Search This Blog

Monday, August 12, 2013

Lelaki dicekup ketika curi kabel dan penyaman udara


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah bagi mencuri kabel elektrik dan penyaman udara ditangkap oleh pemiliknya dalam kejadian di Kampung Tanjung, di sini, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek yang berusia 30-an sedang leka mencuri kabel elektrik dan penyaman udara di rumah kosong terbabit.
Menurutnya perbuatan suspek disedari oleh orang ramai yang memaklumkan kejadian kepada pemilik rumah yang tinggal tidak jauh dari situ.

"Sebaik menyedari pintu rumah itu dibuka, suspek menyembunyikan diri di dalam tandas namun berjaya diberkas pemilik rumah bersama penduduk kampung," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Manoharan berkata, pihaknya percaya suspek yang juga penagih itu memasuki rumah berkenaan melalui bumbung.

Suspek yang berasal dari Selangor dan tinggal di Kampung Gong Badak itu ditahan reman untuk siasatan lanjut. - BERNAMA