Search This Blog

Monday, September 16, 2013

Kedai Merah terbakar

Kedai Merah terbakar
Norshahirah melihat kesan melecur pada tangan ibunya selepas terkena percikan api ketika cuba memadamkan kebakaran yang memusnahkan kedai makan mereka di Taman Geliga Permai, Chukai, kelmarin.

Kedai Merah terbakarDemikian kata ibu tunggal, Rozi@Rozita Mat Hassan, 34, yang melecur disambar api selepas kedai makannya yang popular dipanggil Kedai Merah di Taman Geliga Permai, di sini, musnah dalam kebakaran jam 5.40 petang kelmarin.

CHUKAI - “Bila dengar benda jatuh, saya segera meluru ke dalam bilik tidur dan tengok lampu kalimantang jatuh ke lantai dan ada api.

“Saya cepat-cepat capai alat pemadam kebakaran dan sembur tapi api tidak padam, sebaliknya makin marak.”


Akibat musibah itu, Rozi bersama adik, Hanafi, 20, dan dua anaknya, Norshahirah Sharifuddin, 10, serta Mohd Sharif, 8, tinggal sehelai sepinggang, malah wang tunai hasil perniagaan yang dianggarkan bernilai RM3,000 juga hangus.

Redah asap selamatkan kereta

Lebih malang, selain melecur pada kedua belah tangan dan kaki, Rozi turut mengalami luka pada jari tangan selepas memecahkan cermin kereta Perodua Kancil miliknya yang berada di belakang kedai menggunakan seketul batu besar bagi mengelakkan kereta itu turut disambar api.

Ketika insiden itu terjadi, mangsa empat beranak berada di bahagian dapur kedai sebelum secara tiba-tiba terdengar bunyi benda jatuh dari dalam bilik tidur.

“Sambil cuba padamkan api, saya jerit minta tolong dan arahkan adik serta dua anak keluar dari kedai. Usaha saya padamkan api gagal kerana api menyambar dinding papan bilik tidur dan asap pula makin tebal, jadi saya redah asap dan keluar ikut pintu belakang lalu mengalihkan kereta.

“Api marak terlalu cepat hinggakan adik lelaki saya tidak sempat selamatkan barang berharga dalam kedai. Selepas keluar dari kedai baru saya terasa sakit di tangan dan kaki, rupa-rupanya saya terkena api,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kira-kira jam 4.15 petang sebelum kebakaran berlaku, Rozi terkejut apabila singki di dalam bilik air pecah gara-gara dua anaknya yang sedang mandi bergurau dan bermain tolak menolak seolah-olah memberi petanda mereka sekeluarga akan ditimpa musibah.

Tidak sempat selamat kucing

Kebakaran itu turut menyebabkan asap tebal menyelubungi bangunan bersebelahan termasuk di hadapan Klinik Haiwan Kemaman yang terletak selang satu lot dari kedai makan tersebut, seterusnya mengejutkan pekerja dan pelanggan dalam klinik terbabit. Mohd Ansari Abd Aziz, 24, yang baru hari pertama bekerja di klinik itu berkata, dia menyedari asap tebal berkepul-kepul depan klinik ketika sedang bersembang dengan pelanggan.

“Menyedari kejadian itu, saya bersama pelanggan dan doktor berlari keluar menyelamatkan diri tetapi tidak sempat bawa keluar kucing yang mendapat rawatan. Selepas bomba sampai baru kesemua kucing dibawa keluar,” katanya.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 30 minit oleh 14 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Chukai dan Kemaman dengan kekuatan dua jentera.

Berjaya kawal api dalam 10 minit Pegawai operasinya, Mohd Suhaini Mohd Ali berkata, pihaknya  menerima panggilan jam 5.53 petang sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Kita berjaya kawal api dalam tempoh 10 minit dan padam sepenuhnya kira-kira jam 6.33 petang. Kebakaran hanya melibatkan kedai makan ini dan api tidak sempat merebak  ke tingkat atas kedai. Bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Kejadian yang menimpa keluarga terbabit mendapat perhatian Adun Chukai, Hanafiah Mat yang turut menghulurkan bantuan segera sebanyak RM1,000.

Pihak lain yang ingin menyumbang boleh menghubungi Rozi di talian 010-5791092.

Ops 6P: Tujuh warga asing diberkas

Ops 6P: Tujuh warga asing diberkasAntara warga Afrika yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Seorang anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen cedera akibat bergelut dengan warga Afrika dalam Ops 6P di Kepong Prima, di sini, Rabu lalu.
Difahamkan, lelaki berusia 30-an itu jatuh ketika cuba melarikan diri.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, pihaknya berjaya memberkas lelaki tersebut bersama lapan individu, termasuk seorang wanita warga tempatan, dalam operasi itu.

“Kami menyerbu beberapa gerai makan di Kepong Prima yang menjadi tumpuan warga Afrika," katanya.

Menurutnya, tujuh warga asing itu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kami mendapati individu ditahan itu memiliki pas pelajar dan pas lawatan sosial. Wanita warga tempatan itu ditahan kerana menghalang pegawai imigresen menjalankan tugas,” katanya.

Kesemua yang ditahan itu berusia 25 hingga 42 tahun, dihantar ke Depoh Tahanan Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Suami rayu Zulaikha pulang

Suami rayu Zulaikha pulang
Zulaikha bersama dua anaknya. 

 HULU BERNAM - Akur dengan konflik rumah tangga yang berlaku, akhirnya Abdul Rahman Selva Kumar Abdullah merayu kepada isterinya, Zulaikha supaya pulang ke pangkuannya dan kembali membina keharmonian keluarga bersama cahaya mata mereka.

Katanya, isterinya telah berulang kali keluar daripada rumah mereka dengan membawa anak-anak.

Sebelum ini katanya, dia pernah menyatakan hasrat ingin menceraikan Zulaikha jika tidak pulang ke rumah dan terus mengulangi perbuatan meninggalkan rumah tanpa izinnya.

Namun, apabila memikirkan nasib kedua anak mereka, dia kemudian mempertimbangkan kembali untuk mempertahankan perkahwinan yang telah mencecah usia hampir tujuh tahun.

“Saya hanya fikirkan nasib anak-anak, macam mana masa depan mereka kalau kami berpisah. Selepas ni, biarlah saya jaga mereka, yang penting isteri saya pulang.

Saya rayu supaya Zulaikha pulang. Lupakan segala yang telah berlaku. Saya akur dan terima dia seadanya. Apa yang saya mahu cuma hubungan kami berkekalan. Pulanglah,” rayu suami berusia 39 tahun ini.

Kedua-dua anak yang masih kecil kini ditinggalkan di pusat jagaan kanak-kanak dekat Klang.

"Saya akan ambil mereka (anak-anak) dan tinggal sebumbung seperti sebelum ini," katanya. Harapan Abdul Rahman, sesiapa yang mengenali dan menemui isterinya boleh menghubunginya di talian 018-281 7859. Sebelum ini, Sinar Harian pernah beberapakali melaporkan mengenai tindakan Zulaikha yang lari dari rumah membawa anak-anaknya sebelum ditinggalkan di pusat jagaan di Klang.

Laporan terbaru pada Ogos lalu, Zulaikha sekali lagi melakukan tindakan serupa.

Mayat terapung dalam sungai


16 September 2013
SUBANG JAYA – Mayat seorang lelaki yang hanya berseluar panjang ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera Kampung Seri Aman, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima panggilan orang awam kira-kira jam 6.15 petang memaklumkan penemuan itu.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Faizal Zainudin, 24, ditemui dalam keadaan telangkup dalam sungai berkenaan.

Katanya, mangsa tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian. Pemeriksaan lanjut menemukan polis dengan Mykad mangsa yang dipercayai berasal dari Malau, Kulim Kedah,” katanya.

Beliau berkata, dahi mangsa mengalami kecederaan dipercayai kesan akibat terjatuh.

Pihak polis katanya, masih menunggu laporan bedah siasat hospital berhubung kematian mangsa.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kematian mangsa.

Mayat dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam lalu dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Penternak lembu bebas hukuman mati mandatori

Penternak lembu bebas hukuman mati mandatoriFadzil (dua, kanan) dipeluk ibunya ketika keluar dari bilik perbicaraan sambil diiringi peguam, Datuk Naran Singh (kiri).

ALOR SETAR - Suasana di bilik perbicaraan Mahkamah Tinggi 4 di sini, semalam, diselubungi pilu sebaik sahaja Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, membebaskan pertuduhan ke atas Ahmad Fadzil Hamzah, 34, daripada tuduhan mengedar dan memiliki dadah di Kulim, dua tahun lalu.

Ahmad Fadzil yang juga seorang penternak lembu, meraup muka diiringi tangisan kegembiraan lantas memeluk ibunya, Siti Doyah Ahmad, 65, yang turut sebak sebaik keputusan mahkamah dibuat.

Mohd Zaki membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Ahmad Fadzil dalam pertuduhan pertama didakwa mengedar 16.47 kilogram dadah iaitu 16.32 kilogram heroin dan 149.6 gram monoacetylmorphine di dalam kereta jenis Mercedez Benz nombor pendaftaran SA5880J di tepi rumah No 9, Kampung Baru, Sungai Kob, Kulim kira-kira pukul 1 petang, 5 Ogos 2011.

Bagi tuduhan itu, Ahmad Fadzil didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 84.8 gram kanabis di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama iaitu boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, keterangan utama pendakwaan yang menjadi asas pertuduhan adalah kereta yang mengandungi dadah itu dibuka menggunakan kunci yang ditemui di dalam sebuah beg kepunyaan tertuduh yang dijumpai di dalam bilik tidur rumah.

Menurutnya, pendakwaan juga menyatakan hasil soal siasat, tertuduh turut menunjukkan dadah di dalam kereta berkenaan seterusnya mengaitkan tertuduh dengan dadah tersebut.

“Bagaimanapun dalam pembelaan, tertuduh memberitahu kunci (kereta) itu diperoleh daripada bapanya selain dia tidak beritahu atau tunjuk dadah di dalam kereta terbabit.

“Setelah meneliti semua keterangan, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fadzil ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana terlepas daripada hukuman mati dan perancangannya dalam masa terdekat adalah terus mengusahakan projek ternakan lembu di Kulim.

“Sudah dua kali saya beraya di penjara dan tahun ini saya dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga. Ibu juga sudah rancang untuk menumbangkan dua ekor lembu untuk buat kenduri kesyukuran,” katanya yang diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Ejen palsu tarik kereta

Ejen palsu tarik keretaDURIAN TUNGGAL - Seorang OKU mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila keretanya dilarikan seorang lelaki menyamar ejen penarik kereta yang datang ke rumahnya di Taman Garuda, di sini.

Mangsa, Ahmad Nor Syafri, 32, terpedaya apabila lelaki berusia lewat 30 an itu mengatakan bank mahu mengambil gambar kereta Proton Iswara Aeroback yang sudah tertunggak bayaran beberapa bulan.

Menurut Ahmad, sehari sebelum kejadian, dia didatangi seorang lelaki yang menunjukkan kad sebagai ejen penarik kereta sebuah bank.

Ahmad yang sememangnya mengetahui mengenai bayaran pinjaman tertunggak tiga bulan, tidak mengesyaki apa-apa apabila lelaki tersebut mengatakan menerima arahan untuk menarik keretanya, meskipun tidak ditunjukkan surat arahan daripada bank.

“Saya turut merayu supaya kereta tidak ditarik dan berjanji akan membayar tunggakan pada 20 September ini namun dia pula meminta wang untuk ‘settle tepi’ sedangkan ketika itu saya hanya ada RM60.

“Duit RM60 mahu saya guna untuk bawa anak ke klinik diambil lelaki berkenaan dan dia meminta baki tunggakan berjumlah RM440 dibayar pada Jumaat ini,” katanya semalam.

Ahmad berkata, kira-kira jam 9.30 pagi keesokan harinya lelaki berkenaan sekali lagi datang menyatakan bank mahu mengambil gambar kereta yang dibelinya pada tahun 2009 itu.

“Saya hanya melihat lelaki itu menaiki kereta dan berlalu begitu sahaja. Saya kemudian cuba menghubungi bank namun gagal sebelum mencuba sekali lagi pada jam 11 pagi dan mereka menyatakan tidak pernah mengeluarkan surat arahan penarikan kereta,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Durian Tunggal sebelum diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Suprintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan berkata pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai mempunyai tunggakan bayaran ansuran dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sindiket tarik kereta yang tidak mempunyai surat pengesahan atau arahan penarikan kereta dari bank,” katanya.

Beliau berkata, ejen penarik kereta yang sah akan membuat laporan polis sebaik sahaja menarik kereta pelanggan.

Lori bawa 1,000 ayam terbalik


16 September 2013

SEREMBAN – Gara-gara mengelak melanggar sebuah kereta, sebuah lori membawa ayam terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Klawang – Seremban, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, lori yang membawa muatan kira-kira 1,000 ekor ayam itu dalam perjalanan dari Jelebu ke Kuala Lumpur bagi menghantar bekalan ayam.

Pemandu lori yang mahu dikenali sebagai Tan Kok, 32, berkata, kemalangan berpunca daripada tindakannya yang mahu mengelak daripada melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, muncul sebuah kereta dari arah bertentangan memasuki laluan saya.

“Saya cuba mengelak ke kiri jalan lalu terbabas sehingga melanggar tebing menyebabkan lori saya terbalik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersama dua kelindannya yang berusia 20-an segera keluar dari kenderaan sejurus kemalangan berlaku.

“Kemalangan berlaku amat pantas dan keadaan jalan yang gelap dan licin akibat hujan menyebabkan saya terbabas,” katanya.

Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sejurus kemalangan berlaku.

Dua lagi pelajar sekolah ditahan

Dua lagi pelajar sekolah ditahanSuspek masih beruniform sekolah ketika ditahan.

LUNAS - Dua pelajar lelaki tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan sebaik keluar dari kawasan sekolah kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya mendapat maklumat ada dalam kalangan pelajar sekolah terutama lelaki menunggang motosikal curi ke sekolah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal curi berkenaan akan diletakkan kira-kira 100 meter dari kawasan sekolah sebelum berjalan kaki ke sekolah bagi mengelakkan kenderaan itu dikesan.

"Kita telah membuat pemantauan terhadap pelajar sekolah dan sekolah yang terlibat dalam masalah motosikal curi.

"Pihak Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPPJ) Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, kemudiannya diarah menunggu suspek di luar sekolah dengan berpakaian preman. Sebaik sahaja suspek keluar dari sekolah, kami menahan mereka dan membawa mereka ke Balai Polis Lunas untuk pemeriksaan," katanya.

Ghuzlan berkata, beberapa pelajar lain turut terlibat dan pihaknya sekali lagi ke rumah suspek kedua sebelum bertindak menahannya.

"Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut. Sehingga kini lebih 20 pelajar sekolah telah ditahan dan ada dalam kalangan mereka yang sudah di hadapkan ke mahkamah,” katanya.

Katanya, polis akan terus memburu remaja dan kumpulan yang masih bergerak aktif melakukan kegiatan curi motosikal itu.

Terperangkap dalam kebakaran

Terperangkap dalam kebakaranMarakar menunjukkan gambar anak bongsunya yang menjadi mangsa kebakaran.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak berumur empat tahun ditemui maut dalam bilik air utama selepas terperangkap dalam kebakaran di kediaman keluarganya di Bandar Baru Kangkar Pulai, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamed berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan anggaran jam 2 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, selepas kunci dibuka, dua kanak-kanak ditemui dalam bilik air yang mana seorang daripadanya, Muhammad Iskandar Marakar, 4, tidak berjaya diselamatkan dipercayai sesak nafas akibat asap.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa ditinggalkan bersama kakaknya yang berumur tujuh tahun selepas bapanya keluar menjemput ibunya yang pulang dari berniaga.

“Kejadian disedari jiran mangsa lebih kurang jam 1.40 pagi selepas terdengar suara budak menangis dan bunyi bising barang-barang terjatuh,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Marakar Pekar, 45, tidak menyangka rengekan anak bongsunya meminta tiga bungkus mi segera telur adalah petanda anak kesayangannya itu akan meninggalkannya selama-lamanya.

Menurutnya, pada malam kejadian sebelum kedua-dua anaknya tidur, Muhammad Iskandar sempat menjamah tiga bungkus mi segera yang diidamkannya.

Menurutnya, anggaran jam 12.30 pagi, dia bergegas meninggalkan dua anaknya yang sudah nyenyak tidur di ruang tamu untuk menjemput isterinya pulang dari berniaga di Pasar Borong Pandan.

“Lebih kurang jam 1.45 pagi, saya dikejutkan dengan panggilan jiran memberitahu rumah terbakar, saya terus memecut pulang ke rumah.

“Selepas membuka pintu, dalam keadaan gelap gelita saya mencari anak-anak di ruang tamu, tapi tak berjumpa sehingga terdengar suara batuk dari dalam bilik air,” katanya di sini, semalam.

Marakar berkata, dia segera mengangkat anak bongsunya yang ditemui tertiarap di dalam bilik air keluar dari kepulan asap tebal yang memenuhi ruangan rumah.

Menurutnya, malangnya anaknya sudah tidak bernyawa, manakala anak sulung, Siti Aishah, 7, berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

“Saya tak sangka sikapnya yang pelik menghabiskan sampai tiga bungkus mi segera yang diminta adalah petanda akan tinggalkan kami sekeluarga selama-lamanya.

“Sikapnya yang manja dan kerap bergaduh dengan kakaknya sejak akhir-akhir ini adalah kenangan yang ingin ditinggalkan untuk kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Mohd Nor Saufi Salekun, 29, berkata, dia berasa ralat kerana usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak itu tidak membuahkan hasil.

Menurutnya, panggilan mak oleh kanak-kanak itu yang meminta diselamatkan masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Dua kali saya dengar suara kanak-kanak menyebut perkataan mak, namun saya tak mampu berbuat apa-apa kerana mangga di pintu utama tidak berjaya dibuka.

“Sampai sekarang suara itu masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga membuatkan saya rasa terlalu bersalah pada diri sendiri kerana tidak mampu menyelamatkan mangsa,” katanya.

Padah tunggang motosikal secara bahaya

Padah tunggang motosikal secara bahayaMangsa yang mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia.

PENDANG - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Ibrahim maut selepas motosikal yang ditunggangi terperosok di bawah lori pasir tanpa muatan di Jalan Sungai Tiang Pendang, di sini, pada jam enam petang, kelmarin.

Kejadian yang berlaku dekat Kampung Sawa Kecil itu menyebabkan penunggang motosikal, Muhammad Alif Adha Mohd Asri, 14, dari Kampung Sawa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang, Inspektor Jasmin Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan maut dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang memandu secara berbahaya.

“Penunggang motosikal dari arah Sungai Tiang manakala lori dipandu lelaki berumur 50 tahun dari Bidong Kedah dikatakan dalam perjalanan dari arah Pendang pulang ke rumahnya.

“Penunggang motosikal disyaki telah mengangkat tayar hadapan dan perbuatan tersebut menyebabkan beliau (mangsa) terjatuh ke laluan bertentangan sebelum terperosok ke bawah lori.

"Malangnya pemandu lori ini tidak sempat memberhentikan lori akibat jarak yang terlalu dekat,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lans koperal guna Revolver .38

Lans koperal guna Revolver .38Pistol jenis Revolver .38 yang digunakan anggota polis.

LEDANG – Anggota polis yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian tragis di Labis dan Jalan Jamaat, Sialang, Tangkak, kelmarin, menggunakan pistol jenis Revolver .38.

Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, revolver itu merupakan senjata yang dibekalkan kepada anggotanya untuk bertugas.

Katanya, anggota polis berpangkat lans koperal itu bertugas di Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat selama tujuh tahun dan mempunyai rekod pekerjaan baik.

Menurutnya, dalam kejadian antara jam 7 dan 7.15 malam itu, suspek ke rumah bapa mentuanya bersama sepucuk pistol dan menembak warga emas berkenaan.

“Apabila terima maklumat orang awam menerusi bilik gerakan, polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat suspek bersama sepucuk pistol di ruang tamu rumah itu.

“Bapa mentua suspek dihantar ke Hospital Tangkak oleh orang awam, namun meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, semalam.

Mereka terbunuh dikenali sebagai Fadzly Omar, Norakmal Abdul Kadir, 26, dan ayahnya, Abdul Kadir Md Arif, 65.

Harun berkata, hasil siasatan mendapati, suspek terlebih dahulu menembak isterinya di Felda Chempelak, Labis, sebelum ke Tangkak bersama anak lelakinya berusia dua tahun.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan daripada semua aspek dan sumber bagi mengetahui motif kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

‘Maafkan mak...’

Foto
MARAKAR dan Masirah tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat jenazah anak mereka.


Foto
Siti Aisyah ditenangkan saudara.
Gelang Patah: “Maafkan mak nak, maafkan mak,” rintih seorang ibu, Masirah Berutu, 34, ketika mengucup jenazah anaknya Muhammad Iskandar Marakar, 4, buat kali terakhir sebelum kanak-kanak berkenaan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Kangkar Pulai, di sini, semalam.

Muhammad Iskandar ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air rumah teres setingkat milik keluarganya di Jalan Mesra 6, Bandar Baru Kangkar Pulai di sini, manakala kakaknya Siti Aisyah, 7, berdiri sambil menangis di dalam bilik air sama ketika kediaman berkenaan terbakar kira-kira jam 2 pagi semalam.

Bapa mangsa Marakar Pekar, 45, berkata, ketika kejadian dia dan isterinya keluar ke Pasar Borong Pandan untuk membeli ikan.

Katanya, dia dan isteri keluar pada jam 12.30 tengah malam selepas mendapati kedua-dua anaknya tidur dan singgah minum di sekitar Bandar Baru Uda.



“Mereka tidur di ruang tamu dan sebelum pulang, kami menerima panggilan daripada jiran memaklumkan rumah terbakar.

Dengar dua das tembakan

Ledang: “Sebaik tiba di garaj depan rumah, saya terdengar dua das tembakan dari arah ruang tamu kediaman.
“Saya masuk ke dalam dan terkejut mendapati abang ipar terkulai di atas meja manakala bapa telentang di lantai, keadaan bapa sungguh menyayat hati kerana dia ditembak di kepala,” kata Mohd Noorshairazi Abdul Kadir, 25, semalam.
Mohd Noorshairazi adalah anak bongsu kepada Abdul Kadir Md Arif, 66, yang maut selepas ditembak menantunya Lans Koperal Fadzly Omar, 29, di rumah mangsa di Jalan Sialang, Tangkak di sini, jam 7.15 malam kelmarin.

Kira-kira sejam sebelum itu, suspek dipercayai menembak isterinya Norakmal Abdul Kadir, 28, di kuarters polis FELDA Chempelak, Labis, Segamat.
Foto
AHLI keluarga yang menziarah majlis pengebumian menenangkan Rogayah (kiri).

Suspek yang bertugas di pondok polis tanah rancangan berkenaan kemudian memandu kereta Proton Wira bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun pulang ke kediaman mentuanya lalu menembak lelaki berkenaan.

Isteri muda kena silat



Kuala Lumpur: “Dia berperwatakan seperti ustaz dan memberitahu mengahwini saya semata-mata kerana Allah, namun selepas berkahwin saya bukan saja dicaci hampir setiap hari, tapi turut dipukul, disepak dan kepala saya pernah dihentak dengan penukul.”

Demikian rintihan seorang mualaf yang kini melarikan diri daripada bekas suaminya, seorang guru silat selepas tidak tahan dikasari, termasuk pernah dipukul lebih 20 anak murid lelaki itu kerana dituduh bersekedudukan dengan lelaki lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hanim, 32, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada 2005 kerana belajar pencak silat daripadanya.

“Ketika itu, saya baru bercerai dengan suami pertama dan tidak lama kemudian saya berkahwin dengannya selepas diyakinkan bahawa pernikahan kami hanya semata-mata kerana Allah SWT,” katanya.

Foto
HANIM menceritakan kisah dibelasah bekas suami kepada wartawan.
Foto
BIBIR luka akibat dipukul.

Hanim berkata, dia menjadi isteri kedua dan pada masa sama turut menguruskan aktiviti pertubuhan silat milik suaminya.

Kepala sebelah roda

Foto
KEADAAN pasangan suami isteri yang dirempuh.
Foto
PESERTA konvoi membantu mengangkat rakan yang cedera.


Kuantan: “Hati saya berdegup kencang melihat dua rakan saya sudah berada di bawah kenderaan itu dengan kepala seorang daripadanya berada betul-betul bersebelahan roda belakang kenderaan pacuan empat roda itu.

“Saya cuba memanggil dan bersyukur kerana nyawa mereka masih panjang apabila memberi respons selepas nama dipanggil,” kata peserta konvoi ‘Malaysia Ride’, Mohd Rizal Ismail, 38.

Pasangan suami isteri itu yang hanya dikenali sebagai Mizi dan Zuraidah berusia 30-an antara lima peserta konvoi yang cedera akibat dirempuh Toyota Hilux di Kilometer 43, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Cherating, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, pasangan itu dikatakan tercampak ke bawah kenderaan berkenaan sejurus dirempuh dan si suami mengalami patah kaki kanan manakala isterinya hanya cedera ringan.



Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd Rizal berkata, 60 motosikal membabitkan 80 penunggang dan pembonceng berkonvoi dari Kuala Terengganu, Terengganu menuju ke Melaka dan merancang singgah di bandar ini untuk makan tengah hari.

Gagal punggah ATM masuk van


Johor Bahru: Usaha lima penjenayah melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) tidak berhasil apabila ia gagal dialihkan ke dalam van milik mereka.

Kejadian berlaku di sebuah bank di Jalan Ros Merah, Taman Johor Jaya, di sini, pada jam 7.30 pagi semalam.


Difahamkan, ketika kejadian, seorang pengawal keselamatan bertugas di bank cuba menghalang kumpulan penjenayah terbabit.

Namun lima penjenayah yang memakai topeng muka dan berkulit gelap itu tidak mempedulikannya.


Malah, pengawal keselamatan berkenaan turut cedera di badan akibat dipukul penjenayah terbabit.


Dalam kejadian itu, pintu masuk ke bilik menempatkan ATM itu juga dipecahkan.

Bagaimanapun, kumpulan itu hanya mampu mengalihkan ATM berkenaan ke luar premis, 10 meter dari kedudukan asal.


Difahamkan, penjenayah menggunakan tali bagi mengalihkan ATM itu, namun gagal.

Pengawal keselamatan berusia lingkungan 50-an itu kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan ATM itu cuba dilarikan penjenayah.


“Kami akan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan bagi mengenal pasti identiti penjenayah.


“Kami juga akan menyiasat sama ada mereka ini kumpulan sama yang terbabit dalam beberapa kes melarikan ATM di negeri ini sebelum ini,” katanya.


Menurut Roslan, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penjenayah terbabit diminta tampil membantu siasatan.

‘Takut berada di samping suami’


Ledang: “Norakmal sebelum ini pernah menyuarakan ada ketikanya dia takut apabila berada di samping suaminya dan terpaksa mengikut saja arahan.

“Saya ingatkan itu hanya masalah biasa dalam rumah tangga dan tidak sangka menantu (Fadzly) bertindak sejauh ini,” kata Rogayah Alip, 62, semalam.


Rogayah ibu kepada Norakmal Abdul Kadir, 28, yang mati ditembak suaminya Lans Koperal Fadzly Omar, 29, di kuarters polis FELDA Chempelak, Labis, Segamat, kelmarin.

Pada masa sama, Fadzly turut maut selepas menembak dirinya sejurus menembak mati bapa mentuanya Abdul Kadir Md Arif, 66, di rumah mangsa di Jalan Sialang, Tangkak.


Menurut Rogayah, sejak berkahwin tiga tahun lalu, menantunya dan Norakmal tinggal berasingan kerana tuntutan kerja.


“Norakmal yang bekerja sebagai kerani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tangkak tinggal bersama kami manakala Fadzly di kuarters polis FELDA Chempelak.

“Fadzly pendiam dan jarang bercampur dengan ahli keluarga lain. Dia pulang setiap Jumaat untuk mengambil Norakmal dan anak lelaki mereka (Fatih Haziq, dua tahun),” katanya.


Menurut Rogayah, pada hari kejadian, Norakmal baru sehari bermalam di FELDA Chempelak dan sepatutnya pulang pada hari ini sempena cuti umum Hari Malaysia.

Katanya, Norakmal juga tidak pernah menceritakan masalah rumah tangga yang dihadapi.


Pada Aidilfitri lalu, Norakmal dan Fadzly juga tidak menunjukkan perubahan manakala arwah suaminya pula ceria seperti biasa.


“Kami sekeluarga terkejut dan tidak percaya kejadian ini berlaku. Walaupun sedih, kami reda dengan ujian Tuhan ini,” katanya.


Jenazah Abdul Kadir dan Norakmal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gontang, Tangkak selepas solat Asar, semalam.


Jenazah Fadzly pula dibawa ke kampung halamannya di FELDA Palong 3, Negeri Sembilan dan dikebumikan di situ.

Seks dengan kuda, anjing


London: Pada April lalu, polis Britain menangkap seorang lelaki kerana kesalahan mencuri.

Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan menemui jenayah lain yang lebih mengejutkan.


Polis menahan Graham Redfearn, 41, kerana disyaki memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri. Apabila menggeledah rumah suspek, mereka menemui rakaman video lucah lelaki terbabit, menunjukkan dia yang melakukan seks dengan seekor kuda, manakala dalam satu lagi rakaman menunjukkan dia melakukan seks dengan dua ekor anjing.

Redfearn memberitahu polis dia hanya menjalankan “eksperimen” dengan berbaring di atas katil, manakala selebihnya dilakukan anjing itu,” lapor akhbar Metro UK.


Menurut Shropshire Star, polis percaya Redfearn ingin berkongsi video itu dengan orang lain. Dia mengaku bersalah terhadap dakwaan aktiviti seksual bersama kuda dan anjing, selain dua lagi tuduhan menghasilkan imej lucah melampau.


Redfearn turut memuat turun status di Facebook mengatakan dia tidak sabar untuk “bekerja” dengan kuda dan pernah mempunyai pengalaman melakukan kerja sedemikian.

Mahkamah Khamis lalu, melarang Redfearn memiliki haiwan dan dia dikenakan arahan larangan aktiviti seksual selama 10 tahun.


Menurut akhbar Mirror pula, dalam kenyataannya kepada mahkamah di Shrewsbury, Redfearn berkata, dia berkelakuan demikian kerana pernah didera dan diperkosa anjing German Shepherd ketika berusia 12 tahun.

Walaupun video menunjukkan dia melakukan seks dengan kuda, Redfearn terlepas hukuman penjara kerana tiada bukti menunjukkan bahawa haiwan berkenaan marah atau cemas.


Ini bukan kes seksual dengan haiwan yang pertama di Britain dibicarakan.


Ogos lalu, seorang lelaki dari Wiltshire dilarang melakukan kerja di ladang selepas mengaku melakukan seks dengan seekor kambing. Awal minggu ini, dia dijatuhkan hukuman penjara enam minggu. - Agensi

Peragut maut motosikal dirempuh kereta mangsa


 
Kuala Lumpur: Seorang peragut maut, manakala rakannya yang cedera melarikan diri dengan kenderaan milik mangsa dalam kejadian di Taman Cheras Perdana, Cheras dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, dua lelaki bersenjatakan pisau meragut beg tangan mangsa, Lee Chui Hiong, 32 di tempat letak kereta flet Taman Megah, Batu 9 Cheras dekat sini, sebelum mangsa mengejar suspek yang bermotosikal itu.
Mangsa yang juga seorang juruwang memandu kereta jenis Hyundai Electra kemudian merempuh motosikal suspek di lampu isyarat Taman Cheras Perdana menyebabkan kedua-duanya terjatuh. Difahamkan, suspek yang membonceng motosikal membaling topi keledar ke arah kenderaan mangsa.

Tangan tersepit

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, mengesahkan kejadian itu berkata, seorang suspek yang terjatuh maut dalam perjalanan ke Hospital Kajang, manakala rakannya yang juga pembonceng motosikal cedera di tangan akibat tersepit pada tayar kereta mangsa ketika jatuh.

“Dengan bantuan orang awam, kereta mangsa diundurkan untuk melepaskan tangan suspek yang tersepit.

“Mangsa kemudian keluar daripada kereta dalam keadaan enjin hidup dan ketika leka suspek terbabit masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi BH di sini semalam.
Ab Rashid berkata, polis mendapati tiada rekod kenderaan hilang dalam pemeriksaan terhadap motosikal yang digunakan suspek.

“Pemilik motosikal berusia 40 tahun dari Kampung Baru, Batu 9, Kajang didapati memiliki tiga rekod lampau kerana mencuri dan pernah ditahan Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam,” katanya.

Thai tahan 7 penyeludup


BANGKOK 15 Sept. - Polis Thailand menahan tujuh lelaki berserta 252 kilogram ganja di tebing Sungai Mekong di daerah That Phanom, di sini hari ini.
Jurucakap polis, Chusak Thavornpoj berkata, kesemua suspek ditahan ketika mereka cuba menyeludup dadah berkenaan ke Laos.
Polis turut merampas dua trak dan tiga motosikal yang digunakan suspek untuk membawa dadah tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130916/lu_12/Thai-tahan-7-penyeludup#ixzz2f0sfc7a7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hubungan dingin sebelum mati


FADZLY


LEDANG - Lans Koperal Fadzly Omar, 29, yang menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak dirinya sendiri pernah menyatakan dia akan menembak seseorang sambil menunjukkan pistol di pinggangnya.
Perkara itu diberitahu abang ipar Fadzly, Ezam Abd. Kadir, 34, ketika mereka bersembang pada hari raya bulan lalu.
Ezam memberitahu, pada ketika itu dia menganggap luahan rasa adik iparnya itu sebagai gurauan.
"Saya fikir dia mahu menembak penjenayah atau peragut. Saya tidak sangka dia benar-benar melakukan perbuatan itu," katanya ketika ditemui di Hospital Ledang di sini semalam.
Dalam kejadian antara pukul 7 hingga 7.15 malam kelmarin, Fadzly menembak bapa mertuanya Abd. Kadir Md. Arif, 66, di Jalan Sialang, Tangkat dekat sini sebelum menembak dirinya sendiri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2f0guSsDq 
Hakcipta terpelihara 

Harta pusaka jutaan ringgit lesap


KOTA BHARU - Pengerusi Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang mendakwa kerugian jutaan ringgit apabila barang kemas pusaka peninggalan keluarganya dicuri selepas rumahnya dipecah masuk di Taman Intan, Lundang dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 3 pagi itu menimpa Dr. Tengku Fadzillah Husin, 52, apabila rumahnya dimasuki pencuri melalui tingkap bilik air ketika mangsa sedang tidur.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa terjaga apabila ternampak kelibat seorang lelaki namun tidak mengendahkannya kerana menyangka itu adiknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2f0gcAUXC 
Hakcipta terpelihara 

Menangis terlepas tali gantung


ALOR SETAR - Seorang penternak lembu bersyukur tidak terkira apabila berpeluang menyambut Aidiladha bersama keluarganya pada kali ini selepas dua tahun terpaksa beraya di penjara apabila dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan memiliki dadah semalam.
Ahmad Fadzil Hamzah, 34, hanya mampu menekup muka dan menangis kegembiraan sebaik Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membebaskannya daripada tuduhan mengedar ganja, heroin dan morfin pada 5 Ogos 2011.
Bapa kepada dua anak itu kemudian memeluk ibunya, Siti Doyah Ahmad, 65, yang turut mengalirkan air mata sebaik prosiding mahkamah selesai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2f0gPvP5T 
Hakcipta terpelihara 

Jeritan sayu sebelum lemas



INILAH rumah yang terbakar hingga mengorbankan Muhammad Iskandar selepas lemas terhidu asap tebal di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Jeritan sayu dua beradik memanggil ibu mereka berakhir dengan tragedi pilu apabila salah seorangnya ditemui mati akibat lemas terhidu asap tebal selepas rumah teres milik keluarga mereka terbakar dalam kejadian di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini semalam.
Kejadian menyayat hati pada pukul 2 pagi itu mengorbankan Muhammad Iskandar Marakar, 4, manakala kakaknya, Siti Aishah, 7, tidak cedera.
Bapa mangsa, Marakar Pekar, 45, berkata, ketika kejadian dua beradik itu ditinggalkan di rumah kerana dia dan isteri, Masirah Berutu, 34, keluar untuk membeli barang keperluan perniagaan di Pasar Borong Pandan di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2f0gDUw00 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda lesap selepas bergaduh dengan isteri ditemui mati


KUCHING - Misteri kehilangan seorang pemuda yang keluar rumah selepas bergaduh dengan isterinya sejak hari raya kedua lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan sudah tinggal rangka di dalam semak di Lorong 2, Jalan Cenderawasih di sini semalam.
Rangka milik Mohamad Irwan Syah Abdul Bahar, 27, ditemui pada pukul 9 pagi lengkap berbaju T hijau dan berseluar pendek oleh seorang pencari kayu, Norudin Abdullah, 36, kira-kira 50 meter dari lorong tersebut.
Rangka tersebut ditemui dalam keadaan terlentang dengan kepalanya hampir terbenam ke dalam tanah.
Selain itu sebuah tilam turut ditemui di sisi mayat tersebut. Jarak tempat kejadian dan rumah mangsa yang terletak di Kampung Semariang Baru Fasa II kira-kira 500 meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2f0fvJOxA 
Hakcipta terpelihara 

Peragut mati, wanita hilang kereta


BEGINILAH keadaan motosikal peragut yang rosak selepas terlibat nahas di Taman Cheras Perdana.


KAJANG - Cubaan seorang wanita untuk menyelamatkan beg tangan mengandungi RM4,000 yang dilarikan dua peragut berakhir dengan dua kejadian malang apabila mangsa kerugian lebih besar apabila keretanya dilarikan manakala salah seorang penjenayah itu mati akibat kemalangan.
Kejadian pada pukul 6.30 pagi itu berlaku apabila mangsa yang baru meletakkan kereta jenis Hyundai Elantra di kawasan apartmen di Taman Megah di sini didatangi dua lelaki bermotosikal dan bersenjatakan sebilah pisau.
Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun tersebut baru pulang dari kerja sebagai juruwang di sebuah pusat hiburan di Sungai Chua dekat Kajang.
Sebaik mangsa membuka pintu, suspek terus mengacukan pisau ke arah mangsa sebelum meragut beg tangan wanita tersebut yang mengandungi RM4,000, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri.
Mangsa yang geram dengan tindakan suspek kemudian telah mengejar motosikal jenis Yamaha dinaiki peragut dengan kereta itu hingga ke persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Perdana, Batu 9 di sini. Jarak dua tempat itu kira-kira 400 meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2f0fcyKZX 
Hakcipta terpelihara 

Colorado siap sedia hadapi banjir kali kedua



SEBUAH kereta rosak dilanda banjir kilat yang membawa lumpur di Jamestown, Colorado kelmarin.


DENVER - Lebih 500 mangsa yang terkandas dalam kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di negeri Colorado bersiap sedia untuk sekali lagi menghadapi bencana itu selepas hujan lebat turun semalam.
Situasi tersebut turut menyukarkan usaha menyelamat oleh pihak berkuasa.
"Ramai mangsa tidak dapat menghubungi saudara-mara kerana banyak menara komunikasi yang rosak dalam banjir kilat kali ini," kata seorang pegawai pengurusan bencana.
Perkhidmatan Meteorologi Amerika Syarikat (AS) meramalkan banjir kali kedua bakal melanda Colorado selepas hujan lebat turun semalam dan dijangka berterusan hingga hari ini.
Dalam pada itu, media AS melaporkan kejadian hujan batu sebesar guli dan ribut petir melanda utara bandar Aurora di negeri berkenaan kelmarin.
Di sebuah lagi bandar di Colorado, Boulder, banjir kilat meragut sekurang-kurangnya empat nyawa dengan bilangan mangsa dikhuatiri meningkat selepas seorang wanita berusia 60 tahun hanyut dibawa air deras.
"Mangsa dianggap telah terkorban. Kami bimbang angka kematian dalam bencana ini akan terus meningkat," kata Sherif Boulder, Joe Pelle.
"Namun, kami akan cuba menyelamatkan semua mangsa terkandas seberapa cepat yang mungkin," jelasnya.
Menurut Pelle, terdapat kira-kira 350 orang di daerah Larimer, berdekatan bandar berkenaan yang masih tidak dapat dikesan manakala 475 orang telah dipindahkan.
"Banjir kali ini adalah satu epik dan hanya berlaku sekali dalam tempoh 500 tahun atau 1,000 tahun," kata seorang pegawai tempatan kepada akhbar The Denver Post.
Dalam pada itu, pihak berkuasa negeri Colorado menyatakan, kira-kira 1,200 penduduk dipindahkan oleh pasukan tentera simpanan, Pengawal Kebangsaan setakat ini.
Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa menggunakan beberapa buah helikopter untuk memindahkan 200 penduduk di Jamestown, di barat laut Boulder ekoran banyak jalan raya musnah.
Terdahulu, rakaman dari helikopter menunjukkan petugas-petugas kecemasan menjatuhkan bungkusan makanan kepada penduduk yang terkandas akibat banjir beberapa buah bandar termasuk Jamestown dan Boulder. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2f0essXEr 
Hakcipta terpelihara 

Dua wanita cedera terkena peluru sesat anggota polis



SEORANG wanita rebah selepas terkena sebutir peluru sesat dalam insiden tembakan di New York kelmarin.


NEW YORK - Polis tertembak dua wanita ketika cuba menangkap seorang lelaki yang mengamuk di luar Terminal Bas Pihak Berkuasa Pelabuhan di sini kelmarin.
Menurut pihak berkuasa, sebutir peluru sesat itu mengenai kaki seorang wanita manakala mangsa kedua cedera di punggung.
Beberapa saksi berkata, seorang anggota polis melepaskan tiga das tembakan selepas terdengar jeritan bahawa suspek membawa senjata api.
Kedua-dua mangsa yang kebetulan berada di tempat kejadian kemudian dibawa ke dua hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah persimpangan yang sibuk di sini sejurus selepas pukul 9.30 malam (waktu tempatan).
"Seorang lelaki berlari memasuki simpang empat itu. Dia seperti meminta supaya kenderaan yang lalu-lalang melanggarnya," kata seorang saksi, Fabiola Ferere.
"Sebuah trak melanggarnya tetapi dia bangkit kembali sebelum dirempuh pula oleh sebuah kereta," tambah wanita berusia 30 tahun itu.
Seramai tujuh anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian cuba menahan lelaki tersebut.
"Dia berlari-lari di sekitar lokasi kejadian untuk cuba mengelak daripada ditangkap," kata saksi sama.
Menurut beberapa saksi lain, ketika polis berjaya merebahkan suspek, lelaki itu kelihatan seperti cuba mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.
Ketika itu, seorang pejalan kaki menjerit: "Dia bersenjata!".
"Saya kemudian mendengar tiga das tembakan dilepaskan manakala polis mengosongkan lokasi kejadian selepas itu," kata seorang pelancong, Arkem Assam.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan nama suspek, anggota polis yang melepaskan tembakan dan dua mangsa berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2f0ePYZav 
Hakcipta terpelihara