Search This Blog

Saturday, August 10, 2013

Pembantu Exco didakwa hina Islam guna FB


  • FacebookFacebook
 1 / 1 
PAGOH - Dikatakan berlaku satu lagi kes menghina masyarakat Islam di negara ini menerusi laman Facebook yang didakwa milik seorang pembantu kepada seorang wakil rakyat.

Ia menggambarkan kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu. 

Bagaimanapun carian di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama 'Alan Tang' mendapati posting kad ucapan itu sudah tidak ada lagi.

Sebaliknya Alan yang merupakan pembantu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng dalam posting statusnya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta nama pengenalannya di laman Facebook itu dan memfitnahnya dengan posting sedemikian.

"Saya tidak pernah berniat menghina mana-mana agama dan sebaliknya saya amat berbangga kerana berada di negara yang menerima pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.
 
Beliau mendakwa turut menerima panggilan ugutan menerusi telefon pada pukul 9 pagi semalam daripada pemanggil yang menggunakan nombor persendirian.

Alan yang kemudiannya menyedari posting itu lalu membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi, Johor Bharu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.
 
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azizan Anan mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasatnya.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu dan berkata ia membuktikan generasi muda kini tidak memahami sensitiviti agama dan kaum.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini, berkata negara sudah hampir 60 tahun mencapai kemerdekaan tetapi sejak kebelakangan ini semakin banyak tindakan serta kelakuan antara kaum yang berlaku yang boleh menggugat keamanan negara dan ini amat berbahaya. - Bernama

Terlepas hukuman mati


  • Terlepas hukuman matiIrwan Shah amat bersyukur kerana terlepas hukuman gantung sampai mati selepas mendapat surat pengampunan pada Februari lalu.
 1 / 1 
BENTONG – Bagai mati hidup semula! Itulah perumpamaan yang dapat menggambarkan perasaan seorang banduan menerima hukuman gantung sampai mati atas kesalahan memiliki ganja seberat tiga kilogram pada tahun 1997.

Irwan Shah (bukan nama sebenar), 41, berasal dari Aceh, Indonesia, yang menjalani hukuman di Penjara Bentong berkata,  selepas disabitkan kesalahan dia hidup sebagai banduan akhir hampir 20 tahun sehingga ‘hidupnya’ dikembalikan semula apabila mendapat surat pengampunan Februari lalu.

Katanya, ketika mendapat berita gembira itu, tiada kata-kata yang mampu diucapkan, dia sujud syukur beberapa ketika.

"Saya sangat bersyukur kerana terlepas daripada hukuman mati dan menjalani kehidupan seterusnya sebagai banduan di sel biasa dalam tempoh hukuman berbaki lebih kurang 13 tahun lagi.

“Ketika menjalani hukuman sebagai banduan akhir, saya ditempatkan dalam sel individu. Ini bermakna kehidupan saya terasing daripada banduan lain," katanya.

Menurutnya, selama 20 tahun dia meraikan hari raya berseorangan dan nikmat menyambut Syawal hanya dapat dibayangkan sahaja dengan mengenangkan kenangan indah yang pernah dilalui bersama sanak saudara.
Namun katanya, Syawal kali ini amat bermakna kerana dia dapat merasai nikmat kebebasan walaupun masih berdepan hukuman.

Katanya, dia boleh menyambut Syawal bersama rakan banduan lain dan menjalankan pelbagai aktiviti termasuk membayar zakat fitrah dan menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Saya tidak sabar untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga walaupun saya mengakui mungkin kekok melaluinya kerana terlalu lama tinggal di penjara.

“Saya berharap dapat dibebaskan lebih awal supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

Irwan Shah berkata, sepanjang menjalani hukuman di penjara dan bergelar banduan akhir sebelum ini, terlalu banyak perkara dipelajarinya termasuk soal agama.

Katanya, dia bertekad untuk menjadi seorang insan berguna dan tidak akan terlibat dalam jenayah lagi selepas ini.

Penganggur lacur kanak-kanak diburu




MELAKA - Polis sedang memburu seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kes merogol dan kemudian melacur seorang kanak-kanak berusia 13 tahun di beberapa buah rumah dan hotel di sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Negeri, Supt P.R. Gunarajan berkata Mohd Khairul Azli Isohod, 26, dikehendaki kerana melacurkan kanak-kanak tersebut kepada sembilan lelaki sejak Jun tahun lepas hingga 19 Julai lepas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek beralamat terakhir di 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dan dipercayai seorang penagih dadah.

"Dia bertindak melacurkan kanak-kanak itu yang merupakan teman wanitanya bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Dia melacurkan kanak-kanak tersebut dengan mengenakan bayaran RM100 tetapi hanya memberi mangsa RM20 untuk belanja.

"Kes terakhir berlaku bulan lepas apabila mangsa dilacurkan kepada seorang lelaki berusia 37 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gunarajan berkata suspek pernah merogol mangsa dan ditahan di Ampang, Selangor pada 5 April tahun lepas namun dia tidak hadir pada hari perbicaraan kes itu pada 24 Jun lepas.
 
Suspek dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di Kuala Lumpur. Kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh di sini dan polis sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek.

"Polis percaya kanak-kanak berkenaan masih berhubung dengan lelaki tersebut dan kita sedang mengumpul maklumat untuk mengesan suspek dan lelaki lain yang terbabit dalam kes berkenaan," katanya.
 
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Anti Perdagangan Orang 2007 kerana memperdagangkan kanak-kanak bagi maksud eksploitasi dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
 
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R.Kumares di talian 019-6215585 atau 06-2842222. - Bernama

Askar Mati Bunuh Diri Di Kem Kementah



Seorang anggota tentera ditemui mati dipercayai akibat bunuh diri di kem tentera di Jalan Padang Tembak. Lelaki berkenaan berusia 24 tahun.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam satu sidang media mengesahkan lelaki berkenaan menggantung dirinya dan ditemui mati oleh polis selepas mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7 pagi Rabu.“Kami masih menyiasat,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini.Dalam pada itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu.Menurut kenyataan, anggota tentera itu ditemui mati di pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak.Kenyataan itu menambah bahawa Angkatan Tentera telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
@wowberita org @trengganutoday

Hukum macam lembu

Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK
Sungkai: Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, bertindak melampaui batas apabila memperlakukan dua muridnya seperti lembu dengan menggantungkan loceng di leher dan memberi rumput sebagai makanan, Khamis lalu.
Hukuman tidak masuk akal itu dikenakan terhadap murid tahun empat itu hanya kerana mereka gagal menyiapkan kerja sekolah diberi.

Terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian itu, ibu seorang daripada mereka membuat laporan di Balai Polis Sungkai, kelmarin. Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata, anaknya kini trauma dengan kejadian itu berikutan dikutuk dengan panggilan ‘lembu’ oleh murid lain, terutama rakan sekelas serta turut takut untuk ke sekolah.
“Ketika buat laporan polis, guru Bahasa Inggeris itu bersama guru besar turut hadir dan mereka mengaku mengenakan hukuman tidak masuk akal itu dan meminta maaf.

“Bagaimanapun, lebih memeranjatkan kami, guru besar terbabit mengakui, hukuman menggantung loceng di leher beberapa kali dikenakan terhadap beberapa murid lain sebagai denda tidak membuat kerja sekolah,” katanya dalam sidang media di Surau Awamiah, Taman Permai, di sini, semalam.

Yarnis berkata, guru besar itu mendakwa hukuman menggantung loceng di leher tidak mendapat bantahan ibu bapa lain.
Foto
DUA murid yang mendakwa diberi rumput sebagai makanan.
“Saya kesal dengan tindakan pihak sekolah. terutama guru Bahasa Inggeris yang baru tahun lalu dipindahkan ke sekolah itu. Saya bukan hantar dia ke sekolah tentera hingga perlu didenda sedemikian rupa.

“Harap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenakan hukuman setimpal terhadap guru berkenaan, termasuk memindahkannya. kerana anak kami ‘takut’ ke sekolah lagi untuk berdepan dengannya,” katanya.
Ibu seorang lagi murid yang turut dikenakan hukuman sama, Siti Aisyah Hashim, 32, kecewa kerana tidak menyangka guru berkenaan sanggup melakukan perbuatan seumpama itu.

Katanya, memang guru terbabit dan guru besar menemui mereka di balai polis selepas laporan dibuat serta meminta maaf, namun ia seperti tidak ikhlas.

“Sejurus selepas berbincang di balai polis dan memohon maaf, mereka terus berlalu pergi tanpa menemui atau berkata apa-apa kepada kami. Malah, kami pula diberi cadangan oleh PPD untuk memindahkan anak ke sekolah lain.

“Kami terpaksa menghantar anak ke sekolah sama kerana berdekatan rumah. Anak kami mengikuti pelajaran aliran Cina sejak tadika lagi, lebih baik pindahkan guru itu, bukan anak kami,” katanya.

Anak Siti Aisyah yang hadir sama dalam sidang media berkenaan, turut menceritakan apa berlaku dan melakonkan semula bagaimana dia dan rakan sekelasnya didenda dengan hukuman memakai loceng serta diberi rumput.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/26

nahas ngeri ragut 3 nyawa

Kemalangan itu amat dahsyat, tapi saya terkilan kerana tak mampu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mampu lihat saja mayat seorang daripada mangsa terbujur di atas jalan dalam keadaan perut terburai manakala yang lain tersepit dalam kenderaan masing-masing yang remuk.”Demikian kata Mohd Aliff Farhan Mohd Hatta, 16, antara individu terawal tiba di lokasi kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, yang mengorbankan tiga nyawa termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, awal pagi semalam.Dua lagi yang terbunuh ialah Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, dari Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang.Kemalangan berlaku ketika Abdul Wahab dan Abd Kadir dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai dengan menaiki kereta BMW bertembung sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah bertentangan dinaiki Membunga bersama anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36.Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan dan mayat mereka dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.Mohd Saari yang memandu Pajero itu pula dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.
@wowberita org

Wanita Cina Maut Kepala Tersepit Lif



Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam.Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau See Yen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi.Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.Dalam suasana kelam-kabut, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan.
@wowberita.org

Lelaki Dibelasah Curi Wang Kedai


August 10th, 2013

Seorang pencuri bukan sahaja berputih mata apabila cubaannya untuk melarikan wang di sebuah kedai runcit tidak berhasil, malah dia turut menjadi ‘habuan’ orang ramai yang berada di lokasi kejadian, di Kampung Duyung, Kuala Terengganu, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, suspek yang berusia 30-an itu berpura-pura kononnya ingin membeli barang, namun tindakannya yang cuba melarikan sejumlah wang di kaunter pembayaran disedari salah seorang pelanggan.Menurut pembantu kedai, Shaiza Ismail, 30, semasa kejadian, hanya dia berseorangan di kedai runcit keluarganya itu dan ketika itu, dia sedang sibuk melayan permintaan seorang pelanggan di satu sudut di dalam kedai.“Saya terpaksa meninggalkan kaunter pembayaran seketika kerana melayan pelanggan dan langsung tidak sedar kehadiran suspek yang ketika itu sudah pun berada di bahagian kaunter pembayaran.“Tetapi, tindakan suspek yang semasa itu sedang mengambil wang di kaunter telah disedari seorang pelanggan yang baru masuk ke dalam kedai, sebelum menggertak bagi menakutkan suspek,” katanya.Shaiza berkata, suspek yang terkejut dengan sergahan daripada pelanggan dikenali itu telah cuba melarikan diri, namun gagal apabila berjaya ditangkap orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.Jelasnya, hasil pemeriksaan di dalampoket seluar suspek menjumpai semula wang tunai sebanyak RM350 yang dipercayai sempat dirembat dari dalam laci ketika dia meninggalkan kaunter pembayaran.Menurutnya, orang ramai yang berang apabila mengetahui suspek cuba membuat onar di dalam kampung itu bertindak membelasahnya sebelum diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian.Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.
@wowberita.org

Isteri Urut Bersalin, Suami Urut Batin…



August 10th, 2013 Spanya berlesen, manakala pelanggan pula kebanyakannya wanita yang mahu mendapatkan khidmat urut selepas bersalin, menghilangkan sakit dan sengal badan atau bagi meredakan stres selepas penat bekerja.Kalau ada pun pelanggan lelaki, kebanyakannya ditemani isteri atau saudara perempuan masing-masing bagi mengelak pandangan buruk masyarakat ketika berurut.Imej ‘bersih’ spa milik wanita dikenali sebagai Zila yang berusia lewat 30-an ini menyebabkan premisnya di Kajang sering dikunjungi pelanggan pelbagai peringkat umur.Bagaimanapun, tanpa disedari kebanyakan pelanggan tetapnya, Zila turut menjadi orang tengah dengan menawarkan khidmat urutan berahi dan seks kepada lelaki.Tawaran ‘urut istimewa’ itu biasanya dibuat kepada lelaki yang berada di ruang tamu spanya kerana menunggu isteri atau teman wanita mereka berurut. (Hanya pic hiasan)
@wowberita.org

Murid Tadika Maut, Kakak Parah Dirempuh Kereta



August 10th, 2013 Seorang murid Tadika maut sementara kakaknya parah akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Mata Ayer, Kangar semalamKejadian berlaku kira-kira 7.10 pagi ketika Nur Aleya Batrisha Mashrul Nusairi, 6, dari Taman Jejawi membonceng basikal yang dibawa kakaknya Nur Fatin Nabila, 10.Mangsa sedang menuju Tadika Pra Sinar Kubang Gajah manakala kakaknya ke Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, apabila dirempuh kereta berkenaan yang datang dari arah Jejawi menuju Mata Ayer.Ketua Polis Daerah Arau, Supt Mohd Nadzri Hussin berkata Nur Aleya Batrisha terbunuh di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala kakaknya menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah.Polis telah menahan pemandu terbabit.Bapa mangsa, Mashrul Nusairi Mohd Noor, 39, berkata selalunya beliau menghantar sendiri anaknya ke Tadika dengan motosikal namun pada Khamis anaknya mahu ke Tadika bersama kakaknya.
@wowberita.org

seorang lelaki maut dalam kemalangan di kilometer 307.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN
Tarikh: August 10, 2013 SERDANG - Menyayat hati apabila seorang lelaki maut dengan keadaan kepalanya berkecai dan kaki kirinya putus selepas terbabit kemalangan di kilometer 307.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengahari itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 bersendirian dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.Jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berkata, kejadian berlaku dari arah Seremban menuju ke Kuala Lumpur selepas Hentian Rehat dan Rawat Serdang.Mangsa, Mohd Zairudin Abdul Kadir, 38, dipercayai tidak menyedari kewujudan lori yang diletakkan di bahu kiri jalan sebelum merempuhnya.Akibat rempuhan kuat dan terkena bahagian tajam di belakang lori, kakinya dikatakan terputus di bahagian lutut dan mangsa tercampak ke atas jalan.“Kepala mangsa dan isi otaknya juga terburai serta bertaburan di atas jalan,”katanya.Beliau berkata, pemandu lori yang berusia 26 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.Kata jurucakap itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.Sementara itu, polis memohon keluarga terdekat atau waris mangsa yang beralamat terakhir di nombor 194 Jalan Bukit Desa 8, Taman Bukit Desa Kepong Kuala Lumpur untuk hadir bagi tuntutan dan menguruskan jenazahnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.Saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.
@sinar harian

Sadis! Usai Bunuh Isterinya, Pembunuh Posting ke Facebook

Medina dan Istri (Foxnews.com)
Miami - Derek Medina (31), seorang lelaki dari South Florida, mengunggah sebuah foto mayat isterinya yang tergeletak di lantai melalui akaun Facebook peribadinya. 

Dia menembak mati isterinya, Jennifer Alfonso (26) di rumah mereka di Miami Selatan, bahagian pinggiran Miami dan menyerahkan dirinya kepada polis .

"Aku akan masuk penjara atau dihukum mati kerana membunuh isteriku, aku sayang kalian teman-teman dan akan merindukan kalian. Pengguna facebook akan melihatku masuk berita," tulis Medina di akaun Facebooknya, seperti dilansir dari CNN, Khamis (8/8/2013) pagi waktu setempat.

Foto yang berjudul "RIP Jennifer Alonso" itu menunjukkan seorang wanita dengan baju ketat warna hitam. Wanita itu tergeletak dengan posisi terjatuh setelah sebelumnya dalam posisi berlutut. Kakinya tertekuk dan darah tampak dari kaki dan pipi kirinya. 

Berdasarkan surat keterangan, Medina mengaku dia dan isterinya bertengkar hebat di tingkat atas rumahnya ketika dia mengacungkan pistol ke arah isterinya. Lalu Jennifer pergi dan berkata akan meninggalkan Medina. Medina mengejar Jennifer hingga dapur. Ketika itu Jennifer memukuli dirinya. Kemudian, Medina kembali ke tingkat atas, mengambil pistolnya, dan kembali ke dapur. Jennifer melawan dengan mengacungkan pisau. Alih-alih, merebut pisau dari tangan isterinya, Medina malah menembaknya beberapa kali.
 sumber:detikNews

Wanita Jual Tubuh Kerana Suami

pelalaNyata ia pengorbanan besar yang dibuat seorang janda apabila rela dirinya ditiduri semata-mata bagi memastikan bekas suaminya dibebaskan sekumpulan penculik.
Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah terbabit.
Sumber polis berkata, bekas suami wanita itu yang berusia lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu lima lelaki terbabit berkaitan penjualan permit warga asing. “Natijahnya, bekas isteri lelaki itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit didatangi lima lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil, di sini, jam 4 petang, 10 Jun lalu.
“Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana dikatakan menipu mereka,” katanya.
Sumber itu berkata, bekas suami wanita itu kemudian dibawa semula bersama kumpulan penculik terbabit menaiki Proton Waja berwarna biru.
Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10,000 sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan.
“Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk ‘mencukupkan’ jumlah RM10,000 yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya.
“Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak hingga mati.
Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan.
“Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui lima lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan.
“Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana dijanjikan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit.
“Ini kerana mangsa dihubungi semula kumpulan terbabit kira-kira jam 3 pagi, 12 Jun lalu sebelum diarahkan membayar sejumlah lagi wang atau keluarga dan bekas suaminya akan dibunuh jika dia gagal berbuat demikian.
“Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, jam 1.30 tengah hari, hari sama,” katanya.
Sumber itu berkata, bekas suami mangsa sudah dibebaskan kumpulan penjenayah terbabit -TT

Saya macam kena pukau'

'Saya macam kena pukau'Siti Sakira (tengah) menatap keratan akhbar mengenai berita kehilangannya bersama Salmah (kiri) dan Ahmad.

PARIT BUNTAR - Perayaan Aidilfitri pada tahun ini begitu bermakna buat keluarga Ahmad Awang, 75, setelah anak perempuannya yang dilaporkan hilang hampir sebulan akibat mengikut kenalan laman sosial baru-baru ini, kembali ke pangkuan keluarga.

Lebih mengejutkan, remaja berkenaan, Siti Sakira Ahmad,18, mendakwa tindakannya melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan keluarga dibuat atas sebab dipukau.

Menurutnya, dia hanya menyedari keluarganya mencari dirinya setelah terbaca laporan media mengenai kehilangannya sebelum ini.

“Setelah terbaca berita disiarkan dalam media, saya lantas menghubungi keluarga yang sudah mencari saya semenjak hilang pada 8 Julai lalu bagi  memaklumkan di mana lokasi saya berada.

“Alhamdulillah kini saya sudah pun pulang ke pangkuan keluarga dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Parit Abas, baru-baru ini.

Siti Sakira berkata, sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook.

Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, Siti Sakira mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit.

“Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga.

“Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta,” katanya.

Siti Sakira berkata, setelah menetap di sebuah rumah, dia seterusnya dihantar lelaki berkenaan ke rumah keluarganya sebelum dijaga oleh ibu lelaki terbabit tanpa mengetahui dia sebenarnya sedang dilarikan lelaki itu.

Bagaimanapun, ibu lelaki terbabit hanya menyedari Siti Sakira sebenarnya dilarikan anaknya setelah berita kehilangannya disiarkan media dan segera memaklumkan kepadanya untuk melaporkan lokasi mereka kepada keluarga.

Sementara itu, ibu Siti Sakira, Salmah Sejan, 47, ketika ditemui berasa syukur dan menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dengan anaknya.

“Saya sungguh gembira dia kembali ke pangkuan keluarga dan pastinya Aidilfitri kali ini paling bermakna.

“Saya berharap kejadian ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan dan ianya diharap memberi pengajaran kepada semua remaja lain,” katanya.

Polis Melaka cari peniaga burger




MELAKA - Polis mencari seorang peniaga burger bagi membantu siasatan berhubung kes merogol dan melacurkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun kepada sembilan lelaki.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan), Superintendan P. R Gunarajan berkata, Mohd. Khairul Azli Isohod (gambar), 26, beralamat di 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil di sini.
Mangsa dipercayai dipaksa menjadi pelacur pada Jun tahun lalu hingga 19 Julai lepas.
"Mangsa dan lelaki itu (Mohd. Khairul) dipercayai pasangan kekasih," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2bVt97VJj 
Hakcipta terpelihara 

Wanita mati dibakar suami


KUALA LUMPUR - Selepas tiga hari bertarung nyawa, seorang wanita warga India yang melecur teruk selepas disyaki dibakar oleh suami sendiri menemui ajal kelmarin.
Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu disahkan mati pada pukul 9.20 pagi kelmarin di Hospital Kuala Lumpur.
Difahamkan, mangsa dirawat selepas melecur teruk disyaki dibakar oleh suaminya yang juga seorang warga India dan bekerja sebagai pengutip sampah di Medan Kraftangan Setapak di sini pada pukul 8.30 malam Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar) berkata, pihaknya percaya kejadian itu dilakukan oleh suami mangsa selepas mendapat beberapa maklumat daripada saksi yang mengatakan lelaki terbabit melarikan diri dengan tangan dan kakinya turut melecur disambar api.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2bVssW9OM 
Hakcipta terpelihara 

Tetap tunggu kepulangan suami

Oleh HAFIZ ABBAS


FAIRUZ bersama anak-anaknya, Imran Ramadan dan Muhd. Irfan (kiri) melihat baju raya Rahmat di rumah mereka di Bukit Setongkol, Kuantan semalam.


KUANTAN - Suasana Aidilfitri tidak membawa apa-apa makna kepada Fairuz Abd. Rahim, 42, selepas suaminya, Rahmat Chik (gambar kecil) masih hilang bersama tiga rakan selepas mereka keluar memancing pada Februari lalu.
Fairuz memberitahu, bagi persiapan hari raya tahun ini, dia hanya membuat secara ringkas berikutan mereka sekeluarga masih bersedih dengan ketiadaan Rahmat, 51.
"Untuk raya kali ini saya cuma membuat persiapan ala kadar. Bukan tidak mahu tetapi perasaan ini sayu memandangkan suami saya belum ditemui sedangkan sebelum ini kami sekeluarga sentiasa beraya bersama-sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Setongkol di sini.
Kata Fairuz, tiga anaknya, Muhd. Idlan, 17, Muhd. Irfan, 14, dan yang bongsu Imran Ramadan, setahun, keadaan ini dan tidak banyak kerenah, malah hanya mahu memakai baju Melayu tahun lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2bVskNNte 
Hakcipta terpelihara 

14 keluarga beraya dalam duka

BEBERAPA penduduk mencari barangan yang masih boleh digunakan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Sentul Pasar kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kemeriahan 1 Syawal yang diraikan umat Islam di seluruh negara kelmarin seperti tidak bermakna kepada 14 keluarga apabila rumah mereka di Kampung Chubadak, Sentul Pasar di sini musnah dalam kebakaran.
Kejadian pada pukul 9.50 malam itu memusnahkan 11 buah rumah yang dihuni 14 keluarga.
Namun tiada kecederaan dilaporkan kerana kejadian berlaku ketika para penghuni pulang beraya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.52 malam dengan menghantar lima jentera dan anggota untuk memadam serta mengawal kebakaran.
"Kedudukan rumah yang terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan kemusnahan besar dalam masa yang singkat.
"Kita terpaksa menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke tempat kejadian kerana sumber air agak jauh," katanya yang masih menyiasat punca dan jumlah kerugian.
Sementara itu, Endra Yusman, 30, bersyukur kerana ibu bapanya tiada di rumah ketika kejadian kerana pulang beraya di kampung di Bandar Baharu, Kedah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2bVsbKSbz 
Hakcipta terpelihara 

Tiga beranak maut ketika bersiar-siar

IPOH - Hajat enam sekeluarga untuk keluar bersiar-siar berkecai apabila tiga daripada mereka maut manakala yang lain parah selepas kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 85.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai kira-kira 99 kilometer dari sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 6.20 petang itu mengakibatkan S. Angamah, 35, dan dua anak perempuannya, K. Komadhi, 11 dan K. Bavani, 16, mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, suami Angamah, M. Kalimuthu, 40, serta dua lagi anaknya, K. Gayatri, 17, dan K. Mathan, 6, parah selepas kereta yang mereka naiki itu terbabas lalu merempuh kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora di laluan bertentangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2bVsAnRNv 
Hakcipta terpelihara 

Pesawat bawa senjata api terhempas

ANGGOTA bomba cuba memadamkan api yang memusnahkan sebuah pesawat tentera selepas ia terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Mogadishu di Somalia semalam.


MOGADISHU, Somalia - Sebuah pesawat tentera Ethiopia yang membawa bekalan peluru senjata api terhempas selepas membuat pendaratan cemas di lapangan terbang antarabangsa di sini semalam.
Nahas itu mencetuskan kebakaran dan mengorbankan sekurang-kurangnya seorang kru kapal terbang.
Kejadian tersebut juga mengakibatkan asap berwarna hitam menjulang tinggi ke udara.
Pesawat mengalami kesulitan semasa di udara, sebelum terbabas dari landasan lalu terhempas di kawasan berdekatan.
Tentera Ethiopia membantu Somalia menentang kumpulan militan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda, walaupun negara itu tidak menjadi anggota Kesatuan Afrika (AU).
"Kami boleh mendengar bunyi letupan selepas pesawat terbakar," kata satu sumber keselamatan di lapangan terbang tersebut sejurus insiden.
Seorang kakitangan lapangan terbang itu, Yusuf Nur berkata, sejumlah peluru meletup dalam kebakaran berkenaan.
Api berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas.
Pihak berkuasa menutup sementara operasi lapangan terbang itu yang kini menerima tambahan pesawat penumpang sejak dua tahun lalu.
Insiden itu berlaku selepas tentera AU dan tentera Somalia menyingkirkan kumpulan Al-Shabaab dari kubu mereka di Mogadishu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2bVqrdUDn 
Hakcipta terpelihara