Search This Blog

Wednesday, July 10, 2013

Tanah runtuh: 30 orang dikhuatiri tertimbus


10 Julai 2013

BEIJING - CHINA. - Kira-kira 30 hingga 40 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Provinsi Sichuan, China, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat pada sebelah pagi di bandar Zhongxing, Bandaraya Dujiangyan, menurut laporan agensi berita kerajaan, Xinhua.

Dilaporkan kumpulan pertama pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian pada kira-kira 12.15 tengah hari. - Bernama