Search This Blog

Saturday, August 17, 2013

Ajaran meragukan, Jais tahan 25 lelaki


17 Ogos 2013
surau
  Kawasan surau turut dijadikan tempat tidur kumpulan tersebut.
surau
Individu berjubah hitam dipercayai memberi ceramah di surau ini ketika serbuan dilakukan memberi kerjasama apabila diminta hadir ke pejabat Jais di Shah Alam.
surau
Pegawai Penguat Kuasa Jais ketika meminta kerjasama ahli kumpulan berkenaan memberi butiran diri.
DAMANSARA - Sebuah surau di sini dijadikan tempat penginapan bagi sekumpulan yang dipercayai terlibat dalam ajaran meragukan dengan mengubahsuainya menjadi ‘bilik tidur’ sejak setahun lalu.

Serbuan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam ke atas surau berkenaan mendapati bahagian sisi dan belakang surau itu kelihatan berselerak dan dijadikan umpama bilik kecil untuk mereka tidur juga terdapat beberapa almari menyimpan pakaian.

Jais bertindak melakukan risikan hampir setahun atas laporan orang ramai yang pelik dengan keadaan itu.

Serbuan dilakukan ketika kumpulan berkenaan sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan seorang yang dipercayai ketua mereka selepas solat Jumaat.


Bangun ambil wuduk

Ketika pegawai penguat kuasa Jais sedang melakukan penyiasatan dan meminta mereka memberi MyKad, beberapa ahli kumpulan itu bertindak bangun dan menyatakan hendak mengambil wuduk berikutan kehadiran wanita di dalam surau berkenaan.

Seramai 25 lelaki ditahan termasuk seorang warga asing didakwa terlibat ajaran meragukan dalam Operasi Khas Ajaran yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof.

Seorang warga asing berusia 32 tahun yang ditahan mendakwa, dia datang ke situ untuk solat dan tidak tahu menahu mengenai ajaran kumpulan itu bagaimanapun turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.


Kumpulan belum difatwakan

Sharom berkata, ajaran kumpulan berkenaan masih belum difatwakan dan serbuan mendapati sebahagian kawasan surau dijadikan kediaman mereka.

“Mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 119 atas dakwaan mengajar tanpa tauliah (Enakmen Pentadbiran Negeri Selangor 2003) dan Seksyen 7 Doktrin Palsu Enakmen Jenayah 1995.

“Ajaran kumpulan itu wujud unsur meragukan atau salah guna surau dan operasi bertujuan membanteras mereka.

“Kita juga dapati mereka ini menggunakan surau ini sebagai tempat kediaman mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Dipercayai katanya, antara aktiviti yang dikenal pasti dilakukan kumpulan itu mengandungi pengajian; zikir malam; tidak melaksanakan solat Jumaat atas alasan musafir dan tenaga pengajar tidak bertauliah.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas kitab yang dipercayai menjadi rujukan kumpulan berkenaan dan semua yang ditahan kemudian dibebas dengan ikat jamin,” katanya.

Tambahnya, ajaran ini dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Akidah dan mencapai persetujuan ia dipanjangkan kepada jawatankuasa fatwa.

Jelasnya, seramai 40 anggota Jais terlibat dalam operasi ini yang dilaksanakan selepas solat Jumaat, semalam.

Kerajaan lucut PR pengurus resort di Sedili


  • Isu surau: Pemilik resort direman 4 hari

SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menarik balik taraf Pemastautin Tetap (PR), pengurus resort di Sedili, Johor,  berkuat kuasa serta merta.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, penarikan status PR itu sebagai amaran kepada mereka yang tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia.

Katanya penarikan itu merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap pemegang status PR di negara ini.

Dera: Polis tahan ibu bapa kanak-kanak


17 Ogos 2013


Kanak-kanak perempuan didera
Kanak-kanak perempuan didera Kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak yang dipercayai didera.

Kanak-kanak perempuan didera
Kanak-kanak malang yang dipercayai menjadi mangsa dera.

IPOH - Polis semalam menahan ibu bapa kanak-kanak perempuan lima tahun yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana disyaki didera bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.

Beliau berkata lelaki berumur 39 tahun dan wanita berumur 30 tahun dari Menglembu itu ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Katanya pasangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira 1.30 tengah hari semalam selepas diarah datang ke balai polis itu selepas polis menerima laporan bahawa kanak-kanak itu disyaki didera.

"Polis menghubungi serta mengarahkan kedua-dua mereka ke balai polis selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang bertugas di HRPB selepas mengesyaki kanak-kanak itu telah didera berdasarkan hasil pemeriksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Berdasarkan laporan awal, beliau berkata kanak-kanak itu dihantar ke hospital berkenaan oleh anggota keluarganya pada awal pagi semalam dan pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka di seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai dipukul dengan rotan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan. - Bernama

Koperal polis maut dirempuh MPV


17 Ogos 2013

SHAH ALAM - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangi dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Chery di Km 10.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.45 pagi itu, mangsa Koperal Johari Muhamad, 36, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, di Bandar Saujana Putra Jenjarom, di sini setelah selesai bertugas.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam, Deputi Superitenden Goh Lee Shen berkata, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di Klang.

"Mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah MPV jenis Chery apabila sampai di lorong kiri, Km 10.5.

"Kita belum dapat mengenal pasti cara pelanggaran itu, tetapi percaya MPV tersebut telah terbabas sebelum melanggar motosikal mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Goh berkata pemandu kenderaan MPV tersebut, Yap Poh Leong, 41, dilaporkan koma dan tenat di HTAR.

Tiga lagi rakan Yap yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di HTAR. - Bernama

Polis temui 5 senjata api dalam serbuan


17 Ogos 2013

SEREMBAN - Polis memberkas seorang lelaki dan merampas lima senjata api serta satu senapang panah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek, Nilai, dekat sini semalam.

Menurut jurucakap polis, serbuan pukul 11 pagi itu pada asalnya berhubung narkotik namun pemeriksaan oleh pasukan polis daripada bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di rumah berkenaan, menemukan dua laras senapang patah, dua laras mesingan, sepucuk pistol dan satu senapang panah.  

"Polis juga menemui beberapa butir peluru hidup," katanya di sini hari ini.

Katanya polis juga menemui sekotak rokok mengandungi dadah jenis syabu dipercayai milik lelaki tempatan berusia 35 tahun itu.

Menurutnya polis sedang menyiasat motif lelaki itu menyimpan senjata terbabit.  

"Kita juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat selain kaitan suspek dengan kes jenayah di negeri ini," katanya.

Katanya suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Baharom Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - Bernama

Kereta remuk dihempap kren bina landasan LRT


17 Ogos 2013

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit dekat sini, remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kita difahamkan oleh syarikat yang bertanggungjawab, bahawa 'handle' kren tersebut bengkok sebelum ia menghempap bumbung kereta itu yang remuk 90 peratus," katanya kepada pemberita.

Sani berkata bomba menerima panggilan pukul 6.17 petang sebelum sebuah jentera dengan enam anggota tiba 30 minit kemudian.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) dalam kenyataan, berkata kren berkenaan dimiliki satu daripada kontraktor yang terbabit dalam Projek Penyambungan Laluan LRT (LEP) bagi laluan Kelana Jaya.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata Prasarana telah melancarkan siasatan berhubung kejadian dan akan menyerahkan laporan kepada Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia sebaik siasatan selesai.

"Prasarana telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada kontraktor utama, TRC. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi mempermudahkan siasatan," katanya. - Bernama

Rangka manusia berselerak


  • Rangka manusia berselerakRangka manusia yang ditemui di kebun kelapa sawit dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.
 1 / 1 
TANJONG KARANG - Hasrat seorang lelaki untuk membersihkan kebun kelapa sawit milik keluarganya di Kampung Ujong Permatang, di sini, terbantut apabila menemui rangka manusia berselerak, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Eng Leong yang pergi seorang diri terkejut sebaik menemui rangka manusia di sekitar kawasan kebun itu yang biasa dibersihkannya sendiri setiap 20 hari tanpa mengambil upah buruh luar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Md Asri A Wahab berkata, hasil siasatan awal mendapati rangka manusia itu berselerak dipercayai akibat dimakan haiwan seperti anjing liar dan biawak.

Menurutnya, rangka yang dipercayai seorang lelaki berusia lingkungan 50-an itu dianggarkan telah mati lebih kurang 15 hingga 20 hari.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mangsa dan rangka terbabit dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

“Setakat ini, punca kematian masih dalam siasatan dan penemuan rangka manusia itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Md Asri menjelaskan, hasil keputusan bedah siasat semalam, memaklumkan punca kematian masih belum dapat dipastikan berikutan keadaan struktur tengkorak yang sempurna dan tiada kesan luka.

“Keadaan mangsa ditemui menyukarkan punca kematian dikenal pasti memandangkan tiada unsur jenayah meskipun rangka ditemui tanpa pakaian.

“Bagaimanapun, polis akan menghantar spesimen rangka itu untuk padanan asid deoksiribonukleik (DNA) di Jabatan Kimia, Isnin nanti.

“IPD Kuala Selangor juga akan menghantar laporan kepada semua balai di daerah ini dan daerah lain untuk membantu mana-mana individu atau keluarga yang kehilangan ahli keluarga.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga juga diminta segera tampil ke IPD Kuala Selangor atau terus menghubungi SM Mohd Sari Mohd Isa menerusi 03-32891222,” katanya.

Mayat lelaki masih belum dituntut


  • Mayat masih belum dituntutPetugas Hospital Pasir Mas menunjukkan mayat yang tidak dituntut selepas ditemui penduduk tempatan, Selasa lalu.
 1 / 1 
PASIR MAS - Pihak Hospital Pasir Mas (HPM) mencari waris kepada seorang lelaki yang ditemui lemas di Sungai Golok, Selasa lalu.

Pengarahnya, Mohd Salleh Mat Jusoh berkata, tiada sebarang pengenalan diri ditemui berdekatan mangsa dan dipercayai bukan warga negara Malaysia.

Hasil pemeriksaan katanya, ia berdasarkan tiada kesan suntikan BCG di lengan kiri mangsa.

Menurutnya, mangsa yang berusia 30-an ditemui oleh penduduk tempatan ketika menarik pukat dekat sungai berkenaan.

“Mangsa ditemui lengkap berpakaian, seluar ‘pendek paras lutut’ dan berbaju lengan panjang berwarna hitam.

“Kami memohon waris yang kehilangan ahli keluarga, segera menghubungi pihak polis seterusnya mengenal pasti mayat di sini,” katanya.

Beliau berkata, pihak hospital berharap waris atau rakan yang mengenali mangsa, dapat menghubungi hospital di talian 09-7932300 untuk urusan pengebumian.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan penemuan seorang mayat lelaki terapung di Sungai Golok, dekat Kampung Kedap kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa mengalami lekuk di kepala, selain beberapa kecederaan lain.

Pemandu lori maut rempuh pembahagi jalan

Pemandu lori maut rempuh pembahagi jalan - Terengganu - Sinar Harian:
  • Som Sak a/l Din Keliaw Som Sak a/l Din Keliaw

TAPAH - Seorang pemandu maut manakala kelindannya cedera parah apabila lori yang dipandu mangsa merempuh pembahagi jalan di kiri Lebuhraya Utara Selatan dalam kemalangan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitandan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi semalam di Kilometer 340.8 Lebuhraya Utara (arah utara) berhampiran Bidor.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan pemandu lori yang dikenali sebagai S Thevathas, 38, berasal dari Batu Arang, Selangor, maut di tempat kejadian manakala kelindannya yang masih belum dikenali identitinya cedera parah.

"Mangsa bersama rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Shah Alam ke Ipoh untuk menghantar makanan sejuk beku sebuah restoran makanan segera," katanya.

Beliau berkata, setiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri lebuhraya dan melanggar pembahagi jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang manakala kelindannya mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian,” katanya.

Som Sak berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut namun begitu, kelindan lori dihantar ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, mangsa yang maut dibedah siasat dan mayatnya telah dituntut oleh keluarganya untuk urusan pengebumian.

“Pihak kami masih menyiasat kejadian kemalangan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dua maut kereta bertembung

Dua maut kereta bertembung - Terengganu - Sinar Harian:
  • Dua maut kereta bertembungNahas dua buah kereta yang menyebabkan dua maut di selekoh Pengkalan Kubur kelmarin.

BESUT - Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Pangkalan Kubur, dekat  Tembila, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Abdul Manaf Ahmad, 35, yang memandu kereta Proton Saga Aeroback dan penumpang sebuah lagi kereta jenis Honda Civic, Norafzan Rozali, 24, meninggal dunia ketika di rawat di Hospital Besut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Zakaria berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila kereta yang dipandu suami Norafzan, Ahmad Bakrinuddin Mohd Rani, 24, dari arah Kuala Terengganu- Kampung Raja telah hilang kawalan apabila tiba di selekoh di situ.

Menurutnya, kenderaan mangsa telah memasuki laluan bertentangan dan pada masa sama kereta yang dipandu Abdul Manaf bersama isterinya, Azura Zawawi, 28, yang datang dari arah Kampung Raja tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan pasangan suami isteri itu.

“Kereta Proton itu telah melanggar sisi kiri kenderaan yang dinaiki pasangan tersebut menyebabkan kedua-dua buah kereta terlibat remuk,” katanya.

Noorzainy berkata, kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Besut, namun Abdul Manaf dan Norafzan meninggal dunia di Bahagian Kecemasan Hospital tersebut pada jam 4 petang hari sama.

Abdul Manaf yang menetap di Limbongan, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala manakala Norafzan dari Taman Permai Perdana, Seberang Takir, Kuala Terengganu cedera parah di rusuk kiri.

Suami wanita itu pula cedera parah dan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan manakala isteri Abdul Manaf dirawat di Hospital Besut.

Ketika kejadian, difahamkan Abdul Manaf bersama isterinya dalam perjalanan dari rumah mereka untuk mengambil gambar perkahwinan di Setiu.

Dalam perkembangan lain, polis menahan seorang penganggur di Pulau Perhentian kerana disyaki mencuri telefon bimbit seorang pekerja chalet di pulau berkenaan kelmarin.

Noorzainy berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan bersama seunit telefon bimbit jenis Samsung Grand dipercayai milik pekerja lelaki berusia 23 yang dilaporkan hilang pada 14 Ogos lalu.

Feri tenggelam: 24 maut, 280 masih hilang

Feri tenggelam: 24 maut, 280 masih hilang - Global - Sinar Harian:
  • Feri tenggelam: 24 maut, 280 masih hilangUsaha menyelemat mangsa masih diteruskan. - Gambar ihsan Reuters

FILIPINA – Sekurang-kurangnya 24 maut dan lebih 280 hilang selepas feri, MV Thomas Aquinas yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kira-kira 2 kilometer dari pantai.

Feri membawa 692 penumpang itu berlanggar dengan kapal kargo tersebut, lewat petang semalam, kata pegawai rasmi yang dipetik dari BBC.

“Impaknya sangat kuat,” kata jurucakap bagi pemilik feri tersebut, Rachel Capuno kepada radio tempatan.

Mangsa yang terselamat memberitahu, penumpang lain terjun ke laut apabila feri itu mula tenggelam.

Krew feri tersebut sempat mengedarkan jaket keselamatan kepada penumpang.

Laporan menyebut, sebahagian besar penumpang sedang tidur dan sebahagiannya berusaha mencari jalan keluar dalam gelap.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Jerwin Agudong  berkata dirinya dan penumpang lain terjun ke laut demi menyelamatkan diri.

“Ia kelihatan seperti sebahagian penumpang tidak dapat keluar.

“Saya kesian dengan kanak-kanak. Kami nampak mayat-mayat dan ada juga yang sedang diselamatkan,” kata Agudong  memberitahu stesen radio, DZBB.

Menurut laporan berita AFP, feri itu tenggelam dalam tempoh 30 minit.

“Mereka menggunakan lampu mencari untuk mengesan mangsa dalam air tapi ada kemungkinan terlepas pandang apa-apa yang terapung di lautan,” kata pegawai rasmi di ibu pejabat awam kawalan pantai di Manila, Joy Villagas kepada AFP.

Hukuman mati jadi tontonan orang awam

myMetro | Global:

Beijing: Foto mengerikan pada detik-detik terakhir seorang lelaki yang dihukum mati di depan khalayak ramai di China tersebar dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Lelaki tidak dikenali itu dilihat memakai pelekat dibawa keluar dari belakang van polis dengan disaksikan sekumpulan besar orang ramai, termasuk kanak-kanak dari atas bukit.


Lelaki itu kemudian dibawa ke tengah kawasan lapang di tengah belukar dan pistol diacukan di belakang kepalanya sebelum dia ditembak mati anggota polis.

Menurut laporan Shangaiist.com, video itu dimuat naik di Sina dan ditonton lebih 2.3 juta kali sejak Isnin lalu. Video itu dirakam oleh seorang daripada kumpulan orang ramai yang berdiri melihat hukuman bunuh itu dari atas bukit.


Ia bermula dengan paparan sekumpulan kenderaan polis tiba di sepanjang laluan berlumpur di bawah bukit. Sebilangan besar anggota polis kemudian muncul dari kenderaan itu.


Lelaki itu kemudian dibawa keluar dari van dan diiringi ke kawasan belukar yang sudah ditebas.

Anggota polis kemudian memusingkan muka lelaki itu kepada orang awam seolah-olah untuk menunjukkan wajahnya.


Lelaki terbabit diarahkan melutut sebelum ditembak di belakang kepalanya.

Klip video itu tidak memaparkan sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit atau apakah tuduhan jenayah yang dihadapinya.


Dipercayai video itu dirakam pada November tahun lalu.


Walaupun China tidak pernah mendedahkan berapa ramai rakyatnya yang dihukum mati setiap tahum, Amnesty Internatinal mendakwa angka mungkin mencecah ribuan.


Malah, hukuman terhadap pesalah dalam kes berprofil tinggi juga sering dijalankan secara rahsia tanpa dimaklumkan kepada keluarga pesalah terlebih dulu. - Agensi

myMetro | Wanita gagal bunuh diri

myMetro | Wanita gagal bunuh diri:

Beijing: Seorang anggota polis menyelamatkan nyawa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan menggari dirinya dan mangsa sebelum membuang kuncinya.
Wanita terbabit memanjat ke atas papan iklan di tepi dinding konkrit dekat bandar raya ini semalam.
Bagaimanapun, tindakannya itu segera menarik perhatian orang ramai sebelum polis dihubungi.

Selepas gagal memujuknya seorang anggota polis bertindak menggari sebelah tangan wanita itu dengan tangannya bagi mengelak wanita itu terjun.
Foto
POLIS cuba memujuk wanita berkenaan.
Foto
WANITA berkenaan berjaya digari sebelum ditarik naik.


Dia berbuat demikian ketika wanita itu mencangkung di atas papan iklan berkenaan.

Anggota polis terbabit kemudian mencampakkan kunci gari ke bawah bagi menyedarkan wanita itu bahawa dia serius untuk menyelamatkannya.

“Wanita itu tahu jika dia mati, maka dia turut membawa bersama seseorang dan sebab itulah dia berubah fikiran,” kata seorang anggota polis.

Polis kemudian menggunakan tali panjang untuk menarik naik wanita itu.

“Ia tindakan yang berani. Kami tidak tahu apa akan terjadi jika dia nekad ingin terjun juga,” kata jurucakap polis selepas kejadian.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan mengapa wanita itu mahu membunuh diri. - Agensi

Bom salah sasaran, cemburu jadi motif


KUALA LUMPUR – Siasatan awal polis terhadap suspek kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
“Kita tidak menolak kemungkinan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2cBiurGPx 
Hakcipta terpelihara 

Mati ditikam ketika tuntut hutang



ANGGOTA polis mengangkat mayat Piang Fong yang maut akibat ditikam ketika menuntut hutang di sebuah rumah di Taman Malim Jaya, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang kontraktor bukan sahaja enggan membayar sejumlah hutang yang dituntut oleh seorang lelaki malah, bertindak kejam apabila disyaki menikam mangsa hingga mati ketika bergaduh di sebuah rumah di Jalan Zahir, Taman Malim Jaya di sini semalam.
Kejadian pukul 9.15 pagi itu mengakibatkan bekas pemberi pinjaman wang, Chong Piang Fong, 49, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di dada.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P. R Gunarajan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Machap Umboo, Alor Gajah datang ke rumah itu bersendirian dengan menaiki kereta Perodua Kancil pada pukul 9 pagi.
Sebaik sampai, mangsa yang membawa sebatang kayu terus masuk dan naik ke bilik utama yang terletak di tingkat atas untuk berjumpa dengan suspek bagi meminta hutang.
“Berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang berusia 25 tahun sebelum kontraktor tersebut mengeluarkan pisau dan menikam dada mangsa,” katanya ketika ditemui di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2cBind4Bb 
Hakcipta terpelihara 

Bapa enam anak dituduh mengebom dan langgar kereta


GEORGE TOWN – Seorang bapa enam anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam kerana sengaja menyebabkan ketakutan terhadap pemandu dan penumpang sebuah kereta dengan mengejarnya.
Chin Soon Hock, 37 dari Taman Serindek Sungai Petani, Kedah, turut dikenakan dua lagi pertuduhan iaitu menggunakan bahan letupan sehingga menyebabkan kerosakan pada kereta yang sama dan mengambil dadah jenis methamphetamin ketika ditahan polis.
Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Diannee Ningrad Nor Azhar.
Soon Hock bersama dengan seorang yang masih bebas juga didakwa telah mendatangkan ketakutan dengan menggunakan kereta yang dipandu mereka mengejar dan sengaja melanggar kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Love di sini kira-kira pukul 2.20 petang pada 12 Ogos lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2cBiYBE4Y 
Hakcipta terpelihara 

Suri rumah dituduh dera, perdagang amah



ENG FONG dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memperdagangkan dan mendera amah warga Indonesia.
Chai Eng Fong, 40, didakwa di hadapan Hakim Rozina Ayob memperdagangkan mangsa berusia 30 tahun itu bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran 2007 yang membawa hukuman penjara 20 tahun atau denda.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2cBiO0IeF 
Hakcipta terpelihara 

Suami tak mengaku salah belasah isteri dalam lif hospital




BUKIT MERTAJAM – Kejadian seorang wanita yang dibelasah cukup-cukup di depan dua anaknya ketika berada di dalam lif sebuah hospital swasta Isnin lalu menyaksikan seorang lelaki yang merupakan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Bagaimanapun, Mohamad Affandi Ismail (gambar kecil), 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ariff Mohamad Shariff.
Pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 36 tahun. Perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda dekat sini pada pukul 4 petang.
Mohamad Affandi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2cBiBEHsu 
Hakcipta terpelihara 

Didakwa miliki pistol, peluru


GAMBAR fail menunjukkan Hussain mati ditembak di luar sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur pada 29 Julai lalu.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi yang disyaki membawa suspek utama berkaitan kes tembak melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memiliki pistol dan empat butir peluru.
Chew Siang Chew, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azwarnida Affendi.
Mengikut pertuduhan pertama, suspek didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis Walther model PPK/S Cal .9mm Kurz/380ACP bersama satu kelopak Walther Cal .9mm Kurz tanpa lesen.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kondominium Desa Cindaimas, Jalan Sekutu Off Jalan Kuchai Lama di sini pada pukul 5.45 petang 3 Ogos lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 14 tahun dan enam sebatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2cBhvStGZ 
Hakcipta terpelihara 

Aktres bermasalah meninggal dunia


LISA ROBIN KELLY


LOS ANGELES - Aktres yang membintangi siri komedi popular That 70's Show, Lisa Robin Kelly meninggal dunia kelmarin, lapor portal hiburan TMZ.
Pelakon berusia 43 tahun itu meninggal dunia ketika sedang tidur di sebuah pusat pemulihan di sini.
Jurucakap Kelly memberitahu TMZ bahawa aktres itu mendaftarkan diri secara sukarela di pusat tersebut beberapa minggu bagi merawat masalah ketagihan alkohol.
"Dia melawan kejahatan dalam dirinya untuk seketika tetapi tewas dalam perjuangan tersebut," kata jurucakap berkenaan.
Menurut satu sumber dalaman, suami Kelly telah memukulnya pada May lalu untuk mendapatkan wang hasil lakonan aktres itu.
Lelaki berkenaan, Robert Gilliam telah disabitkan kesalahan oleh sebuah mahkamah di sini kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan jenayah domestik.
Gilliam dijatuhkan hukuman penjara 35 hari di samping berada di bawah pengawasan polis selama tiga tahun kerana kesalahan tersebut.
Dalam pada itu, Kelly turut memfailkan perceraian terhadap Gilliam pada Julai lalu.
Aktres yang pernah membintangi filem seram Amityville Dollhouse itu pernah ditangkap sekurang-kurangnya empat kali sejak tiga tahun yang lalu kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melakukan serangan ke atas orang lain. - Agensi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2cBcTfjDX 
Hakcipta terpelihara