Search This Blog

Wednesday, September 11, 2013

4 bersalah rogol, bunuh pelajar perubatan

4 bersalah rogol, bunuh pelajar perubatanVan polis yang membawa kesemua tertuduh memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Saket di New Delhi, semalam.

NEW DELHI - INDIA. Empat lelaki didakwa bersalah atas kesalahan merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan berumur 23 tahun di New Delhi di dalam sebuah bas, Disember lalu.

Hakim Yogesh Khanna memutuskan kesemua tertuduh, Mukesh Singh, Vinay Sharma, Pawan Gupta dan Akshay Kumar Singh bersalah kerana merogol bergilir-gilir, berkelakuan di luar tabii, memusnahkan bukti dan membunuh mangsa yang tidak berdaya.

Bagaimanapun menurut AFP, keputusan berhubung hukuman ke atas mereka hanya akan diumumkan pada hari ini.

Susulan daripada keputusan itu, peguam bela tiga daripada empat tertuduh tersebut memaklumkan mereka akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

Akhir bulan lalu, tertuduh kelima dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Juvana manakala suspek keenam, Ram Singh ditemui mati tergantung di dalam penjara, Mac lalu.

6.8 juta tikus melebihi populasi penduduk di KL!

tikus
Sekadar gambar hiasan
.

BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!

Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.

Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang 'high-end' ini boleh dikatakan kotor.

Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.

Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi h pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak itu? Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa.

Masalah utama yang dilihat ialah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi syurga tikus.

Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di situ.

Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan.

Ikuti laporan wartawan Sinar Harian mengenai permasalahan tikus yang wujud di sekitar Lembah Klang.

Suami dakwa isteri tinggal bersama Datuk

Suami dakwa isteri tinggal bersama DatukBilik air yang tidak sempat di pasang mozek menjadi punca pergaduhan mereka.

JENGKA 12 - “Saya tidak akan reda pada sesiapa sahaja yang telah menyimpan isteri saya,” begitulah kata seorang peneroka tanah rancangan ini yang mendakwa isterinya tidak pulang ke rumah sejak Mei lalu dan menetap bersama seorang bergelar Datuk di Kuala Lumpur.

Peneroka terbabit, Abdul Rahman Mandak, 67, berkata, dia mendapat tahu perkara terbabit melalui jiran hadapan rumahnya baru-baru ini.

“Saya tidak tahu selama ini. Baru-baru ini jiran saya menceritakan kepada saya bahawa isteri saya kini tinggal bersama seorang bergelar Datuk di Kuala Lumpur.

“Jiran saya memberitahu dia mendapat cerita terbabit melalui anak lelaki saya. Jika benar, saya tidak reda lelaki itu menyimpan isteri saya,” katanya.

Tambahnya, isterinya, Hazizah Yahya, 60, ke Kuala Lumpur bersama anak lelakinya untuk menenangkan diri setelah mengalami pergaduhan besar pada Mei lalu.

“Ia berpunca kerana isteri saya asyik tidak berpuas hati dengan tindakan saya memasang mozek di dapur dan di bilik air.

“Walaupun sudah beberapa kali saya membetulkannya, dia tetap marah sehinggalah tercetusnya pergaduhan besar,” katanya.

Menurutnya, sejak daripada itu, sehingga kini dia tidak mendengar khabar berita dari isterinya. Malah anaknya juga enggan menyatakan apa-apa.

“Saya hanya menerima surat mahkamah isteri saya menuntut cerai. Tapi saya tidak mahu ceraikan dia mengenangkan dahulu kami pernah berjanji untuk sehidup semati.

“Dalam surat cerai itu, dia menuduh saya bertindak kasar ke atasnya sedangkan sepanjang kami berkahwin, saya tidak pernah memukulnya,” katanya.

Tambahnya lagi, antara sebab lain mengapa dia enggan menceraikan isteri yang dikahwini sejak 1970an lagi adalah kerana mengenangkan rumah yang mereka bina bersama di tanah rancangan ini sejak awal. Malah mereka juga telah dikurniakan enam anak yang kini sudah boleh hidup berdikari.

“Saya harap dia (isteri) dapat pulang ke rumah untuk menyelesaikan masalah kami ini. Saya tidak mahu dia buat perkara yang tidak wajar bersama Datuk terbabit,” katanya.

Abdul Rahman dalam pada itu turut membuat laporan polis berkaitan perkara terbabit setelah mendapati isterinya tidak pulang sejak tiga bulan lalu.

Padah rogol pelajar, penjara 10 tahun

Padah rogol pelajarIsmadi (kiri) keluar dari lokap menuju ke mahkamah untuk berdepan hukuman, semalam.

KOTA BHARU - Padah merogol kenalan bawah umur yang dikenali melalui panggilan telefon, seorang buruh dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen. di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh, Ismadi Ismail, 39, mengaku salah tuduhan tersebut.

Ismadi didakwa merogol pelajar tingkatan tiga yang berusia 15 tahun enam bulan tersebut di dalam kereta di tepi sebuah tokong Kampung Merabang, Kubang Golok, Bachok, antara jam 9 dan 10 malam, 12 Mei 2012.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah dan dibicarakan, kemudian menukar pengakuannya, semalam.

Pada prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam bela, Ilyas mohd Noor memohon hukuman ringan kerana masih menanggung lima anak.

“Tertuduh juga sudah bercerai dengan isteri selepas kes ini dan kadangkala bekerja sebagai pemandu lori sambilan bagi menambah pendapatan. Tertuduh hanya tamat tingkatan dua dan menyesali serta menginsafi perbuatannya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf bagaimanapun memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira trauma yang dialami mangsa.

“Tertuduh tidak sewajarnya terlibat dalam kesalahan seksual seperti ini kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai isteri ketika kejadian tersebut,” katanya.

2 maut letupan berhampiran sekolah

2 maut letupan berhampiran sekolahSebahagian daripada motosikal rosak teruk selepas terkena letupan di Guilin.

BEIJING - CHINA . Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 18 yang lain cedera dalam letupan berhampiran sekolah rendah di bandar selatan China, semalam.

Media tempatan melaporkan, kejadian sekitar jam 8 pagi itu berlaku selepas seorang lelaki menaiki motosikal beroda tiga melepasi pintu masuk Sekolah Rendah Balijie, di pusat bandar Guilin.

"Siasatan awal polis mendapati, letupan menyebabkan letupan kuat. Sembilan murid sekolah antara mangsa tercedera," menurut laporan CNN.

Laporan turut memetik, tiada maklumat terperinci mengenai kecederaan atau kematian terbabit, namun pihak berkuasa sedang giat menyiasat punca kejadian.

Letupan tersebut turut meranapkan tingkap kenderaan dan kedai berhampiran serta menyebabkan puluhan motosikal berselerak di kawasan sekitarnya.

Lelaki Nigeria maut 'dirogol' lima isteri



ABUJA - NIGERIA. Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai lalu.

Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.

Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.

Menurut DailyMail,susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis.

Keluarga, rakan anak maut dikelar sampai mati


Zapopan: Sepasang suami isteri, dua anak remaja mereka dan seorang rakan remaja dikelar hingga mati di bandar raya ini kelmarin.

Polis menemui “mayat lima orang iaitu dua dewasa dan tiga remaja” dengan kesan kelar di leher mereka, kata komando polis di bandar raya yang dihuni 1.2 juta orang itu, Ernesto Ramos. Menurut polis, jiran tetangga memberitahu mereka ada mendengar bunyi jeritan awal pagi kelmarin sebelum terlihat sebuah van memecut laju meninggalkan kediaman mangsa.


Keluarga terbabit menyara hidup dengan menjaja buah-buahan, lapor media tempatan.

Polis berkata, siasatan masih dijalankan. Lebih 70,000 orang terbunuh di Mexico sejak Disember 2006 apabila kerajaan persekutuan melancarkan operasi antidadah secara besar-besaran di seluruh negara. - AFP

Amah campur Clorox dalam susu bayi


Riyadh: Polis Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana didakwa meletakkan cecair peluntur Clorox dalam botol susu bayi majikannya.

Akhbar melaporkan bayi berusia 18 bulan itu segera dibawa ke hospital di wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu. Bapa bayi terbabit menemui kesan cecair peluntur itu dalam botol susu anaknya sebelum diserahkan kepada polis.


Polis masih menunggu keputusan ujian forensik sebelum merujuk pembantu rumah berkenaan ke mahkamah. - Agensi

Kereta dibersih individu tak dikenali


Taipei: Selepas penduduk di kawasan kejiranan di bandar raya ini mengadu bahawa kereta mereka dibersihkan seseorang tanpa izin, polis berjaya menjejaki individu yang melakukan perbuatan itu.

Ketika disoal siasat polis mengapa dia membersihkan kereta jirannya hingga berkilat, lelaki terbabit berkata, dia mengalami kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan berasa terdorong untuk mengelap kereta. Polis kemudian membebaskannya tanpa sebarang dakwaan. Bagaimanapun, ketika beredar dari balai polis, dia menyedari bahawa kereta peronda polis di situ kelihatan kotor lalu mula mengelap kenderaan itu. Polis kemudian dilaporkan memberinya NT$100 (RM11) sebagai upah dan memintanya agar berhenti melakukannya. - Agensi

Bayi 15 bulan parah jatuh 21m dari bilik tidur


London: Seorang kanak-kanak Shantelle Clarke yang berusia 15 bulan mengalami kecederaan dalaman yang mengancam nyawanya selepas terjatuh 21.3 meter dari bilik tidurnya.

Ibu bapa mangsa menyalahkan kunci keselamatan bayi yang dipasang di tingkap biliknya. Chelsea Westgate, 18, dan Craig Clarke, 23, yang tidak keruan berada di sisi katil hospital kanak-kanak itu malam kelmarin ketika keadaannya disifatkan sebagai kritikal tetapi stabil.


Pasangan itu yang turut mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, Kurtis, dipercaya tidur di bilik lain di tingkat lima ketika kejadian jam 8.30 pagi di Plymouth. Semalam keluarga Shantelle mengecam laporan yang mengatakan ibu bapanya yang bakal menunggu kelahiran anak ketiga patut dipersalahkan.

Nenek Chelsea, Doreen Pegg, 75, berkata: “Chelsea dan Craig sedang tidur ketika kejadian dan Kurtis serta Shantelle pula bermain di bilik mereka.


“Saya rasa ada kesilapan dengan selak keselamatan di tingkap ketika Shantelle jatuh tetapi tiada siapa yang tahu bagaimana kejadian sebenar berlaku. “Ia kemalangan yang teruk yang boleh terjadi pada mana-mana ibu bapa,” katanya.


Ibu saudara mangsa, Kelly Westgate mendakwa dalam laman Facebooknya, insiden itu terjadi kerana selak keselamatan di tingkap tidak berfungsi walaupun ibu bapa mangsa diberitahu ia selamat.

Seorang lagi saudara Kerri Phillips mendakwa kunci selak itu baru saja ditukar dan tidak dipasang dengan betul. Datuk Shantelle, Ian Clarke, 48, yang kini menjaga Kurtis berkata: “Craig dan Chelsea adalah ibu bapa yang hebat. Mereka tidak patut dipersalahkan. - Agensi

43 maut bas masuk gaung


43 maut bas masuk gaung
Pegawai dan anggota penyelamat di lokasi kejadian bas masuk gaung di San Martin Jilatepeque, barat Bandar Raya Guatemala. - Foto AFP
Bandar Raya Guatemala: Sekurang-kurangnya 43 orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera kelmarin apabila sebuah bas terjunam ke dalam jurang di selekoh curam di pinggir bandar ini.

Bas itu menjunam sejauh 200 meter dan terhempas masuk ke dalam sungai, kata pihak berkuasa.
Pekerja penyelamat berkata, bas itu yang terjunam dari sebuah lebuh raya berturap kira-kira 60 kilometer barat laut bandar raya ini.

Kenderaan itu musnah dan 46 orang dibawa ke hospital untuk dirawat.
Penyiasat belum tahu punca nahas atau destinasi akhir bas itu, yang dalam perjalanan ke arah selatan.

Anggota penyelamat berkata, kejadian berlaku ketika cuaca cerah dan bas itu kemungkinan membawa lebih muatan.

“Bas itu membawa lebih muatan,” kata Sergio Vasquez, seorang anggota bomba sukarela di tempat kejadian.
Seorang sukarelawan bomba, Mario Cruz, berkata bas itu membawa 90 orang sedangkan kapasitinya adalah 54 penumpang.

Vasquez berkata, 38 mangsa maut di tempat kejadian termasuk enam kanak-kanak dan 12 wanita. Lima lagi maut di hospital.

Televisyen tempatan melaporkan, kebanyakan penumpang adalah peniaga yang membawa hasil pertanian ke pasar.

Datuk Bandar San Martin Jilotepeque, Otto Vielman, berkata bas itu melanggar tembok batu sebelum masuk gaung.

Katanya, kemalangan yang hampir sama di tempat berkenaan pada 2000 mengorbankan 40 orang.

Operasi menyelamat sukar kerana air sungai yang deras menyebabkan kru penyelamat terpaksa memasang kabel untuk membawa mangsa ke atas.

Sebuah jentera mekanikal juga digunakan untuk mengangkat mangsa ke seberang sungai.

Penduduk tempatan juga secara sukarela membantu operasi menyelamat.
Gambar di tempat kejadian menunjukkan sebahagian penduduk menitiskan air mata melihat mayat dikumpul dekat bas berkenaan.

Marcos Rene Zet, 17, menangis di luar pusat perubatan tempat mayat mangsa dibedah siasat.

Dia sukar mempercayai kehilangan ibu, dua kakak dan tiga anak saudara dalam kejadian itu.
REUTERS

Berpuluh-puluh maut nahas libatkan bas di Guatemala, Iran


Mayat-mayat mangsa nahas bas yang ditutup dengan kain, disusun di atas tanah, ketika anggota pasukan keselamatan memeriksa lokasi kejadian di San Martin Jilotepeque, di Chimaltenango kira-kira 65 kilometer dari Guatemala City, kelmarin. - REUTERS
GUATEMALA CITY 10 Sept. - Seramai 43 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera apabila sebuah bas terjunam setinggi 200 meter ke dalam sungai ketika melalui selekoh tajam di pedalaman Guatemala, semalam.
Menurut anggota pasukan keselamatan, bas yang terjunam di sebuah lebuh raya di San Martin Jilotepeque, kira-kira 65 kilometer dari Guatemala City itu, rosak teruk dan lebih 40 penumpang yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Penyiasat belum dapat mengesan punca utama kejadian atau destinasi bas tersebut, namun ketika kejadian bas menuju Guatemala City.
"Bas dipercayai membawa penumpang melebihi muatan," ujar seorang sukarelawan pasukan bomba di kawasan kejadian, Sergio Vasquez.
Katanya, seramai 38 orang termasuk enam kanak-kanak dan 12 orang wanita terbunuh di lokasi kejadian, manakala lima lagi meninggal dunia di hospital.
Saluran televisyen tempatan melaporkan, kebanyakan penumpang merupakan penjual yang datang mengambil hasil dari ladang untuk dijual di pasar.
Kerajaan turut mengisytiharkan tiga hari sebagai tempoh berkabung.
Dalam kejadian berasingan di Iran, sebanyak 44 orang terbunuh dan 39 lagi cedera apabila dua buah bas penumpang bertembung dalam satu kemalangan di luar Teheran yang mengakibatkan kebakaran, lapor media negara itu, hari ini.
Bas yang dalam perjalanan dari Isfahan ke Teheran itu, dipercayai mengalami masalah tayar bocor.
Ketua polis lebuh raya, Mohammad Reza Mehmandar berkata, bas itu kemudiannya merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi bas dari Teheran ke Yazd.
Tambahnya, pertembungan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130911/lu_05/Berpuluh-puluh-maut-nahas-libatkan-bas-di-Guatemala-Iran#ixzz2eaSWslZ1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tahan lima lelaki

Polis tahan lima lelakiFaizal (kanan) meminta suspek bekerjasama memberikan maklumat kepada polis.

KULIM - Polis dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, diketuai Inspektor Faizal Mohamad menahan lima lelaki di sebuah rumah di taman perumahan di sini kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika ditahan, kesemua suspek berada di bilik belakang rumah dan dipercayai sedang menghisap dadah.

Pemeriksaan polis mendapati, dua dari suspek ditahan terlibat dalam kegiatan pecah cermin kereta dan pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum ini, suspek bersama dua rakan lain pernah melarikan diri dengan menggunakan kereta jenis Proton Wira Aeroback sebelum meninggalkan kenderaan itu di jalan mati setelah dikepung polis bersama ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat (PPKM).

Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran manakala kereta yang dinaiki mereka dibawa ke Balai Polis Lunas.

“Polis telah membuat pemantauan terhadap suspek sejak sebulan lalu dan berjaya menahan mereka semua awal pagi kelmarin.

"Dari pemeriksaan dibuat terhadap rumah suspek, polis menemui beberapa barangan elektrik yang masih belum dijual. Selain itu, suspek mengaku menjual beberapa barangan lain di sekitar kawasan Bukit Mertajam.

Menurut beliau, semua suspek kemudiannya di bawa balik ke IPD Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk menjalani ujian saringan air kencing.

"Kami mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamin dan akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya,” katanya.

Kata beliau, dua suspek terlibat dalam kegiatan pecah rumah mengaku melakukan perbuatan di Taman Kancil, Taman Desa Seni serta Taman Sejahtera dan akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Taktik seludup Pati terbongkar

Taktik seludup Pati terbongkarMahasan memeriksa keadaan Pati yang ditahan.

KOTA BHARU11 September 2013- Hanya dengan bayaran tiket bas yang tidak masuk akal sehingga mencecah RM600 seorang, sindiket yang menjadi dalang menyeludup pendatang tanpa izin (Pati) ke negeri ini, sanggup memperalatkan golongan terbabit untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Namun helah sindiket terbabit yang menguruskan perjalanan Pati berkenaan dari Kuala Lumpur ke Kelantan sebagai transit sebelum pulang ke negara asal melalui Sungai Golok, berjaya dihidu pihak penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri di sini semalam.

Dalam operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Norehan Harun bersama 10 anggota yang dijalankan sekitar jam 5 pagi itu, seramai 30 Pati warga Myammar yang terdiri dari empat wanita dan 26 lelaki berusia 16 hingga 51 tahun ditahan ketika diturunkan dari bas yang dinaiki mereka yang berhenti di Pasar Borong, Wakaf Che Yeh.

Pengarah Imigresen negeri, Mahasan Mustapa berkata, pergerakan mereka dikesan hasil maklumat awam yang mencurigai gerak-geri sekumpulan Pati warga Myammar itu, yang kemudiannya diarahkan menaiki sebuah lori barang yang sedang menunggu berhampiran kawasan itu.

“Kita mula bertindak dan menahan pemandu serta kesemua Pati dan ketika diperiksa, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Atas kesalahan itu, kita bawa kesemua Pati berkenaan ke Imigresen Telipot untuk pemeriksaan selanjutnya sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mahasan berkata, kesemua yang ditahan atas kesalahan 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 disebabkan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kita percaya mereka didalangi sindiket orang tempatan yang setakat ini masih belum dikenal pasti dan siasatan akan dilakukan bagi mengesan pihak terbabit.

“Saya beri amaran kepada mana-mana sindiket seumpama ini, bahawa kita akan menggempur pergerakan mereka dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan berkenaan dan memastikan bahawa sindiket ini dapat ditahan di samping mencapai sasaran sifar Pati,” katanya.

Mahasan berkata, dalam operasi berasingan yang bermula sekitar jam 10 malam kelmarin, pihaknya turut menahan tujuh Pati yang terdiri daripada seorang warga Nepal dan enam Indonesia dalam operasi di kawasan pembinaan sekitar Kota Bharu.

Berpuluh-puluh maut nahas libatkan bas di Guatemala, Iran


Mayat-mayat mangsa nahas bas yang ditutup dengan kain, disusun di atas tanah, ketika anggota pasukan keselamatan memeriksa lokasi kejadian di San Martin Jilotepeque, di Chimaltenango kira-kira 65 kilometer dari Guatemala City, kelmarin. - REUTERS
GUATEMALA CITY 10 Sept. - Seramai 43 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera apabila sebuah bas terjunam setinggi 200 meter ke dalam sungai ketika melalui selekoh tajam di pedalaman Guatemala, semalam.
Menurut anggota pasukan keselamatan, bas yang terjunam di sebuah lebuh raya di San Martin Jilotepeque, kira-kira 65 kilometer dari Guatemala City itu, rosak teruk dan lebih 40 penumpang yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Penyiasat belum dapat mengesan punca utama kejadian atau destinasi bas tersebut, namun ketika kejadian bas menuju Guatemala City.
"Bas dipercayai membawa penumpang melebihi muatan," ujar seorang sukarelawan pasukan bomba di kawasan kejadian, Sergio Vasquez.
Katanya, seramai 38 orang termasuk enam kanak-kanak dan 12 orang wanita terbunuh di lokasi kejadian, manakala lima lagi meninggal dunia di hospital.
Saluran televisyen tempatan melaporkan, kebanyakan penumpang merupakan penjual yang datang mengambil hasil dari ladang untuk dijual di pasar.
Kerajaan turut mengisytiharkan tiga hari sebagai tempoh berkabung.
Dalam kejadian berasingan di Iran, sebanyak 44 orang terbunuh dan 39 lagi cedera apabila dua buah bas penumpang bertembung dalam satu kemalangan di luar Teheran yang mengakibatkan kebakaran, lapor media negara itu, hari ini.
Bas yang dalam perjalanan dari Isfahan ke Teheran itu, dipercayai mengalami masalah tayar bocor.
Ketua polis lebuh raya, Mohammad Reza Mehmandar berkata, bas itu kemudiannya merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi bas dari Teheran ke Yazd.
Tambahnya, pertembungan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130911/lu_05/Berpuluh-puluh-maut-nahas-libatkan-bas-di-Guatemala-Iran#ixzz2efBmTSdL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat didapati bersalah kes rogol beramai-ramai di India



SEKUMPULAN remaja mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kompleks Mahkamah Saket di New Delhi, India semalam. Mereka mendesak tertuduh dihukum gantung.


NEW DELHI - Empat lelaki yang dituduh merogol seorang pelajar perubatan di dalam sebuah bas sehingga menyebabkan kematiannya didapati bersalah oleh sebuah mahkamah India semalam.
Hakim Yogesh Khanna berkata, tertuduh yang kini boleh berhadapan hukuman mati didapati bersalah merogol, membunuh dan mencuri.
Hukuman terhadap mereka dijangka dijatuhkan hari ini.
"Mereka didapati bersalah merogol secara berkumpulan, memusnahkan bukti dan membunuh mangsa tidak berdaya," ujar Khanna.
Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh itu, Mukesh Singh, Akshay Thakur, Pawan Gupta dan Vinay Sharma mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan- dakwaan tersebut.
Wajah kesemua tertuduh didedahkan kepada umum buat pertama kali semalam sejak perbicaraan bermula tujuh bulan lalu.
Mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia pada 29 Disember 2012 setelah menjalani rawa- tan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember 2012.
Seorang suspek utama kes terbabit, Ram Singh membunuh diri dengan menggantung diri di penjara Tihar pada Mac lalu manakala suspek keenam, remaja berusia 17 tahun dihukum penjara selama tiga tahun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2eZ0VBwwQ 
Hakcipta terpelihara 

Kes kediaman Swift diceroboh digugurkan



Taylor Swift


SOUTH KINGSTOWN - Kes dakwaan menceroboh terhadap seorang lelaki yang dituduh muncul di kediaman penyanyi popular Taulor Swift telah digugurkan.
Akhbar Westerly Sun melaporkan bahawa pihak polis mengambil keputusan menggugurkan kes itu selepas mendapati adalah sukar untuk membuktikan Joseph Bernatche, 55, berada di kediaman Swift di Rhode Island.
Bernatche sebelum ini didakwa memasuki kediaman Swift dan menyerahkan sekeping nota kepada pengawal keselamatan dengan catatan menyuruh penyanyi itu menelefonnya.
Polis di Westerly, Leftenan Phil Williams berkata, tidak jelas sama ada pengawal keselamatan sudah berada di kawasan orang awam semasa menerima nota tersebut atau sebaliknya.
Bernatche mengaku tidak bersalah atas tuduhan menceroboh dengan sengaja ketika dia ditahan pada 27 Julai 2013. Tuduhan itu digugurkan pada Jumaat lepas. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2eZ0GfxQ0 
Hakcipta terpelihara 

4 maut dalam letupan kedua di selatan China


BEIJING - Letupan kedua yang menggegarkan selatan China dalam tempoh dua hari berturut-turut meragut empat nyawa dan mencederakan 14 yang lain, kata polis.
Insiden semalam mencetuskan kepulan asap besar akibat kebaka- ran sebuah garaj di taman perin- dustrian di Guangzhou.
Polis berkata, punca kejadian masih dalam siasatan walaupun beberapa laporan media mendakwa, letupan berlaku akibat sejumlah bahan letupan yang disimpan di lokasi itu.
Letupan pertama yang berlaku kelmarin mengorbankan dua orang di luar sebuah sekolah di bandar peranginan Guilin.
Kejadian tersebut turut mencederakan 17 orang termasuk 10 murid.
Ia dipercayai berpunca daripada ledakan bahan letupan yang dibawa oleh sebuah motosikal roda tiga semasa ia melalui sebatang jalan di luar sekolah terbabit. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2eZ00EyOV 
Hakcipta terpelihara 


Rahsia bungkusan teh cina



NOOR RASHID menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada lima individu pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tembelang lima individu termasuk seorang wanita menjadikan dua buah rumah sebagai stor menyimpan pelbagai jenis dadah terbongkar apabila kesemuanya diberkas bersama pelbagai jenis bahan khayal tersebut yang bernilai RM50 juta di Cheras dan Kajang semalam.
Dadah jenis syabu, heroin dan pil ekstasi yang kesemuanya seberat 277.28 kilogram tersebut dirampas selepas polis menyerbu dua buah rumah di Taman Gemilang, Cheras dan Bandar Sungai Long, Kajang bermula pada pukul 8.45 malam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek yang merupakan anggota sindiket dadah antarabangsa tersebut berusia antara 26 hingga 57 tahun.
Katanya, kesemua dadah tersebut diseludup dari Myanmar ke Malaysia sebelum dihantar ke Australia dan beberapa negara jiran.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2eYy3Ng3G 
Hakcipta terpelihara 

Kebumi satu liang lahad



PENDUDUK kampung mengusung salah satu daripada empat jenazah yang terkorban dalam nahas di Kajang kelmarin untuk dikebumikan di Kuala Nerang semalam.


KUALA NERANG – Jenazah seorang guru Pendidikan Islam dan tiga anaknya yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting, Selangor kelmarin selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tongplus di sini semalam.
Jenazah Rohaya Md. Rabi, 35, dan tiga anaknya, Nur Nabila Al-Huda Mohd. Taufid, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, dan Mohd. Nabil Lutfi Al-Hadif, 1, dikebumikan pada pukul 10 pagi sebaik tiba dari Hospital Serdang, Selangor.
Tinjauan mendapati, rumah keluarga Rohaya di Kampung Tanjung Luar di sini sesak dengan sanak saudara yang menziarahi jenazah empat beranak itu.
Bapa Rohaya, Md. Rabi Ariffin, 60, berkata, dia reda dengan pemergian anak kedua daripada lapan beradik itu bersama tiga cucunya sekali gus.
“Kali terakhir kami berjumpa pada Aidilfitri lalu dan arwah sempat membelikan penapis air untuk dipasang di rumah bagi melegakan masalah sakit lutut saya.
“Arwah merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab dengan membantu menanggung pengajian adik-adiknya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan, empat beranak tersebut maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan dalam kemalangan pada pukul 11.45 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2eYxma02K 
Hakcipta terpelihara 

Hilang nyawa angkara cicak tokek



MOHD. SHUKRI (tengah) menunjukkan senjata buatan sendiri yang dirampas daripada salah seorang suspek kes bunuh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Misteri kematian seorang pemuda yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 30 Ogos lalu terjawab apabila dia dipercayai menjadi mangsa bunuh angkara cicak tokek yang dikatakan bernilai RM1 juta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, mangsa Syairul Helmy Azhar, 24, dibunuh dalam satu komplot yang disyaki turut melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun yang didakwa pemilik cicak itu.
Mangsa mati dengan mempunyai kesan tembakan di bahagian rusuk kanan.
Menurut beliau, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dikatakan orang yang diamanahkan oleh wanita itu untuk memelihara cicak tokek tersebut dan mencari pembeli yang berpotensi.
Bagaimanapun, mangsa kemudian didapati cuba melarikan diri bersama cicak tokek itu. Ini menyebabkan, wanita itu mengupah orang lain untuk mencari mangsa sebelum mangsa kemudian ditemui sudah mati dibunuh.
"Susulan kejadian itu, polis menahan 16 lelaki berusia antara 21 hingga 48 tahun secara berperingkat di sekitar Selangor dan Hilir Perak antara 1 September sehingga hari ini (semalam).
"Polis kemudian menahan pemilik cicak tokek tersebut iaitu seorang wanita berusia 60 tahun di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi tadi (semalam)," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2eYxQTF63 
Hakcipta terpelihara 

Dua anggota APMM selamat


SHAHIDAN menunjukkan peta lokasi dua anggota APMM yang ditemui semula selepas hilang di perairan Kelantan pada sidang akhbar di Putrajaya semalam sambil diperhatikan Ahmad Puzi.


PUTRAJAYA - Dua anggota Maritim Malaysia (APMM) yang hilang di perairan Kelantan ketika berada di atas bot nelayan bersama dua warga Vietnam yang ditahan pada Sabtu lalu ditemui selamat di kedudukan 95 batu nautika dari Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.
Turut ditemui bersama Laskar Kelas II Mohd. Ramadhan Hizam, 22, berasal dari Johor dan Laskar Kelas II Mohamad Sabrie Sahibul, 24, dari Sabah ialah dua nelayan Vietnam yang sebelum itu diperiksa oleh anggota APMM terbabit.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bot nelayan tersebut didapati hilang daripada kawasan operasi selepas hanyut kerana kehabisan minyak dan bukan disebabkan dua anggota APMM terbabit dilarikan oleh nelayan Vietnam.
"Semasa ditemui, dua anggota APMM masih bersenjata dan mengawal dua nelayan Vietnam di atas bot yang hanyut," jelas beliau pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2eYwMBuPU 
Hakcipta terpelihara