Rumah kosong di Flat Bistari menjadi lokasi jenayah dan tempat pembuangan sampah.
NIBONG TEBAL - Kegiatan vandalisme dan kecurian yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini menimbulkan kerisauan lebih 120 keluarga di Flat Bistari, dekat sini.
Selain merosakkan harta benda awam, kecurian meter air turut berlaku menyebabkan penduduk terpaksa berwaspada dan berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling setiap masa.
Penduduk, K Saraswathy, 49, berkata, kebanyakan rumah kosong di flat terbabit dijadikan tempat melepak.
“Segelintir remaja menghabiskan masa di dalam rumah kosong dengan melepak sambil minum minuman keras.
“Ada juga yang membuat bising sehingga lewat malam dan mengganggu penduduk yang ingin tidur,” katanya kepada Sinar Harian.
Dia yang tinggal di situ sejak 15 tahun lalu berkata, rumah kosong yang terdapat di situ turut dijadikan tempat melonggokkan sampah.
“Diakui, flat ini memang banyak masalah termasuk kejadian curi dan pecah rumah.
“Saya berharap pimpinan tempatan dapat membantu menangani permasalahan ini secepat mungkin,” katanya.
Bagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Hamimah, 40-an, kejadian pecah rumah sering kali berlaku ketika penduduk bekerja.
Katanya, rumahnya juga hampir dimasuki pencuri awal bulan lalu namun mujurlah penjenayah berkenaan tidak dapat membuka dua kunci mangga tambahan yang dipasang.
“Kami sama bantu-membantu dan memerhatikan keadaan rumah jiran sekiranya mereka tiada bagi mengurangkan risiko dimasuki pencuri.
“Masalah ini sudah lama berlarutan dan perlu ditangani secara efektif untuk meningkatkan keselamatan kawasan kediaman,” katanya.