Search This Blog

Thursday, August 22, 2013

Polis kenal pasti ahli kumpulan 04 di Kedah

22/08/2013 3:34pm
JITRA - Polis Kedah sedang mengenal pasti saki baki anggota kumpulan kongsi gelap 04 yang bergiat aktif di negeri ini, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.
Beliau berkata, menerusi Ops Cantas sejak 18 Ogos lepas, pihaknya telah
menahan 58 orang yang disyaki terlibat dalam kongsi gelap dan daripada jumlah itu terdapat mereka yang terlibat dalam kumpulan 04.
Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan operasi itu di beberapa kawasan tumpuan kumpulan terbabit seperti Baling, Sungai Petani dan Kulim secara berterusan tanpa henti.
"Setakat ini polis telah buat pemeriksaan terhadap 335 orang dan 356
kenderaan.
"Sepanjang operasi itu kami buat pemeriksaan dengan teliti untuk mencari
dan menahan ahli kongsi gelap ini serta telah membuka kertas siasatan terhadap 58 ahli kongsi gelap dan penjenayah yang melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita pada operasi polis di sini awal pagi tadi.
Ahmad berkata, kebanyakan mereka yang ditahan mempunyai lebih tiga rekod pelbagai jenis jenayah. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2cgpZiSp1 
Hakcipta terpelihara 

Pemilik kedai kerugian RM88,000 disamun empat lelaki bersenjata parang


22/08/2013 1:03pm

KUANTAN - Seorang pemilik kedai runcit kerugian RM88,000 selepas disamun empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang di rumah kedai miliknya di Bertam Valley dekat Cameron Highlands.
Kejadian pada pukul 4 pagi itu disedari S. Umadevi, 23, yang terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Wan Zahari Wan Busu.
Beliau berkata, suspek melarikan barang-barang berharga dan barang kemas bernilai kira-kira RM88,000 dengan van milik wanita itu yang kemudian ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Batu 4, Jalan Pahang-Tapah, Perak.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2cgpC7PFb 
Hakcipta terpelihara 

Dua anggota polis, juruteknik didakwa tuduhan rasuah


22/08/2013 11:32am

JOHOR BAHRU - Dua anggota polis masing-masing berpangkat Koperal dan Konstabel termasuk seorang juruteknik kereta di sini dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi terhadap empat pertuduhan rasuah yang dilakukan pada Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Kamaruzaman Khamis, 45; Zamzuri Idha Ismawi, 27 dan Cheah Chee Seng, 27, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2cgovQbZ6 
Hakcipta terpelihara 

Tiga ahli Geng 08 ditahan selepas dikejar lebih sejam


22/08/2013 5:24pm

SHAH ALAM - Polis berjaya menahan tiga lelaki dari Geng 08 selepas mengejar kesemua suspek selama lebih sejam dari Subang Perdana, Sungai Buloh awal pagi tadi.
Ketiga-tiga suspek berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan di Taman Sentosa, Klang selepas mereka melarikan diri melalui Lebuh Raya Guthrie masuk ke Seksyen 20, Shah Alam dan keluar ke Padang Jawa sebelum bertembung dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hilux di Taman Sentosa, Klang.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, ketiga-tiga penjenayah itu keluar dari kereta dan cuba untuk melarikan diri namun seorang suspek berjaya di tahan berhampiran kereta jenis Perodua Viva dipandu mereka.
"Seorang lagi suspek berjaya ditahan ketika dia sedang bersembunyi dalam sebuah longkang bersama dengan sepucuk pistol jenis Smith & Wilson.
"Manakala suspek ketiga ditahan dalam sebuah ladang kelapa sawit di kawasan berhampiran kira-kira pukul 9.15 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.- KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2cgojSQhA 
Hakcipta terpelihara 

Syabu bernilai RM3.89 juta dirampas di terminal bas Shahab Perdana


22/08/2013 1:49pm

ALOR SETAR - Seorang lelaki ditahan dan pihak berkuasa merampas dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM3.89 juta dalam pemeriksaan di terminal bas ekspres Shahab Perdana di sini dua hari lepas.
Pengarah Kastam Kedah Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, penganggur berusia 43 tahun itu ditahan ketika menunggu bas, dipercayai untuk menghantar dadah itu ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, 20 ketulan mampat seberat 20.497 kilogram yang dibalut dengan pita pelekat berwarna coklat itu ditemui dalam beg pakaian beroda berwarna hitam yang dibawa lelaki terbabit.
"Dalam beg pakaian itu suspek hanya letak dua beg berwarna hitam lain untuk lindung dadah daripada dikesan pihak berkuasa. Kami sedang menyiasat sama ada dadah itu diseludup masuk dari Thailand ke negara ini oleh suspek itu sendiri atau melalui orang lain.
"Bapa kepada dua anak itu juga dipercayai masuk ke negara ini dari Thailand pada hari sama sebelum ke terminal bas Shahab Perdana untuk ke Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Kedah di sini hari ini.
Abd Aziz berkata, suspek yang berasal dari Alor Setar itu direman hingga 27 Ogos ini untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2cgoWmXjk 
Hakcipta terpelihara 

Warga tempatan jual pasport pada harga RM2,000 dicekup


22/08/2013 5:26pm

MELAKA - Cubaan seorang lelaki warga tempatan membaharui pasport miliknya menggunakan gambar warga Sri Langka gagal apabila dia dicekup di pejabat Pasport Jabatan Imigresen negeri hari ini.
Lelaki berusia 27 tahun itu berbuat demikian kerana mahu menjual pasport miliknya itu kepada warga asing tersebut dengan harga RM2,000.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail dalam sidang akhbar hari ini berkata, lelaki berkenaan hadir ke pejabat Pasport, Jabatan Imigresen Ayer Keroh kira-kira pukul 11 pagi bagi membaharui pasport miliknya. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz2cgoIcRJ2 
Hakcipta terpelihara 

Pekerja kedai barang lusuh mati ditikam

22/08/2013 3:32pm
GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga Myanmar hanya sempat bekerja selama dua hari di sebuah kedai barangan lusuh sebelum ditemui mati dibunuh di Jalan Siput Kepah, Tanjong Tokong di sini awalmpagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Thang Shing Ling, 26 ditemui rakanya dalam keadaan terlentang di dalam sebuah kontena dengan beberapa kesan tikaman dan luka di bahagian badannya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Assisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan daripada majikan mangsa.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah bergelut dengan penyerangnya sebelum ditikam di dada.
"Mangsa ditemui didalam sebuah kontena yang dijadikan tempat tinggal pekerja dengan keadaan berlumuran darah.
" Polis juga menemui sebatang besi dan sebilah pisau di luar kontena yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya kepada pemberita ketika di temui dilokasi kejadian di sini hari ini.
Polis telah mengambil keterangan majikan mangsa untuk mengenalpasti dua orang pekerjanya yang bertindak melarikan diri selepas kejadian itu.
"Pihak polis sedang giat memburu dua suspek itu untuk membantu siasatan dan kes ini akan disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2cgnoCcoC 
Hakcipta terpelihara 

Kaki dan cebisan organ ditemui di lokasi tragedi bas

22/08/2013 3:07pm
GENTING HIGHLANDS - Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua individu.
Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan
penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa.
"Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat.
Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan," katanya - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2cgnatoa3 
Hakcipta terpelihara 

GRO berhimpit dalam bilik rahsia ketika diserbu Imigresen

22/08/2013 4:07pm
MELAKA - Cubaan 15 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing bersembunyi di dalam sebuah bilik rahsia yang kecil bagi mengelakkan diri ditangkap gagal apabila kesemua mereka ditangkap di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, Banda Hilir malam semalam
Dalam serbuan pukul 9.45 malam itu, 12 GRO warga Vietnam dan tiga China bersama-sama dua lelaki warga tempatan didapati berhimpit-himpit seperti sardin di bilik rahsia berkenaan yang seluas 1.8 meter panjang dan 2.1 meter lebar selama 30 minit.
Dalam sidang akhbar hari ini Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, semasa serbuan yang diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen negeri, Salmah Omar itu, pintu masuk ke permis berkenaan ditutup setelah kehadiran pihaknya dihidu.
Menurutnya, pihaknya bagaimanapun berjaya menahan dua lelaki dipercayai pekerja di permis berkenaan yang kemudian menghubungi rakan mereka di dalam agar membuka pintu permis tersebut. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2cgnIVfhf 
Hakcipta terpelihara 

Mayat pemandu kereta sapu dibuang dalam semak


22/08/2013 4:26pm

KOTA KINABALU - Mayat seorang pemandu kereta sapu ditemui dalam keadaan mengaibkan dengan kedua-dua belah tangan dan kaki diikat sementara mulutnya disumbat dengan kain dalam kejadian berhampiran Kampung Binaung Baru, Menggatal di sini hari ini.
Mayat mangsa dikenali sebagai Ibnu Paharam, 29 itu ditemui di dalam sebuah semak dipercayai mati akibat dibunuh.
Difahamkan, mayat tersebut ditemui selepas beberapa penduduk kampung curiga dengan penemuan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser berhampiran kawasan tangki air di kampung berkenaan.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi hari ini berkata, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut adalah milik sepupu mangsa yang berada di Sandakan. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2cgn0MSm0 
Hakcipta terpelihara 

5 pelajar melecur dapur meletup



MOHAMAD melawat Aida Marini, salah seorang daripada lima pelajar yang melecur di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban semalam.


SEREMBAN – Kegembiraan kira-kira 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri di sini semalam menyambut Hari Kantin Sekolah bertukar tragedi apabila lima pelajar perempuan tingkatan empat melecur di muka dan pergelangan tangan apabila dapur gas mudah alih yang digunakan untuk memasak meletup.
Dalam kejadian pukul 9.55 pagi tersebut, kesemua pelajar berusia 16 tahun itu, Nurliana Razali, Nurul Syahirah Aziz, Ira Nur Farisha Mohd. Latif, Aida Marini Zulkiefly dan Nur Yasmin Maisara Muhammad Yazid dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) selepas mengalami kecederaan akibat disambar api.
Kosmo! difahamkan, semasa kejadian kesemua mangsa sibuk memasak makanan untuk dijual sempena Hari Kantin Sekolah sebelum secara tiba-tiba dapur mudah alih tersebut meletup dan apinya menyambar mereka.
Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kini ditempatkan di wad selepas keadaan mereka dilaporkan stabil.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2cgmSqwzp 
Hakcipta terpelihara 

Bunuh isteri curang

ANGGOTA polis melihat mayat Suria yang mati disyaki ditikam suami sendiri di Ganang, Kepayan dekat Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Seorang lelaki seolah-olah menyesal atas tindakan terburu-buru membunuh isterinya apabila hanya berdiam diri bersebelahan mayat wanita itu sebelum dia diberkas bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu semalam.
Kejadian di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Ganang, Kepayan dekat sini pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 40-an itu disyaki telah menikam berkali-kali tubuh Suria Amuk, 45, selepas dia gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan mangsa.
Difahamkan, pertengkaran berlaku apabila suspek merasa cemburu selepas mendakwa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu selain kerap berjumpa ketika dia tiada di rumah.
Pasangan warga Filipina tersebut masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan bekerja dalam sektor pembinaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2cgm5ppcp 
Hakcipta terpelihara 

Nahas bas terburuk dalam sejarah



DUA kren digunakan untuk menyelamatkan mangsa nahas di Jalan Genting Highlands semalam.


KUALA LUMPUR - Nahas bas henti-henti yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Kilometer (KM) 3.5 Genting Highlands semalam adalah yang paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dan dalam sejarah negara.
Setakat ini 37 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku pukul 2.24 petang itu.
Bas dipercayai membawa seorang pemandu dan 52 penumpang itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Hentian Pekeliling di ibu negara.



Kemalangan buruk lain di kawasan itu ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara asing seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2cgkcbzfR 
Hakcipta terpelihara 

37 maut terhumban dalam gaung


PASUKAN penyelamat melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa kemalangan di Genting Highlands semalam.


GENTING HIGHLANDS - Seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 yang lain cedera parah apabila sebuah bas henti-henti terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands di sini semalam.
Kemalangan ngeri yang berlaku pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu sedang menuruni jalan curam dari stesen di puncak Genting Highlands menuju ke Perhentian Bas Pekeliling di ibu negara.
Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Saimon Jahid berkata, selepas 14 minit meninggalkan pusat peranginan itu, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.
"Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh," kata beliau ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2cgjrXokp 
Hakcipta terpelihara 

Adik 'hilang' dari hospital

Adik 'hilang' dari hospital
Mohamad Yamani

BALING - Seorang lelaki yang sedang mendapat rawatan di Hospital Baling menghilangkan diri awal pagi kelmarin dan masih belum ditemui sehingga kini.

Mohamad Yamani Nordin, 31, dari Kampung Padang Temu, Batu 48, Bongor, dikatakan mendapat rawatan di Hospital Baling sejak Ahad lalu.
Kehilangan bapa kepada seorang anak ini disedari oleh jururawat yang sedang bertugas untuk melakukan pemeriksaan ke atas dirinya.

Kakaknya, Noraini Nordin, 43, berkata, adiknya itu berhadapan masalah tekanan perasaan dan tidak menjamah makanan sejak empat hari lalu.

“Disebabkan itu, saya dan keluarga hantar di ke hospital, takut memberikan kesan kepada kesihatannya. Kami sekeluarga tidak menunggu kerana dia dapat menguruskan diri sendiri lagi.

Bagaimanapun, saya terkejut apabila pihak hospital memaklumkan dia tidak lagi berada di dalam wad.

“Saya ingatkan dia balik ke rumah, tapi, dia tak pulang sampai sekarang,” katanya.

Katanya, tindakan adiknya itu kemungkinan disebabkan tekanan perasaan sehingga dia bertindak melarikan diri.

“Saya sempat bertanya kepada pesakit yang tinggal bersebelahan katil adik saya itu, dan mereka memaklumkan dia keluar dengan berpakaian baju hospital melalui pintu belakang.

“Kata mereka, mereka ternampak adik berjalan ke pintu belakang selepas waktu subuh, selepas itu, mereka langsung tak nampak dia,” katanya.

Noraini berkata, suaminya, Ali Bakar, 49, telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan telah puas mencari di serata tempat termasuk rumah saudara mara, tetapi gagal.

“Bagaimanapun, saya dan keluarga sentiasa mendapatkan perkembangan terutama dari rakan-rakannya sekiranya mereka pernah terjumpa dengannya," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mahupun pernah ternampak Mohamad Yamani boleh menghubungi kakaknya di talian 0194935832.

Polis rampas ular sawa Burma



GAMBAR yang disiarkan oleh pihak polis kelmarin menunjukkan ular sawa Burma sepanjang 3.6 meter yang dirampas dari sebuah kediaman di Beaumont, selatan Texas.- AP


BEAUMONT - Seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 3.6 meter dengan berat 72 kilogram (kg) dirampas bersama seekor ular sawa lain di sebuah rumah sewa di sini, selatan Texas baru-baru ini.
Rampasan tersebut dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan penduduk setempat yang melihat reptilia itu berkeliaran.
Pihak polis di sini merampas 12 ekor ular lain bersama sejumlah tikus dan arnab selepas menyerbu rumah berkenaan.
"Semua ular ini dan haiwan lain dipindahkan kerana haiwan itu tidak selamat berada di rumah berkenaan," kata seorang pegawai polis, Joe Ornelas.
Menurutnya, beberapa ekor ular dari kediaman itu yang menyelinap ke jalan raya berhampiran turut mati dilanggar kenderaan.
Seorang hakim akan memutuskan sama ada semua haiwan itu akan dikembalikan kepada pemiliknya.
Tiada dakwaan dibuat berhubung rampasan tersebut setakat ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2ceOzl697 
Hakcipta terpelihara 

21 maut banjir kilat di China



GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan kawasan penempatan yang ditenggelami air di Shantou, dalam wilayah Guangdong di selatan China semalam.- AFP


BEIJING - Banjir kilat yang melanda sebuah tapak pembinaan di wilayah Qinghai, barat laut China telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 pekerja, lapor media negara itu semalam.
Tiga lagi pekerja di lokasi tersebut masih belum ditemui.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pasukan penyela- mat masih mencari mangsa akibat bencana tersebut di bandar Haixi, dalam daerah Wulan kelmarin.
Seramai tujuh orang yang cedera masih dirawat di hospital.
Wilayah pedalaman itu terletak di kawasan pergunu- ngan sekitar 2,500 kilometer dari sini.
Lokasi berkenaan kerap dilanda banjir kilat.
Dalam kejadian berasingan, banjir besar di selatan dan timur laut China termasuk wilayah Guangdong me- nyebabkan lebih 200 orang terkorban atau hilang sejak beberapa hari lalu.
Banjir dan tanah runtuh di selatan China kebanyakan berpunca daripada hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Utor pada minggu lalu.
Satu lagi ribut menuju ke arah Taiwan dan dijangka melanda China pada hari ini. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2ceOoaPXf 
Hakcipta terpelihara 

Ribut Tropika Trami bawa angin 137km/j



BARISAN bot nelayan berlabuh di sebuah pelabuhan menjelang ketibaan Ribut Tropika Trami di bandar Nanfangao di daerah Ilan, Taiwan semalam.- REUTERS


TAIPEI - Sejumlah pejabat dan sekolah ditutup manakala banyak penerbangan dibatalkan semalam apabila Ribut Tropika Trami melanda Taiwan.
Biro Kaji Cuaca menggesa orang awam agar berwaspada ketika ribut itu berada pada jarak 100 kilometer (km) di pesisir pantai timur laut bandar raya ini pada pukul 5.30 petang semalam (waktu tempatan).
Ribut tropika itu membawa angin berkelajuan mencecah 137km sejam (km/j).
Beberapa pegawai di biro berkenaan memberitahu, kesan ribut Trami boleh dirasai hingga pagi ini.
Terdahulu, lebih 200 milimeter hujan turun di beberapa bahagian di utara pulau ini, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat.
Menurut biro kaji cuaca, jumlah hujan itu dijangka meningkat kepada satu meter dengan ketibaan Trami.
Dalam pada itu, bursa dan pasaran kewangan di pulau ini ditutup, begitu juga pejabat dan sekolah di utara Taiwan yang dijangka berada di laluan ribut berkenaan.
Menurut Kementerian Pengangkutan, pihaknya turut mengarahkan semua penerbangan dan perkhidma- tan feri antara pulau di Taiwan dibatalkan.
Pemerintah pula mengerahkan sekitar 2,000 anggota tentera ke bebe- rapa kawasan yang diramal dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.
Setakat ini, tanah runtuh ekoran hujan lebat telah menyebabkan jalan raya ke kawasan pedalaman di dae- rah Hsinchu tidak boleh dilalui.
Sebanyak 70 penduduk kampung terperangkap dalam bencana tersebut tetapi pihak berkuasa menyatakan mereka tidak berada dalam bahaya.
Tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di utara bandar raya ini dan tengah Taipei.
Agensi Bomba Kebangsaan melaporkan, hanya seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan akibat Ribut Tropika Trami setakat ini.
Mangsa dilaporkan terlibat dalam kemalangan motosikal ekoran cuaca buruk di daerah Neihu di sini.
Setakat ini, pihak tentera memindahkan lebih 1,000 penduduk dari sebuah pulau terpencil yang diancam ribut berkenaan serta 200 penduduk di sebuah kawasan pergunu- ngan.
Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou turut memendekkan lawatan ke Carib- bean dan pulang ke Taiwan ekoran perkembangan yang membimbangkan itu.
Pada Julai lalu, Taufan Soulik membadai Taiwan dengan membawa hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 100 orang cedera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ceNoBIzk 
Hakcipta terpelihara