Search This Blog

Thursday, August 29, 2013

Rumah usang hampir runtuh


  • Rumah usang hampir runtuhBeginilah keadaan rumah Noraham yang uzur dan senget dengan beberapa tiang bawah rumah juga sudah tercabut.
 1 / 2 
KEMAMAN – “Kalau ribut, makcik berdebar-debar kerana khuatir rumah yang senget ini akan runtuh,” luah warga emas, Noraham Salleh, 60, yang terpaksa tinggal di dapur kerana keadaan rumahnya yang uzur.

Ibu tunggal enam anak ini berkata, setiap kali ribut atau angin kencang, rumah dihuni sejak 28 tahun lalu akan bergerak-gerak berikutan beberapa tiang bawah rumah itu turut tercabut dan reput dimamah usia.

Menurutnya, keadaan itu merunsingkannya, apatah lagi khuatir rumahnya itu akan runtuh dan menghempap rumah jiran sebelah.

"Kalau rumah makcik yang uzur ini hempap rumah orang, macam manalah makcik nak ganti sedangkan duit perbelanjaan harian makcik pun anak-anak yang beri sebab makcik sudah lama tak bekerja.

“Selepas pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut Disember tahun lalu, makcik tak boleh bekerja kuat,” katanya bekas isteri kepada peneroka ketika dikunjungi di rumahnya di Felda Kerteh 6, di sini.

Selepas bercerai dengan suaminya, Noraham tinggal di rumah tersebut bersama anak-anak sebelum terpaksa tinggal di dapur sejak 10 tahun lalu kerana rumah berkenaan hampir reput dan beberapa tiang bawah rumah mula tercabut satu persatu.

Noraham berkata, sebelum ini dia menerima sumbangan RM10,000 daripada Felda dan wang berkenaan digunakan untuk membaik pulih bahagian dapur yang menjadi tempat dia dan anak bujangnya berteduh.

“Lama-kelamaan keadaan rumah semakin teruk dan sekarang sudah senget. Sebab itu apabila ribut, makcik lari dan tumpang tidur di rumah jiran. Kadang-kadang makcik pulang ke rumah mak di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu.

“Sekarang, papan lantai juga mula reput dan makcik tak berani lagi masuk ke dalam ruang tamu dan bilik tidur. Nak harapkan anak untuk bantu baiki rumah, empat anak makcik perempuan, mereka tak bekerja dan cuma suri rumah. Dua anak lelaki makcik pula hanya bekerja biasa dan hanya mampu menyara diri mereka sahaja,” katanya.

Anaknya, Mohd Shamsul Hadi Abdul Rashid, 28, bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pulau Pinang sementara Mohd Shamil Shazwan, 22, bekerja sebagai pemandu van di Marang.

“Jadi makcik sangat berharap ada pihak sudi membantu membaik pulih atau membina rumah baru untuk makcik berteduh, kalau rumah itu cuma ada dua bilik tidur pun sudah memadai sebab makcik teringin lihat anak cucu yang datang jenguk makcik dapat tidur di rumah makcik.

“Kalau dapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) makcik lagi bersyukur,” katanya.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang bersimpati dan ingin memberikan bantuan boleh menghubunginya menerusi talian 013-9976294 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya yang bernombor 11112-29-848526112.

Sementara itu, Adun Kemasik, Ir Rosli Othman berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu masalah yang dihadapi Noraham.

“Felda menyediakan peruntukan atau pinjaman kepada peserta maksimum RM40,000 untuk baiki rumah selain sumbangan sebanyak RM10,000. Kita akan periksa dahulu perkara ini,” katanya.

2 juruterbang maut jet terhempas

SEOUL 28 Ogos - Dua juruterbang maut selepas sebuah jet pejuang latihan Korea Selatan terhempas berhampiran barat daya bandar Gwangju, hari ini.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas jet pejuang jenis T-50 itu terhempas, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan.
Insiden itu adalah yang kedua dalam tempoh kurang setahun melibatkan T-50, pesawat supersonik pertama yang dihasilkan secara usaha sama antara Korea Aerospace Industries dan Lockheed Martin.
Sebuah pesawat T-50B sebelum ini terhempas di kawasan pergunungan di timur laut Korea Selatan pada November lalu, menyebabkan seorang juruterbang maut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130829/lu_07/2-juruterbang-maut-jet-terhempas#ixzz2dNDAX2eq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terhumban atas cermin kereta


  • Terhumban atas cermin keretaAnggota polis memeriksa motosikal mangsa yang rosak dalam kemalangan terbabit.
 1 / 1 
JEMPOL - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan di Kilometer 11 Jalan Bahau - Keratong, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, Mohd Arifen Samsudin, 29, menunggang motosikal jenis Demak secara bersendirian menghala ke Keratong.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Tukiman Seriman berkata, ketika kejadian terdapat sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki berumur 50-an datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, kereta tersebut dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung motosikal ditunggang mangsa.

"Mangsa terhumban di atas cermin hadapan kereta berkenaan dan cedera parah di kepala serta anggota badan. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan susulan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira 11.45 malam pada hari sama,” katanya.

Tukiman berkata, pemandu kereta terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan kes ini masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Indah dituntut keluarganya selepas selesai proses bedah siasat, semalam.

Tawar khidmat di ranjang


  • Tawar khidmat di ranjangPelayan wanita warga Vietnam dan beberapa pelanggan yang dicekup di sebuah pusat hiburan di Pusat Bandar Puchong, lewat malam kelmarin.
 1 / 1 
PUCHONG – Bertubuh genit, mudah dipujuk dan lebih manja! Itu  ciri-ciri pelayan wanita yang ditawarkan pengusaha sebuah pusat hiburan di sini bagi menarik pengunjung ke premis mereka.

Difahamkan, pekerja warga Vietnam yang disediakan akan melayan pengunjung menikmati minuman keras dan sanggup melakukan aksi ranjang di lokasi lain selepas berlaku urus niaga serta tawar-menawar dengan pelanggan mereka.

Gadis berusia antara 20 hingga 30-an itu juga dikatakan sanggup memberi perkhidmatan seks meski ditawar dengan nilai wang yang rendah.

Pegawai Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan, 11 anggota bersama dua pegawai menyerbu sebuah premis di Jalan Bandar 18, dekat sini.
Premis yang sudah lebih tiga kali diserbu sebelum ini tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

Menurutnya, dalam Ops Noda dan Ops Cantas dilaksanakan lewat malam kelmarin, seramai 25 wanita warga Vietnam ditahan dan 40 pelanggan berusia antara 40 dan 50 tahun diperiksa.

Kesemua pelayan wanita terbabit didapati datang ke negara ini sebagai pelancong tetapi menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Jelasnya, pelayan warga asing terbabit akan mendapat tips bagi setiap botol minuman keras yang dibuka pelanggan mereka.
Pengusaha turut menyediakan bilik karaoke yang dikenakan bayaran antara RM388 hingga RM1,488 mengikut saiz bilik.
“Sebelum ini ia hanya beroperasi di tingkat bawah tetapi kini pengusaha menyediakan bilik untuk pelanggan berhibur di tingkat atas.

“Selepas minum di sini, pelanggan dipercayai boleh membawa pulang gadis terbabit jika pandai memujuk untuk mendapatkan perkhidmatan ekstra,” katanya dalam operasi turut disertai Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin.
Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.

Warga emas nyaris rentung


  • Warga emas nyaris rentungAnggota bomba berjaya mengawal kebakaran kereta dalam masa kurang 10 minit.
 1 / 1 
KUANTAN -  Seorang warga emas terselamat selepas berjaya melarikan diri apabila enjin kereta dipandunya berasap sebelum terbakar, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, Kapten (B) Ahmad Abdullah, 67, dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Bukit Pelindung dengan memandu kereta jenis Perdana V6 Exclusive.

Menurutnya, kereta terpakai dibelinya enam bulan lalu itu pernah rosak dipercayai berpunca daripada bateri.
“Saya baru sahaja ambil kereta ini dari bengkel di Jalan Wong Ah Jang kerana dikatakan mengalami masalah bateri. Namun sebaik tiba di kawasan rumah, saya lihat asap keluar daripada bahagian enjin sebelum terbakar,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahmad berkata, sebaik melihat api makin marak, dia menjerit meminta tolong dan jirannya menghubungi bomba dan penyelamat.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun sedih dengan kejadian itu.
Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi, Nazaruddin Malek berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.56 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian bersama 11 anggota.
Menurutnya, api berjaya dikawal dalam masa kurang 10 minit.

“Jumlah kerugian dianggarkan RM23,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

60 keranda musnah terbakar

60 keranda musnah terbakarKeadaan kedai keranda yang musnah seratus peratus dalam kebakaran, awal pagi semalam.

KAMPAR - Selepas 29 tahun menjalankan peniagaan membuat dan menjual keranda, pemiliknya, Liew Chee Keong hilang punca pendapatan apabila kedainya musnah dalam kebakaran yang berlaku di Mambang Diawan, di sini, awal pagi semalam.

Peniaga berusia 40-an itu berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh anak saudaranya kira-kira jam 3 pagi.
Chee Keong berkata, ketika tiba di lokasi, api menjulang tinggi dan dia hanya sempat menyelamatkan salah sebuah daripada lori yang ditinggalkan berhampiran kedai tersebut.

“Sebuah lori dan motosikal yang disimpan di kedai musnah akibat kebakaran tersebut,”  katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, kebakaran tersebut menyebabkan 60 keranda yang sudah siap dan sedang dihasilkan musnah hanya dalam sekelip mata.

“Saya amat kecewa kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan yang telah menempah keranda serta batu penanda kubur akibat kejadian itu.

“Malah, segala peralatan untuk menghasilkan keranda serta membina batu penanda kubur turut musnah dalam insiden itu,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Beliau berkata, batu untuk menghasilkan penanda kubur itu sangat mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit mengikut kualiti dan dari negara mana ia diimport.

“Setakat ini, saya tidak dapat memberitahu jumlah kerugian yang dialami namun percaya ia pasti mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, anggota dari Balai Polis Mambang Diawan menyedari kejadian kebakaran tersebut pada  jam 3.10 pagi.

“Kedai yang dibina menggunakan kayu itu terletak seberang jalan dan berhadapan dengan Balai Polis Mambang Diawan. Berikutan itu, anggota yang sedang bertugas segera menghubungi bomba dan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dan Tapah tiba di tempat kejadian serta berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kedai berhampiran pada jam 4.30 pagi.
“Ketika kejadian premis tersebut tidak berpenghuni manakala sebuah rumah dan restoran yang terletak di kiri dan kanan kedai hanya mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

“Premis yang diperbuat daripada kayu itu musnah seratus peratus termasuk sebuah lori dan motosikal yang diletakkan di kedai berkenaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, semalam.

'Diterbangkan' air pancut


BEIJING 28 Ogos - Keriangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mandi-manda di kawasan air pancut muzik Pusat Kebudayaan Xinjian, wilayah Hubei, bertukar ngeri apabila dia melambung setinggi kira-kira 2.4 meter ke udara akibat daya pancutan air tersebut.
Pakaian kanak-kanak itu juga koyak seperti dicarik-carik akibat tekanan air yang tinggi, selain hidungnya berdarah dan luka setelah bahagian mukanya mendarat terlebih dahulu ke lantai konkrit.
Seorang pengunjung yang sedang menangkap gambar keindahan air pancut popular di Enshi, wilayah Hubei itu sempat merakam kejadian tersebut.
Kanak-kanak itu yang menangis, kemudian ditenangkan oleh keluarganya.
Bapa kanak-kanak tersebut, Wan Lu berang kerana tiada tanda amaran dipasang pihak pengurusan tentang bahaya air pancut berkenaan.
“Pihak pengurusan sepatutnya memasang papan tanda amaran tentang kemungkinan yang boleh berlaku.
“Kami sedang berseronok bermain air pancut, kemudian anak saya tiba-tiba melayang ke udara dan menjerit," jelasnya.
Wan Lu berkata, daya pancutan air tersebut juga terlalu kuat sehinggakan seluar dan baju dipakai anaknya koyak rabak.
Media tempatan bagaimanapun melaporkan, pihak pengurusan sentiasa menyediakan seorang pengawal untuk mengawasi aktiviti pengunjung dan tanda amaran juga telah dipasang. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130829/lu_09/Diterbangkan-air-pancut#ixzz2dMjqpnGG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima maut selepas ziarah kematian


SEBUAH kenderaan MPV Toyota Avanza remuk selepas terbabas lalu merempuh sebuah treler di Batu 8 (Kilometer 12.8), Bukit Kangkar di Jalan Tangkak-Muar, awal pagi semalam.
LEDANG 28 Ogos - Lima termasuk sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera, beberapa jam selepas mereka menziarahi saudara yang meninggal dunia di Kuantan, Pahang, dalam nahas ngeri yang berlaku di Batu 8 (Kilometer 12.8), Bukit Kangkar di Jalan Tangkak-Muar di sini awal pagi ini.
Kemalangan pukul 5.30 pagi itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki lapan sekeluarga itu terbabas dan merempuh sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan.
Kesemua yang maut ialah Basiron Kasiran, 74, dan isteri, Rokiah Osman, 62; Ramlah Bakar, 66, dua adik Rokiah iaitu Mahani, 56, dan Jasilah, 42, yang memandu kenderaan tersebut untuk pulang ke Parit Bakar, Muar.
Tiga anak Mahani iaitu Siti Hajar Abdul Rahim, 30, kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar akibat patah tengkuk. Dua adiknya, Siti Nur Ain, 23, pula patah kaki manakala Siti Nur Shuhada, 20, cedera ringan dan keadaannya stabil. Mereka dirawat di hospital yang sama
Mayat Rokiah, Ramlah dan Jasilah yang maut di tempat kejadian dihantar ke Hospital Tangkak, manakala Mahani dan Basiron dibawa ke HPSF.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, kenderaan dinaiki keluarga itu dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan setelah pemandunya dipercayai mengantuk lalu merempuh sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan.
"Bahagian depan Toyota Avanza itu remuk dan roda depan treler tersebut turut tercabut akibat rempuhan kuat. Pemandu lori berkenaan dan pengguna jalan raya turut membantu mengeluarkan mangsa sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian. Kesemua mangsa dapat dikeluarkan kira-kira pukul 6.30 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa berasal dari Parit Bakar kecuali Mahani dan tiga anaknya yang tinggal di Bandar Tenggara, Kota Tinggi.
Menurutnya, treler berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur diletakkan di bahu jalan kerana pemandunya bersarapan di sebuah warung yang terletak kira-kira 30 meter dari kawasan nahas.
Harun memberitahu, lapan bersaudara itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas melawat seorang saudara mereka yang meninggal dan bertolak dari Kuantan kira-kira pukul 3 pagi.
Mahani dan tiga anaknya tiba dari Kota Tinggi pagi semalam sebelum ke Kuantan, katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jenazah lima mangsa yang maut dalam nahas itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Amat di Parit Bakar selepas solat asar hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130829/je_01/Lima-maut-selepas-ziarah-kematian#ixzz2dMhjhVgG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 maut bangunan runtuh di Brazil, India


Anggota pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja mencari mangsa runtuhan bangunan sambil diperhatikan orang ramai di Sao Paulo, Brazil, kelmarin. - Reuters
SAO PAULO 28 Ogos - Sekurang-kurangnya lapan terkorban manakala 25 lagi cedera apabila sebuah bangunan komersial dalam pembinaan, runtuh di sini semalam.
Penyelamat berkata, jumlah yang masih lagi terperangkap di dalam runtuh masih tidak diketahui dan usaha mencari akan diteruskan sehingga waktu malam.
Wartawan di lokasi kejadian melaporkan, seramai 35 orang buruh sedang bekerja ketika berlakunya runtuhan tersebut, dengan orang ramai yang melalui jalan itu juga dikhuatiri antara mangsa yang terperangkap.
Saluran-saluran berita turut memaparkan keadaan di lokasi kejadian yang menunjukkan pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja mencari mangsa di dalam runtuhan.
Menurut pegawai penyelamat, bangunan dua tingkat yang bakal menempatkan kedai rangkaian pakaian jenama Torra Torra itu, mula dibina sejak tiga bulan lalu.
Punca runtuhan masih tidak diketahui, tetapi siasatan sedang dijalankan.
Kemalangan melibatkan bangunan dalam pembinaan atau bangunan usang, sering berlaku di Sao Paulo, yang juga pusat ekonomi Brazil.
Sementara itu, satu blok pangsapuri empat tingkat turut runtuh di bandar Vadodara, barat India awal hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan berbelas-belas lagi terperangkap.
Kejadian berlaku pada pukul 4 pagi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) di kawasan Manjalpur, menurut pegawai pentadbiran kanan, Vinod Rao.
Setakat ini pasukan penyelamat berjaya menarik keluar lapan orang dan dipercayai terdapat 15 hingga 20 orang di dalam blok pangsapuri itu ketika kejadian berlaku. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130829/lu_03/15-maut-bangunan-runtuh-di-Brazil-India#ixzz2dMINx1ox
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 maut Laos dilanda banjir

BANGKOK 28 Ogos - Banjir kilat dan hujan lebat yang melanda Laos menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut, jalan raya ditenggelami air dan tanaman rosak, menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Ketua Penyelaras Penduduk PBB di Laos, Glenn Dodge berkata, hujan beserta taufan yang melanda Laos pada bulan Jun dan Julai telah menjejaskan kira-kira 116,000 orang di 17 wilayah di negara itu.
Menurutnya, bencana alam tersebut turut menyebabkan ramai penduduk terputus bekalan air bersih serta 14,000 hektar tanaman padi rosak.
PBB pada tahun lalu memberi amaran bahawa negara itu mungkin berdepan lebih banyak bencana alam ekoran perubahan cuaca dan perlu bersiap sedia. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130829/lu_06/20-maut-Laos-dilanda-banjir#ixzz2dMGgYNJG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa maut selepas cedera parah di kepala

'Ajalnya di Malaysia'Mangsa maut selepas cedera parah di kepala

KUALA BERANG - "Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.
"Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia," kata Rosfaliza Mat Ros, 48.
Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.
Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.
Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.
“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.
“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.
Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya," katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.
Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.
“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.
Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.
“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

20 maut, 116,000 terjejas akibat banjir


Bangkok: Banjir kilat dan hujan monsun melanda Laos, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, menenggelamkan jalan raya dan memusnahkan hasil tanaman, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Hujan berserta taufan yang melanda Laos Jun dan Julai lalu menjejaskan kira-kira 116,000 orang di tujuh daripada 17 wilayah, menyebabkan ramai yang tidak mendapat bekalan air bersih, selain turut memusnahkan 14,000 hektar sawah padi.


Ketua Pejabat Penyelaras pusat PBB di Laos, Glenn Dodge berkata, taufan yang membawa hujan lebat melanda utara negara itu.

PBB tahun lalu memberi amaran bahawa negara dihuni 6.4 juta penduduk itu mungkin berdepan lebih banyak bencana alam ekoran perubahan cuaca dan perlu membuat persediaan yang lebih baik.


Terasing sejak berdekad lamanya, Laos menjadi satu daripada ekonomi yang tumbuh dengan pantas di Asia. - Reuters

Kenapa langit gelap gelita?


Taiyuan: Suasana menyentuh perasaan menyelubungi sebuah wad di hospital di Fenxi di Shanxi semalam apabila kanak-kanak yang buta akibat kezaliman peniaga organ bertanya mengapa matahari masih belum muncul tanpa menyedari dia tidak lagi dapat melihat apa-apa selama-lamanya.

Ketika dikelilingi anggota keluarganya, kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Guo itu sering bertanya mengapa langit sentiasa gelap gelita.


Menurut bapa saudara Guo, setiap kali soalan diajukan, mereka terpaksa berdalih.

“Ia soalan yang sangat sukar dijawab.


“Apabila perlu kami katakan kepada Guo bahawa matanya cedera dan perlu dibalut dan dia akan sembuh tidak lama lagi,” katanya. Kelmarin media melaporkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah apabila ada pihak tertentu mengorek matanya. Terdahulu kanak-kanak malang itu disedari hilang ketika bermain-main di luar kediamannya. Jurucakap polis berkata mereka percaya kanak-kanak itu diberi ubat pelali sebelum kornea matanya diambil. Sementara itu jurucakap polis berkata, mereka menemui kornea mata Guo melekat pada biji mata yang ditinggalkan tidak jauh dari tempat dia ditemui. “Justeru polis menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan sindiket penyeludupan organ,” katanya. Menurut jurucakap itu polis masih menyiasat kes berkenaan dan menawarkan ganjaran 100,000 yuan (RM54,476) untuk maklumat yang membawa kepada penahanan suspek yang dikatakan mereka adalah seorang wanita. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/29

Rempuhan korban nyawa

Foto
LIMA sekeluarga yang maut dalam kemalangan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Amat, Muar, semalam.
Foto
KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas.
Muar: “Kami pergi ziarah saudara meninggal dunia, tak sangka pula dalam perjalanan pulang, emak dan emak saudara saya turut terbunuh,” kata Siti Nur Suhada Abdul Rahim, 20, yang terselamat dalam kemalangan meragut lima nyawa di Bukit Kangkar, Jalan Sungai Mati-Tangkak di sini, semalam.
Kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dinaiki lapan bersaudara melanggar sebuah treler yang diparkir di bahu jalan di Batu 8, Bukit Kangkar.
Mangsa yang terbunuh ialah tiga beradik, Jasilah Othman, 43 (pemandu); Mahani, 56 (ibu Siti Nur Suhada) dan Rokiah Othman, 62. Dua lagi ialah suami Rokiah, Basiron Kasiran, 74, dan saudara mereka, Ramlah Abu Bakar, 66.

Jasilah, Rokiah dan Mahani meninggal dunia di tempat kejadian manakala Basiron dan Ramlah menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Siti Nur Suhada berkata, mereka lapan bersaudara bertolak dari Bandar Tenggara pagi kelmarin ke bandar ini untuk mengambil ibu saudara sebelum bertolak ke Kuantan, Pahang pada petang hari sama bagi menziarahi ibu saudara yang meninggal dunia.

Cabul anak kandung, penjaja didenda RM5,000

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
PETALING JAYA 29 Ogos - Harapkan pegar, pegar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul kehormatan anak perempuannya yang tinggal bersamanya, dua bulan lalu.
Akibat perbuatannya itu, Majistret Surya Wati Shawal menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara lima bulan terhadap Roslee Yusop, 46, yang mengaku melakukan kesalahan tersebut.
Tertuduh yang bekerja sebagai penjaja di pasar didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak gadisnya yang berusia 18 tahun di rumah mereka di Damansara Perdana di sini kira-kira pukul 4.30 petang, 17 Jun lalu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130829/ma_04/Cabul-anak-kandung-penjaja-didenda-RM5000#ixzz2dsMwzXSe
© Utusan Melayu (M) Bhd