Search This Blog

Friday, August 30, 2013

'Gemuk' ditahan bantu siasat kes rogol


MELAKA - Polis Melaka menahan seorang lelaki dikenali sebagai 'gemuk' bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan yang dirogol tiga lelaki di sebuah chalet di Pengkalan Balak Alor Gajah di sini pada 3 Ogos lepas.
   
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P.R. Gunarajan berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Taman Pengkalan Balak di sini dalam Ops Cantas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira 10.30 malam tadi.
   
"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan penahanannya dipercayai membantu menyelesaikan kes rogol itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dipercayai dibawa suspek menaiki kenderaan ke sebuah chalet di Pengkalan Balak pada 3 pagi sebelum diserahkan kepada tiga lelaki dan dirogol.    

Katanya suspek dipercayai turut terlibat dengan kes curi motosikal dan samun di sekitar negeri ini.
   
Gunarajan berkata dua lelaki berusia 15 dan 23 tahun ditahan selepas pelajar terbabit membuat laporan polis pada Ahad lepas dan pihaknya sedang mengesan seorang lagi lelaki berusia 20-an berhubung kes itu. - Bernama

Kebakaran: Lima keluarga hilang tempat tinggal


SANDAKAN - Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua rumah di Kampung Jang dekat sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Seorang daripada mangsa, Samsiah Bone, 48, berkata kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan mereka sekeluarga dan penghuni di rumah bersebelahan gagal menyelamatkan barangan dan dokumen penting termasuk peralatan sekolah.

Samsiah yang tinggal di rumah kakak sepupunya menetap di kawasan berkenaan sejak 20 tahun lepas.

Jiran Samsiah, Albaina Utal, 29, berkata dia bersama keluarganya kini menumpang sementara di rumah jirannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Calixtus Sedilis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.20 tengah hari.

Katanya operasi memadam kebakaran itu melibatkan 13 anggota bomba menggunakan tiga jentera dan tamat pada pukul 1.23 tengah hari.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Penganggur didakwa bunuh pengusaha pusat kecantikan



JOHOR BAHRU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengusaha pusat kecantikan, dua minggu lepas.
   
Toh Kian Peng, 37, didakwa membunuh Liew Oi Mei, 39, menggunakan sebilah pisau di Cinderella Beauty Centre di Jalan Indah 1/1, Taman Bukit Indah pada kira-kira 11.30 pagi, 17 Ogos lepas.
   
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
   
Tiada pengakuan dicatat.
   
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian mengarahkan Toh dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan psikiatri dan menetapkan 30 Sept depan bagi sebutan semula kes.
   
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali manakala Toh diwakili peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah. - Bernama

Calon UPSR dikhuatiri lemas




MACHANG - Seorang pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan depan, Mohammad Muslim Ibrahim, dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Sungai Kelantan di Kampung Maka, Labok di sini semalam.

Gerakan mencari Mohammad Muslim, 12, anak ketujuh daripada sembilan beradik, yang dipercayai hanyut pada 1.30 tengah hari semalam, disambung pukul 8 pagi hari ini.

Rakannya, Mohd Aman Abdullah, 10, berkata pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan itu memilih untuk mandi di tempat yang lebih dalam di sungai itu, apabila kemudian dia dilihat terkapai-kapai.

"Kami sempat menarik tangannya sebelum Muslim terus tenggelam," katanya kepada pemberita ketika di temui di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa mangsa Ibrahim Mat, 51, berkata ketika kejadian, beliau ke sekolah anaknya untuk mengambil Mohammad Muslim dan adiknya, tetapi didapati mangsa pulang lebih awal bersama rakannya.

"Sebaik tiba di rumah saya dapati isteri saya sedang menangis dan memberitahu Muslim hilang ketika mandi bersama rakan-rakannya," katanya.

Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Machang Nordin Yahya berkata operasi mencari setakat ini sejauh dua kilometer dari tempat mangsa dipercayai hilang, membabitkan 70 anggota yang dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Machang dan polis. - Bernama

Lelaki maut tersepit

Lelaki maut tersepit
MOHD TAUFIQ


BATU KURAU – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lori pasir dekat hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Yaman, Batu 20, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, kereta Proton Satria dipandu lelaki tempatan berusia 30-an itu menghala ke Batu Kurau bertembung lori pasir yang menghala ke Kamunting sebelum kedua-duanya terbabas dan masuk ke dalam parit.

Akibatnya, pemandu Satria berkenaan maut di tempat kejadian dan ketika kejadian, keadaan cuaca agak buruk iaitu hujan lebat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penguasa Bomba Kanan, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan mati di tempat kejadian.

“Seramai enam anggota dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting ditugaskan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Taufiq berkata, kira-kira satu jam sebelum kemalangan itu, satu kejadian ribut berlaku di sekitar Kamunting termasuk Taman Bukit Jana.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sebuah khemah diterbangkan angin dan tersangkut di atas bumbung sebuah rumah di kawasan berhampiran.

"Kami menerima panggilan bagi membantu mangsa untuk menurunkan khemah terbabit selain memastikan kabel yang tersangkut pada khemah itu dialihkan dengan selamat.

“Operasi terbabit berjaya disempurnakan kira-kira jam 5 petang dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

5 maut selepas hadiri pengebumian


NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN@sinarharian
29 Ogos 2013

LEDANG - Perjalanan pulang lapan sekeluarga dari menghadiri majlis pengebumian saudara di Kuantan, Pahang, Selasa lalu bertukar tragedi apabila lima daripadanya terbunuh selepas terlibat dalam nahas di Batu 8, Bukit Kangkar, Jalan Muar-Tangkak, dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dengan sebuah lori kontena.

Mangsa maut di tempat kejadian adalah pemandu Toyota Avanza, Jasilah Othman, 43; kakaknya Rokiah, 62; serta ibu saudara mereka, Ramlah Bakar, 66.

Manakala, dua lagi yang maut ialah kakak Jasilah, Mahani, 56; serta Basiron Kasiran, 74, (suami Rokiah).

Bagaimanapun, tiga lagi penumpang iaitu Siti Hajar Abdul Rahim, 30; Siti Nor Ain dan Siti Nor Suhada terselamat meskipun mengalami kecederaan parah dengan salah seorang daripadanya dilaporkan kritikal.

Kemalangan ngeri itu dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Jazila menghala ke Muar dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah treler yang terletak di bahu jalan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan MPV tersebut remuk teruk di bahagian hadapan dan kesemua mangsa dipercayai tersepit di tempat duduk masing-masing.

Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Dua lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) ketika mendapatkan rawatan dan tiga yang cedera turut mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Sementara itu, Pengarah HPSF Dr Selahudeen Abdul Aziz berkata, sehingga jam 6 petang semalam, mangsa, Siti Hajar masih berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Dia (Siti Hajar) masih berada di ICU. Manakala dua lagi mangsa yang terselamat dilaporkan stabil.

“Kita akan buat pemantauan rapi untuk mengetahui perkembangan semasa semua mangsa,” katanya.

Kesemua mangsa yang maut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Amat, Parit Jawa, Muar. selepas solat Asar, kira-kira jam 5.30 petang hari yang sama.
AL FATIHAH..

Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur.

DTR aaw
Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur.
KEmalangan yang di hantar oleh agen kami tidak memberitahu bila kemalangan ini berlaku. Walaubagaimanapun kita yang masih ada ini beringat2lah, hati2 memandu dan menunggang. Jalanraya tidak pernah mengenal siapa anda..

Pembunuh cukup kejam

Foto
ANGGOTA forensik menyiasat di tempat kejadian.

Dengkil: “Saya tidak dapat menahan sebak sebaik melihat kedua-dua matanya terbeliak selain lehernya cedera parah seperti kesan sembelihan,” kata V Gomathy, 20-an, kakak angkat kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali Yamuni yang maut dibunuh dalam kejadian, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di sebuah rumah teres setingkat di Taman Dengkil Jaya itu, kanak-kanak perempuan itu adalah antara tiga sekeluarga yang maut dengan kesan tikaman dan kelar membabitkan seorang wanita warga emas dikenali sebagai Muniamah, 64, dan seorang cucu lelakinya dikenali sebagai Kugan, 21.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman dan kelar senjata tajam masing-masing di leher, perut, dahi dan beberapa bahagian badan lain di ruang tamu serta bilik di rumah berkenaan.

Gomathy berkata, dia menemui mayat ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebaik tiba di rumah jam 2 petang selepas selesai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Putrajaya.




Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati adik lelakinya berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah berada di luar pekarangan rumah dan mendakwa tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu terkunci.

Tiga kumpulan paling ganas

Tiga kumpulan paling ganas
DATUK Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menunjukkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap termasuk tiga kumpulan yang dikenal pasti merbahaya iaitu Geng 04, Geng 08 dan Geng 36 pada sidang media di Kompleks D, Putrajaya, hari ini. - Foto Abd Rahim Rahmat Putrajaya: Geng 04, Geng 08 dan Geng 36 disahkan kongsi gelap paling berbahaya dan aktif dalam jenayah keganasan antara 49 kumpulan samseng yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), semalam.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 28,926 ahli kongsi gelap membabitkan kaum India, Cina (8,214), Melayu (1,923) dan selebihnya pelbagai kaum dan etnik di Sarawak dan Sabah yang menyumbang jumlah keseluruhan 40,313 ahli di seluruh negara.
Daripada 49 kumpulan itu, 28 beroperasi di Semenanjung, 16 di Sarawak dan lima kumpulan lagi di Sabah yang menguasai sebahagian besar aktiviti jenayah di kawasan mereka sehingga mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:
BilNama PertubuhanLokasi Aktiviti
1Geng 04Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
2Geng 08Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
3Double 7Seluruh Semenanjung Malaysia
4Tiga LineDikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
5Geng 30Seluruh Semenanjung Malaysia
6Geng 38Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru
7Geng 24Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
8Geng 18Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
9Geng 36
Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
10Geng 21Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
11Ang Soon ThongAktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
12Wah KeeAktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor
13Sio Sam OngAktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor
14PNEHAktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
15Hong Hong SanDikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur
16Hai SanAktif di Perak
17Siang Ang BinAktif di Kuala Lumpur
18New Cell 20Aktif di Perak
19Jit It HaiKumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak
20Sio Koon TongBergiat di satu kawsan saja iaitu di Johor
21Gee Lam KorKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
22Gee Ah EngKumpulan ini ada di Kuala Lumpur
23Loh KuanKumpulan ini ada di Kuala Lumpur
24Tiang Yee TongKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
25Geng Leng HorKumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
26Geng 35Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang
27Geng 303Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor
28Geng Satu HatiBeroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air
29ATAPKumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
30Hung AnnKumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah
31Sui YukKumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah
32OtaiKumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
33Borneo Red EMPKumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah
34Ah NgauKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
35Batu TigaKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
36Ah FengKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
37Batu 10Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
38Sibu TiKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
39Ah SengKumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak
40Ah ChinKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
41Lee LungKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
42Lo HanKumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
43Sg MerahKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
44Sg BadutKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
45Ting Ching LeeKumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak
46Tua Cak LeeKumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
47Teksi StationKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
48Pintu MerahKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
49KrokopKumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata Geng O4, 08 dan 36 yang terbabit dalam jenayah berat seperti bunuh, memiliki senjata api serta pengedaran dadah, mempunyai pengikut paling ramai dan beroperasi sepenuhnya di Semenanjung.

Kita tidak nafikan sebahagian besar kejadian jenayah tembak dan pembunuhan sebelum Operasi Cantas Khas (Op Cantas) digerakkan secara besar-besaran 17 Ogos lalu, didalangi dan dilakukan kumpulan kongsi gelap kerana persengketaan atau rasa tidak puas hati.

Guna senjata berbahaya

Mereka yang menganggotai kumpulan ini dilaporkan berbahaya kerana turut menggunakan senjata api, peralatan tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan senjata lain untuk kegiatan mereka, katanya pada sidang media Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia, di sini, semalam.
Jenayah lain dilakukan kumpulan kongsi gelap adalah pemerasan wang perlindungan, menjaga atau mengawal parkir di kawasan mereka, menjaga atau mengawal pusat hiburan (bouncer), menarik kereta yang gagal dibayar peminjam bank, mencederakan dan melakukan ugutan serta terbabit dalam pergaduhan antara kumpulan.

Abdul Rahim turut memberitahu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 28 Ogos lalu sudah mengisytiharkan semua 49 kumpulan berkenaan sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang dikesan terbabit dalam apa juga aktiviti kumpulan atau pertubuhan kongsi gelap serta menggunakan semula tulisan, panji (logo, pelekat dan bendera) atau tanda, dianggap melakukan kesalahan dan akan disiasat serta didakwa di mahkamah.

Nenek, 2 cucu mati dibunuh

Nenek, 2 cucu mati dibunuhUnit forensik memeriksa lokasi kes bunuh di Taman Dengkil Jaya. (Gambar kecil) Kugan. - Foto Fariz Iswadi Ismail Dengkil: Tiga bersaudara ditemui mati di rumah mereka di Taman Dengkil Jaya, di sini, termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang disembelih, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Muniamah, 64; cucu lelakinya Kugan, 21, dan cucu angkat Muniamah, Yamuni, 2, yang ditemui kira-kira jam 2 petang oleh seorang ahli keluarga mereka.
Muniamah yang dipercayai ditikam ditemui di ruang tamu, manakala Kugan dan Yamuni dijumpai di bilik lain, dalam keadaan berlumuran darah.


Kugan mempunyai kesan tikaman, manakala Yamuni dikelar lehernya.

Siasat motif pembunuhan

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis juga tidak menjumpai senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Siasatan awal juga tidak menemui tanda jenayah lain, termasuk samun atau pecah rumah, katanya. kepada media di lokasi kejadian, semalam.

Imran meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Asisten Superintendan Han Yan di talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.

Kakak angkat kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai V Gomathy, 20-an, berkata dia terkejut dan sedih melihat mayat Yamuni dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan cedera parah di leher.

Katanya, dia menemui ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebaik tiba di rumah kira-kira jam 2 petang semalam selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Putrajaya.

Tak dapat masuk rumah

Beliau berkata, sebaik tiba di rumah, dia mendapati adik lelakinya berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah berada di luar rumah dan mendakwa tidak dapat masuk kerana pintu dikunci.

Saya cuba memanggil nenek menerusi tingkap, namun tidak berjawab dan saya cuba menolak pintu rumah sekuat hati. Sebaik pintu terbuka, saya dapati nenek terbaring di sebalik pintu.

Sebaik pintu dibuka sepenuhnya, saya dapati nenek sudah tidak bernyawa, baju yang dipakai dibasahi darah, selain terdapat kesan kelar di dahi dan beberapa bahagian badan.

Saya masih trauma dengan kejadian ini dan sukar menerima hakikat kehilangan tiga orang insan tersayang dalam sekelip mata, katanya.

Jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa mendengar bunyi bising dari rumah mangsa pada jam 10.30 pagi semalam.

Ketika sedang memasakdi dapur, saya dikejutkan dengan bunyi bising, termasuk jeritan dan beberapa bunyi hentakan pada dinding dari rumah mangsa, namun saya sangkakan hanya pergaduhan biasa, tidak pula terfikir akan berlaku seperti ini, katanya.

Niat bantu mangsa samun jadi tragedi

KONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.

Kuala Lumpur: Niat baik dua lelaki membantu seorang mangsa samun di depan pos pengawal kondominium di Taman Cempaka di sini awal pagi semalam bertukar tragedi apabila kenderaan mereka secara tidak sengaja melanggar mangsa jenayah itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, lelaki terbabit yang masing-masing berusia 21 dan 23 tahun menaiki kereta melihat seorang wanita disamun dua suspek yang menaiki motosikal lalu berhenti dan mengundurkan kenderaan mereka dengan laju.
Mangsa adalah seorang kakitangan syarikat penerbangan dan dipercayai baru pulang kerja ketika kejadian.

Bagaimanapun, kenderaan mereka melanggar mangsa samun itu menyebabkan dia cedera parah manakala dua penjenayah terbabit melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata mangsa dikejarkan ke sebuah hospital swasta oleh kedua-dua lelaki berkenaan tetapi disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

Polis telah mengambil keterangan lima saksi kejadian termasuk dua lelaki berkenaan, pengawal keselamatan dan seorang adik mangsa, katanya. Polis mengkelasifikasikan kematian mengejut.

Amiruddin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelajar kena jangkitan kencing tikus

Pelajar kena jangkitan kencing tikus
Mohd Najmuddin (kanan) dan isterinya ketika melawat Nur Hasya yang disyaki dijangkiti virus leptosiprosis di Hospital Pakar Ipoh, semalam. Ipoh: Seorang pelajar cemerlang dimasukkan ke hospital di sini selepas demam sejak 22 Ogos lalu akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Nur Hasya Rushaida, 15, yang juga anak Pegawai Khas Hal Ehwal Islam Menteri Besar, Datuk Mohd Najmuddin Elias al-Hafiz, dimasukkan Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) sejak Selasa lalu.
Keadaan mangsa yang juga anak saudara kepada pendakwah terkenal, Ustaz Khazim semakin serius manakala adiknya Nur Sakinah Hayani, 13, yang mengalami masalah sama sudah pulih.


Najmuddin berkata, beliau membawa Nur Hasya Rushaida yang belajar di Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said, untuk pemeriksaan lanjut apabila keadaan anak ketiganya itu yang sering demam pada waktu malam, semakin teruk.

Katanya, hasil ujian pada sampel darah diambil menunjukkan anaknya itu positif virus kencing tikus.

Najmuddin reda

Namun, pihak hospital masih menjalankan beberapa ujian melalui air kencing dan najis anak saya untuk mengenal pasti punca sebenar jangkitan itu," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, semalam.
Beliau berkata, Nur Hasya Rushaida yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober ini berada dalam keadaan tidak normal kerana anaknya itu tidak memberi reaksi walaupun dipanggil berulang kali.

Malah, selera makannya juga berkurangan sejak dia dimasukkan ke hospital, katanya.

Najmuddin yang reda dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan anaknya.

Tiga polis antara 5 maut

Foto
KEADAAN pikap yang bertembung dengan kereta polis.
Foto
KEADAAN kereta peronda polis yang remuk dalam nahas.
Beluran: Lima termasuk tiga anggota polis trafik terbunuh, manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta peronda polis dengan pacuan empat roda, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 petang di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham, semuanya dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, maut di tempat kejadian.
Dua penumpang pacuan empat roda yang turut maut ialah Masiah Jailani, 47, serta adiknya, Layni Jailani, 45.

Seorang lagi anggota polis trafik, Konstabel Zaini Mohd Radzuan serta tiga individu termasuk pemandu pacuan empat roda itu, parah dan menerima rawatan di Hospital Beluran.

Empat anggota polis trafik terbabit yang menaiki kereta peronda jenis PROTON Waja itu dalam perjalanan pulang ke IPD Beluran selepas tugasan penguatkuasaan di Telupid.

Arah bertentangan

Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda dinaiki lima individu yang datang dari arah bertentangan.
Berikutan pertembungan itu, tiga anggota polis trafik serta dua penumpang pacuan empat roda berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan selepas tersepit di celah remukan kenderaan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan Shivanathan Velautham ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ditetak ketika potong elektrik


Kuala Lumpur: Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) nyaris terputus tangan kirinya selepas ditetak suspek menggunakan parang ketika memotong bekalan elektrik dalam kejadian di Jalan PJS7 Bandar Sunway, dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Muhamad Axdni Isa berusia 42 tahun dilaporkan diserang dua penghuni lelaki menggunakan parang sebelum tangannya ditetak berkali-kali dalam kejadian jam 5 petang.
Dalam kejadian itu, mangsa bersama rakan sekerja sedang membuat potongan elektrik pada tiang TNB di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua, berkata dua suspek dari sebuah rumah berdekatan tiang itu mempersoalkan tindakan kakitangan TNB terbabit, sebelum rakan mangsa memberitahu rumah berkenaan dikesan membuat sambungan elektrik secara haram. 

5 warga Thailand tawar seks, urutan batin ditahan


Alor Setar: Polis menahan lima tukang urut warga Thailand di sebuah pusat urut di Taman Perindustrian Bandar Baru Mergong, di sini, kerana menawarkan khidmat seks dan urutan batin, dalam serbuan awal pagi semalam.

Semua wanita berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam serbuan bermula jam 11.50 malam kelmarin.
Ketua Operasinya, Asisten Superintendan Roslan Masjin, berkata dalam serbuan itu, lima pelacur terbabit dikatakan sedang menunggu pelanggan masing-masing dengan berpakaian seksi, manakala seorang daripada mereka dipercayai sedang melayan seorang lelaki.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, ada lima tilam yang dikhaskan untuk mengurut dan ditutup dengan tirai yang dipercayai sudah lama beroperasi serta berselindung di sebuah pusat mengurut kaki, di sini.

Salah guna pas lawatan kerja

“Kita yang menerima laporan berhubung kegiatan pelacuran di situ, membuat pemantauan sebelum saya menyamar sebagai pelanggan untuk mengetahui perkhidmatan yang disediakan di situ.

“Ketika itu, seorang wanita Thailand memberitahu pakej perkhidmatan yang disediakan di situ termasuk perkhidmatan seks, selain urutan badan RM30 sejam,” katanya.
Roslan berkata, wanita itu kemudian meminta beliau membuka pakaian, sebelum dia ke dapur untuk mengambil kondom dan ketika itu beliau terus memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sebelum semua anggota polis masuk untuk membuat pemeriksaan.

Katanya, mereka memiliki pasport, tetapi dipercayai menyalahgunakan pas lawatan kerja dengan menjadi pelacur di situ.

“Ketika itu, terdapat seorang lelaki tempatan berusia sekitar 30-an sedang dilayan seorang daripada wanita Thailand terbabit dengan urutan batin.

“Kita percaya pelanggan lebih ramai datang ke premis itu sekitar awal pagi berikutan lokasi bangunan yang terletak di bahagian belakang dan terlindung daripada jalan utama berhampiran sebuah pasar raya di sini,” katanya sambil menambah polis turut merampas sejumlah wang tunai dipercayai hasil perniagaan itu, kondom sudah digunakan dan pakaian mereka untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959 kerana melanggar syarat pas.

Pelayan kedai makan didakwa rogol kenalan

Pelayan kedai makan didakwa rogol kenalanTertuduh keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah merogol kenalannya.

KOTA BHARU - Seorang pelayan kedai makan di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol kenalannya yang juga remaja bawah umur, Jun lalu.

Muhammad Iskandar Ismail, 19, dari Kampung Pauh, Jalan PCB di sini, didakwa merogol remaja 14 tahun lima bulan itu di kampung berkenaan pada jam 1 pagi.

Dia dituduh di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus oleh pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilawani Mat Rifin.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada prosiding semalam, dia mengaku tidak bersalah.

Susulan itu, hakim menetapkan sebutan semula pada 2 Oktober depan. Sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 ke atas tertuduh dan memohon tarikh untuk menunggu laporan perubatan dan kimia mangsa.

Nauzubillah, semoga pelaku yg membuat kesalahan ini insaf dan bertaubat atas kesalahannya mereka

Nauzubillah, semoga pelaku yg membuat kesalahan ini insaf dan bertaubat atas kesalahannya mereka . sedih nya 


Mayat bayi yang dijumpai di loji kumbahan UiTM Dungun pada jam 12 malam tadi.

Difahamkan lagi, mayat bayi tersebut dalam keadaan yang agak lama dan masuk ke loji kumbahan tersebut melalui saluran najis blok asrama pelajar UiTM Dungun.

Astaghfirullah. ..

#pandangan anda ttg isu ni ?
 —

Pesalah minta tambah sebatan

Pesalah minta tambah sebatanZainuddin dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.

AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.

Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.

Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.

“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.

“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.

Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.

“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya.

Anak pegawai khas Menteri Besar dijangkiti kencing tikus

Ipoh: Penularan virus kencing tikus terus melanda negeri ini apabila anak perempuan kepada Pegawai Khas Hal Ehwal Islam Menteri Besar Datuk Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz turut dimasukkan ke Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) sejak Selasa lalu akibat jangkitan penyakit maut itu.
Mangsa, Nur Hasya Rushaida, 15, bersama adiknya, Nur Sakinah Hayani, 13, mengalami demam pada Khamis minggu lalu dan dibawa ke klinik untuk rawatan.

Mohd Najmuddin berkata, demam dialami Nur Hasya bagaimanapun berlarutan sedangkan anak bongsunya sudah beransur pulih.
Menurutnya, anak ketiganya itu sering demam pada waktu malam, namun selepas melihat keadaannya semakin teruk, beliau membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil ujian pada sampel darah diambil menunjukkan anak saya positif virus kencing tikus dan leptospirosis.

“Namun pihak hospital masih menjalankan beberapa ujian melalui air kencing dan najis anak saya untuk mengenal pasti punca sebenar jangkitan itu,” katanya ketika ditemui bersama isterinya Datin Ummi Kalthum Mohd Hosni dan anak bongsunya, Nur Sakinah di hospital berkenaan, semalam.
Katanya, Nur Hasya berada dalam keadaan tidak normal kerana anaknya itu tidak memberi reaksi walaupun dipanggil berulang kali.

“Malah, selera makannya juga berkurangan sejak ditempatkan di hospital,” katanya yang baru pertama kali berhadapan dengan keadaan itu bersama keluarga.
Bapa kepada empat orang anak itu bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah SWT dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan anak ketiganya itu.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said itu pelajar cemerlang dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober ini.

Memang terpaksa rempuh rumah

Bagan Serai: “Saya hanya sempat memeluk erat anak saudara sebaik menyedari kenderaan dipandu akan merempuh rumah itu,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Oii, 22, yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Siakap, Parit Sulaiman, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa terpaksa melanggar rumah berkenaan selepas mengelak dari merempuh penunggang motosikal yang keluar dari simpang berhampiran.

Mangsa yang ditemui berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Kurau selepas mengambil anak saudaranya pulang dari sekolah.
“Sewaktu melalui kawasan itu, sebuah motosikal ditunggang seorang remaja tiba-tiba muncul dari persimpangan Parit Sulaiman, di sini, secara mengejut.

“Saya panik dan berusaha mengelak dari melanggar motosikal itu. Bagaimanapun, kereta yang saya pandu terbabas sebelum melanggar tiang dan bahagian hadapan sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan bumbung hadapan rumah penduduk terbabit runtuh manakala remaja yang menunggang motosikal itu turut cedera akibat terjatuh.
“Kami hanya mengalami cedera ringan, namun masih trauma dengan insiden yang nyaris meragut nyawa penunggang motosikal itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Dia bagaimanapun terkejut dengan bunyi dentuman kuat pada bumbung sebelum mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna model Toyota Innova merempuh tiang hadapan rumah hingga runtuh.

Kerabat Diraja Perak maut nahas kereta

Yan: “Jaga anak baik-baik jangan selalu marah mereka.” Itu pesanan terakhir seorang pengamal perubatan Islam, Raja Shoib Moizuki Raja Jaafar, 46, yang juga kerabat Diraja Perak kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan jalan raya di Batu 22, Jalan Guar Chempedak-Yan, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 3 petang menyebabkan Raja Shoib Moizuki mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala rakannya Muhammad Shahfarey Abdul Aziz, 27, yang memandu kereta Proton Waja terbabit juga cedera parah kerana pendarahan dalaman. 
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahu jalan arah bertentangan ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Sungai Petani menuju ke Kampung Raga, di sini, atas urusan kerja.

Isteri Raja Shoib, Hafinah Abd Aziz, 34, berkata, sebelum kejadian dia pelik melihat suaminya masuk semula ke dalam rumah untuk melihat dua anak mereka berusia enam dan empat tahun walaupun sudah masuk ke dalam kereta.

Menurutnya, ketika itu sudah mahu keluar rumah mereka yang terletak di Kampung Kuala Janing, Kuala Nerang kira-kira 7 jam pagi kerana mempunyai urusan kerja, tetapi dia hairan dengan sikap arwah.

“Saya amat terkejut selepas mengetahui suami terbabit kemalangan dan tidak menyangka kata-katanya sebelum itu adalah pesanan terakhir,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Yan, di sini, malam kelmarin.

Jenazah arwah dibawa pulang ke kampung halaman isterinya dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Bendang Baru, Kuala Nerang kira-kira jam 11 pagi semalam.

Polis rakam keterangan 5 lelaki

Ampang: Polis sudah merakam percakapan pemandu kereta yang cuba membantu seorang mangsa ragut, namun terlanggar wanita itu hingga mangsa meninggal dunia di depan Kondominium Palm Villa, Taman Cempaka, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, selain lelaki itu yang memandu Proton Wira ketika kejadian, pihaknya turut mengambil keterangan daripada empat individu lain.

Menurutnya, mereka ialah rakan pemandu kereta, dua pengawal keselamatan dan seorang adik mangsa.
Beliau berkata, hasil bedah siasat pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati mangsa, Sharinawati Abu Bakar, 30, maut akibat parah di dada akibat kemalangan. “Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mangsa disamun dua lelaki menunggang motosikal Yamaha LC sebelum dilanggar sebuah kereta yang mengundur dengan laju.

“Dua suspek melarikan diri dan siasatan mendapati mereka tidak sempat menyamun mangsa. Polis juga menemui dompet seorang lelaki di lokasi kejadian dipercayai milik seorang daripada suspek,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tak tahu diculik

Semporna: “Sepanjang ditawan kumpulan bersenjata itu, saya hanya ingat mati selain memikirkan nasib anak yang masih kecil di rumah,” kata Muhammad Asri Lemma, 27, menceritakan kejadian diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Silapak, 10 kilometer dari Pulau Bum-Bum, Selasa lalu.
Menurutnya, dia hanya menyedari diculik apabila kumpulan terbabit terkejut melihat dua anggota pasukan keselamatan bersenjata di Pulau Kapalai sebelum bergegas mengundurkan bot mereka.

“Kumpulan berkenaan pada awalnya memberi alasan mahu ke Pulau Mabul untuk menghadiri majlis perkahwinan ahli saudara mereka di sana, tetapi laluan mereka tersasar.
“Kira-kira 10 lelaki berada di dalam bot itu dan hanya seorang fasih berbahasa Melayu manakala yang lain hanya mampu bertutur dalam bahasa Suluk,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Mabul, tiba-tiba seorang daripada mereka yang fasih berbahasa Melayu bertanya mengenai sebuah pulau di hadapan yang diterangi lampu merah.

“Saya memberitahu mereka itu adalah sebuah pulau tanpa memberitahu terdapat pos kawalan tentera kerana tidak mengesyaki apa-apa sebelum juragan mengubah haluan menuju ke pulau terbabit,” katanya.
Menurutnya, bot berkenaan terus menuju ke arah sebuah rumah dan cuba menghampirinya.

“Tiba-tiba bot terbabit berhenti dan berundur dengan tergesa-gesa kerana mengesan di bahagian luar rumah berkenaan dijaga dua anggota keselamatan lengkap bersenjata,” katanya.
Muhammad Asri berkata, ketika itu dia melihat beberapa anggota kumpulan terbabit berdiri dan mengeluarkan senjata serta mengacukannya kepada anggota keselamatan manakala juragan mengundurkan bot dengan tergesa-gesa.

“Mujur tiada sebarang tembakan dilepaskan dan serentak dengan itu, saya mula menyedari sudah menjadi tawanan mereka.

“Ketika itu, saya mula menitiskan air mata kerana terlalu takut selain terbayang wajah isteri dan anak di rumah apabila mengetahui saya diculik pengganas,” katanya.

Menurutnya, mereka kemudian meneruskan perjalanan dan terserempak sebuah kapal nelayan laut dalam sebelum bertindak menahannya.

“Mereka kemudian mengarahkan lapan individu di dalam kapal itu masuk ke dalam bot.

“Bot berkenaan meneruskan perjalanan menuju ke negara jiran sebelum seorang daripada mereka bertanyakan kepada lapan nelayan terbabit dengan bahasa Suluk mengenai agama anutan masing-masing sebelum dimaklumkan mereka beragama Islam dan meminta dilepaskan.

“Pada awalnya, mereka membenarkan semua lapan individu dilepaskan dengan terjun ke laut, tetapi enggan melepaskan saya .

“Mereka mahu saya mengikuti mereka, tetapi saya merayu supaya dilepaskan sebelum seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan terbabit bersetuju dan mengarahkan kami terjun ke laut,” katanya.

Menurutnya, mereka berenang hampir 50 meter ke arah sebuah kapal nelayan yang kebetulan berada berhampiran sebelum dibawa pulang ke jeti Semporna.

Terdahulu, dalam kejadian 27 Ogos lalu, sembilan lelaki mendakwa diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam dua kejadian berasingan di Pulau Bum-Bum dan Pulau Omadol di Semporna.

Namun, mereka bernasib baik apabila dilepaskan dengan diarahkan supaya terjun ke laut sebelum diselamatkan sebuah kapal nelayan yang kebetulan melintasi kawasan itu.

Kempunan Ferrari

Hasrat seorang ahli perniagaan bergaya dengan kereta Ferrari baru berkecai, sebaliknya terpaksa menangung kerugian RM570,000 selepas wang tunai dan kereta yang diberikan kepada seorang penjual kereta sebagai bayaran pendahuluan lesap.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, mangsa yang berusia lingkungan 40-an mendakwa mula mengenali suspek sejak Oktober tahun lalu sebelum dipujuk membeli kereta Ferrari yang dijualnya.

Katanya, suspek kononnya mendakwa dapat menjual kereta Ferrari berkenaan dengan harga sekitar RM1.2 juta berbanding harga asal di pasaran kerana dibeli menerusi Permit Import (AP) menyebabkan harganya lebih murah.
“Tertarik dengan tawaran yang diberikan, mangsa menyerahkan kereta Jaguar miliknya bernilai RM270,000 serta wang tunai RM300,000 sebagai wang pendahuluan.

“Sebelum itu, suspek yang berusia 30-an pernah membawa Ferrari itu untuk ditunjukkan kepada mangsa menyebabkan ahli perniagaan itu tidak ragu-ragu menyerahkan kereta dan wang tunai berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, selepas wang dan kereta Jaguar milik mangsa berpindah tangan, suspek menghilangkan diri serta gagal dikesan sehingga hari ini, menyebabkan mangsa kerugian RM570,000.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis pada 21 Ogos lalu.

Katanya, setakat ini pihak polis masih menjejaki suspek lelaki berkenaan.

Belum diambil keterangan

Shah Alam: Anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) yang kehilangan senjata apinya selepas terbabit dalam satu kemalangan di Seksyen 20, Rabu lalu, masih belum diambil keterangan kerana keadaan kesihatannya belum stabil.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata, anggota terbabit kini masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan tidak boleh bercakap.

Menurutnya, siasatan hanya boleh diteruskan sekiranya mangsa sudah stabil.
“Mangsa masih belum pulih sepenuhnya. Sebaik doktor mengesahkan beliau (mangsa) sudah stabil, barulah polis akan mengambil keterangan daripadanya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

“Saya sudah menasihatkan semua anggota polis yang membawa senjata api agar lebih berhati-hati agar kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang kerana kehilangan senjata api adalah satu perkara yang serius,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan seorang anggota D9 IPK Selangor berusia 40-an kehilangan senjata api selepas dia ditemui cedera di kepala dalam satu kemalangan di Seksyen 20, di sini.
Kejadian jam 5.45 pagi itu menjadikan ia kes kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan membabitkan kehilangan senjata api milik anggota cawangan sama, sekali gus membayangkan golongan itu seakan menjadi sasaran pihak tertentu.

Bisnes dadah terbongkar

Foto
PENAGIH dicekup ketika membeli dadah daripada seorang pengedar.
Gombak: Tindakan licik seorang lelaki berusia 50-an menjalankan kegiatan mengedar dadah secara kecil-kecilan di rumahnya terbongkar selepas ditahan polis bersama-sama 10 penagih yang ketika itu sedang membeli dadah, semalam.
Serbuan dijalankan di kawasan perumahan Kampung Changkat Simpang 3, di sini dijalankan bermula kira-kira jam 7 pagi hingga 12 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam terdapat kegiatan penjualan dan penagihan dadah di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sebaik mendapat maklumat, seorang pegawai dan 10 anggota melancarkan Operasi Khas Cantas (Op Cantas) bagi menjalankan serbuan.
Menurutnya, dalam operasi itu, polis berjaya menahan seorang lelaki yang menjadi pengedar dadah kecil-kecilan bersama 10 penagih di kediaman lelaki itu.

“Kami turut merampas tiga peket heroin dan dua tiub heroin seberat 5.6 gram dianggarkan bernilai RM250. Kita turut menjumpai pil eramin 5.

“Malah, seorang lelaki turut ditangkap di kawasan itu kerana dikehendaki bersabit kes bunuh di Wangsa Maju,” katanya.

Abdul Rahim berkata, semua mereka dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahay

myMetro | Sembunyi kepingan emas dalam dubur

myMetro | Sembunyi kepingan emas dalam dubur: "Colombo: Seorang rakyat Sri Lanka berusia 50 tahun yang cuba menyeludup 600 gram emas bernilai 3 juta rupee (RM74,504) ditahan Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.

Menurut Pengarah Kastam Leslie Gamini, suspek dari Negombo itu dalam perjalanan menuju ke Mumbai untuk menaiki pesawat kira-kira jam 11.45 malam.


Dia ditahan selepas pihak berkuasa mendapati tingkah lakunya mencurigakan. Kastam yang memeriksanya menemui kepingan emas disembunyikan dalam duburnya. “Suspek yang kerap membuat perjalanan ke India dibebaskan selepas membayar denda 25,000 rupee (RM620),” kata Timbalan Pengarah Kastam Deepal Siriwardana. - Agensi"

'via Blog this'

Tiga dibunuh

Oleh NUR AISHAH AMIN


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat tiga sekeluarga ditemui mati dibunuh di Sepang semalam.


SEPANG – Seorang wanita warga emas bersama dua cucu ditemui mati disyaki dibunuh di sebuah rumah dekat Taman Dengkil Jaya semalam.
Mayat Munaimah, 60-an dan dua cucunya, Kugenthiran, (gambar kecil) 20-an dan Yamimi, 2, ditemui oleh salah seorang ahli keluarga yang baru pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 2.30 petang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, mayat wanita berusia 64 tahun ditemui di ruang tamu, mayat seorang pemuda berusia 21 tahun ditemui di dapur manakala mayat kanak-kanak itu pula ditemui dekat dalam bilik tidur utama rumah teres tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2dPKDZTXt 
Hakcipta terpelihara 

Geng 04, 08 paling ganas

KEJADIAN tembak melibatkan kumpulan samseng semakin berkurangan sejak polis melancarkan Ops Cantas Khas di seluruh negara. - Gambar hiasan.


PUTRAJAYA - Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mendedahkan 49 nama kongsi gelap dengan kaum India mendahului senarai sebagai ahli yang paling ramai menyertai pertubuhan haram tersebut diikuti Cina dan Melayu.
Dengan jumlah keseluruhan seramai 40,313 orang, samseng-samseng yang telah dikenal pasti menyertai kumpulan tersebut terlibat dalam jenayah berat seperti pengedaran dadah, tarik kereta, menjaga tempat letak kereta, memungut wang perlindungan, pengawal kelab malam, bunuh, mendatangkan cedera dan penggunaan senjata api.
Daripada jumlah itu, KDN memberitahu, seramai 28,926 samseng merupakan kaum India, 8,214 kaum Cina manakala bakinya pula terdiri daripada gengster Melayu.
Kesemua mereka menyertai kumpulan kongsi gelap di Semenanjung bergelar Geng 04, Geng 08, Geng 36, Geng 007, Tiga Line, Geng 30, Geng 21, Geng 24, Geng 18, Geng 35, Geng 303 dan Geng Satu Hati.
Selain itu, mereka juga menyertai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2dPK7k0xg 
Hakcipta terpelihara 

Pinjam RM19,000 kini berhutang RM264,700

rosli.hassan@kosmo.com.my


KHONG KOY


MELAKA - Seorang ahli perniagaan tidak menyangka dia kini dibebani hutang sebanyak RM264,700 selepas terpaksa meminjam dengan 29 ah long semata-mata mahu menjelaskan hutang berjumlah RM19,000 daripada seorang ah long.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan EE Khong Koy berkata, pada mulanya, ahli perniagaan berusia 46 tahun itu meminjam sebanyak RM19,000 dengan seorang ah long sebagai suntikan modal perniagaannya.
"Apabila tidak mampu membayar hutang tersebut, dia kemudian membuat beberapa pinjaman dengan 28 ah long lain semata-mata mahu menjelaskan hutang yang dibuat sebelumnya.
"Akibatnya, peniaga tersebut kini terperangkap dengan menanggung faedah hutang sebanyak RM264,700 setelah melakukan pinjaman dengan 29 ah long keseluruhannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2dPK4tXIF 
Hakcipta terpelihara 

Lima termasuk tiga anggota polis maut

BEGINILAH keadaan kereta polis yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Beluran, Sabah semalam.


BELURAN - Tiga anggota polis yang dalam perjalanan pulang dari bertugas maut selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid di sini petang semalam.
Kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu turut mengorbankan dua lagi mangsa yang merupakan penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Kesemua anggota polis tersebut yang merupakan anggota dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Mereka yang terkorban ialah Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham, manakala seorang lagi anggota, Konstabel Mohd. Zaini Mohd. Radzuan cedera parah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2dPKGTyIy 
Hakcipta terpelihara 

Bakal pengantin maut dilanggar

shafawati.yup@kosmo.com.my


INILAH kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu dua lelaki dan terlanggar Shahrinawati Abu Bakar secara tidak sengaja di Ampang Jaya, Selangor semalam.


AMPANG JAYA – Seorang bakal pengantin menemui ajal secara tragis apabila dia dilanggar sebuah kenderaan dinaiki dua rakan secara tidak sengaja ketika mereka cuba membantu mangsa yang disamun dua lelaki bermotosikal pagi semalam.
Mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, yang merupakan kakitangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X menjadi mangsa samun ketika dia mahu pulang ke kediamannya di Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka di sini semalam.

INILAH Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor tempat Shahrinawati menetap.


Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 3.15 pagi, kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja di Sepang sedang berjalan menuju ke rumahnya selepas meletakkan kenderaan di luar pagar kondominium berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2dPJjC8Gj 
Hakcipta terpelihara