Search This Blog

Monday, August 26, 2013

'Kakak tolonglah pulang...'

'Kakak tolonglah pulang...'Noor Azah menunjukkan laporan polis yang dibuat bersama gambar anaknya yang hilang pada 30 Julai lalu.

PENDANG – "Kakak tolong la pulang...walau apa pun keadaan kakak ibu tetap terima kakak," itulah rayuan seorang ibu di Kampung Tanjung Setul, Bukit Jenun di sini kepada anaknya, Nor Syazana Isa, 15, didakwa mengikut seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook.

Nor Syazana atau mesra dipanggil kakak adalah anak sulung daripada dua beradik merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Model Khas Bukit Jenun.

Ibunya, Noor Azah Razali, 39, berkata, dia menyedari kehilangan anaknya itu apabila pihak sekolah menghubungi dan memaklumkan Nor Syazana tidak menghadiri peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 30 Julai lalu.
“Saya mengekori anak saya berjalan kaki dengan motosikal kira-kira 7.15 pagi hingga dia (Nor Syazana) masuk dalam kawasan sekolah.

“Saya terkejut pihak sekolah hubungi saya maklumkan perkara itu dan bergegas ke sekolah kurang 500 meter dari rumah untuk dapatkan kepastian,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia difahamkan rakan anaknya bahawa ternampak Nor Syazana memanjat pagar belakang sekolah menuju ke ladang kelapa sawit lalu mengikut seorang lelaki berusia 19 tahun menaiki motosikal Honda EX5.

Noor Azah berkata, dia tidak mengetahui Nor Syazana berkawan dengan lelaki itu kerana anaknya itu tidak pernah menceritakan apa-apa.

Menurutnya, selepas kehilangan anaknya itu dia berusaha menjejaki lelaki itu melalui rakan anaknya menerusi Facebook dan mengetahui lelaki itu dikenali dengan panggilan G berasal dari Kubur Panjang.

“Saya tidak menyangka dia akan merajuk sampai melarikan diri dari rumah selepas dia meminta saya membeli telefon bimbit berharga RM250.

“Saya menolak untuk beli telefon bimbit kerana bimbang mengganggu dan melalaikan kerana dia bakal duduki PMR tidak lama lagi,” katanya.

Suri rumah itu berkata, keluarganya telah pergi ke rumah lelaki terbabit namun difahamkan oleh keluarga lelaki berkenaan bahawa anak mereka tiada di rumah sejak tarikh itu.

Katanya, beberapa hari sebelum kejadian anaknya itu kelihatan berubah apabila sering mengamuk, menjerit dan sering berkurung di dalam bilik sambil melayari internet.

“Anak saya banyak berubah mungkin gara-gara lelaki itu memandangkan sebelum ini dia seorang anak yang baik, periang dan manja.

“Saya juga menghubungi lelaki itu dan terdengar suara anak saya tetapi bila ditanya lelaki itu menafikan serta berjanji kepada saya bahawa akan datang ke rumah saya bagi membukti dia tidak melarikan anak saya tetapi sampai sekarang hampir sebulan lelaki itu tidak datang,” katanya.

Menurutnya lagi, selepas beberapa hari dia cuba menelefon lelaki itu lagi namun nombor telefon itu gagal dihubungi sehingga hari ini.

“Noor Syazana ada menghubungi saya pada 15 Ogos lalu dan memaklumkan bahawa dia berada di Pahang sebelum talian diputuskan.

“Sejak kehilangan Noor Syazana saya dan suami sering sakit kerana bimbang keselamatan anak saya selepas usaha mencari dilakukan di merata kawasan iaitu Perlis, Sungai Petani, Alor Setar dan banyak lagi,” katanya.

Noor Azah berkata, dia dan suaminya berusaha mencari Noor Syazana di merata tempat.

Katanya, kali terakhir dia melihat anaknya memakai uniform pengakap, seluar sukan, kasut hitam dan tudung hitam selain membawa beg galas belakang berwarna merah sebelum anaknya itu dilaporkan hilang.

Menurutnya, sambutan Aidilfitri baru-baru ini tidak bermakna tanpa kehadiran anak sulungnya itu.

Dalam pada itu, keluarga terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jenun.

Papan tanda jalan undang bahaya


  • Papan tanda jalan undang bahayaPapan tanda rendah dan memasuki laluan cukup mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
 1 / 1 
KUAH - Pihak bertanggungjawab diharap memantau keadaan papan tanda di jalan utama penduduk dan pelancong di sini yang mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Peniaga, Zul Khairi Azizan, 24, berkata, keadaan jalan sempit dan bersimpang menyebabkan berlakunya kemalangan apabila papan tanda tersebut tidak mempunyai ketinggian mencukupi.

"Kebanyakan kemalangan berlaku di sini libatkan pelancong kerana mereka tak biasa jalan di sini. Kami mohon pihak berkenaan ambil perhatian serius. Jangan tunggu berlakunya kehilangan nyawa baru hendak mengambil tindakan.

"Saya rasa jabatan terlibat pun telah dimaklumkan dengan aduan dibuat. Pernah berlaku kemalangan melibatkan pelancong asing apabila van yang mereka sewa bersama keluarga ketika melancong ke sini telah melanggar papan tanda tersebut menyebabkan kecederaan pada anggota keluarga dan van yang dipandu mengalami kerosakan teruk,” katanya.

Ashraf Zulkifli, 24, berkata, situasi itu amat memalukan kerana ia boleh menjejas imej bandaraya pelancongan.

"Sewajarnya perkara ini dipantau, jangan biarkan sehingga ia meragut nyawa pengguna jalan raya, malah di kawasan sekitar terdapat gerai-gerai perniagaan dan ia cukup mengundang bahaya kepada semua.

“Besar kemungkinan masalah berlaku kerana pelebaran jalan di kawasan sekitar tetapi ianya perlu dikaji dengan mendalam oleh pihak berkenaan berkaitan perkara ini," katanya.

Ashraf berkata, situasi itu telah berlarutan sejak sekian lama.

Tukang urut lari berbogel


  • Tukang urut lari berbogelWanita warga Vietnam yang menjalankan perkhidmatan B2B ditahan.
 1 / 1 
SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Nahas kereta api Mexico, 5 terkorban


  • Nahas kereta api Mexico, 5 terkorbanKeadaan kereta api yang terbalik, semalam.

SEKURANG-kurangnya lima maut selepas kereta api kargo terkenal yang membawa pendatang asing yang menuju ke Amerika Syarikat (AS) tergelincir di selatan Mexico, kata pihak berkuasa.

Menurutnya, hampir 35 orang cedera dan 16 parah dan ada kebimbangan angka kematian itu meningkat.

Sementara itu, pasukan Palang Merah memberitahu, bilangan penumpang yang terperangkap juga masih belum diketahui.

Lebih menyukarkan, pasukan penyelamat seperti askar, tentera laut dan petugas kecemasan cuba membawa ambulans untuk memasuki kawasan kemalangan namun gagal.

Ketua Perlindungan Awam bagi Tabasco Mexico, Cesar Burelo Burelo kejadian berlaku awal pagi semalam di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai liputan telefon.

Burelo berkata, penumpang yang menaiki kereta api itu dalam perjalanan ke utara dari sempadan Guatemala.

Penumpang AirAsia kecewa



PARA penumpang pesawat AirAsia tiba di LCCT Sepang selepas mengalami kelewatan selama lima jam semalam.


SEPANG – Beberapa pesawat AirAsia yang sepatutnya mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini semalam terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ekoran kesesakan trafik udara di LCCT.
Ekoran itu, para penumpang penerbangan itu melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila penerbangan mereka tiba lewat daripada jadual.
Satu daripada penerbangan terlibat ialah dari Perth, Australia yang lewat lebih lima jam.
Penerbangan itu yang berlepas pukul 6.20 pagi dari Perth sepatutnya tiba pukul 12 tengah hari tetapi hanya dapat mendarat di LCCT pada pukul 5 petang selepas dilencongkan ke Subang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2d4N91afK 
Hakcipta terpelihara 

Budak 5 tahun mangsa dera meninggal dunia


IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang koma akibat didera meninggal dunia selepas 11 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Mangsa, Ho Yan Hui, yang disyaki didera ibu kandungnya sendiri disahkan mati pada pukul 2.40 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam ketika dihubungi mengesahkan kematian kanak-kanak malang itu yang mengalami kecederaan teruk di badan.
Sementara itu, Pengarah HRPB, Dr. Raja Lope Ahmad Raja Ariffin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2d4MwR9bU 
Hakcipta terpelihara 

Polis rampas senapang, peluru



MAZLAN (kanan) menunjukkan senapang buatan sendiri yang dirampas dalam Ops Cantas Khas pada sidang akhbar di IPK Kelantan semalam.


KOTA BHARU - Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita warga emas dan merampas dua laras senapang buatan sendiri bersama 134 butir peluru hidup dalam serbuan berasingan di tiga buah daerah di negeri ini menerusi Ops Cantas Khas pada 21 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tangkapan pertama pada pukul 4.30 pagi di Guchil 2, Kuala Krai, pihaknya menahan dua pemuda berusia 20 dan 27 tahun serta merampas selaras senapang di dalam kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki suspek.
"Kita percaya senjata yang disorokkan di bawah tempat letak kaki penumpang itu dibeli di negara jiran dengan harga RM180 hingga RM200.
"Kita turut menjumpai sebanyak 36 butir peluru yang disimpan di dalam sebuah beg kecil," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2d4MnVNfC 
Hakcipta terpelihara 

Bedah siasat dulu, baru kebumi


RUMAH yang menjadi tempat Sherul Aizam dikatakan mati tersangkut di tingkap di Taman Saz, Ipoh pada 20 Julai lalu.


IPOH – Bapa kepada Sherul Aizam, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat tetap mahu pihak berkuasa melakukan siasatan dan bedah siasat kedua ke atas mayat anaknya sebelum jenazah berkenaan dikebumikan.
Menurut Mohd. Damanhuri, 50, sebagai bapa dan waris, dia memahami peranan serta tanggungjawab sebagai umat Islam supaya menyegerakan urusan pengebumian jenazah Allahyarham Sherul Aizam, namun dia hanya mahukan kepastian mengenai punca sebenar kematian anaknya.
Bagaimanapun, dia dan keluarga bersedia duduk semeja dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sekiranya pihak berkenaan memanggil mereka untuk membincangkan isu tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2d4MOFIYK 
Hakcipta terpelihara 

Datuk maut nahas, motosikal berkuasa tinggi terbabas



MAYAT seorang ahli perniagaan yang terbunuh selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggung terbabas dekat Genting Sempah semalam.


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang ahli perniagaan berkonvoi bersama tiga orang rakannya ke Hutan Lipur Lentang, Pahang tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 35.1, Lebuh Raya Karak dekat Genting Sempah di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Datuk Majura Muda, 47, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Concours 14 dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh penghadang besi lebuh raya.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang merupakan perunding dan peneraju sebuah syarikat kejuruteraan tercampak daripada motosikal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2d4MD8400 
Hakcipta terpelihara 

Tendang mertua selepas ditegur



ANGGOTA polis menunjukkan kesan kemek pada bumbung sebuah kereta Proton Waja milik polis yang dirosakkan oleh seorang pemuda amuk.


KUCHING - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah kewangan bertindak di luar kawalan apabila memijak bumbung kereta peronda polis (MPV) ketika pasukan keselamatan itu cuba meleraikan kejadian amuk di Lorong Burung Lilin, Jalan Arang di sini.
Kejadian pukul 6 pagi semalam itu menyebabkan bumbung Proton Waja milik polis kemek akibat dihentak dengan kaki oleh suspek yang berusia 29 tahun.
Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang menganggur mengamuk dengan merosakkan harta benda di rumah bapa mertuanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2d4LsvHWe 
Hakcipta terpelihara 

Polis cekup semua suspek rogol jurugambar


ANGGOTA polis membawa seorang suspek kes rogol jurugambar wanita ke sebuah mahkamah di Mumbai, India semalam.


MUMBAI - Polis semalam menangkap suspek kelima dan terakhir berhubung kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang jurugambar wanita di bandar raya ini.
Serangan itu membangkitkan kembali kemarahan tentang layanan buruk terhadap wanita di India.
Lima lelaki itu didakwa memperkosa mangsa yang berusia awal 20-an di pusat bandar ini semasa dia dan rakan sekerjanya membuat liputan majalah pada Khamis lalu.
Mereka didatangi kumpulan berkenaan yang mengikat rakan sekerja wanita itu menggunakan tali pinggang sebelum merogol mangsa di kawasan berdekatan.
Kejadian rogol beramai-ramai itu berlaku di pekarangan sebuah kilang terbiar bersebelahan dengan kawasan apartmen dan blok pejabat, kedai dan restoran di sini.
Serangan itu mengembalikan ingatan tentang kes rogol beramai-ramai seorang pelajar di New Delhi pada Disember tahun lalu yang mencetuskan protes besar-besaran.
Jurucakap polis, Satyanarayan Choudhary berkata, anggota-anggotanya menangkap suspek pertama pada Jumaat lalu dengan tangkapan kedua dibuat keesokan harinya.
Lewat kelmarin pula, katanya, mereka menangkap dua lagi suspek selepas menyoal siasat kedua-dua suspek yang ditahan.
Menurut polis, suspek kelima ditahan di ibu kota India, New Delhi.
"Pihak polis mempunyai bukti kukuh terhadap kesemua suspek dan satu pendakwaan lengkap akan difailkan terhadap mereka," tambahnya.
Jenayah itu berlaku lapan bulan selepas seorang wanita berusia 23 tahun dirogol lima lelaki di dalam sebuah bas bergerak di New Delhi dengan rakan lelakinya dibelasah.
Mangsa yang cedera parah meninggal dunia dua minggu kemudian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2d4IywR8q 
Hakcipta terpelihara 

30 orang cedera dilanda bena



FENOMENA bena di Sungai Qiantang dipercayai didorong Taufan Trami yang melanda tenggara China baru-baru ini.


HAINING - Lebih 30 orang cedera dilanda ombak sungai atau bena yang melimpahi tebing Sungai Qiantang di sini, dalam Wilayah Zhejiang di tenggara China baru-baru ini.
Fenomena itu dipercayai berlaku akibat momentum daripada taufan Trami yang melanda bahagian tenggara China pada minggu lalu.
Sungai tersebut mengalir melalui bandar raya ini.
Hujan lebat dan angin kuat menyebabkan Sungai Qiantang kelihatan seperti laut bergelora.
Ketika kejadian, beratus-ratus orang tersungkur dilanda ombak sungai tersebut yang melimpah melepasi tembok yang dibina di sepanjang sungai itu.
Ombak berkenaan turut melimpah ke kawasan berhampiran dan menghanyutkan sejumlah kenderaan selain membanjiri sebuah loji rawatan air.
Cuaca buruk itu menyebabkan Sungai Qiantang yang sebelum ini melepasi paras bahaya 6.6 meter telah meningkat sebanyak 1.3 meter. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2d4IKwCxU 
Hakcipta terpelihara