Search This Blog

Thursday, July 11, 2013

300 kediaman musnah dalam kebakaran


Manila: Kira-kira 300 kediaman musnah dalam kebakaran yang melanda kawasan setinggan di bandar raya ini, semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilapor berlaku tetapi kira-kira 1,000 orang hilang tempat tinggal.
“Ramai yang tinggal sehelai sepinggang,” kata jurucakap bomba tempatan.

Pihak berkuasa berkata, lebih 1,000 penduduk hbertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.


Kebanyakan kediaman itu dibuat daripada kayu sekerap dan plastik.


Kebakaran selama dua jam itu diburukkan lagi dengan letupan sebuah tong gas.

Seorang penyiasat berkata, kebakaran itu mungkin berpunca daripada litar pintas.

Kira-kira 35 peratus daripada 14 juta penduduk di Manila tinggal di kawasan setinggan. - AP

Tanah runtuh: Angka kematian meningkat

BEIJING - Angka kematian dalam insiden tanah runtuh di wilayah Sichuan, barat daya China meningkat kepada 18 susulan penemuan enam lagi lagi mayat setakat 2.10 petang Khamis.

Siasatan awal menunjukkan 107 orang dilapor hilang atau tidak dapat dihubungi, kata pihak berkuasa tempatan.

Agensi berita Xinhua melaporkan kira-kira 1.5 juta meter padu lumpur, batu dan sisa runtuhan menimbus kawasan sepanjang dua kilometer.

Antara 30 dan 40 mangsa daripada 11 keluarga dipercayai tertimbus dalam kejadian itu yang berpuca daripada hujan lebat pada pagi Rabu, di bandar Zhongxing, kota raya Dujiangyan. - Bernama

30 sami Thai dilucut jawatan

BANGKOK 10 Julai - Lebih 30 sami di negara ini, dilucutkan jawatan selepas terlibat dengan penyalahgunaan dadah, skandal terbaharu melanda sami Buddha di negara ini.
"Penduduk kampung sering mengadu terdapat perhimpunan yang mencurigakan di kuil-kuil dan kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah," kata seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali.
Katanya, kesemua (sami) yang menjalani pemulihan dan berhenti mengambil dadah akan dibenarkan kembali ke kuil.
Rakaman video terbaharu menunujukkan tiga sami menaiki jet peribadi dengan memakai cermin mata hitam dan membawa beg jenama mahal Louis Vuitton, yang mencetuskan kekecohan di negara yang dikuasai penganut Buddha ini.
Salah seorang daripada mereka, Luang Pu Nen Kham turut disiasat kerana disyaki terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuk seks, mengelak cukai dan penggubahan wang haram, kata Jabatan Penyiasatan Khas, Kementerian Kehakiman. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130711/lu_08/30-sami-Thai-dilucut-jawatan#ixzz2YmoJ7KJE
© Utusan Melayu (M) Bhd