Search This Blog

Friday, August 23, 2013

Lagi produk tenusu disekat


  • produk tenusuChina memantau ketat produk tenusu import khas dari New Zealand.
 1 / 1 
WELLINGTON - China sekali lagi bertindak menyekat sebilangan besar produk tenusu dari New Zealand, berikutan mengandungi paras nitrat yang boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

Pengatur pertanian New Zealand berkata, pihaknya terpaksa membatalkan empat penghantaran tenusu laktoferin dikeluarkan Syarikat Susu Westland selepas China mendedahkan ia mengandungi tahap nitrat berbahaya.

Bagaimanapun, dua daripada penghantaran telah dilakukan tetapi disahkan masih tidak dijual kepada pengguna.

"Risiko keselamatan makanan lain untuk pengguna China diabaikan kerana mengandungi kuantiti laktoferin pada tahap kecil dan bermakna, kandungan nitratnya masih boleh diterima," kata Ketua Pengarah Kementerian Industri Prima, Scott Gallacher.

Pengumuman dibuat beberapa minggu selepas syarikat pengeluar terbesar, Fonterra mengakui beberapa produk tenusunya telah dicemari bahan botulisme yang menyebabkan pembiakan bakteria.

Keadaan itu memaksa New Zealand menarik balik produk formula bayi, minuman sukan dan beberapa produk lain di China dan negara Asia Pasifik.  - Reuters

CNB Singapura tahan 11 orang, rampas dadah


SINGAPURA - Biro Narkotik Pusat (CNB) di sini menahan 11 orang dan merampas lebih 2.7 kilogram dadah dalam satu operasi.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, pihak berkuasa berkata pegawai CNB yang menyiasat aktiviti dadah terhadap seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berusia 38 tahun telah dibawa ke tempat persembunyian di blok HDB Toa Payoh Lorong 5, di sini.

Lelaki berkenaan bersama pengguna dadah, seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di tempat persembunyian itu.

Sebanyak 1.2 kilogram heroin, 1 kilogram ganja dan 90g 'Ice' ditemui di rumah berkenaan. Kelengkapan menghasilkan dadah turut ditemui.

Susulan penemuan itu, lapan lagi penagih dadah berumur antara 21 hingga 45 tahun ditahan di sebuah hotel bajet, di kawasan Bugis.

Dalam serbuan itu, sebanyak 450 gram ganja, 80 gram heroin dan pelbagai ubat-ubatan lain dan kelengkapan dadah turut ditemui.

Secara keseluruhannya, ubat-ubatan bernilai lebih S$207,000 (RM517, 500) telah dirampas. - Bernama

Angka korban nahas feri cecah 75


  • Angka korban nahas feri cecah 75Nahas turut menyebabkan kebocoran minyak di sekitar kawasan pantai

CEBU - FILIPINA - Pihak berkuasa, semalam mengesahkan jumlah korban nahas feri karam di perairan berhampiran bandar Cebu, Filipina, Jumaat lalu meningkat kepada 75 orang termasuk kanak-kanak.

"Kita masih meneruskan operasi mencari mangsa nahas feri MV Thomas Aquinas menggunakan pelbagai medium termasuk helikopter berikutan masih belum 45 mangsa dilaporkan masih hilang," kata pengawal pantai, Weniel Azcuna.

Menurut laporan AFP, setakat ini, seramai 750 penumpang dan krew feri berjaya diselamatkan.

Sementara itu, pihak berkuasa bertungkus-lumus membersihkan tumpahan minyak berpunca dari insiden itu yang kini mencemari kawasan pantai, hutan bakau serta pantai pelancongan popular.

Bas terjun sungai, 18 maut


Jakarta: Sebuah kereta dan bas yang padat dengan penumpang terhumban ke dalam sungai di Bogor, meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.

Bas berkenaan yang membawa kira-kira 60 penumpang yang dalam perjalanan pulang ke utara Jakarta selepas berkelah di Puncak, bandar peranginan di Bogor apabila breknya tidak berfungsi, kata ketua polis trafik tempatan Kapten Muhammad Chaniago.


Menurutnya, bas itu melanggar sebuah kereta kecil dan merempuh penghadang jalan sebelum kedua-duanya terhumban ke dalam sungai sedalam 8 meter di Cisarua.

“Kami masih berusaha mengesan dua kanak-kanak yang dilapor menyeberang jalan itu ketika kemalangan berlaku,” katanya.


Rakaman televisyen menunjukkan imej kedua-dua kenderaan terbalik di dalam sungai berkenaan. Muhammad berkata, kebanyakan yang terkorban mati di tempat kejadian.


Kemalangan jalan raya sering berlaku di Indonesia kerana standard keselamatan dan infrastruktur buruk. - AP

Dibunuh kerana padam nombor


Jakarta: Seorang lelaki dilapor mencekik teman wanitanya hingga mati selepas mangsa memadamkan semua nombor dalam telefon bimbit lelaki berkenaan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Ali, ditangkap Sabtu lalu selepas polis menemui mayat teman wanitanya, Siti Halimah Tusadiah, 22, di Sungai Cisadane di Bogor.


Anggota keluarga Siti melaporkan kehilangannya selepas dia tidak pulang setelah keluar bersama Ali, kata Pengarah Bahagian Jenayah Am Polis Jakarta, Slamet Riyanto.

Ali yang bekerja sebagai tukang kebun ditangkap di rumah sewanya di Kampung Bababan Nenggewer di Bogor. Dia mengaku mencekik dan melemaskan Siti kerana berang selepas teman wanitanya itu memadamkan semua nombor dalam telefon bimbitnya.


“Dia marah dengan tindakan mangsa. Kami yakin Siti bertindak demikian kerana cemburu,” katanya.


Sementara itu Ketua Bahagian Jenayah Serius Polis Jakarta, Antonius Agus Rahmanto berkata, Ali membawa Siti pulang ke rumahnya selepas berhenti untuk mengadakan seks dalam semak. “Siti kemudian meminta telefon bimbit Ali dan memadamkan semua nombor telefon di dalamnya. Apabila Ali bertanya kenapa dia bertindak demikian, Siti menjawab, ‘Saya boleh lakukan apa yang saya suka. Kamu marah?’” kata Antonius.

Pertengkaran antara mereka menjadi lebih sengit sehingga Ali membunuh Siti dan mencampakkan mayatnya ke dalam sungai.


Ali berdepan dengan tuduhan membunuh dan menghadapi hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Agensi

Wanita arah anak dibunuh ditahan


Johannesburg: Polis Afrika Selatan semalam menahan seorang wanita berusia 50 tahun kerana mengarahkan dua anak lelakinya dibunuh dalam usahanya untuk untuk menuntut bayaran insurans.

Polis berkata, wanita dari selatan Durban itu mengupah seorang saudaranya untuk melakukan pembunuhan terbabit, tetapi lelaki berkenaan melaporkan perkara itu kepada polis.
Lelaki berkenaan meminta bayaran sebanyak AS$2,400 (RM7,895) untuk melakukan tugas itu, tetapi suspek meminta jumlah itu dikurangkan atas alasan keluarga.

“Motif utama pembunuhan ialah suspek ingin menuntut bayaran insurans yang dibeli untuk dua anak lelakinya,” kata polis. - AFP

Bantah tutup kawasan pelacur


Surabaya: Rancangan majlis tempatan Surabaya untuk menutup kawasan pelacuran di Klakah Rejo mencetuskan kebimbangan di kalangan aktivis sosial yang bekerja rapat dengan pelacur kawasan berkenaan.

Ketua aktivis Sudarsono berkata, rancangan itu, walaupun belum diumumkan secara rasmi sudahpun memberi kesan kepada pekerja seks.


“Sejak berita menyatakan kawasan pelacuran itu akan ditutup, pelacur tidak lagi menjalani pemeriksaan kesihatan,” kata Sudarsono yang membantu pekerja seks itu menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan masyarakat.

“Sukar untuk mengharapkan mereka pergi sendiri untuk menjalani pemeriksaan. Mereka perlu dipujuk untuk diperiksa walaupun klinik itu tidak jauh dari tempat tinggal mereka,” katanya.


Menurut Sudarsono, pegawai majlis tempatan silap jika menyangka pelacur itu akan menghentikan kegiatan mereka dan pulang ke kampung halaman masing-masing jika kawasan pelacuran itu ditutup.


“Mereka akan ke lokasi baru dan meneruskan kegiatan mereka. Ini yang berlaku selepas penutupan kawasan pelacuran di Dupak Bangunsari Disember lalu,” kata Sudarsono.

Pihak berkuasa tempatan merancang membayar 215 pelacur di daerah Klakah Rejo sebanyak Rp3 juta (RM918) sebagai pampasan sebelum mereka menutup kawasan pelacuran itu, selain Rp1.45 juta (RM445) lagi untuk menampung kehidupan mereka selama sebulan. - Agensi

Pegawai agama ditahan miliki dadah


Balikpapan: Seorang pegawai agama majlis tempatan ditangkap kerana memiliki dadah methamphetamine, semalam.

Ketua Polis Balikpapan Barat di Kalimantan Timur, Kifli S Supu berkata, pegawai itu yang hanya dikenali sebagai RU, 38, ditangkap dalam satu operasi malam kelmarin.


Polis menemui 0.3 gram dadah itu dalam dompetnya.

RU mulanya berkata, dia membeli dadah itu untuk mengkaji kesan buruknya terhadap masyarakat.


Dia bagaimanapun menarik balik kenyataan itu selepas menjalani ujian air kencing yang menunjukkan dia positif methamphetamine.


“Kami masih menyiasat, termasuk untuk mengetahui pembekal dadah itu. Kami juga ingin tahu sama ada RU hanya pengguna atau terbabit dengan urusan jual-beli dadah,” kata Kifli.

Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama Balipapan, Saifi megesahkan penahanan RU. Menurutnya, antara tugas RU yang sudah bekerja dengan pejabat berkenaan sejak 12 tahun lalu ialah menjadi kaunselor kepada pesalah dadah. - AFP

Jurugambar saman Kanye West


Los Angeles: Seorang jurugambar yang mendakwa diserang Kanye West (gambar) di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kelmarin menyaman penyanyi rap terbabit.

Daniel Ramos mendakwa dia diserang dan hak asasinya dicabuli dalam kes saman yang difailkannya itu. Ramos ialah anggota pasukan paparazzi yang ditugaskan di lapangan terbang itu pada 19 Julai lalu untuk mengambil gambar selebriti. Ramos mendakwa penyanyi rap itu tiba-tiba menumbuknya dan merampas kameranya hingga jatuh ke lantai. Minggu lalu, pejabat pendakwa raya enggan mendakwa West dengan alasan Ramos tidak cedera. - AP

Rayuan Gereja Katolik ditolak


ANGGOTA Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mengadakan perhimpunan aman di hadapan Istana Keadilan di Putrajaya yang mendengar rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah semalam.


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam sebuah akhbar mingguan Katolik The Herald perlu diselesaikan.
Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah didengar pada 10 September ini.
Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas mereka sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2ckCWFHkq 
Hakcipta terpelihara 

Saksi lelaki ditembak di kepala

Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
afiq.zulkifli@kosmo.com.my
SEPANG – Seorang pelajar Malaysia yang baru tiba dari Mesir menceritakan detik cemas yang dialaminya apabila menyaksikan pergelutan dan kejadian seorang lelaki ditembak di depan matanya.
Azka Rafi’uddin Ramli, 20, memberitahu, kejadian itu berlaku dekat dengan bas yang dinaikinya di sebuah kawasan berhampiran masjid di Zagaziq.
“Saya pergi ke Zagazig untuk menghantar kawan. Pada waktu itu, bas yang saya naiki terkandas dengan kesesakan orang ramai yang sedang mengadakan demonstrasi.
“Tiba-tiba seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditembak di kepala dan terus rebah. Ia berlaku hanya kira-kira beberapa meter di hadapan saya. Saat itu cukup mengerikan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2ckCKWZeK 
Hakcipta terpelihara 

Budak cedera diserang beruk


SPESIES beruk yang menyerang Mohamad Hairul Hafizi.


NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak cedera di bahagian perut dan tangan akibat digigit seekor beruk jantan yang menyerangnya kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa, Mohamad Hairul Hafizi Mohamad Dahalan, 10, dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Relau ke rumahnya di Kampung Tengah Relau Atas B di sini.
Menurut ibu mangsa, Zuraidah Ghazali, 34, anak kedua dari tiga beradik itu sedang menaiki basikal namun telah diterkam oleh haiwan yang dikatakan bersaiz sebesar tubuh anaknya itu.

MOHAMAD HAIRUL HAFIZI yang cedera selepas diserang seekor beruk dirawat di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam.


“Anak saya terjatuh dari basikal lalu digigit oleh beruk itu. Mujurlah ketika itu ada penduduk kampung melalui kawasan berkenaan dan menghalau haiwan itu serta membantu anak saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Zuraidah, anaknya yang mengalami kecederaan serius di bahagian kanan perut dan tangan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan kecemasan.
Dakwanya, haiwan berkenaan yang dipercayai dipelihara oleh seorang penduduk kampung itu terlepas daripada ikatan sebelum megigit anaknya.
Menurut Zuraidah, dia kesal dengan kelalaian pemilik haiwan tersebut dan telah membuat laporan di Balai Polis Serdang, Kedah.
Katanya, kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah menangkap beruk tersebut ekoran bertindak ganas dan menyerang anaknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2ckC4t3o2 
Hakcipta terpelihara 

Tidak sempat jual pasport


KAMALUDDIN menunjukkan pasport milik seorang lelaki tempatan yang cuba dijual kepada warga Sri Lanka di Melaka semalam.


MELAKA – Cubaan seorang lelaki warga tempatan memperbaharui pasport miliknya dengan menggunakan gambar warga Sri Lanka gagal apabila dia dicekup di bahagian Pasport, Jabatan Imigresen negeri di sini kelmarin.
Lelaki berusia 27 tahun itu berbuat demikian kerana mahu menjual pasport miliknya itu kepada warga asing tersebut pada harga RM2,000.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, lelaki berkenaan hadir ke bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Ayer Keroh kira-kira pukul 11 pagi bagi memperbaharui pasport miliknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2ckBrwnnY 
Hakcipta terpelihara 

GRO ‘sardin’ berpeluh menyorok dalam bilik rahsia

MELAKA – Cubaan 15 pegawai khidmat pelanggan (GRO) warga asing bersembunyi di dalam bilik rahsia bagi mengelak daripada diberkas pihak berkuasa gagal apabila tembelang mereka berjaya dihidu sepasukan anggota imigresen yang menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini kelmarin.
Kesemua GRO berusia 17 hingga 20-an itu diberkas pada pukul 9.45 malam bersama dua lelaki tempatan yang turut bersembunyi di dalam bilik berukuran 1.8 meter panjang dan 2.1 meter lebar selama 30 minit.
Kesemua 12 GRO warga Vietnam dan tiga warga China bersama-sama dua lelaki warga tempatan itu didapati berhimpit-himpit seperti sardin di bilik berkenaan.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, semasa serbuan, pintu masuk ke premis berkenaan ditutup setelah pekerja di pusat hiburan itu menghidu kehadiran pihak berkuasa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2ckBdPAgL 
Hakcipta terpelihara 

Seludup dadah RM3.9j guna bas


ABD. AZIZ (dua kiri) menunjukkan 20 ketulan syabu mampat yang disembunyikan di dalam beg beroda di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Cubaan seorang penganggur untuk menyeludup 20 ketulan syabu mampat bernilai RM3.9 juta yang disembunyikan di dalam bagasi dibawanya gagal apabila ia dikesan anggota kastam ketika pemeriksaan di Terminal Bas Shahab Perdana di sini Selasa lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu diberkas pada pukul 10.30 pagi sebaik sahaja dia tiba dari Thailand dengan membawa tiga buah beg yang mana salah satu daripadanya mengandungi syabu seberat 20.497 kilogram.
Difahamkan, ketulan syabu mampat itu dibalut dengan pita pelekat berwarna coklat.
Rampasan tersebut merupakan yang terbesar pada tahun ini oleh pihak kastam.
Pengarah Kastam Negeri Kedah, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, dadah itu dianggarkan bernilai RM3,894,430 mengikut harga pasaran.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2ckBObQmZ 
Hakcipta terpelihara 

Pengebom Iran dihukum penjara seumur hidup


DUA pengebom Iran, Saeid Moradi (berkerusi roda) dan Mohammad Kharzei meninggalkan sebuah mahkamah di Bangkok semalam.


BANGKOK – Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang daripada dua lelaki Iran yang terlibat merancang letupan bom di sini pada tahun lalu.
Tertuduh, Saeid Moradi, 29, yang kehilangan kedua-dua kaki selepas sebutir bom yang dibawanya meletup dalam komplot tersebut didapati bersalah berhubung beberapa dakwaan termasuk cubaan membunuh.
Dalam keputusannya semalam Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok mendapati Saeid bersalah kerana membawa bahan letupan di tempat awam, menggunakan bom untuk membunuh dan menyebabkan kerosakan harta benda.
Sementara itu, tertuduh kedua, Mohammad Khazaei, 43, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana bersalah memiliki bahan letupan.
Kedua-dua tertuduh yang menafikan semua tuduhan terhadap mereka merupakan antara lima warga Iran yang disyaki terlibat dalam siri letupan berkenaan.
Siri letupan tersebut berlaku sehari selepas dua serangan bom disasarkan terhadap staf Kedutaan Israel di India dan Georgia.
Satu letupan kuat merosakkan bumbung sebuah rumah dekat sini pada 14 Februari tahun lalu apabila beberapa bom yang disimpan di kediaman itu tiba-tiba meletup.
Kejadian tersebut menyebabkan lima orang cedera.
Pihak pendakwa raya menuduh Saeid mencampak sebutir bom ke arah sebuah teksi dan sebutir lagi bom dilontar terhadap dua anggota polis yang mendekatinya.
Namun, sebutir bom itu meletup berhampiran Saeid.
Seorang suspek yang melarikan diri selepas letupan di Bangkok kini ditahan di negara jiran, Malaysia dan dia menolak untuk diekstradisi ke Thailand. Dua lagi suspek dipercayai berjaya melarikan diri ke Iran. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2ckA6lAgW 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu ada 15 saman bawa laju


SEPASUKAN anggota bomba meninjau semula lokasi nahas untuk mencari saki-baki mangsa dan barangan berharga di Genting Highlands semalam.


KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang turut maut bersama 36 penumpang selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands kelmarin mempunyai 23 rekod kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
Selain pemandu tersebut, bas milik syarikat Genting Highlands Transport Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136 itu sendiri mempunyai dua rekod saman atas dua penama lain yang belum dijelaskan pada 2008.
Jurucakap polis berkata, pemandu tersebut, Lim Kok Hoe (gambar kecil), 43, berasal dari Batu Pahat, Johor mempunyai 23 rekod saman sejak 1997 hingga 2009. Tujuh daripadanya telah dijelaskan.
Katanya, antara kesalahan yang dilakukan Kok Hoe termasuk memandu laju, menghalang lalu lintas, tidak pamer cukai jalan, berhenti di petak kuning dan tidak memakai topi keledar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ckAYgkoI 
Hakcipta terpelihara 

Trami burukkan banjir di China


BEBERAPA batang pokok di ibu kota Taiwan, Taipei tumbang akibat dipukul Ribut Tropika Trami semalam.


BEIJING – Ribut Tropika Trami membadai selatan China pagi semalam sekali gus memburukkan lagi bencana banjir di negara berkenaan selepas ia mengorbankan 17 orang di Filipina.
Trami yang bermula sebagai taufan melanda Taiwan pada Rabu lalu sebelum menuju ke wilayah Fujian semalam. Kekuatannya semakin berkurang menyebabkan taufan tersebut dikategori sebagai ribut.
Ia kini menuju ke barat laut China dengan membawa hujan lebat ke beberapa kawasan yang terjejas teruk dilanda satu lagi taufan pada minggu lalu.

SEKUMPULAN polis separa tentera membantu beberapa nelayan menolak sebuah botyang terbalik selepas Ribut Tropika Trami tiba di Ningde, dalam wilayah Fujian semalam.


Banjir di China sebelum ini menyebabkan kira-kira 250 orang maut termasuk 21 pekerja pembinaan di wilayah Qinghai yang terkorban pada Selasa lalu.
Bencana tersebut menyebabkan keadaan di bahagian timur laut China terjejas teruk apabila air Sungai Heilong melimpah semalam. Setakat ini beribu-ribu orang terpaksa berpindah.
Trami mencetuskan huru-hara di Manila dan beberapa wilayah terpencil di Filipina baru-baru ini namun, ribut itu hanya menyebabkan kerosakan kecil di Taiwan. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ck9c25wc 
Hakcipta terpelihara