Search This Blog

Monday, July 29, 2013

Puluhan maut dalam nahas bas

Puluhan maut dalam nahas bas
Insiden di Avellino yang menyebabkan puluan terbunuh. - Foto EPA AVELLINO - ITALI. Sekurang-kurangnya 36 terbunuh selepas sebuah bas terjunam kira-kira 30 meter dari sebuah jambatan.

Sementara 11 yang lain selamat dan terus dikeluarkan daripada bas yang hampir hancur dan dibawa ke hospital.

Menurut media tempatan, bas terjunam ke kawasan hutan selepas melanggar pembahagi jalan dan terjunam kira-kira 30 meter.

Kemalangan berlaku pada lewat malam tadi pada jam 1.16 pagi waktu tempatan kira-kira 250 kilometer dari selatan Rome.

Difahamkan, 49 penumpang berada dalam bas ketika kejadian berlaku yang dipenuhi warga tempatan.

Operasi menyelamat kini sedang giat dijalankan.

Kejadian berlaku di kawasan pergunungan menyebabkan operasi menyelamat berjalan agak perlahan.