Search This Blog

Tuesday, August 20, 2013

35 mati dilanggar kereta api


2013/08/20
 
Patna: Sekurang-kurangnya 35 maut dan berpuluh lagi cedera semalam apabila dilanggar kereta api yang dipandu melebihi had di daerah Khagaria di Bihar.

Penduduk tempatan yang marah dengan kejadian membakar enam koc kereta api berkenaan, memukul pemandu dan menjadikan beberapa pegawai kereta api sebagai tebusan.
Ketua pengarah polis, SK Bhardwaj, mengesahkan kematian 35 penganut Hindu apabila kereta api ekspres Rajya Rani melanggar mereka ketika cuba melintas landasan di stesen kereta api Dhamara di laluan Saharsa-Mansi Kereta Api Pusat Timur (ECR). - AGENSI 

Banduan merusuh, bakar penjara

Banduan merusuh,  bakar penjaraAskar Indonesia mengawal tahanan di hadapan penjara Labuhan Ruku di Batu Bara Sumatera Utara selepas 30 banduan meloloskan diri semalam. - Foto REUTERS 30 pesalah cuba lolos diri di Penjara Labuhan Ruku ditahan semula

Medan: Pasukan keselamatan mengambil alih kawalan sebuah penjara penuh sesak di barat Indonesia selepas rusuhan semalaman dan menahan semula kebanyakan daripada 30 banduan yang cuba meloloskan diri, kata pihak berkuasa semalam.
Rusuhan meletus tengah hari kelmarin di penjara Labuhan Ruku yang dibina untuk menampung 300 banduan namun ia menempatkan lebih 850 tahanan, kebanyakannya penyeludup dadah.

Seorang warden dan banduan dirawat di hospital akibat cedera, manakala 23 banduan ditangkap semula termasuk empat yang menyerah diri kepada pihak berkuasa” Japerson Sinaga, Ketua polis tempatan

Ketua polis tempatan Leftenan Kolonel Japerson Sinaga berkata rusuhan bermula apabila seorang warden dipukul banduan yang baru dipindahkan ke kemudahan itu dari penjara lain.

Bakar penjara

Banduan kemudian membakar penjara manakala sekurang-kurangnya 30 banduan merusuh dengan pengawal keselamatan dan memanjat tembok setinggi dua meter.

“Seorang warden dan banduan dirawat di hospital akibat cedera, manakala 23 banduan ditangkap semula termasuk empat yang menyerah diri kepada pihak berkuasa,” kata Sinaga.
Katanya jumlah sebenar banduan yang hilang tidak jelas kerana kebakaran memusnahkan rekod penjara.

“Kami menggesa banduan lain yang bebas supaya menyerah diri. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas memaksa mereka mematuhi undang-undang,” katanya.

Pihak berkuasa penjara berkata banduan yang memulakan rusuhan marah kerana mereka dipindahkan ke sebuah penjara sesak jauh daripada keluarga mereka.

Pasukan keselamatan memindahkan 25 banduan wanita awal pagi semalam ke penjara lain ke Tanjung Balai. Seorang banduan hamil dirawat di hospital.

Pemindahan dirancang untuk banduan lain ke 13 penjara di pulau Sumatera kerana lebih 75 peratus kemudahan itu rosak akibat kebakaran, kata ketua penjara Sutopo Brutu. Ia adalah rusuhan kedua di wilayah itu dan ketiga di Indonesia tahun ini. - AP

Sembunyi permata dalam dubur


2013/08/20
 
Colombo: Seorang ahli perniagaan Sri Lanka ditangkap ketika cuba menyeludup keluar 32 batu permata bernilai 8 juta Rupee (RM199,529.60) disembunyikan dalam duburnya, lapor akhbar Mirror.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike malam Jumaat lalu, kata akhbar terbabit.
Seorang penduduk di Beruwala, destinasi popular peniaga permata, lelaki berusia 56 tahun itu tiba di lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Singapura jam 11.30 malam.

Dalam kondom

Kastam berkata sembilan batu permata berbeza disembunyikan dalam sebuah kondom yang dimasukkan ke dalam duburnya.

Sementara itu, seorang wanita China ditahan Jumaat lalu di lapangan terbang sama kerana cuba menyeludup keluar permata bernilai 4.2 juta Rupee (RM104,753.04), lapor akhbar Colombo Gazette.

Pegawai kastam yang menemui permata itu dalam bagasinya berkata wanita berusia 35 tahun itu dalam perjalanan ke Shanghai. - AGENSI

Riwayat pembunuh upahan

Georgetown: Polis mengesahkan lima lelaki yang mati selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah pangsapuri mewah di Sungai Nibong di sini, semalam, adalah pembunuh upahan yang terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penjenayah berusia antara 21 hingga 31 tahun itu juga dikenal pasti ahli kumpulan kongsi gelap dan mereka bertindak mengikut arahan ketua untuk membunuh sasaran yang ditentukan.
“Mereka juga didapati terbabit dalam beberapa kejadian bunuh sebagai tindakan balas dendam berkemungkinan berkaitan perebutan kuasa dan wang.

“Mereka tidak tinggal satu tempat bagi mengelak daripada dikesan polis dan bergerak mengikut arahan dan sasaran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini semalam.
Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.


Foto
MAYAT seorang daripada lima penjenayah dibawa masuk ke dalam trak polis untuk dibawa ke hospital.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, lima lelaki berusia 21 hingga 31 tahun itu ditembak mati ketika serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, IPK Pulau Pinang dan IPK Kedah di pangsapuri mewah Century Bay di Sungai Nibong, di sini.
Foto
ANGGOTA forensik mengumpul bahan bukti di tempat kejadian.
Suspek dikatakan baru seminggu tinggal di pangsapuri berkenaan dan menyewa di kawasan eksklusif itu bagi melindungi kegiatan mereka.
Foto
KHALID menunjukkan pistol yang digunakan penjenayah untuk berbalas tembakan dengan polis, semalam.
Khalid berkata, suspek bertindak melepaskan tembakan terhadap anggota yang melakukan serbuan sebelum tembakan balas terpaksa dilakukan sebelum membunuh semuanya.

Menurutnya, polis turut merampas tiga pucuk pistol yang digunakan dalam kejadian itu dan senjata yang dirampas itu dikenal pasti digunakan dalam beberapa kejadian bunuh sebelum ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan ada lagi anggota kumpulan yang masih bebas dan usaha mengesan mereka giat dilakukan,” katanya.

Khalid berkata, polis tidak pernah berdiam diri terhadap kes tembak yang membabitkan pembunuhan, malah mengambil langkah menubuhkan pasukan tindakan khas serta risikan untuk memberkas penjenayah termasuk ahli kongsi gelap, pengedar dadah dan lain-lain.

“Malah, sejak Operasi Cantas Khas (Op Cantas) digerakkan di seluruh negara Sabtu lalu, 200 orang ditahan di seluruh negara dan mereka kini sedang dikenal pasti sebelum tindakan diambil mengikut Akta Pencegahan Jenayah bagi tempoh 24 jam,” katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan akan melalui pelbagai peringkat saringan termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan, kenderaan yang digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri dan lain-lain yang berkaitan.

Katanya, operasi itu akan diteruskan dan pihaknya mendapati masih ada ahli kumpulan tertentu bergiat aktif selain bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain mengikut arahan ketua kumpulan masing-masing.

“Polis sedang berbincang dengan Peguam Negara untuk mengambil langkah memasang alat Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) terhadap bekas pesalah Ordinan Darurat (OD) bagi mengelak mereka gagal dikesan dan jika dipersetujui ia memudahkan polis memantau pergerakan mereka,” katanya.

Op Cantas membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut OD yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/20

Ajal 2 beranak rempuh pokok


Seremban: Perjalanan seorang wanita untuk memulakan hari pertama bekerja sebagai tukang masak berakhir tragedi memilukan apabila dia bersama anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Mambau-Port Dickson berhampiran Taman Kelab Tuanku, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.15 petang, Badariah Baba, 55, bersama anak lelakinya, Khairul ‘Aizat Taib, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. 
Jurucakap polis berkata, kereta Proton Satria dipandu Khairul dipercayai hilang kawalan di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat sebelum merempuh pokok. 

“Dua beranak itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban 2 dari rumah mereka di Kampung Bemban, dekat sini, untuk menghantar Badariah yang memulakan hari pertama bekerja sebagai tukang masak di sebuah gerai.
Foto
KERETA mangsa remuk teruk dalam kemalangan itu.

“Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian kereta dipandu Khairul hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pokok menyebabkan dia tersepit antara pokok dan kereta, manakala Badariah berjaya dikeluarkan orang awam,” katanya.

Dua kali malang

Alor Gajah: Hasrat seorang wanita yang patah kaki kanan mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sekitar ibu kota akibat kemalangan empat bulan lalu terbantut apabila terbabit kemalangan di persimpangan Jalan Durian Tunggal-Ayer Keroh dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Norita Abd Aziz, 54, menaiki kereta Toyota Corolla dipandu suaminya, Kasim Yatim, 54, dari bandar raya Melaka menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh.

Difahamkan, kereta dipandu Kasim hilang kawalan apabila kereta saudaranya yang berada di depan brek mengejut selepas melihat sebuah kereta lain keluar melulu dari arah Durian Tunggal.
Sumber berkata, mangsa yang duduk di sebelah tempat duduk penumpang depan terperosok manakala kaki kanan dan kepalanya terhentak.

“Mangsa sepatutnya hadir ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur untuk rawatan susulan akibat kecederaan dialami dalam kemalangan di sekitar ibu kota.

“Difahamkan, mangsa menahan kesakitan hampir 15 minit selepas kaki kanannya yang dimasukkan besi itu beralih dan tersekat di bahagian tempat duduk depan kereta dinaiki.
“Akibat kecederaannya itu, mangsa tersepit di tempat duduk depan namun diselamatkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba“ katanya.

Menurut sumber itu, mangsa dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan lanjut.
Saudara mangsa, Aina Hashim, 42, berkata, dia sekeluarga menaiki kereta Perodua Myvi dipandu suaminya, Rahman Ismail, 52, berada di depan kereta mangsa.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah Proton Wira tanpa lampu depan tiba-tiba muncul dari arah Durian Tunggal dan membelok ke kanan menghala ke bandar raya Melaka.

“Kereta itu langsung tidak berhenti di simpang berkenaan malah memotong beberapa kereta yang berhenti di situ,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dia berkata, suaminya terpaksa brek mengejut bagi mengelak merempuh kereta itu hingga menyebabkan kereta mangsa merempuh belakang sebelah kiri kereta mereka.

“Sejurus kemalangan, mangsa mengadu tidak dapat menahan sakit pada kaki kanannya yang dimasukkan besi sebelum orang awam membantu dan menghubungi talian kecemasan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap HM berkata, mangsa diberikan rawatan di lokasi kejadian dan dirujuk ke hospital berkenaan selepas mengadu besi di dalam kaki kanannya tertusuk ke tulangnya.

Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

40 orang buruan ditahan

Gombak: Seramai 40 lelaki termasuk empat yang tersenarai sebagai orang dikehendaki ditahan dalam Operasi Cantas Khas (Op Cantas) yang dijalankan di daerah ini, petang kelmarin hingga awal pagi semalam.
Op Cantas yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bermula 6 petang kelmarin sehingga 4 pagi semalam itu berjaya menahan 40 lelaki terbabit kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam Op Cantas itu, polis menahan 36 lelaki mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah manakala empat lagi ditahan kerana dikehendaki polis.
Menurutnya, pihaknya menggunakan Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah untuk menangkap mana-mana individu yang disyaki merancang melakukan kegiatan jenayah tanpa memerlukan waran.

“Kami akan terus memburu penjenayah yang berada dalam daerah ini tanpa mengira sama ada kesalahan yang dilakukan di luar daerah Gombak atau tidak dan jika mereka ditangkap, mereka akan diserahkan kepada IPD berkaitan yang mengendalikan sesuatu kes itu.

“Dalam operasi itu, seramai 39 lelaki adalah warga tempatan manakala seorang warga India. Hasil ujian air kencing terhadap mereka mendapati dua orang positif dadah,” katanya.
Abdul Rahim berkata, empat orang yang dikehendaki polis pula bersabit kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) di Johor Bahru, kes samun mengikut Seksyen 379A KK bersabit kes Sepang dan Saujana Utama, dan Seksyen 457 KK bersabit kes Gombak.

“Seramai 164 orang diperiksa dalam operasi itu.
“Melalui cara ini kita percaya dapat mengatasi kes samun, curi kenderaan dan pecah rumah termasuk menghindarkan berlaku sebarang cubaan melakukan kesalahan jenayah culik dan bunuh,” katanya.

Beliau berkata, jika ada individu yang dikesan dalam Op Cantas mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap atau samseng yang mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam, mereka akan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (APJ) untuk tempoh 24 jam.

“Operasi ini akan dijalankan berterusan supaya keselamatan masyarakat di daerah ini akan terjamin dan terhindar menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Tercampak keluar kereta

Cameron Highlands: Seorang lelaki maut akibat tercampak ke atas jalan selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terbabas dan terbalik di Kilometer 61, Jalan Besar Tanah Rata, di sini, petang kelmarin.
Mangsa yang tiada dokumen pengenalan diri dan berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HSHK), dekat sini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa yang menumpang kenderaan berkenaan dikatakan dalam perjalanan menghala ke Tanah Rata dari Cameron Highlands.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu pacuan empat roda berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing.

Katanya, kenderaan berkenaan kemudian terbalik mengakibatkan mangsa yang berada di belakang tercampak dan terjatuh atas permukaan jalan sebelum dibantu orang awam.

‘Tetamu’ majlis kenduri kebas beg duit

Kepala Batas: Dua wanita menggunakan taktik menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan sebelum cuba melarikan beg duit milik ahli keluarga pemilik rumah berkenaan dalam kejadian di Paya Keladi Tengah, dekat sini, kelmarin.
Dua tetamu tidak diundang berusia lingkungan 30-an itu sanggup tidak menjamah makanan seperti tetamu lain, tetapi terus masuk ke rumah Hashim Yaacob, 40-an, sebelum cuba melarikan beg adik ipar Hashim yang mengandungi RM3,000 serta beberapa dokumen penting.

Bagaimanapun, gelagat pelik mereka disedari Hashim sebelum meminta beberapa penduduk menahan kedua-dua wanita berkenaan dan pemeriksaan mendapati beg adik iparnya berusia 43 tahun berada dalam beg galas seorang daripada mereka.
Menurut Hashim, dia tidak mengenali dua wanita terbabit yang mengunjungi rumahnya jam 4 petang dan berpura-pura seperti tetamu lain.

“Dua wanita itu terus masuk ke rumah, tetapi dalam keadaan yang pelik. Saya mengesyaki sesuatu lalu memerhatikan gelagat mereka.

“Hanya dalam beberapa minit, mereka beredar tanpa menjamah makanan dengan seorang daripadanya menggalas beg,” katanya di sini, semalam.
Ketika dua wanita terbabit menghampiri sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang dipandu rakan mereka tidak jauh dari rumah itu, katanya, penduduk bertindak menahan mereka.

“Pada mulanya seorang daripada wanita itu tidak mengaku mengambil beg milik adik ipar saya, tetapi selepas siasatan mendapati beg adik ipar saya memang berada dalam beg galasnya.
“Rakan mereka yang sedang menunggu dalam kereta segera beredar sebaik menyedari dua rakannya ditahan penduduk sebelum kami menghubungi polis," katanya.

Pengemis berpakaian wanita ditahan

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam menahan seorang pengemis lelaki berpakaian wanita untuk disoal siasat.
Lelaki itu ditangkap ketika meminta sedekah di simpang jalan raya di Dammam, timur negara itu. 
Mengemis dilarang di Arab Saudi. Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu sering berdepan dengan masalah menangani pengemis wanita atau lelaki berpakaian wanita yang meminta sedekah di depan masjid.

Sepanjang Ramadan lalu, pihak berkuasa Dammam berkata, ia menahan 210 pengemis.
Ia termasuk 107 wanita, 30 lelaki dan 73 kanak-kanak. 
Menurutnya, 27 peratus daripada mereka ialah rakyat tempatan sementara yang lain warga asing.

Kebanyakan tangkapan dibuat di depan masjid dan lampu isyarat serta pasar besar.

Penduduk tempatan yang ditangkap mengemis diserahkan kepada pusat kebajikan sementara warga asing ditahan sebelum diusir ke negara asal masing-masing.

Pada 2011, seorang lelaki berpakaian wanita yang ditangkap mengaku memperoleh SR200 (RM170) dengan mengemis pada hari biasa. Jumlah itu lebih tinggi pada hari Jumaat. - Agensi

Pegawai polis dijel 50 tahun kerana membunuh

Bangkok: Seorang bekas polis Cawangan Khas dipenjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah membunuh dua orang bawahannya.
Leftenan Polis Picharana Kong-in melakukan pembunuhan itu ketika menjawat jawatan timbalan inspektor pada 18 Ogos 2011. Dia menembak mati Sarjan Mejar Virach Chaivarat dan Ponrthep Damnil di belakang sebuah balai bomba yang berdepan dengan pejabat cawangan itu.

Picharana yang melakukan pembunuhan itu berkata, dia bertindak demikian kerana tidak waras.
Mahkamah semalam mendapati dia bersalah atas dua tuduhan membunuh dengan menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun empat bulan bagi setiap kesalahan itu.

Bagaimanapun, ia dikurangkan kepada 50 tahun, hukuman maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang Thai. - BP

Mayat wanita tua dalam peti dingin beku

London: Polis semalam menemui mayat seorang wanita tua yang dipercayai mangsa pembunuhan ikhsan dalam peti dingin beku.
Mayat Louise Brough, 90, ditemui oleh polis di flet kediamannya di Portsmouth, Hampshire selepas polis menerima panggilan kecemasan daripada pekerja majlis perbandaran yang bimbang dengan keadaan mangsa terbabit.

Seorang lelaki berusia 53 yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu ditahan polis sebelum dibebaskan kemudian dengan ikat jamin.
Menurut jiran mangsa, wanita itu dan anak lelakinya tinggal di flet yang sama dan mangsa uzur kerana faktor usia.

Jurucakap polis berkata, anggotanya bergegas ke alamat diberikan selepas menerima panggilan daripada seorang pekerja majlis perbandaran yang bimbang dengan keadaan wanita tua berkenaan. “Polis masih menyiasat punca sebenar kematiannya. “Sementara itu, seorang lelaki berusia 53 tahun dari Southsea ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan itu,” katanya. - Agensi

Maut ditikam angkara selisih faham



ANGGOTA forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian yang mengorbankan seorang pemandu lori di Bestari Jaya, Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Angkara perselisihan faham, seorang pemandu lori menerima akibat apabila dibelasah sebelum ditikam hingga mati oleh sekumpulan lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Indah, Bestari Jaya di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Thangharajan, 33, cedera parah di perut dan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Taib Ahmad, kejadian berlaku apabila mangsa yang mendengar bunyi bising keluar dari rumahnya dan melihat empat lelaki sedang minum arak di hadapan rumah itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2cVqZlysq 
Hakcipta terpelihara 

Pattinson tersalah pukul pengawal keselamatan



PENGAWAL peribadi Robert Pattinson (berkaca mata) cuba menghalang sekumpulan jurugambar daripada mendekati aktor berkenaan (hadapan).- agensi


CALIFORNIA - Bekas teman lelaki pelakon Kristen Stewart, Robert Pattinson tersilap mengasari sorang lelaki yang disangkanya paparazi sewaktu meninggalkan sebuah kelab malam di sini, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Pattinson, 27, dikatakan telah mengasari muka seorang pengawal keselamatan di luar bangunan pusat hiburan Troubadour pada Jumaat lalu selepas dia ditolak dan menyebabkan cermin matanya terjatuh ke lantai.
Dalam satu klip video yang dirakamkan, aktor yang popular menerusi filem puntianak romantik, Twilight itu dilihat sangat seronok ketika meninggalkan bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, dia secara tiba- tiba berhenti dan memegang muka pengawal tersebut dengan kasar.
Pengawal keselamatan itu cuba menyekat jurugambar daripada mengambil gambar Pattinson. Dia kemudian memberitahu Patttinson bahawa pelakon itu sudah tersalah orang.
"Kenapa kamu mengasari seorang pengawal yang tidak bersalah? Dia tidak buat apa-apa selain daripada melindungi kamu," kata satu suara dalam video berkenaan.
Terdahulu, bintang Hollywood itu muncul di pusat hiburan tersebut untuk menyaksikan persembahan rakan baiknya, Bobby Long. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2cVpwuY3H 
Hakcipta terpelihara 

Anggota Geng Helmet diberkas



AZMAN (tiga dari kiri) menunjukkan topi keledar dan parang yang dirampas daripada dua anggota Geng Helmat di Klang semalam.


KLANG – Tindakan pantas polis melakukan gerakan memburu berjaya menahan dua daripada lima anggota Geng Helmet dalam tempoh tidak sampai sejam selepas mereka menyamun sebuah restoran di Bukit Tinggi di sini semalam.
Kedua-dua lelaki terbabit diberkas apabila mereka gagal melarikan diri setelah dikejar anggota polis yang menerima laporan di Jalan Datuk Dagang di sini kira-kira pukul 4 pagi namun tiga lagi rakan suspek meloloskan diri.
Turut dirampas sebuah kereta Proton Wira dinaiki suspek, dua bilah parang, empat topi keledar, dua telefon bimbit serta sejumlah rokok dan wang tunai dipercayai hasil samun.
Gelaran Geng Helmet digunakan kerana kumpulan terbabit akan memakai topi keledar semasa menyamun di premis perniagaan dibuka 24 jam dan kegiatan jahat itu sering dilakukan selepas pukul 12 tengah malam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2cVpMWyLi 
Hakcipta terpelihara 

Budak parah bermain mercun


MOHD. HARITH yang parah terkena mercun dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak, Mohd. Harith Danial Errman, 8, yang didakwa cedera parah akibat terkena bahan letupan yang jatuh dari syiling rumah neneknya sebenarnya terkena mercun buatan sendiri.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, siasatan pihaknya mendapati, kejadian di rumah nenek kanak-kanak itu di Bukit Awang, Pasir Puteh dekat sini malam Jumaat lalu tidak ada kena mengena dengan letupan bom.
"Siasatan awal mendapati, kecederaan kanak-kanak tersebut disebabkan letupan mercun buatan sendiri dan bukannya akibat bahan letupan seperti didakwa.
"Dia menyalakan mercun tersebut ketika berada seorang diri di dapur rumah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2cVpCg96k 
Hakcipta terpelihara 

200 orang ditahan hari pertama




GEORGE TOWN - Seramai 200 individu yang disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk memiliki senjata api ditahan dalam operasi Ops Cantas Khas yang dilancarkan kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, kebanyakan mereka yang ditahan merupakan ahli kumpulan kongsi gelap dan orang yang dikehendaki berkaitan kes jenayah di negara ini.
Menurut beliau, operasi itu dijalankan dengan penubuhan sebuah pasukan khas sebagai langkah proaktif polis bagi menggerakkan usaha memburu penjenayah di seluruh negara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2cVp1p4ad 
Hakcipta terpelihara 

Lima tersungkur dalam apartmen



ANGGOTA polis mengangkat mayat salah seorang penjenayah yang ditembak mati di sebuah apartmen di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Risikan tepat polis ke atas lima ahli kongsi gelap bergelar Si Lian atau Geng 04 yang terlibat dalam beberapa kes jenayah berat termasuk membunuh dan dadah berakhir dengan adegan berbalas tembak yang menyaksikan kesemua penjenayah tersebut mati.
Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila sepasukan polis daripada Bahagian Jenayah Berat, Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Bukit Aman dan Kedah menyerbu sebuah unit apartmen mewah 15 tingkat di Jalan Pantai Jerejak dekat Sungai Nibong.
Mayat J. Gobinath, 31, R. Ramesh, 27, A. Vinut, 23, M. Suresh, 25, dan M. Gobinath, 21, ditemui di dalam tiga buah bilik di premis yang terletak di tingkat 13 apartmen tersebut.
Selain mayat mereka, polis turut menemui tiga pucuk pistol jenis Norinco, Walther PPK dan Revolver .38 bersama beberapa butir peluru dan 15 buah telefon bimbit di unit itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2cVnvpGhE 
Hakcipta terpelihara 

Tukar bengkel kereta jadi pub



KAMALLUDIN (berdiri di kanan) melihat sebahagian warga asing yang ditahan di Melaka semalam.


MELAKA – Taktik sebuah premis yang menjadikan bekas bengkel kereta sebagai pusat hiburan akhirnya terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Melaka di Malim di sini dalam satu operasi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, seramai tujuh wanita warga Vietnam ditahan kerana melakukan kesalahan salah guna pas dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di premis tersebut.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, semasa serbuan dilakukan kesemua yang ditahan sedang sibuk melayan 10 pelanggan mereka yang datang ke tempat tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2cVnYlRnX 
Hakcipta terpelihara 

Tukar bengkel kereta jadi pub



KAMALLUDIN (berdiri di kanan) melihat sebahagian warga asing yang ditahan di Melaka semalam.


MELAKA – Taktik sebuah premis yang menjadikan bekas bengkel kereta sebagai pusat hiburan akhirnya terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Melaka di Malim di sini dalam satu operasi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, seramai tujuh wanita warga Vietnam ditahan kerana melakukan kesalahan salah guna pas dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di premis tersebut.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, semasa serbuan dilakukan kesemua yang ditahan sedang sibuk melayan 10 pelanggan mereka yang datang ke tempat tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2cVnYlRnX 
Hakcipta terpelihara 

Manila lumpuh akibat dilanda banjir kilat



BEBERAPA kenderaan ditenggelami air selepas banjir kilat melanda bandar Kawit, di selatan Manila semalam.- REUTERS


MANILA - Hujan lebat yang melanda ibu negara Filipina semalam menyebabkan dua orang terkorban dan sejumlah yang lain hilang, selain melumpuhkan bandar metropolitan ini.
Sebahagian kawasan di sini ditenggelami air dan mengakibatkan banyak jalan raya tidak dapat dilalui.
Bencana tersebut turut memaksa beribu-ribu penduduk di persisiran pantai dan pergunungan di wilayah utara di sekitar bandar raya ini berpindah ke pusat-pusat perlindungan.
Sejumlah sekolah, pejabat, bursa saham, mahkamah dan kompleks kedutaan ditutup apabila bandar yang dihuni 12 juta orang itu diletakkan di bawah amaran merah.
Banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun itu diburukkan lagi dengan kehadiran Ribut Tropika Trami.
Laporan televisyen menunjukkan, ramai penduduk terperangkap di atas bumbung ketika banjir membadai bandar Binan di Tasik Laguna dekat sini.
Banjir kerap berlaku di bandar raya ini ekoran penerokaan hutan di kawasan pergunungan, masalah aliran air dan terusan yang tersumbat akibat penempatan setinggan serta perancangan bandar yang lemah.
Sementara itu, pegawai pertahanan awam wilayah, Andrew Alex Uy berkata, pasukan keselamatan berjaya menyelamatkan 29 pelancong, termasuk 13 rakyat Jepun di bandar pergunungan Sagada.
Mereka terkandas berapa jam di dalam sebuah gua selepas hujan lebat selama dua hari menyebabkan air di sebatang sungai di pintu masuk gua melimpah.
Seorang pelancong tempatan pula dilaporkan masih hilang.
Pihak berkuasa terpaksa melepaskan air dari beberapa empangan di Luzon kerana paras air semakin meningkat dan beribu-ribu penduduk sekitar diarahkan berpindah.
Kejadian tanah runtuh dan banjir memaksa salah satu laluan utama menuju Manila ditutup.
Di wilayah-wilayah terpencil seperti Cavite, Batangas dan Ilocos Norte, pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa banjir kilat memaksa beribu-ribu penduduk berlindung di sekolah dan sejumlah bangunan yang kukuh.
Pakar-pakar kaji cuaca menyatakan bahawa ribut dijangka berubah menjadi taufan dengan kelajuan angin hingga 120 kilometer sejam apabila ia bergerak dari Filipina menuju Pulau Okinawa, Jepun pada Rabu ini. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2cVn4Bq00 
Hakcipta terpelihara