Search This Blog

Saturday, September 7, 2013

Amah tak terima gaji terjun bangunan


Jeddah: Seorang pembantu rumah warga Filipina terjun dari tingkat dua sebuah bangunan dalam usaha untuk membunuh diri selepas dia tidak menerima gaji sejak dua setengah tahun lalu dan dihalang meninggalkan rumah majikannya.

Amah berkenaan, Izelia, dikejarkan ke Hospital Raja Fahd oleh majikannya yang berhutang dengannya sebanyak SR24,000.


Dalam laporan kepada polis, Izelia berkata, majikannya juga tidak membenarkan dia menghubungi keluarganya di Filipina dan juga pejabat konsul negara itu di Jeddah.

“Saya cuba melarikan diri tetapi majikan saya dan keluarganya sentiasa mengawasi saya. Saya tidak dibenar keluar. Lebih teruk lagi, saya tidak dibenar menyentuh telefon,” katanya.


Kerana tidak tahan lagi menanggung derita, dia mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan itu. Menurut polis, majikan wanita itu hanya menghantar Izelia ke hospital dan pulang. - Agensi

Sebar HIV kepada 300 orang


Dexter (Missouri): Seorang lelaki yang memberitahu pihak berkuasa bahawa dia melakukan seks dengan 300 orang sejak disahkan dijangkiti HIV mengaku tidak bersalah menyebarkan virus itu kepada seorang lelaki lain.

David Mangum menafikan tuduhan ke atasnya kelmarin selepas didakwa menyebabkan mangsa dijangkiti virus berkenaan. Di Missouri, hukuman terhadap jenayah seumpamanya antara yang paling tegas di Amerika Syarikat. Mereka yang bersalah berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. Dokumen mahkamah menyatakan lelaki berusia 36 tahun itu memberitahu polis, dia melakukan seks tanpa perlindungan dengan 300 orang sejak disahkan menghidap HIV kira-kira 10 tahun lalu.


Ramai pasangannya ditemui menerusi iklan Craigslist dan dia akan bertemu mereka di taman, perhentian trak dan lokasi terpencil yang lain. - AFP

Lelaki terpelanting dipanah petir

Syed Ibrahim Syed Ibrahim (dua, kiri) bersama penduduk kampung hadir ke rumah mangsa pagi semalam.

TEMERLOH – Seorang penduduk Kampung Gunung Senyum maut selepas dipanah petir ketika dalam perjalanan pulang dari menjala ikan di sebuah Paya dekat kampung tersebut, petang kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa Salleh Yaakob, 52, bersama isteri, Norehan Hasan 49, memang berhasrat mahu pulang apabila hujan lebat dan ribut petir melanda kawasan itu kira-kira jam 7 petang.

Bagaimanapun menurut seorang saksi Azmi Dollah, 49, ketika cuba menghidupkan enjin motosikal, tiba-tiba satu panahan petir mengenai mereka hingga terpelanting beberapa meter.

“Akibat panahan petir itu Salleh tidak sedarkan diri, isterinya mungkin sempat menghubungi anaknya dan diberitahu kepada seorang jiran dan kami bergegas ke tempat kejadian.

“Masa itu, saya bersama penduduk kampung menaiki dua kereta memandu ke kawasan paya dan dalam perjalanan pergi dan pulang mengambil mangsa keadaan hujan masih lebat dan ribut petir.

“Kami terus hantar mangsa ke Hospital Jengka dan disahkan meninggal dunia oleh doktor kira-kira jam 8 malam,” katanya.

Azmi berkata, jenazah dibawa pulang ke rumahnya dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Gunung Senyum semalam.

Turut hadir menziarahi keluarga mangsa di rumahnya di sini semalam, Adun Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Menurutnya, mangsa dan isteri kerap kali pergi menjala ikan di kawasan tersebut hampir setiap hari dan itu antara rutin harian mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Menurutnya, mangsa berada bersama isteri semasa kejadian tetapi kemungkinan mangsa ada memegang jala atau besi menyebabkan dia mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia.

Bentley milik Datuk Seri ditemui semula

Datuk Seri nyaris dirempuhAnggota dan pegawai forensik poliis sedang melakukan pemeriksaan dan siasatan terhadap kereta Honda CRV yang dipercayai ditinggalkan suspek. Gambar kecil: Kai Yew

IPOH –  Seorang lelaki berpangkat Datuk Seri nyaris maut dirempuh kereta mewah jenis Bentley miliknya ketika cuba menghalang penjenayah daripada melarikan keretanya itu dalam kejadian samun di sebuah banglo mewah di Jalan Watson berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa berusia 60-an itu melepaskan tiga das tembakan amaran kepada dua penjenayah terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, mangsa berada di tingkat atas rumahnya terdengar bunyi bising, sebelum turun memeriksa ruang tamu rumahnya.

“Mangsa turut membawa sepucuk pistol sebagai perlindungan diri ketika turun dan memerhatikan seorang suspek bertopeng  sedang menggeledah rumahnya. Mangsa mengikut pergerakannya dari jauh.

“Suspek yang menemui gugusan kunci pelbagai kereta mewah miliknya sebelum melarikan kereta Bentley yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, walaupun tiga das tembakan amaran dilepaskan, suspek terus memecut kereta terbabit dan cuba merempuh mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa sempat mengelak. Pada masa sama, seorang lagi suspek dipercayai rakannya telah melarikan diri dengan memanjat pagar selepas terkejut terdengar bunyi tembakan terbabit.

“Suspek yang melarikan kereta mewah terbabit terus memecut dan merempuh pintu pagar rumahnya dan meninggalkan kawasan kediaman terbabit. Dalam kejadian itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

Anuar berkata, hasil siasatan menemui sebuah kereta jenis Honda CRV di hadapan rumah mangsa dipercayai ditinggalkan suspek.

“Hasil siasatan terbabit, kereta terbabit dilaporkan hilang di Kampung Rapat, Khamis lalu,” katanya.

Susulan kejadian itu, operasi memburu kedua-dua suspek berhasil apabila berjaya menemui kereta mewah terbabit di sebuah bengkel di Menglembu kira-kira jam 3.30 petang

“Kita juga berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun. Kes berjaya diselesaikan dalam masa 12 jam dan polis masih memburu saki baki kumpulan ini yang menggunakan modus operandi yang sama ketika melakukan samun.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana samun di kediaman dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh,” katanya Anuar.
Bagaimanapun, polis meminta seorang lelaki dikenali sebagai Woon Kai Yew, 31, untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Enam individu kena cekup

Enam individu kena cekupSebahagian daripada barang yang dipercayai hasil pecah rumah yang ditemui polis selepas pemeriksaan dilakukan ke atas rumah yang didiami salah seorang suspek

MUAR – Tindakan tiga lelaki menjadikan sebuah pondok di Kampung Temiang, Jalan Salleh di sini, sebagai port untuk menghisap dadah akhirnya terbongkar apabila diberkas polis dalam serbuan Rabu lalu.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, serbuan kira-kira jam 1 pagi itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

“Lelaki berkenaan yang berusia antara 26 hingga 37 tahun itu ditahan hasil risikan polis dan maklumat orang awam selepas mengetahui mereka melakukan aktiviti terlarang di pondok itu sejak enam bulan lalu.

“Ketika ditahan, kesemua suspek sedang khayal dipercayai berada di bawah pengaruh dadah kerana tidak menyedari kehadiran polis yang menyerbu pondok itu,” katanya dalam sidang media di IPD Muar di sini, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di pondok tersebut polis menemui dadah jenis heroin dengan anggaran berat 150 gram (gm) dan syabu (14gm).

Katanya, mengikut harga pasaran semasa dadah seberat 164gm itu dianggarkan bernilai RM10,000 dan mampu menampung keperluan seramai 1,000 penagih.

“Hasil siasatan lanjut, salah seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek juga didapati positif dadah jenis syabu menerusi ujian air kencing yang dilakukan ke atas mereka,” katanya.

Azman berkata, suspek ditahan reman sehingga 10 September ini untuk siasatan lanjut bagi mengetahui sumber mereka memperoleh bahan terlarang itu.

“Kita percaya, dadah itu digunakan untuk keperluan sendiri dan selebihnya dijual kepada penagih di sekitar daerah ini juga daerah berhampiran.

“Mereka tidak mempunyai pekerjaan dan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah secara kecil-kecilan sebagai punca utama pendapatannya,” katanya.

Jelasnya, kesemua suspek adalah rakyat tempatan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.


Kantoi di hotel

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang pelajar tingkatan empat antara yang ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di daerah ini.

Penahanan pelajar itu dibuat susulan cubaan teman lelakinya yang gagal memecah masuk sebuah rumah di Sungai Abong di sini, jam 4 pagi, 30 Ogos lalu.
Azman berkata, remaja perempuan itu bersama kekasihnya dan seorang lagi lelaki ditahan di sebuah hotel di sini, kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Menurutnya, penahanan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang lelaki yang mendakwa pintu rumahnya cuba dipecah masuk orang tidak dikenali, namun sempat menghalangnya dengan membaling alat pembesar suara ke arah suspek yang kemudiannya melarikan diri.

“Berdasarkan laporan berkenaan, pasukan peronda melakukan tinjauan di sekitar kawasan itu dan menemui sebuah kereta yang ditinggalkan dengan enjinnya masih dihidupkan di depan sebuah hotel di Sungai Abong.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga pelanggan baru saja mendaftar masuk ke hotel berkenaan dan suspek salah seorang daripada mereka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Katanya, serbuan di bilik berkenaan telah menemui sejumlah barangan iaitu jam tangan berjenama, tiga telefon bimbit jenama, beg bimbit dan juga beg sandang.

“Selain itu, kita turut menjumpai dompet, mata wang asing serta serangkai kunci. Suspek yang cuba melakukan pecah rumah merupakan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) berusia 24 tahun.

“Seterusnya, kita serbuan di rumah yang didiami bekas tahanan EO berkenaan dan menemui pelbagai jenis barangan dipercayai hasil kegiatan curi dan pecah masuk rumah yang disembunyikan di rumah itu,” katanya.

Azman berkata, antara barangan yang ditemui 15 utas jam tangan pelbagai jenama termasuk Rolex, 24 telefon bimbit, lima smart tag, dua alat pengesan navigasi GPS, dua rantai emas, sepucuk pistol mainan serta tiga bentuk cincin emas yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

Jelasnya, suspek pertama yang juga bekas tahanan EO itu turut memiliki rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Selain itu katanya, penahanan tiga suspek  berkenaan dapat menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Muar sejak awal tahun ini dan mereka direman sehingga 9 September untuk membantu siasatan.

“Kes  disiasat mengikut Seksyen 448  kerana menceroboh rumah dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Polis Kuantan rampas komputer judi lebih RM3j


6 September 2013
KUANTAN - Polis Kuantan merampas 3,338 unit komputer yang digunakan dalam aktiviti perjudian Internet di pusat kafe siber bernilai lebih RM3 juta sejak Januari lepas sehingga hari ini.
 
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff, dalam tempoh itu 1,039 orang ditangkap atas kesalahan berjudi dan turut merampas wang tunai lebih RM68,000 hasil perjudian.
 
"Bagi tempoh berkenaan 32 premis dipotong bekalan elektrik, 79 premis dibatal lesen, 67 kes telah didakwa di mahkamah dan 29 kes lagi masih dalam perbicaraan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Katanya, dalam Ops Dadu yang dijalankan di sini awal hari ini, tujuh pusat kafe siber diserbu dipercayai menjalankan aktiviti perjudian Internet secara haram sejak beberapa bulan lalu.
 
Beliau berkata polis merampas 161 set komputer bernilai RM161,000 serta wang tunai lebih RM8,000 dan menahan 106 kaki judi termasuk dua wanita berumur lingkungan 20-an hingga 50-an. - Bernama

Dua pekerja katering maut van terbalik


7 September 2013

PENDANG - Dua pekerja katering maut selepas van yang mereka naiki bersama 10 yang lain terbabas dan terbalik ke dalam parit di KM62.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah Pendang hari ini.
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Pendang, Asisten Superintendan L Pubadi berkata, mangsa Nurul Najwa Mohd Naim, 15, dari Taman Sireh, Bukit Pinang, Alor Setar dan Muhammad Azrul Adli Sulaimi, 18, dari Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Alor Setar maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
 
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 9.55 pagi itu, van yang dipandu Ahmad Hazri Ahmad Nazri, 20, dikatakan hilang kawalan selepas tayar belakang sebelah kanan kenderaan itu pancit mengakibatkan ia terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri sebelum terbalik ke dalam parit.
 
"Dua mangsa yang meninggal itu dipercayai ditindih penumpang lain di dalam van. Najwa ketika itu duduk di belakang sebelah kanan sementara Muhammad Azrul di bahagian tengah di belakang pemandu," katanya ketika dihubungi.
 
Kesemua mangsa yang berusia antara 15 hingga 53 tahun itu bekerja sambilan dengan syarikat katering berkenaan.
 
Mereka dipercayai dalam perjalanan ke kampung Lubuk Getah di sini untuk menguruskan jamuan di majlis perkahwinan.
 
Pubadi berkata, lima lagi yang menaiki van itu cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan termasuk pemandunya sementara dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
Yang cedera mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.
 
Mayat dua remaja itu juga dihantar ke hospital berkenaan untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga masing-masing.
 
Bapa Najwa, Mohd Naim Othman, 48, berkata, anak sulungnya daripada empat beradik itu bakal mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tidak lama lagi.
 
Dia berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas itu baharu sahaja bekerja secara sambilan dengan syarikat katering itu untuk mendapat duit poket bagi membantu keluarga.
 
"Memang saya tak bagi dia pergi kerja, tapi dia mahu pergi juga sebab dia kata nak tambah duit poket dan hanya bekerja pada hari minggu. Dia mula kerja Sabtu lepas dan hari ini dia ada majlis kenduri kahwin di Pendang.
 
"Awal pagi tadi mak dia hantar dia ke tempat katering itu di Kepala Batas, tidak jauh dari rumah kami ketika hujan lebat. Saya kemudiannya terkejut bila pihak hospital hubungi saya bagitau anak saya maut kemalangan kira-kira pukul 10 pagi tadi," katanya ketika ditemui di hospital.
 
Mohd Naim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah anaknya itu berkata, sejak seminggu lepas anaknya itu menunjukkan perubahan dengan mengajak adik-adiknya bersama-samanya menunaikan solat secara berjemaah setiap hari.
 
Beliau berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Alor Ganu, Kepala Batas lewat petang ini.
 
Sementara itu bapa Muhammad Azrul, Sulaimi Din, 50, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu bekerja sambilan di syarikat katering itu kerana sedang menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran di sebuah Politeknik. - Bernama

30 sehelai sepinggang, tujuh rumah musnah terbakar

Bomba Bomba berusaha memadamkan api dari terus merebak ke kediaman berdekatan.

KOTA BHARU- Tujuh rumah kayu musnah dalam kebakaran di kampung Sireh Bawah Lembah, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Akibat kejadian itu, hampir 30 mangsa yang mendiami kediaman berkenaan tinggal sehelai sepinggang setelah segala harta benda musnah dalam kejadian terbabit.

Seorang mangsa, Aminah Abdullah 43 berkata, dia menyedari asap hitam menjulang tinggi bermula dari rumah kosong berdekatan dan terus mendapatkan ibunya yang lumpuh akibat strok, Halimah Hamat, 84 di ruang tamu.

“Ibu tidak dapat berjalan dan hanya duduk di atas kerusi roda, saya bergegas mendapatkan ibu dan meminta pertolongan anak saudara yang tinggal di sebelah rumah mengusung ibu keluar.

“Mujurlah saya cepat bertindak kerana api begitu cepat marak. Apa yang saya fikirkan pada saat itu adalah nyawa ibu dan saya. Biarpun pelbagai kelengkapan rumah musnah, namun saya bersyukur masih selamat,” katanya.

Aminah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan RM100,000 memandangkan dia baru sahaja mengubah suai rumah terbabit.

Seorang lagi mangsa yang juga ibu tunggal, Kamariah Deraman, 52 berkata, dia menyedari kejadian itu setelah cucunya, Ainul Mardhiah Sofian memberitahu rumah jiran hangus dalam kebakaran.

“Ketika itu saya baru sahaja berehat setelah pulang dari tempat ceramah pagi di Medan Ilmu dan membeli sedikit barang untuk membuat kuih.

“Setelah cucu memberitahu rumah sebelah terbakar, saya menjenguk ke tingkap dan melihat kepulan asap, namun api belum merebak lagi ketika itu,” katanya.

Lebih bernasib baik, ibunya, Minah Yusof, 69 yang sakit terlantar akibat menderita penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu berjaya diusung keluar dari rumah.

“Saya sempat ambil dokumen penting seperti sijil-sijil dan enam tong gas untuk membuat kuih diangkat oleh orang ramai, tetapi kelengkapan lain semuanya musnah, sama sekali,” kata Kamariah  yang tinggal bersama lima penghuni lain termasuk anak, cucu dan menantunya.

Bagi Saodah Abdullah, 68 berkata, dia bersama suaminya, Wan Zin Wan Hassan, 80 menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun berjaya menyelamatkan diri.

“Kami empat adik-beradik tinggal berdekatan (rumah kayu berkembar) dengan rumah ibu (Halimah) kerana saling menjaga ibu sakit.

“Makcik terpaksa menumpang di rumah anak-anak  dan berharap ada pihak sudi membantu untuk membina tempat tinggal baru," kata Saodah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Abdul Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.56 pagi dan jentera pertama tiba di tempat kejadian dua minit kemudian.
“Sebanyak tujuh jentera bomba dihantar dari balai Kota Bharu, Darul Naim, Tunjung, Pengkalan Chepa bersama 38 anggota bersama dua anggota bomba sukarela.

"Pada mulanya pihak kami hadapi masalah memadam kebakaran kerana sumber air yang tidak mencukupi, namun berjaya mengawal api dengan aliran Sungai Kelantan yang disedut ke dalam tangki bomba," katanya.

SPRM tahan 3 elak cukai kereta mewah

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri, yang dipercayai terlibat sindiket cuba mengelak cukai eksais kereta mewah dan memalsukan dokumen Kastam Diraja Malaysia.

Difahamkan penahanan mereka akan membuka kepada pembongkaran pembelian dan penjualan kereta mewah di Langkawi serta sindiket yang cuba mengelakkan cukai lain bernilai berjuta-juta ringgit.

Ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan 30 dan 40 tahun ditahan di pulau peranginan itu petang kelmarin.

Isteri kepada pasangan berkenaan merupakan pengurus bank.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan tiga individu terbabit.

“Ya, kami ada menahan tiga orang semalam (kelmarin). Siasatan sedang dijalankan,” katanya, namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan wanita berkenaan membeli sebuah kereta mewah manakala suaminya bersubahat dalam pembelian dan penjualan semula kereta bernilai RM500,000.

Kereta itu dibeli menggunakan nama wanita berkenaan telah dijelaskan duti eksais dan kononnya didaftarkan di Langkawi.

Ia dibeli pada harga RM300,000 dan dijual semula dalam tempoh tiga bulan pada harga RM500,000.

Selain tidak membayar duti eksais, dokumen K1 Kastam yang digunakan juga telah dipalsukan.
Ketiga-tiga mereka dijangka akan didakwa dalam waktu terdekat.

Ringgit Malaysia palsu dikesan di Thailand


Bangkok: Persatuan Tukaran Mata Wang Asing Thai memberi amaran kepada orang ramai mengenai penggunaan mata wang asing palsu di negara itu, terutama di wilayah selatan yang menyaksikan Ringgit Malaysia palsu paling banyak beredar.

Presidennya, Chanaporn Poonsuphirun berkata, not palsu Ringgit kelihatan sama seperti not asli dan sukar untuk dibezakan.
Menurut Chanaporn, not palsu Ringgit ditemui di bandar Chumphon hingga ke wilayah di sempadan Malaysia berikutan ramai rakyat Malaysia berkunjung ke situ.

Mata wang asing palsu lain yang ditemui di Thailand termasuk rupee India dan dirham Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Chanaporn berkata, persatuan itu cuba melatih kakitangan pengurup wang di selatan Thai untuk mengesan wang palsu. - Agensi

Suami disorok orang bunian?

Suami disorok orang bunian?Penduduk dan kawan rapat cuba menenangkan Chek Tom yang bersedih atas kejadian menimpa suaminya.

KUALA SELANGOR - Misteri kehilangan seorang nelayan pantai sejak Khamis lalu masih belum terjawab dan gerakan mencari masih aktif dijalankan di sekitar kawasan hutan paya bakau di Jeti Sungai Yu, di sini.

Malah, banyak andaian dan ramalan pawang yang memaklumkan kehilangan Jamaludin Abd Ghani, 50, mungkin disorok bunian memandangkan kawasan yang dilalui untuk mencari ketam dikatakan keras dan merupakan perkampungan bunian.

Isteri mangsa, Chek Tom Shaari, 40, berkata, dia bimbang selepas suaminya tidak pulang ke rumah sebelum gerakan mencari pada jam 7 petang bermula dengan penemuan motosikal di jeti terbabit.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar menuju ke jeti dalam keadaan hujan renyai tanpa disedari isterinya sedangkan pada awalnya dia memaklumkan tidak mahu turun ke laut disebabkan cuaca yang kurang elok.

"Perangai suami memang berbeza. Selama ini sebelum keluar dia akan beritahu saya jika mahu ke mana-mana," katanya.

Apabila suami tidak pulang, dia segera memaklumkan jiran dan bersama-sama mencari di jeti, malangnya tiada sebarang petunjuk ditemui sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan Balai Polis Tanjong Karang.

Katanya, gerakan mencari diteruskan melibatkan pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), rakan nelayan sehingga jam 2 pagi manakala penduduk kampung membuat solat hajat di Surau At Taqwa Taman Desa Mawar dan Surau Jeti Sungai Yu.

"Semua mencari suami saya sampai jam 7 pagi dan berhenti kerana solat Jumaat," katanya.


Pernah lihat perkampungan cantik

Chek Tom tidak menolak andaian suaminya itu disorok bunian memandangkan kawasan itu memang keras dan pernah berlaku kejadian seumpama itu sebelum ini.

Menurutnya, suaminya juga pernah bercerita dia ada terlihat perkampungan yang sangat cantik dalam hutan paya bakau itu, namun dia tidak pergi dekat.

"Mungkin kali ini suami saya diduga sampai tidak boleh keluar dari kawasan itu. Ada yang kata suami termakan buah limau yang ranum di dalam hutan itu menyebabkan penunggu kawasan itu tidak mahu melepaskannya.

“Yang penting sekarang ini saya mahu suami selamat sahaja. Apa cara sekali pun yang terpaksa digunakan saya akan usahakan demi suami,” katanya.

Tapak kaki mangsa ditemui

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Sahrul Hafizan Daud berkata, meskipun tapak kaki mangsa ditemui, namun kelibatnya masih belum dikesan menyebabkan mereka terpaksa menghentikan operasi pada jam 8 malam sebelum disambung hari ini.
Menurutnya, seramai 10 anggota menyertai gerakan mencari mangsa bermula 10 malam kelmarin bersama penduduk setempat dengan keadaan hutan paya bakau yang dipenuhi selut.
“Cuaca gelap agak menyukarkan pergerakan lebih-lebih lagi anggota kerap menemui ular dan haiwan berbisa lain. Namun usaha mencari tetap diteruskan pada hari ini (semalam) bermula jam 9 pagi tadi,” katanya.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Selangor Utara, Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan pula berkata, seramai 11 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor serta Tanjong Karang dikerahkan dalam usaha mencari mangsa bermula jam 3 petang sehingga 8 malam.

“Meskipun mangsa sudah dilaporkan hilang lebih 24 jam, namun pihak bomba hanya dimaklumkan selepas solat Jumaat dan bergegas menyelusuri sungai dengan bot untuk mencari mangsa.

“Usaha mencari akan diteruskan esok (hari ini) dengan bantuan anjing pengesan K9,” katanya.


Simpati nasib penduduk

Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak turut bersimpati dengan musibah yang menimpa Ketua Persatuan Nelayan Jeti Sungai Yu itu dan turut membantu mencari mangsa menerusi bantuan orang kampung.

“Saya juga memaklumkan kepada pihak Syabas supaya menyediakan tangki statik untuk kemudahan penduduk yang datang ke jeti itu terutamanya keluarga mangsa yang datang dari Pontian, Johor.

“Saya berharap mangsa dapat ditemui dalam keadaan baik dan turut meminta kariah di Masjid Sungai Terap dan Masjid Sungai Yu supaya mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Jamaludin,” katanya.

Pirana gemar kemaluan lelaki

Pirana Pacu Pirana Pacu mempunyai struktur gigi menyamai manusia.

MUZIUM Sejarah Denmark memberi amaran kepada orang ramai supaya mengenakan pakaian mandi ketika berada di Perairan Nordic bagi mengelakkan menjadi mangsa serangan ikan pirana yang tiba-tiba muncul di kawasan perairan tersebut sejak minggu lalu.

Ikan Pirana spesies Pacu itu dikatakan hanya menyerang mangsa di bahagian kemaluan terutama golongan lelaki.

Menurut pengkaji muzium, spesies ikan itu banyak ditemui di kawasan Oresund Sound, di luar pantai selatan Sweden.

“Ramai mangsa ditemui mengalami kecederaan serius di bahagian kemaluan selepas digigit ikan berkenaan berbanding anggota badan lain,” katanya.

Menurut Daily online, beliau berkata, ikan itu mempunyai saiz gigi mendatar sama seperti gigi manusia yang mempunyai elemen menggigit dan mengunyah.

“Kebanyakan ikan itu bersaiz 21 sentimeter (sm) panjang.

Minggu lalu, dua nelayan maut selepas digigit ikan berkenaan. Selepas bedah siasat, kami mendapati kemaluan mangsa cedera digigit ikan tersebut,” katanya.

Menurut kajian, ikan tersebut boleh mencecah saiz 90sm panjang dan berat sehingga 25 kilogram.

Nama kepala tiga kongsi gelap didedah


Kuala Lumpur: Bernama melaporkan sumber Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan nama ‘kepala’ tiga kumpulan kongsi gelap iaitu 04, 08 dan 36 masih aktif di kawasan masing-masing.

Kumpulan 04 yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi di Johor, Sungai Way Sugu (KL), Green Line Samy (Pulau Pinang), Prai Bala (Pulau Pinang) dan Langkap Sasi (Perak dipercayai terlibat dalam kes tembak di Kampar Perak melibatkan anak dan bapa), Selvam (Batu Gajah) yang dipercayai mempunyai kelab 04 di Taman Perdana Batu Gajah, Ragu (Ayer Tawar), Sudha (Sitiawan).
Kumpulan 08 juga dikenali sebagai Indren di Pulau Pinang, Jiva (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (Kuala Lumpur), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (Kuala Lumpur) dan Gobi (Kuala Lumpur).

Kumpulan 36 dikenali sebagai Cendol Kanna (Kuala Lumpur), Ratenan (Kuala Lumpur), Devan (‘kepala’ 36 Kuala Lumpur yang juga jutawan dan pembekal dadah), Kajang Balan (Kajang dan orang kanan bagi Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping yang terlibat dalam kes tembak di Relau melibatkan seorang lelaki yang pernah ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas dari Taiping berpunca daripada masalah dadah dan sama kumpulan dengan bekas tentera ditembak sebelum ini), M.G Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang dipercayai orang rapat Devan), Santhanem (Kuala Lumpur), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Bahru), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth) dan Arvin (Kulim).

‘Kantoi’ sorok senjata buku lima


Pengkalan Hulu: Seramai tiga lelaki dipercayai anggota geng kongsi gelap diberkas pasukan polis yang melakukan pemeriksaan rapi di Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Berapit, di sini, sejak kelmarin.

Suspek yang berusia antara 24 dan 26 tahun itu dikesan mempunyai tatu kumpulan kongsi gelap Geng 36 selain turut membawa senjata tajam buku lima ketika melintasi sempadan negara.


Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu Deputi Superintendan Ibrahim Deraman berkata, dalam kejadian terbaru jam 5 petang semalam, seramai dua suspek diberkas ketika cuba memasuki Malaysia dari Betong, Thailand.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki motosikal ditahan untuk pemeriksaan oleh sepasukan 20 anggota polis yang melakukan pemeriksaan rapi Op Cantas Khas (Op Cantas) di pintu sempadan bermula jam 2.30 petang semalam.


“Pemeriksaan itu dilakukan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu.


“Sejurus ditahan, lelaki terbabit diarahkan untuk menjalani pemeriksaan tubuh. Ketika itulah senjata buku lima yang disembunyikan di pinggang seorang suspek terjatuh,” katanya.

Suspek yang disoal siasat kemudian memberi alasan bekerja sebagai DJ di sebuah kelab malam di Betong, Thailand dan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Sungai Siput, Perak.


“Suspek mendakwa senjata itu dimiliki rakannya di Malaysia. Kedua-dua mereka yang berusia 25 dan 26 tahun ditahan sebelum dibawa ke IPD Pengkalan Hulu untuk disoal siasat,” katanya.

221 senjata dirampas


Kuala Lumpur: Polis menahan 4,806 orang dalam Op Cantas Khas (Op Cantas) di seluruh negara sejak Ogos lalu sehingga jam 6 pagi semalam bagi membanteras pelbagai kesalahan jenayah termasuk kongsi gelap, gengsterisme dan kekerasan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam operasi itu, polis juga merampas sebanyak 221 senjata termasuk senjata api dan senapang angin buatan sendiri.


“Selain senjata api, polis turut pedang sebanyak 21 bilah, pisau (68), parang (45), batang besi (12), senapang buatan sendiri (10), buku lima (sembilan), kerambit (tujuh), kapak (enam), kayu panjang (empat), pistol tiruan dan spanar hidup (tiga) serta masing-masing satu kelopak pistol dan golok bersarung.

“Pihak polis turut melakukan pemeriksaan ke atas 75,575 kenderaan dan hasilnya kami berjaya mengesan sebanyak 222 buah yang dikenal pasti sebagai kenderaan curi,” katanya.

Lelaki buruan polis koma terbabit nahas


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dikehendaki atas kesalahan menyamun beberapa individu termasuk seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar berjaya dikesan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuching persimpangan Jalan Putra, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berkenaan yang belum dikenali identitinya cedera parah di kepala dan kini koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Sumber polis berkatapemeriksaan pegawai perubatan di dalam beg lelaki berkenaan membawa kepada penemuan satu lesen memandu, kad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) milik wanita yang dilaporkan hilang di Jalan Tun Razak, satu lesen memandu dan kad pengenalan milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Ampang, satu kad kuasa polis yang dilaporkan hilang dalam kejadian samun di Ampang serta sepeket dadah jenis syabu.

“Semakan lanjut mendapati motosikal yang dinaiki lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu itu turut dilaporkan hilang di Sentul.


“Polis menunggu lelaki itu sedar sebelum menjalankan siasatan lanjut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Suami cari ketam tak pulang

Foto
BEBERAPA penduduk mencari mangsa yang hilang.
Tanjong Karang: “Pada kebiasaannya, suami akan keluar mencari ketam jam 8 pagi sebelum pulang ke rumah jam 12 tengah hari. Namun, sehingga jam 4 petang semalam (kelmarin), suami belum pulang menyebabkan saya dan keluarga bimbangkan keselamatannya,” demikian luahan Chek Tom Shaari, 40, isteri kepada Jamaluddin Abdul Ghani, 50, yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam di Sungai Yu, di sini, sejak petang kelmarin.
Beliau berkata, suaminya yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Selangor itu keluar dari rumah menaiki motosikal, tetapi tidak memberitahu tujuan.
Chek Tom berkata, dia hanya mengetahui suaminya keluar mencari ketam selepas dimaklumkan rakan yang sempat bertemu suaminya itu di kawasan jeti.

“Saya bimbangkan keselamatannya lebih-lebih lagi ketika air pasang. Saya hanya menemui motosikal yang dinaiki suami yang diletakkan di Jeti Sungai Yu.


“Selepas gagal dihubungi, saya dengan bantuan rakan suami pergi mencarinya, tetapi sehingga kini gagal ditemui menyebabkan saya membuat laporan polis kira-kira jam 8 malam semalam (kelmarin),” katanya.

Katanya, dia dan keluarga kini berdoa agar suaminya itu ditemui segera dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad ketika dihubungi berkata, polis dan agensi keselamatan lain melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa sejak laporan kehilangannya diterima.

Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat itu turut mendapat bantuan polis, bomba dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sekitar Sungai Yu dan kawasan berhampiran.

Sangkut di sempadan


Foto
BUKIT KAYU HITAM: Polis menahan sembilan individu membabitkan anggota dua kumpulan kongsi gelap ketika cuba melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Kompleks Imigresen dan Kastam (KIK) Bukit Kayu Hitam, di sini, kira-kira 7.30 malam tadi.
Kesemua mereka berusia antara 24 hingga 47 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dalam Op Cantas Khas ketika cuba menyusup ke negara jiran. 
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata kesemua mereka terdiri daripada anggota kongsi gelap 04 dan 08 ditahan selepas menerima maklumat awam berhubung cubaan untuk melarikan diri ke negara jiran. 

Menurutnya, pemeriksaan awal turut menemui pelbagai jenis tatoo pada tubuh semua lelaki berasal dari Kedah, Perak dan Selangor terbabit dan ada antara mereka turut empunyai jawatan dalam kumpulan kongsi gelap berkenaan.
KETUA Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap,Maksiat dan Perjudian D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan menunjukkan tatoo dibadan salah seorang dari sembilan ahli kumpulan kongsi gelap yang berjaya ditahan di Komplek Imigresen dan Kastam (KIK) Bukit Kayu Hitam. FOTO Shahrizal Md Noor.

"Mereka dipercayai cuba memasuki negara jiran bagi mengelak ditahan pihak berkuasa selain mahu menghilangkan tatoo pada badan masing-masing.

"Pada masa ini kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. Tangkapan ke atas semua lelaki terbabit dibuat berdasarkan maklumat awam menunjukkan masyarakat berani untuk membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan gangsterisme," katanya.

Jejak 9,000 samseng

Foto
DUA lelaki tempatan ditahan dalam Op Cantas ketika masuk melalui pintu sempadan Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak.
Kuala Lumpur: Lebih 9,000 ahli geng kongsi gelap yang dibebaskan berikutan pemansuhan Akta Rahsia Rasmi, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat (OD) tiga tahun lalu kini menjadi sasaran utama polis menerusi Op Cantas Khas (Op Cantas).
Sumber kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu Harian Metro, dalam tempoh dua minggu selepas operasi itu dilancarkan pada 17 Ogos lalu, identiti dan lokasi 379 daripada 9,000 ahli kongsi sudah dikenal pasti. 
“Boleh dikatakan mereka kini hanya menunggu masa untuk ditahan dan PDRM mensasarkan kira-kira 680 ahli kongsi gelap terbabit akan ditahan menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Menurutnya, risikan turut mendapati ada ahli geng kongsi gelap terbabit berselindung di sebalik perniagaan halal, pertubuhan agama dan pertubuhan seni mempertahankan diri bagi mengaburi pihak berkuasa.


“Taktik licik mereka itu antara cabaran kepada polis dalam melakukan penyiasatan, namun kita mempunyai cara dan kaedah tersendiri bagi mengatasinya.

Tidak masuk akal

Foto
MADELEINE (tengah) bersama Chew (kanan) di Wisma MCA, Jalan Ampang, semalam.
Kuala Lumpur: “Ia satu penghinaan, tuduhan melampau dan tidak masuk akal,” kata wanita yang didakwa bekas teman lelakinya mempunyai keinginan seksual tinggi kerana melakukan hubungan kelamin sehingga enam kali sehari dengan setiap sesi selama satu jam.
Wanita berumur 29 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Madeleine, berkata dakwaan bekas teman lelakinya, warga Bosnia Ervin Ahbabovic, 41, amat menjatuhkan maruahnya kerana ramai memandang serong terhadapnya dan menganggap dia gila seks. 
“Saya tertekan dan malu dengan berita itu, lebih buruk lagi, beberapa rakan perniagaan sudah menarik balik kontrak perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, sekali gus menutup periuk nasi keluarga saya,” katanya pada sidang media semalam.

Rabu lalu, Ervin memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM600,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap Madeleine dan mendakwa dia dipergunakan bekas teman wanitanya itu.


Dalam penyata tuntutannya, Ervin mendakwa dia dipergunakan Madeleine bagi memperoleh anak lebih baik berbanding sperma warga tempatan atas persepsi genetik orang Eropah mempunyai kualiti tiada tandingan, juga dipandang hebat.

Mangsa kecewa syarikat bas tak jelas bil hospital


2013/09/07 Kuala Lumpur: Seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan bas meragut nyawa 37 individu di Jalan Genting Highlands, 21 Ogos lalu kecewa apabila janji syarikat bas untuk melangsaikan bil hospital, tidak tertunai.

S A Ali Haider, 46, warga negara Bangladesh yang patah tangan kiri mendakwa dia terpaksa membayar RM2,600 untuk kos keseluruhan selama enam hari menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibenarkan pulang pada 26 Ogos lalu.
Katanya, janji pihak pengusaha bas ketika membuat lawatan di HKL bersama Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hisham-muddin Hussein untuk menyelesaikan kos rawatan penumpang bas kepada HKL, adalah palsu sebaliknya pesakit perlu mengeluarkan wang sendiri.


Janji palsu

“Pada hari saya dibenarkan keluar wad, pihak hospital menyerahkan bil berjumlah RM2,600 dan meminta saya melangsaikan dengan kadar segera sebelum keluar.

“Saya menyangka tidak perlu mengeluarkan apa-apa wang kerana berpegang kepada janji pihak syarikat bas. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila perlu menjelaskan RM2,600 untuk kos keseluruhan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Datuk Senu, di sini, semalam.
Beliau yang bekerja sebagai Pengarah Urusan di sebuah syarikat turut mendakwa, tindakan pengusaha bas yang membuat janji palsu di hadapan menteri itu hanyalah untuk mengambil hati dan menunjukkan rasa bersalah dengan apa yang berlaku.

“Bagaimanapun, sebaik menteri pulang dan pesakit dibenarkan keluar dari hospital, pengusaha bas bersikap lepas tangan tanpa mempedulikan keadaan pesakit.

“Saya akui, saya seorang warga asing dan jumlah yang dikenakan itu tidaklah terlalu tinggi. Namun apa yang berlaku sehingga meragut 37 nyawa penumpang, syarikat bas berkenaan perlu menunjukkan rasa prihatin dengan membayar kos hospital bagi pesakit yang terselamat,” katanya yang melantik peguam untuk menyaman syarikat berkenaan.

Sementara itu, usaha BH menghubungi pihak syarikat bas berkenaan gagal apabila mereka enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Malah, ketika ditanya sama ada benar pihak syarikat memberi jaminan akan membayar bil hospital, mereka juga enggan mengulas.

Bekas penyanyi dipenjara, sebat rogol anak tiri


2013/09/07Kajang: Seorang bekas anggota kumpulan R&B popular sekitar 2000, dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang ketika itu di bawah umur, tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, yang berusia 38 tahun selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Gagal kawal perasaan

Tertuduh yang memakai kemeja lengan panjang dan kopiah hitam hanya menundukkan kepala dan gagal mengawal perasaan sedih sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman itu.

Nor Hazani dalam penghakimannya berkata, keterangan mangsa boleh dipercayai kerana disokong oleh saksi bebas dan doktor turut mengesahkan, ada kesan koyak pada alat sulit mangsa.

Beliau membenarkan permohonan peguam bela, Azmi Talib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas anak guamnya, namun menaikkan jumlah jaminan kepada RM80,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga selesai rayuannya.

Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh mangsa sendiri melalui keterangan impak mangsa (VIS), bahawa dia mengalami tekanan perasaan dan takut untuk memulakan sesi persekolahan serta berdepan rakannya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga seorang guru vokal, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, pada jam 9 pagi, 9 Februari 2012 mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertutuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Hukuman maksimum

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadzlin Abd Zawawi, sebelum itu memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Nor Fadzlin berkata, mangsa di dalam kes ini sangat menyayangi tertuduh dan menganggapnya sebagai bapa kandung.

Lapan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala enam bagi pihak pembelaan sepanjang perbicaraan.

9 geng kongsi gelap cuba lari ke Thailand


2013/09/07 Bukit Kayu Hitam: Polis menahan sembilan lelaki dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 dan 08 melalui Ops Cantas Khas di sempadan Malaysia-Thailand, di sini, malam tadi.

Suspek berusia antara 23 dan 47 tahun berasal dari Kedah, Perak serta Selangor ditahan ketika berjalan menuju sempadan dipercayai untuk bersembunyi di negara jiran.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata kumpulan terbabit disyaki anggota kumpulan kongsi gelap berdasarkan kepada tatu yang ditemui pada badan masing-masing.

Berlagak ala pelancong

“Kita percaya kumpulan terbabit cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan berjalan menuju sempadan seolah-olah pelancong. Namun hasil maklumat awam dan risikan kita berjaya mengesan dan menahan mereka.

“Kita yakin penangkapan mereka mampu membantu polis mengesan saki-baki kumpulan itu, termasuk ketua bagi kedua-dua geng kongsi gelap berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Abdul Jalil berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya lelaki terbabit memasuki negara jiran bagi menyembunyikan diri susulan tindakan agresif polis melalui Ops Cantas Khas, termasuk mahu membuang tatu pengenalan diri.
“Daripada siasatan awal, kita dapati empat daripada mereka memiliki pasport antarabangsa, selain empat memiliki pas sempadan dan seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

“Mereka semua ditahan bagi siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1996 kerana terbabit dalam pertubuhan haram," katanya yang turut mengesahkan sembilan lelaki itu disyaki kerap memasuki negara jiran berdasarkan rekod perjalanan mereka.

Sepanjang Ops Cantas Khas bermula 17 Ogos lalu, polis menahan 4,806 individu termasuk 2,063 Melayu, 618 (Cina), 1,446 (India) dan 679 (kaum lain).

Ribut tropikal Lorena membadai Mexico, 30,000 penduduk dijangka terjejas


2013/09/07 LA PAZ (Mexico): Ribut tropikal Lorena membadai pesisir pantai Pasifik Mexico hari ini dan mengakibatkan hujan lebat sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menyediakan pusat pemindahan bagi menempatkan 30,000 mangsa bencana yang terjejas di pusat peranginan Los Cabos.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, ribut pada jarak 50 kilometer tenggara penghujung Baja California membawa angin pada kekuatan maksimum 65 kilometer sejam.
Bagaimanapun, katanya, pusat ribut Lorena dijangka melanda semenanjung pesisir pantai negara itu lewat hari ini dan kekuatan ribut tropikal itu juga diunjurkan semakin lemah. - AFP 

Gempa bumi bermagnitud 6.5 gegar selatan Guatemala


2013/09/07
SAN SALVADOR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 mengegarkan wilayah selatan Guatemala dan El Salvador, hari ini.

Bagaimanapun, ahli seismologi Amerika Syarikat (AS) berkata, tiada laporan kematian atau kerosakan diterima.
Sementara itu, Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa bumi terbabit dikesan enam kilometer dari Pajapita, Guatemala dan pada kedalaman 67.7 kilometer. - AFP 

‘Saya akan dedah siapa Ervin’


MELANIE


KUALA LUMPUR – Wanita berusia 29 tahun yang disaman bekas kekasihnya bagi menuntut ganti rugi RM600,000 selepas mendakwa dirinya dipergunakan bagi mendapatkan anak daripada sperma orang Eropah akan tampil ke mahkamah untuk mendedahkan siapa sebenarnya lelaki Bosnia itu.
Wanita yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Melanie, 29, berkata, ekoran kes tersebut dia telah melantik peguam bagi menepis dakwaan bekas kekasihnya Ervin Ahbabovic, 41, (gambar kecil).
“Tindakan lelaki itu yang menyaman saya selepas berpisah hampir setahun ini amat mengejutkan. Tidak sangka selepas menyepi sekian lama, dia muncul dengan tindakan saman serta memalukan saya.
“Dakwaan Ervin menyatakan saya kerap mencari peluang untuk bergaduh serta hanya mempergunakan dia untuk keinginan seksualiti rekaannya semata-mata,” dakwa Melanie pada satu sidang akhbar di ibu negara semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2eBPvroGu 
Hakcipta terpelihara 

Gadis sunti pecah rumah dicekup



AZMAN (dua dari kiri) dan pegawainya menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada tiga individu pada sidang akhbar di Muar, Johor semalam.


MUAR – Tindakan pantas polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan mengenai cubaan memecah masuk rumah dapat membongkar kegiatan jahat yang dilakukan oleh tiga individu termasuk seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) dan pelajar perempuan berusia 16 tahun.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayub berkata, ketika-tiga suspek berusia antara 16 hingga 24 tahun itu diberkas pada pukul 4 pagi sebaik mendaftar masuk di sebuah hotel di Sungai Abong dekat sini pada 30 Ogos lalu.
Katanya, mangsa berusia 33 tahun itu membuat laporan mengatakan pintu rumahnya cuba dipecah sebelum polis menjalankan siasatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2eBPmhMQe 
Hakcipta terpelihara 

3 beradik, rakan hadapi 67 tuduhan curi

 
DARI kiri remaja bawah umur, Mohammad Firdaus, Yaser dan Fairuz dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Tiga beradik dan seorang rakan mereka, yang berdepan 67 pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan serta memiliki barang curi, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen dan dua Mahkamah Majistret di sini semalam.
Di Mahkamah Sesyen 1, Mohammad Fairuz Samsuri, 27, bersama-sama dua adiknya, Mohammad Firdaus, 25, dan seorang lagi yang masih di bawah umur serta rakan mereka Mohamed Yaser Yacobpu Ghani, 21, didakwa merompak seorang warga emas berusia 69 tahun serta dua warga asing di Lorong Sungai Dua Gelugor pada pukul 2 pagi hingga 3 pagi 4 Ogos lepas.
Hakim Khairul Anuar Abdul Halim membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesalahan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2eBPT96LE 
Hakcipta terpelihara 

Ketua kongsi gelap masih aktif

BEBERAPA anggota polis mengawal pergerakan keluar masuk kenderaan di pintu sempadan di Padang Besar, Perlis semalam.


KUALA LUMPUR – Polis telah menahan 4,806 orang sehingga pukul 6 pagi semalam sejak Ops Cantas Khas dijalankan 17 Ogos lalu di seluruh negara bagi membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.
Mereka yang ditahan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 122, 255 individu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar kecil) berkata, dalam operasi itu, sebanyak 221 senjata turut dirampas termasuk senjata api dan senapang angin buatan sendiri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2eBPKfyi3 
Hakcipta terpelihara 

Rampas 50,000 liter diesel subsidi

PEGAWAI SPRM dan KPDNKK memeriksa lori tangki yang digunakan dalam kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.


PORT DICKSON – Satu sindiket penyeludupan diesel bersubsidi yang berselindung di kawasan perindustrian Kuala Lukut di sini terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kelmarin.
Serbuan kira-kira pukul 1 petang itu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 50,000 liter diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM100,000.
Ketua Penolong Penguasa Kanan SPRM Putrajaya, Mohd. Yussof Zakaria berkata, serbuan berkenaan dilakukan dengan kerjasama KPDNKK selepas menerima maklumat mengenai terdapat aktiviti memindahkan diesel di situ.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2eBPCmIQp 
Hakcipta terpelihara 

Bentley Datuk Seri hilang 8 jam

 
KERETA Bently milik seorang Datuk Seri yang hilang ditemui semula di sebuah bengkel di Menglembu semalam.


IPOH – Sebuah kereta mewah Bentley bernilai RM1.2 juta ditemui semula selepas lapan jam dilarikan penjenayah dari sebuah banglo di Jalan Watson berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, kereta berwarna kelabu kebiruan milik pemaju hartanah bergelar Datuk Seri itu dijumpai di sebuah bengkel membaiki kereta di Menglembu pada pukul 12 tengah hari hari sama.
“Seorang lelaki berusia 20-an yang berada di dalam bengkel tersebut ditahan untuk membantu siasatan mengenai kecurian kereta mewah itu.
“Polis percaya perbuatan melarikan kereta Bentley itu dilakukan satu sindiket yang membabitkan lebih daripada seorang anggota. Baki suspek lain sedang diburu,” kata beliau kepada Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2eBNryLTq 
Hakcipta terpelihara 

Dipenggal helikopter sendiri

Foto
PIROZEK mati di tempat kejadian.

Foto
CERMIN mata dan serpihan rotor di sebelah mayat Pirozek yang sudah diselubung.
Foto
SERPIHAN kipas yang melibas kepala Pirozek.
Foto
PIROZEK maut dilibas bilah kipas helikopter.
New York: Seorang lelaki berusia 19 tahun tahun terpenggal diri sendiri dengan helikopter kawalan jarak jauhnya.

Roman Pirozek Jr bermain dengan helikopternya di sebuah taman di Brooklyn kelmarin apabila dia gagal mengawal dan menyebabkan helikopter itu menerjah dan melibas kepalanya.

Kipas itu membelah sebahagian kepalanya sebelum melibas lehernya.

Pirozek peminat tegar model helikopter dan menjadi naib presiden kelab hobi tempatan. Dia sering memuat naik video menunjukkan dia bermain helikopter di YouTube.


Satu daripada rakaman menunjukkan dia mengawal helikopter Trex 700 dengan melakukan pelbagai aksi. Sementara itu, satu lagi menunjukkan dia membiarkan sebuah helikopter berharga AS$1,500 (RM4,950) menjunam dari udara sebelum menghidupkan semula rotor ketika helikopter itu berada beberapa inci dari kepalanya.


Dalam kejadian kelmarin, helikopter kawalan jarak jauh yang digunakannya mempunyai rotor sepanjang 158 sentimeter yang berputar selaju 2,000 putaran seminit. Beratnya kira-kira 2.8 kilogram.

Pirozek mati di tempat kejadian. Gambar yang dirakam di tempat kejadian menunjukkan komponen helikopter itu bertaburan berhampiran mayatnya.

“Dia memang terkenal dengan sifat agresif apabila bermain helikopter,” menurut sumber polis.

Menurut polis, pesawat itu jatuh dari udara dan melibas kepala dan lehernya. - AFP

Enam dipenjara seumur hidup


Bangalore: Sebuah mahkamah di selatan India semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas enam lelaki yang merogol seorang pelajar undang-undang secara bergilir-gilir di kampus sebuah universiti tahun lalu.

Keenam-enam tertuduh turut diarah membayar denda 6,000 rupee (RM299) kepada mangsa yang berusia 21 tahun dari Nepal ekoran kecederaan dan trauma yang dialaminya dalam kejadian pada Oktober tahun lalu itu di Bangalore.


Hakim K Sangannavar memberitahu mahkamah bahawa enam lelaki berkenaan akan ditahan di penjara hingga akhir hayat mereka. Hukuman itu diputuskan beberapa hari sebelum keputusan dibuat terhadap empat lelaki yang merogol seorang pelajar dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember tahun lalu. Kejadian itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara itu. Tunjuk perasaan yang diadakan selama beberapa minggu kerana membantah kejadian itu mendorong kerajaan India mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah seks. - AFP

Tersepit celah tembok kerana PSP

Foto
KEADAAN remaja yang tersepit sebelum diselamatkan.
Dalian: Seorang remaja belasan tahun diselamatkan dari ruang sempit antara dua tembok di sini, di timur laut China, semalam.
Kejadian berlaku apabila Zhang, 16, cuba mengambil PSP (Playstation Portable) yang terjatuh antara dua tembok itu. 
Usahanya itu bagaimanapun gagal apabila Zhang tergelincir dan terperosok ke ruang sempit di bawah menyebabkan dia tersepit dalam ruang seluas 25 sentimeter antara dua gudang.

Anggota penyelamat mendapati Zhang hampir lemas dalam ruang sedalam empat meter itu menyebabkan mereka tidak ada pilihan lain kecuali membuat lubang pada bahagian tembok berkenaan.


Remaja itu berjaya dikeluarkan selepas dua jam kemudian.

Bapa bunuh diri selepas campak 2 anak perempuan


Sana’a: Seorang lelaki mati selepas terjun dari bangunan lima tingkat sejurus selepas mencampakkan dua anak perempuannya menerusi tingkap.

Agensi berita Yaman melaporkan semalam, Abdul Raouf Al Gabati mengambil kedua-dua anaknya dan mencampakkan mereka bergilir-gilir keluar dari kediamannya di daerah Maen di Sana’a.


Anak bongsunya, Sara, 10, mati di tempat kejadian sementara seorang lagi, Shima, kini koma.

Sebaik mencampakkan anaknya, Abdul Raouf terjun dari rumahnya dan mati di tempat kejadian. Seorang pegawai tempatan berkata, siasatan terhadap kejadian itu sudah dimulakan.


Bagaimanapun, siasatan awal menunjukkan lelaki itu menghidap sakit jiwa dan keadaannya bertambah teruk apabila dia berdepan dengan masalah hutang, ditambah pula dengan masalah keluarga.


Sumber media tempatan berkata, Abdul Raouf diberhentikan kerja di sebuah bank dan tinggal bersama-sama kedua-dua anaknya selepas bercerai dengan ibu mereka.

Rekod Kementerian Dalam Negeri Yaman menunjukkan ratusan penduduk negara itu membunuh diri sepanjang tiga tahun lalu - 253 pada 2012, 235, termasuk 24 kanak-kanak pada 2011 dan 292 pada 2010.

Baling batu, botol asid tuntut subsidi

Baling batu, botol asid tuntut subsidiKetua polis Adul Saengsingkaew (kiri) memeriksa keadaan kereta yang dibakar peladang getah di daerah Bang Saphan di wilayah Prachuap Khirikhan di selatan Bangkok semalam. 

Bangkok: Peladang getah yang menuntut subsidi bagi mengimbangi kerugian berikutan penurunan harga komoditi itu semalam bertempur dengan polis sambil melempar batu-bata dan botol asid ke arah mereka, kata pihak berkuasa.

Timbalan Perdana Menteri, Pracha Promnok, berkata sekurang-kurangnya 20 anggota polis dan empat sukarelawan, cedera dalam pertempuran semalam apabila penunjuk perasaan menyekat jalan utama di daerah Bang Saphan di wilayah Prachuap Khirikhan.
Beliau berkata, salah seorang pegawai polis pengsan dan kini dirawat di unit rawatan rapi.


Rakaman video daripada stesen televisyen Thailand ThaiPBS, menunjukkan penunjuk perasaan yang bertopeng, melempar botol kaca dan melastik polis awal pagi semalam di sebatang jalan utama di Bang Saphan, 366 kilometer ke selatan Bangkok.

Ia juga menyiarkan rakaman dua kereta yang dibakar di lokasi tunjuk perasaan.

Gas pemedih mata

“Penunjuk perasaan membakar dua kereta kepunyaan krew televisyen dan akhbar selain sebuah lagi kereta polis, menyebabkan anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata untuk mengawal mereka,” katanya.
Sementara itu seorang bekas askar anti kerajaan, Songklod Cheunchopol yang menyertai tunjuk perasaan itu, dalam satu temuramah telefon menuduh polis menembak mercun besar menyebabkan orang ramai panik dan membalas semula tindakan itu.

“Polis melepaskan gas pemedih mata tetapi tidak menembak penunjuk perasaan,” katanya.

Pertempuran berlaku berikutan keadaan tegang antara penunjuk perasaan muda dan pasukan polis di wilayah Prachuap Khirkhan lewat kelmarin.

Ketua polis, Kolonel Narong Supa-aim berkata, kira-kira 50 penunjuk perasaan kebanyakannya golongan belia daripada kira-kira 250 orang yang menyekat jalan utama, menyerang anggota polis dengan melempar batu dan botol berisi cecair asid.

Cedera ringan

Beliau berkata, 10 anggota polis termasuk ketua polis wilayah cedera ringan dalam pertempuran kali pertama, manakala 10 pemimpin tunjuk perasaan ditahan tetapi tidak didakwa.

Tunjuk perasaan lebih besar berlaku di wilayah Surat Thani dan Nakhon Si Thammarat. Wujud kebimbangan penunjuk perasaan mungkin menyekat lapangan terbang wilayah di beberapa destinasi pelancongan utama. Perkhidmatan kereta api disambung semula semalam selepas dihalang penunjuk perasaan.

Kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra setakat ini menolak tuntutan untuk menjamin harga getah pada kadar 120 baht (RM12) sekilogram menurunkannya kepada 90 hingga 100 baht (RM9.22 hingga RM10.25), 50 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran dunia. - AP

Treler pasir gilis kereta, rempuh rumah



KERETA yang remuk teruk digilis treler di bandar Bountiful, dalam negeri Utah kelmarin.


UTAH - Sebuah kereta merah menjadi besi sekerap selepas kenderaan itu digilis sebuah treler yang membawa pasir seberat 45 tan metrik di bandar Bountiful, dalam negeri Utah, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Ketika kejadian, kenderaan tersebut diletakkan di hadapan sebuah rumah di bandar berkenaan.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu yang berlaku menjelang pukul 7 pagi (waktu AS) tetapi kediaman berkenaan mengalami kerosakan.
Seorang anggota polis berpangkat sarjan, Andrew Bryson berkata, pemandu treler sedang mengangkut pasir menuju ke padang golf berdekatan apabila brek kenderaan itu rosak.
"Kenderaan berat itu yang sedang mendaki bukit mengundur lalu merempuh sebuah tembok penghadang dan menggilis kereta itu sebelum berhenti selepas melanggar rumah tersebut," kata Bryson.
"Treler itu mengalami kegagalan mekanikal," tambahnya.
Bryson berkata, penghuni rumah sedang menikmati sarapan di ruang lain di kediaman itu ketika kemalangan berlaku.
Mereka tidak cedera, katanya.
Menurut Bryson, pemandu treler tidak ditahan kerana dia mempunyai permit untuk membawa muatan berat. Punca kemalangan masih disiasat. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2eA5D0PTv 
Hakcipta terpelihara 

Dokumen palsu: Bekas CEO YPM dipenjara, denda

Datuk Dr Abdul Shariff Hamid Datuk Dr Abdul Shariff Hamid

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Datuk Dr Abdul Shariff Hamid hari ini dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana bersubahat menggunakan dokumen palsu berjumlah lebih RM300,000 dua tahun lepas.
  
Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Shariff menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap lapan pertuduhan pilihan bersubahat itu.
  
Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM50,000 hari ini dan selebihnya dibayar secara tiga kali ansuran sehingga 1 Dis ini dan jika gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara enam bulan.
  
Abdul Shariff membayar denda RM50,000 itu.  

Hari ini sepatutnya mahkamah menyambung perbicaraan kes itu. Bagaimanapun selepas empat hari perbicaraan dan 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan kepada Abdul Shariff.
 
Abdul Shariff, 53, yang juga Setiausaha Kelab Umno Luar Negara didakwa telah bersubahat dengan pengurus bahagian pengurusan program YPM Zainal Rashid Zakaria, 44, dengan mengarahkannya menggunakan sebagai tulen borang pengesahan pembayaran bagi pelaksanaan lapan program yang keseluruhannya bernilai RM324,150 yang mana ia merupakan dokumen palsu.
  
Program terbabit termasuk Program Bina Diri Anak-anak Yatim Darussalam Bersama Remaja dan Program Kecerdasan Emosi dan Pemikiran Ibnu Sina yang diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Kedah dan Johor.
 
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat Bahagian Kewangan YPM, Aras 9, Medan MARA, Jalan Raja Laut pada 2.45 petang, 12 Mei 2011.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tertuduh diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid. - Bernama

Nahas bas: Kertas siasatan siap 90 peratus

Bas GentingKUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung nahas membabitkan sebuah bas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands pada 21 Ogos lepas, kini siap 90 peratus.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, kertas siasatan  itu akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat.

"Siasatan pada masa ini hanya memerlukan maklumat daripada agensi-agensi dan pakar terlibat untuk memahami punca sebenar kemalangan," katanya kepada pemberita semasa Ops Laju dan Pelbagai di Kilometer 453 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Hentian Sungai Buloh di sini, awal hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan mengambil masa untuk disiapkan berikutan terdapat beberapa elemen penting perlu dititikberatkan daripada agensi terbabit.

"Sebagai contoh, dalam siasatan yang bersangkut dengan penumpang warga asing, kita mungkin ada maklumat tambahan mengenai latar belakangnya dan ini menyebabkan kertas siasatan sukar untuk disiapkan segara," katanya.

Dalam nahas itu, bas terbabit terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Jalan Genting Highlands ketika menuruni puncak pusat pelancongan itu mengakibatkan 37 orang termasuk pemandu maut manakala 16 lagi cedera. - Bernama