Search This Blog

Wednesday, August 28, 2013

Virus kencing tikus ragut 28 nyawa setakat 24 Ogos: Subramaniam


2013/08/28
PUTRAJAYA: Sebanyak 28 kematian direkod daripada 2,925 kes jangkitan virus kencing tikus (leptospirosis) di seluruh negara sejak awal tahun sehingga 24 Ogos ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, sebanyak 48 kematian direkod daripada 3,665 kes jangkitan virus itu tahun lepas berbanding 55 kematian daripada 2,268 kes pada 2011 dengan Selangor merekodkan kes paling banyak iaitu 806 kes, Wilayah Persekutuan 351 kes dan Perak 299 kes.
"Jadi, saya minta pihak berkuasa tempatan untuk mempertingkat usaha mereka memastikan kebersihan, khasnya di premis makanan.

"Mereka kena buat pemeriksaan yang lebih rapi dan mengambil tindakan terhadap premis kotor bagi mengurangkan bilangan jangkitan kes itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata ancaman penyakit itu, yang berpunca daripada penularan wabak kencing tikus atau leptospirosis, hanya boleh diatasi jika masyarakat menjadikan kebersihan sekitar satu tanggungjawab.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti riadah di tempat berpotensi dicemari seperti berkelah dan berenang di kolam atau sungai yang tidak diselenggara dengan sempurna.

"Elakkan daripada berenang atau bermain di kawasan bertakung atau aliran air atau sungai yang perlahan. Elakkan juga daripada meminum air sungai atau kolam yang tidak dimasak, dan dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala penyakit," katanya.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata Malaysia bertanggungjawab melaksana semua peruntukan di dalam Perjanjian Antarabangsa Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC), yang menggariskan langkah kawalan komprehensif bagi melindungi kesihatan rakyat daripada kesan kemudaratan penggunaan tembakau.

"Kementerian telah menggaji dan mendapati peruntukan di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh memberi kesan negatif terhadap langkah kawalan tembakau di negara ini dan menjejaskan komitmen negara terhadap konvensyen WHO FCTC.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong usaha mana-mana negara atau pertubuhan yang berpendirian sama agar segala peruntukan berkaitan tembakau dan hasil tembakau dikeluarkan daripada TPPA. - BERNAMA 

Banjir terburuk di timur laut China ragut 85 nyawa

BEIJING 28 Ogos - Lebih 80 penduduk terbunuh dan berpuluh-puluh ribu lagi dipindahkan dalam kejadian banjir paling buruk yang pernah melanda timur laut China sepanjang tempoh 10 tahun, semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 85 orang disahkan terbunuh dalam bencana banjir di wilayah Jilin, Liaoning dan Heilongjiang, manakala 105 lagi masih hilang.
Banjir berkenaan turut memaksa kira-kira 239,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130828/lu_03/Banjir-terburuk-di-timur-laut-China-ragut-85-nyawa#ixzz2dMhthyia
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar sekolah memandu trauma



Nurul Firdaus@sinarharian
28 Ogos 2013

KANCHONG DARAT - Seorang pelajar sekolah memandu trauma selepas kereta yang dipandu semasa menjalani latihan memandu di laluan dari arah Banting ke Kanchong Darat terbalik berhampiran sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang apabila sebuah kereta Proton Saga dari arah Kanchong Darat tiba-tiba membelok ke kanan, menyebabkan kereta dipandu pelajar terbabit gagal dikawal lalu terbalik.

Seorang guru sekolah memandu yang enggan dikenali berkata, pelajar wanita berumur lingkungan 20-an itu baru pertama kali menjalani latihan memandu.

Katanya, mangsa cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba membelok ke kanan, namun gagal lalu merempuh kenderaan itu sebelum terbalik.

“Mujur dia hanya cedera ringan di bahagian kaki dan segera dihantar ke Hospital Banting, manakala saya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun saya percaya, dia mungkin trauma kerana kenderaan dipandunya terbalik dan hampir meragut nyawanya,” katanya yang berada di sebelah pelajarnya itu sepanjang latihan.

Seorang pengguna jalan raya, Nurhanis Rusli, 35, berkata, ketika kejadian, dia berada satu kilometer daripada kenderaan mangsa.

Katanya, dia sendiri tidak perasaan bila pemandu Proton Saga terbabit membelok ke kanan sebelum dirempuh kenderaan mangsa.

"Masa itu saya dalam perjalanan ambil anak di sekolah, tiba-tiba sahaja sebuah kenderaan terbalik di hadapan saya sebelum orang awam cuba membantu mangsa.

"Mujur kedua-dua pemandu selamat,” katanya.

Curi gerudi, bapa tembak anak


28 Ogos 2013
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bapa nekad menembak anak lelakinya kerana ditangkap mencuri di salah sebuah kedai keperluan dan peralatan rumah, semalam.

Remaja berusia 17 tahun itu mengalami luka di bahagian perut selepas ditembak.

Laporan news.com.au yang dipetik berkata, remaja berkenaan, Quasaun Smalls telah mencuri satu mata gerudi dari Home Depot di Long Island City.

Menurut laporan, kejadian bermula apabila bapa mangsa, Robert Smalls, 39, menjadi berang apabila mengetahui anaknya dilepaskan oleh pihak polis dan hanya menerima "desk apperance ticket" iaitu notis peringatan bertulis untuk hadir ke mahkamah tempatan atas kesalahan yang dilakukan.

Sedangkan, bapa mangsa mahu anaknya 'menginap' semalaman di dalam penjara sebagai pengajaran.

Dek kerana tidak berpuas hati, ketika mangsa kembali ke rumah keesokkan harinya, berlaku pertengkaran antara kedua beranak itu.

Pertengkaran itu berakhir apabila si bapa yang juga bertugas sebagai seorang warden penjara mengeluarkan pistol 9mm miliknya lalu menembak anaknya.

Menurut laporan itu juga, jiran turun mengakui mendengar suara teriakan yang diikuti dengan bunyi tembakan.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan bagaimanapun, mangsa dilaporkan stabil dan akan pulih segera.

Sementara itu, bapa mangsa terus menghubungi pihak polis sebaik menembak anaknya dan ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Bapa mangsa didakwa kerana menyerang dan memiliki senjata api.

Jutawan blogger bapa ayam ditahan


28 Ogos 2013
BEIJING - CHINA. Pihak berkuasa China menahan seorang jutawan blogger berketurunan China-Amerika yang didakwa melibatkan diri dengan aktiviti pelacuran di Beijing, kelmarin.

Charles Xue, yang mempunyai 12 juta pengikut di laman blognya, Venture capitalis Xue, ditahan susulan peningkatan kawalan pengguna laman web sejak minggu lalu.

"Beliau didakwa melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan pelacur," kata polis. - AFP

Dimalukan angkara mencuri


28 Ogos 2013

HUBEI - CHINA. Seorang lelaki digantung selama lima jam di tepi jalan raya  akibat mencuri di sebuah apartmen di Wuhan, wilayah Hubei, China, kelmarin.

Menurut pegawai,  suspek, 34 tahun ditahan ketika cuba memanjat keluar dari tembok bangunan itu.

Foto menunjukkan, kedua-dua tangan dan lehernya diikat pada tembok setinggi enam meter bersama barangan yang dicuri.

Lapor media tempatan, antara barangan yang dicuri adalah iPad, dua utas jam tangan, dua buah telefon bimbit dan sebuah komputer riba. - MailOnline

Cemas, lori kren meletup


Cemas, lori kren meletup21 Januari 2014


Cemas, lori kren meletup Keadaan lori kren yang terbakar secara tiba-tiba di Kajang, malam tadi. Pemandunya sempat menyelamatkan diri. - Foto Ihsan dari Facebook Bandar Baru Bangi

KAJANG - Seorang pemandu lori kren cemas apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba terbakar di kilometer 280 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Bangi ke Kajang), di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, pemandu berkenaan bergegas menyelamatkan diri sebelum lori kren itu meletup.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.21 malam.

“Seramai 10 anggota bomba dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian. Api sedang marak ketika kita tiba ke lokasi,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Tiada kecederaan dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

‘Mimpi nampak bebola api besar’


Kangar: “Beberapa hari sebelum kejadian, saya bermimpi nampak bebola api yang besar. Saya menjadi keliru, namun tidak mengesyaki sebarang perkara buruk.”

Begitu kata Sarifah Cha, 48, ibu kepada Allahyarham Mohammad Nazdzed Shahidan, 16, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mesin penuai padi yang dinaikinya melintasi bawah talian penghantaran elektrik berkuasa 33 kilovolt di Simpang Empat, di sini, kelmarin.


Menceritakan semula detik-detik sebelum kejadian, Sarifah berkata, arwah yang juga anak bongsu daripada enam beradik itu dikenali sebagai seorang pendiam sebelum bertukar menjadi orang yang ceria kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

Menurutnya, ini berikutan arwah berkunjung ke semua rumah kenalannya sambil menyatakan dia mahu memohon kemaafan di atas kesalahan lampau dan memeluk mereka sebelum pulang.


“Pada pagi Aidilfitri, arwah berkata ingin memohon maaf atas kesalahannya terhadap saya, namun saya kata kepadanya kenapa dia perlu minta maaf sedangkan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan yang mengguris perasaan saya.


“Malah, dia juga mengatakan akan mati rentung ketika kami menonton rancangan televisyen pada waktu malam mengisahkan seorang ibu yang kematian anak akibat rentung dalam kebakaran, menyebabkan saya berasa terkejut.

“Berikutan itu, saya menegur arwah kerana berkata demikian dan memintanya menarik balik kata-katanya sebelum dia mengaku bergurau, tetapi ia sebenarnya memberi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bunga Emas, Simpang Empat, di sini, semalam.


Sarifah berkata, arwah yang mesra dipanggil ‘Adik’ turut bangun pada awal pagi pada hari kejadian berbanding sebelum ini untuk mengikut bapanya menuai hasil padi.

Menurut Sarifah, dia kemudian berasa tidak sedap hati apabila tangan kanannya berasa bergetar-getar tanpa henti pada sebelah petang dan melihat mesin penuai padi yang dinaiki arwah berulang-alik beberapa kali di bendang kepunyaan suaminya.


Katanya, hatinya berdebar-debar apabila tiba-tiba jentera itu kelihatan menukar arah dan berhenti di tengah-tengah bendang selepas melepasi kabel talian penghantaran elektrik di situ.


“Tidak lama kemudian, seorang penduduk datang ke rumah dan memberitahu arwah terkena renjatan elektrik ketika berada di atas mesin penuai padi semasa jentera itu melintasi talian penghantaran berkenaan menyebabkan saya terus rebah.


“Saya juga berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat anak bongsu kerana arwah pernah berkata mahu membeli motosikal baru selepas menjual hasil padi,” katanya.


Sementara itu, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis Saharenam Mukhtar ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara berkenaan termasuk melawat ke tempat kejadian.


Harian Metro semalam melaporkan seorang remaja lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika berada di atas mesin penuai padi ketika jentera itu sedang melintasi talian penghantaran elektrik di kawasan sawah padi di Simpang Empat, di sini.

‘Bukan kerja kakitangan hospital’


Kuala Lumpur: Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan menerima aduan berkaitan kehilangan wang dan barangan kemas milik Salmah Othman, 54, dan memberitahu kes itu kini sedang disiasat polis.

Jurucakapnya berkata, mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan wangnya dan kita juga membuat siasatan dalaman sebaik menerima aduan itu.


Menurutnya, hasil siasatan dijalankan pihaknya mendapati tiada kakitangan hospital ini terbabit dalam insiden itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan.

“Hospital mempunyai prosedur sendiri dan setiap pesakit serta ahli keluarga yang menerima rawatan di sini akan diberi penerangan berhubung apa yang boleh dibuat atau tidak.


“Malah kita juga menasihatkan mereka supaya tidak membawa barangan berharga ketika tinggal di hospital dan mereka perlu menandatangani satu borang sebagai pengesahan,” katanya.

Rakan kongsi penyamun


Kuala Lumpur: Seorang wanita bukan saja ditipu rakan kongsi sebanyak RM80,000, malah turut diugut bunuh selepas mendesak rakannya menyerahkan wang itu dalam kejadian di Setapak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 40 tahun diugut rakan kongsinya melalui telefon dan meminta supaya mangsa tidak menghubunginya lagi.


Difahamkan, mangsa berkongsi membuka perniagaan restoran awal Jun lalu dan menyerahkan keuntungan kepada rakan lelakinya yang berusia 35 tahun akhir Julai lalu selepas mendakwa akan memasukkan wang itu ke dalam akaun perniagaan mereka.

Sumber berkata, mangsa menyemak akaun perniagaan mereka awal Ogos lalu dan terkejut selepas melihat akaun itu kosong sebelum bertanya kepada rakan kongsinya itu.


Katanya, sebaik mengetahui mangsa menyedari kehilangan wang itu, rakan kongsinya menghilangkan diri dan tidak lagi datang ke restoran mereka.


“Untuk kepastian, mangsa beberapa kali menghubungi rakannya itu untuk mengetahui di mana wang keuntungan itu dan dimaklumkan wang berkenaan sudah dimasukkan ke dalam akaun rakan kongsinya itu buat sementara waktu.

“Mangsa mendesak rakan kongsinya supaya memasukkan wang keuntungan itu segera ke dalam akaun syarikat kerana bimbang disalah guna sebelum diugut akan dibunuh sekiranya terus memaksanya berbuat demikian,” katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Pistol percuma seludup dadah

Foto

SEMPADAN negara di Sungai Golok jadi tumpuan penyeludup.
Putrajaya: Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia.
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus.
Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt.

“Jika dadah yang diseludup bernilai RM200,000, mereka diberi hadiah senjata lebih canggih termasuk yang dilengkapi teropong khas,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai upah wang tunai yang diterima penyeludup terbabit, namun menegaskan jumlah upah yang lumayan itu berserta pemberian pistol sebagai hadiah tambahan, nyata berjaya menarik minat penduduk tempatan untuk terbabit dalam aktiviti itu.

Mata kena cungkil

Foto
MANGSA (kiri) terlantar di hospital dengan matanya berbalut.
Beijing: Seorang kanak-kanak dicungkil matanya selepas dilapor diculik oleh seorang penyeludup organ.
Anggota keluarga menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah tiga hingga empat jam selepas dia hilang ketika bermain di luar rumah.

Mata mangsa ditemui berhampiran tetapi korneanya hilang, menunjukkan seorang penyeludup organ bertanggungjawab terhadap serangan ngeri itu.
Polis menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM52,800) kepada mereka yang dapat memberi maklumat hingga suspek, yang dipercayai wanita, dapat ditangkap.

“Mukanya berlumuran darah ketika ditemui. Matanya dicungkil,” kata bapa mangsa kepada Televisyen Shanxi.

Rakaman televisyen itu menunjukkan bahagian mata mangsa yang berbalut dibawa keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di sebuah katil hospital, meraung kesakitan sementara anggota keluarganya menangis di sisi katil.

Budak itu didiberi dadah menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum penyerang mencungkil matanya, lapor stesen televisyen CCTV menerusi lamannya di Sina Weibo, versi Twitter China.

Budak itu bermain bersendirian di luar rumahnya apabila dia diculik petang kelmarin. Ibu bapanya menyedari dia hilang selepas memanggilnya untuk masuk ke rumah kira-kira jam 8 malam. Selepas dia tidak muncul, ibu bapanya melancarkan gerakan mencari dengan dibantu oleh sanak saudara lain dan akhirnya menemuinya di sebuah padang berhampiran, kira-kira tiga jam kemudian.
“Kami tidak menyedari matanya hilang apabila menemuinya. Kami menyangka dia jatuh dan cedera di muka,” kata bapa mangsa.

Kehilangan mata mangsa hanya diketahu apabila dia dirawat di hospital.

Perdagangan organ secara haram didorong oleh permintaan yang begitu banyak. Kira-kira 300,000 orang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pemindahan organ sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun. - Agensi

Riau diselubungi jerebu lagi


Beberapa penunggang motosikal meredah keadaan berjerebu akibat pembakaran hutan di Pekanbaru, wilayah Riau, Indonesia, semalam. - AGENSI
JAKARTA 27 Ogos - Cuaca berjerebu akibat aktiviti pembakaran hutan dan tanah gambut, kembali menyelubungi Riau sehingga mengganggu perkhidmatan penerbangan di wilayah itu sejak dua hari lalu.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), berdasarkan pemantauan satelit sehingga kini, sebanyak 264 titik panas dikesan di Riau dan peningkatan jumlah titik panas itu adalah seiring dengan keadaan musim kemarau pada masa ini.
Jumlah titik panas itu juga hampir sama dengan jumlah yang dicatat pada 24 Jun lalu iaitu sebanyak 265 titik.
Keadaan berjerebu itu dibimbangi akan merebak ke Malaysia dan Singapura seperti yang berlaku pada bulan Jun dan bulan lalu.
Pusat Data, Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB memberitahu, sejumlah 88 titik panas dikesan di Jambi dan 67 titik panas dikesan di Sumatera Selatan.
Laporan badan berkenaan berkata, secara keseluruhannya ada 488 titik panas dikesan Pulau Sumatera.
Lokasi titik panas itu ialah di kawasan tanah gambut dan asap tebal muncul dari kawasan-kawasan berkenaan.
“Kabut asap sangat tebal dan menyelubungi Kota Pekanbaru, sehingga mengganggu penerbangan pesawat dari dan ke Lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II.
“Hanya ada satu penerbangan yang dapat mendarat di lapangan terbang itu dalam dua hari ini," kata BNPB lagi. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130828/lu_04/Riau-diselubungi-jerebu-lagi#ixzz2dEdtHqHh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Banjir terburuk di timur laut China ragut 85 nyawa

BEIJING 28 Ogos - Lebih 80 penduduk terbunuh dan berpuluh-puluh ribu lagi dipindahkan dalam kejadian banjir paling buruk yang pernah melanda timur laut China sepanjang tempoh 10 tahun, semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 85 orang disahkan terbunuh dalam bencana banjir di wilayah Jilin, Liaoning dan Heilongjiang, manakala 105 lagi masih hilang.
Banjir berkenaan turut memaksa kira-kira 239,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130828/lu_03/Banjir-terburuk-di-timur-laut-China-ragut-85-nyawa#ixzz2dEZTt5Tu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tujuh maut van berlanggar dengan bas di Filipina

PUERTO PRINCESA 27 Ogos - Kesemua tujuh penumpang serta pemandu sebuah van maut selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Palawan, barat Filipina hari ini.
Ketua polis daerah, Errol Adia berkata, van berkenaan bertolak dari Puerto Princesa sebelum bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.
Jumlah sebenar penumpang bas masih tidak diketahui tetapi kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Punca sebenar kemalangan tidak didedahkan pihak polis. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130827/lu_02/Tujuh-maut-van-berlanggar-dengan-bas-di-Filipina#ixzz2dEX6Z9FG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjenayah kempunan terpaksa tinggalkan syabu RM5 juta dalam bot


ABD. AZIZ (dua dari kiri) menunjukkan gambar bot nelayan dan ketulan syabu yang ditemui dalam serbuan di Sungai Kedah pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Dua pengedar dadah kerugian hampir RM5 juta apabila terpaksa meninggalkan 25 ketul syabu seberat lebih 26 kilogram yang dibawa menggunakan bot nelayan di Sungai Kedah sebaik menyedari pergerakan mereka diintip sepasukan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Jumaat lalu.
Suspek yang tidak sempat mematikan enjin bot kemudian melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran. Difahamkan, pihak berkuasa telah mengenal pasti identiti mereka selepas membuat semakan pada nombor pendaftaran bot.
Serbuan oleh Unit Marin Cawangan Penguatkuasaan Langkawi jabatan itu dilakukan pada pukul 3.30 pagi berhampiran Jeti Penumpang Kuala Kedah di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2dD7c6fbJ 
Hakcipta terpelihara 

GRO menangis terlepas tali gantung


ALOR SETAR – Seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand menangis selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 12.26 kilogram (kg) pada tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Supaporn Phaipong (gambar), 28, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
Supaporn yang berasal dari Uthai Thani dan bekerja sebagai GRO di ibu negara dituduh mengedar kanabis seberat 12.26 kg di hadapan Platform No. 6, Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini pada pukul 8.05 malam, 8 Januari 2012.
Gadis itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mohd. Zaki dalam penghakimannya berkata, terdapat keraguan dalam keterangan beberapa saksi pendakwaan sama ada dua beg mengandungi dadah itu berada di bahagian bagasi bas atau bahagian penumpang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2dD8KDnYT 
Hakcipta terpelihara 

Askar dituduh bunuh kerani


CHE ROSLI ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tumpat semalam untuk didakwa membunuh Mohd. Yusrizal.


TUMPAT – Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang ditahan berhubung satu kes letupan bom yang meragut nyawa kerani sekolah di Taman Sri Periok di sini pada 11 Ogos lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh Che Rosli Che Daud, 29, yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.
Mengikut pertuduhan, Che Rosli didakwa membunuh Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, di Perumahan JPN Kok Seraya di sini antara pukul 10 pagi hingga 11 pagi, 11 Ogos lalu.
Che Rosli berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed.
Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 1 Oktober ini bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes tersebut kepada pihak pembelaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2dD7worcg 
Hakcipta terpelihara 

Seorang lagi samseng kumpulan Geng 04 serah diri


MELAKA - Empat sudah diberkas, empat masih dalam buruan.
Itulah hasil kerja keras polis negeri ini apabila dapat menahan seorang lagi anggota kumpulan samseng bergelar Geng 04 bagi membantu siasatan satu kes pembunuhan di Cheng di sini pada Mei lalu menjadikan jumlah yang diberkas meningkat kepada empat individu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek berusia 23 tahun tersebut ditahan ketika dia datang menyerah diri dengan ditemani bapanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada pukul 5 pagi kelmarin.
Katanya, bapa suspek sanggup datang dari Johor Bahru untuk meneman anaknya ke IPK Melaka kerana bimbang zuriatnya itu akan melarikan diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2dD7kSP9v 
Hakcipta terpelihara 

16 korban banjir besar di Laos



SEBATANG jalan di Daerah Thathom dalam wilayah Xiangkhouang di timur laut Laos ditenggelami air banjir akibat hujan lebat sejak Jun lalu.- Agensi


VIENTIANE - Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dan berpuluh-puluh ribu yang lain hilang tempat tinggal di Laos ekoran banjir besar yang disebabkan oleh hujan lebat, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Jurucakap PBB di negara itu memberitahu, kemalangan jiwa itu berlaku semasa banjir kilat melanda daerah Beng, di barat laut Laos pada 20 Ogos lalu.
Menurut kenyataan tersebut, lebih 115,000 orang terjejas akibat bencana tersebut.
Beribu-ribu hektar kawasan tanaman padi musnah sementara banyak haiwan ternakan mati semasa musim hujan yang bermula pada Jun lalu.
"Hujan lebat sejak Jun lalu mengakibatkan banjir besar terutama di bahagian utara dan tengah negara ini," kata jurucakap berkenaan.
Sejumlah penduduk yang terjejas kini dilapor memerlukan makanan dan bantuan untuk membina semula kediaman mereka yang rosak atau musnah.
Kos kerosakan akibat banjir itu dianggarkan lebih AS$17 juta (RM56.6 juta).
Laos merupakan sebuah negara miskin yang mempunyai sekitar enam juta penduduk dan ditadbir oleh rejim Komunis. -AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2dD6UeuPk 
Hakcipta terpelihara 

13 korban Ribut Fernand di Mexico



ANGGOTA polis menemui mayat dua mangsa tanah runtuh akibat Ribut Tropika Fernand di Tuxpan, dalam negeri Veracruz kelmarin.


TUXPAN, Mexico - Tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat akibat Ribut Tropika Fernand mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang di dalam negeri Veracruz, kata pihak berkuasa kelmarin.
Jurucakap pentadbiran negeri, Javier Duarte berkata, sembilan orang maut di bandar Yecuatla, tiga di bandar ini dan seorang lagi di bandar Atzalan.
Tanah runtuh membawa batu-batan dan lumpur merosakkan empat rumah di kampung Roca de Oro di Yecuatla dan mengorbankan mangsa yang sedang tidur.
"Kami sentiasa berwaspada kerana hujan masih turun," kata Duarte.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya 10 bandar terputus hubungan ekoran laluan terhalang akibat 16 kejadian tanah runtuh.
Menurutnya, lebih 400 orang ditempatkan di pusat perlindungan yang disediakan oleh pemerintah.
Sementara itu, di kawasan bandar metropolitan Veracruz dan Boca del Rio, para pekerja memulihkan bekalan elektrik yang menjejaskan 40 peratus penduduk di wilayah berkenaan.
Pihak berkuasa di sini menasihatkan agar 7.7 juta penduduk di situ tinggal di rumah dan sesi persekolahan turut digantung.
Fernand berpusat sekitar 125 kilometer (km) ke barat daya Tuxpan dan bergerak menuju ke arah barat laut dengan kelajuan angin sekitar 15 kilometer sejam. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2dD5hwE7R 
Hakcipta terpelihara