BEIJING - CHINA. Bekas Menteri Kereta Api China, Liu Zhijun, dijatuhi hukuman gantung kerana terlibat dalam skandal rasuah terbesar negara, semalam.
Media tempatan melaporkan, Zhijun, 60, didapati bersalah menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
Dipetik laporan AFP, beliau dituduh menggunakan kuasanya bagi membantu 11 persatuan perniagaan memperoleh projek dengan menerima 64.6 juta yuan (RM33 juta) sebagai habuan antara 1986 dan 2011.
Sementara itu, undang-undang China memperuntukkan hukuman gantung sampai mati kepada mana-mana individu mengambil rasuah melebihi 100,000 yuan (RM52,300).
Peguamnya, Qian Liu berkata, pihaknya tidak akan membuat rayuan terhadap kerana harapan untuk memenangi kes itu sangat tipis.