Search This Blog

Sunday, August 11, 2013

Jari hancur kena mercun bola


YUSNANI melihat tangan Muhammad Faris yang cedera selepas terkena mercun bola di Tumpat pada Khamis lalu.


KOTA BHARU - Aidilfitri tahun ini terpaksa disambut dalam keadaan duka oleh seorang kanak-kanak apabila ibu jari kanannya hancur selepas terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Tumpat dekat sini Khamis lalu.
Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika Muhammad Faris Aizat, 9, bermain bahan letupan tersebut bersama rakan-rakannya.
Sebaik terkena mercun, dia yang lengkap berpakaian baju Melayu, samping dan songkok dikejarkan ke Hospital Tumpat sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2bcfPnL1W 
Hakcipta terpelihara 

Ibu menanti kepulangan Nur Zalila

Oleh ADHAM SHADAN


ROKIAH menunjukkan baju raya kesukaan Nurul Zalila di rumahnya di Kampung Jelujok, Tumpat semalam.


TUMPAT – Tatkala umat Islam bergembira menyambut kedatangan hari lebaran, keluarga Nur Zalila Ibrahim, kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Jelujok di sini pada hujung Mei lalu, masih diruntun pilu mengharapkan kepulangan ‘si bongsu’ kesayangan mereka yang tidak tahu entah bagaimana nasibnya.
Nur Zalila hilang dipercayai dilarikan tomboi berusia 23 tahun dikenali sebagai Along pada pukul 11 malam 27 Mei lalu dan beritanya disiarkan akhbar seminggu selepas itu iaitu pada 2 Jun lalu.
Ibunya, Rokiah Awang, 41, berkata, hari-harinya masih serupa seperti dua bulan lalu apabila tidurnya sering bersulam tangis dan tidak lagi berbunga ceria.
“Hari Raya Aidilfitri tahun ini paling suram bagi saya berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana anak saya itu tiada. Perasaan gembira bersamanya pada pagi raya tidak dapat saya lupakan.
“Kalau saya rindukan anak saya pada hari raya ini, saya akan cium sehelai baju rayanya tahun lalu yang amat disukai Nur Zalila,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam sambil menunjukkan baju raya anaknya tahun lalu iaitu sehelai baju potongan labuh berwarna coklat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2bcfGNq2W 
Hakcipta terpelihara 

Tiga beranak korban balik raya

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED


BEGINILAH keadaan Proton Wira yang remuk selepas terlibat dalam nahas yang mengorbankan tiga beranak di Jeli semalam.


JELI – Kegembiraan empat beranak untuk pulang ke Gerik, Perak selepas beraya di Kelantan berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler di sini semalam.
Kejadian pada pukul 11 pagi di Kilometer 127.2, Batu 18, Lebuh Raya Timur Barat itu mengakibatkan seorang anggota polis, Lans Koperal Wan Sabri Wan Hamat, 47, isterinya, Nor Roslina Omar, 43, dan anak bongsu mereka, Wan Nur Husna berusia tujuh bulan maut.
Seorang lagi anak pasangan itu, Wan Nurhaqimah, 4, terselamat.
Wan Sabri bertugas di Balai Polis Kampung Lalang, Gerik.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke balai polis tersebut selepas beraya di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2bcf2Dk7I 
Hakcipta terpelihara 

Anggota tentera cedera ditembak di sempadan

KAKITANGAN Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mengusung Mohd. Azamuddin yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand semalam.


BUKIT KAYU HITAM - Seorang anggota tentera cedera parah selepas terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh penyeludup ketika dia dan seorang rakan setugas meronda di laluan keselamatan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam.
Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu mengakibatkan Mohd. Azamuddin Azizan, 26, mengalami lima kesan kecederaan di bahu, siku kanan, paha serta belakang kedua-dua belah lutut. Anggota tentera itu berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Azamuddin berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Sungai Ara, Pulau Pinang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2bceiaZKC 
Hakcipta terpelihara 

Bebas selepas ditawan 9 bulan

Oleh RAIS YEOP JOHARI


WEE JIE (dua dari kiri) menceritakan detik dia melarikan diri dari tawanan kumpulan Abu Sayyaf ketika ditemui di Port Dickson semalam.


PORT DICKSON - Selepas sembilan bulan menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf di Filipina, seorang rakyat Malaysia nekad membuka gari dengan menggunakan sudu sebelum melarikan diri di Kepulauan Jolo pada Isnin lalu.
Tung Wee Jie, 26, mengambil masa dua jam untuk membuka gari dan melepaskan diri daripada kurungan dalam sebuah pondok buluh di kem kumpulan penculik tersebut.
"Tangan dan kaki saya digari ketika dikurung. Gari kaki saya sudah buka sejak sebulan lalu dan hanya menanti masa yang sesuai untuk membuka gari tangan.
"Pagi Isnin itu, saya nekad melarikan diri selepas membuka gari tangan.
"Mereka tidak sedar sebab waktu itu hujan lebat sementara 20 pengawal bersenjata sedang bersembahyang," ceritanya ketika ditemui di Bukit Pelandok di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2bceKAsgh 
Hakcipta terpelihara 

Bas rempuh bukit, 28 pelancong Rusia cedera





BANGKOK - Seramai 28 pelancong Rusia cedera selepas bas dinaiki mereka merempuh bukit berhampiran sebuah kawasan pelancongan terkenal, kata polis Thailand semalam.

Jurucakap polis, Kolonel Bandit Muangsukham menyatakan bahawa 44 penumpang Rusia bersama tiga kakitangan agensi pelancongan bergerak menuju sebuah gua di wilayah Kanchanaburi kelmarin semasa kemalangan berlaku.

Menurut Muangsukham, pemandu bas tiba-tiba hilang kawalan akibat masalah stereng sebelum kenderaan itu terbabas dan terbalik.

Seramai tiga penumpang cedera parah manakala 25 lagi mangsa cedera ringan.

Bas itu bertolak dari Pattaya, bandar pesisir pantai di timur Thailand menuju gua Krasae, Kanchanaburi yang terletak 180 kilometer di barat Bangkok. - AP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2bcaTImjx
Hakcipta terpelihara 

Bas rempuh bukit, 28 pelancong Rusia cedera





BANGKOK - Seramai 28 pelancong Rusia cedera selepas bas dinaiki mereka merempuh bukit berhampiran sebuah kawasan pelancongan terkenal, kata polis Thailand semalam.

Jurucakap polis, Kolonel Bandit Muangsukham menyatakan bahawa 44 penumpang Rusia bersama tiga kakitangan agensi pelancongan bergerak menuju sebuah gua di wilayah Kanchanaburi kelmarin semasa kemalangan berlaku.

Menurut Muangsukham, pemandu bas tiba-tiba hilang kawalan akibat masalah stereng sebelum kenderaan itu terbabas dan terbalik.

Seramai tiga penumpang cedera parah manakala 25 lagi mangsa cedera ringan.

Bas itu bertolak dari Pattaya, bandar pesisir pantai di timur Thailand menuju gua Krasae, Kanchanaburi yang terletak 180 kilometer di barat Bangkok. - AP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2bcaTImjx
Hakcipta terpelihara 

Tiga beranak maut


Jeli: “Sepatutnya dia pulang ke Gerik, Perak, semalam (kelmarin), tetapi kami adik-beradik memujuknya supaya menangguhkannya terlebih dulu kerana mahu berkumpul membakar ayam bersama-sama malam tadi (malam kelmarin).

“Dia akur dan pulang hari ini (semalam). Tak sangka malam tadi menjadi hari terakhir kami bertemu,” kata Wan Abd Halim Wan Hamat, 40, abang kepada anggota polis, Lans Koperal Wan Sabri Wan Hamat, 33, yang maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 129.5 Lebuh Raya Timur Barat Jeli, berhampiran Hentian Damai, dekat sini, semalam.


Lebih memilukan, dalam kejadian jam 10.30 pagi, isteri Wan Sabri, Nor Roslina Omar, 34 dan anak perempuannya Wan Husna, lapan bulan, turut maut dalam kemalangan, manakala seorang lagi anaknya Wan Nor Hakimah, 6, cedera.

Tiga beranak itu maut di tempat kejadian dengan Wan Husna tercampak dari kereta. Mayat mereka dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat, manakala Wan Nor Hakimah dirawat di Hospital Jeli.


Wan Sabri dan keluarganya dalam perjalanan ke Gerik selepas menghabiskan cuti Aidilfitri di kampungnya di Kampung Changgai, Gaal, Pasir Puteh sebelum terbabit kemalangan apabila kereta Proton Wira dipandu melanggar sebuah treler dari arah bertentangan.


Suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah mayat hospital apabila keluarga mangsa, antaranya bapa Wan Sabri, Wan Hamat Husin, 70 dan ibu, Napisah Hamzah, 64, berada di hospital untuk menuntut jenazah anak mereka.

Menurut Wan Abdul Halim, adiknya pulang ke Kampung Changgai sehari sebelum Aidilfitri.


Katanya, dia melihat perubahan pada anak keempat daripada enam beradik itu apabila tidak banyak bercakap.

“Kebiasaannya arwah gemar berseloroh, tetapi saya lihat dia tidak banyak bercakap hinggalah dia bertolak ke Gerik pada jam 8.30 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Kampung Changgai, semalam.


Dalam pada itu, Wan Hamat berkata, anaknya sempat mencium pipi ibunya dan mencium tangannya sebelum bertolak pulang ke Gerik untuk kembali meneruskan tugasnya sebagai anggota polis di Balai Polis Kampung Lalang, Gerik. “Dia kelihatan ceria dan saya sempat bermain-main dengan cucu. Anak, menantu dan kedua-dua cucu saya sempat makan nasi sebelum pulang,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Mat Yusoff Hamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.40 pagi dan satu jentera serta kenderaan serba guna bomba bersama lima anggota bomba dihantar ke tempat kejadian.


“Ketika tiba di tempat kejadian, dua mangsa yang tersepit di dalam kereta meninggal dunia, manakala bayi mereka tercampak di atas jalan. Seorang lagi anak mangsa cedera dan berada di dalam kereta.


“Kita mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit,” katanya.


Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Murid keluar beraya maut dilanggar kereta


Baling: “Arwah bangun awal pagi semalam (kelmarin) walaupun Aidilfitri masuk hari kedua kerana ingin bersama rakan lain untuk menziarahi sanak-saudara di kampung berdekatan.

“Dia macam biasa sebelum keluar rumah, cuma teruja untuk mendapat duit raya menyebabkan dia tergesa-gesa keluar bersama rakan,” kata Maznah Hassan, 42, ibu kepada Nur Nabihah Zainal, 10, yang maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas di Jalan Baru Kulim Baling- Grik, berdekatan Kampung Padang Dan, Kupang, semalam.


Dalam kejadian jam 10.40 pagi, mangsa, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Tiak, Kupang dikatakan keluar dari rumah jiran bersama rakannya untuk menyeberang jalan dan tertinggal di belakang dalam kumpulan rakannya yang lain.

Mangsa dikatakan melintas di jalan itu sebelum dilanggar sebuah kereta sehingga terpelanting ke atas cermin dan jatuh ke atas jalan.


Maznah berkata, arwah anak keempat daripada tujuh adik beradik bersemangat untuk keluar awal berhari raya bersama rakan lain kerana tidak puas berhari raya hari pertama.


“Arwah sempat bersalaman dan mencium sambil menceritakan dia mendapat duit yang banyak untuk disimpan dalam bank dan akan berkunjung lagi ke rumah jiran yang tidak sempat untuk berhari raya.

“Dia seperti biasa saja apabila rakannya datang ke rumah dan mengajak berkunjung ke rumah jiran, dan terkejut selepas dimaklumkan dia terbabit kemalangan ketika melintas jalan,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, kebiasaannya pada hari raya kedua dia akan duduk di rumah saja, tetapi kali ini arwah bersemangat untuk keluar berhari raya bersama rakan.

Kepala bercerai badan


Oleh YUSMAWATI MHD YUSOF
Melaka: Sepasang lelaki dan perempuan yang dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan hanya kepala tergantung manakala bahagian badan dari bahu hingga kaki di atas lantai di sebuah rumah usang di Kilometer 10 Jalan Bukit Lintang, Tiang Dua, di sini, semalam.

Difahamkan, kedua-dua mayat dipercayai warga asing ditemui pekerja estet berusia 30-an selepas terhidu bau busuk ketika melakukan kerja mengait kelapa sawit berhampiran rumah itu, jam 9.30 pagi.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati dua mangsa berusia 20 hingga 30 tahun itu dipercayai membunuh diri.

“Kedua-duanya dipercayai menggunakan kerusi plastik untuk memanjat sebelum menggantung diri dengan tali nilon.


“Siasatan awal mendapati kedua-duanya mati antara tiga minggu hingga sebulan lalu, menyebabkan kepala mangsa masih terikat di tali, manakala badan terputus dan terjatuh di atas lantai akibat reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.


Menurutnya, kedua-dua mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui lengkap berpakaian.

Katanya, siasatan awal juga mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi dan pihaknya percaya pasangan berkenaan membunuh diri.


“Mayat perempuan berambut panjang ditemui lengkap berpakaian jaket berwarna ungu, berbaju merah, berseluar dan berkasut hitam selain memakai seluar dalam coklat muda, manakala lelaki berbaju T berkolar, berseluar panjang dan berkasut hitam.

“Kedua-duanya dipercayai warga asing kerana selain tiada dokumen pengenalan diri, semakan mendapati tiada laporan orang hilang di laporkan di kawasan ini.


“Dipercayai mangsa membunuh diri dengan menggantung tali pada kayu yang diletakkan di atas kerangka rumah,” katanya.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.


“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.


Sementara itu, pemilik rumah itu Baharudin Ab Jalil, 59, berkata, dia hanya mengetahui penemuan mayat selepas dihubungi polis, jam 12.30 tengah hari.


“Rumah ini ditinggalkan sejak 2002 selepas saya berpindah ke Ayer Molek kerana kerap dipecah masuk penjenayah berikutan lokasinya terpencil dan jauh daripada jiran.


“Kali terakhir saya ke sini lima tahun lalu dan sejak itu rumah ini terbiar sehingga semua barangan di dalamnya, termasuk bumbung dan pagar, dicuri,” katanya.

Penyeludup tembak askar


Oleh MOHAMAD HUSSIN dan SHAMSUL MUNIR SAFINI
Bukit Kayu Hitam: Seorang anggota tentera yang berkawal di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand, di sini, cedera parah selepas dipercayai ditembak suspek bersenjata yang disyaki cuba menyeludup pendatang asing dari Thailand, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, Azamruddin Azizan, 26, dari Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (21 RAMD) cedera selepas terkena peluru penabur senjata api dipercayai buatan sendiri.


Mangsa cedera parah di bahu, siku kanan dan belakang paha kanan serta kiri, menyebabkan dia rebah di tempat kejadian yang terletak lima kilometer dari pintu masuk utama Markas Operasi, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, di sini, manakala rakannya tidak cedera.

Difahamkan, mangsa dari Gua Musang, Kelantan, yang merancang mendirikan rumah tangga hujung tahun ini, ditugaskan di situ sejak beberapa bulan lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, mangsa membuat rondaan sempadan dengan menunggang motosikal bersama rakan setugas di lokasi N9 kawasan pagar Bukit Kayu Hitam sebelum ternampak pagar berlubang di kawasan itu.


“Ketika membaiki pagar itu, mangsa ternampak lampu suluh dari negara jiran. Selesai membaiki pagar, mangsa menuju ke motosikal sebelum terdengar letupan dan terkena tembakan.

“Mangsa cuba melarikan diri tetapi rebah di tempat kejadian akibat cedera parah di bahu, siku kanan dan belakang paha kanan serta kiri, manakala rakan setugasnya terselamat.


“Rakan mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pegawai bertugas. Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Azamruddin ketika ditemui mengakui tidak menyedari tembakan terbabit dilepaskan hinggalah dia rebah dengan kesan cedera.


“Saya nampak cahaya lampu suluh dihalakan ke arah saya di sebalik pagar sempadan. Tidak lama selepas meninjau kawasan itu, satu letupan kedengaran sebelum saya terus terjatuh,” katanya yang kini dilapor stabil selepas dirawat di HTF.


Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam meluangkan masa lebih setengah jam meninjau kawasan laluan keselamatan terbabit, terutama lokasi kejadian anggota keselamatan itu ditembak.


Ketika ditanya, beliau tidak menolak kemungkinan tembakan dilepaskan penjenayah yang mungkin terbabit dalam kegiatan penyeludupan.


“Kita sedar kawasan terbabit sering dijadikan sasaran penjenayah, terutama penyeludup, untuk melakukan kegiatan haram.


“Namun, kejadian seperti ini sudah lama tidak berlaku, apatah lagi menjadikan anggota pihak berkuasa sebagai sasaran. Pada saya, kejadian ini sangat serius dan perlu diberi perhatian wajar.


“Saya berbincang dengan Ketua Polis Kedah (Datuk Ahmad Ibrahim) dan Ketua Polis Perlis (Datuk Zull Aznam Harun) mengenainya, terutama dalam mencari langkah yang dapat kita ambil bagi mengelak kejadian sebegini berulang,” katanya.

Cacat ibu jari terkena mercun dilempar rakan


Kota Bharu: Malang buat seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dari Kampung Cabang Empat, Tumpat apabila terpaksa beraya di hospital selepas sebahagian ibu jari kanannya hancur terkena mercun bola yang didakwa dilempar rakannya di Taman Seri Periuk, Tumpat ketika Aidilfitri pertama, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Muhammad Faris Aizat Mohd Farid bermain bunga api dan mercun di kawasan perumahan yang terletak berhampiran rumahnya bersama rakan sebelum mendakwa sebiji mercun bola dilempar rakannya dan meletup di tangannya.

Mangsa yang turut cedera di jari hantu kanan dan badan sehingga menerima beberapa jahitan dan ketika itu baru habis beraya dengan menziarahi rumah saudara mara dan berbaju Melayu serta memakai songkok, meraung kesakitan dan meminta bantuan penduduk kampung selepas terkena mercun.

Seorang penduduk kampung membawa mangsa ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Foto
MUHAMMAD Faris Aizat menunjukkan tangan kanannya yang cedera terkena mercun bola.


Ibu mangsa Yusnani Abdullah, 38, berkata, ketika kejadian, dia menziarahi kubur dan hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas dimaklumkan adiknya.


“Sebelum ini saya sering melarangnya bermain mercun dan diharap kejadian ini menjadi pengajaran. Dia memaklumkan tidak sedar rakannya membaling mercun bola dan terkena tangannya.

“Ketika mula dimasukkan ke hospital, dia tenang saja, tetapi sejak semalam (kelmarin) sehingga hari ini (semalam), kasihan melihat keadaannya apabila asyik mengadu sakit.

“Dia akan menjalani pembedahan untuk memperbetulkan sebahagian jari hantunya yang hancur,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, semalam.

Sementara itu, Muhammad Faris mengakui serik untuk bermain mercun selepas ini.
Sehingga kini, Kelantan mencatat enam mangsa mercun sejak Ramadan lalu.

Potong zakar selepas gaduh


Suzhou: Seorang lelaki dimasukkan ke sebuah hospital di sini baru-baru ini tanpa satu buah zakarnya

Akhbar Morning Express melaporkan, lelaki itu memotong sendiri buah zakarnya selepas bergaduh dengan isterinya.


Menurut akhbar itu, lelaki berkenaan, Tang, 38, berasal dari utara China tetapi bekerja sebagai juruelektrik di Suzhou.

Pendapatan sebanyak 2,000 yuan (|RM1,063) sebulan tidak cukup untuk dia menyara isteri dan dua anak. Kerana terlalu bosan hidup di rumah sewa, si isteri dilapor mengancam akan mengadakan seks dengan suaminya setahun sekali saja kecuali dia membelikannya sebuah rumah.


Pada 2 Ogos lalu, selepas satu pertengkaran, Tan mengambil pisau cukur dan memotong satu daripada buah zakarnya.


Sumber hospital berkata lelaki itu kini stabil. Ia bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai kemampuan Tang untuk melakukan seks pada masa depan. - Agensi