Search This Blog

Monday, August 5, 2013

6 maut kemalangan

6 maut kemalanganANGGOTA Bomba terpaksa memotong kereta mangsa bagi mengeluarkan empat mangsa yang tersepit selepas terbabit dalam kemalangan dekat Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah, semalam. - Foto Omar Osman Terbabit 2 nahas berasingan dalam masa kurang 4 jam di Kedah

Sungai Petani: Enam termasuk empat sekeluarga maut, manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan berasingan dalam tempoh tidak sampai empat jam di Jalan Sidam Kiri dan Merbok, dekat sini semalam.
Kejadian paling menyayat hati membabitkan sebuah keluarga apabila kereta dinaiki mereka bergesel dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri, kira-kira jam 5.50 petang.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ 

Anak dinanti tak bernyawa

Anak dinanti tak bernyawaAlor Setar: Seorang ibu, Sepiah Sudin, 65, yang tertunggu-tunggu kepulangan anak lelakinya untuk merayakan Aidilfitri bersama, sebaliknya menyambut jenazah anak tercinta yang maut dalam kemalangan di Pendang, semalam.

Difahamkan, Zakaria Mohd Noor, 27 (gambar), yang juga anak bongsu, mati selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 70.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, jam 10.40 pagi. Dia bekerja kilang di Pulau Pinang sejak dua tahun lalu.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Flet Seri Gemilang, Mergong, untuk menyambut hari raya sebelum motosikalnya bergesel dengan sebuah pikap dalam laluan sama dan terbabas. Dia yang terjatuh di lorong kanan kemudian dikatakan digilis kenderaan lain maut di tempat kejadian.


Sepiah ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kelihatan sebak dan hampir pengsan selepas dimaklumkan anak bongsunya itu meninggal dunia.

Anjing makan kemaluan lelaki


Mangsa tak ingat apa berlaku kerana mabuk, tertidur.

Santiago: Malang tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 64 tahun yang mabuk dan tertidur sebelum terjaga dan mendapati kemaluannya sudah tiada dan diberitahu anjingnya yang memakannya.
Geraldo Ramos menceritakan bagaimana dia tidak sedarkan diri selepas mabuk dan mendapati organ sulitnya sudah tiada sebaik terjaga, lapor akhbar, di sini, semalam.

Tidak percaya jiran

Jiran Geraldo Ramos pula menjelaskan, dia diserang seekor anjing ketika dalam keadaan terhuyung-hayang dan bogel kerana mabuk.

Pun begitu, Ramos berasal dari Santiago , tidak mempercayai kata-kata jirannya, meskipun tidak ingat apa yang berlaku, khususnya bagaimana kemaluannya boleh hilang.

Dia memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa dia hanya ingat terbangun daripada tidur sebelum dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Anjing yang menyerangnya juga belum dapat dikesan. Begitu juga dengan kemaluan Ramos.

Berikutan kecederaan di bahagian sulit, Ramos terpaksa memakai tiub dan dirakam berehat di rumah.

Belajar daripada kesilapan

Ramos mengakui sudah belajar daripada kesilapannya dengan berkata dia tidak akan akan minum arak mulai hari ini.

Meskipun jirannya memberitahu kes membabitkan anjing berkenaan mungkin sukar dipercayai, ia tidak mustahil berlaku.

Ini berikutan apa yang berlaku di Arkansas, Amerika Syarikat pada Julai lalu apabila seorang lelaki lumpuh, yang terjaga daripada tidur mendapati anjingnya makan satu buah zakarnya.

Satu lagi kes di Brazil membabitkan seorang lelaki yang jari kakinya dibaham anjing peliharaan sendiri.

Jika di Brazil anjing makan tuan, di Israel, seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya digigit ular ketika mahu ke tandas.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik hanya cedera ringan kerana anjing itu tidak berbisa dan melepaskannya. - AGENSI

30 korban banjir Pakistan

30 korban banjir Pakistan
Sekumpulan penduduk dipindahkan ke kawasan selamat di Karachi, semalam. - Foto REUTERS] Hujan punca bah, elektrik terputus di Pakistan

Islamabad: Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban selepas banjir melanda beberapa kawasan di Pakistan berpunca daripada hujan lebat yang turut memutuskan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
Di Karachi, 16 mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kawasan mereka dinaiki air.


Di Khyber Pakhtunhwa, 13 penduduk termasuk kanak-kanak maut dan lebih 25 lagi cedera selepas hujan menyebabkan banjir kilat.

Laporan menyatakan, hujan berterusan menyebabkan banjir kilat di banyak kawasan di wilayah Balochistan, Khyber Pakhtunkhwa dan selatan Punjab.

Beberapa penduduk maut selepas banyak kampung dinaiki air, sekali gus memusnahkan rumah, jalan raya dan tanaman.

Hujan lebat di utara Pakistan juga menyebabkan banjir apabila air sungai dan longkang melimpah. Ramai yang terkorban selepas beratus-ratus rumah dihanyutkan air.
Jabatan Kaji Cuaca Pakistan melaporkan, banjir paras pinggang selepas air sungai Sindh, Jhelum dan Chenab melimpah.

Sementara itu, perintah darurat diisytiharkan selepas banjir melanda daerah Jhal Magsi, Balochistan, lapor Daily Times.

Sungai Mola melimpah

Banjir berlaku kerana air naik melimpahi Sungai Mola di Jhal Magsi. Pegawai kanan daerah berkata, penduduk sudah dipindahkan ke tempat lebih tinggi.

Bot penyelamat digunakan untuk memindahkan mereka daripada kawasan banjir.

Penduduk Nowshera juga diarah berjaga-jaga selepas air semakin naik dan menuju ke tengah bandar selepas menjejaskan banyak kawasan Khyber Pakhtunkhwa.

Meskipun paras air turun di daerah Budhni Nullah, lalu lintas belum dapat melalui jalan Charsadda.

Selain itu, air semakin deras ketika melalui Warsak, membahayakan penduduk yang tinggal dekat tebing Sungai Kabul. - AGENSI

Gadis dakwa dipukau teman Facebook

Gadis dakwa dipukau teman Facebook
Siti Sakira (tengah) menatap keratan akhbar mengenai berita kehilangannya bersama ibu dan bapanya, semalam. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi Remaja dilapor hilang sejak sebulan kembali ke pangkuan keluarga

Parit Buntar: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali dalam laman sosial Facebook, pada 8 Julai lalu, kembali semula ke pangkuan keluarganya di sini Jumaat lalu.
Siti Sakira Ahmad, 18, mendakwa dipukau sehingga lupa dirinya sendiri dan keluarga selain tidak mengetahui kedudukan dia berada sehingga seorang wanita dikatakan ibu angkat yang menjaganya sepanjang 26 hari tidak kembali ke rumah, membaca mengenai kehilangannya dalam akhbar ini.


Ikut lelaki baru dikenali

“Sewaktu keluar dari tempat kerja dan mengikut seorang rakan lelaki yang baru dikenali, saya dihantar ke sebuah tempat dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan. Sejak tinggal dengannya, saya seperti tidak mengingati apa-apa termasuk diri dan keluarga.

“Saya dijaga ibu kepada rakan perempuan itu yang tidak tahu menahu perkara sebenar mengenai kehilangan saya kerana saya sendiri tidak ingat kejadian berlaku sebelum itu.

“Namun, selepas ibu angkat terbaca di akhbar ini mengenai kehilangan saya, dia segera memaklumkan kepada saya dan menghubungi kakak meminta keluarga mengambil saya di Matang Jelutung, Alor Pongsu,” katanya ketika ditemui i semalam.
Pada 29 Julai lalu, akhbar ini melaporkan Siti Sakira, hilang pada hari pertama bekerja di sebuah kilang pada 8 Julai lalu, dipercayai mengikut teman lelaki dikenali dalam laman sosial Facebook, tiga minggu sebelum itu.

Anak kelapan daripada sembilan beradik itu dipercayai termakan pujukan teman lelakinya dengan melarikan diri ketika waktu rehat kerja jam 3 petang. Ini memaksa bapanya, Ahmad Awang, 75, membuat laporan di Balai Polis Kuala Kurau, pada keesokannya.

Bersyukur dapat kembali

Siti Sakira berkata, beliau bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga dan tidak sabar mahu menyambut Aidilfitri bersama kedua ibu bapa dan adik beradiknya yang lain.

Sementara itu, ibunya,Salmah Sejan, 47, melahirkan kesyukuran dan menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dengan anaknya itu.

“Saya sungguh gembira apabila dia kembali ke pangkuan keluarga dan pastinya raya kali ini bertambah meriah. Saya berharap kejadian ini tidak akan berlaku lagi pada masa depan dan kami akan menjaganya sebaik mungkin,” katanya. 

10 individu dakwa pewaris Agong ditahan berkumpul di Istana Negara


05/08/2013 9:06pm

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Aida Abdul Hamid berkata, mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.
"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.
Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah. Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ’Tuanku’. - Bernama

dua maut di Jalan Sri Aman-Betong di Sri Aman

DTR @Berita Harian Online
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan dua maut di Jalan Sri Aman-Betong di Sri Aman, Kuching hari ini. Dalam kemalangan 6.40 pagi itu dua penumpang kereta Iswara tersebut terbunuh selepas bertembung dengan sebuah Perodua Viva dari arah bertentangan. - Foto BERNAMA

5 pnumpang,1 lelaki slmat..4 pmpuan mati..1

Balik kampung.. jalanraya tak mengenal perikemanusiaan.. hati2 menggunakannye..
@Mat Kbx.
5 pnumpang,1 lelaki slmat..4 pmpuan mati..1 org dr pmpuan tu kpla hncur...4/8/2013 info rakan traficsidam kiri
@ Mat Kbx 
5 pnumpang,1 lelaki slmat..4 pmpuan mati..1 org dr pmpuan tu kpla hncur...4/8/2013 info rakan trafic sidam kiri

4 saudara termasuk budak maut nahas


Beginilah keadaan kereta Nissan yang remuk teruk mengorbankan empat nyawa dalam kemalangan di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai, Sungai Petani Kedah, semalam.
SUNGAI PETANI 4 Ogos - Empat bersaudara termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai dekat sini petang ini.
Nahas ngeri itu berlaku pukul 5.40 petang ketika kereta Nissan Sunny tersebut dalam perjalanan dari arah Padang Serai ke Sungai Petani sebelum terbabas lalu merempuh lori dari arah bertentangan.
Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Deputi Supritendan Ahmad Kamil Ahmad berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu dan penumpang belakang kereta itu tercampak keluar termasuk ada antaranya yang putus kepala.
Beliau berkata, mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Tan Sou Kim, 50; dan penumpangnya, Tan Siew Chin@Daod Serni, 45; Ong Siew Yan, 40; serta kanak-kanak perempuan, Tan Jit May, 11.
Katanya, mangsa yang cedera parah pula ialah Hou Guan Ting, 18.
"Kesemua mangsa dipercayai mempunyai talian persaudaraan. Keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat," katanya.
Sementara itu, seorang saksi, M. Arumugam, 45, yang merupakan antara orang terawal tiba di tempat kejadian berkata, dia sempat menghulurkan bantuan kepada Guan Ting.
"Remaja itu meraung kesakitan meminta tolong setelah kakinya tersepit di kerusi tempat duduk. Saya dan beberapa lagi sempat menarik keluar dan menghulurkan bantuan," katanya.
Bagaimanapun, kata Arumugam, kesemua mangsa lain yang berlumuran darah dipercayai telah meninggal dunia kerana sudah tidak lagi bergerak.
Dalam pada itu, Ahmad Kamil berkata, polis telah menahan pemandu lori berusia 40-an itu untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130805/je_01/4-saudara-termasuk-budak-maut-nahas#ixzz2lSVMCUVz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terbakar kerana letupan kereta Bentley?


Kereta mewah jenama Bently yang hangus dalam kebakaran rumah milik pengusaha produk kecantikan di Taman Meru, Ipoh, kelmarin. - utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin
IPOH 4 Ogos - Seorang pekerja syarikat produk kecantikan Vida Beauty yang terselamat dengan nekad terjun dari balkoni mendakwa melihat api marak di pekarangan luar sebelum rumah itu terbakar sehingga meragut tiga nyawa di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.
Khairul Anuar Abu Bakar, 32, pereka dan jurugambar syarikat tersebut turut mendakwa, ada mendengar bunyi satu letupan yang dipercayai dari sebuah kereta mewah jenis Bentley yang diletakkan di pekarangan rumah ketika turun untuk memeriksa.
Beliau bagaimanapun naik semula ke tingkat atas untuk memaklumkan kepada seorang lagi pekerja syarikat itu, Mohd. Nor Syamil Zaidi dan dua anak Datuk Dr. Hasmiza Othman (atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida) iaitu Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11, dan adiknya, Edrie Zikri, 10.
"Namun, apabila saya naik, tiba-tiba sahaja suis utama meletup dan 'black out' manakala api marak. Dalam keadaan gelap, saya memimpin tangan mereka (Eddie Zuhdi dan Edrie Zikri) diikuti Mohd. Nor Syamil turun, namun asap terlalu tebal, maka kami terpaksa naik semula," katanya di sini hari ini.
Khairul Anuar memberitahu, dalam keadaan panik, beliau mengambil keputusan untuk terjun melalui balkoni di belakang rumah, namun, Mohd. Nor Syamil yang berada di belakangnya, tiba-tiba berundur ke belakang lalu berlari masuk ke dalam tandas diikuti Eddie Zuhdi dan Edrie Zikri.
"Mereka (anak-anak Dr. Vida) meronta-ronta untuk dilepaskan daripada pegangan tangan saya. Saya tiada pilihan lain selain melompat daripada balkoni, namun begitu, saya bernasib baik kerana terjatuh di atas sebuah kanopi di belakang rumah.
"Seorang lagi pekerja iaitu Ropie Ismail, 31, juga berjaya menyelamatkan diri dengan terjun di belakang rumah, namun, dia patah kaki akibat terjatuh di atas tanah," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, tiga termasuk dua anak kepada pengasas produk kecantikan Vida Beauty meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di sini yang turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Dr. Vida yang sudah berpisah dengan suaminya mempunyai empat orang anak iaitu Eddie Zuhdi, Edrie Zikri, Edlin Zamilin, 8, dan Eric Zaquan, 6. Ketika kejadian beliau berada di Pulau Pinang dan bergegas ke Ipoh sebaik sahaja mendapat tahu berita itu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kebakaran kemungkinan disebabkan oleh berlakunya litar pintas.
Beliau bagaimanapun berkata, pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut dan polis mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130805/je_03/Terbakar-kerana-letupan-kereta-Bentley#ixzz2lSV5MClw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga kedai makan diarah tutup

Tiga kedai makan diarah tutupKeadaan premis makanan yang kotor dan tidak memenuhi piawaian ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

BAGAN SERAI - Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kerian mengarahkan tiga premis makanan ditutup selama 14 hari setelah didapati menjadi sarang tikus dan lipas.

Lebih menjijikkan, terdapat najis tikus di sebuah restoran di Jalan Siakap di sini, yang mencetuskan kebimbangan terhadap tahap kebersihan makanan dan minuman di situ.

Jurucakap PKD Kerian berkata, arahan itu diberikan terhadap premis di sekitar Jalan Siakap dan pekan Tanjung Piandang, Parit Buntar hasil operasi kelmarin.

Menurutnya, dua kedai makan di pekan Tanjung Piandang ditutup atas kesalahan tidak memberikan suntikan tifoid kepada pekerja, membasuh pinggan di atas lantai serta susun atur barang dan suhu peti sejuk tidak mengikut piawaian ditetapkan.

“Lebih daripada sepuluh premis diperiksa dan difahamkan sebanyak lima premis dikompaun oleh MDK atas kesalahan tidak mematuhi piawaian kesihatan,” katanya.

Tambahnya, premis yang  diarah tutup mengikut Akta Makanan 1983 kerana ada bukti kesan tikus dan lipas, premis kotor dan melanggar Peraturan Makanan 2009 seperti tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan sijil asas pengendalian makanan untuk pekerja.

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan semua premis makanan supaya mengambil langkah yang drastik melaksanakan aktiviti kawalan tikus di premis mereka.

“Langkah ini perlu dilakukan untuk mengelak sebarang kejadian penyakit yang dibawa oleh tikus ataupun serangga berkaitan,” katanya.

PKD Kerian akan membenarkan premis berkenaan beroperasi semula setelah memenuhi spesifikasi kebersihan ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

“Daripada tujuh premis ditutup sebelum ini, dua daripadanya dibenarkan beroperasi semula selepas 24 jam ditutup setelah segera memenuhi arahan PKD Kerian, manakala selebihnya kembali beroperasi paling lewat dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDK, Norazilla Mahat berkata, lima kompaun dikeluarkan MDK terhadap lima premis atas kesalahan pemilik premis ingkar kehendak kesihatan di bawah Undang-undang Kecil Pengawasan dan Pengawalan Tempat-tempat Makan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, dua premis dikompaun terletak di Pusat Bandar Bagan Serai, manakala selebihnya di pekan Tanjung Piandang.

“Kadar kompaun dikenakan adalah sekitar RM50 hingga RM150 bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan pemilik premis terlibat,” katanya.

Bunyi letupan jadi penyelamat

Bunyi letupan jadi penyelamat
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan sebuah lagi rumah papan daripada musnah dalam kebakaran berlaku di Jalan Tambun.

IPOH - Bunyi letupan berkali-kali menyedarkan lena seorang pengawal keselamatan sebelum bertindak menyelamatkan diri dalam kebakaran yang melibatkan dua rumah papan di Jalan Tambun, malam kelmarin.

Ali Din, 60, salah seorang penghuni rumah papan tersebut ketika ditemui berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, dia sedang tidur di bahagian ruang tamu.

Menurutnya, secara tiba-tiba dia mendengar bunyi letupan yang kuat sehingga menyebabkan dia terjaga dan melihat apa yang berlaku di luar rumah.

“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat rumah dikelilingi api yang sedang marak sehingga menyebabkan bahagian dapur dipenuhi asap tebal.

“Saya segera keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Nasib baik beberapa orang kampung datang memberi pertolongan,” katanya yang memberitahu insiden tersebut pertama kali berlaku sejak dia tinggal di rumah itu.

Katanya, beberapa dokumen penting serta barang berharga musnah dalam kebakaran itu.

“Walaupun gagal menyelamatkan barangan berharga namun saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Penguat kuasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 9.40 malam.

Menurutnya, seramai 20 anggota termasuk pegawai terbabit dalam operasi memadam kebakaran dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira jam 9.48 malam.

“Sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan Pasir Putih dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran.

“Selepas bertungkus lumus kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira lima minit kemudian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan dua buah rumah papan yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, api sedang merebak pantas memandangkan rumah dibina daripada kayu.

“Sewaktu kerja pemadaman dijalankan, kami terpaksa meletakkan jentera di tepi jalan utama kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan kerana laluannya terlalu sempit.

“Salah satu daripada rumah papan itu gagal diselamatkan dan musnah 100 peratus manakala sebuah lagi rumah musnah kira-kira 80 peratus.

“Malah, penghuni rumah yang hangus itu yang tinggal bersendirian tiada di rumah kerana dipercayai keluar bekerja,” katanya.

Samasuvam berkata, bagaimanapun api dapat dikawal daripada merebak ke rumah yang terletak berhampiran.

Katanya, punca sebenar kebakaran masih dan jumlah kerugian bagi kedua-dua rumah berkenaan masih disiasat.

Bunyi letupan jadi penyelamat

Bunyi letupan jadi penyelamat
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan sebuah lagi rumah papan daripada musnah dalam kebakaran berlaku di Jalan Tambun.

IPOH - Bunyi letupan berkali-kali menyedarkan lena seorang pengawal keselamatan sebelum bertindak menyelamatkan diri dalam kebakaran yang melibatkan dua rumah papan di Jalan Tambun, malam kelmarin.

Ali Din, 60, salah seorang penghuni rumah papan tersebut ketika ditemui berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, dia sedang tidur di bahagian ruang tamu.

Menurutnya, secara tiba-tiba dia mendengar bunyi letupan yang kuat sehingga menyebabkan dia terjaga dan melihat apa yang berlaku di luar rumah.

“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat rumah dikelilingi api yang sedang marak sehingga menyebabkan bahagian dapur dipenuhi asap tebal.

“Saya segera keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Nasib baik beberapa orang kampung datang memberi pertolongan,” katanya yang memberitahu insiden tersebut pertama kali berlaku sejak dia tinggal di rumah itu.

Katanya, beberapa dokumen penting serta barang berharga musnah dalam kebakaran itu.

“Walaupun gagal menyelamatkan barangan berharga namun saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Penguat kuasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 9.40 malam.

Menurutnya, seramai 20 anggota termasuk pegawai terbabit dalam operasi memadam kebakaran dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira jam 9.48 malam.

“Sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan Pasir Putih dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran.

“Selepas bertungkus lumus kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira lima minit kemudian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan dua buah rumah papan yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, api sedang merebak pantas memandangkan rumah dibina daripada kayu.

“Sewaktu kerja pemadaman dijalankan, kami terpaksa meletakkan jentera di tepi jalan utama kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan kerana laluannya terlalu sempit.

“Salah satu daripada rumah papan itu gagal diselamatkan dan musnah 100 peratus manakala sebuah lagi rumah musnah kira-kira 80 peratus.

“Malah, penghuni rumah yang hangus itu yang tinggal bersendirian tiada di rumah kerana dipercayai keluar bekerja,” katanya.

Samasuvam berkata, bagaimanapun api dapat dikawal daripada merebak ke rumah yang terletak berhampiran.

Katanya, punca sebenar kebakaran masih dan jumlah kerugian bagi kedua-dua rumah berkenaan masih disiasat.

Wanita mati kena tikam



SHAH ALAM - Seorang wanita ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat di sebuah rumah di Sunway Batu Caves, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak,  Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Badariah Husein,44, mati  dibunuh berdasarkan kesan tikaman senjata tajam pada bahagian dadanya.

Menurutnya, pemeriksaan forensik juga mendapati kemaluan mangsa berdarah disyaki akibat  dirogol.

“Rakan mangsa bertindak memecahkan pintu rumah kira-kira jam 5.30 petang  selepas beberapa gagal menghubungi nya melalui telefon bimbit,” katanya

Katanya lagi, mangsa dimaklumkan kali terakhir ditemui rakannya sebelum bersahur jam 4 pagi semalam.

Kes disiasat dibawa seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Tragedi berdarah di kebun

Tragedi berdarah di kebun
Yusof ditemui terbaring di kebunnya.

IJOK - Seorang pengait kelapa sawit, Yusof Suparman, 66, maut selepas dihempap setandan sawit di belakang rumahnya, lewat tengah hari kelmarin.

Isterinya, Mutiah Badar, 60, berkata, mangsa yang pergi mengait kelapa sawit seorang diri selepas pulang dari surau berhampiran rumahnya, tidak menunjukkan sebarang sikap pelik sebelum kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun katanya, tindakan arwah tidak pulang pada waktu tengah hari untuk berehat di rumah seperti biasa membuatkan dia tertanya-tanya.

“Selepas selesai solat Zohor, saya terus ke belakang rumah untuk menjenguk arwah, namun pelik apabila tiada kelibat arwah di kebun. Saya sangka arwah berehat di bangsal di kebun itu sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

“Namun hati saya tidak tenang seolah-olah ada perkara buruk berlaku. Apabila anak bongsu, Mohd Jaiazri, 27, pulang kira-kira jam 4.30 petang dan mengajak pergi ke bazar Ramadan, saya berat hati untuk pergi," katanya.

Mutiah berkata, dia mahu menjenguk arwah di kebun sekali lagi sebelum bergerak ke bazar Ramadan, namun ditegah anaknya yang tidak mahu mengganggu ayahnya berehat di bangsal.

Namun katanya, dia tetap berdegil untuk mencari arwah di kawasan kebun dan terkejut apabila melihat arwah terbaring di tepi pokok kelapa sawit.

"Ketika itu saya tidak tahu nak buat apa. Dengan kaki menggigil, saya pulang ke rumah dan memanggil anak yang menunggu di dalam kereta.

“Anak terkejut apabila melihat saya menangis dan terus bergegas melihat arwah dengan lebih dekat. Ketika itu, hanya ALLAH SWT tahu perasaan kami apabila melihat arwah terbujur kaku. Saya lihat darah mengalir daripada kepala arwah dan ketika itu,
saya hanya berserah dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Mutiah berkata, Jaiazri cuba menenteramkannya yang terduduk tidak jauh daripada tempat kejadian sebelum menghubungi abang dan kakaknya, ambulans serta anggota polis.

Menurutnya, tidak lama kemudian, penduduk mula memenuhi kawasan kebun.

“Ambulans dan polis sampai kira-kira jam 5 petang sebelum membawa jenazah ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat kerana bimbang kecederaan itu berlaku akibat dipukul objek tumpul.

“Saya dan anak-anak menunggu di hospital sehingga jam 10.30 malam, tetapi ternyata kecederaan arwah akibat dihempap kelapa sawit. Jenazah kemudiannya dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ijok kira-kira jam 11 malam,” katanya.


Tidak boleh duduk diam

Mutiah berkata, rutin harian arwah suaminya yang juga tok siak Surau As’saidah itu berjalan seperti biasa, malah mereka tinggal bertiga bersama anak bongsu sempat berbuka dan bersahur bersama sebelum kejadian berlaku.

Namun katanya, dia seolah-olah tidak tenang dan tidak boleh duduk diam dengan mengemas keseluruhan rumah seolah-olah rumah itu akan dikunjungi orang ramai.

“Saya tidak sangka perasaan pelik itu rupa-rupanya petanda yang arwah akan meninggalkan kami sekeluarga.

"Malah, ramai penduduk sedih kerana tidak menyangka perkara itu akan berlaku kerana arwah sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya.

Mutiah berkata, arwah sangat rajin adan aktif menyertai aktiviti di kampung itu.

Malah katanya, arwah juga tidak pernah meninggalkan amanah untuk menjaga surau meskipun pernah dicadangkan untuk menyerahkan jawatan itu kepada orang lebih muda.

“Arwah pernah berkata, bukan dia tidak mahu melepaskan jawatan itu, namun belum ada pengganti. Arwah mahu memikul amanah itu selagi masih kuat sehinggalah ada pengganti,” katanya.


Arwah tidak banyak cakap

Menantunya, Hamidi Mohd Ansor, 41, yang juga guru di sebuah sekolah di Desa Coalfields, pula masih tidak percaya bapa mentuanya sudah meninggal dunia kerana baru sahaja berjumpa dengannya selepas solat tarawih, kelmarin.

“Saya masih tidak percaya arwah meninggalkan kami buat selama-lamanya dan menyifatkan arwah merupakan seorang bapa mentua yang baik, rajin dan tidak banyak cakap kerana arwah hanya bercakap mengenai perkara penting.

“Kami reda, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Ijok, Maskor Tumiran berkata, penduduk di sini skehilangan individu yang banyak berjasa dalam mengimarahkan surau dan membantu menyediakan air untuk majlis kenduri.

“Untuk makluman, terdapat seorang lagi penduduk turut ditemui meninggal dunia dalam kebun pada 7 Julai lalu, tiga hari sebelum umat Islam berpuasa selepas dipercayai tersadung akar pokok kelapa sawit.

“Arwah ketika itu baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan dikatakan mahu meninjau kebun yang lama ditinggalkan akibat sakit,” katanya.

Bakal pengantin bebas tuduhan

Bakal pengantin bebas tuduhan
Mohsin yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki dadah jenis kanabis oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

IPOH - Seorang kelindan lori dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Ipoh di sini daripada tuduhan memiliki kanabis seberat 58.7 gram November tahun lalu.

Tertuduh, Mohsin Amri Adnan, 22, yang bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan Hakim Madihah Harullah semalam.

Madihah membuat keputusan itu selepas mendapati banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohsin didakwa memiliki dadah jenis Kanabis seberat 58.7 gram di sebuah rumah di No. A-1-4, Jalan Pasir Putih ketika anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menjalankan serbuan pada jam 4.15 petang, 11 November 2012.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohsin didakwa memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxlic acid (THC) (iaitu jenis kanabis) di dalam badannya selepas ujian saringan air kecil dijalankan di IPD Ipoh, pada jam 4.50 petang hari yang sama.

Untuk pertuduhan terakhir dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohsin didakwa pertama kali di mahkamah pada 23 November 2012 dan seramai empat saksi dipanggil sepanjang perbicaraan dijalankan.

Bakal pengantin bebas tuduhan

Bakal pengantin bebas tuduhan
Mohsin yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki dadah jenis kanabis oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

IPOH - Seorang kelindan lori dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Ipoh di sini daripada tuduhan memiliki kanabis seberat 58.7 gram November tahun lalu.

Tertuduh, Mohsin Amri Adnan, 22, yang bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan Hakim Madihah Harullah semalam.

Madihah membuat keputusan itu selepas mendapati banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohsin didakwa memiliki dadah jenis Kanabis seberat 58.7 gram di sebuah rumah di No. A-1-4, Jalan Pasir Putih ketika anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menjalankan serbuan pada jam 4.15 petang, 11 November 2012.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohsin didakwa memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxlic acid (THC) (iaitu jenis kanabis) di dalam badannya selepas ujian saringan air kecil dijalankan di IPD Ipoh, pada jam 4.50 petang hari yang sama.

Untuk pertuduhan terakhir dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohsin didakwa pertama kali di mahkamah pada 23 November 2012 dan seramai empat saksi dipanggil sepanjang perbicaraan dijalankan.

RM150,000 lesap

RM150,000 lesap
Pemilik kedai sibuk mengemaskan serpihan kaca daripada meja pameran yang dipecahkan perompak sebelum melarikan barangan kemas.

BAGAN SERAI - Sekumpulan empat perompak hanya memerlukan masa tidak sampai sepuluh minit untuk melarikan sejumlah barangan kemas bernilai lebih RM150,000 yang dirompak dari sebuah kedai emas di Jalan Taiping, berhadapan Masjid Jamek Bagan Serai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi, pemilik kedai terdiri daripada tiga bersaudara difahamkan baru membuka kedai untuk memulakan perniagaan sebelum didatangi empat perompak bersenjatakan parang dan batang besi.

Menurutnya, empat suspek bertopi keledar menaiki dua motosikal dikatakan meluru masuk ke dalam kedai emas terbabit dan memecahkan meja pameran barangan kemas dengan menggunakan batang besi.

“Tiga daripada suspek mendekati ketiga-tiga pemilik kedai berkenaan lalu mengacukan parang untuk mengugut mereka, manakala seorang lagi suspek bertindak memecahkan meja pameran sebelum bertindak melarikan sejumlah barangan kemas yang dipamerkan.

“Polis difahamkan polis mengambil masa tidak sampai sepuluh minit untuk melarikan barang kemas yang dirompak dengan menaiki motosikal, manakala kesemua pemilik bersama kedai emas itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sewaktu ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini semalam.

Mat Fauzi berkata, hasil siasatan polis mendapati premis itu tidak dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV), sistem penggera dan pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, Mat Fauzi menegaskan rakaman CCTV daripada premis kedai emas bersebelahan berjaya merakamkan aktiviti empat suspek terbabit.

“Jumlah kerugian dialami pemilik kedai masih dalam siasatan, manakala kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Akta Samun Berkawan dan Bersenjata,” katanya.
Mat Fauzi turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini tampil menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Sementara itu, saksi kejadian dikenali sebagai Ong, 53, berkata, dia sedang berada di sebuah kedai pajak gadai yang terletak bersebelahan premis itu sebelum terdengar bunyi kekecohan datang dari arah kedai emas itu.

Menurutnya, dia terkejut melihat empat lelaki bersenjatakan parang serta batang besi dan bertopi keledar bergegas keluar dari kedai emas itu dengan membawa sepuluh dulang penuh berisi barangan kemas.

“Saya menyedari kedai emas itu dirompak setelah mendengar salah seorang pemilik kedai menjerit meminta tolong seraya mengatakan kedainya dirompak.

“Saya segera melihat keadaan dalaman kedai itu dan mendapati serpihan kaca bersama serpihan emas yang dirompak bertaburan di atas lantai kedai.

“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan saya difahamkan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM150,000,” katanya.

Sakit pun kemaruk judi

Sakit pun kemaruk judi
Yew Lik mengira jumlah cip yang ditemui dalam serbuan judi pasar malam yang dalam operasi, kelmarin.

IPOH - Hajat seorang warga emas yang mengalami penyakit buah pinggang untuk meraih keuntungan dengan bermain judi pasar malam tidak kesampaian apabila dicekup polis dalam operasi yang dijalankan di dalam ladang kelapa, Hala Tasek timur 9B, Bercham, kelmarin.

Warga emas terbabit antara 38 yang ditahan termasuk dua wanita dan seorang lelaki warga Thailand dalam operasi yang dilakukan sepasukan 26 pegawai dan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Bukit Aman.

Lebih mengejutkan apabila kaki judi terbabit kebanyakannya menggunakan kenderaan mewah yang diparkir di sepanjang ladang berkenaan.

Kaki judi terbabit sanggup meredah ladang kelapa sejauh satu kilometer dari jalan utama hanya untuk melampias ketagihan judi mereka.

Pegawai Turus D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Loi Yew Lik berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya menjalankan intipan selama seminggu berdasarkan hasil maklumat orang awam.

Menurutnya, dalam serbuan jam 6 petang itu, seramai 38 orang berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun sedang leka bermain judi pasar malam di bawah khemah yang dibina di dalam ladang berkenaan.

“Apabila menyedari kehadiran kami, kesemua mereka yang asyik bermain judi lari bertempiaran bagi mengelak daripada ditahan. Malah, berlaku pergelutan ketika anggota kami cuba melakukan tangkapan.

“Bagaimanapun, sebelum itu, kami sudah mengepung sekitar ladang dan menyebabkan mereka gagal untuk meloloskan diri hasil kepungan tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati penganjuran judi pasar malam ala kasino mini itu dipercayai telah bergiat aktif sejak tiga bulan lalu dan dibuka dari jam 12 tengah hari sehingga 8 malam setiap hari.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas wang tunai berjumlah RM5,946, cip bernilai RM13,217 serta wang tunai yang ditemui di atas meja pertaruhan berjumlah RM1,591,” katanya.

Yew Lik berkata, individu yang berjudi ini datang daripada pelbagai latar belakang dan tempat termasuk datang dari Taiping semata-mata untuk berjudi.

“Bagi permainan tersebut, pemain boleh membuat pertaruhan serendah RM5 sehingga RM30,000 dengan harapan dapat mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Pada serbuan itu, kami turut menahan seorang individu yang dipercayai penganjur dan kami akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sama ada pemilik ladang kelapa terbabit dalam aktiviti berkenaan.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Empat suspek direman polis

Empat suspek direman polis
Sinar Harian 31 Julai lalu berkaitan 28 warga asing kena cekup.

SABAK BERNAM – Polis masih menjalankan siasatan terhadap empat warga asing yang cuba menjadi dalang membawa keluar 24 warga asing dari perairan negara ini ke Indonesia kerana dipercayai menjadi mangsa tipu ejen terbabit.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, hasil siasatan awal polis ke atas mangsa dari tiga negara itu mendapati mereka ditipu ejen kononnya ingin membawa mereka melancong.

Bagaimanapun katanya, siasatan terhadap kes itu masih dijalankan dan polis akan mengambil keterangan beberapa lagi saksi (mangsa) dan empat lelaki warga Indonesia yang dilaporkan cuba menguruskan perjalanan keluar warga asing terbabit.

“Kes ini masih dalam perhatian polis memandangkan ada saksi yang mendakwa mangsa ditipu dan dipercayai dieksploitasi untuk dibawa keluar ke negara ini atas tujuan tertentu.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan dan kita harap kes ini dapat diselesaikan dan jika cukup bukti, perkara ini akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata, empat warga asing dari Sumatera Indonesia yang ditahan reman itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 34 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana cuba keluar dan masuk dari Malaysia melalui laluan tidak diwartakan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Sinar Harian 31 Julai lalu melaporkan taktik bodoh seorang lelaki warga asing kononnya mahu ke Pulau Pinang dengan menaiki bot menggunakan jalan air memerangkap diri apabila dia ditahan bersama 27 lagi warga asing dalam sebuah bot di Kunci Air Sungai Nibong.

Seorang suspek warga asing itu cuba mencari helah dengan mendakwa mahu ke Pulau Pinang, bagaimanapun ‘kantoi’ apabila seorang tekong memberitahu mereka mahu dibawa ke Indonesia.

Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang diketuai Inspektor Amir Hamzah Mohamed bersama 13 lagi anggotanya dalam ‘Ops Nyah Satu Selangor’.

PGA yang menerima maklumat daripada orang awam berjaya menahan empat lelaki warga Indonesia, 10 wanita dan dua lelaki warga Somalia, 11 lelaki warga Sudan dan seorang lelaki warga Kenya.

Rahsia penganggur terbongkar

Rahsia penganggur terbongkar
Mohd Jasmani bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Rabu lalu.

KUANTAN - Dua bekas makanan ringan yang ditemui di bawah laci almari pakaian dalam sebuah bilik mendedahkan rahsia seorang penganggur mendapatkan wang apabila polis menemui 3,210 pil kuda dianggarkan bernilai RM80,000 tersorok di dalamnya, kelmarin.

Rahsia lelaki berusia 32 tahun itu terbongkar selepas polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan menyerbu rumahnya di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, pada 31 Julai lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, suspek bersendirian di dalam bilik rumah yang dipercayai milik keluarga isterinya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan, namun akhirnya lelaki itu mengalah dan berjaya ditahan untuk pemeriksaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas tubuh suspek, polis tidak menemui barang yang menyalahi undang-undang, bagaimanapun penemuan sebuah beg kecil di atas almari yang menyimpan kad pengenalan serta bekas gula-gula getah membongkar kegiatan sebenar lelaki tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas bekas gula-gula getah itu, polis menemui 10 biji pil kuda dan hasil siasatan lanjut suspek mendedahkan lokasi tempat dia menyorokkan bekalan dadah,” katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, penemuan dua bekas makanan ringan di bawah laci almari pakaian selepas ditunjukkan suspek membawa kepada penemuan 1,800 biji pil kuda dalam bekas pertama dan 1,400 biji pil dalam bekas kedua.

“Nilai pasaran dadah terbabit dianggarkan RM48,000,  bagaimanapun nilainya mencecah dua kali ganda jika dipasarkan secara runcit kepada penagih,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Hasil ujian air kencing turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine, namun semakan rekod lampau dia tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah sebelum ini.

“Siasatan awal juga mendapati, suspek bergiat aktif mengedar dadah jenis itu sekitar gugusan Felda Lepar Hilir, Gambang dan Kuantan sejak Mei lalu,” katanya.

Mohd Jasmani berkata, soal siasat yang dilakukan pegawainya mendapati suspek mendapatkan bekalan dadah daripada pengedar di sebuah negeri di Pantai Timur.

Penunggang maut gagal potong lori

Penunggang maut gagal potong lori
Orang ramai membantu mangsa yang terbaring di tempat kejadian.

JEMPOL - Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke laluan bertentangan akibat gagal memotong sebuah lori di hadapannya di Kilometer 1 Jalan Jelai - Rompin, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu mangsa, Safoan Hadi, 28, berasal dari Lombok, Indonesia menunggang motosikal jenis Modenas Kriss secara bersendirian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa datang dari arah Jelai menghala ke Rompin tidak sempat memotong lori di hadapannya, lalu mengakibatkan motosikal ditunggangnya terbabas ke laluan bertentangan.

“Dalam pada sama, datang sebuah lori muatan getah dari arah bertentangan, seterusnya berlaku perlanggaran sedikit di bahagian tepi motosikal mangsa.

“Susulan itu, mangsa jatuh di tengah jalan bersama motosikalnya dan mengalami cedera parah di badan terutamanya di bahagian kanan," katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Jempol kira-kira jam 4 petang kelmarin sebelum mayatnya dituntut ahli keluarga semalam.

Difahamkan, mangsa bekerja di sebuah kedai perkakasan di pekan Rompin dan sudah menetap di negara ini hampir empat tahun.

Suspek selamatkan diri, tinggalkan teman wanita

Suspek selamatkan diri, tinggalkan teman wanita
Suspek (dua, kiri) ditahan kerana positif dadah.

KULIM - Polis dari Balai Polis Sungai Kob berjaya menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah kedai di sini setelah ditinggalkan kekasihnya dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Sperintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi kelmarin apabila sebuah kereta jenis Proton Satria dilihat masuk ke kawasan taman perumahan dalam keadaan mencurigakan. Curiga dengan kenderaan itu, orang awam memaklumkan perkara itu kepada polis.

“Ketika pemantauan dibuat, kekasih kepada suspek yang memandu kereta jenis Proton Satria itu sedang berada di dalam kedai untuk membeli minuman. Polis kemudiannya menghampiri kereta suspek.

Menyedari kehadiran polis, suspek bertindak agresif mengundurkan kereta dipandunya dengan laju merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di belakangnya sebelum melarikan diri.

"Namun polis berjaya menahan kekasihnya ketika itu dalam sebuah kedai. Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk jalani ujian air kencing,” katanya.

Menurutnya, suspek didapati positif dadah dan akan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya.

Katanya, hasil serbuan mendapati ramai kalangan remaja terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah berpunca dari pergaulan bebas serta sikap suka berpelesiran, namun permasalahan itu tidak diambil kisah oleh ibu bapa.

“Masalah salah guna dadah hari ini makin membimbangkan dimana ia mula menular kalangan pelajar dan remaja bawah umur," katanya.

Polis tumpaskan geng remaja pecah rumah



BUTTERWORTH - Polis Pulau Pinang menumpaskan ‘Geng Muhibah’ yang dianggotai remaja belasan tahun dan aktif dalam jenayah pecah rumah dan asrama pekerja di sekitar Butterworth, di sini.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis menahan seorang remaja lelaki pada 20 Julai selepas memecah masuk sebuah asrama pekerja di Jalan Jetti Lama, di sini pada 5.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata soal siasat, polis berjaya menahan tiga remaja lelaki dan seorang pemuda yang disyaki anggota kumpulan itu.

“Siasatan lanjut terhadap mereka yang berusia 14 hingga 24 tahun itu membawa polis ke beberapa lokasi sekitar Butterworth yang dijadikan tempat menyembunyikan barangan dicuri.

“Kami berjaya menemui semula empat beg pakaian yang dicuri dan lapan telefon bimbit yang dicuri,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Mazlan berkata semua mereka kini direman bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, polis yakin dapat melumpuhkan satu kumpulan yang digelar sebagai ‘Geng Chon’ yang disyaki terbabit dengan dengan kegiatan mencuri dan menjual komponen motosikal.

“Bertindak hasil maklumat awam dan risikan, anggota polis berjaya menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an di kawasan Pasar Awam Permatang Manggis, Kepala Batas pada pukul 12 tengah hari Ahad lepas,” katanya. - Bernama

Harapan miliki rumah sendiri

Harapan miliki rumah sendiri
Rohaizat menunjukkan tapak rumahnya yang hangus terbakar pada 26 Jun lalu.

PONTIAN - Mangsa kebakaran di Kampung Sri Dungun di sini, berharap dapat memiliki rumah sendiri melalui bantuan yang dihulurkan pihak berkenaan.

Rohaizat Sapay, 46, berkata, insiden kebakaran yang berlaku pada 26 Jun lalu itu, menyebabkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah kayu tempat mereka berteduh musnah terbakar.

Menurutnya, sementara waktu ini, dia bersama suami, Uyob Ali, 57, dan lima anak anaknya menumpang di rumah abangnya yang terletak bersebelahan tapak rumah mereka yang musnah.

“Syawal yang hampir tiba, menambahkan lagi kesedihan kami sekeluarga.

“Persiapan raya pula hanya ala kadar kerana kami perlu fokus mengumpul wang untuk membina rumah baru,” katanya kepada Sinar Harian.

Rohaizat berkata, dia dan suami amat bersyukur kerana pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Menurutnya, dengan pendapatan tidak menentu suaminya yang bekerja sebagai nelayan dan dia pula mengambil upah mengupas bawang di rumah rasanya tidak mampu untuk mereka membina rumah baru.

“Mujur juga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi sumbangan sebanyak RM4,000 dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membantu kami membina rumah di bawah peruntukan khas nelayan,” katanya.

Kilang didenda RM24,000

BATU PAHAT – Sebuah kilang makanan di daerah ini didenda RM24,000 setelah didapati melepaskan efluen industri ke saliran awam.

Hakim Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Amran Jantan menjatuhkan hukuman itu setelah pemilik syarikat mengaku bersalah semasa pertuduhan dibacakan.

Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Batu Pahat, dalam siasatan 24 Julai tahun lalu menerima aduan daripada orang ramai yang menyatakan kilang itu membuang sisa industri ke saliran berhampiran mereka.

Apabila pemeriksaan dilakukan ke premis berkenaan yang terletak di Jalan Minyak Beku mendapati telah melakukan kesalahan seperti aduan yang dilaporkan.

Hasil siasatan dalam kawasan premis mendapati terdapat aliran air daripada aktiviti perindustrian mengalir masuk ke longkang kilang sebelum memasuki longkang awam tanpa dirawat terlebih dahulu.

Sampel aliran itu telah dianalisa di Jabatan Kimia Malaysia, Johor menunjukkan efluen tersebut mengandungi paras kepekatan melebihi had yang ditetapkan.

Turut ditemui Pepejal Terampai iaitu 2,900 mg/l melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu 100mg/l dan turut terdapat kandungan COD iaitu 10,300mg/l melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu 200mg/l.

Syarikat itu didakwa dengan Peraturan 11(1)(b) dan Peraturan 12(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, akta sama.

Hukuman sebanyak RM24,000 dikenakan kepada pemilik syarikat berkenaan dan jika gagal membayar saman akan dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan.
Pihak pendakwaan diwakili Aznor Lamat manakala, kilang diwakili pengurusnya, Tan Sien Nian.

Taktik seludup rokok gagal


Taktik seludup rokok gagal
Ramli (kiri) menunjukkan rokok keretek yang berjaya dirampas kastam.

JOHOR BAHRU - Taktik seorang lelaki menutup barangan seludup menggunakan kain langsir tidak berhasil apabila ia berjaya dikesan anggota kastam di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek yang memandu sebuah van secara sendirian ditahan di laluan masuk kenderaan penumpang dari Singapura.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari berkata, hasil pemeriksaan di dalam van itu menemui sejumlah kotak berisi rokok keretek pelbagai jenama disyaki belum mendapat kelulusan kastam.

“Kesemua rokok keretek tersebut berjumlah 844,800 batang dengan berat anggaran 1,267.2 kilogram (kg) bernilai RM84,480 dengan nilai cukai ditaksirkan sebanyak RM430,003.20 adalah barangan larangan import serta memerlukan lesen import.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan manakala pemandu van itu ditahan reman selama 10 hari untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Menara Kastam Johor Bahru, di sini, semalam.

bagi kesalahan di bawah Seksyen 135 (1) jika sabit kesalahan pertama, boleh didenda 10 kali ganda nilai barang dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Kastam 1967.

“Pada awal Julai lalu, kita turut berjaya menggagalkan dua kes cubaan menyeludup masuk rokok keretek dengan menggunakan modus operandi yang sama juga di BSI. Kita tidak menolak kemungkinan ia perbuatan sindiket sama,” katanya.

Ramli turut memaklumkan nilai dagangan bagi kedua-dua kes pada awal bulan lalu itu dianggarkan sebanyak RM91,500.00 membabitkan nilai cukai sebanyak RM907, 680.

Polis tahan 8 lelaki kes ugut bersenjata, samun

Polis tahan 8 lelaki kes ugut bersenjata, samun
Mohd Mokhtar menunjukkan sepucuk pistol jenis semi auto jenama Glock 19 yang dirampas.

JOHOR BAHRU – Polis menahan lapan lelaki berusia di antara 22 hingga 35 tahun, dipercayai terlibat dalam kes ugut bersenjata dan samun menerusi tiga tangkapan berasingan minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam kes pertama, pihaknya menahan seorang lelaki selepas  menerima aduan dua kejadian ugutan jenayah dengan menunjukkan pistol.

Menurutnya, hasil risikan maklumat diperoleh, pihaknya memeriksa seorang lelaki yang sedang duduk di  atas sebuah motosikal di Jalan Meldrum, di sini, pada jam lebih kurang 2.15 pagi, 22 Julai lalu.

“Semasa pemeriksaan badan dibuat, polis menjumpai sepucuk pistol jenis semi auto Glock 19 yang diselit di bahagian depan pinggang suspek. Siasatan juga mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang di Nusajaya.

“Suspek juga mempunyai tiga rekod kesalahan lampau iaitu Kesalahan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Lelaki itu telah ditahan reman untuk siasatan lanjut sehingga esok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 Penalti Lebih Berat, boleh dihukum penjara hingga 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali.

Manakala jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali dan jika disabit kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali

Mohd Mokhtar berkata, dalam kes berasingan, sepasukan polis menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Rahmat, Kampung Melayu Majidee, di sini pada jam lebih kurang 2 petang, 24 Julai lalu.

“Polis turut menemui sebuah peti besi yang telah dipecahkan di garaj rumah terbabit, dipercayai disamun daripada sebuah hotel di Setia Indah pada 18 Julai lalu. Susulan maklumat diterima, pihak kami berjaya menangkap lima lagi lelaki yang sedang menginap di sebuah hotel di kawasan Stulang Laut.

“Beberapa barang turut dirampas termasuk sebuah iPad, 16 telefon bimbit pelbagai model dan jenama, set walkie talkie, satu alat timbang elektronik, dua lampu suluh hitam berfungsi sebagai alat renjatan elektrik dan sebilah pedang samurai,” katanya.

"Kesemua tujuh lelaki yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan mereka disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa bersenjata api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek didapati positif dadah dan mereka ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.

"Daripada tangkapan ini, kami berjaya selesaikan 16 kes samun di sekitar daerah ini dan satu kes curi kenderaan,” katanya.

Penuntut politeknik maut

Penuntut politeknik maut
Jenazah mangsa dibawa masuk ke dalam van jenazah sebelum bertolak ke Klang bagi urusan pengebumian.

KUALA KANGSAR - Hasrat seorang penuntut politeknik meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga berkecai apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Kulim ke rumahnya di Klang, Selangor.

Mohd Aznil Mohd Azlan, 21 maut dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan berikutan mengalami kecederaan parah pada kepala berikutan kemalangan berkenaan.

Bapa mangsa, Mohd Azlan berkata, anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kulim setelah mendapat cuti beberapa hari sempena hari raya.

Menurutnya, seluruh keluarga tidak menyangka kepulangan anaknya yang dinantikan itu berakhir dengan satu tragedi yang meragut nyawa Mohd Aznil.

"Sebelum ini, ibunya pernah bertanya Mohd Aznil berkenaan persiapan raya. Baju apa yang dia nak sebab ibunya mahu belikan baju untuk Mohd Aznil.

"Masa itu, Mohd Aznil hanya cakap, 'mak tak perlulah beli baju raya untuk Aznil. Aznil tak raya tahun ni'," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Azlan  reda dengan pemergian anaknya beberapa hari menjelang Hari Raya Aidilfitri dan memaklumkan jenazah di bawa ke Klang, Selangor pada jam 11 malam kelmarin untuk dikebumikan.

Teringin jumpa adik kandung


  • Teringin jumpa adik kandungMohd Firdaus hanya mempunyai gambar ibunya dan berharap ia dapat membantu untuk mengesan adikya itu.
 1 / 1 
BALING - “Masuk tahun ini, dah 23 tahun saya tak berjumpa adik, saya tak tahu dia tinggal di mana dan dengan siapa. Kalau boleh tahun ini saya nak beraya dengan dia,” kata Mohd Firdaus Abdullah, 25, abang kandung kepada Kalsom Abdullah, 23, yang terpisah sejak kecil lagi.

Mohd Firdaus berkata, disebabkan kesempitan hidup keluarga, ibunya terpaksa menyerahkannya kepada keluarga angkat sejak umurnya baru beberapa bulan.

Menurutnya, adiknya yang ketika itu baru dilahirkan diletakkan di Hospital Sik dan sehingga kini dia tidak mengetahui siapakah yang menjaga adiknya itu.

“Dah puas saya mencari, tapi tidak membuahkan hasil. Nama adik pun saya tak tahu, tapi bila semak dengan Jabatan Pendaftaran menerusi nama ibu, mereka kata nama dia Kalsom Abdullah.

“Saya cuba dapat maklumat lengkap, tapi pihak berkenaan tidak benarkan kerana ianya maklumat sulit,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia kini tinggal bersama sebuah keluarga angkat Kampung Batu lima Sik selepas penjaga angkatnya sebelum ini meninggal dunia kerana kemalangan.

“Dulu saya tinggal dengan keluarga di Kampung Padang Geh. Kemudian penjaga saya meninggal dunia kerana kemalangan. Masa itu, saya dah umur 11 tahun.  Selepas itu, barulah saya tinggal dengan keluarga di kampung ini,” katanya.

Mohd Firdaus yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Sungai Petani berkata, dia langsung tidak mempunyai maklumat mengenai adiknya itu.

“Saya tak pernah jumpa dia, dan langsung tidak punya gambar dia. Yang saya ada hanya gambar ibu,” katanya.

Mohd Firdaus berkata, ibunya,  Zainab Abdul Rahman, 48, yang menetap di Kampung Sik Dalam kini dijaga oleh kakaknya.

“Mak dah tak berapa sihat, cakap pun tak jelas dan dia pun tak tahu siapa yang ambil adik saya,”  katanya.

Menurutnya, dia amat berharap, kalau ada sesiapa yang mengetahui mahupun mempunyai maklumat mengenai adiknya itu, dapat menghubunginya secepat mungkin.

Mohd Firdaus dapat dihubungi menerusi talian 019 5614593.

Anak tak sempat jumpa ibu


Anak tak sempat jumpa ibu
Anggota polis trafik menutup dan mengangkat mayat Dosivan Abdul Rahim untuk ke bawa ke hospital bagi bedah siasat
    Anak tak sempat jumpa ibu
    Muniandi (kiri) berusaha menenangkan isterinya di lokasi kemalangan, semalam.


BUKIT BERUNTUNG - “Dia sempat hubungi saya, minta diambil. Bila saya sampai sini dia sudah jadi begini,” kata Arumugan, 35, abang saudara mangsa kemalangan maut di Kilometer 426.8 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, petang semalam.

Arumugan berkata, setibanya di tempat kejadian, mangsa, M Dosivan, 19, ditemui terlentang berlumuran darah manakala motosikalnya terseret kira-kira 10 meter di hadapan.

Menurutnya, Dosivan dikatakan terbabas dan terseret pada besi pengadang jalan sebelum terbabas di lorong kiri menghala Utara.

“Dia baru balik dari jumpa kawan di Bukit Beruntung dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Kenari, Lembah Beringin.

“Saya sedih sebab dia baru berkahwin dan isterinya sarat mengandungkan anak pertama yang dijangka bersalin bulan depan,” katanya.

Lebih menyedihkan mangsa anak bongsu dari lapan beradik meninggal hanya selang sebulan selepas abangnya meninggal dunia.

Suasana memilukan turut dirasai di tempat kejadian apabila ibu mangsa M Puspawali, 49, meraung kerana tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat anaknya.
Puspawali dapat ditenangkan beberapa minit kemudian oleh suaminya, R Muniandi, 53.

Danone Dumex tarik balik produk


Kuala Lumpur: Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga.

Danone Dumex, dalam kenyataan di sini semalam, berkata, Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.


“Keselamatan pengguna keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaru yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami,” kata kenyataan itu.

Kelmarin pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ‘whey protein concentrate’ (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.


WPC adalah bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.


Maklumat terbaru itu juga menunjukkan beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.

Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1; Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.


“Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi.

“Jika anda menggunakan produk itu untuk bayi dan menunjukkan tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.


Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna yang memiliki produk itu boleh menghubungi Careline di talian1-800-38-1038.


- BERNAMA

Didenda RM1,000 bawa buku lima

Kota Bharu: “Saya dulu pernah kena ‘pow’ duit (diperas ugut), sebab itu saya bawa buku lima,” kata pemasang alat penghawa dingin memberi alasan sebelum dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki buku lima, Sabtu lalu.
Keputusan dibuat oleh Majistret Nik Habri Muhamad terhadap Che Mohamad Yusri Che Muda, 23, selepas tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki buku lima itu dengan bahagian pemegangnya berbalut kain dan berlilit tali kuning.
Perbuatan itu dilakukan di hadapan CIMB Bank, Jalan Kebun Sultan pada jam 1.30 pagi pada 27 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed mengendalikan kes pendakwaan.

Mengikut fakta kes, pengadu bersama beberapa anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah sekitar Kota Bharu sebelum menahan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berhampiran CIMB Bank yang sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap badan tertuduh, polis menemui satu buku lima di poket belakang kiri seluar jeans dipakainya sebelum dirampas.

Ketika rayuan, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum kerana dia membawa senjata itu hanya untuk mempertahankan diri.

‘Kasi malu saya dan suami saja’

Kuala Terengganu: “Perkara ini bukan saja memalukan saya dan suami tetapi ia perkara paling mengaibkan dalam hidup saya. Jika hal ini berulang, saya sendiri yang hantar dia ke pusat pemulihan akhlak,” kata ibu kepada remaja perempuan berusia 18 tahun yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas ditahan bersama kekasihnya dalam keadaan mengaibkan pada Jun lalu.
Wanita berusia 40-an itu berkata demikian ketika Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail memanggil dia dan suami bagi mendengar rayuan terhadap kes anak gadis mereka. Terdahulu, tertuduh yang juga anak ketiga daripada lima beradik dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan sudah insaf dan bertaubat atas kesalahan dilakukan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang masih belajar di sebuah kolej didakwa melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bukan suaminya dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan di sini, kira-kira jam 6.50 petang, 5 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Kamalruazmi dalam penghakimannya berkata, apa yang dilakukan tertuduh dan pasangannya adalah kesalahan serius dan berdosa.

“Kamu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana ditahan pegawai penguat kuasa syariah. Jika tidak, mungkin kamu berdua sudah terlanjur dan kejadian lebih buruk akan berlaku. Ini masanya untuk kamu berubah dan saya harap kamu benar-benar bertaubat,” katanya.
Bagi kesalahan itu, tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 dengan dua penjamin.

Sementara itu, pasangannya berusia 20 tahun dari Marang yang memohon mahkamah menangguhkan hukuman terhadapnya dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.