian,” katanya.

Mohd Hatta berkata, susulan daripada kes itu, pihaknya menjalankan Ops Rantau di kawasan berbukit di sekitar Balik Pulau.
“Hasil operasi dijalankan, kita menangkap 16 orang iaitu 12 warga Myanmar, dua warga Bangladesh dan dua warga Indonesia.
“Mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1963 dan operasi ini akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi kes seumpama ini berlaku di kawasan ini,” katanya.

'Bapa saya hutang ah long'

'Bapa saya hutang ah long'Remaja bawah umur dibawa keluar dari mahkamah.

GEORGETOWN -  “Saya merayu, kurangkan wang jaminan kerana bapa saya berhutang dengan ah long, oleh itu saya perlu tanggung adik-adik,” katanya.

Itulah rayuan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dalam nada yang sayu di kadang tertuduh di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Remaja bawah umur itu dari Air Itam, di sini, merayu mengurangkan jaminan dikenakan selepas Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan dia diikat jamin sementara menunggu sebutan kes pada 24 November ini.

Rayuan itu dibuat sejurus remaja itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Zulhazmi.

Mengikut pertuduhan remaja itu dituduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta miliki mangsa Lee Eng Shen, 30, iaitu dua telefon bimbit dan wang tunai RM10,000.

Remaja itu bersama seorang yang masih bebas dituduh melakukan kesalahan itu menggunakan senjata pisau, pasu bunga dan topi keledar, di depan rumah sebuah pangsapuri di Medan Angsana, Bandar Baru Air Itam, di sini,  kira-kira jam 6.30 pagi, 4 September lalu.
Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

27 murid, seorang guru terhidu gas beracun


SUNGAI PETANI 2 Okt. - Seramai 27 murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Jeniang, Gurun dekat sini dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan Hospital Yan (HY) kerana terhidu gas beracun.
Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu dikatakan berpunca daripada racun perosak serangga yang disembur oleh pekerja ladang kawasan berhampiran sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, berdasarkan makluman awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, kejadian berlaku ketika kebanyakan murid berada di sekolah tersebut bagi sesi petang.
Beliau berkata, kejadian disedari selepas beberapa murid mengadu pening-pening kepala dan ada antara mereka yang muntah.
"Mangsa telah dihantar ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dirujuk ke HY. Namun, disebabkan HY masih mempunyai ramai pesakit yang dirawat akibat keracunan makanan tempoh hari, murid terlibat kemudian dihantar ke HSAH malam ini,'' katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan sementara mereka yang dirujuk ke hospital kini berada dalam keadaan stabil.
Tajul Urus menasihatkan, murid atau penduduk sekitar kawasan sekolah yang mengalami simptom selepas terhidu gas agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131002/je_11/27-murid-seorang-guru-terhidu-gas-beracun#ixzz2gZycBaXM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isteri seks dengan anjing, suami rakam video

Raeford (Carolina Utara): Seorang wanita dituduh mengadakan seks dengan anjing sementara suaminya, anggota tentera di Fort Bragg merakam adegan itu.
Pasangan itu turut memuatnaik rakaman itu di Internet, kata polis.

“Wanita itu melakukan seks dengan anjing sama seperti yang anda boleh bayangkan dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang wanita,” kata Ketua Polis Raeford Franklin Crumpler kepada akhbar Huffington Post.
Ruben Chance James Fox dan isteri, Amber Nicole Fox, masing-masing 23, dihadapkan ke mahkamah kelmarin selepas ditangkap Isnin lalu.

Mereka berdepan dengan tuduhan melakukan seks dengan haiwan dan bersekongkol untuk mengedarkan bahan lucah. Amber juga berdepan dengan tuduhan tambahan - melakukan jenayah yang bertentangan dengan tabiat semula jadi.

Kumpulan Humane Society mendedahkan perbuatan suami isteri itu kepada unit jenayah siber Jabatan Polis Fairfax County di Virginia yang kemudian menghubungi pihak berkuasa Raeford selepas alamat IP komputer itu mengaitkan pasangan suami isteri berkenaan dengan video terbabit. - Agensi

Jual anak menerusi Facebook

Rio De Janeiro: Sepasang suami isteri yang cuba menjual anak perempuan mereka berusia dua tahun menerusi Facebook ditangkap di sini, di timur laut Brazilm semalam.
Jurucakap polis tempatan berkata, ibu bapa kandung kanak-kanak itu dipenjara selepas gagal membayar ikat jamin sebanyak AS$6,666 (RM21,019) seorang sementara mangsa diserahkan kepada jabatan perlindungan kanak-kanak.

“Ibu berusia 23 tahun itu berkata dia memerlukan wang untuk berlepas ke Eropah dengan tujuan untuk melacur. Si bapa berusia 40 tahun hanya berdiam diri,” kata jurucakap berkenaan.
Seorang pekerja sosial di Campina Grande di negeri Paraiba membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencapai persetujuan untuk jual-beli kanak-kanak berkenaan di Facebook.

“Saya gembira kerana dapat membantu mengubah masa depan kanak-kanak berkenaan,” kata pekerja sosial itu yang mulanya menyangka pasangan suami isteri itu berjenaka.

Menurutnya, dia bersetuju menemui pasangan itu di luar sebuah stesen kereta api di Recife dan menyerahkan wang berjumlah $666 (RM2,100) dan komputer mudah alih sebagai pertukaran dengan kanak-kanak itu.
Menerusi perjanjian itu, dia juga dikehendaki membayar $890 (RM2,805) secara berperingkat-peringkat.

“Si suami tidak terbabit dalam rundingan itu tetapi hadir ketika penyerahan kanak-kanak itu,” kata Geraldo da Costa, pegawai penyiasat kes berkenaan dalam satu kenyataan. - AFP

2 tahun tinggal dengan mayat anak

London: Seorang wanita membiarkan anak lelakinya mati kebuluran sebelum dia hidup dengan mayat mangsa yang reput selama hampir dua tahun.
Amanda Hutton, 43, menyimpan mayat Hamzah Khan, 4, di katil bayi dalam bilik tidurnya selepas kanak-kanak malang itu mati akibat kekurangan zat. 
Mahkamah Agung Bradford semalam diberitahu pembesaran Hamzah terbantut selepas didapati masih berpakaian bayi berusia enam hingga sembilan bulan ketika mayatnya ditemui sementara Amanda meneruskan hidup seperti biasa dengan mayat Hamzah di biliknya.

Menurut pendakwa raya, beberapa jam selepas kematian anaknya pada 15 Disember 2009, Amanda sempat memesan piza dan menuntut harga diskaun kanak-kanak dengan menggunakan nama Hamzah.

Amanda dibicarakan atas dua pertuduhan menyebabkan kematian anaknya iaitu gagal memberi makan secukupnya kepada mangsa dan gagal mendapatkan rawatan untuk mangsa ketika dia memerlukan.

Dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Pendakwa raya Paul Greaney memberitahu Mayat Hamzah ditemui pada 21 September 2011 apabila dua pekerja sosial mengunjungi kediamannya di Bradford untuk menyiasat aduan mengenai lampin kotor yang dibuang ke laman jiran.

Mereka terhidu bau busuk dari dalam kediaman Amanda sebelum menghubungi polis.

“Dalam bilik tidur Amanda, polis menemui mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Hamzah Khan,” kata pendakwa raya itu.

Menurut Greaney, Hamzah sering ditinggalkan sendirian dalam bilik yang dikunci oleh Amanda yang disifatkan sebagai kaki botol dan penagih ganja.

Ketika disoal siasat polis, Amanda memberitahu Hamzah mula sakit pada 14 Disember 2009.

Keesokannya dia pergi ke pasar raya dan cuba mendapatkan nasihat ahli farmasi di situ sebelum mendapat panggilan memintanya agar segera pulang ke rumah.

Sebaik tiba di kediamannya, Amanda mendapati Hamzah sedang nazak dan dia gagal menyelamatkan anaknya itu.- Agensi

5 kes denggi dicatat di Jeddah


JEDDAH 19 Sept. - Sekurang-kurangnya lima kes baharu demam denggi dilaporkan berlaku di daerah utara dan tengah bandar raya ini, minggu lalu.
Pengarah Hal Ehwal Kesihatan Jeddah, Dr. Sami Badawood mengesahkan laporan itu, tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Katanya, jumlah kes baharu didapati menurun berbanding tempoh sebelum ini yang mencecah jumlah 100 kes dalam masa sebulan.
Dr. Sami berkata, pasukan perubatan telah membuat lawatan susulan ke rumah-rumah pesakit dan mendidik mereka serta keluarga untuk mengelak daripada dijangkiti denggi. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130920/lu_13/5-kes-denggi-dicatat-di-Jeddah#ixzz2fP6TyRrD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

58 dikhuatiri maut tanah runtuh


ACAPULCO, Mexico 19 Sept. - Seramai 58 orang dilaporkan hilang dalam satu tragedi tanah runtuh di perkampungan selatan negara ini, dan ombak kuat menyebabkan situasi bahaya kepada pasukan keselamatan yang cuba memindahkan penduduk dari kawasan kejadian.
Ribut yang melanda pantai Pasifik Mexico hujung minggu lalu kembali mengganas hari ini dan berubah menjadi Taufan Manuel, menyebabkan hujan lebat di perkampungan nelayan di negeri Sinaloa.
Kejadian tanah runtuh hari ini, bukanlah yang pertama berlaku akibat Manuel dan pihak berkuasa awal pagi semalam menaikkan angka korban akibat taufan tersebut daripada 60 kepada 80 orang hari ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130920/lu_10/58-dikhuatiri-maut-tanah-runtuh#ixzz2fP5GT5VP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak Blair jadi mangsa penjenayah


LONDON 19 Sept. - Anak perempuan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair menjadi mangsa dalam satu cubaan merompak bersenjata di London pada awal minggu ini.
Jurucakap keluarga bekas Perdana Menteri itu hari ini berkata, Kathryn Blair, 25, yang bekerja sebagai peguam, diancam dua lelaki bersenjata ketika dia berjalan di sebuah jalan raya di Marylebone bersama teman lelakinya dan sekumpulan rakan pada malam 16 September lalu.
"Tiada siapa cedera dan barangan dicuri dalam kejadian tersebut,'' kata jurucakap berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130920/lu_09/Anak-Blair-jadi-mangsa-penjenayah#ixzz2fP54SASw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 dicekup atur perlawanan


SINGAPURA 19 Sept. - Pihak berkuasa Singapura memberkas 14 individu yang dipercayai terlibat dengan kesalahan mengatur perlawanan bola sepak antarabangsa, lapor Channel News Asia.
Menurut laporan, kesemua suspek berusia dalam lingkungan umur antara 38 hingga 60 tahun dengan lima daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut, manakala baki mereka yang lain dibenarkan untuk diikat jamin.
Pihak polis dan Biro Siasatan Amalan Rasuah dalam satu kenyataan bersama semalam memaklumkan, kira-kira 12 lelaki dan dua wanita ditahan ketika operasi yang berlangsung selama 12 jam itu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130920/lu_08/14-dicekup-atur-perlawanan#ixzz2fP4gxIIH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letusan Sinabung, kira-kira 15,000 penduduk dipindahkan


JAKARTA 19 Sept. - Lebih 15,000 orang penduduk telah dipindahkan setakat ini sejak Gunung Berapi Sinabung meletus pada Ahad lalu, menurut data daripada unit kecemasan.
Pemindahan itu melibatkan kebanyakan penduduk yang tinggal dalam jarak tiga kilometer radius dari gunung tersebut.
Semalam, Pengurus Besar Penerbangan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Susanto memberi amaran kepada syarikat tambang murah agar tidak melakukan sebarang penerbangan domestik di Sumatera Utara berikutan beberapa letusan kecil Sinabung.
Menurut Susanto, sekiranya perlu melakukan perjalanan, pesawat diberi amaran supaya mengelak daripada terbang berhampiran gunung berapi berikutan penglihatan yang terhad kerana asap tebal masih dihamburkan daripada kawah gunung tersebut.
Gunung berapi setinggi 2,600 meter itu meletus pada hari Ahad lalu selepas tidak aktif lebih daripada tiga tahun.
Letusan paling besar berlaku dua hari kemudian, di mana abu gunung berapi dan asap tebal menyelubungi ruang angkasa setinggi tiga kilometer dan mengakibatkan berlakunya kebakaran di cerun gunung tersebut.
Kali terakhir Gunung Berapi Sinabung meletus adalah pada Ogos 2010, mengakibatkan dua orang terkorban dan memaksa lebih daripada 30,000 penduduk dipindahkan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130920/lu_05/Letusan-Sinabung-kira-kira-15000-penduduk-dipindahkan#ixzz2fP4PIoln
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Britain tahan dua lagi suspek pengganas


LONDON 20 Sept. - Polis Britain menahan dua lagi suspek yang disyaki terlibat dalam keganasan di Syria ekoran penemuan sejumlah senjata di pelabuhan Dover, selatan negara ini semalam.
Polis Metropolitan dalam kenyataannya berkata, seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang wanita berusia 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Essex, timur London.
Penahanan dua suspek terbaharu itu dilakukan selepas dua lelaki rakyat Britain berusia 29 tahun dan 22 tahun ditangkap pada Isnin lalu di Dover kerana memiliki sejumlah senjata.
“Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam keganasan di Syria," jelas kenyataan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130920/lu_01/Polis-Britain-tahan-dua-lagi-suspek-pengganas#ixzz2fP3XdbGx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

India: Lima suspek kes rogol berkumpulan didakwa


MUMBAI 20 Sept. - Lima suspek lelaki yang terlibat dalam  kes rogol secara berkumpulan seorang jurugambar pada bulan lalu, didakwa di mahkamah di sini semalam.
Empat suspek didakwa di Mahkamah Esplanade atas sekurang-kurangnya lima pertuduhan termasuk merogol secara berkumpulan, melakukan seks luar tabii, mengurung mangsa, memusnahkan bukti dan berkonspirasi dalam kejadian pada 22 Ogos lalu.
Manakala seorang lagi suspek bawah umur didakwa di mahkamah juvenil kerana berusia bawah 18 tahun ketika melakukan jenayah terbabit.
Mangsa yang berusia 22 tahun dirogol berulang kali ketika dia ditugaskan mengambil gambar di sebuah kilang terbiar di tengah Mumbai.
Seorang rakan lelaki yang menemaninya turut dipukul dan diikat dengan tali pinggang ketika wanita terbabit diserang dan dirogol. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130920/lu_02/India-Lima-suspek-kes-rogol-berkumpulan-didakwa#ixzz2fP38GxTm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perintah berkurung di selatan Thailand

Perintah berkurung di selatan ThailandRatusan penoreh getah bertempur dengan polis di selatan Thailand.

BANGKOK - THAILAND. Lebih 200 penunjuk perasaan tetap berdegil dan melanggar perintah berkurung susulan protes penoreh getah sejak minggu lalu di selatan Thailand.

Gabenor Wilayah Nakhon Si Thammarat, Wirot Chiwarangsan berkata, mereka berkumpul di persimpangan utama lebuh raya walaupun perintah itu dikenakan selepas berlaku rusuhan dengan polis, Isnin lalu.

"Mereka menutup laluan lebuh raya dan tidak mengendahkan perintah berkurung 24 jam,"katanya kepada Reuters.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Varathep Rattanakorn memberitahu, kerajaan tidak akan berunding tentang subsidi getah yang ditawarkan selepas keputusan perbincangan muktamad dalam mesyuarat peringkat negeri, minggu lalu.

Deejay radio parah ditikam penyamun



SAMEI diberi rawatan selepas parah akibat ditikam penyamun yang memecah masuk rumahnya di Sri Aman, Sarawak kelmarin.


SRI AMAN – Seorang deejay sambilan sebuah stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang beroperasi di daerah ini cedera parah selepas ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun dekat Sri Jaya Park di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan DJ Sam atau nama sebenarnya, Samei anak Epat, 31, yang bertugas di RaSA FM cedera di rusuk kanan dan perut akibat ditikam dengan pisau di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, dalam kejadian itu seorang suspek yang bersenjata pisau telah memecah masuk kediaman mangsa yang terletak di tingkat satu rumah flat tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2fNmW2JIy 
Hakcipta terpelihara 

Sesak nafas hidu bahan kimia



STOR penyimpanan bahan kimia yang terbakar berhampiran Kampung Pisang dekat Air Itam, Pulau Pinang kelmarin.


GEORGE TOWN – Lebih 500 penduduk Kampung Pisang, Air Itam di sini diarah mengosongkan kediaman setelah mengalami sesak nafas ekoran kebakaran sebuah stor menyimpan bahan kimia kelmarin.
Arahan itu dikeluarkan selepas sebuah stor menyimpan hidrogen sulfurik yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan kediaman mereka terbakar dan mengeluarkan asap yang berbau kuat pada pukul 9.30 malam.
Ketua Pengarah Bomba negeri, Azmi Tammat berkata, seramai 30 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dipadamkan dalam tempoh 20 minit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2fNmInRX8 
Hakcipta terpelihara 

Pencuri Bentley Datuk Seri didakwa


IPOH – Seorang pemotong kayu balak dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini semalam atas empat dakwaan termasuk memecah masuk sebuah banglo milik seorang pemaju hartanah dan melarikan sebuah kereta mewah jenis Bentley milik mangsa di Jalan Watson berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah di sini pada 6 September lalu.
Tertuduh, Voon Kok Chuan, 30, turut didakwa memandu kereta Bentley tersebut dengan cara merbahaya dengan niat menyebabkan kematian mangsa selain menghadapi satu pertuduhan pilihan iaitu menyimpan kereta curi berkenaan.
Di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab, tertuduh didakwa memecah masuk banglo mangsa yang bergelar Datuk Seri dan mencuri kunci kereta Bentley, serangkai kunci rumah dan kunci sebuah kereta Honda milik mangsa dengan nilai keseluruhan RM800,000.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2fNlxub1w 
Hakcipta terpelihara 

Salah masuk gear



BEGINILAH keadaan jentolak yang terbalik selepas terjunam ke bawah bukit di Bau, Sarawak semalam.


BAU – Kesilapan seorang pemandu jentolak menekan pedal minyak ketika cuba menarik brek tangan mengundang padah apabila dia maut manakala rakan sekerjanya parah selepas tersepit di dalam jentera berat itu yang terjunam ke bawah bukit lalu terbalik di kuari Paku di sini semalam.
Kejadian pukul 8.45 pagi itu mengakibatkan Thomas anak Juhin (gambar kecil), 41, dan rakan sekerja yang merupakan mekanik, Cassey anak Sumen, 24, parah selepas terjatuh sejauh 20 meter bersama jentolak berkenaan.
Seorang lagi mekanik, Sebastian Sanjes Singh, 44, terselamat dalam kejadian itu apabila dia bertindak terjun sebaik jentolak berkenaan hendak terjunam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2fNlfc1kJ 
Hakcipta terpelihara 

Buruh didakwa cuai memandu



MASRUFI diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Ampang semalam selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dengan cuai sehingga mengorbankan empat sekeluarga Mei lalu.


AMPANG – Seorang pekerja binaan berusia 66 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memandu dengan cuai sehingga mengorbankan empat sekeluarga dalam kemalangan ngeri di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini Mei lalu.
Masrufi Sain yang datang bersendirian membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Dia didakwa memandu kereta Proton Satria secara cuai dan tanpa pertimbangan munasabah sehingga mengakibatkan kematian terhadap pemandu dan penumpang kereta Perodua Viva.
Pemandu kenderaan ialah Hasbullah Abdul Ghani, 26, manakala tiga lagi penumpang iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Mohmad, 28, Nurul Intan Syahida Nordin, 22, dan Asma Ismail, 21.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2fNlH44Pb 
Hakcipta terpelihara 

6 maut, 34 cedera bas, kereta api bertembung



BEBERAPA pegawai polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta api di Ottawa kelmarin. - REUTERS


OTTAWA - Enam orang termasuk pemandu bas maut dan 34 yang lain cedera apabila sebuah bas dua tingkat merempuh halangan di sebuah simpang lalu bertembung dengan kereta api penumpang di Kanada kelmarin.
Punca kejadian dekat stesen kereta api Fallowfield di laluan Ottawa-Toronto dekat sini masih belum diketahui.
Bas berkenaan remuk manakala kepala kereta api dan sebuah gerabak kereta api berkenaan tergelincir dalam nahas tersebut.
Lapan mangsa masih kritikal setakat malam kelmarin.
Menurut seorang penumpang bas, Rebecca Guilbeault, bas berkenaan dipandu laju semasa menghampiri landasan kereta api.
Presiden kesatuan transit, Craig Watson mengenal pasti pemandu bas berusia 45 tahun yang terbunuh sebagai Dave Woodard.
Sementara itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan menyatakan, semasa kejadian kereta api milik syarikat Via Rail itu bergerak perlahan kerana ia menghampiri sebuah stesen dan persimpangan.
Pada 6 Julai lalu, seramai 47 orang terbunuh apabila sebuah kereta api membawa minyak tergelincir dan meletup di Quebec, Kanada. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2fNkPqNI6 
Hakcipta terpelihara 

Suami maut dalam kebakaran

Suami maut dalam kebakaranKeadaan rumah yang hangus terbakar meragut nyawa mangsa

BATU PAHAT- “Dalam usaha memecahkan pintu, saya terdengar suami terbatuk beberapa kali, disusuli dengan suaranya yang mengerang kesakitan.

“Disebabkan pintu terkunci dari dalam, kerja menyelamat sukar dilakukan dan akhirnya saya hanya mampu melihat rumah kami terus terbakar bersama suami,” kata Ruziah Mohd, semalam

Kejadian kebakaran berkenaan berlaku kira-kira jam 2.45 petang itu, melibatkan dua rumah berkembar termasuk yang didiami Ruziah bersama suami, Abdul Karim Mohd, 54, serta enam anaknya.

Menurut Ruziah yang tinggal di Kampung Parit Penghulu, Koris, Senggarang itu, ketika kejadian dia berada di rumah ibunya yang terletak kira-kira 50 meter daripada kediaman mereka.

“Saya langsung tidak menyedari kejadian sehinggalah jiran menjerit memaklumkan rumah terbakar. Saya berlari pulang dan cuba untuk masuk ke dalam namun tidak berjaya kerana pintu kediaman berkunci selain api marak.

“Saya serta jiran berusaha membuka pintu namun gagal kerana api semakin marak. Kami akhirnya terpaksa menunggu bomba dan penyelamat tiba untuk membantu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Menurut Ruziah, sepanjang bomba dan penyelamat memadamkan api, dia hanya mampu berdoa supaya suaminya yang menghidap penyakit buah pinggang selamat.

“Walaupun sedih, saya sekeluarga reda dengan kejadian dan sebagai ibu, saya perlu kuat dengan dugaan ini untuk memberi semangat kepada anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rengit Pegawai Bomba Kanan 1 Mohammad Andimori mengesahkan kejadian dan akan menjalankan siasatan berkaitan punca kejadian serta jumlah kerugian.

“Kami menemui mayat seorang lelaki di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab Wahab Ridwan menyerahkan sumbangan kecemasan RM300 kepada Ruziah di HSNI.

“Beberapa bantuan lain akan diberi kepada Ruziah sekeluarga dalam masa terdekat,” katanya.