Search This Blog

Thursday, August 8, 2013

“Nak Pakai Seluar Dalam” Rayu Wanita Ketika Dicekup Khalwat

wateSeorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak sempurna.
Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu. Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik berkata, wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.
Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.
Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
“Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis.
“Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi itu,” katanya. Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai menantu.
Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.
“Malah, dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain memberi alasan untuk membawa makanan. “Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.
“Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya.
Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka.
“Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk dijamin.
“Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan,” katanya. – paapaada.blogspot

Lelaki mati ditembak di Jalan Anson, Georgetown


2013/08/08
GEORGETOWN: Seorang lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah dadah ditembak mati ketika memandu di Jalan Anson sini kira-kira jam 11.50 pagi ini.

Mangsa berusia 37 tahun maut ditembak dengan tembakan melalui tingkap tempat pemandu keretanya, BMW 5 Series apabila mangsa berhenti di lampu isyarat di Jalan Anson.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa dipercayai ditembak mati oleh dua suspek yang menunggang motosikal dan berhenti di tepi keretanya lalu melepas tembakan.

"Mangsa mati selepas satu daripada 14 tembakan menembusi leher kanannya.

"Kira-kira 14 kelonsong peluru dijumpai di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, hari ini.

Dalam pada itu, Kong Meng berkata mangsa berkenaan yang berasal dari Air Itam mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Tambahnya, kereta tersebut bukan dimiliki oleh mangsa tetapi dipercayai dimiliki oleh kawannya.
Katanya, pihak polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

1,000 penduduk sehelai sepinggang rumah atas air musnah dijilat api

1,000 penduduk sehelai sepinggang rumah atas air musnah dijilat api
HAMPIR 200 rumah atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini musnah kebakaran tengah hari tadi. 

SANDAKAN: Kira-kira 1,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila hampir 200 rumah atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini musnah kebakaran tengah hari tadi.

Kebakaran itu turut menyebabkan warga emas, Isnah Kuayah, 73, rentung dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu.
Seorang lelaki turut dilaporkan terkena renjatan elektrik dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, manakala seorang anggota bomba turut dihantar ke hospital yang sama selepas tergelincir ketika membuat operasi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata bomba menerima panggilan pada jam 1.18 tengah hari sebelum menghantar 15 anggota bersama tujuh jentera.

Katanya, mereka turut dibantu 15 anggota bomba sukarela dari Karamunting selain anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Ketika bomba sampai, kebakaran sudah merebak. Kami terpaksa membuat pintasan bagi mengelak lebih banyak rumah musnah. Kebakaran hanya dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hati-hati individu minta bawakan beg


Ini terutama ada pengangkutan awam yang datang dari arah sempadan kemungkinan membawa individu yang menyeludup barangan dari negara jiran untuk dibawa masuk ke negara ini
Wan Abdullah Ishak
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pada ketika ini, warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri dan dalam beberapa hari ini sibuk berkunjung ke sana ke mari.
Namun, dalam bergembira, mereka diingatkan agar tidak memandang remeh soal keselamatan dan mudah menjadi mangsa sindiket tertentu yang sentiasa mencari peluang dalam kesibukan suasana.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak (gambar) berkata, antara yang sering dikesan terjadi ialah permintaan individu tertentu untuk membawakan barang terlarang seperti dadah, senjata api dan mercun di dalam pengangkutan awam seperti bas persiaran, kereta api dan kapal terbang.
"Sudah banyak kes begini berlaku pada tahun-tahun sebelum ini terutama ketika musim perayaan. Jadi kami ingin nasihatkan mereka agar tidak mudah percaya dengan individu yang berdolak-dalik, yang meminta supaya membawakan beg kemungkinan berisi barangan tersebut," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, ini terutama ada pengangkutan awam yang datang dari arah sempadan kemungkinan membawa individu yang menyeludup barangan dari negara jiran untuk dibawa masuk ke negara ini.
Wan Abdullah berkata, orang ramai tidak seharusnya mudah percaya dengan fizikal dan penampilan luaran seseorang contohnya wanita berpakaian purdah, berperwatakan menarik dan baik hati yang meminta mereka membawakan beg atas alasan uzur dan sebagainya.
"Ada juga yang kami kesan kes suspek meminta mangsa memegang beg pakaiannya sebentar sebelum memberi alasan untuk mengambil anaknya di luar bas dan lenyap meninggalkan beg tersebut bersama-sama mangsa.
"Mangsa pula yang tidak mengesyaki apa-apa terpaksa 'menyimpan' beg tersebut dan malang apabila pemeriksaan mengejut dijalankan, mangsa disyaki pemilik beg itu," katanya.
Wan Abdullah berkata, ada juga kes suspek memancing kanak-kanak bawah umur atau remaja dengan habuan wang untuk membawakan 'barangan' haram mereka kerana suspek tahu sekiranya kanak-kanak itu ditangkap, tiada hukuman gantung menanti mereka.
Beliau meminta orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan individu yang baru dikenali yang meminta mereka membantu tambahan pula dengan rupa fizikal yang tidak menggambarkan mereka mempunya agenda tertentu.
"Ini termasuk wanita tua yang minta mangsa memegang beg mereka untuk sementara waktu atau minta bawakan beg kerana tidak larat, dan sebagainya," katanya. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130808/je_02/Hati-hati-individu-minta-bawakan-beg#ixzz2bKT1TKVa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peniaga cedera parah ditembak dalam rumah sendiri


KULIM 7 Ogos - Seorang peniaga lelaki rebah berlumuran darah di hadapan ahli keluarganya selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, Lunas dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 26 tahun cedera parah selepas terkena satu das tembakan di bahagian bahu kiri.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Chin Su Song berkata, dua lelaki bertopi keledar menyerbu masuk ke rumah tersebut ketika mangsa bersama ahli keluarganya sedang berehat di ruang tamu.
"Salah seorang suspek bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian belakang bahu kiri mangsa.
"Mangsa terjatuh ke atas sofa manakala suspek terus melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Su Song berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang berbual bersama enam lagi anggota keluarganya.
Katanya, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang kelonsong peluru yang digunakan suspek ketika menembak mangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130808/je_01/Peniaga-cedera-parah-ditembak-dalam-rumah-sendiri#ixzz2bKSpWsXv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas CEO KPF bebas selepas jumlah jaminan dikurangkan


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Selepas meringkuk selama empat hari dalam penjara, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPF Quality Foods Sdn. Bhd., Datuk Sarchu Sawal (gambar) hari ini dibebaskan dengan jaminan RM800,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Sarchu untuk mengurangkan jumlah jaminan RM2 juta yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat lalu setelah dia didakwa atas tuduhan pecah amanah.
Beliau memerintahkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM800,000 berserta dua penjamin selain geran tanah yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM1 juta perlu diserahkan kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada jaminan.
Keputusan itu dibuat selepas Hakim Mohd. Azman mendengar hujah daripada peguam, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pihak pendakwaan.
Sarchu, 64, dibebaskan kira-kira pukul 1 petang selepas membayar wang jaminan tersebut.
Pada 2 Ogos lalu, Sarchu dikenakan ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rosbiahanin Arifin selepas didakwa bersama-sama bekas pengarah syarikat sama, Datuk Tan Han Kook, 59, atas tuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah lebih RM30 juta, dua tahun lalu.
Sarchu didakwa telah pecah amanah terhadap dana syarikat itu melalui 27 keping Penerimaan Jurubank (Banker's Acceptance) berjumlah RM16,963,825.
Han Kook yang ketika kejadian merupakan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan didakwa melakukan perbuatan sama melalui 20 keping Penerimaan Jurubank berjumlah RM13,164,955.
Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Tingkat 2, Blok B, Anjung Felda, Jalan Maktab di sini, antara Ogos 2011 dan Februari 2012.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
KPF Quality Foods merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menjalankan projek Gedung Makanan Negara (GMN).
Pada 7 Disember tahun lalu, Han Kook telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, bersama seorang lagi CEO syarikat berkenaan atas 134 tuduhan menipu pegawai Malayan Banking Bhd. menggunakan dokumen palsu membabitkan lebih RM67 juta.
Dia yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu turut didakwa atas 134 tuduhan alternatif menggunakan dokumen palsu ketika permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank kepada Malayan Banking.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130808/ma_01/Bekas-CEO-KPF-bebas-selepas-jumlah-jaminan-dikurangkan#ixzz2bKSc1RZu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 rumah hangus dijilat api di Melaka

MELAKA 7 Ogos - Persiapan menyambut Aidilfitri bagi tiga keluarga di Kampung Gangsa di sini terjejas apabila rumah mereka dijilat api pagi tadi.
Kejadian pukul 10.45 pagi itu membabitkan empat buah rumah dengan dua rumah sewa hangus dijilat api manakala dua lagi rosak di bahagian bumbung dan dapur.
Seorang mangsa Amir Abu Hassan, 27, berkata ketika kejadian, dia bersama isterinya Norita Md Rasul, 27, berada di rumah ibunya yang terletak bersebelahan dengan rumah sewanya itu sebelum dia melihat asap tebal.
"Saya sedang menggoreng ayam bersama ahli keluarga lain di luar bahagian dapur rumah sebelum terlihat asap tebal. Saya kemudian meninjau apa yang berlaku dan melihat api sedang marak di rumah saya," katanya ketika ditemui.
Beliau berkata segala kelengkapan bagi menyambut hari raya musnah malah wang tunai kira-kira RM500 bagi membeli barangan kelengkapan menyambut kelahiran anak sulungnya November ini yang simpan di dalam almari juga hangus terbakar.
Katanya api turut menyambar rumah ibunya, Kamsiah Ali, 54, menyebabkan kerosakan di bahagian bumbung ruang tamu.
Seorang lagi mangsa, Anuar Ahmad, 41, berkata persiapan menyambut Aidilfitri keluarganya turut musnah dalam kejadian itu.
"Segala persiapan Aidilfitri saya musnah. Rumah yang disewa sejak empat tahun lepas juga menjadi abu," katanya yang berada di rumah ibunya di Padang Keladi, Durian Tunggal ketika kejadian.
Sebuah lagi rumah berdekatan milik Razak Abdullah, 40, mengalami kerosakan di bahagian dapur.
Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba Penyelamat Ayer Keroh, Hairul Nizam Ridhuan berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.51 pagi dan tiba di lokasi pada 11.06 pagi dengan dua jentera dari Ayer Keroh dan Bukit Katil bersama 10 anggota termasuk seorang pegawai.
"Bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira 10 minit kemudian sebelum api dipadam sepenuhnya pada 11.38 pagi," katanya.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130807/je_14/4-rumah-hangus-dijilat-api-di-Melaka#ixzz2bKSROjiV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penoreh getah warga Thai maut ditetak di Gua Musang

KOTA BHARU 7 Ogos - Seorang penoreh getah warga Thailand maut ditetak dalam kejadian rompakan di sebuah rumah kongsi di Gua Musang, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian pada kira-kira 10 malam itu, mangsa yang kenali sebagai Ket, 54 berada bersama isteri di rumah kongsi tersebut, secara tiba-tiba didatangi empat penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang.
"Mangsa cuba melawan namun salah seorang daripada lelaki berparang itu bertindak menetak di bahagian kiri kepala mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Kumpulan perompak itu melarikan barangan kemas, sebuah telefon bimbit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1,800.
Mazlan berkata mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.
Sementara itu, Mazlan berkata polis mengenal pasti dua lelaki yang dapat membantu menyelesaikan kes kematian seorang lagi penoreh getah di Pasir Puteh, pada Isnin.
"Dua lelaki itu adalah Tuan Mohd Rizdwan Tuan Mohamad, 24, dan Norhisham Mohamad Nor, 29, berasal dari Kampung Telosan dan kami percaya kedua-dua mereka masih berada d kawasan kejadian," katanya.
Beliau berkata si mati dipercayai mengenali kedua-dua lelaki itu dan motif pembunuhan dipercayai melibatkan dendam serta perniagaan dadah.
Dalam kejadian itu Amirul Tajo Nasir, 40, maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian di sebuah kedai makan di Kampung Telosan pada 5.35 pagi.
Turut cedera di lutut adalah pelayan kedai makan berkenan, Norhadiana Zakaria, 25, yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130807/je_15/Penoreh-getah-warga-Thai-maut-ditetak-di-Gua-Musang#ixzz2bKSD75re
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis temui semula lori peniaga ayam yang maut disamun

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Lori milik seorang peniaga ayam yang maut ketika cuba menghalang penyamun daripada melarikan lorinya di Taman Serdang Raya dekat sini Isnin lalu ditemui semula bersama kesemua barangan niaganya.
Ketua Daerah Polis Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata lori itu ditemui kira-kira pukul 4.30 petang semalam di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Selayang.
"Lori itu berada dalam keadaan baik. Barang niaga seperti ayam dan daging tidak diusik. Namun suami mangsa melaporkan jumlah kerugian adalah sebanyak RM15,000 termasuk hasil perniagaan.
"Motif utama penjenayah adalah untuk mencuri duit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 malam di Jalan Serdang Raya 6/3 itu, mangsa Rohani Harun, 50, dilapor dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas berniaga di tapak pasar malam di Kawasan Perindustrian Bukit Serdang.
"Mangsa yang cuba menghalang lori miliknya daripada dilarikan penyamun telah dirempuh dan diseret beberapa meter. Wanita itu cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Hospital Serdang," kata Abdul Razak.
Beliau berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berhampiran lokasi tidak menunjukkan wajah suspek, hanya lori berkenaan. "Saksi yang berada di lokasi kejadian memberitahu kesemua suspek tidak memakai sebarang topeng muka. Polis sedang menjejaki mereka dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130807/je_16/Polis-temui-semula-lori-peniaga-ayam-yang-maut-disamun#ixzz2bKRqRYKx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja tembak ibu bapa

SAO PAULO 7 Ogos - Seorang remaja bertindak membunuh ibu bapa, nenek dan ibu saudaranya, sebelum membunuh dirinya sendiri selepas seharian berada di sekolah, semalam.
Kelima-lima mayat itu ditemui awal pagi semalam di dalam dua buah rumah di utara Sao Paulo.
Menurut jurucakap polis Sao Paulo, Itagiba Franco, kesemua bukti menunjukkan remaja berusia 13 tahun itu, yang dikenali sebagai Marcelo Pesseghini membunuh kedua orang tuanya dan ahli keluarga yang lain.
Siasatan forensik sedang dijalankan, tetapi menurut polis, ibu bapa remaja itu mungkin dibunuh pada petang Ahad atau pagi Isnin lalu.
Pesseghini didakwa telah memberitahu seorang rakannya bahawa dia mahu membunuh ibu bapanya dan menjadi orang buruan, kata Franco.
"Dia sentiasa memberitahu saya, dia mahu menjadi pembunuh upahan. Dia mempunyai rancangan untuk membunuh ibu bapanya pada waktu malam, supaya tiada siapa yang melihat, dan melarikan diri menggunakan kenderaan keluarganya," kata polis yang memetik kata kawannya itu, yang enggan dikenali.
Remaja itu mati dengan kesan tembakan di kepala.
Revolver milik bapanya seorang pegawai polis ditemui dekat mayat remaja itu, kata komander polis Sao Paulo, Benedito Roberto Meira. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130808/lu_05/Remaja-tembak-ibu-bapa#ixzz2bKRPVEKt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letupan akibat gas bocor bunuh 8 mangsa


API marak dilihat memusnahkan sebuah bangunan selepas masalah kebocoran gas menyebabkan satu letupan besar berlaku di Rosario, Argentina kelmarin.


ROSARIO, Argentina - Satu letupan kuat akibat kebocoran gas telah telah meranapkan sebuah pangsapuri sepuluh tingkat dan menyebabkannya terbakar di sini kelmarin.
Insiden itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan maut dan 61 yang lain cedera. Pegawai perbandaran juga menyatakan sekurang-kurangnya 19 orang masih hilang.
Ratusan anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat, walaupun risiko bangunan tersebut runtuh amat tinggi.
"Seramai lapan orang maut. Operasi mencari akan diteruskan sepanjang malam. Terdapat 19 orang yang masih hilang," kata Datuk Bandar Rosario, Monica Fein.
Letupan itu meranapkan bahagian hadapan bangunan. Api yang marak juga dapat dilihat dengan jelas dari balkoni. Fein memberitahu sebanyak 17 buah ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Orang ramai yang berada dalam jarak dua kilometer dari lokasi letupan dipindahkan. Sebanyak 11 buah sekolah turut ditutup dan bekalan gas dipotong.
Pasukan keselamatan menyatakan anggotanya dapat menyelamatkan mangsa menerusi bumbung sebuah pasar raya bersebelahan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2bKOztvSv 
Hakcipta terpelihara 

Anak lelaki Usher hampir mati lemas

ATLANTA - Anak lelaki penyanyi R&B Amerika Syarikat, Usher hampir lemas di sebuah kolam renang di sini dan telah dimasukkan ke hospital kelmarin, kata pihak berkuasa.
Menurut jurucakap polis Atlanta, Carlos Campos, mangsa, Usher Raymond V, 5, tenggelam di dasar kolam di belakang sebuah rumah pada Isnin lalu.
Dia dilapor terperangkap dalam longkang.
Campos berkata, seorang pembantu rumah cuba menyelamatkan Raymond V namun, gagal mengeluarkannya daripada longkang.
Raymond V diselamatkan oleh dua pekerja kontrak yang kebetulan berada di kediaman itu dan dia diberikan bantuan pernafasan oleh salah seorang pekerja tersebut.
Dia kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Kanak-Kanak Atlanta Scottish Rite.
Raymond V merupakan salah seorang anak lelaki penyanyi lagu Nice & Slow berusia 34 tahun itu bersama Tameka Foster, 42.
Pasangan tersebut bercerai dua tahun selepas mereka berkahwin pada tahun 2007.- AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2bKOCBjGV 
Hakcipta terpelihara 

Hakim langgan pelacur dipecat


Shanghai: Tiga hakim akan dipecat oleh Parti Komunis China manakala seorang lagi diletakkan dalam tempoh perhatian, beberapa hari selepas laporan online menuduh mereka melanggan pelacur.

Satu siasatan dilakukan selepas seorang penulis blog yang diberi nama Ni oleh media tempatan, menyiarkan rakaman di internet minggu lalu menuduh lima pegawai berkenaan melanggan pelacur di sebuah kawasan peranginan tempatan.
Ia adalah skandal terbaru menyusuli kes rasuah dan pelanggaran disiplin termasuk kesalahan seksual oleh pegawai China yang didedahkan di internet.

Langgan pelacur

Anggota Suruhanjaya Disiplin Shanghai berkata, empat hakim dan seorang eksekutif syarikat kerajaan melawat pusat peranginan terbabit bulan lalu dengan empat daripada mereka melanggan pelacur.

Berikutan itu, ketua dan timbalan ketua hakim Tribunal Sivil Mahkamah Tinggi Nombor 1, Chen Xueming dan Zhao Minghua dari Mahkamah Tinggi Rakyat Shanghai akan dipecat dari Parti Komunis, kata suruhanjaya terbabit dalam Weibo.

Timbalan ketua pemeriksaan disiplin suruhanjaya itu, Ni Zhengwen juga akan dipecat manakala timbalan ketua tribunal mahkamah nombor 5, Wang Guojun tidak mendapatkan khidmat pelacur dan akan diletakkan dalam perhatian parti selama dua tahun.
Suruhanjaya terbabit akan meminta parti untuk memecat semua empat hakim terbabit.

Dipecat dari parti

Seorang eksekutif Shanghai Construction Group, Guo Xinghua dipecat firma terbabit dan akan dipecat dari parti.

Video dikirimkan Ni menunjukkan lima pegawai termasuk Chen dan Zhao memasuki bilik mewah selepas makan diikuti beberapa wanita. Keterangan video menunjukkan Chen menyediakan pelacur itu.

Ni yang memberi maklumat menuduh Zhao campur tangan dalam satu kes sivil pada 2009 yang menyebabkannya kerugian besar, lapor akhbar Global Times, Isnin lalu.

Rakyat China menggunakan media sosial untuk mendedahkan salah laku pegawai meskipun usaha mereka kadang kala dilihat menggugat kestabilan sosial dan disekat pihak berkuasa. - AFP

Helikopter bawa menteri mendarat cemas

Helikopter bawa menteri mendarat cemasAbdul Rahman membuat tinjauan trafik melalui udara sebelum helikopter melakukan pendaratan cemas di FELDA Trolak, semalam akibat kerosakan kotak transmisi gear.

Tapah: Helikopter dinaiki Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, untuk membuat tinjauan trafik melalui udara, terpaksa mendarat cemas di sebuah padang bola di FELDA Trolak di sini, semalam.

Kejadian berlaku 13 minit selepas helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berlepas dari Pangkalan Udara JBPM, Subang bagi melakukan tinjauan udara di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
Selain, Abdul Rahman, helikopter jenis MI-7 itu turut membawa 22 penumpang dan krew lain, termasuk 12 wakil media.


Ketua Pengurusan Pusat Gerakan Operasi JBPM Putrajaya, Pauzan Ahmad, yang turut berada dalam helikopter, berkata pendaratan cemas terpaksa dilakukan berikutan kerosakan pada kotak transmisi gear.

Mendarat di FELDA Trolak

“Sepatutnya pendaratan dibuat di Kem Empat Rejimen Askar Melayu Diraja di Tapah, bagaimanapun selepas mengesan lampu amaran, juruterbang memutuskan untuk mendarat cemas di FELDA Trolak,” katanya.

Bagaimanapun, semua penumpang selamat.
“Ini adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) setiap kali berlaku kecemasan bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Selepas pemeriksaan, kita dapati kotak transmisi gear mengalami kerosakan kecil dan sudah diperbaiki sebelum kembali ke pangkalan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata kecemasan itu tidak menjejaskan operasi meninjau dibuatnya sepanjang Op Raya yang berakhir 18 Ogos ini dan perkara biasa bagi pesawat yang lama berkhidmat.