Search This Blog

Tuesday, August 13, 2013

Taufan Utor badai Filipina, seorang maut


Sekumpulan kanak-kanak mengutip sampah yang tesadai di pantai untuk dijual selepas ombak kuat membadai sepanjang Teluk Manila berhampiran kawasan setinggan di Manila, semalam ekoran Taufan Utor . - REUTERS
MANILA 12 Ogos - Seorang terbunuh, manakala 45 orang lagi dilaporkan hilang apabila Taufan Utor melanda utara Filipina, hari ini.
Utor yang disifatkan sebagai taufan terkuat pada tahun ini, membadai kawasan pergunungan wilayah Aurora dengan kelajuan angin 175 kilometer sejam.
Rakaman televisyen ABS-CBN TV memaparkan seorang wanita dihanyutkan arus deras di sebatang sungai di wilayah Isabela.
Wanita itu dapat dilihat melambai tangannya meminta pertolongan sambil berusaha berpaut pada serpihan bangunan ketika dihentam arus kuat.
Tidak dapat dipastikan apakah nasib wanita tersebut.
Di pergunungan Benguet, seorang lelaki berumur 22 tahun maut dalam perjalanan ke hospital selepas diselamatkan daripada runtuhan tanah, kata pegawai pertahanan awam wilayah, Andrew Alex Uy.
Taufan itu turut menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter dan sejumlah nelayan hilang.
Jurucakap polis wilayah berkata, 25 nelayan di Pangasinan yang menaiki tiga bot gagal pulang.
''Sebanyak 20 orang nelayan lagi dari Catanduanes dan Camarines Norte juga dilaporkan hilang. Pihak berkuasa berharap mereka selamat dengan berlindung di pulau-pulau berdekatan,' kata Pengarah Wilayah Pejabat Pertahanan Awam, Bernardo Alejandro IV.
Pada tengah hari ini, Taufan Utor telah melalui Luzon dan kini bergerak ke arah barat laut dengan angin selaju 140 kilometer sejam. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130813/lu_04/Taufan-Utor-badai-Filipina-seorang-maut#ixzz2brcWYxzW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Orang jerit suruh kami lari'


  • 'Orang jerit suruh kami lari'Unit Forensik Bomba sedang melakukan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian kebakaran membabitkan empat rumah kedai, semalam.

IPOH – Seorang pemilik rumah kedai kerugian lebih RM50,000 selepas premis yang diusahakannya sejak 10 tahun lalu di Pasir Pinji di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, empat rumah kedai termasuk sebuah premis makanan musnah selepas kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang kedai.

Salah seorang pemilik premis, Lee Siew Koon, 48, berkata, kejadian itu disedari apabila dia dan suaminya dikejutkan dengan jeritan penduduk setempat yang menjerit memaksa mereka keluar dari rumah itu.

“Saya dan suami sedang nyenyak tidur terkejut dengan jeritan orang ramai yang memberitahu rumah kami terbakar.

“Sebaik mendengar jeritan mereka, saya dan suami terus lari keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan rumah kedai di situ berusia lebih 40 tahun mungkin menjadi punca api cepat merebak.

“Pihak bomba tiba beberapa minit sejurus dihubungi namun, gagal menyelamatkan keempat-empat rumah kedai termasuk rumah kami.

“Anggaran kerugian yang ditanggung adalah sebanyak RM50,000 jika mengambil kira nilai peralatan masakan yang musnah dalam kejadian ini,” katanya yang menjalankan perniagaan makanan.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zon Negeri, Khairi Shaharudin berkata, anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 1.45 pagi oleh orang awam.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran sekali gus memadamkan api di keempat-empat premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati hanya dua kedai sahaja masih menjalankan aktiviti perniagaan manakala dua lagi telah lama ditinggalkan pemilik sebelum ini.

“Tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan.  Pemilik premis menanggung kerugian besar untuk kembali beroperasi. Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Gempa bumi kuat landa Pantai Utara Peru

SATU gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Utara Peru pada pukul 5.49 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gegaran itu berpusat di 134km barat daya Sullana, Peru, dan 17,763km tenggara Semporna, Sabah.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - Bernama

Lebih 20 hilang Taufan Utor landa Filipina


  • Puluhan diarah berpindah selepas Taufan Utor melanda timur Filipina, semalam.Puluhan diarah berpindah selepas Taufan Utor melanda timur Filipina, semalam.

MANILA - FILIPINA, Lebih 23 dikhuatiri hilang manakala puluhan yang lain dikerah berpindah selepas Taufan Utor melanda timur Filipina, semalam.

Ketua Agensi bencana Alam Kebangsaan melaporkan, taufan berkelajuan 200 kilometer sejam itu merupakan yang terkuat bagi tahun ini dan turut membawa hujan lebat di kawasan pedalaman dan pergunungan yang dihuni ratusan penduduk.

“Mangsa hilang adalah nelayan tempatan yang keluar ke laut di Pulau Luzon sejak minggu lalu,” katanya.

Menurutnya kepada Manila Times, Filipina biasanya menerima kira-kira 20 taufan dalam setahun yang kebanyakannya membawa korban nyawa.

“Julat hujan dijangka meningkat dan persediaan memindahkan penduduk dan menutup beberapa sekolah sedang dilakukan,” katanya.