Search This Blog

Friday, August 2, 2013

Jurulatih anjing dibebas hari ini







  • Jurulatih anjing dibebas hari ini



 1 / 1 


SHAH ALAM - [Dikemaskini] Penerbit video '1 Hari Di Hari Raya' yang didakwa menghina Islam, Maznah Mohd Yusof, 38, atau lebih dikenali sebagai Chetz, akan dibebaskan hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Latheefa Koya.

"Baru sahaja selesai bercakap dengan pegawai penyiasat, Chetz akan dibebaskan hari ini.

"Ahli keluarganya sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya sebentar tadi.

Rabu lalu, Maznah telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Dia kemudiannya telah dihantar ke penjara Segamat.

Awal minggu ini, negara dikejutkan kembali dengan sebuah video yang didakwa menghina umat Islam.

Video itu menunjukkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Mahkamah tolak lagi petisyen

MahkamahBATU GAJAH - Mahkamah Tinggi Pilihan Raya, di sini, menolak dengan kos dua petisyen yang difailkan pengundi bagi mencabar keputusan PRU13 di Dun Manjoi dan Dun Pasir Panjang pagi tadi.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian selepas mendapati petisyen tersebut gagal mematuhi peruntukan Kaedah 9 dan 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau memerintah kedua-dua pempetisyen, Ahmad Mansor dan Hamidun Ahmad membayar kos berjumlah RM105,000 untuk Dun Manjoi manakala RM120,000 untuk Dun Pasir Panjang.

Pada 30 Julai lalu, mahkamah sama turut menolak petisyen yang difailkan Pas bagi membatalkan keputusan pilihan raya Dun Pasir Panjang bersama-sama Dun Manong melalui pempetisyennya, Shamsul Sakri Che Din dan Jamil Dzulkarnain.

Bekas CEO, pengarah syarikat didakwa pecah amanah


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KPF Quality Foods Sdn.Bhd., Sarchu Sawal, 64 (depan) dan Pengarahnya, Tan Han Kook, 59 (bertali leher di belakang) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah melibatkan dana kira-kira RM30 juta." - UTUSAN
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah KPF Quality Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas satu tuduhan pecah amanah melibatkan dana berjumlah kira-kira RM30 juta, dua tahun lalu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130802/ma_07/Bekas-CEO-pengarah-syarikat-didakwa-pecah-amanah#ixzz2b0mhwSob
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Nigeria ditahan bersama dadah RM8.74 juta

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah membabitkan pelajar rakyat Nigeria yang dipercayai dalang kegiatan itu dengan berselindung di sebalik status mereka sebagai pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.
Kejayaan ini berikutan penangkapan pelajar berusia 25 tahun itu bersama seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun di Jalan Permai Off Jalan Syed Putra di sini dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika memunggah sebuah kotak dari sebuah kereta ke kereta lain di tepi jalan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan 17 bungkusan disyaki syabu dalam kotak tersebut seberat 43.7 kilogram dengan nilai harga pasaran kira-kira RM8.74 juta.
"Sindiket didalangi pelajar berkenaan dipercayai aktif sejak awal tahun ini dengan kerjasama warga tempatan bagi pasaran di sekitar Lembah Klang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130802/je_09/Lelaki-Nigeria-ditahan-bersama-dadah-RM874-juta#ixzz2b0mF24wm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Langgar APA 2012: 3 pemimpin AMK disiasat


  • Mohd Nazree Mohd YunusMohd Nazree Mohd Yunus
 1 / 1 
SHAH ALAM - Seramai tiga pimpinan tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini dipanggil ke balai polis bagi menjalani satu siasatan berkenaan perlanggaran Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Menurut Naib Presidennya, Nazree Yunus, mereka yang dipanggil termasuklah Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan beliau sendiri.

Katanya, mereka disiasat di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur jam 10:30 pagi tadi atas dakwaan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Apa yang saya dimaklumkan, kami dipanggil untuk satu siasatan di bawah APA 2012.

“Kami dimaklumkan, penganjuran serta penyertaan perhimpunan pada 22 Jun lalu di Padang Merbok telah dianggap melanggar Akta tersebut,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Tambah Nazree lagi, beliau percaya siasatan ini akan dilanjutkan kepada Peguam Negara untuk dibuka kertas siasatan.

“Saya percaya siasatan ini akan diteruskan kepada Peguam Negara,” katanya.

Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 mana-mana individu yang didapati menyertai perhimpunan berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 9, 10 dan 11 Akta Perhimpunan.

Kes 4 polis didakwa bunuh tahanan lokap dipindah


  • MahkamahMahkamah
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes empat anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor yang didakwa membunuh tahanan lokap N. Dharmenderan pada 21 Mei lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia.

Hare Krishnan, 40, dari Sungai Petani Kedah bersama tiga yang lain iaitu Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, 21 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pihak pembelaan diketuai Datuk Hazman Ahmad manakala peguam Michelle Yesudas bertindak sebagai peguam pemerhati bagi isteri mangsa. - Bernama

Maznah direman


  • Maznah diremanMaznah (kanan) ketika di Mahkamah Majistret Segamat, semalam.
 1 / 1 
SEGAMAT - Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video '1  Hari Di Hari Raya' yang disiarkan di YouTube di internet direman bermula semalam hingga hari ini.

Tahanan reman ke atas Maznah Mohd Yusof, 38, yang turut dikenali sebagai Chetz Yusof dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat Mohd Anuar Ostadi di sini, semalam.

Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Inspektor Osthman Mantaha memohon tempoh tahanan reman selama empat hari, namun peguambela Maznah, G Visvanathan membantah dengan alasan anak guamannya sudah ditahan di Bukit Aman sejak kelmarin.

Dia dibawa oleh sepasukan anggota IPD Segamat ke mahkamah majistret di sini pada jam 10 pagi semalam.

Polis menahannya selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ia berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh orang awam berkaitan klip video terbabit di IPD Segamat pada 30 Julai lalu.

Dalam klip video yang berdurasi 1 minit dan 44 saat itu menunjukkan seorang individu memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pengadu yang juga peniaga berusia 23 tahun buat satu laporan polis pada 30 Julai di IPD Segamat kerana tidak berpuas hati dengan Maznah.

“Pengadu membuka laman sosial Facebooknya di kediamannya di sekitar daerah ini pada jam 10 pagi, 30 Julai lalu.

“Pengadu melihat klip video mengandungi rakaman orang berwuduk disamakan dengan membersihkan anjing dan berlatarbelakangkan laungan takbir raya. Pengadu kemudiannya buat laporan polis kerana hina agama Islam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

2 anggota polis antara 23 ditahan sedang berjudi



BUKIT MERTAJAM - Dua anggota polis antara 23 orang yang ditahan ketika sedang asyik bermain judi di sebuah premis di Taman Pauh Jaya, di sini awal hari ini.
   
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Pulau Pinang menyerbu premis berkenaan pada pukul 1.30 pagi ini.
   
"Ketika diserbu terdapat 23 orang termasuk seorang wanita sedang bermain judi online dan ada yang cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana premis itu telah dikepung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata selepas pemeriksaan polis mendapati dua daripada yang ditahan itu adalah anggota polis yang bertugas di negeri ini dan seorang daripadanya didapati tidak hadir tugas sejak dua bulan lepas.
 
"Seorang lagi anggota yang masih dalam tugas manakala rakannya memang dicari kerana gagal hadir bertugas sejak dua bulan lepas. Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
   
Nasir berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis perjudian berkenaan.
   
"Kita turut merampas 21 set komputer, tiga unit simulator dan wang tunai RM630 dalam operasi itu," katanya.
   
Katanya semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun itu disiasat menurut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun. - Bernama

Polis: 17 kes ragut di Butterworth selesai




BUTTERWORTH - Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 17 kes ragut dan lima kes samun di sekitar Mak Mandin dan Teluk Air Tawar, di sini selepas menahan seorang lelaki 24 Julai lepas.

Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di sebuah rumah di sini hasil maklumat awam dan risikan polis.

"Pemeriksaan polis di dalam bilik lelaki yang mempunyai dua anak kecil itu menemui sebuah beg mengandungi satu beg duit, kad pengenalan seorang wanita, lesen memandu, kad juruwang automatik (ATM), telefon bimbit, kunci dan beberapa kad keahlian pasar raya dan pusat pelancongan.

"Kami turut menemui satu beg duit dan di dalamnya mengandungi dua kad pengenalan wanita, buku simpanan bank, kad debit, lesen memandu dan beberapa kad keahlian syarikat jualan langsung," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kad pengenalan wanita yang ditemui di rumah itu ialah 17 keping.

Mazlan berkata lelaki yang mempunyai beberapa rekod jenayah itu direman sehingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut.- Bernama

Polis tumpaskan geng remaja pecah rumah dan asrama



BUTTERWORTH - Polis Pulau Pinang menumpaskan 'Geng Muhibah' yang dianggotai remaja belasan tahun dan aktif dalam jenayah pecah rumah dan asrama pekerja di sekitar Butterworth, di sini.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis menahan seorang remaja lelaki pada 20 Julai selepas memecah masuk sebuah asrama pekerja di Jalan Jetti Lama, di sini pada pukul 5.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata, hasil soal siasat, polis berjaya menahan tiga remaja lelaki dan seorang pemuda yang disyaki anggota kumpulan itu.

"Siasatan lanjut terhadap mereka yang berusia 14 hingga 24 tahun itu membawa polis ke beberapa kawasan di sekitar Butterworth yang dijadikan tempat geng itu menyembunyikan barangan yang dicuri.

"Kami berjaya menemui semula empat beg pakaian yang dicuri dan lapan telefon bimbit yang di curi. Kesemua barang itu telah dicam oleh 15 penghuni asrama pekerja berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini, malam tadi.

Mazlan berkata semua mereka kini direman bagi membantu siasatan.

Dalam pekembangan lain, polis yakin dapat melumpuhkan satu kumpulan yang digelar sebagai 'Geng Chon' yang disyaki terbabit dengan dengan kegiatan mencuri dan menjual komponen motosikal.

"Bertindak hasil maklumat awam dan risikan, anggota polis berjaya menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an di kawasan Pasar Awam Permatang Manggis, Kepala Batas pada pukul 12 tengah hari Ahad lepas," katanya.

Mazlan berkata siasatan lanjut membawa kepada penemuan sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik seorang lelaki berusia 31 tahun yang dilapor hilang di kawasan pasar itu pada pukul 5 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, susulan itu polis menahan tiga lagi lelaki berusia 20-an yang dipercayai anggota geng itu di Sungai Petani, Kedah dan merampas satu rangka motosikal, enjin motosikal yang nombornya telah dicanai serta pelbagai komponen motosikal.

"Hasil ujian awal saringan air kencing didapati kesemua suspek positif dadah dan mereka kini direman untuk membantu siasatan," katanya.- Bernama

2 'orang besar' syarikat didakwa pecah amanah



KUALA LUMPUR - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pembekal makanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan  pecah amanah membabitkan lebih RM30 juta tahun lepas.

Datuk Tan Han Kook, 59, dan Datuk Sarchu Sawal, 64 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dijadapan hakim, Rosbiahanin Arifin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Han Kook, sebagai ahli lembaga pengarah syarikat KPF Quality Foods Sdn Bhd (KPFQ), didakwa melakukan pecah amanah dana syarikat melalui 20 keping cek berjumlah RM13,164,955.

Sarchu pula sebagai CEO syarikat sama didakwa melakukan pecah amanah dana syarikat tersebut melalui 27 keping cek berjumlah RM16,963,825.

Kedua-dua kesalahan didakwa berlaku di Tingkat 2, Blok B Anjung Felda, Jalan Maktab, di sini, antara Ogos 2011 hingga Februari 2012.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum dua puluh tahun, dan sebatan, serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Sabtu menawarkan jaminan sebanyak RM2juta kepada kedua-dua tertuduh, atas alasan jumlah pecah amanah yang didakwa terlibat melibatkan jumlah yang besar.

Azlin turut memohon dua syarat tambahan termasuk dua penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim, membenarkan jaminan sebanyak RM2 juta kepada Sarchu manakala Han Kook dibenarkan jaminan sebanyak RM1 juta.

Mahkamah turut membenarkan dua syarat yang dipohon.

Pada Disember tahun lalu, Han Kook bersama seorang lagi bekas ahli lembaga syarikat tersebut didakwa atas tuduhan menipu pegawai bank Malayan Banking Berhad menggunakan dokumen palsu membabitkan lebih RM67 juta.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan dibenarkan jaminan sebanyak RM800,000 dengan seorang penjamin.

Polis tumpas judi internet di Machang Bubuk



BUKIT MERTAJAM - Polis menyerbu sebuah rumah kampung di kawasan perkampungan Machang Bubuk di sini dan menahan 33 lelaki berumur antara 20 dan 35 tahun yang sedang bermain judi berkomputer tengah malam tadi.
 
Jurucakap polis berkata bertindak atas risikan, sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang di ketuai Insp Shazrul Fadly Adnan menyerbu rumah berkenaan pada pukul 12 tengah malam.
 
"Sindiket perjudian itu cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan rumah kampung sebagai tempat mereka menjalankan kegiatan judi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau berkata turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga tempat judi itu serta merampas 28 komputer dan dua modem internet.
 
Ketua Polis Daerah SPT ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata polis akan terus menjalankan operasi membanteras perjudian di daerah itu.  - Bernama

Pembantu makmal maut di lebuhraya AMJ




MELAKA - Seorang pembantu makmal maut manakala dua parah dalam kemalangan yang melibatkan dua kereta di lebuhraya AMJ di Umbai di sini semalam.

Kemalangan pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan Muhammad Izzat Yusop, 24, tersepit di tempat duduk penumpang kereta Perodua Viva yang naikinya dan mati di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Masri Ibrahim berkata kereta yang dinaiki mangsa dan dipandu rakannya Asiilah Shyaira, 24, dirempuh sebuah kereta jenis Proto Saga yang dipandu Amir Azamuddin Haisan, 19.

"Kereta Proton Saga dari arah Melaka ke Muar, Johor itu dikatakan terbabas melanggar pokok hiasan dan pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta dinaiki Muhammad Izzat sebelum terbalik.

Beliau berkata Amir Azamuddin dan Asiilah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan Amir Azamuddin daripada keretanya manakala mayat Muhammad Izzat dikeluarkan kira-kira dua minit kemudian, katanya. - Bernama

Peniaga emas cedera ditembak di lampu isyarat



KUALA LUMPUR - Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.
 
"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
 
Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.
 
Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.
 
Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75,  maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.
 
Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.
 
Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak.  - Bernama

Kelindan lori bebas tuduhan miliki kanabis



IPOH - Kehadiran Syawal yang bakal menjelang pasti disambut dengan rasa syukur oleh seorang kelindan lori selepas Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memiliki kanabis tanpa dipanggil membela diri.
 
Hakim Madihah Harullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohsin Amri Adnan, 22.
 
Mohsin Amri dituduh memiliki 58.7 gram kanabis di sebuah rumah di Jalan Pasir Putih di sini, pada 4.15 pagi, 11 Nov tahun lepas, mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
 
Tertuduh turut didakwa memasukkan dadah jenis THC (Delta -9 tetra hydrocannabinol) ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada 4.50 petang, hari yang sama.
 
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nora Shariff manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. - Bernama

Sarjan nafi adakan seks dengan kanak-kanak



LAS VEGAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang sarjan tentera udara Arab Saudi menolak dakwaan dirinya terlibat terlibat kes rogol kanak-kanak.

Mahkamah mendakwa Mazen Alotaibi, mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di Las Vegas bersama kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun melalui pita rakaman video.

Alotaibi mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan bakal ke mahkamah Oktober ini bagi menghadapi tuduhan feloni termasuk penculikan, melakukan perbuatan seks dengan kanak-kanak bawah umur, memaksa mengadakan hubungan seks dan melakukan serangan seksual.

Jika sabit kesalahan, Alotaibi boleh dihukum penjara seumur hidup.

Dalam rakaman video pada 31 Disember itu, dia memberitahu mahkamah yang kanak-kanak itu mahukan ganja dan perlu mengadakan seks jika mahukan wang.

“Tetapi saya tidak memaksa dia. Kanak-kanak itu mahukan wang, dia juga perlu memahami keadaan saya yang sedang mabuk ketika itu,” Alotaibi memberitahu polis.

Lelaki bersenjata paling dikehendaki ditahan




SEPANG - Seorang lelaki yang dikehendaki polis sejak tahun 2003 ditahan di Taman Wangsa Permai, Kota Warisan di sini Jumaat lepas.
 
Ketika ditahan pada pukul 9.15 malam, lelaki berusia 39 tahun itu membawa pistol, topeng muka dan sarung tangan dalam sebuah beg plastik, kata Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abd Rahman.
 
"Polis peronda melihat suspek dalam keadaan mencurigakan sambil memegang beg plastik," katanya sambil memberitahu polis merampas pistol jenis Beretta semi auto dengan lapan butir peluru yang dibawa lelaki terbabit dalam beg plastik itu.
 
Beliau berkata lelaki terbabit mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah, rusuhan dan samun.
 
"Suspek juga dikehendaki oleh Polis Serdang dalam tiga kes samun iaitu dua pada tahun 2003 dan satu pada tahun 2004," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, polis menahan seorang lelaki Indonesia bagi membantu siasatan kes bunuh rakan sekampungnya di Batu 29 Kampung Jenderam Hilir, di sini dua minggu lepas.
 
Imran berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di Sungai Merab, Bangi dua hari selepas polis menerima laporan kehilangan Rustam Sugi, 59, pada 20 Julai lepas.
 
"Mayat Rustam, seorang pekerja kontraktor, ditemui pada 24 Julai dengan kesan 54 tikaman dan hirisan di badan di tepi jalan kawasan belukar di situ dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian kira-kira pukul 9.15 pagi.
 
"Polis turut menemui sebilah pisau berukuran tujuh setengah inci yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya dan memberitahu Rustam telah bekerja di negara ini sejak 10 tahun lepas.
 
Imran berkata polis percaya motif pembunuhan ialah kerana suspek yang telah berada di sini sejak tahun 2010 berasa dengki dengan mangsa mungkin atas faktor kewangan.
 
Sementara itu, Imran mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu terutama berkaitan samun dan mereka yang didapati bersalah membuat laporan palsu boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda.
 
"Sebanyak sembilan laporan palsu diterima dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini dan alasan yang diberi ialah kerana tidak mahu didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara kerana kehilangan kad pengenalan," katanya. - Bernama

Mekanik ditahan disyaki edar dadah




KUANTAN - Seorang mekanik yang dipercayai pengedar dadah diberkas sepasukan anggota polis di sebuah rumah di Felda Lepar Hilir, Jalan Gambang dekat sini.

Lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak Mei lepas itu ditahan dalam serbuan pada pukul 1.30 tengah hari Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata polis menemui 3,210 pil khayal bernilai RM80,000 di dalam bilik lelaki terbabit.

"Semua pil itu dipercayai untuk diedar kepada penagih di sekitar bandar ini dan suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang telah berkahwin dah mempunyai seorang anak itu tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Lelaki terbabit ditahan reman tujuh hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati, katanya. - Bernama

Lelaki 'kuat' mengugut ditahan di JB



JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan ugutan jenayah dengan menunjukkan pistol di bandar raya ini di Jalan Meldrum di sini.
 
Polis turut merampas sepucuk pistol Glock 19 9mm dengan 10 butir peluru yang diselit di bahagian hadapan pinggang lelaki terbabit.
 
Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki berusia 20-an itu ditahan pada 22 Julai ketika duduk di atas sebuah motosikal yang sebelum ini dilapor hilang di Nusajaya.
 
Polis akan menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk sama ada lelaki terbabit pembunuh upahan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Beliau berkata lelaki itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau iaitu jenayah berkaitan dadah, samun dan mendatangkan kegusaran kepada awam.
 
"Polis mendapati pistol yang dibawa lelaki terbabit dilapor hilang di Tanjung Kupang pada 13 Mac lepas," katanya tanpa memberikan butiran siapa pemilik senjata api itu.
 - Bernama

Dadah: Pelajar Nigeria dipenjara 12 tahun




SHAH ALAM - Seorang pelajar lelaki warga Nigeria hari ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki heroin dan morfin seberat 90.99 gram di Subang Jaya dua tahun lepas.
 
Uchenna Onuzulike, 37, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Alim Abdullah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan kepadanya di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama jika sabit kesalahan.
 
Dia pada mulanya didakwa mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang  membawa hukum gantung sampai mati sebelum diberikan pertuduhan pilihan oleh pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong.
 
Onuzulike didakwa memiliki 80.59 gram heroin dan 10.4 gram morfin yang ditemui di bahagian dalam dua alat mainan skuter (scooter roller board) yang dibungkus di dalam dua kotak berasingan untuk dihantar ke luar negara.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Traxenim Corp Sdn Bhd, sebuah syarikat penghantaran, di Jalan USJ 10/1 Subang Jaya pada 1.30 tengah hari, 24 Mei 2011.
 
Hukuman ke atasnya berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari yang sama. - Bernama

Duda cedera main mercun bola



KOTA BHARU - Seorang duda berusia 55 tahun cedera di bahagian dada serta pergelangan tangan kiri gara-gara cuba menyalakan sumbu mercun jenis bola yang dijumpai di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Topeng, Repek, Pasir Mas, di sini petang semalam.
 
Ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, Ab Rasid Abdullah, 55, dikatakan bersiar-siar di sekitar kawasan rumahnya sementara menunggu waktu berbuka puasa dan ketika itulah dia menemui mercun itu.
 
Bagaimanapun, nasib malang menimpa bekas pengawal keselamatan itu selepas mercun yang dinyalakannya meletup sebaik sumbu mercun itu dibakar.
 
"Saya tak sangka cubaan menyalakan mercun yang dijumpai itu membawa padah apabila ia meletup sebelum saya sempat membaling mercun itu ke tanah.
 
"Akibat letupan itu saya cedera di pergelangan tangan kiri dan luka di badan terkena serpihan mercun itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Ab Rasid berkata dalam kesakitan, beliau bergegas ke rumah jiran berdekatan untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII petang semalam.
 
"Ini merupakan kejadian pertama yang menyebabkan saya mengalami kecederaan teruk akibat mercun. Sebelum ini saya tidak pernah cuba main mercun.
 
"Kejadian semalam hanya untuk suka-suka menghilangkan rasa sunyi selepas isteri meninggal dunia sejak 18 tahun lalu, di samping anak-anak tiada di rumah.
 
"Kesemua anak-anak saya tidak tinggal bersama kerana mempunyai komitmen dengan kerjaya dan anak bongsu saya, Hafizudin, 19, tinggal di asrama sekolah berdekatan," katanya.
 
Ab Rasid berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada masyarakat dan remaja agar tidak membuang wang dan waktu untuk bermain mercun kerana ia langsung tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri serta menyusahkan keluarga.
 
Ab Rashid merupakan mangsa kelima kejadian mercun di Kelantan yang menerima rawatan di HRPZII setakat ini. - Bernama

Rakyat Iran ditahan semula, dikehendaki di AS




KUALA LUMPUR - Berlaku kekecohan di sebuah Mahkamah Tinggi di sini hari ini apabila anggota keluarga dan peguam yang mewakili seorang rakyat Iran, yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), cuba menghalang pegawai imigresen menahan semula lelaki itu, anak orang kenamaan di Iran.

Insiden berlaku sebaik sahaja Hakim Kamardin Hashim memerintahkan Sajad Farhadi dibebaskan selepas membenarkan permohonan habeas corpus beliau dan mengenepikan perintah Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan Pejabat Peguam Negara untuk mengekstradisinya ke AS.

Farhadi, 34, pelajar peringkat PhD sebuah kolej swasta di sini, dipeluk oleh isteri dan anggota keluarga sejurus selepas Kamardin menyampaikan keputusan itu.

Berlaku pertikaman lidah antara Peguam Kanan Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar dan peguam mewakili Farhadi, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, apabila peguam bela itu bersemuka dengan pegawai imigresen mengenai alasan anak guamnya ditahan.

"Jika anda mahu tahannya, anda perlu maklumkan kepadanya atas kesalahan apa yang beliau ditahan. Anda tidak boleh suka-suka menggari tangannya seperti itu di dalam mahkamah," kata Muhammad Shafee kepada seorang pegawai imigresen yang berpakaian preman.

Isteri Farhadi yang kelihatan gembira semasa hakim mengumumkan keputusannya, menangis ketika beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Muhammad Shafee kenapa suaminya digari semula.

Mohd Dusuki menjelaskan kepada Muhammad Shafee dan keluarga Farhadi bahawa walaupun mahkamah memerintahkan Farhadi dibebaskan, beliau masih perlu ditahan untuk membantu siasatan lanjut bagi dua kesalahan didakwa dilakukannya mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Selepas Farhadi dibawa pergi oleh pegawai imigresen, Muhammad Shafee dan pembantunya keluar dari bilik mahkamah untuk membincangkan tindakan selanjutnya.

Muhammad Shafee, semasa dihubungi kemudian, memberitahu Bernama bahawa anak guamnya telah ditahan hampir satu setengah tahun di Penjara Sungai Buloh dan Jabatan Imigresen sepatutnya telah menyelesaikan siasatan dan mendakwanya sekiranya sebarang kesalahan telah dilakukan.

Peguam itu berkata beliau akan menghantar notis tuntutan kepada Jabatan Imigresen supaya anak guamnya dibebaskan dengan segera.

Pada 11 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk Kementerian Dalam Negeri mengekstradisi Farhadi ke AS.

Farhadi dikehendaki pihak berkuasa AS bagi lebih 30 pertuduhan melanggar sekatan perdagangan terhadap Iran, menipu dan menyeludup barangan di Northern District di California.

Pada prosiding hari ini, semasa membenarkan permohonan habeas corpus itu, Kamardin memutuskan perintah dikeluarkan oleh mahkamah lebih rendah dan waran komital dikeluarkan mengikut Seksyen 20 Akta Ekstradisi 1992 tidak dilaksanakan mengikut undang-undang yang betul.

Beliau berkata kesalahan berkaitan yang dikemukakan terhadap pemohon gagal memenuhi prinsip utama peraturan jenayah berganda dan ianya bukan kesalahan untuk ekstradisi.

"Pemohon telah berjaya menunjukkan kecacatan dan kepincangan di pihak responden dan Hakim Mahkamah Sesyen dalam mengguna pakai undang-undang dan prosedur dalam mengendalikan kes ini," kata Kamardin dalam penghakiman 16 muka surat.

Beliau memerintahkan perintah penahanan pemohon di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan perintah untuk ekstradisi diketepikan dan pemohon dibebaskan serta merta. - Bernama

Mati tertembak senapang sendiri




SUNGAI SIPUT - Seorang warga emas maut tertembak diri sendiri daripada senapang miliknya  di Kampung Orang Asli Jalong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, warga emas masyarakt Orang Asli, Tana Busu Idan, 62, maut setelah tembakan tersebut terkena tepat ke bahagian bawah dadanya.

Sinar Harian difahamkan ketika kejadian penduduk kampung berkenaan terkejut apabila mendengar satu letupan kuat berhampiran kediaman mereka.

Salah seorang penduduk bergegas keluar dan mendapati mangsa sudah terbaring dan berlumuran darah.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dihantar ke Hospital Sungai Siput sebelum dibawa untuk bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri dan tekanan perasaan mungkin menjadi punca mangsa bertindak sedemikian.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, mangsa sebelum ini kerap menjalani rawatan di hospital. Mangsa juga dikatakan sering berada dalam keadaan tertekan sebelum ini.

“Polis akan menyiasat laporan berkenaan senjata yang digunakan mangsa dan keadaan mangsa bagi memastikan motif sebenar kejadian,” katanya.

Malu, Mantan TKW Sukabumi Buang Bayi Hasil Hubungan dengan Majikan

Kaki bayi (ilustrasi)
Kaki bayi (ilustrasi) 
REPUBLIKA.CO.ID, SUKABUMI -- Seorang mantan tenaga kerja Indonesia (TKI) asal Kabupaten Sukabumi nekad membuang bayi hasil hubungan dengan majikan di Yordania, Rabu (31/7) malam.
Beruntung, sang bayi masih bisa diselematkan dan kini mendapatkan perawatan di RSUD R Syamsudin SH Kota Sukabumi.Informasi yang diperoleh, mantan TKW tersebut SH (28 tahun) membuang bayinya di salah satu rumah warga di Kampung Cigarung, Desa/Kecamatan Kebonpedes.
"Peristiwa ini terugkap ketika petugas ronda menemukan SH pada saat sahur di jalan,’’ ujar mantan suami SH, Deden (37). Setelah dicek, ternyata benar, SH mengalami pendarahan akibat melahirkan.
Hal ini didasarkan pada temuan jejak darah yang berceceran di jalanan. Sementara sang bayi ditemukan di rumah bibi Deden yakni Siti Faturahmah (35).
Dari pegakuan mantan istrinya, bayi tersebut merupakan hasil hubungannya dengan majikan ketika menjadi TKW di Yordania. SH bekerja di Yordania selama 2,5 tahun. Kini SH mendapatkan perawatan di RSUD R Syamsudin SH.

‘Malaikat lindungi kami’

Ipoh: “Mungkin malaikat bantu melindungi kami. Saya sendiri tidak percaya masih hidup,” kata Zarina Kamaruddin, 23, yang terselamat selepas sebatang pokok besar tumbang menghempap kereta dipandunya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, sebatang pokok sebesar tiga pemeluk dan setinggi 20 meter tumbang sebelum menghempap kereta mangsa yang melalui Jalan Abdul Jalil, di sini.
Ketika kejadian mangsa dan tunangnya yang mahu dikenali sebagai Asmawi, 20, dikatakan baru saja berbuka puasa di sebuah restoran berhampiran Stadium Indera Mulia, di sini.

Zarina berkata, dia yang memandu kereta pulang ke rumah terkejut melihat pusaran angin berwarna putih melalui kawasan itu bersama hujan lebat.
Foto
KERETA Persona dipandu Zarina remuk di bahagian depan dan kiri selepas ditimpa pokok tumbang.

“Secara tiba-tiba sebatang pokok besar tumbang sebelum menghempap sisi kiri kereta Proton Persona yang saya pandu. Kesan hentaman kuat itu menyebabkan pintu bahagian kiri kereta tidak boleh dibuka manakala cermin pintu serta hadapan kenderaan pecah.

Ikut jejak ayah


Petaling Jaya: “Dia merancang untuk berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,” kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 2.25 pagi.

Boon Huat, 33, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.

Difahamkan, sebelum kemalangan, Boon Huat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perbadanan Hoki Malaysia bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan media di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebelum keluar menemui rakan lain.

Foto
KEADAAN kereta dipandu Boon Huat sebaik merempuh lori tangki air.
Foto

Aliff berkata, kematian pemain di posisi penyerang itu mengulangi tragedi yang menimpa ayah mereka kira-kira sembilan tahun lalu.

Meraung lihat jenazah isteri

Kota Kinabalu: Seorang suami meraung sekuat hati apabila melihat mayat isterinya tertiarap berlumuran darah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan pikap di persimpangan lampu isyarat Jalan Lintas-Kepayan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 6 petang, Raidah Lumamdai, 37, mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala suaminya, Harry Kudin, 38, hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Cybercity selepas menemani mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Luyang.

Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah pikap Isuzu D-Max yang mahu memasuki simpang tidak menyedari kehadiran motosikal ditunggangi pasangan terbabit lalu bertembung.
Foto
RAIDAH terpelanting ke atas jalan raya akibat kemalangan.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting ke tengah jalan dan cedera parah di kepala.

Editor hina Islam dipenjara, 600 sebatan

Editor hina Islam dipenjara, 600 sebatan
Raif Badawi 

 RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang Editor laman sosial Arab Saudi, kelmarin dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan kerana mengasaskan forum didakwa menghina Islam dan menyebarkan fahaman liberal.

Menurut laporan Reuters, hakim turut mengarahkan penutupan laman sesawang Free Saudi Liberals yang bertujuan untuk membahaskan peranan agama di negara itu.

Pengasasnya, Raif Badawi dilaporkan telah ditahan sejak Jun tahun lalu atas dakwaan melakukan jenayah siber.

Menurut Kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW), laman sesawang tersebut turut memaparkan kritikan Raif terhadap tokoh agama termasuk Mufti Besar negara itu.

Lagi nahas kereta api

Lagi nahas kereta api

 
 
Lagi nahas kereta api Keadaan kereta api yang terlibat dalam rempuhan dan mengorbankan pemandunya.

GRANGES-PRES-MARNAND. Sekurang-kurangnya seorang maut dan 26 yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang bertembung dengan sebuah lagi kereta api yang sedang bergerak di wilayah selatan Switzerland, kelmarin.

Jurucakap polis Vaud, Jean-Christophe Sauterel berkata, nahas berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan membabitkan kereta api yang sedang dalam perjalanan ke Lausanne, manakala sebuah lagi menuju ke Payerne, utara Switzerland.

"Mayat pemandu kereta api itu ditemui beberapa jam kemudian dalam keadaan tersepit di celah rempuhan," katanya.

Sementara itu, seorang yang dilaporkan parah dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan selebihnya diberi rawatan kecemasan oleh petugas paramedik di lokasi kejadian.

Polis juga enggan mengulas punca rempuhan dan mengesahkan siasatan masih dijalankan.

Nahas berlaku, selang beberapa hari insiden kereta api tergelincir yang meragut lebih 70 nyawa penumpang di Sepanyol sekaligus menjadi nahas pengangkutan kereta api paling buruk dalam sejarah. - Reuters

Ketua Geng Payong dipenjara


Ketua Geng Payong dipenjara


Ketua Geng Payong dipenjara Tiga ahli kumpulan Geng Payong dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu buat pertama kali untuk dibaca pertuduhan iaitu pada 23 Mei lalu.

MARANG - Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kepada ketua kumpulan Geng Payong selepas mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan membabitkan kes pecah rumah dan gagal memberi keterangan terhadap barang pecah rumah yang dijumpai bersamanya.

Majistret Noradila Ab Latif membuat keputusan itu selepas Mohd Ridhwan Bakar, 23, mengaku salah terhadap sembilan pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mohd Ridhwan mengaku bersalah melakukan pecah rumah dengan mencuri sebuah komputer riba dan telefon bimbit, milik Mohd Sukri Ishak, 49, di sebuah rumah di Kampung Binjai Bongkok Bukit Payong, Marang kira-kira jam 8 pagi pada 31 Mac lalu.

Mohd Ridhwan turut mengaku bersalah empat lagi pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan termasuk tiga dilakukan bersama dua ahli kumpulannya iaitu Mohd Muslim Mohd Shah, 26, dari Kampung Tanjung Air, Telemung, dan remaja berusia 17 tahun dari Binjai Bongkok, Bukit Payong, Marang.

Mohd Ridhwan mengaku bersalah bersama Mohd Muslim memecah masuk dan mencuri barang berharga serta wang milik Eshamuddin Shah Omar, 36, di Batu 9, Bukit Payong, antara jam 8 pagi hingga 1 tengah hari pada 10 April lalu.

Dia turut mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan pecah rumah bersama seorang remaja bawah umur.

 Selain itu, Mohd Ridhwan mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kesemua kesalahan itu, Noradila menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan memerintahkan semua hukuman tersebut dijalankan secara berasingan.

Sementara itu, rakannya, Mohd Muslim yang berdepan dua pertuduhan pecah rumah dijatuhi hukuman penjara 54 bulan.

Bagaimanapun, seorang remaja berusia 17 tahun yang berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Noradila menetapkan 27 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen di Mahkamah Majistret Marang.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Mahathir Mohd Yusof, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian 17 Mei lalu melaporkan tiga tertuduh terbabit mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit hasil daripada menjual barangan curi dengan harga murah di Marang dan Kuala Terengganu.

Pelajar ponteng puasa ditahan

Pelajar ponteng puasa ditahan

Pelajar ponteng puasa ditahan Pelajar yang ditangkap turut diberi kaunseling.

KUALA NERUS – Ramadan belum cukup memberi keinsafan kepada lima pelajar apabila ditangkap dalam Operasi Ponteng dan Merokok di beberapa lokasi tumpuan pelajar bermasalah.

Operasi oleh Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak dengan kerjasama lebih 20 agensi kerajaan, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), bertujuan memberi peringatan kepada pelajar bahawa aktiviti mereka sentiasa diperhatikan.

Pengerusi Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak, Md Azmi Abd Aziz berkata, fokus utama operasi itu ialah mencegah pelajar yang terbabit dengan aktiviti tidak sihat daripada terjebak dengan kegiatan yang lebih teruk.

“Tujuan utama kita ialah memberi kesedaran kepada mereka. Pelajar yang berjaya ditangkap diberi kaunseling dan nasihat supaya mereka tidak mengulangi kesilapan sama dan bukannya untuk menghukum semata-mata.

“Bagaimanapun, pihak kami akan sentiasa bertegas dalam usaha mencegah aktiviti yang tidak bermoral daripada terus menular dalam kalangan pelajar dan pada masa sama kita memerlukan kerjasama serta  penglibatan semua pihak termasuk masyarakat sekeliling untuk bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui sebaik selesai operasi berkenaan, di sini, semalam.

Tiada tindakan diambil

Menurut Md Azmi, kelima-lima pelajar dari dua sekolah yang sememangnya menjadi tumpuan kaki ponteng itu ditahan kerana berada di luar ketika waktu persekolahan dan setelah disiasat, mereka turut diberi teguran agar tidak mengulangi kesilapan sama.

“Setakat ini, dalam mana-mana operasi yang kita jalankan, kita tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar yang ditahan kerana tumpuan kita untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada mereka supaya berubah.

“Selain itu, masyarakat sekeliling terutama yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak sihat melibatkan pelajar diminta segera membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana dengan cara itu secara tidak langsung mampu menyelamatkan masa depan mereka,” katanya.

Hantar ikuti kursus

Sementara itu, mengulas mengenai operasi yang memasuki edisi keenam itu, pihaknya juga turut menjalin kerjasama dengan Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sri Pantai untuk menghantar pelajar yang didapati bermasalah mengikuti kem atau kursus untuk memantapkan lagi disiplin diri.

“Setelah perbincangan bersama dibuat, kami bersetuju menghantar mana-mana pelajar yang bermasalah mengikuti kursus di kem berkenaan dengan harapan mampu membentuk diri ke arah yang lebih baik kerana cara terbaik untuk memulihkan pelajar bermasalah ialah dengan memahami masalah dihadapi mereka.

“Justeru, kita berharap agar dengan cara ini dapat melatih pelajar terbabit supaya tidak mengulangi kesilapan sama, sebaliknya memberi tumpuan terhadap pelajaran,” katanya.

Menurut beliau, UMT turut menyatakan persetujuan dengan menjadikan pelajar yang bermasalah sebagai adik angkat kepada penuntut universiti berkenaan supaya mampu memberi sumber inspirasi untuk berjaya seperti kakak dan abang angkat mereka nanti.

“Formula atau sistem baru yang akan kita laksanakan ini diharap mampu memberi keberkesanan dalam usaha mengurangi gejala ponteng dan merokok yang melibatkan pelajar sekolah kerana kita difahamkan jumlah terlibat dengan aktiviti tidak sihat ini sentiasa bertambah dan perlu dibendung segera,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan pelbagai agensi yang nyata sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

"Dalam operasi selama dua jam ini, ia disertai lebih 60 orang," katanya.

Kereta langgar pokok kuini


Kereta langgar pokok kuini


Kereta langgar pokok kuini Ismail ditemani Mohd Khairul Hisham sewaktu menerima kunjungan Sidek di HSNZ.

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang warga emas yang mahu menjenguk kebun miliknya yang lama ditinggalkan, tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan.

Berikutan kejadian itu, Ismail Ali, 78, patah tangan kanan selepas kereta dipandunya terlanggar pokok kuini di pekarangan rumahnya di Kampung Losong Panglima Perang, Ahad lalu.

Ismail yang telah dua tahun tidak memandu akibat serangan strok sebelum ini, tidak menyangka keinginannya untuk memandu sendiri dan menjenguk kebunnya di Kuala Berang, Hulu Terengganu menyebabkan dia mungkin terpaksa beraya di hospital.

“Saya bernasib baik sebab hanya patah bahagian bahu dan siku tangan kanan serta tidak mengalami kecederaan lain,” katanya ketika menerima kunjungan Pengurus Maybank Zon Pantai Timur, Sidek Ismail di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.      

Menceritakan detik mencemaskan itu, Ismail berkata, pada awalnya semua berjalan dengan baik ketika dia memandu kereta Perodua Kancil, milik anaknya.

"Saya mula yakin untuk memandu dan mahu membetulkan sedikit kedudukan kereta tersebut tetapi terlajak sehingga terlanggar pokok kuini," katanya.

Sementara itu, anaknya, Mohd Khairul Hisham, 34, berkata, ayahnya seorang yang lasak sewaktu mudanya dan sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu pelbagai kenderaan termasuk kenderaan berat.

Katanya, mungkin kenderaan yang dipandu bapanya sebelum ini manual, manakala kereta miliknya yang dipandu sewaktu kemalangan tersebut menggunakan sistem automatik.

“Walaupun hanya patah, ayah perlu menjalani beberapa pembedahan dan pemantauan rapi pihak hospital berikutan usia yang lanjut. Tulangnya juga tidak kuat," katanya yang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam program Ijazah Kedoktoran (PHD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ibu 4 anak bebas


Ibu 4 anak bebas


Ibu 4 anak bebas Ramlah berbincang dengan peguamnya di luar mahkamah selepas keputusan dibacakan di Mahkamah Majistret, semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu empat anak lega dibebaskan dan dilepaskan selepas didapati tidak bersalah menipu seorang tukang masak, dua tahun lalu oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Noradila Ab Latiff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan prima facie kes berkenaan.

Ramlah Jusoh, 49, dari Kampung Buluh Gading, Manir, di sini, didapati tidak bersalah menipu mangsa, Nor’Aizan Endot, 50, dengan memperdayakannya untuk meminjamkan seutas gelang tangan emas milik mangsa dengan alasan dijadikan contoh membuat gelang tangan emas baru, pada 6 Oktober 2011, jam 9.30 hingga 11 malam di Kampung Teluk Pasu, Manir.

Ramlah juga didapati tidak bersalah telah menyerahkan seutas rantai emas dan enam utas gelang tangan emas disyaki palsu sebagai cagaran, dan dengan itu mendorong mangsa menyerahkan seutas gelang tangan emas miliknya kepada Ramlah untuk dipinjamkan, yang mana mangsa tidak akan menyerahkan gelang tangan itu sekiranya tidak diperdayakan demikian.

Pendakwaan tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna, manakala Ramlah pula diwakili oleh peguam bela, Mohd Hayatuddin Mohamad.

Rela benarkan anak kahwin


Rela benarkan anak kahwin


Rela benarkan anak kahwin Khatijah merayu anaknya, Syuhaida pulang ke pangkuan keluarga menjelang ketibaan Syawal ini.

PUCHONG – “Mama rayu kakak pulanglah ke rumah, kalau ada masalah kita boleh bincang, malah mama benarkan kalau betul kakak hendak kahwin,” demikian rintih seorang ibu, Siti Khatijah Abdullah, 48.

Anak sulungnya, Nurul Syuhaida Ramli, 20, dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Puchong Permai sejak 1 Ramadan lalu.

Khatijah berkata, dalam tempoh berbaki beberapa hari lagi sebelum kedatangan Syawal, jauh disudut hatinya mengharap anak yang dikasihinya itu pulang ke pangkuan keluarga dan menyambut hari raya bersama-sama.

Katanya, pada hari anak sulungnya itu disedari hilang, anaknya ada meninggalkan sekeping nota meminta Khatijah tidak mencarinya.

Kehilangan Nurul Syuhaida disedari Khatijah kira-kira jam 4.30 pagi, 9 Julai lalu dan selepas itu dia gagal dikesan meski cuba dihubungi beberapa kali.

“Sejak dia hilang, saya mengambil cuti tanpa gaji, mencarinya di merata-rata tempat termasuk di rumah rakannya,” katanya.

Menurutnya, dia juga ada ke rumah teman lelaki anaknya namun remaja terbabit mendakwa sudah putus hubungan dengan Syuhaida.

Dakwanya, Syuhaida dipercayai meninggalkan rumah kerana tertekan apabila tidak dibenarkan berkahwin dengan teman lelakinya.

“Bukan saya tidak mengizinkan dia berkahwin, tetapi umurnya masih muda malah teman lelakinya juga masih belajar.

“Tetapi sekarang, saya rayu dia pulang, kalau dia hendak kahwin saya benarkan, tidak tahu dia akan bertindak sebegini,” katanya.

Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Khatijah di talian 011-23028626.

Mini spa tawar gadis asing diserbu

Mini spa tawar gadis asing diserbu

Mini spa tawar gadis asing diserbu GRO yang ditahan dalam operasi dilakukan D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, malam kelmarin.

SEREMBAN – Sebuah premis dua tingkat, di sini dijadikan mini spa yang bukan sahaja menawarkan khidmat urutan dari badan ke badan, tetapi perkhidmatan seks dengan bayaran sebanyak RM100 untuk setengah jam.

Setiap pelanggan juga berpeluang membuat pilihan pelayan wanita warga Vietnam, selain diberi peluang melihat semua wanita terbabit memperagakan diri dengan hanya memakai bikini.

Bagaimanapun, kegiatan haram berkenaan berjaya dihidu pihak berkuasa sebelum premis terbabit diserbu dalam operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang diketuai Inspektor Muhamad Mohd Jais, di sini malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, seramai 18 wanita warga Vietnam berusia antara 18 hingga 30 tahun ditahan selepas didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Serbuan dilakukan selepas empat anggota kita membuat penyamaran sebagai pelanggan untuk masuk ke dalam premis berkenaan.

“Ketika diserbu, dua wanita terbabit sedang bersiap sedia untuk melayan pelanggan bagaimanapun terkejut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pihaknya mendapati premis terbabit telah beroperasi sejak lima bulan lalu dengan menawarkan pelbagai pakej menarik untuk lelaki 'hidung belang’ seperti urutan badan, seks oral dan seks.

Jurucakap berkata, bagi urutan dan seks oral setiap pelanggan dikenakan bayaran RM130 dan sekiranya pelanggan mahu seks penuh, bayaran tambahan sebanyak RM100 dikenakan untuk 30 minit.

“Di dalam premis terbabit terdapat 11 bilik serta turut disediakan enam bilik air ala mini spa dan empat tandas.
“Difahamkan, pelanggan terlebih dahulu akan dilayan di dalam bilik air sebelum diberi layanan seperti pakej dikehendaki mereka,” katanya.

Menurutnya, turut ditahan tiga penjaga premis iaitu lelaki tempatan berusia 20 hingga 30 tahun termasuk dua pelanggan.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid mengesahkan menerima laporan.

Jual barang busuk


Jual barang busuk


Jual barang busuk Buah yang sudah busuk tetapi masih dijual di sebuah pasar raya ketika operasi dijalankan semalam.

AYER KEROH - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengambil tindakan sita terhadap 1,989 jenis barangan membabitkan sejumlah RM15,005 ketika operasi khas sempena Aidilfitri.

Operasi bermula 22 Julai dan berakhir semalam dijalankan serentak di ketiga-tiga daerah di negeri ini membabitkan pemeriksaan di pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan pasar.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Ismail Ali berkata, antara kesalahan yang sering dilakukan adalah menjual makanan telah luput tarikh serta makanan tin kemek atau berkarat.

Menurutnya, tindakan turut diambil terhadap makanan tidak mempunyai label sehingga menimbulkan keraguan, serta kegagalan menyatakan nama dan alamat pengimport bagi barangan diimport.

“Operasi ini dijalankan bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan menjual barangan tidak elok kepada pengguna terutama semasa orang ramai berpusu-pusu membeli barangan sebagai persiapan hari raya.

“Pada masa sama, ia melindungi pengguna dari kemudaratan kesihatan serta penipuan," katanya ketika turut serta bersama anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menjalankan pemeriksaan di dua pasar raya terkemuka di Peringgit.

Sementara itu, Ismail berkata, sehingga tujuh bulan pertama tahun ini, sebanyak 3,976 barangan telah disita membabitkan nilai RM30,930 kerana menyalahi Akta Makanan 1983.

Manakala, operasi di bazar Ramadan pula menyaksikan empat gerai diarah tutup kerana gagal mematuhi peratuhan ditetapkan.

Ditangkap semula

Ditangkap semula

Ditangkap semula Salehhudin (dua, kanan) menunjukkan pemotong besi yang dirampas daripada suspek.

BANDAR HILIR - Biarpun baru saja dibebaskan dari penjara, seorang bekas banduan masih tidak serik apabila disyaki memecah masuk rumah seorang jurutera di Bandaraya Melaka pula.

Bagaimanapun, suspek berusia 27 tahun yang pernah dipenjarakan juga atas kesalahan kes pecah rumah, ditahan polis kelmarin.

Tangkapan dilakukan di Malim kira-kira 12.30 tengah hari dan polis turut menemui pelbagai barangan curi dianggarkan bernilai lebih RM30,000.

Antara barangan curi yang dirampas polis termasuk enam telefon bimbit pelbagai jenama, dua tablet, dua komputer riba, sebuah televisyen skrin rata 51 inci, empat pembesar suara, tiga kamera digital, wang tunai RM500, radio dan tiga jam tangan jenama Tissot, F3 dan Carerra.

Ketua Polis Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, siasatan awal polis mendapati suspek yang berasal dari negeri ini melakukan jenayah berkenaan secara bersendirian.

Menurutnya, polis mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau termasuk kes pecah rumah dan kesalahan berkaitan dadah.

“Suspek juga baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara satu setengah tahun setelah didapati bersalah terlibat jenayah pecah rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, semalam.

Salehhudin berkata, dengan penangkapan suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah yang dilaporkan di daerah Melaka Tengah.

"Suspek direman selama empat hari sehingga 2 Ogos ini bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya.

Rumah hangus tinggal rangka

Rumah hangus tinggal rangka
Mangsa menunjukkan rumahnya yang hangus.

Rumah hangus tinggal rangka
Rumah mangsa yang hangus terbakar. 
BAGAN SENA - Hasrat seorang pembantu pejabat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian apabila rumahnya di Kampung Keda Bagan Sena hangus terbakar, kira-kira jam 4 pagi semalam.

Ketika kejadian, Mohamad Din, yang tinggal berseorangan setelah kematian isterinya dua tahun lalu keluar bekerja.

Menurutnya, apabila sampai di rumah dia terkejut mendapati rumahnya hangus dan hanya tinggal rangka.

“Tiada apa yang tinggal. Semua barang dan peralatan rumah serta dokumen penting terbakar. Sebuah motosikal yang diletakkan di dalam rumah turut musnah.

“Saya sedih apabila melihat rumah saya hangus, malah ketika kejadian saya tidak berada di rumah kerana bekerja.

Hanya setelah sejam kejadian berlaku barulah saya sampai ke rumah. Dipercayai kebakaran berpunca dari masalah litar pintas,” katanya.

Mohamad berharap pihak terlibat dapat memberikan bantuan segera bagi meringankan beban untuk membaik pulih rumahnya yang rosak.

Sementara itu, Setiausaha Suara Anak Muda Negeri Kedah (SAMNK), Mohd Azeman Omar, yang datang melawat meminta jasa baik orang ramai memberikan bantuan ikhlas menerusi tabung kilat yang dilancarkan bagi membantu mangsa.

Menurutnya, derma boleh dibuat melalui nombor akaun mangsa dan bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian.

“Dengan adanya bantuan ini, ia dapat memperbaiki atau membina semula rumah mangsa yang musnah.

“Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh melakukannya melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) no akaun 02123-29-00017808-6,” katanya.

Hukuman penjara mekanik ditambah

SHAH ALAM - Seorang mekanik yang dihukum penjara setahun kerana mendera anak tirinya tahun lepas, terpaksa meringkuk dalam penjara lebih lama apabila Mahkamah Tinggi di sini menambah hukuman penjara kepada dua setengah tahun.
 
Hakim Datuk Nurchaya Arshad menambah hukuman itu terhadap T. Rajasegaran, 32, selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
 
Nurchaya turut mengenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan wang cagaran RM5,000 terhadap Rajasegaran.
 
Pada 15 Jan lepas, dia dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Klang setelah mengaku bersalah mendera anak tirinya menggunakan senduk nasi dan acuan muruku hingga menyebabkan kecederaan fizikal mangsa di sebuah rumah di Kapar pada 12.30 tengah hari pada September tahun lepas.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Nurchaya berkata hukuman penjara dua setengah tahun itu dibuat selepas mengambil kira faktor kepentingan awam.
 
"Dalam kes ini, responden bukan sahaja bertindak menampar muka dan menendang mangsa tetapi mengangkatnya ke atas sofa sehingga kanak-kanak malang itu jatuh ke lantai," katanya.
 
Terdahulu, peguam responden, Shahrul Nizam Azwir meminta mahkamah mengurangkan ataupun mengekalkan hukuman penjara setahun ke atas anak guamnya kerana tertuduh mengaku bersalah dan menyesali perbuatan itu.
 
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamed berkata perbuatan yang dilakukan responden boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi yang serius kepada mangsa.
 
Perbuatan Rajasegaran terhadap mangsa mendapat perhatian umum apabila dirakam dalam klip video selama lapan minit 33 saat dan disebar melalui laman Facebook. - Bernama

Lelaki terkejut kekasihnya ada "batang"

Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan, tiga hari lalu.

Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali sejak lebih setahun itu.

Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.

Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang pondan.

“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.

“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap kekasihnya itu,” katanya.

Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes itu.

Pergerakan Syiah di Satun menular ke Perlis

Pergerakan Syiah di Satun menular ke Perlis
Abdul Fatah 


PADANG BESAR - Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Satun, Thailand Abdul Fatah Mu-hammadiah akui terdapat penduduk di wilayah itu berfahaman Syiah, namun pihaknya sukar kenal pasti sejauh mana penyebaran fahaman itu menular hingga ke Perlis.

Kata Abdul Fatah kerajaan Thailand tidak menyekat aktiviti penyebaran fahaman itu seperti yang dilakukan di negara ini.

“Kami sedar berlaku penyebaran Syiah biarpun kami tidak mempunyai kuasa untuk mengekang penyebarannya.

“Fahaman Syiah sekarang menular di dua kampung wilayah ini iaitu di Kampung Ban Thung dan Kampung Che Long apabila ada bantuan dari kedutaan sebuah negara Asia Barat terhadap golongan petani dan nelayan di sana.

“Orang dari kedutaan tersebut banyak membantu mereka contohnya membeli bot serta pukat untuk nelayan, malah mereka juga mempunyai masjid yang dipercayai dibina hasil bantuan kedutaan negara itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Perlis, Azlan Man serta kerajaan Wilayan Satun dan Songkla di sini malam, kelmarin.

Katanya, setakat ini lebih enam puluh orang di setiap kampung itu dikatakan berfahaman Syiah.

Sebelum ini Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ajaran Syiah yang disebarkan ke negeri ini melalui selatan Thailand terutama dari wilayah Satun disyaki kembali bergiat aktif di Mata Ayer, di sini, sekali gus memerlukan pemantauan lebih ketat dilaksanakan agensi berkaitan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Sempadan Negeri, Ahmad Bakri Ali yang turut ditemui di majlis yang sama berkata pihaknya ada menerima maklumat dari Pejabat Mufti serta Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai penyebaran Syiah ke sempadan negeri itu.

“Kita sekarang sukar untuk membezakan antara umat Islam yang berfahaman Syiah kerana mereka tidak mengamalkannya secara terangan jadi apa yang boleh kita lakukan bersama Majlis Agama Islam Negeri adalah mengawal dengan memberi pendedahan kepada umat Islam tempatan bahawa ajaran fahaman Syiah adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Pengedar ketum nangis teresak

Pengedar ketum nangis teresak
Anggota polis melihat bungkusan air ketum yang berjaya dirampas.

BALING - Terfikir perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang, seorang pemuda menangis teresak setelah ditahan polis kerana memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, Pulai kira-kira jam 12.45 pagi, semalam.

Pemuda yang baru berusia 19 tahun itu dikatakan penjual utama air ketum kepada penduduk sekitar kawasan Pulai.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, polis pernah membuat beberapa kali serbuan di rumah terbabit sebelum ini, tetapi suspek berjaya melarikan diri.

Menurutnya, seramai enam anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Helmi Abdul Hamid melakukan serbuan ketika suspek ingin keluar dari rumah terbabit.

“Hasil serbuan, polis berjaya menemui 88 bungkus air ketum bersama daun yang belum diproses dalam rumah terbabit. Manakala, 23 botol ubat batuk ditemui dalam beg pemuda terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemuda terbabit menangis teresak-esak ketika disoal siasat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis setelah terkenang mengenai perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Kita percaya, masih ada lagi rakan mangsa yang menjadi ‘runner’ dalam penjualan air ketum ini. Polis akan memastikan kesemua yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Menurutnya, polis akan terus mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil melakukan kegiatan penjualan air ketum.

Katanya, penahanan pemuda terbabit dapat melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di sekitar Pulai dan berhampiran kawasan itu.

Pemuda tersebut bakal menyambut Aidilfitri di dalam penjara sekiranya mahkamah memutuskan hukuman penjara kepadanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dituduh kemuka baucar palsu

Dituduh kemuka baucar palsu
Pasangan suami isteri dituduh mengemukakan baucar palsu di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

IPOH – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan baucar palsu bernilai RM5,320 untuk tiga perkhidmatan berlainan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Tinggi, Trong, dekat Taiping, tiga tahun lalu.

Mohamed Ismail Habib Mohamed, 50, yang bertugas sebagai pengurus besar didakwa mengesahkan perkhidmatan membersihkan dan mendalamkan parit di Projek Sungai Wang 3 seluas dua hektar serta Projek Sungai Wang seluas 10 hektar bernilai RM1,500.

Dia dipercayai membuat pernyataan palsu dengan niat memperdayakan prinsipalnya, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang, sedangkan tiada perkhidmatan sedemikian dibuat apda 26 Julai 2010.

Mohamed Ismail turut mengesahkan pembekalan baju korporat dengan mengeluarkan pernyataan palsu bernilai RM1,360 pada 27 Julai 2010.

Hakim Madihah Harullah memutuskan tertuduh perlu menjalani pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta setelah peguam bela, Arjan Singh mengemukakan dokumen sakit mental milik anak guamnya.

Di mahkamah sesyen berlainan, Mohamed Ismail dituduh mengesahkan perkhidmatan bayaran baik pulih pusat penimbang bernilai RM2,460 pada 26 Mei 2010 bagi pertuduhan ketiga.

Isterinya, Maznah Sulaiman, 47 dituduh bersubahat dengan suaminya memperdayakan Lembaga Pertubuhan Peladang mengesahkan perkhidmatan baik pulih pusat penimbang yang disempurnakan syarikatnya berjumlah RM2,460.

Semua pertuduhan didakwa dilakukan di Pejabat PPK Sungai Tinggi dan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, A Hafiizh Abu Bakar.

Mohamed Ismail didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 manakala Maznah pula dituduh mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta sama dan kesemuanya boleh dihukum menurut Seksyen 24(2) Akta sama.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed memerintahkan tertuduh menjalani rawatan dan pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Maznah dibenarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula ditetapkan pada 29 Ogos nanti.

Masuk hutan selamatkan diri

Masuk hutan selamatkan diri
Treler dipandu mangsa yang terbabas di tepi jalan dalam cubaan samun, malam kelmarin.

SEREMBAN – Seorang pemandu treler terpaksa melompat ke dalam paya dan melarikan diri ke dalam hutan selepas kenderaan dipandunya ditahan penjenayah, malam kelmarin.

Detik cemas itu berlaku kira-kira 8.30 malam di Jalan Seremban - Tampin, berhampiran Stesen Komuter Sungai Gadut, di sini, apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Asri, 45, diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan kapak.

Menurut Asri, dia memandu seorang diri dari Pasir Gudang membawa plat tembaga seberat 18 tan yang bernilai RM200,000 ke kawasan perindustrian Sungai Gadut di sini.

“Saya bertolak dari Pasir Gudang kira-kira 4 petang dan singgah mengisi minyak di Senawang, jam 8 malam.

“Saya teruskan perjalanan 20 minit kemudian. Tapi, sebaik sahaja melepasi lampu isyarat di stesen komuter, sebuah Proton Persona di hadapan saya dipandu perlahan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya mengekori kenderaan itu dari belakang.

Bagaimanapun, katanya, tiba di satu selekoh, sebuah kereta dari belakang memotong trelernya lalu berada di belakang Proton Persona itu.

“Tapi, tiba-tiba Persona yang berada di hadapan sekali memberhentikan kereta secara mengejut dan menghidupkan lampu kecemasan. Kereta yang berada di hadapan saya hampir melanggarnya, namun sempat mengelak dan terus memotong meneruskan perjalan di hadapan. Manakala Persona itu masih bergerak perlahan di depan saya,” katanya.

Asri berkata, dalam masa sama, sebuah lagi kereta putih muncul di kanan jalan sebelum berhenti dan memasang lampu kecemasan sehingga menyebabkan gangguan lalu lintas.

“Saya mula tidak sedap hati kerana seperti saya sudah dikepung. Tiba-tiba saya nampak tiga lelaki bertopeng dengan senjata turun daripada kereta putih itu dan meluru ke arah saya, sebelum memecahkan cermin bahagian pemandu,” katanya.

Panik dengan keadaan itu, katanya, dia bertindak membelokkan trelernya ke bahu jalan sehingga terbabas masuk ke dalam semak.

Asri kemudian melompat keluar dari trelernya dan menyelinap masuk ke dalam hutan menyelamatkan diri.

“Saya hanya fikir mahu selamatkan diri kerana suspek ada senjata. Saya lari terus masuk ke dalam hutan dan bersembunyi di sebalik pokok sebelum menghubungi rakan.

“Kira-kira lima minit kemudian beberapa rakan saya datang dan barulah saya berani keluar dari hutan. Namun, semua penjenayah terbabit telah melarikan diri,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian.

“Penjenayah itu bagaimanapun gagal membawa lari treler berkenaan dan tiada kerugian dilaporkan,” katanya di sini, semalam.

Peragut dibelasah, terima padah

Peragut terima padah
Diki Ruzaidy menundukkan kepalanya bagi mengelakkan gambarnya dirakam ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

KUANTAN - Perbuatan seorang penganggur bersama rakannya yang melakukan jenayah ragut di bulan Ramadan tanpa mempedulikan kesucian bulan itu membawa padah apabila dia tertangkap dan dibelasah orang ramai pada 17 Julai lalu.

Hukuman atas perbuatannya itu bukan sekadar kesakitan akibat dibelasah suami mangsa, sebaliknya, tertuduh, Diki Ruzaidy Abu Khalid, 25, dari Felda Triang 1, Bera terpaksa juga melupakan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini selepas dia dihukum penjara tiga tahun berserta satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah di hadapan Hakim Fathiyah Idris selepas dihadapkan ke mahkamah itu atas tuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Keputusan hukuman ke atas tertuduh dibuat secara dalam kamar dan hukuman penjara tiga tahun itu bermula dari tarikh dia ditangkap.

Rakannya yang berjaya meloloskan diri selepas kejadian terlepas namun kini menjadi buruan polis.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin, tertuduh bersama seorang rakan yang masih bebas didakwa secara bersama meragut rantai emas milik seorang kerani wanita berusia 40 tahun.

Mereka didakwa melakukan jenayah itu ketika berada di lorong belakang bangunan kedai di Jalan Wong Ah Jang di sini kira-kira jam 10.05 pagi, 17 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang membonceng motosikal meragut rantai mangsa hingga putus sebelum menolak wanita terbabit hingga jatuh.

Kejadian disedari suami mangsa yang berada dalam sebuah kedai sebelum meminta bantuan orang ramai mengejar tertuduh dan rakannya yang cuba melarikan diri.

Nasib tertuduh agak malang apabila motosikal yang dinaiki terjatuh menyebabkan dia berjaya dicekup manakala rakannya sempat melepaskan diri.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di leher dan siku bagaimanapun rantai lehernya berharga kira-kira RM800 berjaya ditemui kembali.

Tertuduh yang cedera akibat dibelasah diserahkan kepada polis manakala motosikal yang digunakan didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Lakukan Hubungan Seks Setiap Kali Melawat Banduan di Penjara!


Kisah panas di sebalik penjara Indonesia tercetus lagi apabila seorang model, Vanny Rossyanne mendedahkan dia sering bertemu kekasihnya di penjara untuk mengadakan hubungan seks.

Vanny memberitahu, setiap kali berkunjung ke penjara Cipinang, Jakarta Timur, dia dan kekasihnya, Freddy Budiman yang dipenjara atas kesalahan mengedar dadah, akan melampiaskan nafsu di sebuah bilik 'persendirian' di penjara itu.

Selain itu, Vanny, 22, turut mengambil dadah apabila berkunjung ke penjara itu tiga kali seminggu.

"Biasanya saya ke penjara itu pada pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang. Kami akan mengadakan hubungan seks dan mengambil dadah.

"Terdapat dua buah bilik di penjara itu yang kami biasa gunakan dan sebuah daripadanya adalah bilik warden penjara," kata Vanny mendedahkan kisah benar itu kepada wartawan tempatan baru-baru ini.
Dalam pendedahan itu juga, dia merujuk kepada Thurman Hutapea iaitu warden penjara yang biliknya digunakan oleh Vanny dan kekasihnya untuk menjalin hubungan asmara.
Pendedahan Vanny juga membuka cerita bagaimana banduan yang mempunyai wang boleh memiliki 'kuasa' sekalipun sedang menjalani hukuman, merujuk kepada status Freddy yang dianggap sebagai banduan kaya dan sangat ditakuti oleh semua orang di penjara itu.

Tindakan wanita itu yang juga model untuk majalah dewasa, mendedahkan kelemahan sistem di penjara sekali gus menarik perhatian seluruh rakyat Indonesia.

Vanny berkata, sehingga kini, sudah lebih daripada 10 kali dia berkunjung ke Penjara Cipinang untuk bertemu buah hatinya dan mengambil dadah di bilik ketua penjara atau ruang yang ada di sebelahnya.

"Saya yakin itu ruang Ketua Penjara kerana Freddy sendiri yang memberitahu. Freddy tidak pernah berbohong dengan saya. Kalau ada orang datang, saya pura-pura bermain telefon bimbit," katanya.

Vanny juga menegaskan, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong pendedahannya.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin tidak percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh Vanny mengenai kawalan keselamatan yang lemah di Penjara Cipinang dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

sumber : Utusan