Search This Blog

Sunday, September 1, 2013

Kebakaran di Portugal, 5 terkorban

LISBON 31 Ogos - Kebakaran hutan yang melanda kawasan hutan di Portugal dan Sepanyol setakat ini mengorbankan lima anggota bomba dengan kebakaran di kawasan utama di utara Sepanyol berjaya dikawal, ketika usaha memadamkan kebakaran masih diteruskan.
Di Portugal, kira-kira 1,400 anggota bomba yang dibantu oleh pesawat dari Sepanyol dan Perancis berusaha memadamkan satu siri kebakaran yang telah memusnahkan beribu-ribu hektar hutan di utara dan tengah negara ini.
Penduduk tempatan turut membantu memadamkan kebakaran di tengah pergunungan Caramulo.
Pegawai berkata, kebakaran hutan itu setakat ini telah meragut lima nyawa anggota bomba di Portugal bulan ini.
Di Sepanyol, anggota bomba dibawa ke kawasan kebakaran hutan yang sudah berlarutan selama empat hari dan memusnahkan 1,850 hektar kawasan hutan berhampiran Oia, sebuah perkampungan di pantai Atlantik, kata kerajaan negeri Galicia dalam satu kenyataan.
''Dua kebakaran kecil masih berlaku di dua bahagian di rantau ini dan telah membakar beberapa ratus hektar kawasan hutan,'' kata kenyataan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130901/lu_05/Kebakaran-di-Portugal-5-terkorban#ixzz2deelQknD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat ditahan sedang lalok

Harun Idris
Harun Idris

LEDANG - Empat rakan yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pengedaran dadah secara kecil-kecilan diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tangkak Emas, di sini pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, tangkapan jam 12.50 pagi itu dilakukan sepasukan anggota narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang berdasarkan hasil risikan dan maklumat awam.

“Suspek yang ditahan berusia antara 31 hingga 44 tahun. Ketika ditahan mereka sedang berkhayal kerana dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

“Pemeriksaan menyeluruh di rumah itu membawa kepada penemuan dadah heroin seberat 155 gram (gm), syabu (10gm), erimin 5 (10 biji) dan ganja (1gm),” katanya pada sidang media di IPD Ledang, di sini, kelmarin.

Harun berkata, semua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM5,000 dan dipercayai boleh menampung keperluan kira-kira 200 penagih.

Katanya, tiga daripada mereka berasal dari Tangkak, manakala seorang lagi dari Jasin, Melaka dan semuanya tiada pekerjaan.

Ops 6P bermula



ANTARA PATI wanita yang ditahan dalam operasi di Klang.


PUTRAJAYA - Jika polis melancarkan Ops Cantas Khas untuk memerangi gengster, pihak imigresen pula melancarkan Ops 6P Bersepadu bagi mengesan dan mengusir kira-kira 400,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara.
Dalam operasi pertama selama lima jam bermula pukul 1 pagi semalam, Imigresen Putrajaya berjaya menahan 71 daripada 160 PATI yang diperiksa kerana tidak memiliki dokumen, tinggal lebih masa dan menggunakan pas lawatan palsu dalam serbuan di kawasan penempatan haram di sekitar Sepang dan Bukit Raja, Klang.
Operasi berterusan sehingga 31 Disemberitu diperkuatkan dengan 150 anggota daripada imigresen, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), tentera, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Serbuan tersebut menjadi amaran keras buat majikan supaya berhenti mengupah PATI untuk bekerja atau berdepan dengan hukuman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2dgM2MB97 
Hakcipta terpelihara 

Tiga pelajar kolej maut selepas kereta rempuh pokok




KEADAAN kereta Proton Wira yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Bukit Jalil-Puchong, Kuala Lumpur semalam



KUALA LUMPUR - Tiga pelajar Kolej New Era maut manakala seorang tenaga pengajar cedera parah selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua batang pokok di Lebuh Raya Bukit Jalil-Puchong berhampiran Taman Teknologi Malaysia di sini semalam.
Mangsa yang maut ialah Hafizuddin Nazri, 18, Zul Zyrean Zaharuddin, 18, dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd. Nasaruddin, 20, manakala mangsa yang cedera parah ialah pemandu kereta tersebut, Mohamad Hairee Mohd. Ali, 20.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika mereka menaiki kereta Proton Wira yang dalam perjalanan ke Kolej New Era di Bandar Sunway dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2dgLROTrQ 
Hakcipta terpelihara 

Mati ditembak depan kedai bapa


ANGGOTA polis menenangkan ahli keluarga yang terkejut dengan kematian Jambu Keshan di Ipoh semalam.


IPOH - Ketika polis memperhebatkan usaha memburu ahli kumpulan samseng menerusi Ops Cantas Khas sejak 23 Ogos lalu, seorang pembunuh upahan seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila bertindak menembak mati seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam.
Kejadian di Jalan Raja Perempuan Mazwin, Taman Rishah di sini pada pukul 7.15 pagi itu mengakibatkan S. Jambu Keshan, 39, mati selepas terkena tiga das tembakan di kepala dan belakang badan.
Tragedi berdarah yang mengejutkan ahli keluarga mangsa itu berlaku di hadapan restoran milik bapanya. Ketika itu, mangsa yang berkhidmat selama 19 tahun dalam TUDM sedang mengeluarkan bahan-bahan mentah untuk kegunaan perniagaan dari kereta jenis Perodua Kancil miliknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2dgLdXH5j 
Hakcipta terpelihara 

Kemalangan bongkar rahsia



ANGGOTA polis berkawal di tempat kemalangan yang membongkar kegiatan pengedaran syabu oleh dua lelaki di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kemalangan yang menimpa dua lelaki membongkar satu rahsia apabila mereka didapati pengedar dadah berikutan penemuan lima peket syabu dalam kejadian di Batu 3, Jalan Kuala Krai di sini semalam.
Kejadian pukul 9.25 pagi itu berlaku apabila kereta jenis Mitsubishi yang dinaiki suspek berusia 31 dan 37 tahun telah merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu kiri jalan berhadapan sebuah gudang kayu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut.
Katanya, sebaik tiba, pihaknya curiga apabila mendapati salah seorang suspek cuba membuang beg yang dibawanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2dgLsHCVg 
Hakcipta terpelihara 

4 penunggang motosikal ditahan di Tawau



TAWAU - Empat penunggang motosikal ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau selepas didapati tidak memiliki insuran dan lesen memandu dalam Operasi Cegah Lumba Haram di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi lima jam itu bermula jam 9.00 di Jalan Pesisiran dan Jalan Kuhara, polis turut mengeluarkan 13 saman kepada pengguna lain jalan raya atas pelbagai kesalahan.

"Saya minta pengguna jalan raya jangan mengamalkan budaya samseng di jalan raya kerana perbuatan seperti itu boleh menjejaskan keselamatan pengguna lain, malah kepada diri mereka sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Awang Besar berkata kesalahan terlibat dalam lumba haram boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda sehingga RM15,000 bagi kesalahan pertama dan penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya. - Bernama

Maut kereta rempuh pokok

Maut kereta rempuh pokokKeadaan kereta dinaiki mangsa yang remuk teruk setelah merempuh sebatang pokok di Jalan Sekolah, kelmarin.

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Sekolah,di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, Henry Low 28, dari Kuala Kurau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini sebelum kereta dinaikinya hilang kawalan secara tiba-tiba.

Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan dada akibat hentakan kuat pada stereng kereta jenis Proton Wira yang dipandunya.

Saksi kejadian, Lee Huat, 51 memaklumkan, dia sedang tidur ketika kejadian dan terjaga setelah mendengar bunyi dentuman kuat di hadapan kawasan rumahnya.

"Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat sebuah kereta dalam keadaan berasap pada sebatang pokok.

"Saya hubungi ambulans dengan segera setelah menyedari mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan serius di kepada dan dada," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai dan dibawa ke Hospital Parit Buntar dalam kadar segera.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Taiping selepas itu berikutan keadaannya kritikal dan disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

"Mayat mangsa telah dituntut keluarga pagi semalam (kelmarin) setelah proses bedah siasat selesai," katanya.

Gempa bumi sederhana di Irian Jaya, Indonesia



KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di wilayah Irian Jaya, Indonesia pada 1.57 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat  di km491 tenggara  Sorong, Indonesia dan km1,971 tenggara Semporna, Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama

Warga emas nyaris rentung

Warga emas nyaris rentungAnggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah rumah di Seksyen 20, Shah Alam.

SHAH ALAM - Seorang lelaki berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang bersendirian cuba padam kebakaran di dalam rumahnya di Jalan Belalang Enam, Seksyen 20, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.55 petang itu, Lan Siew Weng, 80, cuba memadamkan api setelah colok yang digunakannya untuk bersembahyang terjatuh di bahagian dapur rumahnya.

Pada mulanya, dia cuba memadamkan api dengan menggunakan kain tetapi tidak berjaya.

Selepas usahanya tidak berjaya, dia menggunakan kuali untuk mengisi air dari paip luar rumahnya bagi memadamkan kebakaran tetapi api sudah marak ketika itu.

Melihat tindakan Siew Weng cuba memadamkan api walaupun sudah semakin marak, salah seorang jiran, Mohd Ali Aziz, 28, bertindak nekad menyelamatkan Siew Weng dengan menarik dia keluar dari rumah.

Mohd Ali berkata, dia bertindak menarik Siew Weng keluar dari rumah tersebut kerana melihat keadaan semakin berbahaya untuk Siew Weng.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Nik Mustaffa Nik Hussin berkata, pihaknya menghadapi masalah tekanan air rendah, namun ia tidak menjejaskan operasi memadam.

“Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.58 petang dan tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian, ketika itu api sedang marak di dapur rumah tersebut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal api daripada marak ke rumah bersebelahan kira-kira jam 5.12 petang dan padam sepenuhnya setengah jam kemudian.

“Punca dan kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan,” katanya.

3 rumah, 4 kereta musnah dalam kebakaran



BESUT - Dua buah rumah kedai dan empat buah kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Pak Wong, Jerteh petang semalam.

Sementara sebuah lagi rumah rosak sebahagiannya dalam kejadian kira-kira pukul 5.22 petang itu.

Ketika kejadian dua penghuni rumah kedai itu tiada di rumah sementara   penghuni rumah berkenaan yang menyewa rumah itu sempat menyelamatkan diri.

Seorang pemilik rumah kedai itu yang juga dijadikan bengkel membaiki kereta, Azmi Alias, 32, berkata semasa kejadian, beliau bersama isterinya Rosliza Mahmud, 33, dan tiga anaknya yang berumur antara 4 hingga 8 tahun sedang berada di Kota Bharu.

"Kami sekeluarga pergi ke Kota Baharu untuk majlis meminang dan terkejut apabila mendapat panggilan daripada seorang jiran tentang kebakaran ini," katanya yang menerima berita kebakaran ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu.

Seorang lagi penghuni rumah kedai, Azhar Mohamad, 30, berkata ketika kejadian, beliau dan isteri termasuk dua anak mereka sedang melawat keluarganya di sebuah kampung lain.

Beliau yang bekerja kampung terkejut apabila pulang ke rumah dan mendapati anggota bomba dan orang ramai berada di rumah yang baharu disewanya selama empat bulan itu.

Komander Operasi Bomba Besut, Pegawai Penguasa Bomba Hasmadi Jusoh berkata pihaknya menganggarkan kerugian awal sebanyak RM340,000 tidak termasuk kemusnahan empat buah kereta yang sedang dibaiki di bengkel tersebut.

"Kami sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran yang dilaporkan bermula dari rumah kedai yang dijadikan bengkel itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jabi, Mohd Iskandar Jaafar ketika melawat tempat kejadian berkata pihaknya akan cuba membantu mangsa kebakaran.

"Saya akan cuba mengusahakan agar mangsa mendapat kemudahan pinjaman tanpa faedah supaya  mangsa dapat meneruskan akiviti masing-masing untuk menyara keluarga mereka," katanya. - Bernama

Cubaan keempat samun van rokok gagal

Cubaan keempat samun van rokok gagalChang Keong (kiri) bersama mangsa menunjukkan van rokok yang gagal disamun suspek di IPD Ipoh, semalam.

IPOH - Cubaan kali keempat sekumpulan tiga lelaki menyamun pemandu van rokok gagal apabila sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Tawas berjaya menahan mereka dalam kejadian yang berlaku berhampiran sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar di sini.

Sebelum ini, kumpulan berkenaan telah menyamun tiga van rokok dari syarikat yang sama di Bercham, Chepor dan Tanjung Rambutan sejak dua bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun baru selesai membuat penghantaran rokok di sebuah restoran di sini.

“Sewaktu kejadian saya selesai membuat penghantaran rokok di kedai yang kelima namun secara tiba-tiba saya diserang kumpulan lelaki terbabit.

“Saya tidak berani melawan kerana salah seorang daripada mereka bersenjatakan pisau. Sebelum ini, ada rakan saya yang pernah mengalami situasi sama namun mengalami kecederaan kerana dia bertindak melawan penjenayah berkenaan.

“Pada waktu itu, saya dalam keadaan ketakutan namun nasib menyebelahi saya apabila tiga anggota polis tampil membantu lima minit kemudian,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berkemas untuk menghantar rokok ke destinasi seterusnya sebelum didatangi kumpulan suspek terbabit.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek menolak mangsa ke dalam van manakala seorang lagi mengacukan pisau di belakang mangsa.

“Kumpulan terbabit turut merampas kunci van dan cuba melarikan kenderaan tersebut. Bagaimanapun, gagal kerana terserempak dengan tiga anggota polis Balai Polis Kampung Tawas yang sedang melakukan rondaan.

“Ketika tangkapan dilakukan berlaku sedikit pergelutan antara anggota polis dan suspek. Salah seorang daripada mereka berjaya ditahan manakala dua lagi sempat meloloskan diri,” katanya.

Katanya, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu berusia 30 tahun dan berasal dari Kelantan serta mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan samun.

“Hasil siasatan awal mendapati, kumpulan berkenaan dari Kuala Lumpur dan datang ke Ipoh untuk menyamun van rokok sebelum pulang semula ke sana.

“Melalui tangkapan tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan empat kes samun van rokok di sekitar Ipoh melibatkan kerugian lebih RM100,000,” katanya.

Chang Keong berkata, suspek kini direman sehingga 2 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata tajam.

Pasangan khalwat rayu gambar tidak diambil

Pasangan khalwat rayu gambar tidak diambilPenguatkuasa Jaij Batu Pahat sedang memeriksa pasangan berkenaan.

BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan.

“Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka.

“Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi.

Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.

Mahu tikam ibu kerana RM70

Mahu tikam ibu kerana RM70Suspek ditahan kerana cuba mencederakan ibunya.

KULIM - Gara-gara gagal memberikan RM70 sepertimana dikehendaki anak lelakinya berusia 20-an, seorang ibu berusia 41 tahun nyaris ditikam dengan pisau selain ahli keluarga lain turut diugut untuk dicederakan.

Suspek bagaimanapun ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis dan ketika ditahan, suspek bertindak agresif bagaimanapun dinasihatkan supaya mengikut arahan diberikan polis kepadanya.

Ibu suspek yang bimbang keselamatan ahli keluarga lain kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim kira-kira jam 7 petang kelmarin.

Menurut mangsa, suspek selalu mengamuk di rumah dan akan meminta wang dari mangsa atau adik-beradik yang lain.

Katanya, suspek akan bertindak lebih ganas mengugut mereka dengan menggunakan parang dan pisau sekiranya enggan menuruti kehendaknya dan suspek yang bekerja sebagai pembantu kantin pernah mencederakan ahli keluarganya.

“Anak saya itu merupakan seorang penagih dadah. Dia pernah memukul adiknya sehingga cedera dan lebam. Kami bimbang dengan ugutan yang sering dibuat terhadap kami.

Apabila kehendaknya tidak dituruti, suspek akan bertindak ganas dan mengambil parang dan pisau untuk mengugut untuk mencederakan kami sekeluarga sekiranya tidak mematuhi arahannya.

"Bimbang berlaku kejadian lebih buruk pada masa akan datang, saya terpaksa membuat laporan polis bagi memastikan kami tidak terancam. Ini bukan kali pertama suspek mengugut kami malah ia sering dilakukannya,” katanya.

Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian air kencing dan siasatan awal mendapati dia positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum ini suspek pernah ditahan kerana mengamuk dengan menggunakan parang .

Katanya, ketika polis tiba ke rumahnya, suspek melarikan diri dengan menyorok di atas siling rumahnya.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati suspek membawa pisau dan gunting bersamanya bertujuan untukmencederakan orang lain. Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek dan mengarahkannya untuk bekerjasama.

“Suspek akan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Merbahaya 1957 kerana memasukkan dadah ke dalam badan manakala kesalahan kedua akan ditentukan oleh pegawai penyiasat kerana mengugut ahli keluarga dengan menggunakan senjata tajam,” katanya.

Banana boat terbalik: 1 parah, 2 cedera

Harun
Harun


TELOK KEMANG – Tujuh pekerja kontrak berhadapan detik cemas apabila banana boat yang dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pantai Telok Kemang, semalam.

Kejadian itu menyebabkan seorang parah, dua cedera manakala empat lagi selamat.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Harun, 32, berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan kesemua mereka terjatuh ke dalam laut.

Menurutnya yang masih trauma, kejadian itu berlaku selepas bot yang menunda banana boat itu terlibat kemalangan dengan sebuah bot lain.

“Kami yang ada di atas banana boat terjatuh dan terpelanting ke dalam laut. Mujur kami semua memakai jaket keselamatan dengan betul jika tidak pasti ada antara kami yang lemas memandangkan ada tidak tahu berenang.

“Ketika jatuh ke laut, saya dapat rasakan pipi kiri terkena sesuatu yang tajam mungkin kipas bot,” katanya.

Harun berkata, dia bersama 11 rakannya datang dari Batu Pahat dan bercuti di Telok Kemang sempena cuti umum Hari Merdeka.

“Kami bernasib baik kerana sejurus kejadian beberapa pengusaha bot dan orang awam memberikan bantuan dan segera membawa kami ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengusaha bot, Khairul Amy Rosman, 34, berkata, dia bersama beberapa rakan segera memberikan bantuan sejurus melihat kejadian itu.

“Kesemua mereka terapung dia atas air sebelum kami mengangkatnya ke bot dan dihantar ke hospital,” katanya.

Berbaju kurung ke pesta arak merdeka

Berbaju kurung ke pesta arak merdekaPenguat kuasa Jawi menyita minuman keras sebagai bukti kes.

KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Calon PMR mahu berhenti sekolah

Mohammad Shahrul Nizam
Mohammad Shahrul Nizam


KEMAMAN – “Semalam makcik lihat Nizam tenung dan bersihkan motosikal ayahnya tapi kami tak sangka dia 'pergi' semasa menunggang motosikal ini," kata ibu pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Ayer Puteh, Che Wan Dalillah Che Wan Sulaiman, 52.

Mohammad Shahrul Nizam Remly, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2 Oktober depan, maut di tempat kejadian selepas
motosikal dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebuah kereta di Jalan Chukai – Air Putih, dekat Kampung Paman, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang lebih mesra dipanggil Nizam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Dadong dari Chukai, selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Aidilfitri di rumah rakannya.

Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan topi keledar dipakainya pecah serta tercabut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Che Wan Dalillah berkata, anaknya itu keluar dari rumah kira-kira jam 9.30 pagi selepas meminta keizinan daripadanya dan suami untuk pergi ke rumah rakannya.

“Ketika mahu keluar rumah, Nizam ada minta duit belanja RM2 dengan makcik, tapi sebab waktu itu makcik sedang masak di dapur, makcik suruhnya minta dengan ayahnya yang sedang baca surat khabar di ruang tamu.

“Semasa bercakap dengannya makcik tak pandang wajahnya sebab sibuk memasak. Arwah seorang anak yang baik dan makcik reda dengan ujian ini,” katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Kemaman.

Menurutnya, sebelum anak kesembilan mereka itu keluar rumah, lidah suaminya, Remly Bakar, 52, seakan kelu untuk melarang anaknya itu menunggang motosikal kerana kebiasaannya suaminya menegah anaknya menaiki motosikal.

Malah, malam sebelum kejadian itu, arwah turut berperangai ganjil apabila memberitahu kakaknya, Nor Farhana, 21, yang dia mahu berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu membiayai pengajian kakak-kakaknya yang menuntut di universiti.

“Pada malam itu juga, dia tidur setilam sambil memeluk erat adik bongsunya, Arif Abidin, 7. Sebelum musibah ini terjadi, kami sekeluarga gembira kerana salah seorang kakak arwah, Nor Suhaila, 20, akan mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), esok,” katanya.

Polis rampas dua senapang

Polis rampas dua senapangAbdul Aziz (tengah) bersama para pegawainya menunjukkan dua laras senapang buatan sendiri dan minuman keras yang ditemui bersama suspek.

TEMERLOH - Polis Temerloh merampas dua laras senapang buatan sendiri dari seorang lelaki berusia 47 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lubuk Wong, Kuala Krau petang semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, hasil pemeriksaan di rumah yang tidak bernombor pada jam 3.30 petang itu, polis turut merampas 151 butir peluru Bore 12 pelbagai jenama dan satu plastik mercun bola daripada lelaki tersebut.

Menurutnya, turut ditahan seorang wanita warga Indonesia berusia 36 tahun dan berasal dari Lombok Timur yang dipercayai bekerja sebagai orang gaji di rumah tersebut.

“Suspek mendakwa kedua-dua laras senapang tersebut digunakan untuk memburu dan dia kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tanpa lesen.

“Bagi kesalahan memiliki peluru pula suspek disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Selain itu polis juga merampas 303 botol minuman keras pelbagai jenama dan disiasat mengikut Seksyen 32 akta Eksesais 1976 kerana tidak memiliki lesen menjual minuman keras,” katanya.

Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan air kencing terhadap suspek dan wanita Indonesia itu mendapati kedua-duanya negatif dan bebas daripada pengambil dadah.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala wanita terbabit tidak ada sebarang rekod jenayah.

“Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mayat mangsa lemas ditemui

Mohd Muslim Ibrahim
Mohd Muslim Ibrahim

MACHANG - Seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan, dekat Kampung Maka, Joh Khamis lalu ditemui mati lemas kira-kira jam 10.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedot berkata, mayat Mohd Muslim Ibrahim, 12 ditemui penduduk kampung tersangkut di Rumah Pam Pengairan Kemubu, dekat sini kira-kira  10 kilometer dari tempat kejadian.

Katanya,  operasi mencari dan menyelamat tersebut diteruskan  pada jam 8 pagi, semalam selepas dihentikan kira-kira pukul 7 petang, kelmarin.

“Operasi mencari  pada hari ketiga ini diteruskan sejak jam 8 pagi ini (semalam)  dengan melibatkan 70 anggota keselamatan termasuk Bomba, Bomba Sukarela, Jabatan Pertahanan Awam  dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sahabat Keselamatan Tanah Merah/Machang/Jeli.

“Kira-kira jam 10.45 , kami mendapat maklumat mangsa ditemui oleh pekerja  pam pasir yang juga saudara mangsa di Rumah Pam Pengairan Kemubu. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan operasi mencari dan menyelamat ini termasuk orang awam ,” katanya.

Che Malek, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Mohd Muslim dikatakan hanyut dibawa arus deras selepas mandi di Sungai Kelantan  bersama tiga rakan yang lain berdekatan rumahnya kira-kira jam 1 petang, Khamis lalu.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan itu dikatakan tidak pandai berenang sekalipun selalu mandi sungai bersama rakan-rakan.

Pada perkembangan yang sama, Che Malek meminta orang ramai memantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih kecil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Katanya, sekalipun  tinggal berdekatan sungai dan anak-anak sudah biasa dengan kawasan tersebut, ibu bapa atau orang dewasa perlu mengawasi mereka bagi menjaga keselamatan.

Punca Diana nahas didedah

Punca  Diana nahas didedahPolis memindahkan kereta dinaiki Puteri Diana yang terbabit nahas mengorbankan nyawanya. - Foto REUTERS Motosikal hitam pintas kereta penyebab kemalangan

London: Enam belas tahun selepas Puteri Diana meninggal dunia, misterikematian beliau belum terungkai sepenuhnya tetapi kehadiran sebuah motosikal berwarna hitam mungkin kunci jawapan kepada punca nahas yang meragut nyawanya.
Wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) Sussana Reid yang menyiasat kematian Diana menegaskan dakwaan seorang penembak hendap dari Pasukan Unit Khas (SAS) dikenali Soldier N, bahawa anggota elit rejimen itu membunuh Diana beberapa saat selepas kereta Mercedes terbabit bergerak dengan kelajuan 100 kilometer sejam di terowong terbabit ada kebenarannya.

Saya menemuramah saksi, pegawai perisikan Britain, Perancis, askar SAS sehingga kepada rakan Diana dan Dodi. Saya juga sudah menemuramah ibu bapa pemandu kereta itu, Henri Paul." Sussana Reid, wartawan BBC

“Saya menemuramah saksi, pegawai perisikan Britain, Perancis, askar SAS sehingga kepada rakan Diana dan Dodi. Saya juga sudah menemuramah ibu bapa pemandu kereta itu, Henri Paul.

Bukan kaki mabuk

“Mereka memeritahu saya bahawa Paul bukan seorang kaki minum atau pemabuk. Semua keterangan yang saya peroleh menunjukkan kematian Diana bukan kemalangan,” katanya.

Sussana berkata siasatan kematian puteri itu tidak mendedahkan kebenaran sepenuhnya, apabila 170 saksi penting termasuk doktor yang mengawet Diana tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan.
Siasatannya menunjukkan jurugambar paparazzi yang dikatakan mengekori Diana hingga saat kematiannya tidak ada di terowong ketika kereta itu terbabit nahas.

“Saksi berkata mereka melihat sebuah motosikal berkuasa tinggi hitam memecut dan memotong kereta Diana di dalam terowong sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Mungkin paparazzi dijadikan ‘kambing hitam’ sebagai punca kematian Diana. Sebahagian daripada jawapannya boleh dilihat daripada keterangan 14 saksi bebas di tempat kejadian yang berkata, beberapa buah kereta dan motosikal mengejar sebelum memotong kenderaan Diana di terowong itu. - AGENSI

12 kaki judi terima padah


Kuala Lumpur: Niat 12 kaki judi yang mahu mencari ‘tuah’ pada malam ambang merdeka terbantut apabila dicekup dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Ketika serbuan jam 11 malam, semua mereka berusia 20 hingga 30 tahun asyik bermain judi atas talian di dua premis judi berasingan di Sentul Raya, di sini.


Pegawai Turusnya Deputi Superintendan Bahrin Che Rose berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 77 komputer perjudian jenis buah dan roullette.

“Serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan pihak kami. Ketika diserbu, mereka leka bermain dan tidak menyedari kehadiran polis.


“Premis yang lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) ini turut menyediakan makanan dan minuman ringan kepada pelanggan,” katanya.


Menurutnya, siasatan awal mendapati pemilik premis turut membenarkan kaki judi membuat nilai pertaruhan hingga melebihi RM100,000.

Katanya, dalam serbuan itu, wang tunai lebih RM2,000 dirampas disyaki hasil pertaruhan selama sejam, manakala dua penjaga dan seorang pekerja berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Lelaki tempatan, wanita Filipina ditahan


Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Filipina berusia 22 tahun yang dipercayai bertanggungjawab memaksa Lisa melacurkan diri.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan berkata, melalui hasil siasatan awal, mangsa berusia 24 tahun itu dipercayai dibawa masuk ke Sandakan pada 11 Julai lalu dari Cagayan Del Oro, Mindanao, Filipina dengan dijanjikan pekerjaan lain.


Katanya, apabila tiba di Sandakan, mangsa dibawa ke sebuah hotel sebelum diserahkan kepada suspek dan dipaksa melacurkan diri.

Menurutnya, mangsa memberitahu, dia turut diugut jika enggan melacur dan disebabkan terlalu takut, dia terus bekerja dengan lelaki terbabit.


Jalil berkata, mangsa ditempatkan di sebuah apartmen dengan empat wanita lain tidak dikenali dengan pintu dikunci dari luar bagi mengelak mangsa melarikan diri.


“Mangsa dipercayai meminta bantuan penghuni di situ yang berjaya membuka pintu apartmen sehingga membolehkan mangsa meloloskan diri dan ditempatkan sementara di rumah penghuni itu (pada 27 Julai) sebelum mangsa membuat laporan polis pada 24 Ogos lalu.

“Bertindak di atas maklumat mangsa, serbuan dibuat di rumah berkenaan pada hari sama dan berjaya menahan seorang wanita warga Filipina, manakala suspek utama seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan keesokannya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.


Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 13 Anti Pemerdagangan Orang (ATIP).

Menurutnya, inilah peranan dimainkan Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman iaitu menyelamatkan mangsa yang diperdagangkan dan maklumat diperoleh pasti akan diambil tindakan pantas Menurut Jalil, tiada kompromi walaupun suspek warga tempatan dan setiap kesalahan pasti diambil tindakan.

Neraka 16 hari


Seorang wanita warga Filipina terpaksa hidup seperti dalam neraka selama 16 hari apabila dipaksa melacur selepas menerima tawaran pekerjaan daripada ejen yang menawarkan gaji lumayan di negara ini.

Lebih menyedihkan, dia bekerja tanpa dibayar gaji, dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan sesiapa, malah ditengking dan diugut bunuh jika ingkar arahan bapa ayam untuk melayan pelanggan.


Itu antara azab yang terpaksa ditanggung Lisa, 24, yang menjadi mangsa pemerdagangan orang selepas diperdaya sebuah agensi pekerja asing di negaranya.

Menurut Lisa, pada mulanya atas desakan kemiskinan, dia nekad merantau mencari pekerjaan di negaranya sebelum bertukar fikiran apabila seorang wanita menawarkannya kerja di daerah ini dengan bayaran lumayan.


Katanya, dia dan beberapa lagi wanita pada mulanya dijanjikan pekerjaan dengan pendapatan lumayan iaitu kira-kira 50,000 Peso (RM5,000) sebulan.


“Saya pada mulanya berat untuk menerima tawaran itu tapi selepas memikirkan kehidupan keluarga yang daif, saya bersetuju merantau ke sini.

“Kami dibawa masuk ke negara ini menggunakan bot penumpang dari Pulau Jolo dengan masa perjalanan selama hampir 36 jam,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, di sini, semalam.


Lisa kini dalam jagaan polis selepas diselamatkan Sabtu lalu hasil kerjasama Metro Ahad dan orang awam.

Menurutnya, mereka dibawa masuk menggunakan laluan tikus di sebuah kawasan setinggan sebelum diambil menggunakan sebuah kereta mewah untuk dihantar ke sebuah hotel.


Katanya, setibanya mereka di hotel terbabit, bermulalah titik hitam buat mereka apabila disuruh memakai pakaian seksi sebelum diarah berbaris untuk diperagakan di depan beberapa pelanggan.


“Walaupun letih akibat perjalanan jauh, kami terus disuruh bekerja pada malam itu juga. Saya diberi nombor B29 yang dilekatkan di paha dan diarah beratur di depan pelanggan.


“Ketika itu, saya sangat takut dan apabila nombor saya dipanggil, saya terpaksa mengikut seorang pelanggan untuk masuk ke dalam bilik khas di hotel berkenaan sebelum diarah membuka pakaian.


“Saya merayu kepada pelanggan terbabit supaya tidak melakukan apa-apa terhadap saya dan terus menangis hinggalah pelanggan terbabit marah dan keluar dari bilik untuk melaporkan kepada ‘bos’ (bapa ayam),” katanya.


Menurutnya, dia kemudian dipanggil majikannya sebelum dimarahi habis-habisan kerana tidak mahu melayan pelanggan yang membayar harga ditetapkan.


“Selepas puas memarahi saya, majikan terus mengarahkan saya memakai pakaian semula dan kembali berbaris di depan pelanggan yang baru datang.


“Sekali lagi, saya dipilih seorang pelanggan lain. Saya terpaksa mengikutinya ke dalam bilik tapi kali ini ‘bos’ berdiri di depan pintu bilik dengan riak wajah menakutkan, seolah-olah mahu membunuh,” katanya.


Menurutnya, dia terpaksa memuaskan nafsu pelanggannya itu kerana bimbang dicederakan, tetapi bukan setakat itu saja, selepas selesai menghiburkan pelanggannya, dia dipaksa kembali beratur untuk diperagakan kepada pelanggan lain yang baru tiba.


“Saya dipilih lagi tapi pada kali ini berbeza kerana dihantar ke hotel lain untuk bermalam bersama pelanggan itu.


“Pemandu datang mengambil saya semula dari hotel pada jam 6 pagi keesokannya sebelum dihantar pulang ke sebuah apartmen.


“Kami diarah berehat sebelum diambil semula bekerja pada jam 12 tengah hari dan itulah rutin harian kami. Kami hanya dibenarkan berehat jika datang haid,” katanya.


Menurutnya, selama 16 hari dia hidup dalam kesengsaraan kerana ada kalanya dia terpaksa melayan sehingga empat lelaki berbeza pada hari sama.


Lebih malang, katanya, ada pelanggan enggan menggunakan kondom dan dia terpaksa akur kerana khuatir dimarahi bapa ayam hingga menyebabkannya mengandung.


“Mujur saya mengalami keguguran baru-baru ini, kalau tidak, saya tak tahu siapa bapa anak itu,” katanya.


Katanya, penderitaannya berakhir selepas diselamatkan sebuah keluarga pada 27 Julai lalu sebelum berada dalam jagaan polis sejak Sabtu lalu.


“Terima kasih kepada keluarga Wati kerana membantu saya hampir sebulan. Saya tiada siapa untuk mengadu nasib, mujur Wati menghubungi Metro Ahad yang kemudian bekerjasama dengan polis untuk menyelamatkan saya,” katanya.

2 kesan tikaman


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Jalan Kolam Air 2, Kampung Kasipillay, Sentul, di sini, dengan dua kesan tikaman di tengkuknya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.22 pagi, mangsa berusia 85 tahun yang tinggal bersama seorang pembantu rumah warga Sri Lanka selepas kematian isterinya, ditemui dalam keadaan telentang dan berlumuran darah.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa ditemui jirannya yang memaklumkan polis.

“Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu berlumuran darah, dan ada dua kesan tikaman di tengkuk selain cedera di dahi,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui kesan pecah masuk atau geledah, malah tiada barang milik mangsa dilaporkan hilang.

Lima lelaki ada tatu lambang kongsi gelap ditahan


Alor Setar: Lima lelaki dipercayai daripada dua ahli kumpulan kongsi gelap, ditahan dalam kejadian berasingan apabila badan mereka dikesan mempunyai simbol atau ‘tatu’ kumpulan terbabit dalam Ops Cantas Khas di Bukit Kayu Hitam dan Kulim, kelmarin.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dalam kejadian pertama, sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Hadi Mohamad menahan empat lelaki berusia antara 20 hingga 30-an.


Menurutnya, semua lelaki berasal dari Jitra itu ditahan kerana tubuh dua daripada mereka mempunyai simbol dipercayai dari kumpulan kongsi gelap 04, iaitu 49 pertubuhan yang diharamkan kerajaan.

“Mereka ditahan ketika berjalan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam dipercayai mahu memasuki Thailand jam 5.40 petang kelmarin.


“Kita menyiasat sama ada ahli kumpulan itu memasuki Thailand atas urusan tertentu atau sebaliknya. Buat masa ini kita menyiasat latar belakang suspek dari pelbagai sudut,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini, semalam.


Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya.

Ahmad berkata, dalam kejadian kedua, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Kulim kerana badannya mempunyai simbol Geng 08.


“Kelima-lima suspek terbabit ditahan reman tujuh hari mulai kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menjadi ahli pertubuhan haram.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Beliau berkata, sejak Ops Cantas dilancarkan 18 hingga 30 Ogos lalu, pihaknya melakukan pemeriksaan 4,014 individu dipercayai ahli kumpulan diharamkan selain memeriksa 2,567 kenderaan membabitkan 1,116 kereta, 1,248 motosikal dan 203 lain-lain.


“Daripada individu diperiksa, polis menahan 183 orang dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap di negeri ini.


“Kami mengadakan sekatan jalan bagi membuat pemeriksaan kenderaan dan individu untuk mengesan suspek penjenayah.


“Mereka yang ditahan akan melalui saringan, termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan dan kenderaan digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri selain pemeriksaan di kediaman suspek,” katanya.

311 gangster dicekup


Kuala Lumpur: Seramai 311 orang ditahan dalam Operasi Cantas Khas (Op Cantas) di seluruh negara semalam yang dilakukan 118 pegawai kanan dan 688 anggota polis.

Dalam operasi dilakukan serentak dengan kerancakan sambutan malam ambang merdeka bermula jam 6 pagi Jumaat hingga awal pagi semalam, seramai 7,719 orang diperiksa.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan berkata, dalam sekatan jalan raya pula, polis memeriksa 5,934 kenderaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 2,296 kereta diperiksa, 3,224 motosikal dan kenderaan lain sebanyak 414 buah.

Dalang skandal tong babi kena penjara


Manila: Setiausaha Dalam Negeri Mar Roxas dan Ketua Pengarah Polis Kebangsaan Alan Purisima melawat penjara Fort Sto Domingo sejurus sebelum dalang skandal tong babi, Janet Lim Napoles dipindahkan ke situ semalam.

Pegawai kanan polis Reuben Theodore Sindac pula berkata, belum ada arahan rasmi untuk memindahkan Janet.


“Saya tidak boleh mengatakan ia pasti, tetapi saya yakin mereka melakukan yang terbaik untuk mematuhi arahan mahkamah secepat mungkin,” katanya.

Janet menyerah diri kepada Presiden Benigno Aquino di Istana Malacanang malam Khamis lalu sebelum dibawa ke ibu pejabat Polis Kebangsaan di Kem Crame, bandar raya Quezon. Janet dipindahkan ke penjara Makati keesokan harinya.


Dia disyaki menjadi dalang dalam skandal tong babi yang dipercayai turut membabitkan sekurang-kurangnya lima senator dan 23 ahli Kongres Filipina. Mereka didakwa menyonglap puluhan juta ringgit melalui projek yang tidak wujud. - Agensi

Pakar buat bom mati ditembak


Maguindanao: Pihak berkuasa menembak mati seorang pakar membuat bom dan menahan seorang lagi suspek dalam operasi memburu kumpulan militan di Datu Paglas kelmarin.

Polis di wilayah autonomi Mindanao mengarahkan Nadzir Pakasi Mongkas dan rakannya, Rahib Pelandoc Guialudin agar menyerah diri tetapi mereka enggan dan sebaliknya menyerang pasukan keselamatan.


Melihat Mongkas rebah ditembak pihak berkuasa, Guialudin segera menyerah diri. Mongkas dan Gualudin serta beberapa pakar bom daripada etnik Moro menjadi buruan pihak berkuasa kerana disyaki terbabit dalam beberapa siri insiden pengeboman di pusat perniagaan dan stesen bas di tengah Mindanao. Mongkas dikatakan menjalani latihan membuat bom di Peshawar, Pakistan dan Kandahar Afghanistan. Pengarah Polis Maguindanao, Rudelio Jocson berkata, kedua-dua suspek itu dikesan ketika mengangkut bahan membuat bom dan bahan letupan buatan sendiri di lebuh raya Tacurong-utara Cotabato di Datu Paglas. - Agensi

Perompak tenat melompat 61 meter


New York: Demi mengelak ditangkap seorang suspek rompakan bank nekad melompat melalui saluran sampah apartmen dari ketinggian kira-kira 61 meter sebelum terjatuh ke dalam tong sampah, kata polis semalam.

Robin Gutheridge, 26, menggelongsor dari tingkat 21 apartmen Plaza Clinton yang terletak hanya beberapa blok dari cawangan sebuah bank yang dirompaknya sebelum itu.


Pegawai polis Tom Connellan berkata, Gutheridge bernasib baik kerana tidak terbunuh akibat tindakannya itu.

Katanya, Gutheridge masih sedarkan diri dan boleh bercakap ketika ditahan polis sejurus kemudian. “Dia terselamat kerana dapat memperlahankan kelajuan jatuhan itu dengan berpaut pada pemegang pelongsor dan sampah yang ada dalam tong pula menahan hentakan tubuhnya ketika dia tercampak,” katanya.


Anggota bomba dihubungi bagi mengalihkan tong sampah berkenaan dan mengeluarkan Gutheridge.


Gutheridge kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Universiti New York akibat kecederaan dalaman dan patah tulang. - AP

Penagih biar anak ‘dipanggang’ demi ganja


Phoenix (Arizona): Seorang bayi mati akibat ditinggalkan bersendirian dalam kereta ketika bapanya leka dan khayal menghisap ganja, kata polis semalam.

Daniel Bryant Gray, 31, kini ditahan di penjara Maricopa dan berdepan dakwaan membunuh serta mendera.


Pegawai polis Phoenix, Tommy Thompson berkata Gray membawa anaknya, Jamison Dean, 3 bulan, ke sebuah restoran yang menjadi tempatnya bekerja. “Gray bertugas sebagai pengurus dapur di restoran berkenaan,” katanya. Pada peringkat awal, kata Thompson, Grey mendakwa dia terlupa anaknya ada di dalam kereta dan dia leka menghisap ganja. Namun saksi mendakwa Gray menipu kerana dia dilihat menghisap ganja bersama rakannya di sebelah kereta berkenaan.

Ketika bayi itu dikeluarkan dari kereta itu, suhu di luar hampir 38 darjah Celsius dan biasanya suhu di dalam kenderaan jauh lebih tinggi. Dokumen mahkamah menunjukkan Gray turut membantu pekerja lain menyediakan hidangan untuk pelanggan. Apabila dia menyedari bahawa anak lelakinya ditinggalkan dalam kereta, dia bergegas ke parkir untuk mengambil bayi malang itu.


Gray membawa anaknya ke bahagian penyaman udara sementara beberapa pekerja lain membantu dengan melakukan bantuan pernafasan, manakala pekerja lain menghubungi paramedik. Bagaimanapun bayi malang itu disahkan mati sejurus kemudian. - AP

Lukisan didakwa hina Islam


GAMBAR menunjukkan lukisan bertajuk I is for Idiot yang dipamerkan kepada umum baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Sebuah lukisan yang menyentuh sensitiviti umat Islam diturunkan serta-merta selepas beberapa pihak membuat laporan polis.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, lukisan bertajuk I is for Idiot itu telah dipamerkan di sebuah galeri pameran di ibu kota.
Katanya, penganjur pameran lukisan itu telah menurunkan gambar itu sebaik sahaja polis datang untuk membuat siasatan.
"Lakaran pada lukisan tersebut menunjukkan mesej penghinaan dengan menyebut I for Idiot seolah-olah menyatakan Islam untuk orang bodoh.
"Kes ini masih dalam siasatan polis dan tindakan kepada penganjur akan diambil berdasarkan hasil siasatan polis," katanya selepas melancarkan Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Muzium Negara di sini semalam.
Nazri berkata, tindakan penganjur boleh dipersoalkan kerana ia sepatutnya merujuk kepada Balai Seni Visual sebelum lukisan itu dibenarkan untuk pameran.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2daTu6q9q 
Hakcipta terpelihara 

Mayat pekerja ladang ditemui bogel


SEREMBAN – Seorang pemuda warga Myanmar yang baru 20 hari bekerja di sebuah ladang ternakan lembu dan kambing di Jalan Bukit Putus lama di sini ditemui mati dipercayai ditetaksemalam.
Mayat Yunus Islam, 49, ditemui pada pukul 5.20 petang oleh seorang pekerja ladang bersebelahan selepas terhidu bau busuk di dalam kawasan ternakan tersebut sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan perkara itu.
Sumber berkata, pekerja itu yang meninjau kawasan ladang berkenaan menemui si mati dalam keadaan terbaring dan berbogel.
“Pemeriksaan mendapati ada tiga kesan kecederaan pada perut dan paha mangsa dipercayai akibat ditetak.
“Kita percaya mangsa mati lebih daripada sehari berdasarkan keadaan mayatnya yang telah berbau,” katanya di sini semalam.
Menurut sumber itu, kali terakhir mangsa dilihat berada di ladang berkenaan ialah Khamis lalu.
Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 40-an yang juga rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar pembunuhan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2daTg8Tip 
Hakcipta terpelihara 

Tiga mesin ATM dipecah serentak



ANGGOTA forensik memeriksa bahagian belakang sebuah bangunan kosong yang digunakan penjenayah sebelum melarikan wang tunai di dalam tiga buah mesin ATM di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Tiga buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Pengkalan Chepa di sini semalam dipecah sekumpulan penjenayah menyebabkan kerugian RM657,905.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi itu bagaimanapun disedari empat jam kemudian ketika wakil syarikat keselamatan datang ke bank tersebut untuk membuat pemeriksaan rutin.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pemeriksaan mendapati suspek yang disyaki lebih daripada seorang memecahkan peti simpanan wang ATM melalui sebuah premis kosong yang terletak di belakang bangunan.
"Suspek memotong jeriji untuk masuk ke dalam bangunan (kosong) di belakang mesin ATM dan memecahkan peti simpanan wang dengan menggunakan gas oxy-Acetylene (oxy)
"Siasatan mendapati suspek telah memecahkan tiga mesin ATM manakala sebuah lagi mesin deposit tunai tidak diusik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Mazlan, pihaknya percaya kumpulan penjenayah itu membuat persediaan rapi sebelum melakukan jenayah tersebut selain penglibatan suspek yang berpengalaman.
Siasatan secara terperinci termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) akan dilakukan bagi mengesan penjenayah terlibat.
"Kita akan menyiasat sama ada kes ini melibatkan orang dalam.
"Mereka juga (penjenayah) tidak mungkin berjalan kaki kerana mesin gas oxy perlu dibawa dengan kenderaan," katanya.
Jelas beliau, kes tersebut adalah yang kedua dilaporkan berlaku di negeri ini pada tahun ini namun menggunakan modus operandi yang berbeza.
Akhbar pada 2 Jun lalu melaporkan, sebuah mesin ATM bersebelahan bangunan Tabung Haji dekat Pasir Mas dipecah penjenayah dengan menggunakan gas oxy menyebabkan kerugian lebih RM200,000.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, suspek memasuki bank tersebut dari bahagian hadapan dan berselindung di sebalik kain rentang bagi mengelak kegiatan mereka disedari orang awam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2daTUla5n 
Hakcipta terpelihara 

Mati ditembak dalam kuil


JAGANATHAN


NUSAJAYA - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang dipercayai menjadi kepala gengster Geng 21 maut akibat ditembak tanpa belas kasihan ketika dia sedang melakukan upacara sembahyang di sebuah kuil di Taman Nusantara dekat Gelang Patah kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, K. Jaganathan, 37, seorang penternak lembu mati selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat oleh seorang lelaki bermotosikal.
Difahamkan, si mati pernah ditahan di Penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor selama dua tahun selain turut terlibat dengan kumpulan kongsi gelap.
Geng 21 aktif melakukan pelbagai jenayah di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Ketika kejadian, mangsa berada di dalam kuil itu bersama ibu, isteri dan tiga anaknya namun ahli keluarganya tidak cedera.
Ibu Jaganathan, M. Letchumi, 63, berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh, iaitu pembonceng motosikal masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan tembakanbertubi-tubi ke arah anak lelakinya.
Tembakan itu mengenai dada, bahu dan belakang mangsa.
Ketika kejadian, terdapat lebih 10 orang yang sedang bersembahyang di dalam kuil berkenaan bertempiaran lari.
Suspek kemudian beredar bersama seorang lagi rakannya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC putih.
"Apa salah anak saya? Mengapa mereka menembak dia tanpa belas kasihan," kata Letchumi ketika ditemui semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mangsa yang cedera parah disahkam mati selepas dibawa ke sebuah klinik berhampiran dan mayatnya dihantar ke HSA untuk dibedah siasat.
Siasatan awal mendapati si mati yang tinggal di Taman Universiti, Skudai memiliki lapan rekod jenayah termasuk kes bunuh.
"Susulan kejadian tembak itu, polis menahan lelaki berusia 30-an di kawasan Gelang Patah pada pukul 10 malam kelmarin.
"Dengan penahanan itu, kita percaya kes ini dapat diselesaikan," kata beliau.
Polis setakat ini, masih menyiasat motif sebenar kejadian termasuk pembabitan si mati dalam kumpulan kongsi gelap Geng 21 serta aktiviti-aktiviti jenayah lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2daT3x4K4 
Hakcipta terpelihara 

50 orang cedera pesawat langgar golakan udara



SEORANG penumpang Thai Airways yang cedera dibawa ke sebuah hospital di Hong Kong kelmarin.


BANGKOK - Lebih 50 penumpang dan kru cedera kelmarin apabila pesawat superjumbo A380 syarikat penerbangan Thai Airways terlanggar golakan udara semasa terbang dari sini menuju ke Hong Kong.
Seorang pegawai Thai Airways memberitahu, seorang pramugari patah tulang bahu dalam kejadian itu manakala kecederaan lain cuma melibatkan lebam dan luka kecil.
Sekitar 500 orang berada di dalam pesawat berkenaan semasa insiden tersebut.
Kejadian itu berlaku semasa pesawat berkenaan bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Chek Lap Kok di Hong Kong sejurus selepas tengah hari.
Beberapa pegawai memberitahu, mangsa yang cedera terdiri daripada 37 penumpang dan 15 kru.
Mereka telah dihantar ke hospital dengan 22 orang dibenarkan pulang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2daSAdcox 
Hakcipta terpelihara 

Pegawai 'Abang Jam' dibicara kerana rasuah



GAMBAR yang disiarkan oleh agensi berita Xinhua menunjukkan Yang Dacai dibicarakan di sebuah mahkamah di Xi'an, dalam wilayah Shaanxi di barat laut China kelmarin.


BEIJING - Seorang pegawai China yang menimbulkan kemarahan orang ramai selepas dia dirakam tersenyum di satu lokasi kemalangan maut dibicarakan kelmarin, menurut sebuah mahkamah.
Pegawai berkenaan, Yang Dacai turut digelar 'Abang Jam' kerana meminati jam tangan mewah.
Gelaran itu diberikan selepas imej dia memakai pelbagai jam tangan jenama mewah tersebar di internet.
Dacai mencetuskan kemarahan pengguna internet selepas dia dirakam tersenyum lebar semasa memeriksa bangkai bas dan lori tangki metanol yang terlibat dalam satu nahas jalan raya tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 36 nyawa melayang dalam nahas tersebut.
Bekas pengarah biro keselamatan pekerjaan di wilayah Shaanxi, utara China itu merupakan antara sebilangan pegawai kanan yang kecundang selepas menjadi topik perbualan dan dicemuh di internet.
Seorang pegawai mahkamah di Shaanxi memberitahu bahawa perbicaraan kes Dacai bermula dan berakhir kelmarin.
Perbicaraan itu susulan siasatan oleh suruhanjaya disiplin Parti Komunis yang mendapati Dacai bersalah kerana mempamerkan senyuman tidak wajar dan memecatnya daripada jawatan tersebut.
Dia juga dituduh memiliki hartanah bernilai 5.04 juta yuan (RM2.7 juta) daripada sumber yang mencurigakan di samping menerima rasuah berjumlah 250,000 yuan(RM135,151).
Dia tidak menyangkal semua dakwaan terhadapnya dengan mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada satu tarikh lain.- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2daRqD24m 
Hakcipta terpelihara