Search This Blog

Tuesday, August 27, 2013

Kepala pecah selepas dirempuh Toyota Hilux


ABDUL RANI


KUCHING – Seorang pekerja pelantar minyak dan gas berpangkalan di Miri maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya pecah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Muara Tabuan-Samajaya, di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, Abdul Rani Rumadi, 21, yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Adeni Wahab, 28, hanya mengalami cedera ringan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2rB5lXXYw 
Hakcipta terpelihara 

Remaja obesiti maut kemalangan

Remaja obesiti maut kemalanganRosnita (kanan) sedih dengan pemergian anaknya yang terbabit kemalangan, semalam.

SUNGAI PETANI - Seorang remaja obesiti meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Bukit Berangan, Kota Kuala Muda, kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.

Mangsa, Mohd Lutfie Maidy, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian setelah mengalami pendarahan di kepala akibat terhempas dari motosikalnya ketika berlanggar dengan sebuah motosikal di hadapannya yang ingin membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Mangsa, yang juga anak tunggal merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda.

Ibunya, Rosnita Saari, 39, berkata, Mohd Lutfie sempat menyiapkan kerja sekolah, selain menyediakan baju sekolah yang siap digantung untuk kegunaan keesokan hari sebelum keluar menunggang motosikal petang kelmarin, .

“Memang dia sudah siapkan kerja sekolah dan baju sekolah sebelum keluar petang pada hari kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Jenazah kemudian dituntut keluarga sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda kira-kira jam 11 pagi semalam.

Enam tahun lalu, negara digemparkan dengan kes kanak-kanak obesiti yang ketika itu baru berusia 10 tahun dengan berat 110 kilogram.

Bagaimanapun, setelah pelbagai usaha dilakukan, berat badan Mohd Lutfie kini mencecah sehingga 120 kilogram pada usia 16 tahun.

Penternak lembu ditembak, dua jari kanan cedera

Penternak lembu ditembak, dua jari kanan cederaLori mangsa yang terbabas ke dalam longkang.

SUNGAI PETANI - Seorang penternak lembu berusia 30 tahun cedera ringan apabila ditembak ketika memandu lori yang membawa muatan makanan lembu dalam kejadian dekat Sungai Division, Bukit Selambau, lebih kurang jam 5 petang semalam.

Mangsa menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dilaporkan stabil dan hanya cedera dua jari kanan.

Difahamkan, semasa sedang memandu lori berkenaan dari Padang Serai menghala ke Kampung Sentero, Sungai Division, dua suspek menunggang motosikal datang dari arah belakang sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah mangsa.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, tembakan mengenai dua jari mangsa menyebabkan lori terbabas ke longkang dan suspek melarikan diri.
Menurutnya, mangsa dikejarkan ke HSAH bagi mendapat rawatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk kes bunuh,” katanya.

Khalil berkata, polis masih mengumpul maklumat bagi meneruskan siasatan berhubung kejadian.

Bapa ayam bersama pelacur




GEORGETOWN - Kerja licik seorang bapa ayam menawarkan khidmat seks kepada pelanggan tempatan di Service Apartment, di Bukit Jambul, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup bersama dua wanita Vietnam yang dipercayai pelacur ketika serbuan polis, malam kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 6 petang, dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis turut menahan seorang pelanggan dalam operasi ‘Ops Noda’.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan, selain seorang bapa dan dua wanita warga. Polis turut menahan seorang pelanggan lelaki berusia 33 tahun.

“Kesemua mereka, kini ditahan di IPD Timur Laut, di sini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran.

“Seterusnya, akan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan untuk aktiviti persundalan serta Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

“Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 ,”katanya.

Berang janda tak bagi duit

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kuala Lumpur: Keengganan seorang ibu tunggal memberi wang kepada bekas teman lelaki dipercayai menjadi punca wanita itu dibakar hidup-hidup dalam kejadian di rumahnya di PPR Desa Rejang, Setapak, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan polis dalam tempoh 24 jam di sebuah rumah di Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang, Perak kira-kira jam 3 pagi, semalam. 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, ketika ditahan, polis turut menemui satu plastik lutsinar mengandungi dadah dipercayai ganja seberat 2.15 gram daripada bekas teman lelaki mangsa yang juga dipercayai penagih dadah.

Menurutnya, lelaki terbabit difahamkan cuba melarikan diri ke tempat tinggal asalnya selepas membakar mangsa dan suspek berjaya ditahan hasil kerjasama Ketua Balai Polis Hutan Melintang yang mengesan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah sebelum ini.
Foto
KHAIRI menunjukkan gambar suspek.

“Motif kejadian dipercayai perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang baru dikenali sejak enam bulan lalu.

“Difahamkan, suspek selalu bergaduh dengan mangsa yang juga seorang ibu tunggal dan pada hari kejadian, kami percaya suspek turut meminta duit daripada teman wanitanya itu dan apabila mangsa enggan melayan permintaan lelaki itu, suspek mengambil tindakan membakar mangsa,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, mangsa, Saliza Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh anggota badan, masih dalam keadaan kritikal manakala anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan melecur di beberapa bahagian badan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Ibu Saliza, Som Dollah, 62, pula dirawat sebagai pesakit luar.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Kasino koboi kena serbu

Kasino koboi kena serbuSuspek yang dicekup polis di sebuah bengkel kereta, di Air Itam, malam kelmarin.

GEORGETOWN - Sebuah premis judi yang terletak jauh dari penempatan penduduk kononnya selamat daripada dijejak polis ternyata tersilap apabila diserbu malam kelmarin.

Berselindung di belakang sebuah bengkel kereta ternyata gagal apabila diserbu pasukan polis D7 dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut  dalam Ops Dadu di Air Itam.

Selain jauh, ia dikelilingi semak di mana ‘kaki judi’ perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ.

Difahamkan, tempat itu cukup strategik untuk ‘kaki judi’ mengaburi mata pihak berkuasa bagi menjalankan kegiatan haram itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil maklumat orang ramai, polis berjaya menumpaskan kegiatan perjudian haram terbesar di negeri ini pada tahun ini, dengan nilai pertaruhan mencecah RM450,000.

Menurutnya, operasi itu dibuat hasil intipan terhadap bengkel berkenaan sejak tiga hari lalu.

“Seramai 10 anggota polis yang diketuai Inspektor Cheok Kian Soon dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat menyerbu bengkel kereta itu kira-kira jam 2.30 pagi.

“Polis menahan 12 kaki judi, termasuk empat wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun dan merampas pelbagai cip bernilai RM250,000,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Siasatan awal mendapati, kumpulan itu menjalankan kegiatan haram itu sejak beberapa bulan lalu, dengan setiap pertaruhan mencecah RM450,000.

Semua mereka yang ditahan, dibawa ke IPD Timur Laut untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda RM5,000 setiap seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Sepasang kekasih pengedar dadah ditahan

Sepasang kekasih pengedar dadah ditahanBatumalai (dua, kanan) menunjukkan bungkusan dan peralatan dadah yang dirampas.

GEORGETOWN - Sepasang kekasih dipercayai pengedar dadah di sekitar Pulau pinang ditahan di sebuah apartmen di kawasan Tanjong Tokong, di sini, tiga hari lalu.

Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dan teman wanitanya, yang juga warganegara Indonesia berusia 38 tahun ditahan dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri itu kira-kira jam 3.50 petang dan polis turut berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah heroin.

Difahamkan, makmal itu juga dijadikan tempat membungkus dadah sebelum dipasarkan, dipercayai beroperasi selama tiga bulan.

Ketua JSJN Pulau Pinang, Superintendan S Batumalai berkata, hasil pemeriksaan di rumah terbabit polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah.

Menurutnya, dadah yang diproses itu dipercayai untuk pasaran tempatan malah, pihaknya kini mengesan dalang di sebalik kegiatan haram itu.

“Antara yang dirampas 2.5 kilogram dadah jenis heroin, 625 gram syabu, 380 biji pil ecstacy, tujuh kilogram kafein dan peralatan serta bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah.

“Anggaran pasaran dadah yang dirampas bernilai RM350,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Turut dirampas sebuah kereta Toyota Vios, wang dalam akaun dan barang kemas anggaran nilai RM160,000 yang dipercayai milik suspek.

Hasil siasatan lanjut juga mendapati, suspek lelaki yang ditahan itu mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Kedua suspek direman sehingga 28 Ogos ini, bagi membantu siasatan dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Geng anak toyol kena cekup

Geng anak toyol kena cekupSuspek yang ditahan dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.
KULIM - Tiga suspek terlibat dalam kejadian samun dan pecah rumah yang sering berlaku di kawasan kampung dan taman perumahan di sini akhirnya ditahan Polis dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim (IPD).

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis telah membuat pemantauan sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan terhadap suspek awal pagi kelmarin.

“Kumpulan ini lebih dikenali dengan nama geng anak toyol dan bergerak aktif melakukan jenayah itu bermula jam 11 malam hingga 4 pagi. Polis telah mendapat maklumat lengkap tentang suspek sejak seminggu lalu dan membuat serbuan terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin.

“Setelah disoal siasat, dia bersetuju untuk memberikan kerjasama dengan menunjukkan dua lagi rumah rakannya di mana masing-masing berusia 16 tahun,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek mengaku bertanggungjawab melakukan empat kejadian samun dan pecah rumah sepanjang bulan Julai dan Ogos. Ketika ditahan, ke semua suspek sedang tidur di rumah keluarga masing-masing.

"Ada dalam kalangan ahli keluarga suspek tidak mempercayai kegiatan jenayah dilakukan oleh anak mereka sehinggalah suspek sendiri mengaku terlibat dengan jenayah berkenaan.

"Modus operandi yang digunakan oleh kumpulan ini untuk masuk ke rumah mangsa adalah melalui siling rumah, pintu belakang, pintu hadapan dan tingkap," katanya kepada Sinar Harian.

Antara barangan yang sering dilarikan suspek adalah seperti komputer riba, wang tunai, kamera, barang kemas dan jam tangan.

Kesemua suspek yang ditahan kemudiannya dibawa balik ke IPD Kulim dan akan disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah.

Remaja bermadu kasih dalam kereta

Pasangan remaja bermadu kasih dalam keretaPolis ketika membuat pemeriksaan terhadap pasangan terbabit.

KULIM - 'Kami tak buat apa-apa encik. Saya dan teman wanita saya sedang berbincang tentang pelajaran.'

Itulah alasan sepasang kekasih yang ditemui berbaring di dalam kereta mereka di Taman Tasek Kulim ketika polis membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pasangan itu masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini.

Menurutnya, ketika polis membuat rondaan, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta taman berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

"Apabila menghampiri kenderaan terbabit, polis mendapati kedua-dua pasangan itu sedang berbaring di dalam kereta.

“Terkejut dengan kehadiran polis, suspek perempuan terus bangun manakala teman lelakinya keluar dari kereta dalam keadaan kedua tangan memegang seluar yang dipakainya," katanya.

Ketika ditanya pada suspek lelaki, apa yang sedang mereka lakukan dalam kereta dan berbaring dalam keadaan gelap, pelajar tahun akhir itu memberi alasan bahawa mereka sedang berbincang tentang peperiksaan yang akan mereka duduki tidak lama lagi.

"Kami belajar di IPTA sama. Saya sekarang ini belajar dalam semester akhir manakala teman wanita saya belajar di semester tiga.

"Keluarga kami sudah tahu kami berkawan sejak dulu lagi,” katanya.

Ghuzlan berkata, setelah membuat pemeriksaan, polis mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Polis akhirnya mengarahkan mereka beredar agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

"Sedih saya lihat perlakuan anak-anak muda sekarang ini, ibu bapa diharap memantau anak dalam apa keadaan sekalipun,” katanya.

Sejuta lipas terlepas dari ladang di China



BEIJING - CHINA. Kira-kira sejuta lipas dilaporkan terlepas dari sebuah ladang di timur wilayah Jiangsu, China, di mana serangga itu dibiakkan untuk tujuan perubatan tradisional.

Akhbar Modern Express melaporkan insiden tersebut dipercayai berlaku selepas penutup plastik di sekeliling ladang itu dimusnahkan individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, pihak berkuasa kawalan penyakit telah menghantar lima pegawai mereka untuk menghapuskan serangga perosak itu. 

Tambah pertuduhan bunuh anak

Tambah pertuduhan bunuh anakMee Chin di bawa ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh anak perempuannya yang meninggal dunia di HRPB, petang kelmarin.

IPOH – Ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didera secara kejam, dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh.

Pendakwaan terhadap Chong Mee Chin, 30, itu dibuat setelah anaknya, Ho Yan Hui yang sebelum ini berada dalam keadaan koma di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) meninggal dunia kira-kira jam 2.40 petang, kelmarin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

Mee Chin yang memakai baju lokap warna hijau didakwa telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas anak perempuannya itu di ruang tamu rumah di Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu di sini kira-kira jam 9 pagi, 12 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Haslinda kemudiannya menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes itu.

Dengan pertuduhan terbaru ini, ia menjadikan keseluruhan tiga pertuduhan terhadap Mee Chin.

20 Ogos lalu, Mee Chin diperintahkan untuk tidak mendekati anaknya meskipun dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM10,000 serta mengarahkan menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan oleh Mahkamah Majistret.

Dia yang diwakili peguam ketika itu mengaku tidak bersalah dan minta bicara atas pertuduhan melakukan penganiayaan ke atas anaknya itu dengan memukul kepala dan seluruh badan menggunakan rotan yang didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi pertuduhan kedua, Mee Chin didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa yang dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Tertuduh kini berhadapan dengan tiga pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, hasil laporan bedah siasat mendapati kanak-kanak malang itu sah meninggal akibat pengumpulan nanah dalam otaknya.

Menurutnya, perkara tersebut terjadi akibat jangkitan kuman yang berlaku pada darah mangsa yang dipercayai berpunca dari kecederaan silam yang dialami kanak-kanak itu.

“Mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU) mengalami banyak kesan kecederaan akibat didera. Bagaimanapun kes berkenaan diserahkan kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini.

20 tahun diperkosa bapa tiri, lahir 10 anak


Buenos Aires: Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak.

Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.


“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.


Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.


Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.


Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.

Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka. - Agensi

Perompak minta maaf kena tangkap


Winnipeg: Seorang mangsa cubaan merompak terkejut apabila lelaki yang cuba merompaknya kembali ke tempat kejadian untuk meminta maaf atas apa yang dilakukannya.

Satnam Singh yang bekerja di sebuah stesen minyak di Winnipeg dihampiri seorang lelaki di kaunter juruwang.


Lelaki berkenaan mengarah Satnam menyerahkan wang kepadanya dalam kejadian Rabu lalu. Apabila suspek berusia 44 tahun itu menyedari dia tidak akan mendapat apa-apa, dia meninggalkan stesen minyak berkenaan.

Singh kemudian menghubungi polis tetapi ketika pihak berkuasa berada di stesen minyak itu, mereka dikejutkan dengan kehadiran suspek. “Saya minta maaf. Saya perlukan wang sebab itu saya cuba merompak,” katanya kepada Singh.


Singh bagaimanapun, tidak melayan perompak itu sebaliknya menarik perhatian pihak berkuasa.


“Saya tidak mempedulikan kata-katanya. Saya terus membuka pintu kedai seluas-luasnya dan melambaikan tangan ke arah polis,” katanya. Suspek kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut. - Agensi

Ratusan pelampau Hindu ditahan


New Delhi: Ratusan pelampau Hindu ditahan di utara India kerana melanggar pengharaman melakukan upacara agama di kawasan yang pernah menjadi medan tempur antara penganut agama itu dengan Islam.

Bandar Ayodhya dikenakan kawalan ketat sejak minggu lalu selepas kerajaan Uttar Pradesh melarang upacara keagamaan diadakan kerana bimbang berlaku keganasan.


Kebanyakan kedai ditutup sementara penduduknya tidak keluar rumah.

Polis berkata, lebih 500 anggota kumpulan Vishva Hindu Persiad ditangkap semalam. Mereka mendakwa ia acara keagamaan, bukan politik.


Penganut Hindu percaya tuhan mereka, Rama, lahir di situ. Sebuah masjid yang dibina pada abad ke-16 diruntuhkan pelampau Hindu pada 1992 menyebabkan keganasan meletus hingga meragut lebih 2,000 nyawa. - AFP

Tandas meletup

Foto
KEADAAN tandas ala Jepun milik keluarga Liu yang meletup.
Beijing: Sebuah tandas mewah ala Jepun atau “washlet” yang dibeli satu keluarga di Dongguan, wilayah Guangdong meletup baru-baru ini.
Akhbar Southern Metro Daily semalam melaporkan, keluarga Liu bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Mereka yang pulang kira-kira jam 9 malam mendapati pangsapuri mereka mempunyai kesan abu dan bau terbakar yang datang dari arah bilik air.
“Saya membuka pintu dan dalam rumah diselubungi asap hitam dengan bau plastik terbakar. “Saya berundur kerana tidak tahan dengan bau hangit itu,” kata isteri Liu. Bilik air di kediamannya rosak teruk dengan dipenuhi jelaga dan sisa tandas yang meletup itu.

Polis menganggarkan tandas elektronik itu meletup antara jam 6 petang hingga 9 malam. Keluarga itu juga bernasib baik kerana letupan menyebabkan paip air bocor dan secara tidak langsung memadamkan api sebelum ia sempat marak.

Siasatan awal mendapati kerugian dialami keluarga itu akibat letupan tandas itu ialah 300,000 yuan (RM161,881). Syarikat Dongpeng yang mengeluarkan tandas itu mendakwa model dimiliki keluarga Liu tidak lagi dikeluarkan.

“Kejadian sedemikian tidak pernah berlaku,” kata jurucakap syarikat itu. - Agensi

Lelaki Arab kendali sindiket pelacuran di Makkah


Makkah: Suruhanjaya Pencegah Maksiat (Haia) menahan seorang warga Arab yang menjalankan sindiket pelacuran menggunakan wanita pelbagai negara yang menetap melebihi had visa mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, suruhanjaya itu berkata, lelaki berkenaan ditangkap di sebuah apartmen di daerah Al-Hindawiyah di bandar suci itu.


Ia bagaimanapun tidak mendedahkan nama lelaki itu atau negara asalnya.

Menurut Haia, tangkapan itu dibuat selepas ia menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan lelaki berkenaan.


Pegawai suruhanjaya pencegah maksiat mengawasi apartmen berkenaan selama beberapa hari sebelum menangkap lelaki terbabit ketika dia berzina dengan wanita warga asing di apartmen berkenaan sebelum menyerahkan mereka kepada polis. - AP

Lelaki mengamuk bunuh 4 orang


Beijing: Seorang lelaki yang tidak puas hati mengamuk di bandar raya di barat daya China, membunuh empat orang dan mencederakan 11 yang lain, kejadian terbaru serangan rambang di negara itu.

Biro keselamatan awam di Chengdu berkata dalam mikroblognya, suspek berusia 41 tahun mula menyerang penumpang di sebuah bas malam kelmarin.


Dia kemudian keluar dari bas dan menyerang pejalan kaki sebelum ditembak anggota polis. Gambar menunjukkan beberapa orang yang cedera terbaring berlumuran darah di tepi jalan. Polis berkata, lelaki itu memberitahu dia bergaduh dengan keluarganya mengenai masalah wang dan tiba di Chengdu kelmarin dari bandar asalnya di Jintang. China menyaksikan sebilangan kes mangsa pembunuhan beramai-ramai dan serangan lain sejak beberapa minggu kebelakangan ini. - AP

Mayat lelaki disambar buaya ditemui


Sydney: Polis semalam menemui mayat lelaki yang disambar seekor buaya di utara Australia.

Pada masa sama, renjer percaya mereka berjaya membunuh haiwan terbabit.


Sean Cole, 26, disambar Sabtu lalu di depan kira-kira 15 orang ketika dia berenang bersama seorang rakan merentas sungai berlumpur, antara sungai yang paling banyak didiami buaya air masin di dunia.

Jurucakap polis Wilayah Utara Wade Rodgers berkata, mayat Cole ditemui awal semalam di kawasan tempat dia dilihat kali terakhir.


Saksi memberitahu melihat haiwan berkenaan, dipercayai hampir lima meter panjang berenang ke hulu sungai dengan mayat mangsa. Ketika kejadian Cole meraikan hari lahir ke-30 kawannya di pusat rekreasi Sungai Mary itu kira-kira 110 kilometer dari bandar raya Darwin apabila memutuskan untuk terjun ke sungai. Kawannya selamat. Agensi berita Wilayah Utara berkata, satu kajian tiga minggu lalu merekodkan bahawa terdapat empat buaya panjang lebih empat meter di kawasan itu dan 10 hingga 12 buaya berukuran lebih tiga meter. Renjer Taman Hidupan Liar, Tom Nichols berkata, empat buaya ditembak, termasuk satu yang dipercayai yang membunuh Cole. - AP

Profesor mati dipukul isteri dengan koleh


Tokyo: Seorang suri rumah memukul suaminya yang berusia 70 tahun hingga mati dengan koleh kopi selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, wanita berusia 61 tahun itu menyerang pasangannya selepas mendapat tahu lelaki terbabit mempunyai hubungan sulit, memukulnya berulang kali di muka dan kepala dengan koleh di kediaman mereka di barat daya Tokyo tengah hari kelmarin.
Yasuo Hirose, yang juga profesor kehormat di Universiti Kebangsaan Yokohama dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

“Dia ada hubungan sulit dengan wanita yang saya benci,” kata Emiko Hirose kepada polis.


“Saya berang dan memukulnya lebih 10 kali dengan koleh,” katanya.


Emiko kemudian ditahan atas tuduhan membunuh tanpa niat. - AFP

2,626 kura-kura terselamat daripada dijadikan hidangan eksotik


Ekoran bilangan kura-kura liar semakin menurun di China maka harga pasaran untuk reptilia itu meningkat lima kali ganda berbanding pasaran Taiwan. – AFP


TAIPEI - Pasukan pengawal pantai Taiwan merampas lebih 2,626 ekor kura-kura daripada dijadikan hidangan eksotik di China, kata beberapa pegawai kelmarin.
Menurut pihak berkuasa berkenaan, rampasan kura-kura itu adalah yang terbesar di Taiwan.
Haiwan yang cuba diseludup keluar itu ditemui di dalam kontena di atas sebuah kapal di bandar pelabuhan Kaohsiung, selatan Taiwan pada Sabtu lalu.
Susulan rampasan tersebut, pihak berkuasa menahan seorang lelaki bernama Cheng tetapi enggan mendedahkan lanjut kerana ia masih menjejaki dalang sindiket penyeludupan tersebut.
Beberapa pegawai memberitahu, daging reptilia itu dipercayai untuk dijadikan makanan orang kaya atau sebahagian daripada ramuan ubat tradisional.
"Selepas habis memakan kura-kura di negara sendiri, mereka kini beralih ke Asia Tenggara dan Taiwan," kata pegawai Majlis Pertanian Taiwan, Lin Kuo Chang.
Ekoran bilangan kura-kura liar semakin menurun di China maka harga pasaran untuk reptilia itu meningkat lima kali ganda berbanding pasaran Taiwan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2d7G2P7sl 
Hakcipta terpelihara 

6 maut kereta api tergelincir di Mexico



BEBERAPA pekerja dan anggota polis melihat kereta api kargo yang tergelincir dekat bandar Huimanguillo, selatan Mexico kelmarin.


HUIMANGUILLO - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan 22 yang lain cedera apabila sebuah kereta api barang yang membawa sejumlah pendatang dari Amerika Tengah tergelincir di sebuah kawasan pedalaman berpaya dekat sini di tenggara Mexico kelmarin.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa angka kematian mungkin meningkat selepas kereta api yang dikenali sebagai The Beast itu tergelincir daripada landasan dekat sebatang sungai di negeri Tabasco.
Kumpulan pendatang antara 250 hingga 300 orang itu membayar sejumlah wang kepada sindiket untuk menaiki gerabak tren berkenaan.
Jurucakap keselamatan awam Tabasco berkata, operasi mencari mangsa masih diteruskan.
Menurut pengarah perlindungan awam Tabsco, Cesar Burelo semasa memberitahu stesen televisyen Milenio, 16 orang dikejarkan ke hospital di Las Choapas, Veracruz.
Burelo berkata, punca nahas masih belum diketahui sambil menambah, kereta api tersebut turut membawa besi terbuang.
Media Mexico melaporkan, tren yang berlepas dari Guatemala menuju ke utara Mexico itu dipercayai bergerak laju ketika hujan lebat.
Lapan daripada 12 gerabak kereta api itu terbalik sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2d7FKMvzM 
Hakcipta terpelihara