Search This Blog

Monday, August 19, 2013

Tiga treler musnah terbakar

Tiga treler musnah terbakar
Keadaan treler yang terbakar di Pusat Kualiti Alam, semalam. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.
Tiga treler musnah terbakar - Melaka & NS - Sinar Harian:
SEREMBAN – Tiga buah treler musnah dalam kebakaran di kawasan parkir di Pusat Kualiti Alam, Sendayan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 pagi itu berpunca dari sebuah lori treler yang dipenuhi bahan muatan minyak diesel buangan terbakar, sebelum meletup dan merebak kepada dua buah treler lain yang berada bersebelahan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Shazleen Mohd Hanapiah berkata, sebanyak tiga jentera membabitkan 10 anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.35 pagi sebelum tiba ke lokasi dalam tempoh 10 minit.

"Sebaik tiba ke tempat kejadian, api sudah marak menyebabkan sebuah treler dipenuhi muatan sisa diesel musnah seratus peratus.

“Akibat daripada letupan yang kuat itu, ia menyebabkan api merebak ke lori-lori lain yang turut sama parkir di kawasan tersebut. Hasil tindakan pantas, kita berjaya
menyelamatkan sebuah treler dari terbakar teruk dan hanya mengalami kemusnahan kira-kira 10 peratus sahaja, berbanding sebuah lagi sebanyak 80 peratus," katanya.

Beliau berkata, melalui siasatan awal pihaknya, treler tersebut dikatakan baru sahaja pulang dari mengambil muatan dan parkir di kawasan tersebut sebelum membuat pelupusan pada keesokan hari.

"Bagaimanapun, punca utama kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Temui senjata dalam rumah

Temui senjata dalam rumah
Antara senjata yang berjaya dirampas dalam serbuan, semalam.
Temui senjata dalam rumah - Melaka & NS - Sinar Harian:

NILAI - Polis menahan seorang lelaki dan merampas beberapa laras senapang angin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek, dekat sini semalam.

Serbuan kira-kira 11 pagi semalam itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di rumah terbabit.

Menurut sumber polis, ketika pemeriksaan dilakukan, polis menemui sejumlah senjata termasuk dua laras senapang patah angin, dua laras mesingan angin dan sepucuk pistol angin.

Menurutnya, ketika serbuan, terdapat seorang lelaki berusia 35 tahun di rumah berkenaan dan suspek memberi kerjasama sepanjang pemeriksaan dilakukan.

"Kita turut menemui sekotak rokok milik suspek yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu. Bagaimanapun, pemeriksaan lajut di rumah berkenaan kita menjumpai sejumlah senjata api termasuk beberapa peluru hidup,"

Menurutnya, serbuan di rumah itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat ada aktiviti penyalahgunaan oleh penghuninya.

"Buat masa ini kita sedang siasat tujuan suspek menyimpan senjata berkenaan sama ada untuk kegunaan jenayah atau sebaliknya. Kita juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat selain kaitan suspek dengan kes jenayah di negeri ini," katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, polis juga sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Baharom Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Disamun ketika bersenam - Melaka & NS - Sinar Harian

Disamun ketika bersenam
Gambarajah menunjukkan suspek masuk ke dalam rumah mangsa dengan memanjat pagar rumah jiran.
Disamun ketika bersenam - Melaka & NS - Sinar Harian:
NILAI – Rutin harian seorang warga emas melakukan aktiviti senaman di pekarangan rumahnya bertukar pengalaman ngeri apabila dia disamun empat lelaki bertopeng bersenjatakan kapak dan pisau, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi di Taman Putra Mantin, dekat sini itu, mangsa berusia lingkungan 70-an itu bukan sahaja diugut untuk dicederakan, malah mukanya juga turut ditutup dengan plastik.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang berseorangan sedang melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang di dalam pagar rumahnya. Manakala, ahli keluarganya yang lain masih tidur.

“Tiba-tiba, sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhenti di hadapan pagar rumah mangsa sebelum empat lelaki bertopeng dan bersenjata keluar dari kereta berkenaan.

“Suspek terus  memanjat pagar rumah jiran mangsa dan melompat masuk ke dalam rumah mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut tidak sempat membuat apa-apa dan hanya tergamam apabila diacukan pisau oleh seorang penjenayah terbabit.

Menurutnya, suspek kemudianya mengugut mangsa supaya diam dan memberitahu mereka mahukan wang.

“Salah seorang suspek bercakap dalam bahasa Kantonis 'diam! saya mahu duit’ dan mengikat mangsa bersama enam lagi ahli keluarganya.

“Mangsa kemudiannya dibawa masuk ke dalam rumah sebelum suspek mengejutkan ahli keluarga lain lalu mengikat mereka dengan tali,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sumber berkata, penjenayah terbabit kemudian menggeledah rumah mangsa dan mengambil seutas rantai, wang tunai berjumlah RM600 serta melarikan sebuah kereta jenis Toyota Innova milik keluarga mangsa.

Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri, sebelum ahli keluarga mangsa berjaya membuka ikatan beberapa minit kemudian dan membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya,

Lelaki maut ketika berkonvoi

Nahas ketika berkonvoi
Mayat mangsa ditutup anggota penyelamat selepas kemalangan.
Lelaki maut ketika berkonvoi - Melaka & NS - Sinar Harian:
KUALA PILAH – Seorang lelaki maut apabila terjatuh daripada motosikal ditungganginya, sebelum dia digilis sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Kejadian berlaku kira-kira 1.45 petang kelmarin di Kilometer 17.5 Jalan Kuala Pilah-Tampin, Johol, dekat sini, apabila mangsa, Mohd Kamal Rulzaman A.Rahim, 35, yang menunggang motosikal jenis Nimota 150 cc sedang berkonvoi dengan beberapa penunggang motosikal lain ke arah Tampin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa dan beberapa penunggang lain melalui selekoh berhampiran sebuah tokong Cina.

“Ketika itu, mangsa sedang menunggang secara berkumpulan ke arah Tampin. Tiba di selekoh kiri jalan berkenaan, mangsa terbabas sendiri akibat hilang kawalan sebelum terjatuh atas laluan bertentangan.

"Mangsa tidak sempat bangun dan dalam masa sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubisi Triton datang dari arah Tampin ke Kuala Pilah dan melanggar mangsa yang terbaring atas jalan," katanya.

Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri.

"Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda hanya cedera ringan,” katanya.

Azmi berkata, berdasarkan pada alamat tertera di kad pengenalan, mangsa beralamat No.15 Jalan Akasia 3 Taman Acasia, 75350 Melaka dan dikatakan bekerja di Kilang Infineon, Melaka.

“Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,  Kuala Pilah untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah dan Balai Bomba Kuala Pilah turut menghulurkan bantuan semasa kejadian terbabit.

Mayat nahas kapal selam ditemui

Mayat nahas kapal selam ditemui - Global - Sinar Harian: "MUMBAI - Pasukan ketenteraan marin India, semalam, dilaporkan menjumpai empat mayat rentung dipercayai kelasi yang terperangkap di dalam kapal selam yang meletup di limbungan Mumbai.

"Empat mayat dalam keadaan rentung dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan mengalami kecederaan teruk," kata jurucakap tentera laut.

Media tempatan turut dimaklumkan, pasukan penyelamat sudah tidak mempunyai harapan untuk menjumpai mangsa terselamat selain menjangkakan angka korban meningkat.

Kelmarin, kapal selam INS Sindhurakshak membawa 18 kelasi terbakar dan tenggelam di bandar pelabuhan Mumbai sekali gus menyebabkan kesemua anak kapal terperangkap sejurus berlaku letupan di bahagian diesel-eletrik. - Al-Jazeera"

'via Blog this'

Pemain bola Indonesia berhadapan tuduhan rogol

Pemain bola Indonesia berhadapan tuduhan rogol - Global - Sinar Harian: "JAKARTA - INDONESIA. Pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Greg Nwokolo didakwa melakukan penganiyaan dan cubaan merogol seorang wanita Jumaat lalu.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, Rahelia Geby, 25, Nwokolo telah mengajak dan menginap di kediamannya di Jakarta Selatan.

Tambah mangsa, sebelum menginap, Nwokolo mengajak Geby dan dua rakannya ke sebuah kelab malam di Senayan.

Sebaik pulang dari kelab malam, Nwokolo telah meminta Geby tidur di biliknya.

Dipetik dari Kompas.com, Geby turut mengakui, ketika di dalam bilik tidur itulah Nwokolo melakukan perbuatan tidak senonoh kepadanya.

"Saya tak tahu, (Nwokolo) ajak saya berhubungan, tapi saya menolak. Dia marah dan terus memukul saya di muka," katanya.

Sementara itu, peguam Geby, Frans Paulus turut  menggesa supaya Nwokolo ditahan segera.

Nwokolo merupakan pemain berasal dari Nigeria dan telah mendapatkan taraf kewarganegaraan Indonesia."

'via Blog this'

Protes Tebing Barat, puluhan cedera - Global - Sinar Harian

palestin
Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta bantahan.
Protes Tebing Barat, puluhan cedera - Global - Sinar Harian: "RAMALLAH - Puluhan penduduk Palestin dan aktivis antarabangsa dilaporkan cedera, selepas menyertai bantahan penempatan haram di Tebing Barat serta menyokong tahanan Palestin yang di penjara Israel, kelmarin.

Sukarelawan hak asasi kemanusiaan memberitahu, peserta turut mengalami sesak nafas selepas tentera rejim melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Penunjuk perasaan membawa bendera Palestin sambil berarak di sekitar perkampungan dan melaungkan perpaduan negara serta pembebasan tahanan di penjara Yahudi.

Kumpulan itu turut menggesa pihak berkuasa Israel membuka semula jalan utama kampung Kafr Qaddum berhampiran Qalqiliya yang ditutup sejak 2003.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menyatakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan tujuh tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan, badan antarabangsa itu mengatakan sebarang penyelesaian perlu mengambil kira pemogok lapar tidak boleh dipaksa menerima rawatan perubatan atau makanan. -  Ma'an"

'via Blog this'

Ahli politik wanita maut

Najma
Najma
Ahli politik wanita maut - Global - Sinar Harian: "PESHAWAR - Seorang ahli politik wanita sekular dari Pakistan disahkan terbunuh selepas terkena tembakan oleh lelaki bersenjata sewaktu kediamannya dipecah masuk lewat malam kelmarin.

Najma Hanif, 35, seorang ahli kanan Parti Kebangsaan Awami (ANP), yang juga terkenal dengan kelantangan terhadap Taliban dan operasi ketenteraan yang bertempur di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Jurucakap polis, Mohammad Faisal berkata, penyerang yang sehingga kini masih belum dikenal pasti identitinya, menggunakan pistol senyap ketika menyerang mangsa.

Setakat ini, motif tembakan masih kabur selain suami dan pengawal peribadi mangsa sebelum ini terbunuh dalam serangan bom berani mati dilakukan Taliban dalam November 2011.  -  AFP"

'via Blog this'

Korban rombongan perkahwinan

Korban rombongan perkahwinan - Global - Sinar Harian:
  • banjirDua lelaki nekad mengharungi arus deras di lokasi kejadian.

SANA'A - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan lebih 41 hilang apabila kenderaan rombongan perkahwinan dihanyutkan arus banjir deras di selatan Yaman, semalam.

Jurucakap pegawai daerah Shara'ab berkata, mangsa adalah wanita dan kanak-kanak di dalam tiga kenderaan.

"Kejadian berlaku apabila mereka melalui jalan raya di lembah Wadi Nakhla terletak antara Taiz dan wilayah Ibb," katanya yang turut mengesahkan lapan mangsa diselamatkan termasuk pengantin perempuan.

Yaman merupakan sebuah negara yang terdedah kepad banjir berikutan kedudukannya di hujung selatan Semenanjung Arab.  -  Al-Jazeera

Yaman merupakan sebuah negara yang terdedah kepad banjir berikutan kedudukannya di hujung selatan Semenanjung Arab.  -  Al-Jazeera"

'via Blog this'

108 angka korban hujan monsun di Pakistan

108 angka korban hujan monsun di Pakistan: "ISLAMABAD 19 Ogos - Seramai 108 orang terkorban, manakala lebih 300,000 yang lain terjejas sepanjang minggu lalu kesan daripada hujan monsun yang melanda seluruh Pakistan.

Pegawai Kanan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) berkata, hujan lebat turun di 770 buah kampung dan memusnahkan 2,427 buah rumah.

“Hujan menjejaskan 334,764 orang, membunuh sekurang-kurangnya 108 orang dan 104 cedera," katanya semalam.

Ujarnya lagi, NDMA turut membuka 44 buah kem bantuan di kawasan yang dilanda banjir untuk membantu mangsa yang terjejas. - AFP"

'via Blog this'

30 banduan larikan diri dari penjara di Sumatera

30 banduan larikan diri dari penjara di Sumatera: "LABUHAN RUKU, Indonesia 19 Ogos - Kira-kira 30 banduan melarikan diri dari penjara di pulau Sumatera, Indonesia semalam selepas berlakunya satu rusuhan.

“Kira-kira 30 tahanan berjaya melarikan diri," kata Ketua Penjara Labuhan Ruku, Sutopo Berutu.

Jurucakap penjara, Akbar Hari berkata, banduan melakukan serangan ke atas kakitangan penjara, selain membakar bilik pendaftaran dan pos pengawal.

“Kami masih menyiasat punca berlakunya serangan itu," katanya. - AFP"

'via Blog this'

Tiga bersaudara maut tembung bas dua tingkat


Raub: Tiga bersaudara maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta Mercedes-Benz yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat dalam kejadian di Kilometer 330, Jalan Raub-Kuala Lipis, semalam.
Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta, Liew Fatt Meng, 49, penumpang depan, Pang Chou Ling, 52, dan Yeow Chong Han, 10, manakala dua lagi yang parah adalah Phen Wong Som dan Yeow Yan Cheow masing-maing berusia lingkungan 20-an.

Semua mangsa berasal dari Benta.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman berkata, siasatan awal mendapati kereta Mercedez-Benz dipandu Liew dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain sebaik tiba di satu selekoh.

Bagaimanapun, katanya, pada masa sama, sebuah bas ekspres membawa 64 penumpang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki lima bersaudara itu.

Akibat pertembungan itu, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan sebelum mayatnya berjaya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Raub.
Foto
KEADAAN kereta dipandu mangsa yang remuk teruk.
“Dua lagi mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Raub (HR), tetapi disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

“Dua mangsa yang cedera parah masih dirawat di HR. Polis akan bertemu dengan dua mangsa berkenaan dalam tempoh terdekat untuk merekodkan keterangan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, polis juga akan bertemu dengan pemandu bas berkenaan, Mohd Ariffin Yusoff, 53, berasal dari Kelantan yang hanya cedera ringan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, selain itu, polis juga akan mengesan waris mangsa bagi membuat pengecaman mayat.

Ruang tamu banjir darah


Subang Jaya: “Sebaik terdengar bunyi letupan kuat, saya bergegas ke tingkat bawah. Pada masa sama, kakak sepupu saya masuk dalam rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum disusuli adik saya memegang lengan yang berlubang dengan kesan darah yang banyak.
“Kemudian sepupu perempuan saya pula terpaksa dipapah masuk kerana kecederaan parah di seluruh muka. Keadaan di lantai ruang tamu pada ketika itu macam banjir darah,” kata Muhammad Firdaus Mohd Yaacob, 15, menceritakan kejadian letupan mercun menyebabkan dua cedera manakala seorang lagi dilaporkan kritikal dalam insiden kira-kira jam 11.30 malam ketika majlis rumah terbuka di sebuah rumah di Tasik Prima Puchong, kelmarin. 
Mangsa kritikal dan masih dirawat di Hospital Putrajaya ialah Aleya Alysha Abd Rahim, berusia lapan tahun yang berisiko buta mata manakala Nasha Nurkistina Zalman, 13, dan Mohd Fadzli Mohd Yaacob berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dilaporkan stabil. 

Muhammad Firdaus berkata, semua mereka yang ada hubungan saudara berkunjung ke rumah bapa Nasha kerana ada membuat rumah terbuka.
Foto
ALEYA Alysha berisiko buta mata sebelah kiri selepas terkena letupan mercun.

“Saya dimaklumkan, semua mereka yang cedera ketika itu sedang mencari mercun yang disimpan dalam sebuah almari besi yang diletakkan di dalam garaj di luar rumah.

Ilham karut 'Ayahanda'


Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Cium pipi, dahi dan kaki selepas bersembahyang di dalam gua. Itu antara aktiviti dilakukan pengikut ajaran sesat yang menjadikan sebuah gua di sebuah negeri di pantai timur sebagai markas untuk pengikutnya berkumpul pada masa ditetapkan peneraju kumpulan itu.

Bercampur antara lelaki dan perempuan, mereka bersalaman dengan individu dipanggil ‘Ayahanda’ dan ‘Bonda’ sebelum mengucup kedua-duanya yang menunggu di persada khas seperti katil di gua berkenaan sehingga selesai solat wajib.

Bagaimanapun, dia tidak bersembahyang sebaliknya hanya melihat pengikutnya berbuat demikian.

Difahamkan, setiap kali sembahyang terdapat lebih daripada 10 pengikutnya, tetapi jumlah keseluruhan pengikut ajaran terbabit tidak dapat dipastikan.

Foto
GUA dipercayai tempat pengikut ajaran sesat berkumpul.

Foto
PASANGAN yang membahasakan diri mereka Ayahanda dan Bonda.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shahrom Maarop berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, pengasas ajaran terbabit berusia 60-an dikesan aktif menyebarkan ajaran dipeloporinya di negeri asal dan negeri lain, malah fahaman karut itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta berdamping dengan hidupan liar seperti harimau serta gajah.

‘Bom’ dari siling


Kota Bharu: Seorang kanak-kanak hancur tangan kiri selepas sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba meletup ketika sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.
Kejadian jam 8.45 malam itu menyebabkan Mohd Harith Danial Errman, 8, dikejarkan ke Hospital Besut sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini. 
Dia turut menerima beberapa jahitan apabila turut tercedera di mulut. 

Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri.
Foto
MOHD Harith Danial turut cedera di mulut.

Bagaimanapun, bapanya, Errman Mohd Yusof, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori bergegas pulang melihat anaknya di hospital sebaik dimaklumkan kejadian itu.

Lelaki ditemui hampir rentung di Lukut

Berita Harian | Lelaki ditemui hampir rentung di Lukut: "PORT DICKSON: Seorang lelaki, Lee Hong Wan, 35, ditemui mati dalam keadaan hampir rentung, di rumahnya di Taman Lukut, dekat sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa tinggal seorang diri kerana isteri dan seorang anaknya pulang ke kampung di Kuantan, Pahang.
Kejadian disedari jirannya yang terbau hangit seperti benda terbakar dan segera menghubungi Balai Bomba berdekatan.

Anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian menjumpai mangsa mati di bilik utama rumah yang disewanya itu."

'via Blog this'

5 penjenayah maut berbalas tembak dengan polis di Pulau Pinang

Berita Harian | 5 penjenayah maut berbalas tembak dengan polis di Pulau Pinang: "GEORGETOWN: Lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 dan terbabit dengan beberapa kes bunuh dan tembak di negeri ini, maut apabila berbalas tembakan dengan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong, pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 4.45 pagi apabila sepasukan pegawai dan anggota polis bertindak melakukan serbuan di rumah berkenaan hasil intipan dan maklumat awam yang diterima. "

'via Blog this'

10 maut, 12 cedera trak jatuh gaung di El Salvador

Berita Harian | 10 maut, 12 cedera trak jatuh gaung di El Salvador: "SAN SALVADOR: Seramai 10 orang maut dan 12 lagi mengalami kecederaan di timur laut El Salvador hari ini selepas trak yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung di sini, kata polis.

Jurucakap polis di Cacaopera berkata, kejadian berlaku selepas kenderaan terbabit hilang kawalan dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter.
Trak berkenaan membawa barangan jualan ke pasar dekat Cacaopera ketika kejadian berlaku. - AFP "

'via Blog this'

Dua perompak larikan wang tunai, kad prabayar di Rantau Abang

Berita Harian | Dua perompak larikan wang tunai, kad prabayar di Rantau Abang: "DUNGUN: Dua lelaki bertopeng mengacukan sepucuk pistol dan parang kepada dua pekerja wanita selepas menyerbu masuk kedai mesra di stesen minyak Petronas di Rantau Abang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, dua perompak terbabit menyerbu masuk stesen minyak yang diusahakan menantu bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM4,000 dan kad prabayar bernilai RM600.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, ketika kejadian kedua-dua pekerja wanita terbabit berusia 21 dan 23 tahun itu berada di kaunter sebelum didatangi kedua-dua suspek yang bersenjatakan pistol dan parang. "

'via Blog this'

64 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Melaka

Berita Harian | 64 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Melaka:

MELAKA: Seramai 64 warga asing termasuk tujuh wanita warga Vietnam dipercayai pelayan pelanggan (GRO), ditahan Jabatan Imigresen Melaka atas pelbagai kesalahan dalam 16 serbuan di sembilan lokasi di daerah Melaka Tengah malam tadi. 

Pengarah jabatan berkenaan Kamalludin Ismail berkata kesemua GRO berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan di sebuah bengkel kereta yang diubah suai menjadi pusat hiburan di Malim di sini. 
"Ketika ditahan, kesemua wanita tersebut sedang melayan 10 pelanggan yang berada di premis yang dipercayai telah beroperasi kira-kira tiga bulan lepas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini. 


Beliau berkata kesemua wanita itu melakukan kesalahan melanggar syarat pas, permit atau sempadan pas dan disyaki turut menawarkan perkhidmatan tidak bermoral kepada pelanggan di luar premis terbabit. 

Sementara itu, sepasang suami isteri warga Kemboja bertindak melarikan diri dan meninggalkan anak perempuan mereka berusia empat tahun bagi mengelak ditahan anggota Imigresen di sebuah rumah di Taman Bukit Rambai pada 12 tengah malam tadi. 

Kamalludin berkata pasangan berusia 30-an yang bekerja sebagai tukang jahit dan pekerja ladang itu bagaimanapun berjaya ditahan berhampiran rumah didiami mereka. 

"Siasatan awal mendapati wanita tersebut dipercayai tinggal di negara ini setelah tamat tempoh sah permit kira-kira tujuh bulan manakala suaminya ditahan kerana sengaja memberi perlindungan kepada isterinya," katanya. 
Beliau berkata di lokasi sama, dua wanita warga Indonesia berusia 30-an yang sarat mengandung turut ditahan berasingan di dua buah rumah kerana dipercayai masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah. 

Katanya 52 lagi warga asing termasuk seorang bayi dan dua kanak-kanak turut ditahan dalam operasi yang bermula 12 tengah hari semalam dan berakhir 6 pagi tadi. 

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 itu dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA 

35 maut kereta api rempuh penganut Hindu

Berita Harian | 35 maut kereta api rempuh penganut Hindu:

PATNA: Sebuah kereta api merempuh penganut agama Hindu yang melintas untuk menghadiri acara keagamaan di timur India awal pagi tadi menyebabkan 
sekurang-kurangnya 35 maut dan seorang samseng bertindak memukul pemandu serta membakar gerabak, kata pegawai. 

Penganut agama Hindu itu melintas di atas landasan di stesen Dhamara Ghat, bandar kecil di wilayah Bihar dan dirempuh kereta api Rajya Rani Express. Beberapa orang dilaporkan mengalami kecederaan. 



Pegawai keretapi api di Bihar, P N Rai berkata, 35 orang maut apabila kereta api itu yang dipandu laju merempuh orang ramai di atas landasan. - AP 

Jual senjata api menerusi Facebook

Berita Harian | Jual senjata api menerusi Facebook:
KUALA LUMPUR: Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.

Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.
Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.

Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.

Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.
Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini.

Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat sini.

Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.

Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.

"Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius," katanya yang dihubungi Bernama.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.

"Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api.

"Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain," katanya. - BERNAMA

Remaja 18 tahun disabitkan kesalahan bunuh empat sekeluarga

Berita Harian | Remaja 18 tahun disabitkan kesalahan bunuh empat sekeluarga:
SIBU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan seorang remaja berumur 18 tahun terhadap empat pertuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 dan satu cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Hakim Supang Lian menangguhkan hukuman kepada 23 Sept berikutan tertuduh berumur bawah 18 tahun semasa dia melakukan jenayah itu.
Beliau mengarahkan supaya laporan akhlak, rayuan, penghujahan pendakwa raya dan pernyataan impak daripada keluarga mangsa, jika ada, dikemukakan dalam tempoh sebulan mulai hari ini.

Supang berkata remaja itu memilih untuk berdiam diri terhadap keterangan yang dikemukakan semasa kes pembelaan dan pendakwaan turut membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Remaja itu didapati bersalah membunuh ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, dan dua anaknya David Ling Chei Qi, 10, serta Amy Ling Zi Jiun, tujuh, di rumah meeka di Jalan RTM kira-kira 7 pagi pada 3 Jan 2012.

Dia turut didapati bersalah terhadap dakwaan cuba membunuh anak lelaki ahli perniagaan itu, Kelvin Ling Chie You, lapan, pada hari, tempat dan masa yang sama.

Remaja terbabit yang merupakan jiran mangsa, diwakili peguam Darel Ling Huang Hui manakala Timbalan Pendakwa Raya Musli Ab.Hamid menjalankan pendakwaan. - BERNAMA

Lima penjenayah yang ditembak mati di Sungai Nibong terbabit 10 kes bunuh

Berita Harian | Lima penjenayah yang ditembak mati di Sungai Nibong terbabit 10 kes bunuh:

GEORGETOWN: Polis percaya berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh di negara ini dengan tumpasnya lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pihak berkuasa di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ia membabitkan tujuh kes bunuh di Pulau Pinang, dua kes di Kedah dan satu kes di Negeri Sembilan selain dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.
"Polis turut merampas tiga pucuk pistol dengan ujian ke atas senjata api mengaitkan lima lelaki itu dengan kes bunuh berkenaan," katanya pada sidang media sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 4.45 pagi itu, lima lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an yang disyaki ahli kongsi gelap 04 maut selepas sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan serbuan ke pangsapuri berkenaan di tingkat 11 hasil maklumat awam dan intipan.

Remaja perempuan hilang ditemui di Bukit Bintang

Berita Harian | Remaja perempuan hilang ditemui di Bukit Bintang:

Remaja perempuan  hilang ditemui  di Bukit BintangKeratan akhbar BH pada 18 Ogos 2013
Bapa terkejut lihat anak berjalan sendirian

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan Tingkatan Dua yang dilaporkan hilang Rabu lalu selepas dipercayai keluar menemui teman lelakinya ditemui di kawasan Bukit Bintang, awal pagi semalam. 
Nurul Nabila Amil Yusof ditemui berjalan sendirian oleh bapanya sendiri, Amil Yusof Ree, 42, yang berada di kawasan terbabit selepas dihubungi orang ramai memaklumkan pernah melihat remaja berkenaan berkeliaran di kawasan itu. 

Sebaik keluar dari kedai serbaneka 24 jam iaitu 7 Eleven, saya terkejut melihat Nurul Nabila berjalan sendirian di hadapan saya. Dia terus menangis mungkin kerana terkejut berjumpa saya selain bimbang dimarahi,” Amil Yusof Ree

Terima panggilan

Amil Yusof berkata, selepas berita mengenai kehilangan anak gadisnya tersiar dalam berita, dia dihubungi orang ramai memaklumkan pernah melihat kelibat anaknya berjalan di sekitar kawasan Bukit Bintang.

“Sebaik dimaklumkan mengenainya, saya dengan bantuan jiran bergegas ke kawasan berkenaan sambil membawa gambar Nurul Nabila untuk diedarkan.

“Sebaik keluar dari kedai serbaneka 24 jam iaitu 7 Eleven, saya terkejut melihat Nurul Nabila berjalan sendirian di hadapan saya. Dia terus menangis mungkin kerana terkejut berjumpa saya selain bimbang dimarahi,” katanya ketika dihubungi BH semalam. 
Sikap anak berubah

Akhbar sebelum ini melaporkan, Nurul Nabila berkunjung di rumah bapa saudaranya di Taman Bersatu, Rawang, sehari sebelum kehilangannya sebelum keluar menemui teman lelakinya yang dikenali sebagai Muslim, 16, di pusat beli-belah Time Square.

Mengulas lanjut, Amil Yusof berkata, sejak pulang anaknya bersikap pendiam dan tidak bertegur sapa dengan ibu serta abangnya, sebaliknya hanya berkurung dalam bilik.

“Ketika ditanya di mana lokasi penginapannya sepanjang beberapa hari lalu, Nurul Nabila hanya memaklumkan rumahnya di Setapak dan saya berkeras untuk mengetahui perkara sebenar kerana dia dilihat tertekan.

“Saya juga membawa Nurul Nabila ke Balai Polis Rawang untuk merekod keterangan, jam 2 petang,” katanya yang bersyukur anaknya ditemui selamat.

Berita Harian | Pencarian 80 mangsa nahas diteruskan

Berita Harian | Pencarian 80 mangsa nahas diteruskan:
Pencarian 80 mangsa nahas diteruskanPengawal Pantai dan tentera Filipina terus mencari mangsa pelanggaran feri MV Thomas Aquinas dan kapal kargo Sulpicio Express Siete. Gambar kecil menunjukkan Ricky Pomoy (kiri) menunjukkan gambar isterinya, Alma, yang masih belum ditemui. - Foto AP
Cebu: Penyelam membawa naik dua lagi mayat dari sebuah feri karam semalam dan cuba menutup kebocoran minyak kapal tangki selepas kedua-duanya berlanggar. 
Nahas di perairan dekat pelabuhan Cebu menyaksikan 34 orang terbunuh dan lebih 80 lagi masih hilang. 

Gabenor Cebu, Hilario Davide III berkata 751 penumpang dan kru MV Thomas Aquinas dapat diselamatkan selepas ia berlanggar dengan MV Sulpicio Express Siete yang segera karam. Penumpang yang panik terpaksa melompat ke laut selepas diberi arahan kapten feri berkenaan. 



Bawa naik dua mayat 

Anggota Pengawal Pantai, tentera dan nelayan dibantu helikopter terus meninjau perairan dekat bandar Talisay di Cebu, 570 kilometer ke selatan Manila tetapi gagal menemui mangsa yang terselamat. 

Bagaimanapun, penyelam membawa naik mayat seorang lelaki dan wanita dari feri itu yang karam sedalam 33 meter. 
“Kami masih menjalankan misi menyelamat. Kami belum putus asa,” kata Davide kepada wartawan. 

Sanak saudara mangsa mengunjungi pejabat pemiliki feri, 2GO Group Inc. dan melekatkan gambar anggota keluarga mereka. 

Ketua Pengawal Pantai Cebu, Komodor William Melad berkata seramai 870 ada dalam feri itu, 754 adalah penumpang dan 116 kru. 

Kapal kargo itu pula membawa 30 kru tetapi semuanya terselamat, kata pegawai. 
Setiausaha Pengangkutan dan Komunikasi, Joseph Abaya berkata kesemua warga asing yang menaiki feri itu selamat kecuali seorang warga New Zealand yang memerlukan rawatan. - AP

Berita Harian | Pencarian 80 mangsa nahas diteruskan

Berita Harian | Pencarian 80 mangsa nahas diteruskan:
Pencarian 80 mangsa nahas diteruskanPengawal Pantai dan tentera Filipina terus mencari mangsa pelanggaran feri MV Thomas Aquinas dan kapal kargo Sulpicio Express Siete. Gambar kecil menunjukkan Ricky Pomoy (kiri) menunjukkan gambar isterinya, Alma, yang masih belum ditemui. - Foto AP
Cebu: Penyelam membawa naik dua lagi mayat dari sebuah feri karam semalam dan cuba menutup kebocoran minyak kapal tangki selepas kedua-duanya berlanggar. 
Nahas di perairan dekat pelabuhan Cebu menyaksikan 34 orang terbunuh dan lebih 80 lagi masih hilang. 

Gabenor Cebu, Hilario Davide III berkata 751 penumpang dan kru MV Thomas Aquinas dapat diselamatkan selepas ia berlanggar dengan MV Sulpicio Express Siete yang segera karam. Penumpang yang panik terpaksa melompat ke laut selepas diberi arahan kapten feri berkenaan. 



Bawa naik dua mayat 

Anggota Pengawal Pantai, tentera dan nelayan dibantu helikopter terus meninjau perairan dekat bandar Talisay di Cebu, 570 kilometer ke selatan Manila tetapi gagal menemui mangsa yang terselamat. 

Bagaimanapun, penyelam membawa naik mayat seorang lelaki dan wanita dari feri itu yang karam sedalam 33 meter. 
“Kami masih menjalankan misi menyelamat. Kami belum putus asa,” kata Davide kepada wartawan. 

Sanak saudara mangsa mengunjungi pejabat pemiliki feri, 2GO Group Inc. dan melekatkan gambar anggota keluarga mereka. 

Ketua Pengawal Pantai Cebu, Komodor William Melad berkata seramai 870 ada dalam feri itu, 754 adalah penumpang dan 116 kru. 

Kapal kargo itu pula membawa 30 kru tetapi semuanya terselamat, kata pegawai. 
Setiausaha Pengangkutan dan Komunikasi, Joseph Abaya berkata kesemua warga asing yang menaiki feri itu selamat kecuali seorang warga New Zealand yang memerlukan rawatan. - AP

Banjir, taufan landa China

Foto
Penduduk daerah Tengxian, wilayah Guangxi di barat laut China, menggunakan rakit selepas kawasan mereka dilanda banjir. - Foto AFP


Foto
Anggota penyelamat menuju ke kawasan banjir di Huadian. - Foto AFP


Berpuluh-puluh terkorban di selatan dan timur

BEIJING: Berpuluh-puluh orang maut dan berjuta-juta lagi terjejas selepas banjir melanda kawasan timur China manakala taufan Utor membadai wilayah selatan negara selama beberapa hari.
Banjir yang melanda kawasan timur China kali ini disifatkan sebagai yang terburuk sejak beberapa dekad lalu.

Di wilayah Jilin, banjir melanda satu kawasan kediaman penduduk di Huadian, Hongshi, pada Jumaat lalu menyebabkan 14 terbunuh. Ia juga memaksa 200 penduduk daripada 70 keluarga dipindahkan.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Awam Wilayah berkata, 890,000 orang terjejas akibat banjir sejak Rabu lalu dengan 35,000 rumah musnah atau rosak manakala kerugian ditaksirkan 2.4 bilion yuan RM1.2 bilion). Sehingga 9 malam kelmarin, 105,566 orang di sana berjaya dipindahkan.

Di wilayah berdekatan, Heilongjiang, 11 kematian akibat banjir dilaporkan manakala tiga lagi hilang sejak banjir bermula pada 10 Ogos apabila tahap air pada tahap bahaya.

Jutaan orang terjejas
Hampir dua juta orang di Heilongjiang terjejas manakala 140,000 dipindahkan, lapor jabatan hal ehwal kerajaan tempatan.

Banjir juga memusnahkan lebih 2,500 rumah manakala 12,500 lagi melaporkan kerosakan kecil kediaman kerugian ekonomi dianggarkan 7.13 bilion yuan (RM3.56 bilion).

Ketika wilayah  timur menghadapi banjir, wilayah selatan termasuk Guangdong dan Guangxi dilanda taufan Utor menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan empat lagi hilang.

Utor adalah taufan ke-11 dan terkuat melanda Yangjiang, Guangdong, Rabu lalu, selepas masuk dari Filipina.

Empat lagi maut dan empat hilang dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan banjir yang menjejaskan sejuta orang di sana. - AGENSI

4 lelaki didakwa curi barangan RM786,000


EMPAT lelaki (tunduk kepala) yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mencuri pelbagai barangan berharga bernilai RM786,000 kepunyaan pemilik sebuah resort bergelar Datuk di Bachok pada 26 Jun lalu di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 19 Ogos - Empat lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencuri pelbagai barangan berharga bernilai RM786,000 kepunyaan pemilik sebuah resort bergelar Datuk di Bachok pada Jun lalu.
Zuki Omar, 33; Abd. Malik Ismail, 29; Ibrahim Abdullah, 23, dan Mohamad Asri Mat Jusoh, 37, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.
Keempat-empat tertuduh secara bersama didakwa melakukan perbuatan tersebut setelah memecah masuk calet di resort milik Datuk Siti Hamidah Hamat, 55, kira-kira pukul 2 pagi, 26 Jun lalu.
Dalam kejadian itu, mereka didakwa mencuri sebentuk cincin solitarie berlian seberat empat karat, rantai leher platinum bersama ibu loket berlian jenama Chopard, jam tangan platinum berlian jenama Chopard, cincin berlian bertulis 1673, telefon bimbit Samsung S4 dan mata wang Amerika Syarikat berjumlah AS$10,000 (RM33,000).
Mereka turut dituduh mencuri gelang berlian, cincin zamrud, anting-anting platinum bertingkat tiga, anting-anting nilam biru bersama berlian, pasport antarabangsa, anak kunci peti deposit CIMB, barangan mekap, komputer riba, tablet Samsung Galaxy dan gelang swarovski milik mangsa.
Dakwaan terhadap tertuduh-tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Mohd. Yusoff membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes.
Dalam pada itu, Abd. Malik turut didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menjual barangan yang dicuri kepada seorang lelaki di Takbai, Thailand.
Tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Nik Habri Muhamad kemudian menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusoff dan Noor Dayana Mohamad.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130820/ma_02/4-lelaki-didakwa-curi-barangan-RM786000#ixzz2cW0ocjmw
© Utusan Melayu (M) Bhd