Search This Blog

Sunday, August 18, 2013

Pasar raya rugi RM1 juta

Pasar raya rugi RM1 juta - Johor - Sinar Harian:
MUAR - Sebuah pasar raya di Pagoh mengalami kerugian hampir RM1 juta dalam kejadian kebakaran di sini, semalam.

Kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu memusnahkan hampir keseluruhan bangunan pasar raya  yang sudah beroperasi selama 10 tahun  termasuk lima stor yang mana tiga daripadanya dipenuhi barang-barang.

Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Ismail Mahmod berkata, seramai 20 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba Muar dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima aduan kecemasan.

“Kita mengambil masa lebih satu jam mengawal api seterusnya memadam kebakaran.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan tetapi dipercayai dari salah sebuah stor di sebelah kanan yang menempatkan perabot,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, kejadian tersebut tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa kerana semasa kebakaran, tiga pekerja asing yang sedang tidur di dalamnya sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, seorang saksi, Teh Kian Kuo, 48, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terjaga daripada tidur selepas mendengar jeritan orang ramai.

“Rumah saya bersebelahan dengan pasar raya ini. Saya cuba selamatkan kereta yang berada di hadapan pasar raya tetapi tidak berjaya kerana api terlalu marak serta turut menyebabkan kecederaan ringan pada tangan.

“Saya bersyukur api tidak merebak ke rumah kerana bomba tiba awal,” katanya.

Warga India kritikal ditetak, ditembak

Warga India kritikal ditetak, ditembak - Johor - Sinar Harian:
  • Beh Eng Lai Beh Eng Lai

SENAI – Seorang lelaki warganegara India dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang dan pistol, semalam.
Mangsa bukan sahaja ditetak, malah ditembak dalam kejadian di Taman Johor, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai dikejar lebih daripada dua suspek ketika berada di kawasan rumahnya sekitar jam 12.30 pagi semalam.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada di luar rumah dan tiba-tiba dikejar sekumpulan lelaki sehingga ke dalam rumahnya.

“Serangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan parah akibat ditetak beberapa kali menggunakan parang dan tembakan oleh suspek,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Eng Lai berkata,  dua warga Indonesia ditahan semalam, bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Salah seorang daripada mereka ditahan di Mount Austin dan seorang lagi di Tampoi serta  telah direman," katanya.

Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui dua kelongsong peluru .9mm jenis Luger Rai dan Thai Arms, selain cap jari salah seorang suspek pada pagar rumah.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 07-2212999 atau datang ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Suami isteri maut dirempuh belakang

Suami isteri maut dirempuh belakang
Pegawai perubatan melakukan pemeriksaan terhadap mayat Song Teng.
Suami isteri maut dirempuh belakang - Utara - Sinar Harian:
GEORGETOWN - Sepasang suami isteri maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dari arah belakang sebelum tercampak kira-kira 20 meter dalam satu kemalangan di Jalan Kelawai di sini lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu, Ooi Kay Beng, 69, dan isterinya, Ong Song Teng, 70-an yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 mengalami kecederaan parah dan disahkan mati di tempat kejadian.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Hong Seng Estate, Mount Ekrine selepas makan malam bersama.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Audi A4 2.0T dari arah Jalan Kelawei yang dipercayai hilang kawalan.

Kemalangan berkenaan turut melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu seorang wanita berusia dalam 50-an.

Menurut sumber, siasatan mendapati kereta Honda Civic itu dikatakan baru sahaja keluar dari simpang berdekatan Plaza Gurney sebelum pemandu kereta Audi merempuh bahagian hadapan kereta berkenaan dan hilang kawalan lalu melanggar motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu.

Katanya, akibat perlanggaran itu, kereta Honda Civic berkenaan juga terbabas sehingga melanggar sebatang pokok dan pasangan itu pula terpelanting sejauh kira-kira 20 meter di atas jalan.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan teruk selepas rempuhan kuat kereta itu.

“Mayat si suami ditemui terperosok tepi pokok manakala mayat isterinya pula tertiarap dengan muka tersembam ke atas jalan dengan kesan kecederaan bahagian muka dan kepala,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kedua-dua pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenalpasti punca kemalangan yang sebenar.

Kong Meng berkata,siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kemalangan termasuk mengesan identiti pemandu kereta Audi yang menghilangkan diri selepas kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar dapat menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Bau asap selamatkan nyawa - Selangor & KL - Sinar Harian

Bau asap selamatkan nyawa - Selangor & KL - Sinar Harian:
Bau asap selamatkan nyawa
Keadaan rumah setinggan yang musnah dalam kebakaran itu.
LEMBAH KLANG – “Bau asap kuat itu selamatkan nyawa kami,” kata Muhuthen, 24, salah seorang daripada 32 mangsa kebakaran yang selamat apabila tujuh rumah setinggan di Taman Kakosa, di sini terbakar, semalam.

Muhuthen berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu dia terjaga dari tidur apabila terhidu bau asap dan mendapati api marak di bahagian luar rumah.

“Saya menjerit beritahu keluarga dan jiran supaya menyelamatkan diri, dalam masa sama saya cuba memadamkan api tetapi ia merebak dengan pantas dan kami tidak sempat untuk menyelamatkan sebarang harta benda,” katanya.

Sementara itu, Seroja, 60, sebak apabila gagal menyelamatkan peralatan sekolah tiga cucunya yang turut musnah dalam kebakaran itu.

“Kami cepat-cepat lari keluar mahu selamatkan diri apabila dengar jeritan ‘rumah terbakar’. Habis semua buku teks, uniform sekolah serta alat tulis tiga cucu saya musnah. Saya sedih betul kerana kami ini bukan orang senang, hendak beli semula memang tidak mampu,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Sg Choh, Muzafar Ahmad berkata, semua mangsa termasuk 13 kanak-kanak akan ditempatkan sementara waktu di dewan rakyat berdekatan.
“Untuk sementara waktu inijuga kami akan sediakan makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Batang Kali, Mat Nadzri Ahmad Dahalan yang turun melawat mangsa turut memberi sumbangan RM300 kepada mangsa untuk membeli keperluan asas.

Difahamkan, bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.23 pagi dan 21 anggota membabitkan tiga balai bomba dari Batu Arang, Kuala Kubu Bahru dan Rawang tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

Api berjaya dikawal kira-kira 20 minit dan 32 mangsa kebakaran tersebut tinggal sehelai sepinggang.

Jumpa rangka dalam beg


18 Ogos 2013

GOMBAK - Seorang lelaki Orang Asli terkejut menemui tengkorak manusia di dalam hutan Batu 16, Jalan Gombak Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam hutan itu bagi mencari pisang untuk dijual.

Menurut sumber polis, lelaki yang berusia 34 tahun itu tinggal di kawasan perkampungan Orang Asli berdekatan.

Katanya, lelaki tersebut menemui sebuah beg berwarna hitam di bawah sebuah pokok yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama.

“Sejurus dia membuka beg berkenaan, lelaki itu terkejut apabila mendapati terdapat rangka manusia di dalam beg tersebut,” katanya.

Dia berkata, rangka itu masih berpakaian tetapi sudah reput dan pihaknya percaya bahawa rangka tersebut sudah lama ditinggalkan di kawasan tersebut.

“Kawasan itu jarang dilalui orang awam memandangkan ia hanya digunakan oleh Orang Asli untuk mencari buah-buahan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Khoo Leng Huat, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan insiden tersebut,

Lebih 80 maut nahas feri karam

Lebih 80 maut nahas feri karam
Keadaan feri yang karam.

Lebih 80 maut nahas feri karam
Pasukan polis marin dan sukarelawan menarik mayat mangsa nahas.
Lebih 80 maut nahas feri karam - Global - Sinar Harian:
CEBU - FILIPINA. Lebih 80 maut dan 200 masih hilang apabila sebuah feri karam akibat bertembung dengan sebuah kapal kargo, berdekatan Pulau Cebu, Filipina.

Naib Komandan Agensi Pengawal Pantai Filipina, Luis Tuason berkata, feri MV Thomas Aquinas itu membawa 870 penumpang ketika nahas berlaku.

“Seramai 600 penumpang telah diselamatkan oleh puluhan bot nelayan dan kapal kargo yang ketika itu sedang berada di kawasan berkenaan,” katanya kepada Al-Jazeera.

Menurutnya, keadaan tidak terkawal selepas kapten feri MV Thomas Aquinas mengarahkan semua penumpang mengosongkan feri itu selepas menjangkakan feri tersebut akan tenggelam.

“Mangsa maut termasuk wanita dan kanak-kanak  terperangkap akibat rempuhan selepas puluhan penumpang bertindak terjun ke laut.

Media tempatan melaporkan, separuh daripada penumpang feri terbabit terselamat akibat memakai jaket keselamatan.

Puluhan mayat termasuk kanak-kanak ditemui terapung dan mangsa cedera kebanyakan akibat melecur selepas berlaku kebakaran sejurus kemalangan.

40 ekor ular sawa ditemui di bilik hotel

40 ekor ular sawa ditemui di bilik hotel - Global - Sinar Harian:
    40 ular sawa ditemui di bilik hotel

40 ular sawa ditemui di bilik hotel
Dua kanak-kanak lelaki yang maut dibelit ular sawa dalam bilik hotel.
MONTREAL - KANADA. Polis menemui 40 ekor ular sawa di sebuah bilik hotel sekali gus merungkai punca kematian dua kanak-kanak seminggu lalu di Quebec, Kanada.

Polis dalam satu kenyataan melaporkan, reptilia itu ditemui dalam tong penyimpanan plastik di sebuah bilik hotel di Brantford, Ontario.

“Bilik itu sebelum ini didiami oleh dua individu yang didakwa pemilik ular yang membunuh dua kanak-kanak minggu lalu di sebuah kawasan kejiranan,” katanya kepada AFP.

Menurut kenyataan itu, kertas pertuduhan terhadap pasangan itu akan dibuka atas dakwaan melanggar undang-undang pemilikan haiwan terlarang.

“Ular sepanjang antara 30 sentimeter hingga 1.4 meter itu diserahkan kepada Persatuan Perlindungan Haiwan Kanada untuk pemantauan,” katanya.

Minggu lalu, Nuh Barther, 5, dan Connor, 6,  maut di bandar timur Campbellton, New Brunswick selepas dipercayai dibelit ular sawa Afrika yang terlepas dari kurungan dipercayai milik pasangan tersebut.  

1,600 penduduk diarah berpindah segera

1,600 penduduk diarah berpindah segera - Global - Sinar Harian:
  • 1,600 penduduk diarah berpindah segeraAnggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran di lokasi.

IDAHO - AMERIKA SYARIKAT. Polis mengarahkan 1,600 penduduk berpindah segera akibat kebakaran besar di hutan Idaho berhampiran Sun Valley, Amerika Syarikat.

Menurut laporan USA Today, Ketua Balai Blaine County berkata, kebakaran masih gagal dikawal oleh 600 anggota bomba dan penyelamat akibat angin kencang.

“Kami bimbang kebakaran itu akan merebak ke kawasan kediaman. Udara di lokasi ini juga berada pada paras merbahaya selepas puluhan haiwan ternakan dilaporkan mati,” katanya.

Menurutnya, seramai 1,000 lagi anggota bomba dan penyelamat dikerah ke kawasan tersebut bagi membantu usaha mengawal kebakaran dan menyelamatkan penduduk.

“Punca angin kencang dari arah Amerika Barat di Utah Valley Skull menyebabkan api itu gagal dikawal dan kini kebakaran merebak ke Lebuhraya 99 Utah.

"Kami yakin kebakaran akan terus merebak hingga ke kawasan Terra, kira-kira 80 kilometer di barat daya Salt Lake City, di mana terdapat ratusan kediaman dan tapak perkhemahan,” katanya.

Amah mangsa pemerdagangan orang diselamatkan


JEYADEVI yang didakwa menjadi mangsa pemerdagangan orang dibawa keluar dari rumah majikannya di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang amah warga India diselamatkan daripada terus menjadi mangsa pemerdagangan orang dalam kejadian di sini semalam.
Wanita berkenaan, P. Jeyadevi, 47, dari Madurai, India diselamatkan oleh sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Global Rescue Humanity selepas mendapat maklumat mengenai nasib yang menimpa mangsa.
Presidennya, T. Kamalanathan mendakwa, mangsa telah dipergunakan oleh seorang ejen pekerja warga asing sejak masuk ke negara ini Februari lalu menggunakan permit pekerja pembersihan.
“Mangsa tidak dibenarkan memegang gaji RM500 sebulan selain telah bertukar tangan kepada lima majikan sebelum diselamatkan. Selain ditipu, mangsa turut dipukul dengan tali pinggang oleh ejennya.
“Kesemua gaji itu diambil ejen kononnya untuk bayaran permit pembantu rumah. Ejen mengenakan yuran antara RM5,000 hingga RM6,500 kepada majikan sebelum membawa lari mangsa selepas bekerja selama dua hingga empat minggu,” dakwanya lagi ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Sea Park di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2cHLZqina 
Hakcipta terpelihara 

Samun, culik sebelum perkosa pekerja kilang



SOE THU menunjukkan baldi yang digunakan suspek untuk meletakkan barangan berharga yang disamun di Kota Tinggi kelmarin.


KOTA TINGGI – Tiga penjenayah bertindak kejam apabila bukan sahaja menyamun sekumpulan pekerja wanita Myanmar sebuah kilang elektronik selepas memecah masuk asrama mereka malah, melarikan salah seorang mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian di Jalan Kijang, Taman Kota di sini kelmarin.
Kejadian pukul 10.45 malam itu berlaku apabila dua daripada tiga penjenayah tersebut menceroboh premis berkenaan melalui pintu belakang yang dipecahkan sebelum mengarahkan 15 wanita Myanmar berkumpul sambil mengacu-acukan parang. Seorang lagi penjenayah menunggu di luar.
Kira-kira setengah jam sebelum itu, kesemua penjenayah yang memakai topi dan sarung muka dikatakan telah memecah masuk asrama didiami 12 pekerja wanita warga Nepal kilang yang sama di Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya di sini. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2cHLN0ZRN 
Hakcipta terpelihara 

Tauke rawatan kecantikan dibunuh



ANGGOTA polis melakukan siasatan di tempat Amy disyaki dibunuh oleh pasangan pelanggan di Nusajaya semalam.


NUSAJAYA – Perbualan singkat antara tauke sebuah salun dengan sepasang pelanggan mengenai rawatan kecantikan berakhir tragedi apabila pengusaha premis tersebut mati dibunuh dalam kedainya di Jalan Indah 1/1 Taman Bukit Indah di sini semalam.
Kejadian bermotifkan samun pada pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan Amy Liew, 39, mati selepas penjenayah dikatakan menikam perut mangsa selain mendatangkan kecederaan di pergelangan tangan dan leher wanita terbabit.
Mangsa telah memulakan perniagaan itu sejak enam bulan lalu.
Sebelum pembunuhan berlaku, pasangan berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun tersebut masuk ke dalam salun dan berpura-pura menyamar sebagai pelanggan dengan bertanyakan mengenai rawatan kecantikan wajah.
Selain mangsa, terdapat seorang pekerja dan dua pelanggan lain di dalam premis itu ketika kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2cHLDDXeT 
Hakcipta terpelihara 

JKM lindungi 3 beradik didera ibu kandung


SEORANG lelaki dan wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera terhadap tiga kanak-kanak di Ipoh semalam.


KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melindungi tiga beradik yang dipercayai didera oleh ibu mereka sendiri di Perak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim (gambar) berkata, dua daripada kanak-kanak itu kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Kuala Kangsar selepas seorang lagi koma akibat dirotan.
Menurut beliau, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah hari ini bagi membolehkan kanak-kanak berusia dua dan tujuh tahun berkenaan ditempatkan di bawah jagaan JKM.
“Kanak-kanak berusia lima tahun yang koma itu pula kini berada di bawah pengawasan doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2cHL3PkyV 
Hakcipta terpelihara 

Mengamuk selepas dihalang kahwin


PONTIAN – Seorang lelaki yang gagal menahan marah selepas hajatnya untuk berkahwin lagi dihalang isterinya bertindak membelasah wanita berkenaan dengan kayu dan peralatan perabot hingga cedera dalam kejadian di Kampung Parit Wakaf, Tenggayun di sini kelmarin.
Lebih tidak berhati perut, lelaki berkenaan turut memukul anak lelakinya yang berusia 17 tahun dengan senjata yang sama hanya kerana mangsa mengajak rakan-rakannya datang beraya di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin (gambar) berkata, pihaknya bertindak menahan lelaki berusia 40 tahun tersebut selepas menerima aduan daripada anak perempuan pasangan itu yang berusia 18 tahun pada pukul 9.25 malam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2cHKniF8V 
Hakcipta terpelihara 

Tiga kerabat Diraja parah, seorang maut



ANGGOTA bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Tiga kerabat Istana Kelantan yang juga dua pupu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V parah selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan yang turut membabitkan seorang maut di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Bukit Sejuk, Gua Musang di sini pada pukul 7.30 pagi semalam.
Kemalangan yang membabitkan empat kenderaan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dinaiki ketiga-tiga mereka iaitu Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, dan dua adiknya, Tengku Fatimah Ainura, 34, serta Tengku Farini Amelina, 26, dipercayai hilang kawalan sehingga bertembung dengan tiga kenderaan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter.
Seorang daripada tiga kerabat itu dikatakan tercampak keluar dari kenderaan. Ketiga-tiga mereka merupakan anak kepada Tengku Feissal Sultan Ibrahim yang juga sepupu ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2cHKTAy00 
Hakcipta terpelihara