IPOH - Bekas anggota tentera udara yang mati ditembak di Taman Rishah di sini, semalam, telah dikenalpasti sebagai ketua kumpulan Geng 36 kawasan Batu Gajah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, mangsa, S Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak oleh kumpulan kongsi gelap lain bagi merebut kawasan pengedaran dadah.
"Dipercayai ia melibatkan pergaduhan antara mangsa, Geng 04 dan Geng 08 di kawasan terbabit," katanya.
Menurutnya, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit.
"Walaupun wajah suspek tidak jelas kerana memakai topeng muka, tapi kita yakin dapat kenalpasti suspek dan pemandu kereta jenis Toyota Vios itu.
"Dipercayai lebih daripada dua suspek terlibat dalam kes ini dan gerakan mengesan telah dijalankan," katanya.
Dzuraidi berkata, dua saksi kejadian telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai rekod namun, kita akan mempergiatkan Ops Cantas di negeri ini bagi menangani jenayah kekerasan," katanya.
Semalam, Jambu Keshan ditembak bertubi-tubi oleh salah seorang suspek ketika mangsa keluar dari keretanya di hadapan restoran milik bapanya itu kira-kira jam 7.10pagi.
Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia setibanya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Proses bedah siasat terhadap mayat mangsa dijangka dijalankan pagi ini dan polis menunggu laporan bedah siasat.