Search This Blog

Friday, August 16, 2013

Penganggur tikam anak dipenjara 15 tahun


16 Ogos 2013



SHAH ALAM - Tindakan seorang isteri memaafkan suaminya yang menikam mati anak sulung mereka dan rayuan wanita itu agar hukuman ringan dijatuhkan ke atas seorang penganggur ternyata tidak mampu mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sebaliknya, Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas A.Kumar, 42 dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu sehari selepas kejadian pada 28 Mac 2011.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata hukuman berat harus dikenakan terhadap Kumar yang tergamak menikam dada Razak, 22, dengan pisau sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Beliau turut memetik kata-kata bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Mohd Yunos bahawa 'manusia sesama manusia tidak dibenarkan bermain dengan nyawa manusia'.

"Ada keterangan bahawa tertuduh seorang kaki mabuk, hisap gam dan dia buat tindakan yang tidak disukai, bukan sahaja oleh keluarga malah jiran. Tertuduh juga mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu curi serta dadah, dan ini menunjukkan dia tidak mempunyai karakter yang baik," katanya.  

Kumar didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Emas 33, Bandar Sungai Emas, Banting pada 8.20 malam, 27 Mac 2011.

Sebelum ini, dia didakwa dan dibicarakan atas pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun menukar pengakuannya semalam selepas pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan menyebabkan kematian selepas empat saksi memberi keterangan, termasuk isteri tertuduh, Subedah Moideen, 42.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dikatakan memarahi Kumar dan mengugut untuk meludah pinggan makannya menyebabkan tertuduh keluar untuk ke kandang arnab yang terletak di luar rumah.

Mangsa mengekori tertuduh dan berlaku pertengkaran yang berakhir dengan tertuduh bertindak menikam anaknya.

Terdahulu, peguam T.Vijay meminta Akhtar meringankan hukuman terhadap anak guamnya dengan mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan masa mahkamah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zaki Mohd Salleh meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan perbuatan tertuduh yang menggunakan pisau pemotong makanan arnab untuk menikam anaknya.

"Kucingpun sayangkan anak, berlainan dengan kes ini di mana ayah tidak sayangkan anaknya sendiri," katanya. - Bernama

Rumah Juanda Jaya di Kuching disamun


  • Dr Juanda JayaDr Juanda Jaya
 1 / 1 
KUCHING - Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke negeri ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di sini hari ini.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.
  
Mereka kemudian melarikan barangan berharga bernilai kira-kira RM30,000, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.
  
"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.
  
Sementara itu Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009, tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan reaksi.  - Bernama

Remaja maut, rakan parah


  •  Din Ahmad Din Ahmad
 1 / 1 
BATU PAHAT - Seorang remaja maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas berhampiran Jalan Besar Parit Jalil, Parit Sulong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa yang juga pembonceng motosikal, Mohamad Azlisham Rahim, 14, meninggal  dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, nahas berlaku apabila moto- sikal Honda EX5 yang ditunggang seorang remaja bersama mangsa yang maut tiba-tiba hilang kawalan.

Menurutnya, selepas terbabas, motosikal itu terlanggar tiang  elektrik di kawasan kemalangan.

“Penunggang motosikal yang masih belum dikenal pasti identitinya cedera parah sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

“Manakala, mayat pembonceng yang maut juga dihantar ke HSNI untuk proses selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Din berkata, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas dan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke balai  polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pengguna jalan raya dinasihati lebih berwaspada ketika memandu bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kemalangan,” katanya.

Aktiviti menjaring berakhir tragedi


  • E NaguranE Naguran
 2 / 2 
KUALA LANGAT - Hasrat dua warga emas mengulangi aktiviti menjaring ikan ketika zaman bujang di kawasan pantai Pulau Carey berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin itu, mangsa E Naguran, 72, bersama sahabat karibnya, Veerappan, 70, menjaring ikan kira-kira 15 meter dari tepi laut.

Bagaimanapun, menurut Verappan, mereka mula menarik jaring ke persisiran pantai setelah ikan mula tersangkut dan ketika itulah tragedi bermula.

"Tiba-tiba permukaan pasir terjerlus dan saya hampir lemas di bawa arus manakala Naguran terus jatuh.

"Saya perasan Naguran cuba tarik tangan saya, tapi tidak sempat saya capai sebelum dia tenggelam," katanya.

Melihat keadaan itu, Verappan berkata, dia nekad menyelam dan mencari Naguran sebelum hanyut.

"Saya berjaya dapatkan Naguran dan menariknya ke pantai, namun kesal apabila dia tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.

Menurutnya, mangsa yang pernah tinggal di kampung berkenaan 20 tahun lalu sebelum berhijrah ke Klang datang bermalam di rumahnya.

Katanya, sebelum kejadian, Naguran ada suarakan hasrat untuk menjaring ikan di Pulau Carey kerana merindui zaman bujangnya yang menjadikan aktiviti laut sebagai punca pendapatan.

"Naguran tidak menunjukkan perlakuan aneh, cuma ketika sedang siapkan kelengkapan menjaring dia ada beritahu keluarga saya ke mana dia pergi.

"Namun nasib tidak menyebelahi Naguran apabila kakinya tersangkut jaring menyebabkan dia terjatuh dan lemas," katanya.

Tergantung pada penyangkut buaian


  • Tergantung pada penyangkut buaianAhli keluarga mangsa meraung sebaik saja mayat Ding Siang dibawa keluar dari tempat kejadian, malam kelmarin.
 1 / 1 
LUKUT - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung di besi penyangkut buaian di ruang tamu rumahnya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa, Teo Ding Siang berusia 32 tahun ditemui dalam keadaan tergantung oleh ibunya sekitar jam 8 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa menggantung dirinya ke besi penyangkut buaian menggunakan tali jenis nilon,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah membabitkan pihak lain dalam kejadian itu.

“Bagaimanapun, polis akan menyiasat kejadian ini dari pelbagai sudut mencari punca sebenar kejadian,” katanya.

Mayat Ding Siang kemudiannya dibawa ke rumah mayat Hospital Port Dickson, di sini untuk dibedah siasat dan dituntut ahli keluarga, tengah hari semalam.

Maut dalam perjalanan pulang ke rumah


  • K ThiagarajanK Thiagarajan
 2 / 2 
TELOK KEMANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya sendirian bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan dalam satu kejadian kemalangan di Kilometer 12.8 Jalan Pantai berhampiran Hotel Acasa, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa, K Thiagarajan, 36, yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Telok Kemang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Panjang.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian anggota badan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawa-tan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang.

Mangsa yang tinggal di Kampung Air Hitam Batu 19 difahamkan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun.

Difahamkan, 10 tahun lalu bapa mangsa juga maut akibat kemalangan jalan raya, begitu juga adiknya yang maut dalam tragedi sama pada dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Jumpa cicak dalam agar-agar


  • Jumpa cicak dalam agar-agarAgar-agar yang dibeli untuk membuat koktel mengandungi cicak kering.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU – Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli.

Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut.

“Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.

“Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel,” katanya kepada Sinar Harian.

Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan," katanya.

156 majikan didenda tidak carum KWSP


  • kwsp

KUALA LUMPUR - Sebanyak 156 majikan yang tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan denda berjumlah RM184,900 oleh mahkamah pada suku kedua tahun ini berakhir 30 Jun.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata jumlah itu turun sebanyak 10.86 peratus berbanding 175 majikan pada suku pertama tahun ini.

Katanya, denda dikenakan adalah untuk kesalahan di bawah Seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991, di mana semua majikan dikehendaki membayar caruman bulanan untuk pekerja mereka sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan.

"KWSP menguatkuasakan peraturan ini untuk melindungi kepentingan ahli (pencarum).

"KWSP berjaya mengesan majikan tidak mencarum hasil penguatkuasaan yang cekap dan ketat serta keprihatinan yang semakin meningkat dalam kalangan ahli untuk memantau majikan yang tidak mencarum melalui i-Akaun dan Kios KWSP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.   

Beliau berkata denda yang dikenakan ialah antara RM6,000 dan RM3,000.

Katanya, mahkamah lazimnya membenarkan majikan yang didenda menjelaskan tunggakan caruman melalui ansuran sehingga enam bulan dan akan mengkreditkan tunggakan caruman ke dalam akaun ahli terbabit setelah semua tunggakan dibayar.

"Setakat 30 Jun 2013, KWSP juga telah mengemukakan nama 272 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 30 Akta KWSP 1991, " katanya.

Nik Affendi berkata oleh itu, ahli digesa supaya menyemak penyata KWSP dengan lebih kerap untuk memastikan caruman KWSP mereka adalah teratur.

"Sekiranya ahli mendapati sebarang keraguan dalam akaun mereka, mereka perlu mendapatkan penjelasan segera daripada majikan atau membuat laporan kepada KWSP dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti slip gaji dan surat pelantikan," katanya.   

Katanya, laporan itu boleh dibuat di cawangan KWSP berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 dari 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.

"Ahli juga boleh mengemukakan pertanyaan secara online melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my ," katanya.

Di samping itu, Nik Affendi berkata pihaknya menyarankan agar majikan menggunakan kemudahan e-Caruman yang disediakan melalui i-Akaun bagi membolehkan mereka mengemukakan maklumat caruman secara online dengan selamat.

"Kemudahan e-Caruman adalah selamat dan menjimatkan masa sekali gus meningkatkan kecekapan operasi majikan," katanya. - Bernama

Lelaki maut ditembak ketika minum bersama rakan

KLANG - Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada 2.20 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya kemudian dihampiri dua
lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

"Lelaki yang membonceng motosikal itu turun dan secara tiba-tiba mengeluarkan pistol dari pinggang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka bertempiaran menyelamatkan diri.

"Suspek kemudian menaiki semula motosikal bersama rakannya dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tembakan berkenaan dipercayai mengenai pipi dan dada Sambhath dan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jani berkata tiga lagi rakan mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kita masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan juga Akta Senjata Api," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian itu serta mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Warga Iran dikehendaki bebas, pulang ke tanah air




PUTRAJAYA -  Seorang anak VIP dari Iran, Sajad Farhadi, yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat, dibebaskan dan akan berlepas pulang ke negaranya malam ini.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara menolakrayuan Menteri Dalam Negeri, pengarah Penjara Sungai Buloh, Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara berhubung perintah Mahkamah Tinggi pada 2 Ogos lepas yang membebaskan Sajad daripada tahanan selepas membenarkan permohonan habeas corpus warga Iran itu.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa Sajad, 34, akan cuba mendapatkan penerbangan ke Iran malam ini dan perjalanan beliau ke lapangan terbang akan diiringi pihak berkuasa.

Muhammad Shafee juga berkata memandangkan visa Sajad telah tamat tempoh, beliau akan diberi pas khas untuk keluar dari Malaysia.

Terdahulu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpus Sajad.  

"Kami akan memberi penghakiman bertulis kemudian," kata Raus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad
Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan itu pada sebelah petang selepas menolak permohonan untuk menangguhkan perintah pembebasan Sajad pada prosiding
pagi tadi.

Dalam penghakimannya, Raus berkata Mahkamah Persekutuan tidak boleh membenarkan penangguhan perintah pembebasan selepas seseorang itu berjaya dalam permohonan habeas corpus yang dikemukakannya.

"Kita akan menjadi negara yang pertama di dunia, jika bukan dalam Komanwel, yang berbuat demikian jika penangguhan perintah pembebasan ini dibenarkan," katanya.

Sajad ditahan di negara ini kerana melanggar undang-undang Imigresen Malaysia dan perintah penahanan itu berakhir hari ini.  

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan perayu untuk menangguhkan perintah pembebasan Sajad.

Pada 11 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pendakwaan untuk memudahkan Kementerian Dalam Negeri mengekstradisi Sajad ke Amerika
Syarikat.

Sajad dikehendaki Amerika Syarikat berhubung lebih 30 pertuduhan melanggar sekatan perdagangan terhadap Iran, pemalsuan dan penyeludupan barangan di daerah utara California.

Beliau kemudian memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi, ketika membenarkan permohonan Sajad, turut mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen yang memerintahkan lelaki itu diekstradisi ke Amerika Syarikat. - Bernama

Tanya khabar sebelum ragut

Kenderaan curi yang dibawa lari suspek.
Kenderaan curi yang dibawa lari suspek.
Kenderaan curi yang dibawa lari suspek.
Kenderaan curi yang dibawa lari suspek.
Antara senjata dibawa suspek.
Antara senjata dibawa suspek. .


SIJANGKANG - Empat suspek samun berjaya dicekup polis peronda tidak sampai setengah jam selepas meragut rantai seorang wanita di Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, seorang daripada suspek turun dari kenderaan Kia Carens bertanyakan khabar ibu mangsa dan perihal rumah sewa sebelum meragut seutas rantai emas dipakai wanita terbabit.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa lingkungan 40-an menjerit meminta tolong dan pada masa sama, suspek cuba menghidupkan enjin kenderaan untuk melarikan diri, namun gagal.

Suspek bersama dua rakan subahatnya bertindak meninggalkan kereta berkenaan di hadapan rumah mangsa setelah enjin kenderaan itu gagal dihidupkan.

Mangsa kemudiannya menghubungi polis meminta bantuan kerana bimbang keselamatan terancam sekiranya suspek kembali semula.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, tidak sampai 10 minit sepasukan polis peronda tiba di tempat kejadian dan mendapati empat lelaki menaiki Perodua Viva putih berlegar dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, polis kemudian bertindak mengekori kenderaan terbabit sebelum memintasnya 10 minit kemudian di Jalan Ubi, Kampung Sijangkang.

"Hasil pemeriksaan dijalankan polis menemui sebilah parang, pisang, pemotong besi, dua playar, dua set sepana, lima telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan seutas rantai emas putus.

"Semua suspek ditahan dan siasatan awal polis mendapati empat lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, pecah rumah dan curi selain mendapati positif syabu," katanya.

Beliau berkata, dengan penemuan Perodua Viva dan Kia Carens yang dilaporkan hilang di Bandar Baru Salak Tinggi dan Klang itu, polis percaya ia ada kaitan dengan beberapa kes samun sebelum ini.

"Semua suspek lingkungan 26 hingga 30 tahun itu direman bagi membantu siasatan," katanya.

Pukul isteri: Penjawat awam tidak mengaku salah

  • Lelaki yang dipercayai memukul isteriLelaki yang dipercayai memukul isteri di dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (tengah) diiringi anggota Polis ketika menyerah diri di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

BUKIT MERTAJAM - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.
  
Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.
  
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
  
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.  - Bernama

Syabu ditemui dalam dompet pegawai polis

KUANTAN - Sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di sini, semalam.
   
Serbuk dan ketulan kristal seberat 0.8 gram itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) di sini, kata sumber polis.
   
"Paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal yang disyaki syabu itu telah diserahkan petugas hospital kepada pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan pada 12 tengah hari semalam.
   
"Siasatan awal mendapati barang kes itu dijumpai pada dompet pegawai polis berkenaan yang bertugas di negeri ini," kata sumber itu kepada Bernama di sini, hari ini.
   
Menurut sumber itu Bahagian Tatatertib Polis Pahang telah diarah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis= Kontinjen (IPK) Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata pegawai berkenaan cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan By Pass pada pukul 7 pagi semalam.
   
Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng.
   
"Pegawai itu cedera parah...mengalami pendarahan pada bahagian dalaman perut dan patah lutut kiri," katanya.   - Bernama

Syabu ditemui dalam dompet pegawai polis

KUANTAN - Sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di sini, semalam.
   
Serbuk dan ketulan kristal seberat 0.8 gram itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) di sini, kata sumber polis.
   
"Paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal yang disyaki syabu itu telah diserahkan petugas hospital kepada pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan pada 12 tengah hari semalam.
   
"Siasatan awal mendapati barang kes itu dijumpai pada dompet pegawai polis berkenaan yang bertugas di negeri ini," kata sumber itu kepada Bernama di sini, hari ini.
   
Menurut sumber itu Bahagian Tatatertib Polis Pahang telah diarah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis= Kontinjen (IPK) Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata pegawai berkenaan cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan By Pass pada pukul 7 pagi semalam.
   
Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng.
   
"Pegawai itu cedera parah...mengalami pendarahan pada bahagian dalaman perut dan patah lutut kiri," katanya.   - Bernama

2 beradik maut ketika berkelah

2013/08/16  
Balik Pulau: Kegembiraan satu keluarga dari Kulim, Kedah, berkelah bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas ketika berenang di pantai Teluk Bahang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian pada jam 2 petang, M Poojenbraraj, 13, dikatakan berenang bersama adik perempuannya, M Kavita, 10, sebelum dua beradik itu dibawa arus ke tengah laut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Unit Pusat Kawalan Kecemasan (MER999) mengenai dua budak dipercayai lemas di pantai berkenaan. Berikutan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Teluk Bahang dan dikerahkan ke lokasi untuk membantu mencari mangsa. Tidak sedarkan diri “Dua beradik itu ditemui tidak lama selepas itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, Poojenbraraj didapati sudah meninggal dunia,” katanya., di sini, semalam. Kavita dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Kemaruk seks dengan kucing


Boise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.

Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.
Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan.

Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya.

Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar.
Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein. Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja. “Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Dua beranak parah ditetak 8 penyamun


2013/08/16
 
Tapah: Dua beranak cedera parah ditetak sekumpulan lapan penyamun berparang yang menceroboh rumah mereka dekat Sungkai di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian di Kampung Hendra Lama kira-kira jam 3.50 pagi itu, dua beranak berusia 54 dan 26 tahun itu cedera di tangan dan kepala akibat ditetak ketika cuba mempertahankan diri daripada kumpulan penyamun yang melarikan barangan bernilai RM100,000 termasuk wang tunai RM10,000.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata ketika kejadian mangsa bersama isteri berada dalam bilik tidur utama, manakala dua lagi anak lelakinya di bilik tidur berasingan, sebelum lapan lelaki bersenjata parang dan bertopeng memecah masuk kediaman mereka menerusi tingkap bilik tidur yang tidak berkunci.

“Suspek mengumpulkan semua mangsa dalam sebuah bilik tidur sebelum bertindak mengikat tangan, kaki dan mulut mangsa. Ketika itu, mangsa cuba melawan menyebabkan suspek bertindak menetak tangan dan kepala dua beranak terbabit,” katanya di sini, semalam.

Som Sak berkata, mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan untuk rawatan di Hospital Tapah, sementara anaknya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kes belasah isteri dalam lif: Pegawai veterinar serah diri

Kes belasah isteri dalam lif: Pegawai veterinar serah diriSuspek menyerah diri di Balai Polis Kuantan, semalam. - Foto Luqman Hakim Zubir
Kuantan: Pegawai veterinar yang membelasah isterinya dalam lif sebuah hospital swasta Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Isnin lalu, menyerah diri di Balai Polis Kuantan di sini, petang semalam.

Suspek berusia 36 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 4.30 petang selepas menyedari perbuatannya itu tersebar luas menerusi laman sosial dan media.
Penjawat awam berasal dari Jerantut itu hadir sendirian menyerah diri dan siasatan awal polis mendapati suspek membelasah isterinya tanpa menyedari perbuatan itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV).


Difahamkan, suspek mengaku memukul isterinya dan mendakwa serangan terbabit berpunca daripada provokasi isterinya, selain mengalami tekanan perasaan.

Suspek yang bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Daerah Jerantut itu, dikatakan dalam proses perceraian dengan isteri pertamanya. Dia juga sudah berkahwin dengan kakitangan sebuah agensi kerajaan di Jerantut sejak 2011.

Tahanan reman

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, yang mengesahkan penahanan suspek, berkata lelaki itu akan diserahkan kepada Polis Pulau Pinang untuk tahanan reman.
“Kita akan menghantar suspek ke Bukit Mertajam, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada isterinya, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Selasa lalu, media sosial tempatan gempar apabila video seorang pekerja kilang dibelasah suami dimuat naik sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Video berdurasi dua minit 20 saat itu dimuat naik oleh adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, selepas melihat kakaknya dipukul tanpa belas kasihan oleh suaminya dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Nasib anak kapal belum pasti



Gambar dikeluarkan Kementerian Pertahanan menunjukkan unit penyelam Tentera Laut India berdiri di atas platform kapal selam INS Sindhurakshak, selepas ia karam berikutan letupan di pelabuhan pangkalan Tentera Laut di Mumbai, kelmarin. - AFP
MUMBAI 15 Ogos - Pasukan penyelam dan jurutera India hari ini bertungkus-lumus membawa keluar kapal selam yang karam semalam berikutan satu letupan yang dikhuatiri mengorbankan semua 18 anak kapal di dalamnya.
Kerja-kerja mengeluarkan kapal selam INS Sindhurakshak buatan Rusia itu dilakukan ketika Perdana Menteri, Manmohan Singh menyuarakan kekesalan terhadap insiden berkenaan.
Insiden di pelabuhan pangkalan Tentera Laut di Mumbai semalam merupakan kejadian terburuk yang dialami oleh Tentera Laut India sejak sebuah kapal perang negara ini ditenggelamkan oleh kapal selam Pakistan pada 1971.
Pasukan penyelam dilapor telah membuka pintu utama kapal selam tersebut dalam usaha mengosongkan dua bahagian kedap air sebelum mengepam air keluar bagi mengapungkan semula kapal selam berkuasa diesel berkenaan.
Dalam pada itu, Singh ketika menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Kemerdekaan di Delhi turut menyuarakan kesedihannya tentang tragedi yang boleh menghalang pemodenan tentera laut negara ini.
"Insiden ini memberi kesan kepada tentera laut, lebih-lebih lagi selepas kejayaan melancarkan kapal selam nuklear pertama, INS Arihant dan kapal pengangkut pesawat, INS Vikrant baru-baru ini," katanya.
Nasib kesemua 18 anak kapal masih belum diketahui ekoran tiada mayat yang ditemukan selepas letupan berkenaan.
Rakaman video amatur menunjukkan kebakaran di bahagian depan kapal selam Sindhurakshak, lokasi penyimpanan torpedo dan peluru berpandu.
Satu unit khas ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian berkenaan yang dipercayai melibatkan unsur-unsur sabotaj walaupun tiada bukti kukuh diperoleh setakat ini. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130816/lu_10/Nasib-anak-kapal-belum-pasti#ixzz2c5j7YM43
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis buru lima lelaki menyamar sebagai anggota penguat kuasa


GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan lima lelaki yang menyamar sebagai anggota penguat kuasa sebelum menyamun 18 warga asing di sebuah rumah kongsi di Lebuhraya Batu Maung, Bayan Lepas di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md. Zin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila kumpulan tersebut 'menyerbu' rumah kongsi itu dan mengarahkan kesemua pekerja asing berkenaan berkumpul di luar sebelum mereka menggeledah rumah itu atas alasan untuk pemeriksaan.
"Tiga daripada suspek masing-masing memakai jaket berlambang Rela (Pasukan Sukarelawan Malaysia), polis dan imigresen manakala dua orang lagi berpakaian biasa," katanya kepada pemberita semasa menghadiri program Kepolisan Berprofil Tinggi bersama penduduk dan mangsa kebakaran di Sungai Nibong Tengah semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2c5hLmufu 
Hakcipta terpelihara 

Ditembak akibat dendam



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Sambhath mati ditembak seorang lelaki di depan Public Bank Jalan Kapar, Kapar, Klang semalam.


KLANG - Keseronokan empat sahabat minum di sebuah restoran berakhir dengan tragedi apabila salah seorangnya mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki dalam kejadian di hadapan Public Bank Jalan Kapar, Kapar di sini semalam.
Kejadian pukul 2.15 pagi itu mengakibatkan pemandu lori, S. Sambhath, 27, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini selepas terkena dua das tembakan yang menembusi pipi dan dadanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila empat sahabat itu didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna merah ketika sedang rancak berbual dan minum.
Katanya, kerana curiga, mangsa dan tiga rakannya telah berpindah meja di depan bank tersebut sebelum dihampiri pula oleh dua buah kereta jenis Toyota Altis dan Proton Wira.
"Pada masa sama, dua lelaki lain yang menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh telah berhenti di depan bank sebelum pemboncengnya turun lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2c5hEEEwS 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar 12 tahun lemas selepas tergelincir dalam lombong


Nur Atikah


SUNGAI PETANI - Seorang murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Seri Aman Bedong, Nur Atikah Mahadzir, 12, ditemui mati lemas selepas terjatuh dalam sebuah lombong terbiar di Kampung Baru Thye Eng Semeling dekat sini kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang semasa mangsa dan beberapa rakannya dalam perjalanan mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri di kawasan berdekatan.
Seorang rakannya, Nur Najwa Mohd. Ahair, 14, berkata, semasa tiba di tempat kejadian, Nur Atikah tiba-tiba tergelincir menyebabkan seliparnya jatuh ke dalam lombong.
Katanya, mangsa kemudian cuba mengambil selipar itu dengan berpaut pada rakan-rakan lain tetapi terus terjatuh ke dalam lombong.
"Kejadian itu berlaku dengan cepat, saya dan rakan lain tidak sempat berbuat apa-apa," ceritanya ketika ditemui pemberita.
Nur Najwa berkata, dia bersama mangsa serta tiga lagi rakan, Ainur Atikah Mohd. Yazid, 12, Nadia Jamil, 14, dan Saidatul Najwa Shukri, 12, ke lombong berkenaan untuk mengajak sepupunya yang memukat ikan di situ untuk ke rumah terbuka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2c5h4VmAo 
Hakcipta terpelihara 

Pemotong rumput mengaku ugut isteri


MALEK dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang pemotong rumput dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengugut untuk mencederakan isterinya menggunakan sebilah parang kecil di sebuah rumah di Pasir Puteh Selasa lalu.
Tertuduh, Malek Junuh, 31, mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Malek didakwa melakukan ugutan jenayah untuk mendatangkan ketakutan dan kecederaan kepada isterinya, Salmi Ab. Rahman, 27, dengan menggunakan sebilah parang kecil di sebuah rumah di Kampung Bukit Akar, Pasir Puteh pada pukul 11.15 malam pada 13 Ogos lalu.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 8 September ini untuk pembentangan fakta kes dan hukuman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2c5gksjKB 
Hakcipta terpelihara 

Kerajaan rugi RM2.5 juta sebulan


KOTA BHARU - Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta sebulan ekoran kegiatan menyeludup bahan api petrol dan diesel ke negara jiran.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Datuk Azis Yacub berkata, kegiatan penyeludupan diesel dan petrol di kawasan Tumpat sahaja menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM98,000 dalam masa sehari.
Menurutnya, kerugian berkenaan disebabkan jumlah subsidi minyak yang mengalir keluar serta cukai yang gagal dikutip apabila bahan api bersubsidi dari negara ini dinikmati dengan mudah oleh rakyat negara jiran.
"Aktiviti penyeludupan berlaku melalui Sungai Golok yang menjadi sempadan Kelantan dan Thailand, bermula dari Pengkalan Kubor di Tumpat hingga ke Jeli dan kegiatan itu dikesan berleluasa ekoran kenaikan harga runcit minyak di Thailand sejak lima tahun lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2c5gVUiqj 
Hakcipta terpelihara 

Kelar leher remaja depan kuil



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang remaja mati dikelar di depan sebuah kuil di Kajang semalam.


KAJANG - Seorang lelaki bertindak nekad apabila mengelar leher anak saudaranya sampai mati sebelum cuba membunuh diri dengan cara sama dalam kejadian di depan sebuah kuil di Taman Sri Reko, Jalan Reko di sini semalam.
Kejadian pukul 12.14 tengah hari itu berlaku ketika K. Yogiswary, 16, sedang membasuh pinggan bersama isteri suspek di dapur rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, suspek berusia 59 tahun tersebut kemudian menerpa ke arah mangsa sebelum menarik Yogiswary ke arah sebuah kuil di depan rumah sambil mengacukan pisau ke lehernya.
"Sebaik tiba di depan kuil, suspek terus mengelar leher mangsa sampai mati. Suspek kemudian masuk ke sebuah bilik di dalam kuil itu sebelum cuba mengelar lehernya sendiri namun gagal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2c5gLhWxq 
Hakcipta terpelihara 

Tukul kepala bekas kekasih


KHONG POH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanitanya dengan tukul besi.


SEREMBAN - Seorang peniaga kepak ayam mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanitanya menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Taman Jasper Jaya dekat sini Sabtu lalu.
Tertuduh Sion Khong Poh, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut fakta kes, Khong Poh dituduh dengan sengaja mencederakan Lin Pui Leen, 29, di sebuah rumah yang beralamat di No. 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya dekat sini pukul 8.30 pagi.
Bagi kesalahan itu, Khong Poh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2c5fgTv6f 
Hakcipta terpelihara 

Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan




GEORGE TOWN - Seorang penjawat awam yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu ditahan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek (gambar) berusia 36 tahun yang merupakan penjawat awam ditahan sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang pada pukul 4.45 petang.
Menurut beliau, susulan itu bapa kepada tiga anak itu akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang hari ini untuk direman bagi membantu siasatan mengenai tindakannya membelasah isterinya.
"Polis akan merekodkan keterangannya berhubung kejadian itu dan seterusnya melengkapkan kertas siasatan," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Kelakuan ganas suspek itu yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook dan YouTube sejak Isnin lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2c5fT5sL3 
Hakcipta terpelihara 

Maut selepas 35 hari derita


CHRISTINA disahkan mati kelmarin selepas lebih sebulan dirawat di HUS apabila melecur teruk akibat disimbah cuka getah di rumahnya di Kampung Pejiru, Bau pada 9 Julai lalu.


KUCHING - Setelah 35 hari bertarung nyawa, seorang wanita yang melecur teruk di seluruh badan akibat disimbah cuka getah oleh suaminya yang mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Afrika meninggal dunia kelmarin.
Christina Nyoeh, 43, yang melecur teruk di muka, tangan dan badan disahkan mati pada pukul 9.15 malam ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Jurucakap polis berkata, ekoran kematian mangsa, kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan iaitu bersubahat membunuh diri ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Katanya, suami mangsa kini di bawah pemerhatian polis di rumahnya kerana masih belum sihat ekoran tindakannya meminum racun rumpai sejurus menyimbah isterinya dengan cuka getah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2c5f9ntWh 
Hakcipta terpelihara 

Pelakon Gia Allemand mati gantung diri




NEW ORLEANS - Pelakon Amerika Syarikat dan teman wanita kepada pemain Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), Ryan Anderson ditemui mati selepas cuba membunuh diri kelmarin, lapor jurucakapnya.
Menurut jurucakapnya, Penelope Jean Hayes, Gia Allemand, 29, (gambar) yang pernah muncul dalam program mencari pasangan, The Bachelor dan Bachelor Pad dibawa ke sebuah hospital di sini selepas dia cuba membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya.
Allemand ditemui oleh Anderson, 25, yang bergegas mendapatkan bantuan.
Bagaimanapun, Allemand disahkan meninggal dunia selepas mesin pembantu hayat terpaksa dihentikan kerana baha- gian otak dan organnya yang lain gagal berfungsi.
Akhbar Daily Mail turut melaporkan, mendiang dikatakan tertekan dengan keretakan hubungannya dengan Anderson sejak kebelakangan ini.
Allemand merupakan seorang penari balet profesional dan pelakon yang memulakan kerjayanya sebagai model untuk iklan bayi, Johnson & Johnson. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2c5cvJQwb 
Hakcipta terpelihara