Search This Blog

Wednesday, July 24, 2013

Padah lawan fatwa

Padah lawan fatwaKeratan Akhbar BH semalam. 4 wanita Islam berkeras mahu sertai ratu cantik akan didakwa, hadapi denda RM3,000 atau 2 tahun penjara

Kuala Lumpur: Wanita Islam yang mempersoalkan fatwa mengharamkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik selepas digugurkan daripada penyertaan merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 baru-baru ini, dijangka menghadapi tindakan kerana menghina Islam.

Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam.
Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.


Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan akhbar BH menyatakan kekecewaan peserta dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Dua sahabat maut nahas



ANGGOTA bomba memeriksa kereta Perodua Kenari yang remuk selepas terlibat dalam nahas hingga mengorbankan dua sahabat di Besut semalam.


BESUT - Dua sahabat karib yang merupakan kakitangan Universiti Kolej Bestari (UKB) Setiu maut apabila kereta jenis Perodua Kenari yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 92, Jalan Kuala Terengganu-Jerteh semalam.
Kejadian pukul 7.45 pagi itu mengakibatkan Wan Noor Fadhliaton Wan Mohd. Fauzan, 33, dari Tumpat, Kelantan dan Nor Azura Husain, 36, dari Jalan Bayam Guchil, Kota Bharu meninggal dunia. Kereta itu dipandu Wan Noor Fadhliaton.
Nor Azura ialah seorang pensyarah bidang kejururawatan manakala Wan Noor Fadhliaton pula merupakan Ketua Pustakawan di universiti yang sama.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2ZxyoJTZP 
Hakcipta terpelihara 

4 penjenayah sempat 'bersahur'

Oleh JAZALY AMRY JAAFAR

GUA MUSANG – Empat penjenayah sempat ‘bersahur’ di rumah sebuah keluarga yang dipecah masuk sebelum melarikan wang tunai dan barangan kemas bernilai RM15,000 di Rancangan Felda Chiku 1 di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kumpulan penjenayah berkenaan turut mengikat lima mangsa sebelum menggeledah kediaman tersebut.
Menceritakan detik cemas itu, Ab. Hani Mamat, 38, berkata, isterinya, Hasro Mohzin, 34, ternampak kelibat penjenayah berkenaan ketika mereka tidur di ruang tamu.
Katanya, ketika dia cuba bangun, penjenayah terbabit meluru ke arahnya dan mengeluarkan parang.
“Mereka kemudian mengikat saya dan isteri. Bapa mentua saya, Mohzin Abdullah cuba melawan tetapi mereka mengugut mahu menetaknya dengan parang.
“Dia dan ibu mertua serta adik ipar saya kemudian turut diikat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2ZxyTmUps 
Hakcipta terpelihara 

Syabu RM1.8 juta dirampas

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM


ABD. AZIZ (dua dari kanan ) bersama para pegawainya menunjukkan dadah jenis syabu bernilai RM1.8 juta pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Taktik menyorok syabu bernilai RM1.8 juta dalam beg bimbit yang diletakkan bersama lipatan pakaian dalam bagasi gagal apabila berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Pulau Langkawi baru-baru ini.
Modus operandi itu dikesan apabila pihak berkuasa menemui sebuah bagasi biru yang ditinggalkan di Jeti Kuah pada pukul 4.30 petang Sabtu lalu.
Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, bagasi itu ditinggalkan pemiliknya bagi mengelak melalui mesin pengimbas.
Katanya, pihaknya mengesan beg bimbit yang kelihatan nipis tetapi dalam keadaan mencurigakan dan setelah diperiksa, ia berisi dua bungkusan hitam dipercayai syabu.
“Kedua-dua bahagian dalam beg bimbit dikoyak bagi menyorok dua bungkusan hitam berisi hablur kristal disyaki syabu seberat 4.295 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM816,050,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, pihaknya sedang mengesan pemilik beg terbabit menerusi kamera litar tertutup di kawasan pemeriksaan kastam di jeti tersebut.
Menurut Abd. Aziz, pada Ahad lepas pula pihaknya menahan seorang lelaki warga Afrika Selatan yang disyaki cuba menyeludup syabu seberat 5.3kg dianggarkan bernilai RM1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 9 malam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2Zxy4cShJ 
Hakcipta terpelihara 

Tiga sahabat mati selepas terlanggar pacuan empat roda

ORANG ramai melihat keadaan dua buah kenderaan yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Mas kelmarin.


PASIR MAS - Tiga sahabat maut apabila kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Triton dalam kemalangan dekat Jabor Galok di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11.20 malam itu mengakibatkan Aasif Ahmad, 20, yang memandu kereta tersebut maut di tempat kejadian.
Rakannya, Ahmad Azizul Affizan Mat Jusoh, 21 dan Mohd. Hazrin Ahmad, 21, masing-masing meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Aasif dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas dikatakan telah memasuki lorong bertentangan lalu melanggar 4WD tersebut.
"Aasif yang tersepit di bahagian pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Hazrin yang berada di tempat duduk penumpang depan meninggal dunia di HRPZ II pada pukul 9.10 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2Zxxnv7lj 
Hakcipta terpelihara 

Treler rempuh bas ragut 19 nyawa

BEBERAPA pekerja sukarelawan mencari penumpang yang cedera selepas sebuah bas melanggar treler di wilayah Saraburi semalam.


BANGKOK - Kemalangan melibatkan sebuah bas dua tingkat dengan sebuah treler 18 tayar di timur laut Thailand meragut 19 nyawa dan mencederakan 20 orang semalam, kata polis.
Nahas yang diikuti kebakaran itu berlaku pada pukul 4.30 pagi (waktu Thailand) di Lebuh Raya Persahabatan di Daerah Kaengkoi, dalam wilayah Saraburi, sekitar 90 kilometer ke utara bandar raya ini.
"Treler berkenaan memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas itu selepas pemandunya terlelap," kata pegawai polis, Leftenan Assawathep Kanthanaree.
Menurutnya, kebanyakan mangsa mati dalam kebakaran selepas pelanggaran itu. Ketika kejadian, bas tersebut sedang menuju ke ibu kota Thailand di sini.
"Mereka yang cedera semuanya rakyat tempatan tetapi kami masih memeriksa kewarganegaraan mangsa yang mati," ujar Assawathep.
Menurut laporan beberapa stesen radio Thailand, pemandu treler terselamat dalam nahas tersebut. - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2ZxxCV3Jm 
Hakcipta terpelihara 

Pesakit dakwa doktor rasis

Oleh RIZAM ZAKARIYA

ROSLAN menunjukkan kertas laporan aduan berhubung dakwaan pesakit dilayan buruk oleh doktor pada sidang akhbar di Kepala Batas semalam.


KEPALA BATAS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin semalam menampilkan beberapa pesakit untuk membuktikan dakwaannya bahawa terdapat beberapa orang doktor yang berkhidmat di Hospital Kepala Batas (HKB) dan Hospital Seberang Jaya di negeri ini mengamalkan sikap rasis.
Menurut beliau, penampilan pesakit-pesakit itu adalah bagi membuktikan apa yang beliau bangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah benar.
“Hari ini (semalam) saya tampil untuk membuktikan dan tunjukkan kebenaran tentang aduan daripada rakyat kepada saya. Saya hendak mereka sendiri cakap kerana mereka yang terkena.
“Saya bukan cakap kosong atau mengada-adakan cerita dalam DUN. Ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membantu penduduk di kawasan saya dan saya tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Roslan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin yang mahu Roslan meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh negara ekoran dakwaan terdapat doktor yang bersikap rasis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2Zxvw8wA1 
Hakcipta terpelihara 

Didakwa rogol kekasih
















Didakwa rogol kekasih
Tertuduh dikawal anggota polis menuju ke kaunter pembayaran untuk urusan jaminan.


KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol kekasihnya yang masih bawah umur, 9 Julai lalu.

Tuduhan ke atas remaja 18 tahun itu dibuat di hadapan Hakim Mohd Yusuff Yunus oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali.

Dia didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Jalan PCB, Taman Sri Sentosa, Badang di sini, pada jam 8 pagi, tarikh berkenaan.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. Tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 26 Ogos depan.

Manakala tertuduh dibenarkan ikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bersyarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi pihak pendakwaan. Dia kemudian dibebaskan sementara waktu selepas menjelaskan duit jaminan.





Bayi lelaki ditinggalkan di surau hospital

BUKIT MERTAJAM 24 Julai - Seorang bayi lelaki yang berusia kira-kira tiga bulan ditemui ditinggalkan di depan surau Hospital Seberang Jaya di sini semalam.
Bayi itu ditemui oleh orang awam yang menunaikan solat Asar di surau tersebut kira-kira pukul 4.35 petang.
Jurucakap polis berkata, bayi seberat lima kilogram itu dipercayai baru ditinggalkan di kawasan itu.
Katanya, bayi itu dibalut dengan selimut dan turut ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan itu.
Menurutnya, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan menerima rawatan di hospital.
"Bayi itu berada dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi terbabit," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130724/je_07/Bayi-lelaki-ditinggalkan-di-surau-hospital#ixzz2ZwyB8t3J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tergantung pada ketinggian 70 meter


Detik-detik cemas yang sempat dirakam, menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak didedahkan namanya, terkandas pada ketinggian 70 meter apabila kepalanya tersangkut pada jeriji besi yang dipasang pada tingkap kediamannya di wilayah Hubei, China, Sabtu lalu. - AGENSI
BEIJING 24 Julai - Tindakan seorang kanak-kanak perempuan China untuk melihat pemandangan di luar rumahnya di tingkat 24 sebuah pangsapuri mengundang padah, apabila kepalanya terperangkap pada jeriji besi yang dipasang pada tingkap kediamannya.
Dalam kejadian di daerah Daye, wilayah Hubei di tengah China Sabtu lalu, kanak-kanak berusia lima tahun tersebut yang tinggal bersendirian di rumah, bertindak memanjat tingkap ruang tamu rumahnya untuk melihat pemandangan di luar.
Namun agak malang bagi kanak-kanak itu apabila kepalanya tersangkut pada jeriji besi sedangkan anggota badannya yang lain telah melepasi besi tersebut sekali gus membuatkannya menangis dan tergantung pada ketinggian 70 meter.
Menurut media tempatan, tangisan kanak-kanak itu kemudiannya didengari jirannya yang bertindak menghubungi bomba.
Bomba dan polis yang tiba kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah, manakala seorang lelaki juga bertindak nekad untuk membantu mangsa dari rumah bersebelahan.
Dia yang mengikat pinggangnya dengan tali sambil disokong penduduk yang lain kemudiannya menggunakan selimut bagi memberi sokongan kepada mangsa.
Bomba kemudiannya berjaya memotong jeriji besi itu dan mangsa akhirnya berjaya di selamatkan.
Kanak-kanak itu bernasib baik kerana jika kepalanya boleh melepasi jeriji besi itu, dia mungkin sudah terjatuh dari ketinggian tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130725/lu_08/Tergantung-pada-ketinggian-70-meter#ixzz2a8RvKEeC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki maut terbakar


Lelaki maut terbakar
Mayat mangsa yang rentung dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat, kelmarin
GOMBAK -Seorang lelaki ditemui rentung dalam kereta milik bapanya yang terbakar dalam kejadian di Kilometer 36, Jalan Genting Sempah menghala ke Gombak, kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 7 malam, mangsa, Yeoh Fui Ping, 31, dikatakan baru balik berjudi dari Genting Highlands selepas kalah serta mengalami kerugian membabitkan ratusan ringgit.

Difahamkan ketika kejadian berlaku, terdapat seorang polis bantuan berada di lokasi kejadian dan cuba untuk membantu mangsa.
Bagaimanapun tingkap serta pintu kereta jenis Proton Wira itu tertutup rapat, manakala bahagian enjin kenderaan pula sudah terbakar.
Anggota terbabit memanggil mangsa yang berada di tempat duduk belakang tetapi tiada tindak balas, malah cubaan untuk menyelamatkannya gagal kerana api marak dengan cepat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, kereta yang terbakar berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands pada jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa masih hidup ketika kejadian berlaku.
"Mangsa terbakar seratus peratus dan laporan bedah siasat menunjukkan dia mati akibat terhidu asap serta melecur teruk.
"Tiada sebarang kesan kecederaan dalaman atau luaran ditemui pada badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya, semalam.
Abdul Rahim berkata, semakan ke atas kereta terbabit mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 54 tahun beralamat di Banting, Selangor.
"Kita dah hubungi lelaki itu dan dia mengesahkan kereta tersebut digunakan oleh anak lelakinya (mangsa) untuk ke Genting Highland.

"Keluarga juga sudah membuat pengecaman ke atas tali pinggang keledar dan jam tangan mangsa. Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) juga diambil untuk perbandingan," katanya.

Menurutnya, semakan ke atas pusat kasino di Genting Highlands menunjukkan mangsa berada di premis itu pada jam 10 malam Ahad lalu sehingga jam 6 pagi kelmarin.

Katanya, pihak kasino terbabit turut mengesahkan mangsa kalah beberapa ratus dan tidak tidur di hotel di sana.

3 sekawan cuba seludup mercun gagal


3 sekawan cuba seludup mercun gagal
Tiga sekawan ini didenda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah
KUALA TERENGGANU - Tindakan berani tiga sekawan yang cuba menyeludup pelbagai jenis mercun, tidak menjadi apabila ditahan sepasukan polis marin dalam satu sekatan di Jalan Kampung Pulau Duyong Besar, di sini, kelmarin.

Abdul Muin Muizz Abd Aziz, 21; Mohd Ridwan Razali, 25, dan Ridhzwan Yahya @ Kamarudian, 25, dijatuhi hukuman denda RM2,500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Jika gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan, hukuman penjara tiga bulan akan dikenakan.

Kesemua keputusan itu dibuat majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas mereka mengaku bersalah pada 22 Julai lalu, lebih kurang jam 7.35 malam, di Jalan Kampung Pulau Duyong Besar, di sini, telah didapati di bawah kawalan bahan letupan iaitu pelbagai jenis mercun.

Mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala kesemua mereka tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota polis Marin telah menahan sebuah kereta jenis Proton Saga 1.3, berwarna putih dinaiki tiga lelaki yang didapati dalam keadaan mencurigakan.

Hasil risikan dan pemeriksaan polis menjumpai 60 bungkusan mercun bola; sembilan kotak mercun mancis dan lima kotak mercun Happy Boom yang disorokkan di dalam but kereta.

Mak nyah parah dibelasah


Mak nyah parah dibelasah
Chong Siang (kiri) menunjukkan kesan kecederaan di kepala Lily
Mak nyah parah dibelasah
Lily menerima 73 jahitan di kepala akibat serangan tersebut.
KUANTAN - "Kejadian berlaku sekelip mata, mereka bukan sahaja memijak-mijak badan saya, malah menyerang menggunakan pisau, besi dan kayu hoki," kata seorang pembantu dapur yang mendakwa diserang empat lelaki di Jalan Bukit Ubi, 4 Julai lalu.

Mangsa seorang mak nyah warganegara Thailand yang hanya mahu dikenal sebagai Lily, 33, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 pagi semasa dia bersama abangnya, Mr Maya Eh pulang dari sebuah kedai makan berhampiran kediaman mereka.

Menurutnya, tiba-tiba datang empat pemuda menaiki dua kereta jenis Proton Wira berhenti dan terus menyerangnya tanpa belas kasihan.

"Masa itu saya sedang berjalan pulang ke rumah, tiba-tiba sahaja saya dah tersungkur di atas tanah dan kepala terasa sakit sangat.

"Bila terasa air panas (darah) mengalir ke muka baru saya sedar saya telah dihentak dengan kuat menggunakan objek keras, " katanya kepada Sinar Harian.

Dia ditemui semasa menerima kunjungan Adun Teruntum, Sim Chong Siang dan wakil Kelab Sahabat, Drug Invention Centre, Malaysia Cawangan Pahang.

Lily berkata, akibat ketakutan dan tidak berdaya, dia tidak berupaya menyelamatkan diri dan hanya membiarkan diri terus dipukul bertubi-tubi.
Katanya, abangnya yang berada di tempat kejadian juga tidak mampu berbuat apa-apa selain merayu kepada keempat-empat lelaki terbabit supaya berhenti memukulnya, namun mereka tidak peduli, malah seolah-olah mahu membunuhnya.

"Selepas puas mereka membelasah saya, saya ditinggalkan begitu sahaja. Dalam keadaan berlumuran darah, abang saya terus minta pertolongan kawan terdekat untuk menghantar saya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

“Selama tiga hari saya berada di unit rawatan rapi kerana tidak sedarkan diri dan menerima 73 jahitan di kepala, selain luka di kening kiri. Terdapat juga kesan tendangan di dada serta bengkak-bengkang di beberapa bahagian badan,” katanya.

Lily berkata, dia langsung tidak mengenali kumpulan lelaki terbabit yang berusia lingkungan 20-an itu, malah tidak pernah berurusan dengan mereka.

Katanya, kejadian itu membuatkan dia trauma dan ingin pulang ke Thailand walaupun masih boleh menetap di sini sehingga hujung tahun ini.

“Sekarang saya susah nak bercakap, sebelah kanan badan pula rasa kebas dan selalu pening kepala. Saya juga tidak boleh berdiri dan duduk lama-lama,” katanya.

Kelengkapan Aidilfitri musnah


Kelengkapan Aidilfitri musnah
Tok Wan Daud (kiri) bersama Zul Wisma dan salah seorang anaknya melihat sisa kelengkapan rumahnya yang masih tinggal selepas musnah dalam kebakaran dua hari lalu
KOTA BHARU- Lima beranak di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran dua hari lalu.

Kejadian sekitar jam 10.15 pagi itu menyebabkan Wan Daud Wan Othman, 56, kerugian lebih RM50,000 apabila hanya sempat menyelamatkan dua kereta, motosikal dan televisyen sahaja, manakala kelengkapan rumah yang lain musnah.

Wan Daud yang lebih dikenali sebagai Tok Wan Daud Tok Jogho berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di Kem PGA, sementara isteri di rumah mertua, Esah Idris yang terletak kira- kira 500 meter dari rumah mereka, manakala anak-anak berada di sekolah.

“Kelengkapan Aidilfitri musnah, sebaliknya apa yang ada pada saya hanya uniform kerja, anak-anak pula hanya miliki pakaian seragam sekolah masing-masing manakala isteri, sehelai t-shirt bersama kain batik dan tudung,” katanya yang menyediakan tiga pasang pakaian hari raya bagi setiap anaknya.

Tok Wan Daud yang juga ahli koperasi dikir barat Kelantan berkata, dia hanya mengetahui tentang kejadian selepas dihubungi isteri, Wan Mariani Wan Ab Rahman sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat dan bergegas pulang.

Walaupun masih terkejut dengan kejadian menimpa, Tok Wan Daud tetap bersyukur apabila isteri dan anak-anaknya yang berusia antara 10 hingga 17 tahun selamat.

Dia yang tinggal menyewa di rumah berkenaan sejak lima tahun lalu mengesyaki kejadian mungkin berpunca dari litar pintas kerana rumah tersebut masih menggunakan sistem pendawaian elektrik lama.

“Menurut buruh binaan yang sedang membina rumah di hadapan kediaman saya ini, asap didapati keluar dari soket periuk nasi elektrik di bahagian dapur,” katanya.

Dalam pada itu, Tok Wan Daud yang turut dikunjungi Pengerusi Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad Zulkepli Mohamed ( Zul Wisma ) berterima kasih kepada ketiga-tiga buruh binaan yang membantu menyelamatkan beberapa barang berharga miliknya termasuk kereta dan motosikal.

“Terima kasih juga kepada Datuk (Zul Wisma) yang meluangkan masa melawat saya sekeluarga sebaik mengetahui kejadian yang berlaku, ”katanya.

Sementara itu, Zul Wisma berkata, pihaknya akan membantu meringankan beban ditanggung Tok Wan Daud termasuk merujuk pihak berkenaan di peringkat kerajaan negeri.

Ponteng untuk minta sedekah


Ponteng untuk minta sedekah
Md Nor (kanan) berbual dengan kanak-kanak terbabit yang ditinggalkan oleh ibu bapanya di hadapan masjid Muhammadi sejak seminggu lalu dengan menjalankan aktiviti meminta sedekah
KOTA BHARU- Dua beradik terpaksa ponteng sekolah sejak seminggu lalu, ekoran terpaksa menjaga nenek mereka yang uzur dan berkerusi roda memandangkan ibu bapa mereka keluar berniaga di bazar Ramadan.

Keadaan bertambah perit, apabila kedua-duanya bukan sahaja perlu menjaga nenek mereka, malah terpaksa meminta sedekah di hadapan Masjid Muhammadi, bagi mendapatkan makanan untuk berbuka puasa.

Kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai, Muhammad, 9, berkata, ibu bapanya yang berasal dari Bachok meninggalkan dia dan adik perempuannya yang berusia lapan tahun serta neneknya yang uzur di pekarangan masjid pada setiap hari sejak seminggu lalu pada jam 9 pagi dan akan mengambil mereka semula pada jam 8 malam selepas selesai berniaga di Bazar Ramadan Pasir Tumboh.

“Mula-mula memang saya takut juga ditinggalkan bersama adik dan nenek di kawasan ini, namun selepas hampir seminggu saya sudah terbiasa dengan keadaan itu.

“Kami terpaksa, kerana tiada orang hendak uruskan keadaan nenek di rumah, sebelum ini ibu yang jaga nenek. Tapi sejak bulan puasa, ibu perlu keluar menyara kami, jadi kami ditinggalkan di hadapan masjid ini dan hanya dengan cara inilah kami dapat wang dari simpati orang ramai,” katanya.

Kanak-kanak terbabit ditemui dalam Ops bersepadu Ramadan Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sekitar Kota Bharu semalam.

Turut serta dalam Ops terbabit, Pengarah JKM negeri, Md Noor Chik.

Dalam operasi berkenaan, dua pengemis seorang warga tempatan dan seorang lagi warga Kemboja, turut ditahan mengemis di sekitar bazar Ramadan di Kubang Kerian.

Menurutnya, warga Kemoja itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan susulan manakala warga tempatan dihantar ke rumah Sri Kenangan Pengkalan Chepa untuk ditempatkan di rumah terbabit sebagai penempatan sementara.

Mengenai kes dua kanak-kanak itu, Md Noor berkata, JKM akan melakukan tindakan susulan berhubung perkara isu itu dan akan merujuk kepada pegawai JKM di Bachok untuk tindakan selanjutnya.

“Ini bagi mengetahui status keluarga kanak-kanak itu dan jika mereka masih tidak terima bantuan, kita akan usulkan bantuan  mengikut kesesuaian latar belakang mereka.

“Sepatutnya ibu bapa mereka tidak melakukan tindakan dengan meninggalkan anak-anak seperti itu kerana boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atas kecuaian mereka itu kerana mengabaikan pendidikan kanak-kanak terbabit yang masih bersekolah," katanya.

Tiga sahabat maut nahas


Tiga sahabat maut nahas
Konstabel Azrieq Qawiem menunjukkan kereta kancil yang dinaiki tiga sahabat, terlibat dalam kemalangan, malam kelmarin.
PASIR MAS – Tiga sahabat maut dalam kemalangan apabila kereta Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton kira-kira jam 11.20 malam, dekat Jabor Galok, malam kelmarin.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa yang maut adalah Aasif Ahmad, 20; Ahmad Azizul Affizan Mat Jusoh, 21 dan Mohd Hazrin Ahmad, 21.

Menurutnya, Aasif yang memandu kereta Kancil dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas memasuki lorong bertentangan dan melanggar Triton.

“Aasif yang tersepit di bahagian pemandu, meninggal di tempat kejadian manakala rakannya, Azizul meninggal Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 9.30 pagi tadi (semalam).

“Hazrin yang merupakan penumpang di bahagian hadapan kereta tersebut, meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kira-kira jam 9.10 pagi tadi (semalam),” katanya.

Perlanggaran itu katanya, menyebabkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux melanggar Triton namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Ruslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.07 malam kelmarin.

“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati terdapat sebuah kereta kancil remuk teruk dan terdapat seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu.

“Kami berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian dengan menggunakan peralatan Hydraulic Power Unit dan cutter,” katanya.

Beliau berkata, pihak bomba turut menanggalkan kepala bateri bagi mengelak daripada kebakaran dan membuat kerja-kerja pembersihan.

Padah menyamar pegawai polis


Padah menyamar pegawai polis
Azlam mengaku bersalah menyamar menjadi pegawai polis untuk menipu serta mengaku bersalah mengurung mangsa di dalam sebuah kereta
KUALA TERENGGANU - Seorang penarik kereta terpaksa akur dengan keputusan Mahkamah Majistret, di sini, semalam, yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya selepas mengaku bersalah menipu dengan cara menyamar sebagai pegawai polis pada Januari lalu.

Azlam Ngah, 32, dari Rumah Awam Kos Rendah, Mengabang Lekar, Batu Rakit, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan bersama dua lagi rakannya, Amatul Rahman Che Omar, 25, seorang broker tanah dan Mahadi Othman, 28, seorang anggota polis.

Bagaimanapun, kedua-dua rakannya itu yang masing-masing berasal dari Jalan Terkukur, dan Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, di sini, itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan berkenaan.

Terdahulu, mereka bertiga bersama dua yang lain didakwa telah melakukan tipu dengan jalan samaran terhadap seorang tukang paip, Amirull Ashraf Aswadi, 18, pada 30 Januari lalu, kira-kira jam 10.10 malam, di tempat letak kereta Kampung Tiong, di sini.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Azlam turut dijatuhi hukuman penjara lima bulan selepas mengaku bersalah secara sengaja telah mengurung mangsa, pada 30 Januari, antara jam 10.10 malam hingga 31 Januari lalu, jam 1.30 pagi, di dalam sebuah kereta di lokasi sama.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua rakannya itu turut didakwa melakukan kesalahan sama bersama dua orang lagi yang masih bebas.

Namun, kedua-dua mereka juga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala kesemua mereka termasuk Azlam tidak diwakili peguam.

Abdul Hayyi menetapkan 20 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen dan pelantikan peguam bagi kedua-dua rakan Azlam manakala memerintahkan hukuman penjara untuk Azlam bagi kedua-dua kesalahan itu dijalankan serentak.
Berdasarkan fakta kes, pada 30 Januari lalu, kira-kira jam 10.10 malam, semasa berada di rumahnya di Jalan Hiliran Jejawi, di sini, mangsa menerima panggilan telefon daripada rakannya yang dikenali Udin iaitu suspek.

Suspek telah meminta mangsa datang ke kedai makan Pak Awang di Jalan Hiliran, di sini, kerana memberitahu ada hal penting.

Mangsa yang tidak menyimpan sebarang syak telah pergi ke lokasi diberitahu dan berjumpa suspek sebelum diarahkan masuk ke dalam sebuah kereta jenis Iswara Aeroback yang sedia menunggu di tempat letak kereta di Kampung Tiong, di sini.

Semasa itu, suspek telah keluar dari kereta berkenaan dan secara tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali mangsa masuk ke dalam kereta sebelum salah seorang daripada mereka telah menggari tangan mangsa menggunakan gari mempunyai logo polis.
Salah seorang daripada mereka menuduh mangsa menyimpan pil kuda dan mengarahkan agar menyerahkan kesemua pil kuda kepada mereka, kononnya anggota polis yang sedang bertugas.

Mangsa yang memang tidak memiliki barang terlarang itu seterusnya dibawa masuk ke dalam kereta lain dan dibawa di hadapan Balai Polis Kuala Terengganu sebelum mengugut akan memasukkan mangsa ke dalam lokap jika
masih berdegil untuk tidak menyerahkan pil kuda berkenaan.

Bagaimanapun, tanpa diberikan pil kuda, mangsa telah dibebaskan dengan ditinggalkan di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, di sini, selepas beg duit yang mengandungi wang tunai RM150; sebuah telefon bimbit serta satu jam tangan yang anggaran keseluruhan RM700 dirampas.

Dua sahabat maut kemalangan


Dua sahabat maut kemalangan
Keadaan Nor Azura yang tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan
BESUT - Dua kakitangan wanita Universiti Kolej Bestari Setiu yang merupakan sahabat karib maut apabila kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka bertembung dengan lori tangki di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu dekat Kampung Anak Ikan, Jabi, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, pemandu kereta, Wan Nor Fadhiaton Wan Mohd Fauzi, 32, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Nor Azura Husin, 35, yang duduk di kerusi penumpang hadapan, meninggal di Bahagian Kecemasan Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Universiti Kolej Bestari Bandar Permaisuri, Setiu dari Kelantan.

Menurutnya, kejadian berlaku dipercayai apabila lori tangki dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu cuba memotong sebuah lori lain dari arah sama.

“Bagaimanapun pemandu lori itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki mangsa.

“Akibat pertembungan secara berdepan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit dan pemandu mati di tempat kejadian,” katanya.

Menurut beliau, Wan Nor Fadhiaton bertugas sebagai pustakawan kolej universiti berkenaan beralamat di Kampung Kok Pasir, Pasir Mas, Kelantan manakala rakan setugasnya adalah pensyarah  kejururawatan di pusat pengajian sama beralamat di Kampung Teluk Baru, Guchil, Kota Bharu.

Menurutnya, mayat mangsa dan rakanya yang tersepit terpaksa dikeluarkan pasukan bomba akibat kereta yang remuk teruk.

Mayat Wan Nor Fadhiaton dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat.

Sementara itu, menurut salah seorang kakitangan universiti kolej berkenaan, kedua-dua sahabat itu berulang alik dari rumah mereka ke tempat kerja setiap hari sejak lebih enam tahun lalu.

Wan Nor Fadhiaton mempunyai dua anak termasuk seorang yang masih kecil manakala suaminya kakitangan Kolej Islam Sains (Kist) Bachok, Kelantan.

Azura pula telah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata.

Niat beli baju raya terkubur


Niat beli baju raya terkubur
Kereta remuk pada bahagian pintu tempat duduk penumpang depan.
Niat beli baju raya terkubur
Motosikal yang dinaiki mangsa hancur.
KEMAMAN– Keinginan dua sepupu untuk membeli baju raya di kedai ibu saudara mereka terkubur apabila terbunuh dalam nahas tragis di Kilometer 158.4, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, dekat kawasan lampu isyarat Paya Berenjut, malam semalam.

Mohd Jabir Mohd Nasir, 18, dan abang sepupunya, Abdul Aziz Mohd Ghaffar, 19, maut serta merta setelah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta Honda Accord,
menyebabkan kedua-duanya tercampak ke atas jalan dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam.

Faridah Abdul Karim, 32, berkata, dia tersentak mendengar berita kematian itu kerana baru sahaja berhubung menerusi telefon dengan Mohd Jabir pada jam 8 malam iaitu kira-kira sejam sebelum tragedi itu terjadi.

“Jabir hubungi saya dan beritahu dia mahu datang ke kedai saya di Kompleks Beli Belah Centre Point Kemaman, Chukai dengan adik sepupunya untuk beli baju, seluar dan beg raya. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya di cuping telinga saya, dia cakap ‘kita nak beli baju raya’ dan dia cakap begitu sambil ketawa.

“Dia kedengaran sangat ceria, biasanya dia tak begitu. Ketika dia hubungi, saya berada di rumah kerana balik berbuka puasa, namun apabila kembali semula ke kedai saya menerima berita sedih ini. Mungkin ketika dia telefon saya, dia dan adik sepupunya sudah berada depan kedai saya,” katanya semasa ditemui di Unit Forensik, Hospital Kemaman.

Berkawan rapat sejak kecil
Dalam nahas itu, kedua-dua mangsa dari arah Chukai menghala ke Kuantan untuk pulang semula ke rumah mereka di Kampung Kubang Ikan, Cherating, Kuantan sementara kereta dari arah Kuantan dan mahu membelok masuk ke Taman Perumahan Perwaja, Geliga.

Difahamkan, disebabkan kedai ibu saudaranya masih belum dibuka, kedua-duanya hanya membeli kad sim telefon di Kompleks Beli Belah Centre Point sebelum bergegas pulang semula ke rumah bagi menunaikan solat terawih di surau kampung mereka.

Akibatnya, Mohd Jabir yang merupakan anak kelapan dan menjadi pembonceng, pecah kepala sementara Abdul Aziz yang menunggang motosikal itu mengalami kecederaan dalaman.

Kedua-dua mereka bekerja dengan bapa Mohd Jabir sebagai pembantu lori pembekal ais dan kedua-duanya berkawan rapat sejak kecil dan seperti belangkas kerana sering bersama-sama ke mana sahaja pergi termasuk tidur sebilik.

Makan tiga pinggan nasi

Sementara itu, kakak Mohd Jabir, Siti Hasanah, 20, berkata, pada waktu sahur, adiknya itu berkelakuan pelik kerana makan tiga pinggan nasi walaupun dia hanya memasak sebiji telur dadar.

“Hanya saya dan dia sahaja yang bangun sahur dan bila lihat dia makan sangat selera, saya bertanya kepadanya. Dia jawab ‘sayang kalau tak habiskan telur dadar’.

“Semasa saya angkat air batu bersamanya untuk dihantar ke kedai pada waktu petang sebelum kemalangan juga, arwah agak pelik kerana dia memunggah air batu dengan cepat dan terkeluar dari mulutnya waktu itu ‘aku nak pergi dah, bosan tengok muka kamu semua’. Saya pelik dengan tingkah lakunya itu, tapi tak sangka itu jadi petanda saya sekeluarga akan kehilangannya,” katanya.

Buka puasa tergesa-gesa

Ibu Mohd Jabir, Siti Hawa Abdul Karim, 51, berkata, arwah anaknya itu makan dengan tergesa-gesa sewaktu berbuka puasa namun dia sangka anaknya itu mahu pergi ke surau bersama sepupunya kerana sejak beberapa hari
lalu, mereka berdua tidak tinggal solat terawih.

Dalam pada itu, kakak Abdul Aziz, Siti Zubaidah memberitahu, sejak beberapa hari lalu, adiknya itu berbuka puasa di rumah mereka dan tidak di rumah Mohd Jabir seperti kebiasaannya.
“Sebab terlalu rapat, adik saya banyak habiskan masa di rumah Jabir yang tak jauh dengan rumah kami dan berbuka puasa di situ, tetapi sejak akhir-akhir ini, bila waktu berbuka dia balik ke rumah.

"Pada bulan lepas dia ada cakap, ‘kalau dia ada, Jabir ada dan kalau Jabir tiada, dia pun tiada’ dan kami tak duga keakraban mereka ni berakhir dengan mereka meninggal dunia bersama-sama,” katanya sebak.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian itu berkata, akibat kemalangan itu, motosikal yang dinaiki rosak teruk dan hasil bedah siasat mendapati Mohd Jabir meninggal disebabkan kecederaan parah pada kepala dan Abdul Aziz pula disebabkan pendarahan dalam paru-paru akibat hentakan kuat pada bahagian dada.

Bagaimanapun, pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu tidak cedera.

Kastam rampas barang kawalan bernilai RM13,000



TAWAU - Pihak berkuasa merampas pelbagai barangan bersubsidi bernilai RM13,872 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam Operasi Subsidi selama empat hari bermula 16 Julai, di sini.

Timbalan Pengarah Kastam Sabah Hamzah Sundang berkata antara yang dirampas ialah 2,000 liter diesel, empat tan gula dan masing-masing 800 kilogram minyak masak dan tepung.

"Tujuh orang ditahan dan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967, manakala 48 lagi ditahan kerana disyaki pendatang tanpa izin,' katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya selain kastam, operasi turut melibatkan polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Laut, Majlis Perbandaran Tawau dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya operasi bersepadu itu merupakan siri ketiga sejak penubuhan Jawatankuasa Pemantau Barangan Kawalan/ Bersubsidi pada tahun lalu  bagi mencegah penyeludupan barangan kawalan ke negara jiran.

Penguatkuasaan yang berterusan ini didapati mengurangkan aktiviti penyeludupan barang kawalan yang merupakan masalah duri dalam daging serta mampu merencatkan kesuburan ekonomi negara, katanya.  - BERNAMA

2 remaja Orang Asli maut dilanggar kereta



KUANTAN - Dua remaja Orang Asli terbunuh selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Km 146.1 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin malam tadi.
 
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, nahas berlaku pukul 11.55 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan.
 
"Di tempat kejadian dipercayai Kie a/l Lee, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta tersebut.
 
"Akibat itu, mangsa dan rakannya, Ahwan a/l Sita, 15, masing-masing dari Perkampungan Orang Asli Batu 3 Jalan Sabak, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala, tangan, kaki dan badan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Katanya pemandu kereta jenis Proton Wira berkenaan, Sit Man Hang, 40, seorang peniaga berasal dari Kampung Chamang, Bentong hanya mengalami kecederaan ringan.
 
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua remaja terbabit tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu yang sah semasa kejadian.
 
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

Bayi lelaki ditinggalkan di surau hospital



BUTTERWORTH - Orang awam yang menunaikan solat Asar di surau Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini petang semalam terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan surau itu.
 
Jurucakap polis berkata bayi yang dipercayai berusia tiga bulan dengan berat lima kilogram itu ditemui pada pukul 4.35 petang.
 
"Ketika ditemui bayi itu dipercayai baharu sahaja ditinggalkan kerana sebelum mereka bersolat bayi berkenaan belum diletak di situ," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
 
Menurutnya bayi yang dibalut dengan selimut itu ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
 
"Bayi itu berada di HSJ sekarang ini dan dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan," katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama

Lelaki ditemui mati tersandar di batu


GEORGETOWN - Seorang lelaki yang dilapor hilang ketika beriadah di Taman Botani di sini ditemui mati tengah malam tadi.
   
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal berkata mayat Voon  Wei Ming, 53 dijumpai oleh pasukan mencari dalam keadaan tersandar pada batu berhampiran sungai pada pukul 11.40 malam.
   
"Operasi mengesan lokasi mangsa agak sukar kerana keadaan berbukit dan curam ditambah dengan keadaan gelap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
   
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut. - Bernama

10 jam padam kebakaran di tapak lupus sampah




IPOH - Pasukan bomba dan penyelamat dari dua balai mengambil masa 10 jam untuk memadam kebakaran meliputi kawasan hampir 0.8 hektar di tapak pelupusan sampah Tanjung Tualang berhampiran Batu Gajah dekat sini mulai 8.36 malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Halid Md Zin berkata operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah Batu 3, Jalan Tanjung Tualang itu berakhir 6.30 pagi.

"Operasi ditamatkan selepas kita memastikan kebakaran tidak merebak terutama ke kawasan berhampiran yang menempatkan kabel elektrik voltan tinggi.

Kita juga perlu pastikan asap kebakaran tidak menggangu ketenteraman awam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun kebakaran hanya melibatkan 0.8 hektar berbanding keseluruhan tapak seluas empat hektar, namun disebabkan timbunan sampah setinggi bangunan tiga tingkat, anggota bomba perlu menggali himpunan sampah yang padat itu sebelum membuat penyemburan buih ke dalamnya.

Beberapa sektor pemadaman juga dibahagikan untuk memudahkan operasi penyemburan oleh dua buah jentera dengan 14 anggota, katanya.

Halid berkata anggota bomba menggali timbunan sampah yang padat itu secara manual selepas gagal mendapatkan bantuan jentolak bagi memudahkan serta mempercepatkan operasi pemadaman api.

"Kita belum dapat memastikan punca kebakaran, tambahan pula sekarang musim panas. Mungkin ada bahan api yang pelbagai di tapak sampah itu," katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.28 malam dari Pusat Gerakan Operasi negeri dan sebuah jentera dari Batu Gajah bersama-sama tujuh anggota bergegas ke tempat kebakaran.

"Apabila melakukan pemadaman, kita mengalami masalah bekalan air sebelum memohon bantuan dari Balai Bomba Pasir Puteh. Ketika kita tiba di lokasi kejadian api sudah marak dan kawasan kebakaran terletak berhampiran kabel elektrik voltan tinggi," katanya.

Pasukan kemudian mengatur pergerakan pemadaman supaya dapat memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan kabel berkenaan, katanya.

Beliau berkata tapak pelupusan sampah itu terletak berhampiran ladang kelapa sawit dan jauh dari kawasan perumahan penduduk sekitar.  - Bernama

Terharu lihat lakaran Hanis


Terharu lihat lakaran Hanis
Lakaran dan tulisan Hanis Balqis dihasilkan 12 Julai lalu
Terharu lihat lakaran Hanis
Mohd Hikram menunjukkan buku mempunyai lakaran Hanis Balqis yang ditemuinya sambil diperhatikan Fadzli (dua, kanan) dan Norazlinda.
MELAKA - Seorang daripada empat mangsa lemas di sungai berhampiran Taman Sri Krubong, dekat sini, Ahad lalu sempat membuat lakaran dalam sebuah buku kecil, sembilan hari sebelum kejadian.

Hanis Balqis Fadzli, 7, yang merupakan mangsa paling muda membuat lakaran berkenaan untuk tatapan keluarga, bagaimanapun hanya disedari keluarganya sehari selepas kematian mangsa.

Lakaran yang turut mencatatkan senarai nama orang disayangi ditemui abang sulung mangsa, Mohd Hikram Fadzli, 10, di almari televisyen, Isnin lalu.

Hikram kemudian menunjukkan buku berkenaan kepada ibu bapanya, Norazlinda Abd Mutalib dan Fadzli Ismail, masing-masing berusia 30 tahun, menyebabkan kedua-duanya terkejut.

Menurut Fadzli, Hanis atau nama panggilannya, Antik memang gemar melukis dan mewarna, namun belum pernah melakarkan gambar dan nama keluarga.

“Ini kali pertama saya melihat Antik melukis dan menulis satu persatu nama ahli keluarga yang disayanginya. Dia tak pernah buat begini sebelum ini.

"Lebih mengejutkan, lakaran turut dicatatkan tulisan '12 Julai 2013' iaitu hari Jumaat dipercayai tarikh lakaran itu dibuat seolah-olah mangsa mahu memberitahu kita bila lukisan ini dibuat," katanya ketika ditemui selepas majlis kenduri arwah di kediamannya di Taman Sri Krubong Fasa 4, dekat sini malam kelmarin.

Sementara itu, Norazlinda berkata, banyak perubahan sikap ditunjukkan Antik dan abangnya, Mohd Hazimi, 9, beberapa hari sebelum ditemui mati lemas.

"Antik tak pernah cakap dia sayang saya dan suami, tapi beberapa sebelum kejadian dia cakap ‘kakak sayang ibu, kakak sayang abah’," katanya.

Sementara Hazimi pula, katanya, tidak bermain jauh sejak seminggu lalu, sekadar kawasan berhampiran dan tidak mahu mengikut balik ke rumah datuknya yang terletak berhampiran apabila diajak.

Sementara itu, katanya, Antik dan Hazimi yang merupakan anak ketiga dan kedua daripada lima beradik itu sebelum ini ada memberitahu, bahawa mereka bermimpi ditarik serta sesuatu yang menakutkan.

“Antik kata dia mimpi kena tarik tapi tak beritahu pula ditarik dengan apa. Hazimi pula beritahu dia mimpi sesuatu yang menakutkan. Tetapi, saya tak ambil kisah," katanya.

Kemalangan jalan raya di Thai ragut 19 nyawa



BANGKOK - THAILAND. Sekurang-kurangnya 19 maut manakala 20 lagi cedera selepas sebuah lori merempuh bas dua tingkat di tengah wilayah Saraburi, menurut pihak berkuasa, semalam.

Jurucakap dari Institut Perubatan Kecemasan Nasional mengesahkan seorang daripada 19 mangsa meninggal dunia di hospital.

Stesen televisyen tempatan turut memaparkan keadaan bas yang hangus terbakar akibat daripada insiden perlanggaran tersebut.

Dipetik laporan AFP, pihak berkuasa telah menahan pemandu lori simen terbabit yang dipercayai hilang kawalan ketika kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati lori tersebut telah bertembung dengan bas itu dari arah bertentangan dan turut menyebabkan sebuah lori pikap terlibat sama dalam nahas terbabit.

Warga asing terus digempur


Warga asing terus digempur
Sebahagian 36 warga asing ditahan imigresen dalam operasi melibatkan empat lokasi sekitar Bandaraya Ipoh, kelmarin.
IPOH – Seramai 21 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam satu operasi Imigresen Negeri di sebuah pusat membeli belah di Meru Raya, petang kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Ahamad Puat Abd Hamid berkata, operasi bertujuan membanteras warga asing yang berniaga di bazar-bazar perniagaan yang dibuka sepanjang Ramadan.

“Daripada tangkapan itu, 19 lelaki dari Pakistan, dua dari Bangladesh dan seorang wanita Indonesia ditahan kerana melakukan kesalahan iaitu tinggal tanpa pas sah, melanggar syarat pas serta tinggal lebih masa di negara ini.

“Ini merupakan serbuan kali kedua di lokasi sama dan didapati pemilik masih tidak takut menggajikan mereka yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen,” katanya.

Mereka antara 36 warga asing yang ditahan dalam operasi melibatkan empat lokasi termasuk di Jalan Leong Sin Nam, dua pusat refleksologi di Bandar Seri Botani dan Taman Pertama Taiping serta sebuah kafe di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Ipoh.

Ahamad Puat berkata, sembilan wanita warganegara Indonesia dan Thailand berusia 28 hingga 47 tahun ditahan kerana menjalankan aktiviti pelacuran.

“Ketika serbuan mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang dan menyembunyikan diri antara dinding bilik yang diubahsuai. Salah satu premis yang diserbu turut menawarkan pakej urutan badan ke badan dengan harga RM140.

“Namun, kesemua mereka didapati masuk ke negara ini atas pas lawatan sosial sebagai pelancong tetapi dipercayai menyalahgunakan pas tersebut untuk bekerja,” katanya.

Katanya, kesemua mereka yang ditangkap ditahan selama 14 hari di Depot Tahanan Imigresen Langkap bagi tujuan siasatan lanjut.

'Mulut saya disumbat kertas'


Manivanan
Manivanan
IPOH – Seorang pengawal keselamatan berdepan detik cemas apabila diserang sekumpulan enam lelaki dan dikurung selama tiga jam dengan kaki dan tangan diikat dengan wayar kabel dalam kejadian pecah masuk sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mulut mangsa, R Manivanan, 35, disumbat dengan gumpalan kertas sebelum dihumban dalam bilik suis utama sekolah sambil ditemani seorang penjenayah ketika enam yang lain memecah masuk pejabat pengetua sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang membuat rondaan di kawasan belakang sekolah kira-kira jam 2.10 pagi dan dibelasah sehingga pengsan akibat tidak tahan menanggung kesakitan selepas seminggu menjalani pembedahan apendiks.

“Saya bertugas di bahagian belakang sekolah manakala, rakan saya bertugas di pintu hadapan. Ketika rondaan itu, seorang lelaki bertopeng memaut dari belakang dan mencucuk leher saya dengan menggunakan pemutar skru dan enam lain baru keluar dari kawasan semak berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Menurutnya, dia merayu kepada perompak terbabit supaya tidak menerus niat membunuhnya ketika salah seorang dari kumpulan terbabit mahu berbuat demikian.

“Saya terus merayu dilepaskan kerana saya mempunyai empat anak dan seorang isteri yang sedang mengandung dua bulan. Penjenayah yang jaga saya meminta rakannya tidak mencederakan tambahan tangan kanan saya tidak boleh bergerak,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan kejadian kedua dalam masa dua minggu apabila kejadian pecah masuk sebelum ini membabitkan kerugian lebih RM14,000 selepas penjenayah memecah masuk bilik guru sekolah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sebanyak 80 telefon bimbit milik pelajar sekolah dikebas selain wang tunai lebih RM400 dan peralatan komputer berjaya dilarikan suspek.

“Kita menerima empat laporan polis berhubung kejadian itu dan mangsa mengalami kecederaan akibat dipukul di dada dan perut. Pejabat pentadbiran sekolah terbabit ada tanda-tanda pecah masuk,” katanya.