Search This Blog

Thursday, July 18, 2013

NGERI! REMAJA MATI DIKEPIT PINTU LIF



Ngeri! Remaja Mati dikepit pintu lif (2 GAMBAR) | Kuala Lumpur: “Saya terkejut melihat kanak-kanak itu terus mendiamkan diri sebaik kepala dan badannya dari paras pinggang ke atas tersepit di pintu lif,” kata Mohd Nor Asyraf Saifuddin, 17, saksi kejadian ngeri meragut nyawa, Khairul Amir Azri Lani, 11, dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Sungai Besi, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah bersama 17 yang lain berada di dalam lif untuk naik ke tingkat tiga kerana mahu ke rumah neneknya.

Asyraf berkata, kanak-kanak itu cuba memanjat tembok apabila lif tiba-tiba rosak antara tingkat dua dan tiga sebelum ia tiba-tiba terhempas menimpa mangsa.

Katanya, lif itu pada awalnya mahu terhempas, tetapi berhenti sebelum pintu terbuka menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengambil keputusan untuk melompat keluar.

ANGGOTA paramedik memeriksa keadaan jenazah Khairul Amir di dalam lif.

“Pada awalnya ada seorang kanak-kanak lain yang mahu melompat keluar, tetapi saya sempat menariknya sebelum mangsa nekad keluar.

IBU Khairul, Nor Hazilah Mat Zain pengsan sebaik mayat anaknya dikeluarkan dari dalam lif.

Pelajar Mengandung Dirogol Abang Kandung Durjana

hamilCHUKAI – Perbuatan terkutuk seorang pelajar tingkatan lima yang tergamak menjadikan adik kandungnya sendiri sebagai pemuas nafsu terbongkar apabila mangsa mengalami keguguran, tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa yang juga pelajar tingkatan dua dan bersekolah di sekolah sama dengan abangnya itu mengalami keguguran sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.
Menurutnya, suspek dipercayai merogol adiknya itu pada pertengahan April lalu dalam kejadian di rumah mereka di sebuah kampung di Chukai.
Bagaimanapun, mangsa tidak menceritakan perbuatan sumbang yang dilakukan oleh abangnya itu kerana telah diugut oleh abangnya itu.
“Hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan mangsa mengandung 12 minggu dan doktor yang merawat mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Chukai.
“Bagaimanapun mangsa masih lagi dirawat di wad bagi memastikan keadaan kesihatannya kembali pulih,” katanya.
Akibat perbuatan terkutuknya terbongkar, suspek bertindak melarikan diri dan kini diburu pihak polis.
Che Suza berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang jika sabit kesalahan pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan. -Sh

Pelajar IPT Dirogol Kejam Teman Lelaki

gadKUALA KANGSAR – Seorang pelajar sebuah istitusi pengajian tinggi (IPT) di sini dirogol teman lelakinya, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suspek berusia 48 tahun itu menggunakan helah mengajak mangsa keluar bersiar-siar di sekitar pekan Kuala Kangsar sebelum berhenti di sebuah rumah kosong bagi melakukan perbuatan terkutuk itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad, mangsa bersetuju untuk keluar dengan suspek setelah lelaki tersebut menghubungi mangsa dan mengajaknya bersiar-siar.
“Suspek membawa pengadu keluar berjalan-jalan di pekan sebelum mereka tiba di sebuah rumah kosong. Malangnya mangsa tidak tahu lokasi rumah berkenaan.
“Lelaki tersebut kemudian mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Gadis itu dalam keadaan terpaksa telah melakukan hubungan seks dengan suspek,” katanya.
Abdul Gaffar berkata, suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah selepas melakukan kegiatan tersebut.
Menurutnya, mangsa membuat laporan mengatakan dia dirogol di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar pada Ahad lepas.
Abdul Gaffar berkata, suspek yang juga kakitangan IPT berkenaan menyerah diri di IPD Kuala Kangsar pada hari sama mangsa membuat laporan polis.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta hukuman sebat. -Sh

Bangkai khinzir dibuang di perkuburan Islam



PERTH - Polis Australia sedang melakukan siasatan berikutan penemuan dua bangkai khinzir di tanah perkuburan Islam Rockingham di Baldivis, barat Perth, Australia.

Media tempatan melaporkan, kejadian itu berlaku ketika beberapa keluarga menziarahi kawasan perkuburan itu untuk membersihkan kawasan terbabit sempena Ramadan.

“Mereka turut menemui kepala dan organ dalaman khinzir bertaburan di atas kubur,” menurut laporan AFP.