Search This Blog

Thursday, August 1, 2013

Dua pusat judi berkomputer diserbu


  • Dua pusat judi berkomputer diserbuPegawai polis dari IPD Segamat menunjukkan mesin judi yang dirampas dalam serbuan malam kelmarin.
 1 / 1 
SEGAMAT - Polis melumpuhkan kegiatan judi berkomputer yang beroperasi di daerah ini dengan menggunakan lesen hiburan keluarga dalam dua serbuan yang dilakukan malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, serbuan dilakukan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dengan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru.

“Serbuan pertama dilakukan di tingkat bawah sebuah bangunan pada jam 9.30 malam dan pihak polis berjaya merampas 27 mesin judi berkomputer. Ketika serbuan terdapat seramai 35 orang pengunjung sedang bermain.

“Serbuan kedua dilakukan di Taman Yayasan pada jam 12.30 tengah malam dan hasil serbuan, pihak polis berjaya merampas 47 mesin judi berkomputer dan 62 orang pengunjung yang sedang leka berjudi,” katanya pada sidang media di IPD Segamat, semalam.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua premis di Taman Yayasan diserbu dan pemilik yang sama tidak mengambil pengajaran dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis sebelum ini.

"Pihak polis juga telah menahan dua orang penjaga premis perjudian berkenaan.

“Kami juga merampas wang tunai sebanyak RM6,000 ketika serbuan pertama dan RM5,000 pada serbuan kedua di kaunter premis tersebut dan kami tidak pasti duit tersebut adalah hasil keuntungan perjudian atau sebaliknya.

“Kesemua pengunjung yang berada di premis berkenaan dilepaskan setelah keterangan mereka diambil,” katanya.

Menurut Kamil, kesemua premis judi itu menggunakan nama pusat hiburan keluarga dan memiliki lesen tetapi menyalahgunakan lesen tersebut dengan meletakkan mesin judi berkomputer di premis perniagaan mereka.

"Operasi membanteras judi berkomputer ini akan diadakan secara berterusan dan kami meminta kerjasama awam menyalurkan maklumat tepat berhubung kegiatan berkenaan.

“Setiap penjaga premis yang ditahan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta 4B(A) Rumah Judi Terbuka yang boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Amaran keras untuk 3 tauke ayam


  • JAKIMJAKIM
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Pemilik pusat pemprosesan ayam di Cheras, Jinjang dan Pasar Chow Kit di sini diberi amaran keras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan. 

Justeru, mereka diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard itu dipatuhi dan pegawai Jakim akan membuat pemeriksaan semula di pusat berkenaan, kata Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim Hakimah Yusoff.

Beliau berkata pemeriksaan di ketiga-tiga pusat itu pada 1 pagi ini mendapati pusat berkenaan juga didapati menggunakan arus elektrik kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.

"Proses ini tidak mematuhi standard halal Jakim," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Ayam selama empat jam di ketiga-tiga pusat itu.

Ops Ayam itu dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri bagi memastikan para pengusaha pusat penyembelihan ayam di Kuala Lumpur mematuhi standard halal.

Operasi ini turut disertai para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan.

Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen turut menahan seorang pekerja warga Indonesia kerana menyalahgunakan pas kerjanya.

Pusat penyembelihan ayam di Cheras mengeluarkan kira-kira 20,000 ekor sehari, Jinjang (4,000 ekor) dan Pasar Chow Kit (2,000 ekor). - Bernama

Hasrat penarik beca jadi kaya berkecai



KUALA LUMPUR - Hasrat penarik kereta untuk menjadi kaya menerusi penjualan dadah tidak kesampaian apabila makmal dadah, yang diusahakannya selama setahun di Wangsa Maju di sini, diserbu Jabatan Narkotik Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
 
Polis menahan suspek berusia 40 tahun itu dan teman wanitanya, 28, di sebuah rumah di Wangsa Maju setelah melakukan intipan tiga hari.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata susulan tangkapan itu, polis menemui makmal berserta peralatan dan bahan untuk membuat dadah jenis methamphetamine atau syabu.
 
"Polis turut menemui 81 gram dadah syabu disembunyikan di dalam coli dan seluar dalam teman wanita lelaki itu semasa pemeriksaan menyeluruh dijalankan di lokap polis," katanya pada sidang berita di sini hari ini.
 
Selain itu, polis merampas peralatan makmal dan dadah termasuk heroin (232 gram), eramin 5 (28 gram), empat botol kaca 2.5 liter asid hidroklorik cair, empat botol sodium hidroksida, sebotol cecair metanol, sebotol cecair 'drain opener' dan seunit pam vakum.
 
Beliau tidak menyatakan nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu dan pasangan itu direman sehingga 6 Ogos.  - Bernama

Tumpahan minyak di Thailand terus merebak



ANGGOTA tentera laut, darat dan sukarelawan tempatan membersihkan pantai Ao Phrao selepas tumpahan minyak melanda Pulau Samet semalam.


BANGKOK - Tumpahan minyak yang mencemar sebuah pulau pelancongan di timur Thailand kini merebak ke beberapa buah pulau berdekatan.
Perkembangan itu berlaku selepas pihak berkuasa bertungkus-lumus membersihkan perairan dan pantai berkenaan.
Sekitar 50,000 liter minyak mentah tumpah ke Teluk Siam, dekat wilayah Rayong pada Sabtu lalu akibat kebocoran saluran minyak kendalian syarikat PTT Global Chemical Plc. Tumpahan itu kemudian merebak ke TelSuk Prao di Pulau Samet.
Pengarah Wilayah Sumber Marin dan Pantai, Puchong Saritdeechaikul berkata, teluk itu masih dicemari tumpahan minyak walaupun kerja pembersihan telah dilakukan sejak Isnin lalu. - AP

Shafee menang saman RM300,000


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan editor portal MalaysiaToday, Raja Petra Kamarudin membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataan fitnah.
Penolong Kanan Pendaftar, Farah Hana Hashim turut mengarahkan Raja Petra membayar kadar faedah lima peratus bermula tarikh penghakiman sehingga bayaran penuh dijelaskan.
Pada 10 Februari 2011, Muhammad Shafee berjaya mendapatkan penghakiman dalam saman terhadap Raja Petra di atas tiga artikel berunsur fitnah di laman web MalaysiaToday pada Ogos 2008.
Tiga artikel tersebut ialah bertajuk Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivates Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.
Artikel-artikel itu disiarkan pada 6, 7 dan 11 Ogos 2008.

Tragedi ngeri lima sahabat karib



BEGINILAH keadaan MPV jenis Honda Odyssey yang remuk selepas terlibat dalam nahas hingga meragut lima nyawa di Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA - Ibarat medan perang. Begitulah gambaran mayat empat daripada lima sahabat karib yang ditemui bergelimpangan pada jarak lima meter antara satu sama lain selepas masing-masing tercampak keluar dari kereta dalam satu kemalangan ngeri semalam.
Kejadian di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Itam berhampiran Senai pada pukul 2.30 pagi itu mengakibatkan Mohd. Fadzli Mohd. Fakri, 20, dari Melor, Kelantan; Hairul Adham Hamidan, 21, dari Klebang Besar, Melaka; Nazierul Khalies Mohd. Ashari, 19, dari Taman Setia Tropika, Johor Bahru; Nor'ain Alias, 23, dari Bandar Mas, Kota Tinggi dan Siti Sabariah Mohd. Norddin, 24, dari Temangan, Kelantan maut di tempat kejadian.
Nazierul Khalies merupakan penuntut tahun satu Universiti Kuala Lumpur dalam jurusan Kejuruteraan Marin. Hairul Adham pula bekerja di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Johor Bahru.

Wanita ditahan berhubung klip video hina Islam


Maznah


KUALA LUMPUR – Wanita yang membuat video kontroversi menyambut hari raya bersama tiga ekor anjing ditangkap polis dan ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini semalam.
Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd. Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif membabitkan agama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.
“Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2ah7x0445 
Hakcipta terpelihara 

Si Empat Mata jadi buruan


SI EMPAT MATA kini jadi buruan polis.


KUALA LUMPUR - Siasatan lanjut kes pembunuhan tokoh perbankan, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini pada Isnin lalu menemui dua perkembangan penting yang diharap dapat merungkai dalang di sebalik kejadian itu.
Pertama, polis telah menangkap pemandu teksi yang membawa lelaki disyaki pembunuh upahan dan kedua, gambar lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang diambil daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diedarkan kepada orang ramai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan agresif pihaknya dapat menahan seorang pemandu teksi berketurunan Cina di sebuah restoran di Sri Petaling di sini pada pukul 9 malam kelmarin. Dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam.

Pelajar berusia 13 tahun maut rempuh lori tanah


ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Alor Pudak, Pendang petang tadi.
 
Ketua Polis Daerah Pendang Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohammad Fitri Mohd Zamri dari Kampung Alor Berala, Tobiar, Pendang maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala dan muka.
 
Beliau berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 milik bapanya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah.
 
Katanya apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang dikatakan menunggang motosikal tersebut dengan laju  merempuh bahagian belakang lori yang dalam perjalanan ke Alor Pudak.
 
"Lori tanah itu berhenti dan menunggu untuk belok dan mangsa tiba-tiba merempuh bahagian belakang lori. Mangsa yang maut di tempat kejadian kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Datuk mangsa Taib Abdullah, 65, berkata selalunya mangsa melalui jalan kampung untuk pergi dan balik ke sekolah dan tidak menyangka cucunya itu menggunakan jalan raya untuk ke sekolah hari ini.
 
Katanya ibu bapa Mohammad Fitri juga telah merancang untuk membeli pakaian hari raya untuknya serta adiknya yang berusia lapan tahun sebagai persediaan untuk menyambut Aidikfitri tidak lama lagi.
 
Jenazah Mohammad Fitri dikebumikan di Tanah Perkuburan Tualang dekat sini. - Bernama

Polis kenal pasti laluan kerap kemalangan


  • Polis Kenal Pasti Laluan Kerap KemalanganKetua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye (dua kanan) melakukan pelepasan petugas trafik pada kempen pelancaran Ops Selamat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 di Melaka, hari ini.- Foto Bernama
 1 / 1 
MELAKA - Polis Melaka menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika memandu melalui beberapa laluan di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.
  
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata statistik kemalangan jalan raya di Melaka ketika musim perayaan Aidilfitri tahun lepas meningkat kepada 661 kes berbanding 642 kes dalam tempoh sama pada 2011.
  
"Peningkatan statistik kemalangan tersebut disebabkan beberapa faktor termasuk sikap pemandu sendiri, namun kita berharap statistik itu dapat diminimumkan melalui pendekatan yang dilaksanakan Polis Melaka kali ini," kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Ops Selamat 2013, di sini hari ini.
  
Katanya, Melaka Tengah melibatkan laluan di Km50 Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin); Km40 Jalan Batang Tiga-Bukit Rambai; Km1 hingga Km35 Jalan Mufti Haji Khalil-Batu Berendam; Km4 hingga Km13 Jalan Bukit Baru-Bukit Beruang dan Km30 Jalan Tun Fatimah.
  
Daerah Alor Gajah melibatkan Jalan Sungai Udang-Lubok Cina; Km15 Jalan Gangsa-Kesang dan Km17 hingga Km18 Jalan Alor Gajah-Tampin, manakala daerah Jasin membabitkan Km29 hingga Km30 Jalan Melaka-Muar; Km19 Jalan Tehel-Bemban; Km28 Jalan Jasin-Bemban dan Km26 Jalan Bemban-Jasin, katanya.

Kempen Ops selama 15 hari bermula hari ini bertujuan mendidik masyarakat menjaga keselamatan harta benda dan ketika berada di jalan raya dalam usaha menurunkan kadar jenayah pecah rumah dan kemalangan di negeri itu pada musim perayaan.
  
Chuah berkata pihaknya akan mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan di lokasi yang dikenal pasti bagi mengelak kemalangan maut.
  
Beliau turut menasihatkan pemandu agar mematuhi peraturan jalan raya selain memandu mengikut had laju yang ditetapkan, tidak memotong di garisan berkembar dan berhenti sekiranya mengantuk.
  
Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai yang akan meninggalkan rumah untuk pulang berhari raya di kampung supaya menitikberatkan aspek keselamatan harta benda bagi mengelak jenayah pecah rumah.
  
Katanya sebanyak 35 kes jenayah pecah rumah dilaporkan berlaku pada Adilfitri tahun lepas berbanding 34 kes dalam tempoh sama, tahun sebelumnya.  - Bernama

Ibu pilu anak juga maut kemalangan


  • Chua Boon Huat,Chua Boon Huat
 1 / 1 
PETALING JAYA - Tan Kuai Neo tidak menyangka akan kehilangan anak, Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan, dalam kemalangan jalan raya hari ini, tragedi sama meragut nyawa suaminya sembilan tahun lepas.

Tan, 64, berkata suaminya, Chua Peng Hock maut dalam kemalangan dengan kenderaan lain ketika menunggang motosikal di Melaka, dan kini anak bongsu kesayangannya pula jadi mangsa kemalangan jalan raya.

"Saya terkejut dengan berita kematian anak saya kerana ayahnya juga pergi akibat kemalangan.

"Teman wanita Boon Huat memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon pada 4 pagi tadi mengenai anak saya," katanya kepada pemberita sambil menangis di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Boon Huat, 33, maut setelah kereta Proton Perdana dipandunya terlanggar sebuah lori tangki air di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, pada 2.25 pagi.  

Mengetahui khabar mengejut itu, Tan bersama keluarganya dari Melaka segera ke Kuala Lumpur sejauh 130 kilometer untuk ke PPUM dan tiba di sini pada 6 pagi.

Tan berkata Boon Huat mempunyai seorang abang dan dua orang kakak.

"Boon Huat adalah seorang anak yang suka bercakap, periang dan taat," katanya.

Bagi Boon Huat, hoki adalah hidupnya kerana anaknya itu meminati dan bermain hoki dalam pertandingan sejak sekolah lagi sehingga mewakili Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir, Melaka semasa di darjah empat dan bermain untuk Melaka High School bagi peringkat sekolah menengah, katanya.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan Boon Huat adalah pada penghujung Jun lalu, sewaktu dia ada masa lapang dan tiada perlawanan," katanya sambil menambah tiada tanda-tanda pelik ditunjukkan anaknya sebelum kemalangan itu.

Beliau berkata mayat anaknya akan dibakar pada Isnin ini di Semabok, Melaka.

Suasana pilu menyelubungi bilik mayat hospital itu apabila 10 anggota keluarga mendiang Boon Huat hadir sementara menunggu proses bedah siasat yang selesai pada 10 pagi.   

Sementara itu, abang sulung mendiang, Aliff Nor Najmi Chua, 42, berkata minat mendiang dalam sukan hoki berkembang di peringkat sekolah rendah selepas beliau memperkenalkan sukan itu kepada mendiang.

Bekas pemain ragbi kebangsaan dari 1998-2004 itu berkata beliau berjumpa mendiang buat kali terakhir pada pertengahan Jun lepas di Melaka ketika mendiang pulang ke kampung halaman di Semabok.

"Kali terakhir saya jumpa dengan dia, tiada apa-apa perkara ganjil yang berlaku pada mendiang... mendiang seorang yang kuat bekerja dan amat komited ketika melakukan sebarang tugasan yang diberikan," katanya dalam nada suram kepada pemberita.

Aliff menerima berita kematian adik bongsunya itu kira-kira pukul 4 pagi dan bergegas ke ibu negara dari Melaka.

"Saya tidak menduga beliau pergi seawal ini, kerana saya amat menyayangi beliau, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi," katanya yang memeluk agama Islam sejak lapan tahun lepas. - Bernama