Search This Blog

Monday, September 9, 2013

Pekerja maut, rakan parah

BELURAN 8 Sept. - Seorang pekerja sebuah stesen minyak rentung manakala seorang rakannya melecur teruk selepas stesen itu yang dijadikan stor menyimpan diesel terbakar di Kampung Gambaron 2 di Telupid, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika kedua-dua mangsa sedang menurunkan tong deram berisi minyak di stesen berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan V. Shivananthan berkata, satu daripada tong dram yang sedang dibawa turun dari lori meletup secara mendadak, mengakibatkan berlaku kebakaran.
"Dalam kejadian itu seorang pekerja iaitu Lapa Mohd. Hatta, 25, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Rahmat Masse, 25, melecur di badan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk bedah siasat manakala rakan mangsa yang melecur lebih 86 peratus turut dirawat di hospital yang sama.
Beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mencari punca sebenar kejadian yang memusnahkan kawasan stesen minyak berkenaan.
Sementara itu, Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
Katanya, bomba yang tiba di tempat kejadian pada pukul 9.27 malam berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 9.50 malam.
"Mayat mangsa ditemui rentung di bawah sisa timbunan kayu yang musnah terbakar dan punca kejadian serta anggaran kerugian sedang disiasat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130909/je_02/Pekerja-maut-rakan-parah#ixzz2eMgDHAQ2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki mati digilis kereta api

KOTA BHARU 8 Sept. - Seorang lelaki maut digilis kereta api Ekspres Senandung Timur yang dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Tumpat, Kelantan di Guchil 7, Kuala Krai dekat sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi, mangsa yang tidak mempunyai sebarang identiti dipercayai berjalan di tengah-tengah landasan tersebut sebelum dirempuh dan digilis kereta api tersebut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa mati di tempat kejadian dengan kecederaan parah di perut, kepala dan pergelangan kaki kiri putus.
"Siasatan awal mendapati mangsa berjalan di tengah landasan dan tidak beredar walaupun dibunyikan wisel kereta api oleh pemandu.
"Mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan usaha untuk mengesan waris untuk mengecam mangsa sedang dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jalaluddin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.
Tambahnya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130909/je_05/Lelaki-mati-digilis-kereta-api#ixzz2eMg1Uag5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu, anak 15 tahun disyaki edar dadah ditahan


KOTA BHARU 8 Sept. - Seorang wanita dan anak lelakinya yang baru berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki mengedar dadah dalam serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Sungai Terah, Gua Musang malam tadi.
Wanita berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.50 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang selepas menerima maklumat orang awam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis menahan mereka selepas menemukan lima peket plastik biru berisi 993 biji pil disyaki dadah yang dibalut dalam bungkusan plastik.
"Dadah itu ditemukan semasa polis memeriksa bahagian dapur rumah mereka dan menjumpai satu kotak bertutup.
"Wanita itu cuba menghalang polis untuk memeriksa kotak itu dan sebaik sahaja bahan ditemukan itu dipercayai dadah, polis menahan dia dan anaknya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Tambah Jalaluddin, hasil risikan polis mendapati dua beranak ini terlibat dalam kumpulan sindiket Lani Botak yang aktif mengedar dadah di sekitar Kampung Sungai Terah.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati, katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain beliau memberitahu, polis menahan seorang penganggur berusia 23 tahun yang terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar Bachok sejak Mei lalu.
Jalaluddin berkata, suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di belakang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bachok pada pukul 2.30 pagi ini.
Setelah diperiksa katanya, polis menemukan pelbagai barangan termasuk jam tangan, barangan kemas, cincin batu permata, telefon bimbit, komputer riba dan wang tunai bernilai RM600 di bilik tidur suspek.
Tambah beliau setelah disoal-siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar daerah ini selepas dibebaskan dari penjara pada 1 Mei lalu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun, denda dan sebat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130909/je_06/Ibu-anak-15-tahun-disyaki-edar-dadah-ditahan#ixzz2eMfre91q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 maut, seorang parah kereta terbabas


Beginilah keadaan kereta yang terbabas sehingga menyebabkan dua pemuda maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas di Jalan Salor Baru-Pasir Mas di Kota Bharu, Kelantan, awal pagi semalam.
KOTA BHARU 8 Sept. - Dua pemuda maut manakala seorang rakan mereka parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Jalan Salor Baru-Pasir Mas dekat sini awal pagi ini.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 2 pagi mengakibatkan pemandu kereta tersebut, Mohd. Asrul Afian Samsudin, 24, dan penumpang belakang, Muhammad Atras Ramli, 29, terbunuh.
Rakan mereka iaitu penumpang belakang, Mohd. Azizul Abdullah, 29, dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ).
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kemalangan berlaku ketika kesemua mangsa dan dua lagi rakan mereka mereka dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke Kota Bharu untuk bersiar-siar.
"Polis percaya kereta jenis Honda Civic dinaiki mereka dipandu laju menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal dan terbabas berhampiran sebuah stesen minyak.
"Dua lagi penumpang iaitu Nohd. Kamil Asyraf Sihaidan, 29, dan Nurul Melissa Sharynina Ismail, 21, hanya cedera ringan," katanya kepada pemberita hari ini.
Jalaluddin berkata, kelima-lima mangsa berasal dari Jerteh dan bekerja sendiri.
Mayat Mohd. Asrul Afian dan Muhammad Atras dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130909/je_04/2-maut-seorang-parah-kereta-terbabas#ixzz2eMfDb7O2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua beranak pelancong UAE maut nahas di Perak


Ali Mohamed Amer bersama anak keduanya Muhammad Ali,11, ketika menerima rawatan di Hospital Tapah di sini, hari ini. - BERNAMA
TAPAH 8 Sept. - Dua beranak warga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terbunuh selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka sekeluarga hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 335.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.
Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.30 petang itu mengakibatkan Hajar Ahmad Al Tanajy, 34, yang hamil enam bulan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah manakala anak perempuannya, Mira Ali, 13, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata, ketika kejadian kenderaan yang dipandu seorang warga Yemen, Musleh Hamid Abdo Mohammad itu dipercayai gagal dikawal sebelum merempuh pembahagi lebuh raya.
Rempuhan itu katanya, menyebabkan kenderaan tersebut berpusing beberapa kali lalu merempuh penghadang di kiri jalan sehingga mengakibatkan Hajar dan Mira tercampak keluar dari kenderaan tersebut.
"Hajar tercampak ke pembahagi lebuh raya itu manakala Mira pula terhumban ke tebing bukit kira-kira 10 meter dari kenderaan tersebut.
"Dalam kejadian itu suami mangsa, Ali Mohamed Amer, 38, yang duduk di sebelah pemandu serta dua anak, Saif, 8, dan Moza, 5, tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, anak kedua pasangan itu, Muhammad, 11, cedera ringan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tapah untuk rawatan," katanya ketika dihubungi.
Menurut Som Sak, keluarga pelancong terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk bercuti di Pulau Pinang.
Katanya, polis sedang mengesan pemandu kenderaan itu yang dipercayai melarikan diri selepas kemalangan itu bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Duta UAE ke Malaysia, Abdulla Mattar Khamis Al-Mazrouei ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tapah memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 petang.
Menurutnya, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan beberapa urusan bagi membolehkan kesemua mangsa dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.
"Urusan ini akan mengambil sedikit masa memandangkan kesemua pasport mereka ditinggalkan di hotel penginapan selain perlu menyelesaikan segala prosedur berkaitan polis dan pihak berkuasa lain sebelum penghantaran pulang jenazah yang akan dilakukan secepat mungkin," katanya.
Dalam pada itu, kegembiraan yang sepatutnya mewarnai percutian Ali Mohamed ke negara ini tidak disangka akan bertukar tragedi apabila dia terpaksa menerima hakikat kehilangan dua ahli keluarga terdekat dalam tempoh sekelip mata.
Hakikat menyedihkan itu umpama mimpi ngeri yang sukar untuk diterimanya apabila dia bukan sahaja kehilangan anak sulung dan isteri malah turut kehilangan bayi berusia 6 bulan yang dikandung isterinya.
Kesedihan jelas terpancar di raut wajah bapa kepada empat anak itu apabila dia hanya terduduk lesu di satu penjuru sambil sesekali mengesat air mata yang mengalir di pipi.
Usaha pemberita mendekati lelaki itu di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Tapah bagi menyelami perasaannya bagaimanapun terhalang apabila seorang lelaki dari kedutaan UAE menghalang pemberita daripada mendekati bapa malang tersebut.
Seorang saksi, Nasirah Kausar Abdul Said, 30, yang menyaksikan kemalangan itu ketika ditemui berkata, dia sempat mengajar Hajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhir.
"Ketika saya sampai, saya lihat Hajar berada antara pembahagi jalan sambil meraung kesakitan. Salah seorang anaknya turut bersamanya ketika itu sambil menangis di tepi ibunya.
"Pada ketika itu, saya ada mengajar Hajar mengucap dua kalimah syahadah dan dia yang dalam keadaan separuh sedar cuba mengikut yang diajar sebelum menghembuskan nafas yang terakhir," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130909/je_03/Dua-beranak-pelancong-UAE-maut-nahas-di-Perak#ixzz2eMew6oS6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 maut, 3 parah kereta bertembung


KEADAAN kereta Proton Pesona yang hangus terbakar selepas bertembung dengan kereta Toyota Vios yang mengakibatkan tiga maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 115.8 Jalan Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin, Pahang, semalam.
Berita: MOHD. FAIRUZ YUSOF dan SYAH HAIRIZAL KAM
KUANTAN 8 Sept. - Tiga maut manakala tiga lagi parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di Kilometer 115.8, Jalan Kuantan-Johor di Rompin dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Toyota Vios, Chan Wee Lim, 49; penumpang belakang, Chan Gee Chin, 52, kedua-duanya wanita dan pemandu kereta Proton Pesona, Mohd. Nazri Mohamad Dom, 38.
Mangsa yang cedera parah ialah penumpang belakang kereta Toyota Vios iaitu dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan anak saudara kepada Mohd. Nazri berusia 21 tahun.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa Proton Pesona tersebut dalam perjalanan dari Rompin menghala ke Kuantan.
"Pemandu Proton Pesona tersebut dikatakan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios. Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi.
Menurut Mohamed Fauzi, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Rompin, Nordin Mamat ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.55 pagi berhubung kemalangan itu.
Tambahnya, enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat dan mangsa yang terlibat dalam nahas itu.
"Kereta Proton Pesona terlibat terbakar tetapi mayat dan mangsa kenderaan itu sempat dikeluarkan oleh orang awam yang melalui lokasi kemalangan itu," katanya.
Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mayat dan mangsa yang tersepit dalam kereta Toyota Vios itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130909/je_01/3-maut-3-parah-kereta-bertembung#ixzz2eMeL3pkX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Buruh Indonesia ditemui rentung


Kuala Lumpur: Seorang pekerja binaan warganegara Indonesia ditemui rentung selepas rumah kongsi berhampiran bangunan yang sedang dibina di Jalan Tun Razak di sini, terbakar awal semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.23 pagi memaklumkan kejadian itu.


“Lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian membabitkan 34 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Chow Kit, Sentul, Pudu, Gombak Selatan dan Hang Tuah.

“Jentera pertama dari Titiwangsa tiba jam 3.41 pagi dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.02 pagi. Ketika kejadian mangsa sedang tidur dan gagal menyelamatkan diri akibat terperangkap di dalam bangunan,” katanya.


Azizan berkata, pemeriksaan lanjut tiada menemui mangsa lain yang terperangkap dan bahagian forensik bomba sedang menyiasat punca kebakaran.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

‘Kalau guna pasport bocor rahsia’


Pasir Puteh: “Pangkalan haram bukan saja menjadi lokasi kegemaran penyeludup, malah sesiapa yang mahu berhibur di pekan Sungai Golok amat memerlukan pangkalan haram,” kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Rusdy Omar, 43.

Walaupun sudah beristeri dan mempunyai lima anak, dia rela melanggan pelacur Thailand di pekan Sungai Golok dengan menjadikan pangkalan haram sebagai ‘jalan’ untuk ke seberang.


Bagaimanapun, bekas kontraktor itu mengakui sudah ‘bersara’ terus daripada bertandang ke negara jiran itu sebaik dirinya disahkan dijangkiti virus HIV oleh doktor.

Ketika menceritakan sejarah silamnya, Rusdy yang cukup menyesal dengan perbuatan tidak bermoralnya itu berkata, setiap hujung minggu, dia dan tiga rakannya tidak pernah terlepas untuk mengunjungi pusat hiburan di pekan Sungai Golok, kononnya ingin melepaskan tekanan.


Katanya, ketika memasuki pekan berkenaan, khidmat perahu melalui pangkalan haram lebih digemari berbanding menggunakan pasport atau masuk secara sah.


“Jika masuk guna pasport, ‘gerenti’ rahsia kami pergi ke Golok akan diketahui isteri masing-masing. Jadi, lebih baik masuk secara haram.

“Lagi pun, kalau masuk guna pasport, kita perlu pulang awal kerana pintu pagar sempadan Kelantan-Thailand akan ditutup jam 10 malam,” katanya.

Ibu saudara korban api


Lahad Datu: “Api terlalu cepat merebak menyebabkan kami sekeluarga gagal menyelamatkan ibu saudara.

“Ketika itu, kami panik dan ada ahli keluarga lari tanpa sempat menyelamatkan dokumen peribadi dan tidak berbaju,” kata seorang mangsa dikenali sebagai Tai, 42, anak saudara kepada Ling Yang Eng, 63, yang rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah di Taman Public Villa, di sini, semalam.


Difahamkan, mayat warga emas itu ditemui terbaring di dapur sebaik anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu berjaya memadam kebakaran berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Tai berkata, kebakaran berlaku jam 7 pagi ketika dia bersama mangsa dan beberapa ahli keluarga sedang tidur di rumah berkenaan sebelum terjaga apabila terdengar letupan.


“Sebaik terdengar letupan, kami terjaga dan ternampak api sudah mulai marak di dalam rumah.


“Kami semua panik dan lari menyelamatkan diri kerana api marak dengan pantas.

“Ketika itu juga, kami tidak sempat menyelamatkan ibu saudara, Ling Yang Eng yang masih berada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.


Menurutnya, semua harta benda gagal diselamatkan termasuk pakaian dan dokumen penting.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata, kebakaran itu membabitkan dua rumah iaitu rumah persendirian didiami mangsa dan sebuah rumah yang diubah suai menjadi tadika.


“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi dan dua jentera dengan kekuatan seramai 12 anggota serta dua sukarelawan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian, api didapati marak dan pihak bomba berjaya memadam kebakaran berkenaan kira-kira setengah jam kemudian,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, sebaik operasi memadam api terbabit selesai dijalankan, anggota bomba menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring di dapur rumahnya.


“Mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan rentung dikeluarkan daripada rumah terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian dialami mangsa.

Mengaku dari Sabah


Klang: “Saya asal Tawau, sudah mohon kad pengenalan tapi sampai sekarang tak dapat-dapat,” kata Salman Samaruddin, 23, yang ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri ketika Ops Bersepadu 6P di sekitar Klang di sini, semalam.

Salman antara ratusan yang ditahan dalam operasi membabitkan Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan mengaku warga tempatan berasal dari Sabah bagi mengelak ditahan.


Namun, helah digunakannya itu gagal mengaburi mata pihak berkuasa selepas pemeriksaan terhadap lelaki terbabit gagal menemui sebarang kesan suntikan BCG pada lengannya.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, helah itu popular dalam kalangan warga asing yang ditahan dengan harapan dilepaskan pihak berkuasa.


“Mereka akan melakukan apa saja bagi mengelak ditahan. Selain mengaku berasal dari Sabah, mereka turut memberi alasan kad pengenalan hilang, tertinggal pas perjalanan atau pekerjaan di rumah malah ada juga yang cuba melawan anggota untuk melarikan diri.


“Ada juga yang dikenalpasti menggunakan kad pengenalan orang lain atau palsu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Othman berkata, dalam operasi bermula jam 11 pagi itu, 450 warga asing diperiksa di dua lokasi iaitu Bandar Botanic dan juga Pusat Bandar Klang, dekat sini.


Katanya, operasi tujuh jam itu disertai 50 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Selangor, 30 anggota RELA dan sembilan daripada JPN.

“Hasil pemeriksaan, 110 warga asing dari Filipina, Myanmar, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan Kemboja ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan, antaranya tiada pas perjalanan yang sah atau tinggal melebihi tempoh.


“Terdapat juga lima kes pemalsuan kad pengenalan dikenal pasti JPN dan semua yang ditahan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Semenyih untuk tujuan dokumentasi serta penghantaran pulang,” katanya.

Mayat nelayan tersepit pada pokok


Kuala Selangor: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang Khamis lalu, ditemui tersepit di pokok nipah berhampiran Kampung Baru Pasir Penampang, dekat sini, iaitu kira-kira empat kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.

Mayat Jamaludin Abd Gani, 50, ditemui orang ramai yang membantu pasukan penyelamat menjalankan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang ketika keluar mencari ketam.


Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Selangor Utara Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan berkata, penemuan itu dimaklumkan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Selangor tepat jam 11.55 pagi, sekali gus membolehkan gerakan mencari dihentikan.

Katanya, operasi mencari dimulakan seperti biasa iaitu jam 9 pagi menggunakan pasukan anjing pengesan di lokasi yang dikenal pasti dan dihentikan sejurus penemuan mayat mangsa dilaporkan.


Sementara itu, anak saudara mangsa, Wan Nazriey Wan Mokhtar, 29, berkata, perubahan mangsa disedari sejak beberapa hari ketika mereka pulang ke kampung di Air Balui, Pontian, Johor, minggu lalu.


Menurutnya, mangsa yang peramah lebih gemar menyendiri dan kurang bergurau.

“Kali terakhir dia bergurau dengan saya ketika dia datang mengurut badan saya yang sedang berehat sebelum mengajak tidur bersamanya seperti zaman kanak-kanak memandangkan saya bakal mengakhiri zaman bujang November nanti.


“Saya hanya ketawa namun apabila fikir balik, mungkin itu gurauannya yang terakhir,” katanya yang turut membantu anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Selangor menaikkan mayat mangsa di Jeti Bagan Sungai Yu, semalam.

Wan Nazriey berkata, dia bersama penduduk dan ahli keluarga lain sedang mencari bapa saudaranya itu di kawasan yang ada pokok limau apabila orang kampung memaklumkan penemuan mayat yang tersepit di pokok nipah berhampiran Kampung Baru Pasir Penambang.


“Kami bergegas ke lokasi itu sejauh tujuh kilometer dari tempat kami dan membantu menaikkan mayat ke kawasan lapang, menunggu anggota polis tiba untuk membawa jenazah ke Hospital Tanjong Tarang,” katanya.

5,505 individu diberkas


Kuala Lumpur: Sejak Operasi Khas Cantas (Op Cantas) dilancarkan 17 Ogos lalu sehingga semalam, seramai 5,505 individu disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah ditangkap di seluruh negara, hasil pemeriksaan ke atas 137,236 orang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan berkata, dalam tempoh sama, polis memeriksa 84,540 kenderaan menerusi sekatan jalan raya.


Menurutnya, jumlah itu membabitkan 34,255 kereta, 42,809 motosikal dan 7,476 kenderaan lain.

“Hasilnya, kami turut menemui semula beberapa kenderaan curi iaitu 123 kereta, motosikal (89) dan lain-lain (24).


“Polis merampas senjata api (11), senapang angin buatan sendiri (10) dan sluck peluru (11),” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, di sini, semalam.


Katanya, polis turut merampas senjata dijadualkan iaitu 21 pedang, pisau (70), parang (54), kapak (enam), batang besi (13), tukul besi (10), kayu panjang (empat), buku lima (11), kerambit (tujuh), pistol tiruan (tiga), kelopak peluru (2), spanar hidup (tiga), golok bersarung (satu), alat renjatan elektrik (satu), cota (satu) dan gari (satu).

3 terbunuh, 3 parah dua kereta bertembung


Rompin: Tiga terbunuh manakala tiga lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 15.8 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa yang maut adalah dua beradik perempuan iaitu pemandu kereta Toyota Vios Chan Wee Lim, 49, dari Rompin dan penumpang belakang, Chan Gee Chin , 52, serta pemandu kereta Proton Persona Mohd Nazri Mohamad Dom, 38.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah iaitu dua penumpang belakang Toyota Vios, lelaki masing-masing berusia 50 tahun serta anak saudara kepada pemandu Proton Persona terbabit yang berusia 21 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Proton Persona dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Rompin sebelum dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan.


Katanya, pada masa sama Toyota Vios berkenaan yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak sebelum berlaku pertembungan dengan kereta Proton Persona itu.


“Akibat pertembungan itu, kereta Proton Persona dinaiki mangsa terbakar, namun mangsa terbabit sempat diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin.

“Tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan sebelum mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk bedah siasat dijalankan,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang parah dikejarkan ke HMS untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan susulan, petang semalam.

Katanya, polis masih belum mengambil keterangan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang selamat Mohamed Fauzi berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

‘Manderem’ tahi hidung

Ipoh: Pengalaman pahit menjadi mangsa ‘manderem’ atau jampi serapah orang gaji sendiri, menyebabkan seorang wanita serik untuk mendapatkan khidmat amah warga asing, khususnya dari Indonesia.
Dia yang mahu dikenali sebagai Zabedah, 38, dari Tambun, di sini, berkata, tak pernah diduganya amah yang dibayar RM650 sebulan tergamak mengenakan ilmu hitam terhadap dia dan keluarga.
“Lebih menyakitkan hati dia menggunakan bahan kotor, antaranya daki dan tahi hidung yang dimasukkan ke dalam makanan yang dimasaknya bertujuan `menundukkan’ kami.

“Sebelum itu, saya menemui satu bekas merah mengandungi kertas azimat, cincin dan minyak wangi di dalam beg pakaiannya,” katanya kepada Harian Metro.
Foto
ZABEDAH memegang azimat dan minyak wangi yang digunakan Su.

Zabedah yang juga pengurus restoran berkata, perbuatan jijik itu diakui sendiri pembantu rumahnya itu yang dipanggil, Su, 34, selepas dia mengugut mahu menyerahkan wanita itu kepada polis.

Bom meletup di selatan Filipina


Manila: Kumpulan pejuang pemisah selatan Filipina yang menentang rundingan damai dengan kerajaan meletupkan bom, menyebabkan seorang anggota tentera cedera, semalam.

Bom kedua berjaya dimatikan di tempat kejadian di bandar Datu Paglas di Maguindanao, kata jurucakap tentera Kolonel Dickson Hermoso. Kejadian itu menyebabkan polis bertindak menutup jalan utama di bandar berkenaan untuk mengesan kemungkinan lebih banyak bom dipasang.


Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan militan yang menentang perjanjian damai antara kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bertanggungjawab terhadap kejadian itu dalam usaha untuk menggagalkan rundingan.

Kerajaan Filipina dan MILF akan berusaha menamatkan rundingan mengenai perkongsian kuasa dan perlucutan senjata apabila menyambung semula rundingan damai itu di Kuala Lumpur esok. - AFP

Kecewa isteri bukan perawan, lelaki perkosa 2 anak saudara


Asuruan: Polis semalam menangkap seorang lelaki yang memperkosa anak saudara isterinya berulang kali sejak empat tahun lalu.

Ketika disoalsiasat mengenai tindakannya itu, buruh ladang berkenaan berkata, dia bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap isterinya yang sudah tidak mempunyai dara apabila mereka berkahwin.


“Saya dendam keluarga isteri saya kerana dia bukan lagi perawan ketika saya mengahwininya,” kata seorang anggota polis memetik kata-kata lelaki terbabit. Menurut polis, kedua-dua mangsa berusia 14 dan 17 tahun ketika mula diperkosa. Selain mengancam membunuh kedua-dua mangsa jika mereka mendedahkan perbuatannya, lelaki itu juga mengugut akan menyebarkan video pemerkosaannya ke atas mereka yang dirakam menerusi telefon bimbitnya.

Jurucakap polis Pasuruan AKP Supriyono Kamis berkata, lelaki itu memperkosa mangsa pada siang hari ketika ibu bapa mereka keluar bekerja.


Perbuatannya hanya terbongkar selepas mangsa memberitahu ibu bapa mereka mengenainya minggu lalu.


Menurut Supriyono, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Anak bongsu Ahmad Dhani patah kaki


Semanggi: Polis semalam mengesahkan Ahmad Abdul Qodir Jaelani, anak bongsu pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani memandu kereta yang terbabit dalam kemalangan awal pagi kelmarin di Tol Jagorawi hingga menyebabkan enam orang terbunuh.

Ahmad Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali sebagai Dul yang baru berusia 13 tahun bagaimanapun hanya patah kaki.


Kemalangan berkenaan membabitkan beberapa buah kereta turut menyebabkan sembilan yang lain cedera.

Jurucakap polis trafik Jakarta Timur AKP Agung berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada Dul sudah memiliki lesen memandu.


“Jika dilihat pada usianya yang baru berusia 13 tahun, sudah pasti dia tidak memiliki lesen memandu.


“Dan jika ini benar, dia berdepan dengan hukuman penjara lima tahun,” kata Agung.

Menurutnya, dalam kemalangan itu, kereta Mit- subishi Lancer yang dipandu Dul dari arah Bogor ke Jakarta terbabas di lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah van yang membawa 13 penumpang. Sebuah Toyota Avanza yang berada di belakang kemudian melanggar van berkenaan. - Agensi

Warga Mexico dicekup menyorok dalam lori cili


Columbus: Pihak berkuasa berkata, seorang pendatang disyaki cuba memasuki Amerika Syarikat secara haram dengan bersembunyi dalam kotak penuh dengan cili dibawa dari Mexico.

Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat di pusat pemeriksaan di sempadan New Mexico berkata, lelaki itu ditemui Khamis lalu dalam keadaan meniarap di dalam kotak berisi lada.


Pengarah Kastam Columbus Robert Reza berkata, turut ditemui bersama lelaki berusia 35 tahun itu ialah sebotol arak.

Lelaki itu yang dikatakan warga Mexico memberitahu pegawai, dia memanjat ke dalam lori membawa cili itu ketika ia berada di Mexico dengan harapan dapat ke Chicago.


Menurut pegawai, dia ditemui di dalam lori itu selepas kenderaan itu melepasi 100 meter sempadan di New Mexico.

Anak Nabila tercampak dari kereta

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil di bawah telapak kaki dan sudahpun menerima jahitan di Hospital Bentong, petang tadi (semalam).
“Maaf saya tidak boleh ingat berapa jarum jahitan yang diberikan doktor kerana saya lebih risaukan keadaan anak saya sekarang,” kata pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012), Nabila Huda Suhaimi, 29. 
Nabila dihubungi semalam mengesahkan kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 4 petang itu. Dia dan anaknya Keisha Laila, 4 tahun, serta pelakon Shazwan Zulkifli dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri acara Karnival Planet Gempak Astro yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Sewaktu memintanya menceritakan pengalaman mencemaskan itu, Nabila berkata, kejadian berlaku sepantas kilat malah tidak dapat mengingatinya kerana sedang tidur.
Foto
Anak Nabila Huda, Kheisya Laila yang patah tangan kiri akibat kemalangan di LPT petang tadi.

“Saya duduk di bangku penumpang. Bagaimanapun ketika kejadian berlaku saya sedang tidur. "Rakan artis, Shazwan Zulkifli yang memandu kereta berkenaan. Saya menumpang keretanya kerana kami sama-sama terbabit dalam promosi drama Jodoh Itu Milik Kita untuk saluran Mustika HD di Karnival Planet Gempak Astro. “Saya terjaga selepas mendengar dentuman berlaku dan menyedari anak saya tercampak keluar. Saya keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Keisha (anak). Mujurlah semua kenderaan berhenti ketika itu,” kata Nabila dengan nada sebak.

Sambungnya lagi, “Keisha mengalami bengkak di tangan dan luka di kepala. Yang merisaukan saya adalah Keisha kerana dia mungkin mengalami hentakan di kepala selain terdapat banyak luka kecil ekoran cermin belakang kereta pecah. “Sekarang ini saya masih menantikan keputusan X-Ray ang dibuat dibahagian kepala Keisha. Sementara, X-Ray di badan sudah dilakukan dan doktor memaklumkan Keisha tidak apa-apa,” katanya.

Selepas mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Bentong, Nabila membawa anaknya pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Damansara Specialist dengan bantuan seorang teman yang membawanya pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor berkata, kejadian terbabit berlaku di Kilometer 71 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Kenderaan yang dinaiki pelakon berusia 29 tahun terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Suami pelakon itu, Zaidi Zailani menerusi laman Twitternya memaklumkan anak perempuan mereka kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini, dan dilaporkan stabil.

Gambar daripada Twitter bekas suami Nabila, Zaidi Zailani menunjukkan Keisha Laila, 4, cedera dan dirawat di hospital swasta.

Guna anak terbit video seks


San Juan: Seorang lelaki Puerto Rico dipenjara 50 tahun oleh mahkamah persekutuan selepas mengaku bersalah menerbitkan video seks membabitkan seorang anak perempuan kandung dan empat anak perempuan tirinya.

Luis Alberto Morales Badillo dituduh melakukan pencabulan seksual dan terbabit dalam kegiatan seks dengan kanak-kanak bawah usia dari 1999 hingga 2010.


Pendakwa raya Rosa Emilia Rodriguez berkata, seorang daripada mangsa itu berusia empat tahun ketika kejadian.

Badillo, 42, dituduh melakukan perbuatan itu pada Mei 2012 dan mengaku bersalah pada November. - AP

‘Bertudung tak boleh kerja sini’

Kuala Lumpur: Amat mengecewakan apabila wanita Melayu yang memakai tudung menjadi mangsa diskriminasi untuk diterima bekerja oleh segelintir majikan swasta di negara ini yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.
Isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna Internet selepas seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama di sini, ditolak atas alasan dia bertudung.
Mira Kamil yang pernah menuntut di United Kingdom selama empat tahun dan sedang mencari kerja sementara memuat naik status itu di laman Facebook pada 1.59 petang Isnin lalu yang dikongsi hampir 8,500 pengguna Facebook.

“Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang bertudung” dan “sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini.” Itu antara kata-kata diterima Mira.
Foto
WARTAWAN Harian Metro melakukan penyamaran di salah satu pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.

Bagi mendapatkan kepastian dakwaan Mira, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dengan memohon kerja di beberapa premis berkenaan.

10,000 warga Bangladesh ‘terperangkap’ di Malaysia


2013/09/09
Kuala Lumpur: Kira-kira 10,000 warga Bangladesh di sekitar Cameron Highlands, Pahang dikesan menetap lebih masa, malah sudah menjangkau antara 15 hingga 20 tahun.

Mereka dikatakan ‘terperangkap’, tidak dapat keluar dari Malaysia selepas urusan masuk ke negara ini dikendalikan sindiket. Ada antara warga Bangladesh terbabit mendakwa mereka dibawa masuk ke Malaysia oleh ejen senegara dikenali sebagai ‘Jalal’ yang bersubahat dengan ejen tempatan. 

Anggota Geng 04, 08 beralih ke Thailand


2013/09/09
Padang Besar: Anggota kongsi gelap yang kini diburu pihak berkuasa melalui Ops Cantas Khas, disyaki beralih arah dengan menjadikan sempadan Malaysia-Thailand di sini, sebagai laluan alternatif untuk menyusup keluar ke negara jiran.

Taktik itu dibongkar selepas 10 lelaki dipercayai anggota Geng 04 dan 08 ditahan ketika cuba melepasi sekatan dan pemeriksaan pihak berkuasa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini, yang bersempadan dengan Pekan Siam di Thailand, malam kelmarin.
Gagal lepaskan diri

Berdasarkan maklumat, 10 lelaki berusia antara 26 dan 32 tahun itu dikatakan menaiki empat kenderaan berasingan, sebelum mencuba nasib masing-masing untuk melepasi sekatan pihak berkuasa di KIK di sini, kira-kira jam 8 malam.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila tatu pada badan masing-masing yang disyaki menjadi tanda pengenalan diri anggota geng 04 dan 08 dikesan skuad Ops Cantas Khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri yang dibantu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ibu, remaja ditahan sindiket ‘Lani Botak’


2013/09/09
Gua Musang: Seorang ibu dan anaknya berusia 15 tahun yang dipercayai bersubahat dengan sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai ‘Lani Botak’, ditahan dalam serbuan di Jalan RPT Sungai Terah, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 7.50 malam oleh sepasukan anggota Cawangan Narkotik dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, lima paket mengandungi 993 biji pil kuda dirampas.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, berkata ketika serbuan, suspek wanita berusia 39 tahun itu cuba menghalang anggota polis menggeledah rumah berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, wanita berkenaan akur selepas diberi penjelasan.
“Wanita itu bersama anaknya yang masih menuntut di Tingkatan Tiga di sekolah di bandar ini membekal dadah untuk pasaran sekitar kampung itu,” katanya.

Direman tujuh hari

“Sebelum serbuan itu, kita sudah meneliti dan mengesan ketua kumpulan sindiket pengedaran dadah itu, tetapi gagal (menahannya) sebelum membuat serbuan ke rumah dua beranak itu yang menyimpan pil kuda,” katanya.
Saiful Bahri menyifatkan penahanan wanita itu yang masih mempunyai suami adalah kejayaan terbesar memerangi sindiket pengedaran dadah membabitkan pil kuda di daerah itu.

Dua beranak itu ditahan reman tujuh hari sehingga 14 September ini bagi membantu siasatan.

Warga UAE hamil maut nahas


2013/09/09
Kuala Lumpur: Tujuh, termasuk warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sarat mengandung maut, manakala tiga cedera dalam tiga kemalangan berasingan di Perak, Johor dan Sabah, semalam.

Di Kilometer 335.9, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tapah, Perak, dua beranak warga UAE, termasuk ibu yang hamil enam bulan, maut manakala seorang lagi ahli keluarga berkenaan cedera selepas PERODUA Alza yang mereka naiki merempuh pembahagi jalan jam 1.30 tengah hari, semalam.
Dua beranak itu yang melancong ke negara ini bersama ahli keluarga mereka, tercampak keluar dari kenderaan.

Tercampak keluar

Mangsa terbunuh dikenali sebagai Hajar Ahmad Al Tanajy, 34, yang tercampak dan tubuhnya tersepit di tengah pembahagi lebuh raya manakala anaknya, Mira Ali, 13, tercampak ke lereng bukit di tepi laluan kecemasan di kiri lebuh raya. Seorang lagi anak Hajar, Muhammad, 11, cedera ringan di kepala.

Suami Hajar, Ali Mohamed Amer, 38, serta dua lagi anak mereka iaitu Moza, 5, dan Saif, 8, bagaimanapun tidak cedera. Difahamkan, pemandu kereta berkenaan seorang warga Yaman menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi tengah lebuh raya dan penghadang kiri laluan berkenaan.

Dua beradik maut

Di Kilometer 115.8 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Rompin, Johor, tiga maut termasuk dua beradik selepas kereta Toyota Vios yang dinaiki bertembung PROTON Persona, jam 8.45 pagi semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata mangsa yang juga pemandu Toyota Vios, Chan Wee Lim, 49, dan kakaknya Chan Gee Chin, 52, dari Rompin yang duduk di bahagian penumpang belakang, maut di tempat kejadian. Turut maut, pemandu PROTON Persona, Mohd Nazri Mohamad Dom, 38.

Di Lahad Datu, Sabah, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood, berkata dua lelaki maut selepas van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 38 Jalan Bakapit, jam 3.35 petang semalam.

Anak Amy Search cedera

Anak Amy Search cedera
Nabila Huda Suhaimi
 Kuala Lumpur: Pelakon popular, Nabila Huda Suhaimi atau Nabila Huda serta anak perempuannya berusia empat tahun cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 71, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), petang semalam.

Ketika kejadian jam 3.20 petang, Nabila, 29, yang juga anak penyanyi rock terkenal, Amy Search menaiki kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Kheisya Laila serta seorang rakan lelaki yang juga pemandu kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuantan, ke ibu negara.
Bagaimanapun, setibanya di lokasi itu, kenderaan pacuan 4X4 yang dipandu lelaki berusia 26 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.


Tercampak keluar

Kemalangan itu menyebabkan Kheisya Laila tercampak keluar dari kenderaan, namun bernasib baik kerana hanya patah tangan kiri, manakala Nabila dan rakannya hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, Nabila Huda dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebaik selesai menjayakan sebuah program anjuran sebuah syarikat televisyen swasta di Kuantan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan ketiga-tiga mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.
Bekas suami pelakon itu, Zaidi Zailani menerusi laman Twitternya memaklumkan Nabila dan anak perempuannya sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara di sini, dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

65 PATI gagal pulang ke negara sendiri


KOTA BHARU – Operasi 6P Bersepadu yang dijalankan bagi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara sejak awal bulan ini memaksa sebilangan pendatang haram pulang ke negara asal mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.
Perkara itu terbongkar selepas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menahan seramai 65 PATI warga Myanmar dalam dua operasi di Gua Musang dan Pasir Mas semalam.
Menurut Komander UPP Kelantan, Rusli Karim, tangkapan terhadap PATI yang berusia 18 hingga 48 tahun itu dibuat selepas pihaknya memeriksa tiga buah bas ekspres yang tiba di negeri ini dari Kuala Lumpur.
“Dalam operasi pada pukul 3.30 pagi di Paloh, Gua Musang, kita menahan seramai 33 warga


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2eLcjS4sQ 
Hakcipta terpelihara 

Gengster diberkas di sempadan


KANGAR - Polis menahan 10 lelaki disyaki anggota kumpulan kongsi gelap ketika mahu masuk ke negara ini dari Thailand menerusi operasi Ops Cantas Khas kelmarin.
Suspek yang berusia 26 hingga 32 tahun dari Geng 04, 08 dan Satu Hati itu diberkas pada pukul 8 malam ketika melalui pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) Padang Besar dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kesemua suspek dari Selangor itu menaiki tiga buah kenderaan semasa ditahan polis dari Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.
"Kita percaya mereka terdiri daripada lapan ahli Geng 08 dan masing-masing seorang ahli Geng 04 serta Geng Satu Hati berdasarkan corak tatu pada tubuh masing-masing," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2eLcZq6db 
Hakcipta terpelihara 

Dua remaja lelaki mati digilis lori balak



ORANG RAMAI melihat mayat dua remaja lelaki yang maut digilis lori balak di Sarikei, Sarawak kelmarin.


SARIKEI - Dua remaja lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila kepala mereka pecah akibat digilis sebuah lori balak dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Pakan-Engkamop dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Jeremiah dan Slyvester disahkan mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Kedua-dua mangsa berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Bidol Noyeng berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa itu yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Pekan Pakan menuju Engkamop dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2eLcQqa8L 
Hakcipta terpelihara 

Tiga maut, tiga cedera parah dua kereta bertembung



KEADAAN kereta Proton Persona yang hangus selepas bertembung dengan Toyota Vios di Kilometer 115.8, Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin kelmarin.


ROMPIN - Tiga mangsa terbunuh manakala tiga cedera parah apabila sebuah kereta Toyota Vios bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 115.8, Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin di sini semalam.
Mangsa-mangsa yang maut ialah pemandu kereta Toyota Vios, Chan Wee Lim (wanita), 49, dan kakaknya, Chan Gee Chin, 52. Turut terbunuh ialah pemandu kereta Proton Persona, Mohd. Nazri Mohamad Dom, 38.
Dua mangsa yang cedera parah ialah dua lelaki berusia 50-an yang menaiki Toyota Vios manakala seorang lagi seorang pemuda yang berusia 21 tahun yang menaiki kereta Proton Persona.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kemalangan pada pukul 8.45 pagi, kereta Proton Persona itu dalam perjalanan dari arah Rompin menuju ke Kuantan manakala kereta Toyota Vios datang dari arah bertentangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2eLcIAP4O 
Hakcipta terpelihara 

Tragedi maut di malam minggu



KEADAAN kereta Honda Civic yang mengorbankan nyawa dua sahabat di Jalan Salor Baru-Pasir Mas semalam.


KOTA BHARU - Kegembiraan lima sahabat dari Jerteh, Terengganu menghabiskan cuti hujung minggu di daerah ini bertukar duka apabila dua daripada mereka maut selepas kereta jenis Honda Civic yang dinaiki terlibat dalam kemalangan semalam.
Kejadian pada pukul 2 pagi di Jalan Salor Baru-Pasir Mas itu mengorbankan pemandu kereta, Mohd. Asrul Afian Samsudin, 24, dan penumpang belakang, Muhammad Atras Ramli, 29.
Muhammad Atras mati di tempat kejadian manakala Mohd. Asrul disahkan meninggal dunia di


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2eLc2CNjk 
Hakcipta terpelihara 

Lemas depan kawan sekampung


NUR ALIF


TASEK GELUGOR – Seorang pelajar tingkatan empat ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam tali air sedalam tiga meter di Kampung Nyior Sebatang, Sungai Dua dekat sini kelmarin.
Mayat Nur Alif Naim Husni, 16, dari Taman Pokok Sena Indah di sini ditemui oleh penduduk pada pukul 8 malam kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.
Kejadian pada pukul 5 petang itu dipercayai berlaku ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat itu sedang berehat sambil berbual-bual bersama tiga rakannya di tepi tali air tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2eLboh6xt 
Hakcipta terpelihara 

2 warga Singapura lemas di Tioman




KUANTAN – Hasrat sepasang suami isteri warga Singapura menjalani latihan menyelam di Pantai Air Batang, Pulau Tioman dekat Rompin kelmarin berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas bersama jurulatih selam
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 12 tengah hari ketiga pasangan suami isteri dan jurulatih selam mereka juga dari Singapura berada di dalam laut untuk menjalani latihan menyelam.
Dua mangsa yang mati lemas ialah Lee Yong Yeow, 48, seorang jurulatih dan pelatihnya, Tan Sean Hen, 35.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sebelum kejadian, jurulatih berkenaan sedang mengajar pasangan suami isteri tersebut menyelam kira-kira 25 meter dari pantai di pulau itu.
“Ketika sedang menyelam, wanita itu kemudian melihat suaminya dan jurulatih selam mengalami kesukaran ketika menyelam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2eLbHWssN 
Hakcipta terpelihara 

Hasrat tunang tak kesampaian

Hasrat tunang tak kesampaianBeginilah keadaan kereta dinaiki Nasiruddin dan bakal tunangnya selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 155 Jalan Jerangau-Jabor.

KEMAMAN – Hasrat seorang pemuda untuk melangsungkan pertunangan pada penghujung tahun ini terkubur selepas terbunuh dalam kemalangan yang turut menyebabkan bakal tunangnya cedera parah, kelmarin.

Nahas kira-kira jam 12.35 tengah hari di Kilometer 155 Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan masuk ke Bandar Ceneh Baru itu meragut kegembiraan pasangan tersebut yang dalam perjalanan dari Padang Kubu, Kijal menuju ke Kuantan, Pahang untuk membeli persiapan majlis pertunangan.

Nasiruddin Azmi, 26, dari Rumah Murah Kos Rendah Binjai yang bekerja secara kontrak di syarikat Hunstman dekat Pengkalan Perbekalan Kemaman (KSB), Kawasan Perindustrian Teluk Kalung meninggal dunia pada jam 2 petang selepas hampir dua jam bertarung nyawa.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Naza Picanto dipandu mangsa bersama bakal tunangnya, Che Engku Norha Erny Che Engku Yusof, 23, bertembung dengan sebuah lori membawa muatan minyak kelapa sawit menyebabkan kereta dinaiki mereka remuk dan hancur.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, pertembungan itu menyebabkan Nasiruddin dan Che Engku Norha Erny tersepit di tempat duduk hadapan.

Katanya, mereka dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Cheneh Baru yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.

“Mereka dikeluarkan anggota kira-kira 10 minit kemudian sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman dengan ambulans Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru.

“Nasiruddin meninggal dunia ketika diberikan rawatan di unit kecemasan, sementara tunangnya yang tidak sedarkan diri turut menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Che Suza berkata, mayat Nasiruddin dibawa ke Unit Forensik untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya, lewat petang kelmarin.

Leka layanan ghairah gadis bunga

Leka layanan ghairah gadis bungaGRO warga Thailand yang ditahan dalam Ops Cantas Noda di Puchong, semalam

PUCHONG - Dengan hanya membeli satu kalungan bunga, pelanggan sebuah pusat hiburan di sini akan mendapat layanan tarian khas daripada pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand yang diminati mereka.

Bagaimanapun, belum sempat menikmati kepuasan daripada gadis ‘bergetah’ ditawarkan, premis dikunjungi mereka di Pusat Bandar Puchong, dekat sini diserbu sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, pelanggan perlu membeli kalungan bunga dengan harga RM100 dan boleh memilih mana-mana gadis GRO untuk melayan mereka.

Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, Sobberi Ismail berkata, daripada jumlah dibayar pelanggan, separuh diambil pengusaha manakala selebihnya diberikan  kepada gadis pelayan terbabit.

Lebih ramai pelanggan yang membeli kalungan bunga, lebih banyak komisen diperoleh pelayan yang menjadikan pekerjaan itu sebagai cara mudah mendapatkan kemewahan.

Ketika serbuan, 12 gadis berpakaian seksi terbabit dikatakan sedang asyik melayani 50 pelanggan lelaki tempatan yang dahagakan layanan mesra mereka.

Pemeriksaan dijalankan mendapati kesemua GRO termasuk enam pekerja lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 30-an didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

“Risikan dilakukan mendapati  GRO terbabit diberikan tip separuh harga bagi setiap jualan kalungan bunga berharga RM100. Selepas pembelian kalung bunga dibuat, pelanggan boleh memilih mana-mana  pelayan disukai untuk dijadikan teman berhibur,” katanya.

Beliau berkata,  penjaga premis turut ditahan kerana perniagaan dijalankan tidak memiliki lesen sah pihak berkuasa.

Kesemua yang ditahan dalam  Ops Cantas Noda kelmarin dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

Dua anggota Maritim hilang

Dua anggota Maritim hilangPASIR PUTEH - Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Daerah Maritim Tok Bali yang hilang bersama bot nelayan Vietnam yang digeledah dalam operasi di perairan Kelantan Sabtu lalu (7 September) masih belum ditemui.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, dua anggota yang menyertai operasi bersama lima lagi anggota daripada Kapal KM Ligitan itu naik ke bot Vietnam bernombor BT 93752 untuk menggeledah selepas menahannya pada posisi 102.5 dari Tok Bali.

Katanya, lima nelayan Vietnam dibawa ke Kapal KM Ligitan, sementara dua lagi termasuk tekong berada di atas bot mereka yang digeledah jam 6.58 pagi.

“Ketika itu KM Ligitan mengejar satu lagi bot nelayan dan selepas gagal, KM Ligitan kembali ke posisi di mana bot yang ditahan bersauh dan mendapati bot tersebut tidak ada di situ,’ katanya pada sidang media di Bilik Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim di Tok Bali dekat sini, petang tadi.

Sehubungan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat digerakkan sejak Ahad lalu membabitkan tiga kapal dan satu pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim serta satu kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dua anggota terbabit ialah Laskar Kelas II Mohd Ramdhan Hizam, 22, (mula berkhidmat 4 Januari 2010) berasal dari Johor dan Laskar Kelas II Mohammad Sabrie Shahibul, 24, (mula berkhidmat 18 Julai 2011) berasal dari Sabah.

Shahidan yang bertanggungjawab berhubung perihal Parlimen, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Bantuan Bencana Alam berkata, bot Vietnam itu mungkin mengalami kerosakan dan berada di perairan negara tersebut.

“Kita tidak pasti apa yang berlaku kerana ketika operasi itu dilakukan, laut bergelora dan hujan, kita menerima pelbagai maklumat awal tapi masih belum dapat menentukan kesahihannya, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Saya yakin dua anggota kita yang bersenjata ketika menggeledah itu berada dalam keadaan selamat dan ada usaha daripada nelayan Vietnam untuk membawa mereka ke perairan negara,” katanya.

Shahidan berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman untuk urusan diplomatik kedua-dua negara.

“Kita menjangkakan Kapal KM Ligitan yang membawa lima awak-awak Vietnam yang ditahan tiba di Jeti Operasi Tok Bali jam 11 malam ini (semalam) kerana menghadapi masalah enjin dan hanya bergerak pada kelajuan 10 knot,” katanya.

Bot nelayan itu katanya, bukan sahaja melakukan kesalahan menceroboh perairan negara malah menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding yang dilarang penggunaannya di negara ini.

Ustazah maut bersama tiga anak

Ustazah maut bersama tiga anakKeadaan kereta dinaiki lima mangsa yang bertembung dengan sebuah lori.

KAJANG –Tragis apabila seorang guru mata pelajaran agama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan tiga anaknya maut selepas  kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Kajang-Banting di sini, hari ini.

Kejadian turut menyebabkan seorang anak lelaki guru itu yang berusia tiga tahun kritikal dan  masih mendapat rawatan di wad kecemasan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah untuk mengajar murid sesi petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan dipandu mangsa dari arah Bangi ke Kajang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.

Rempuhan kuat turut menyebabkan pemandu lori mengalami kecederaan dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang terkorban adalah Rohaya Md Rabi, 35; Nor Nabila Al Huda Mohd Taufid, 9; Nor Nabila Ah Hanan, 7, dan Mohd Nabil Lutfi Al Hadif, 1.

Anak mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd Nabil Lutfan Al Husni, 3.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mangsa yang memandu tersepit.

“Akibat pelanggaran itu, sebuah van turut merempuh bahagian belakang lori dipercayai akibat tidak sempat menekan brek,”katanya. 

Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kajang.

Remaja khusyuk dodoi awek kantoi

Remaja khusyuk dodoi awek kantoiGEORGETOWN - Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.

Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.

Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.

Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.

Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.

Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.

Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.

“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.

Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.

“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.

“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.

Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.

Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.

Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.

Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.

“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi.

Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.

Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.

“Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang,” katanya.