Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Tiada jeritan diperkosa


Kuala Lumpur: Tiada jeritan didengari ketika berlakunya kes rogol di perkampungan sukan Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, situasi itu menyebabkan pengawal keselamatan yang bertugas tidak mengesan kejadian rogol terbabit, apatah lagi dia dilaporkan berlaku dalam bilik mangsa.


Beliau berkata, pihaknya memang menitikberatkan isu keselamatan atlet dengan mengasingkan atlet lelaki dan wanita, malah MSN turut bekerjasama dengan polis bagi menjamin keselamatan setiap atlet yang bertanding dalam satu-satu temasya.


“Kami sudah mengetatkan kawalan keselamatan dan mendapat kerjasama polis malah pihak UPM sendiri melanjutkan tugas pegawai keselamatan mereka untuk membuat kawalan demi keselamatan atlet.


“Pengawal keselamatan sentiasa membuat rondaan tapi atlet terlalu ramai dan mereka ini bertaburan di beberapa kolej.


“Kejadian (rogol) ini pula bukan berlaku di kawasan yang boleh dipantau pengawal keselamatan. Bila atlet masuk ke bilik ia bukan lagi tanggungjawab pegawai keselamatan.

“Polis juga tidak boleh periksa setiap bilik kecuali ada terdengar dia bertempik atau meraung dan kita dilaporkan tiada perkara itu berlaku jadi kalau di bilik lebih kepada atlet sendiri dan mungkin pengurusan pasukan,” katanya menambah pihaknya memandang serius perkara itu.


Zolkples berkata, seramai 5,000 atlet terbabit pada temasya ke-16 itu dan MSN mengikut garis panduan penginapan yang ditetapkan oleh pengurusan UPM dengan mengasingkan atlet lelaki dan wanita.

Tegasnya, ada segelintir atlet dilaporkan menukar bilik sesuka hati sebagai contohnya atlet bola tampar pantai yang menukar bilik tanpa mendapat kebenaran dan apabila perkara itu diketahui mereka dipaksa untuk kembali ke blok yang ditetapkan.


Zolkples berkata, kejadian itu adalah yang pertama berlaku dalam sejarah SUKMA sekali gus ia mencacatkan kelancaran temasya yang berakhir semalam.


Namun Zolkples menyifatkan perkara itu sebagai kes terpencil dan boleh terjadi di mana-mana dan malangnya ia berlaku di perkampungan sukan.


Mengulas mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap pesalah kes itu, Zolkples berkata, dia akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dengan pengurusan.

Dua beradik diserang ketika bertugas


Georgetown: Dua beradik yang bekerja sebagai pengawal keselamatan terpaksa menanggung azab apabila diserang sekumpulan lelaki yang mengamuk dan memukul mereka yang ketika itu bertugas di tempat kerja di Taman Botanikal, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 19 dan 22 tahun dipukul dengan kayu dan dilontar dengan batu oleh sekumpulan empat lelaki yang tidak berpuas hati kerana mendakwa seorang daripada dua beradik terbabit menyembunyikan adik perempuan mereka.

Ros berdarah!


Kaherah: “Mata saya melihat sendiri seorang penyokong Presiden Mesir, Dr Muhamed Mursi ditembak tepat di kepala hingga mati sebaik menyerahkan sekuntum bunga ros kepada seorang anggota tentera,” kata pengamal media, Mustafa Zakaria Abdul Hamid, 29.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, mangsa berusia 20-an menghampiri anggota tentera yang bertugas berhampiran Istana Presiden Hars Jumhuriah bagi menyerahkan bunga ros itu sebagai simbol keamanan.


“Lelaki terbabit yang menyerahkan bunga ros berkenaan bagaimanapun ditembak di kepala dari arah belakang oleh anggota tentera terbabit.

“Keadaan kemudian menjadi kelam-kabut sejurus itu apabila berpuluh gas pemedih mata dilepaskan pihak tentera ke arah ribuan penunjuk perasaan yang membanjiri hadapan Istana Presiden bagi menuntut supaya Muhamed Mursi dibebaskan dan dikembalikan kuasa beliau,” katanya.


Menurutnya, turut menjadi mangsa seorang jurutera, Subhi Al Haddad, 34, penyokong kuat gerakan Islam Ikhwan Muslimin berasal dari bandar Baltim, Wilayah Kafr Syeikh.


“Dalam kejadian Jumaat lalu, Subhi ditembak mati sebaik menggantung poster gambar Mursi di pagar berduri dipasang pihak tentera di hadapan bangunan pengawal Republik berhampiran istana presiden.

“Bagaimanapun, seorang pegawai tentera yang berada di lokasi kejadian mengoyakkan poster berkenaan menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara Subhi dan pegawai tentera itu,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang juga bapa kepada dua anak kecil bagaimanapun ditembak mati di kepala secara mendadak oleh pegawai tentera berkenaan.

“Tindakan kejam itu menunjukkan pihak tentera tidak menghiraukan nyawa rakyat dan sanggup bersekongkol dengan Ketua Majlis Tentera Mesir, Abdul Fatah As-Sisi untuk merampas kuasa daripada Muhamed Mursi.


“Kekejaman pihak tentera terus berlarutan apabila seramai enam penyokong Mursi dibunuh di istana Presiden, 16 mangsa di Dataran Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah dan 25 lagi mangsa di wilayah Iskandariah sejak Rabu lalu,” katanya ketika ditemui berhimpun secara aman di Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini, semalam.


Turut ‘berkampung’ di dataran itu lebih 100 ribu penyokong yang berhimpun sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman dilakukan terhadap Mursi dan rakyat Mesir.


Pada masa sama pemimpin kumpulan Islam yang menyokong Mursi terus ditekan apabila pejabat Pendakwa raya Selatan Giza menahan reman Presiden Parti Rayahm, Syeikh Hazim Solah Abu Ismail atas tuduhan merancang pembunuhan penunjuk perasaan dan menyalurkan bantuan senjata api kepada penyokong presiden Mursi, semalam.


Langkah sama diambil pejabat pendakwaraya selatan Kaherah turut mengeluarkan perintah menahan Ahli Jawatan Kuasa Parti Kebebasan dan keadilan (FJP) Pusat, Dr Mohammaed El-Biltajim, Naib Presiden FJP, Dr Esom Eryan dan pendakwah islam, Dr Sofwat Hijazi selepas turut dikaitkan dengan jenayah sama.

‘Diam’ selepas sapa suami


Kuala Krai: “Sejurus kemalangan, isteri sempat bertanya ‘macam mana ni bang?’ sebelum terus mendiamkan diri. Ketika itu saya sudah merasakan isteri sudah tiada. Pada masa sama, anak bongsu menangis kesakitan kerana tersepit,” kata Ishak Yaakob, 57, suami Salmah Che Kub, 48, yang maut selepas lori dinaiki mereka melanggar pacuan empat roda sebelum hilang kawalan lalu merempuh pokok mempelam di Kilometer 94.1 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, Salmah dari Kampung Baruh Kercut, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan selain hancur tangan kanan manakala anaknya daripada tiga anaknya yang menaiki lori itu, Izzah Irdina Ishak, 5, parah dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


Ishak dan dua lagi anaknya Iffah Irdina, 9, serta anak hasil perkahwinan pertama Salmah, Syaza Syahrain Shafin, 24, cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Krai.

Mayat Salmah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bujuk, Tok Uban, Pasir Mas, jam 12 tengah malam tadi. Ishak yang memandu lori itu berkata, mereka dia bersama isteri dan tiga anaknya dalam perjalanan dari rumah mentuanya di Kampung Baruh Kercut pada jam 11.30 pagi dengan membawa anak getah untuk dihantar ke Kuala Lipis, Pahang sebelum pulang ke rumah mereka di Kuala Selangor, Selangor.


Menurutnya, lorinya berlanggar dengan Toyota Hilux yang tiba-tiba membelok ke kanan sebelum hilang kawalan lalu merempuh pokok mempelam di depan sebuah rumah tidak berpenghuni.


“Saya turun meminta bantuan penduduk membantu saya mengeluarkan isteri dan anak tetapi tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan.

“Ramai datang tetapi kebanyakannya bukan membantu, sebaliknya mengambil gambar. Mujur ada sepasukan tentera berhenti di tempat kejadian dan membantu kami sebelum ambulans tiba,” katanya.


Katanya, dia reda dengan kejadian itu yang dianggapnya sebagai takdir.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Nuraddin Din Wahab mengesahkan kejadian.

Alat tangkap ikan dikebas


Alor Gajah: Seorang nelayan yang juga penerima bantuan program e-Kasih terpaksa berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas perahu dan peralatan menangkap ikan yang disimpan dalam bangsal dikebas pencuri di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Daud Yusof, 41, menyedari ketiadaan perahu itu ketika singgah di sebuah warung berhampiran dan menyangka ia digunakan anak saudaranya.


“Saya sangka anak saudara keluar awal ke laut mencari ikan namun apabila diperiksa, saya mendapati dia berada di rumah dan yakin perahu itu dicuri,” katanya.

Menurutnya, dia bersama abang dan adiknya turun ke laut menggunakan perahu itu secara bergilir-gilir dan kali terakhir melihatnya pada jam 10 malam kelmarin.


“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan potongan pada tali digunakan untuk mengikat perahu selain beberapa tapak kasut dan kaki di sekitar tempat kejadian,” katanya.


“Kami kini hilang punca pendapatan dan tidak mampu untuk membeli perahu baru,” katanya. yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Nelayan Kampung Telok Gong Mohammad Arshad berkata, kehilangan perahu dan peralatan nelayan di situ bukan perkara baru.

Amah dihadap mahkamah bunuh ibu mentua hakim


Alor Setar: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang warga emas yang juga ibu mentua kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar pada hujung bulan lalu.

Tertuduh Dedek Lena, 41, dari Batu Besar, Batam yang memakai baju lokap berwarna ungu hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Um Zarul An Nur Umar.


Mengikut kertas pertuduhan, Dedek Lena didakwa membunuh Che Siah Wan Nik, 76, di sebuah rumah bernombor B26 Taman Serindik hadapan Sekolah Tengku Sopiah, Jalan Langgar kira-kira jam 11.25 pagi pada 24 Jun lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.


Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang warga emas menemui ajal dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidur utama selepas ditikam dipercayai oleh pembantu rumahnya dalam kejadian samun.

Polis reman 3 atlet


Kuala Lumpur: Tiga atlet bola baling yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) berakhir semalam, ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kejadian rogol di perkampungan temasya sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, Rabu lalu.

Penahanan tiga lelaki berusia belasan tahun itu dilakukan selepas seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga atlet membuat laporan di Balai Polis Serdang, di sini, mendakwa dirogol bergilir-gilir ketika dia dalam keadaan mabuk.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan berkenaan.

“PDRM memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan penggiat sukan.


“Kita akan lakukan siasatan terperinci mengenai kes ini,” katanya yang juga mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek. Akhbar semalam melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti berkenaan.


Siasatan lanjut mendapati mangsa pada mulanya mendakwa mengambil minuman keras bersama rakan sepasukan kerana tertekan selepas mengalami kekalahan dalam pertandingan.

Jumpa rakan di celah gerai

Seremban: Seorang pembantu gerai ayam ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di Pasar Besar Seremban, di sini, semalam, dipercayai dipukul individu tidak dikenali sebelum ditinggalkan di situ.
Difahamkan, lelaki berusia 48 tahun itu ditemui berhampiran gerai di tingkat dua pasar berkenaan oleh rakannya yang kebetulan mahu membersihkan kawasan berkenaan untuk berniaga, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menyiasat motif serangan itu sama ada mangsa dirompak atau mendapat kecederaan sendiri berikutan lelaki itu masih tidak sedarkan diri dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
“Berikutan mangsa masih tidak sedarkan diri, kita tidak dapat mengetahui bagaimana dia mendapat kecederaan di kepala sekali gus merakam percakapannya.

“Justeru, kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan mahu orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berusia 40-an berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ namun masih boleh menggerakkan kakinya seperti meminta pertolongan.
Foto
MANGSA diusung ke hospital menaiki motosikal rakannya.
“Saya sedar mangsa berada di celahan gerai apabila dia mengangkat kedua-dua kakinya untuk memaklumkan dia berada di situ. “Sebaik menjenguk, saya terkejut melihat kepala dan muka mangsa berlumuran darah sebelum terus menghubungi pasukan paramedik untuk menghantarnya ke hospital,” katanya.

Menurutnya, dua minggu lalu kejadian sama berlaku yang menyebabkan seorang lelaki cedera selepas disamun di tandas awam di pasar berkenaan.

Lelaki mati terjun tingkat 22


Georgetown: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan ngeri apabila terjun dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Jalan Vetenari, Jelutong, di sini. semalam.

Kejadian jam 5 petang itu mengejutkan beberapa penduduk yang berehat di rumah sejurus terdengar dentuman kuat di kawasan parkir motosikal pangsapuri berkenaan.


Menurut sumber, polis menerima panggilan kecemasan yang menyatakan seorang lelaki maut selepas terjun dari pangsapuri berkenaan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kami dapati mayat mangsa ditemui tertiarap dengan keadaan ngeri di kawasan parkir itu.


“Mangsa yang maut itu berseluar pendek berkotak hitam serta memakai baju-T merah dan identiti sebenar mangsa belum diketahui termasuk punca kejadian,” katanya.

Skuad khas berkas 200 pengedar dadah

PUTRAJAYA 7 Julai - Satu skuad khas yang baru ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 4 Julai lalu bagi memburu pengedar dadah termasuk yang dikategorikan sebagai 'jerung' telah menunjukkan prestasi baik dengan berjaya menahan lebih 200 pengedar di Kuala Lumpur dan Selangor.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, skuad yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu kini akan memperluaskan operasinya di tiga buah negeri 'panas' iaitu Pulau Pinang, Johor dan Perak.
"Saya mahu polis cari hingga lubang cacing pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai tapak pengedaran terutamanya ke Indonesia dan Australia.
"Kita tidak bertoleransi dengan pengedar dadah skala kecil atau besar. Kita akan menguatkuasakan semua peruntukan yang ada dalam Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Antidadah Antarabangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Daud Tahir dan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Zuraidah Mohamed.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, arahan turut dikeluarkan kepada pucuk pimpinan agensi di bawah kementerian supaya tidak berlembut terhadap pegawai yang terlibat dalam pengedaran dadah.
"Jika ada pegawai atau kakitangan polis, AADK atau penjara yang terlibat, mereka akan dikenakan tindakan paling keras mengikut undang-undang," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan akan mengawal penggunaan daun ketum mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 jika keadaan memerlukan.
"Jika boleh menyebabkan ketagihan, maka ADB perlu merangkumi daun ketum. Ia boleh dilakukan melalui pindaan akta jika keadaan memerlukan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130708/je_01/Skuad-khas-berkas-200-pengedar-dadah#ixzz2YS2eMEr3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jangan politikkan kematian Murugan - Polis

IPOH 8 Julai - Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengingatkan pihak tertentu agar tidak mempolitikkan kes kematian K. Murugan, pembantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) K. Vasantha Kumar, bagi memastikan ia tidak menganggu siasatan polis.
Beliau berkata, polis tidak pernah menutup kes itu dan masih meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut dengan setiap minggu mengumpul bukti-bukti bagi mengenal pasti motif kematian.
Setakat ini, 12 individu ditahan dan 14 keterangan saksi direkodkan untuk membantu siasatan, katanya.
"Sepatutnya pihak tersebut memberi keyakinan penuh kepada polis Perak kerana kejadian ini berlaku di Perak. Tidak timbul soal kes ini perlu diambil alih polis Bukit Aman," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai terdapat pihak tertentu tidak berpuas hati dengan perjalanan siasatan polis berhubung kematian Murugan yang ditemui terapung di sebuah tasik di Batu Gajah, Mei lepas.
Mohd. Shukri juga meminta pihak tertentu supaya tidak membesar-besarkan isu ini kepada media tanpa merujuk kepada polis terlebih dahulu. Sementara itu, beliau berkata, indeks jenayah Perak menurun 11.7 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan dalam tempoh itu 2,007 daripada 3,805 kes jenayah yang direkodkan diselesaikan.
"Penurunan indeks jenayah ini telah melepasi sasaran yang telah ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya.
Katanya, pencapaian ini meningkat dua kali ganda daripada sasaran yang ditetapkan sebanyak lima peratus. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130708/je_08/Jangan-politikkan-kematian-Murugan---Polis#ixzz2YS2WY951
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 maut kemalangan berasingan di PD

PORT DICKSON 8 Julai - Seorang kakitangan Jabatan Vaterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seorang belia maut dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di sekitar daerah ini semalam.
Mangsa, N. Manimaran, 24 yang menunggang motosikal jenis Honda dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 19.3 Lebuh Raya Port Dickson-Seremban sekitar pukul 5.30 pagi semalam.
"Siasatan awal polis mendapati, kedua-dua kenderaan itu telah bergesel sebelum mangsa yang menunggang motosikal telah terjatuh menyebabkan kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,' kata jurucakap polis.
Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan maut, mangsa seorang belia, Cheok Choon Wei, 27, yang menunggang motosikal bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 6.9 Jalan Seremban arah Lukut di Port Dickson pada pukul 4 pagi semalam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130708/je_07/2-maut-kemalangan-berasingan-di-PD#ixzz2YS2DZhPF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

689 ditahan Ops Tapis Khas sekitar KL

KUALA LUMPUR 8 Julai - Polis menahan 689 orang bersabit pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur selama dua hari bermula Jumaat lepas.
Timbalan Ketua JSJN Kuala Lumpur, Supritendan Adnan Azizon berkata, dalam operasi yang berakhir petang semalam itu, polis turut merampas 134.73 gram dadah membabitkan heroin, ganja, erimin 5 dan syabu.
Mereka yang ditahan berusia antara 18 dan 51 tahun, dengan 58 daripadanya adalah wanita.
"Hasil saringan awal air kencing didapati seramai 458 orang positif pelbagai jenis dadah dan 231 orang pula didapati negatif," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Kesemua yang ditahan itu merupakan warga tempatan dan mereka yang didapati positif dadah akan dituduh di bawah Seksyen 3(1)(A) Akta Penagihan Dadah (rawatan dan pemulihan) 1983, katanya.
Adnan berkata, antara kawasan panas yang menjadi tumpuan operasi ialah di sekitar Chow Kit dan di situ sebanyak 130 orang ditahan dan kesemua mereka didapati positif dadah.
Beliau berkata, operasi itu dijalankan serentak di setiap daerah di Kuala Lumpur bagi menangani masalah penagihan dan pengedaran dadah serta membendung peningkatan kadar jenayah.
Katanya, polis akan meneruskan pemantauan dan menjalankan operasi seperti itu bagi memastikan tempat-tempat yang dipercayai aktif dengan aktiviti pengedaran dadah dapat dibanteras.
Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya berjaya menumpaskan 10 kumpulan pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu bernilai kira-kira RM8.8 juta di sekitar Lembah Klang bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130708/je_10/689-ditahan-Ops-Tapis-Khas-sekitar-KL#ixzz2YS23PpO4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat wanita kesan kelar di dusun durian

BALIK PULAU 8 Julai - Mayat seorang wanita dengan kesan kelar di leher ditemui dalam dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Genting di sini hari ini.
Mayat wanita berumur dalam lingkungan 20-an itu ditemui tersangkut pada pagar sempadan kem itu oleh seorang pengutip durian pada pukul 8.30 pagi. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui di kawasan itu.
"Selain kesan kelar sepanjang 10 sentimeter di leher wanita itu, terdapat juga kesan luka di belakang kepala dan badan mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya wanita berkulit cerah dengan ketinggian 163 sentimeter itu dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke kawasan dusun itu.
"Polis percaya suspek mencampakkan mangsa ke bawah cerun bukit sebelum badannya tersangkut pada bahagian pagar sempadan kem PLKN berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, wanita yang berkulit cerah dan tidak mempunyai tanda suntikan vaksin BCG pada lengannya itu memakai baju berwarna kelabu dan seluar dalam hitam.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130708/je_12/Mayat-wanita-kesan-kelar-di-dusun-durian#ixzz2YS0wjSeL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suami isteri maut rempuh lori di Sungkai

IPOH 8 Julai - Sepasang suami isteri maut apabila kereta mereka merempuh sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Utama Sungkai-Felda Besout di sini, malam tadi.
Mohd. Pohari Mulyati, 61, dan isteri Siti Sa'idiah Pardi, 58, mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Mayat mereka di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Othman Nayan berkata, dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, kereta Proton Wira yang dipandu Mohd. Pohari terperosok ke bawah lori selepas merempuh lori itu dari arah belakang.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Slim River, Md. Zain Mohd. Saaidin berkata, lampu pada bahagian belakang lori tidak menyala menyebabkan pemandu kereta merempuh lori berkenaan.
"Akibat pelanggaran itu kereta mangsa terperosok di bawah lori sehingga menyebabkan kelapa sawit jatuh pada bahagian depan kereta dan kedua-dua mangsa tersepit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pemandu lori terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dan usaha mencari sedang giat dijalankan, katanya. -


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130708/je_13/Suami-isteri-maut-rempuh-lori-di-Sungkai#ixzz2YS0fUZMw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kes saman khatib selesai luar mahkamah


Shabudin Yahaya (kiri) bersalaman dengan Zakaria Ahmad selepas bersetuju menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah di Mahkamah Jenayah Tinggi 1 di Pulau Pinang, semalam. - Utusan/Sazali Che Din
PULAU PINANG 5 Julai - Seorang khatib hari ini menarik balik tuntutan saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, dan syarikat penerbitan akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. dan New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP).
Zakaria Ahmad selaku plaintif memaklumkan demikian di Mahkamah Tinggi di sini dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.
Berikutan perkembangan tersebut, Hakim Datuk Zamani A. Rahim membatalkan kes saman fitnah berkenaan.
Hakim Zamani berkata, tindakan plaintif dan kesemua defendan yang bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah jelas menunjukkan satu semangat yang sangat baik.
"Memandangkan Ramadan hampir tiba, adalah baik untuk kita saling bermaaf-maafan dan sebagai manusia kita sememangnya tidak lekang daripada melakukan kesilapan.
"Jadi sifat memaafkan perlu ada agar kita semua dapat menikmati kehidupan dengan lebih aman dan damai,'' kata beliau.
Hakim Zamani juga berkata, penarikan semula tuntutan tersebut sekali gus menjimatkan masa semua pihak terutama mahkamah, plaintif dan defendan.
Pada November 2010, Zakaria yang merupakan seorang ahli Pas, memfailkan saman terhadap Utusan Melayu beserta Shabudin; wartawan Utusan Malaysia, Azeli Ali, dan Pengarang Mingguan Malaysia, Mohd. Zin Mahmud.
Saman itu dikemukakan berhubung artikel Doa dibacakan dalam bahasa Melayu - Shabudin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 22 Ogos 2010 yang didakwa telah merosakkan reputasinya.
Tuntutan sama juga dilakukan oleh adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Datuk Seri Hassan Ahmad itu terhadap NSTP beserta dua yang lain iaitu Ketua Pengarang Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan wartawannya, Amin Ridzuan Ishak berhubung artikel Khatib terus doakan Guan Eng yang disiarkan Berita Harian pada tarikh sama.
Zakaria semasa menjadi khatib jemputan di Masjid Jamek Padang Menora, Bukit Mertajam dekat sini pada 25 Jun 2010 didakwa menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa membacakan doa khutbah solat Jumaat di masjid berkenaan tanpa menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri.
Dalam kes berkenaan, Zakaria diwakili peguam Azhar Ahmad manakala Utusan Malaysia diwakili peguam TKB Mohana Kumar dan Shabudin diwakili peguam, Azmer Mohd. Saad.
NSTP pula diwakili oleh peguam Rueben Mathiavaranam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130706/ma_02/Kes-saman-khatib-selesai-luar-mahkamah#ixzz2YS01sZc4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua beradik gagal dapat permohonan semakan


PUTRAJAYA 5 Julai - Dua beradik perempuan diperintah oleh Mahkamah Rayuan hari ini menjalani hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap dua tuduhan mencederakan dan dua tuduhan mencabul kehormatan seorang pembantu rumah warganegara Indonesia, hampir 10 tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh Wong Choy Ling, 42, dan adiknya, Wong Choy Kin, 40.
Kedua-duanya memohon untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan terdahulu yang menolak permohonan mereka bagi mendapat kebenaran merayu. Kebenaran Mahkamah Rayuan diperlukan bagi merayu keputusan kes yang bermula di Mahkamah Majistret.
Kedua-dua beradik itu didakwa mencederakan dan mencabul mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun dengan cara memasukkan pisang, hujung botol minuman 100 plus dan biskut ke dalam kemaluannya.
Mereka diwakili oleh peguam-peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Rajpal Singh manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130705/ma_02/Dua-beradik-gagal-dapat-permohonan-semakan#ixzz2YRzFPu00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pegawai Petronas didakwa terima rasuah RM13,800

ALOR SETAR 8 Julai - Seorang pegawai kanan Petronas hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan menerima rasuah RM13,800 sebagai upah pembekalan Cecair Gas Asli (NGL) kepada sebuah syarikat pada 2008.
Ishak Hashim, 47, Pengurus Kanan Pengurusan Risiko Pelanggan Petronas, yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah RM23,000, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Rosli Osman.
Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Logistik, Kumpulan Minyak Mentah di Petronas, didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 1485, Kampung Alor Janggus, Napoh, dekat Jitra, pada 12 tengah hari antara 15 hingga 20 Jun 2008.
Ishak didakwa meminta suapan RM200 bagi setiap lori daripada Pengarah Syarikat Erision Chem Sdn Bhd iaitu Choo Ka Ckye dan Abdul Khair Walli Mohamed melalui akaun Maybank rakannya, Syed Mustaffa Syed Abu Bakar sebagai upah pembekalan NGL sebanyak 69 lori.
Dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Ishak diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Hakim Mohd. Rosli membenarkan kes Ishak disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Julai ini.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi manakala Ishak diwakili peguam Jasvinderjit Singh.
Ishak dan seorang rakannya, Idris M.Suhud, 47, didakwa dengan lapan pertuduhan rasuah berjumlah RM426,000 dan empat pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM385,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lepas.
Beliau didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM23,000 sebagai upah pembekalan NGL kepada sebuah syarikat kontraktor pembelian minyak.
Sementara itu, di mahkamah sama, seorang anggota polis, Koperal Ab. Razak Yaakub, 53, mengaku tidak bersalah menerima rasuah RM100 daripada peniaga barang lusuh, Siva Shanker sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana menjalankan perniagaan tanpa permit di Langkawi.
Dia yang bertugas di Balai Polis Kuah, melakukan perbuatan itu di Restoran Haji Ali, Langkawi pada 7.55 malam 19 Jun tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Fieza Fazlin manakala Ab Razak tidak diwakili peguam. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130708/ma_02/Pegawai-Petronas-didakwa-terima-rasuah-RM13800#ixzz2YRyrUYSX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahli perniagaan didenda RM10,000 tawar rasuah


SHAH ALAM 8 Julai - Seorang ahli perniagaan dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM70,000 kepada seorang pembantu penguat kuasa kanan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Februari lepas.
Hakim Asmadi Hussin turut memerintahkan C. Pasupathy, 35, menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya dia gagal membayar denda.
Pasupathy bagaimanapun membayar denda itu.
Tertuduh didakwa menawarkan wang sogokan itu kepada Azahar Said sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana melakukan kesalahan memiliki minyak diesel tanpa lesen mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Batu 7 1/2 Puchong Kajang, Pulau Meranti, Puchong, dekat sini, pukul 5 petang, 13 Februari lepas.
Pasupathy didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya.
Terdahulu, peguam Datuk P.M. Nagarajan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah hanya mengenakan denda ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh merupakan pesalah pertama dan memberi kerjasama baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Nor Azah Kasran. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130708/ma_03/Ahli-perniagaan-didenda-RM10000-tawar-rasuah#ixzz2YRycz5RS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rayuan pemandu teksi dibenar

PUTRAJAYA 8 Julai - Bekas pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Syafiah Humaira Sahari, 3, yang merupakan anak teman wanitanya, tiga tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap perayu selepas mensabitkannya atas kesalahan menyebabkan kematian kanak-kanak itu tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 26 Februari 2010.
Bekas pemandu teksi itu didakwa membunuh Syafiah Humaira di sebuah padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini pada pukul 6.30 petang, 25 Februari 2010. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130708/ma_04/Rayuan-pemandu-teksi-dibenar#ixzz2YRyNJRKa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rahsia dua kelab malam sentiasa dipenuhi pelanggan terbongkar


sebahagian daripada GRO yang ditahan dalam serbuan di Taman KIP, Kepong, Kuala Lumpur, malam semalam.
KUALA LUMPUR 7 Julai - Rahsia dua buah kelab malam di Taman KIP, Kepong dekat sini yang sering dipenuhi dengan pelanggan sehingga pagi terbongkar selepas premis itu diserbu polis tengah malam tadi.
Dalam serbuan itu, seramai 26 gadis pelayan pelanggan (GRO) termasuk 12 warga asing berpakaian seksi dan menggiurkan ditahan.
Premis itu turut dikesan memaparkan gambar-gambar GRO di hadapan premis bagi menarik pelanggan.
Jurucakap polis memberitahu, serbuan dilakukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pukul 12.30 tengah malam.
Katanya, ketika ditahan, kesemua GRO yang berusia 16 hingga 36 tahun itu sedang ghairah menari tiang serta melayan pelanggan lelaki.
"Semakan mendapati 12 dari GRO ini adalah warga asing yang terdiri dari dua orang warga China, Vietnam (4) dan Thailand (6). Kesemua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.
"Polis juga mendapati dua premis yang diserbu ini dimiliki individu sama dan didapati beroperasi sehingga pukul 4 pagi kerana sentiasa memenuhi permintaan," katanya di sini malam tadi.
Jelas beliau, polis juga percaya, GRO terbabit boleh dibawa keluar untuk melakukan khidmat seks.
"Tips dikenakan GRO ke atas pelanggan pula bergantung kepada jualan kalungan bunga dan mahkota bernilai RM10 hingga RM100.
"Kesemua GRO, seorang penjaga dan dua pekerja kelab dibawa ke Ibu Pejabat Polis Gombak untuk tindakan lanjut," ujar beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130708/wk_04/Rahsia-dua-kelab-malam-sentiasa-dipenuhi-pelanggan-terbongkar#ixzz2YRxlglQO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mesir: Polis guna senjata api, gas pemedih mata

KAHERAH 8 Julai - Tentera dan polis Mesir awal hari ini menggunakan senjata api dan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang menyokong Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di luar ibu pejabat Pengawal Republikan di sini.
Seorang saksi berkata, dia melihat orang ramai ditembak oleh askar dan polis.
Seorang lagi saksi berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke udara dan beberapa gas pemedih mata untuk memaksa penunjuk perasaan bersurai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_12/Mesir-Polis-guna-senjata-api-gas-pemedih-mata#ixzz2YRwxK9WH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua mangsa SARS di Arab Saudi

RIYADH 8 Julai - Dua lagi meninggal dunia di Arab Saudi, semalam akibat virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), sekali gus menjadikan angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 38 orang.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata mangsa terbaharu itu merupakan seorang mangsa kanak-kanak dua tahun dari Jeddah dan seorang lelaki yang berusia 53 tahun dari wilayah timur.
Bagaimanapun kementerian turut melaporkan tiga pesakit disahkan dijangkiti sindrom pernafasan timur tengah (MERS) menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan kepada 65 orang sejak dikenalpasti setahun lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_09/Dua-mangsa-SARS-di-Arab-Saudi#ixzz2YRwfZDTT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas Menteri Kereta Api China dijatuhi hukuman mati

BEIJING 8 Julai - Bekas Menteri Kereta Api China, Liu Zhijun hari ini dijatuhi hukuman mati yang ditangguhkan, sekali gus menjadi pegawai tertinggi yang dihukum kerana rasuah sejak negara ini dipimpin oleh pemimpin baharu yang berikrar mahu membersihkan pemerintahan Parti Komunis.
Zhijun, 60, yang pernah digelar 'bapa' rangkaian kereta api laju China, didapati bersalah menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa oleh sebuah mahkamah di Beijing, lapor agensi berita Xinhua. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_13/Bekas-Menteri-Kereta-Api-China-dijatuhi-hukuman-mati#ixzz2YRwSDw1v
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 mati van terjunam ke sungai


ISLAMABAD 8 Julai - Seramai 10 orang terkorban di selatan negara ini, apabila sebuah van penumpang terjunam ke dalam sungai semalam.
Menurut jurucakap polis, Gul Baz, kejadian yang berlaku di daerah Dera Ghazi di tengah wilayah Punjab itu turut menyebabkan 10 orang cedera.
Katanya kejadian itu dipercayai berpunca daripada muatan lebih dan penglihatan yang samar ekoran hujan monsun.
Baz berkata, pasukan penyelamat telah menemui kesemua mayat dari sungai berkenaan. Nahas itu merupakan kali kedua di Punjab dalam tempoh beberapa hari lalu. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_10/10-mati-van-terjunam-ke-sungai#ixzz2YRvRlLjm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

80 cedera keretapi tergelincir dari landasan


MOSCOW 8 Julai - Seramai 80 orang cedera apabila keretapi yang dalam perjalanan dari Siberia tergelincir berdekatan Laut Hitam, semalam.
Menurut agensi berita Rusia, enam penumpang dihantar ke hospital selepas mengalami kecederaan teruk manakala yang lain hanya mengalami luka kecil.
Keretapi lima gerabak itu yang menghubungkan antara Novossibirsk di Siberia ke Adler di pantai Laut Hitam, terjatuh dari landasan dan menggelongsor ke tepi landasan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_08/80-cedera-keretapi-tergelincir-dari-landasan#ixzz2YRvADR4L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pesawat Asiana Airlines terhempas, 2 terbunuh


Pesawat Asiana Airlines meletup dan terbakar selepas terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, kelmarin menyebabkan dua orang terbunuh dan 180 yang lain cedera. - AFP
SAN FRANCISCO 7 Julai - Sebuah pesawat syarikat penerbangan Asiana Airlines terhempas dan meletup ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, di sini semalam, menyebabkan dua orang terbunuh, manakala lebih 180 lagi cedera.
Menurut beberapa saksi, bahagian ekor pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 307 penumpang itu, termasuk 16 anak kapal dilihat mencecah landasan terlebih dahulu ketika ia mendarat.
Keadaan itu menyebabkan ekor pesawat itu patah dan pesawat itu melantun.
Serpihan badan pesawat bertaburan di atas landasan.
Ketika kejadian, pesawat itu baru tiba dari Seoul, Korea Selatan
Gambar yang diambil oleh saksi menunjukkan penumpang berpusu-pusu meluru keluar dari pesawat itu sejurus ia terhempas.
Rakaman televisyen memaparkan pesawat itu dipenuhi asap tebal sebelum ia meletup, menyebabkan bumbung pesawat itu musnah.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak dapat memastikan punca nahas tersebut.
Kebanyakan penumpang pesawat tersebut merupakan warga China, Korea dan Amerika Syarikat (AS).
Pegawai bomba dari Jabatan Bomba San Francisco, Dale Carnes berkata, seramai 49 penumpang mengalami kecederaan parah, manakala yang lain diberi rawatan sebagai pesakit luar di beberapa hospital berhampiran.
"Kebanyakan penumpang mengalami luka-luka kecil, melecur, patah serta kecederaan dalaman," katanya.
Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ditutup selama beberapa jam selepas nahas itu, menyebabkan beberapa penerbangan dilencongkan ke Los Angeles, Seattle, Oakland dan San Jose. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_02/Pesawat-Asiana-Airlines-terhempas-2-terbunuh#ixzz2YRuqrxEy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 maut Boeing 777 terhempas

2 maut Boeing  777 terhempas Anggota bomba berada dekat pesawat Boeing 777 selepas ia terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Gambar bulat anggota bomba bekerja keras memadamkan api pesawat Korea Selatan yang terhempas. Pesawat Asiana Airlines milik Korea Selatan patah ekor ketika cuba mendarat

San Francisco: Sebuah pesawat Asiana Airlines Boeing 777 membawa 307 penumpang terhempas dan terbakar kelmarin ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Dua terbunuh dan lebih 180 lagi cedera. Pesawat itu berlepas dari ibu kota Korea Selatan, Seoul.
Saksi berkata, ekor pesawat patah ketika cuba mendarat menyebabkan kapal terbang itu terhentak kuat sebelum berhenti.


Gambar yang diambil mangsa terselamat menunjukkan penumpang keluar daripada pesawat dan bergegas keluar dari kawasan dekat situ.

Asap tebal keluar daripada tempat mengisi minyak. Rakaman televisyen selepas itu menunjukkan pesawat yang rentung dan hitam dimamah api selain bumbungnya yang sudah tiada.

Tiada petanda segera mendedahkan sebab punca kemalangan dan pegawai persekutuan dalam perjalanan dari Washington ke situ untuk menyiasat.

Tetapi, seorang daripada mereka yang selamat berkata, juruterbang seperti cuba membawa naik pesawat sebelum ia terhempas.
Asiana Airlines berkata, penerbangan dari Shanghai itu membawa 291 penumpang dan 16 kru, kebanyakannya warga China, Korea dan Amerika.

Timbalan Ketua Bomba Dale Carnes berkata, dua orang yang maut dalam kejadian itu dan 49 dihantar ke hospital berdekatan kerana cedera parah.

Kemalangan pertama

Seramai 132 lagi dihantar ke beberapa hospital dengan kecederaan ringan.
Seorang pegawai kanan Asiana berkata, juruterbang ialah Lee Jeong-min, yang menghabiskan kerjaya dengan syarikat itu.

Dia adalah antara 4 juruterbang veteran syarikat penerbangan berkenaan. Ada dua juruterbang dalam perjalanan dari Seoul ke San Francisco selama 10 jam.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Deborah Hersman, berkata pihaknya menghantar sekumpulan penyiasat ke San Francisco dan masih terlalu awal untuk menyatakan punca kemalangan.

Nahas itu juga kemalangan udara pertama membabitkan pesawat Boeing 777 yang popular sejak dipekenalkan pada 1995.

Ia juga kemalangan pesawat komersial pertama di Amerika sejak kapal terbang kendalian Colgan Air terhempas di New York pada 2009. - REUT

Penyeludup terbesar kokain diusir ke Itali


Rome: Seorang lelaki yang dipercayai penyeludup terbesar kokain di dunia tiba di bandar raya ini semalam selepas diusir dari Colombia setelah ditahan di sebuah pusat beli-belah di Bogota dengan pasport palsu Venezuela.

Roberto Pannunzi yang melarikan diri dari penjara di Itali pada 2010 kelihatan tersenyum sambil berbual dengan anggota polis ketika tiba di lapangan terbang di Rome.


Dia yang digelar oleh pihak berkuasa Colombia sebagai ‘Pablo Escobar Itali’ adalah anggota kumpulan mafia Calabria dari selatan Itali tetapi mempunyai hubungan rapat dengan kartel dadah Colombia dan Mexico.

Penyiasat berkata, Panunnzi, 65, yang dikenali oleh orang sekelilingnya sebagai ‘Bebe’ (Baby) terlibat merancang penghantaran kokain secara besar-besaran dari Amerika Selatan ke Eropah.


Pannunzi yang dihukum penjara 16 setengah tahun di Itali ditahan dalam operasi bersama antara polis Colombia dengan ejen Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA). - AFP

Naib Pengerusi MIC Telok Kemang terbunuh motosikal terbabas

Naib Pengerusi MIC Telok Kemang terbunuh motosikal terbabasPort Dickson: Naib Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang, R Vinthan, 56, maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum mangsa tercampak ke tengah jalan dan dilanggar sebuah kereta, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Jalan Chuah menghala ke Port Dickson itu, mangsa yang cedera parah pada kepala dan beberapa anggota badan, mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri, dipercayai terbabas lalu merempuh tiang lampu di bahu jalan dan tercampak ke tengah jalan.


Tidak sempat mengelak

“Sebuah kereta dari belakang dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat,” katanya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang, Datuk M Veloo, berkata Vinthan dilantik sebagai Naib Pengerusi bahagian sejak 2009 dan merupakan Ketua MIC Cawangan Ladang Sengkang sejak 1990.

“Kehilangannya sangat dirasai kerana beliau adalah pemimpin yang komited dengan tugas,” katanya.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia antara 19 tahun hingga 26 tahun.

3 tentera maut dua kemalangan

3 tentera maut   dua kemalanganPolis trafik mengangkat jenazah Firdaus yang maut selepas terbabit dalam kemalangan kereta Honda Accord dan PROTON Iswara Aeroback di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh di Kampung Chica, Kubang Kerian, semalam. Gambar kecil, dua mangsa maut. Kereta dinaiki dua mangsa rempuh kenderaan lain buat pusingan U

Kota Bharu: Dua anggota tentera maut, manakala dua lagi cedera termasuk seorang parah apabila kereta Honda Accord dinaiki mereka berlanggar dengan kereta PROTON Iswara Aeroback yang membuat pusingan U sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang treler, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 8.30 malam di Kampung Chicha, di sini ketika anggota tentera berkenaan dalam perjalanan menghadiri kenduri kahwin menyebabkan mangsa Lans Koperal Firdaus Abd Rani, 23, berasal dari Kok Lanas dan Prebet Mohd Nor Hamidi Ismail, 23, dari Sungai Petani, Kedah, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Mangsa lain yang kritikal, Lans Koperal Abdul Halim Husin, 24, berasal dari Kodiang, Kedah, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sementara rakannya, Lans Koperal Ferdaus Che Fadzil, 29, dari Alor Star, Kedah, dibenarkan keluar dari hospital kerana cedera ringan.


Kenderaan ke Melor

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pengkalan Chepa, dalam perjalanan menghala ke Melor untuk menghadiri kenduri.

Beliau berkata, kenderaan mereka berlanggar PROTON Iswara Aeroback yang membuat pusingan U sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang treler di bahu jalan.

“Pemandu treler dan PROTON Iswara Aeroback didapati tiada di tempat kejadian tetapi berdasarkan maklumat awal, pemandu PROTON Iswara Aeroback berasal dari Ketereh berusia lingkungan 50-an bersama isterinya dalam kenderaan itu,” katanya.
Dalam kemalangan berasingan di Kuala Krai, seorang wanita terbunuh, manakala anak bongsunya parah apabila lori dinaiki mereka hilang kawalan dan merempuh pokok mempelam dalam kejadian di KM 94.1, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, jam 2.15 petang, kelmarin.

Salmah Che Kub, 48, dari Kampung Baruh Kercut, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal di tempat kejadian, manakala Izzah Irdina Ishak, 5, dikejarkan ke Hospital Kuala Krai sebelum dirujuk ke HUSM.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superitendan Nuraddin Din Wahab, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Sementara itu di Baling, seorang anggota tentera maut, manakala seorang lagi parah apabila kenderaan mereka bertembung dalam satu kejadian di Kilometer 8.5 Jalan Baling-Kroh dekat sini, petang kelmarin.

Misnan Bakri, 48, yang memandu Honda Accord maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan beberapa anggota badan, manakala pemandu sebuah van dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Baling dekat sini, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Pasangan kekasih direman 7 hari


Kuching: Sepasang kekasih direman tujuh hari mulai semalam, bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi berusia sembilan bulan yang meninggal dunia, kelmarin dipercayai akibat penderaan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Pauzi Bujang, berkata suspek ditahan adalah ibu kandung mangsa dan seorang lelaki yang juga kekasihnya, masing-masing berusia 28 tahun dan 30-an.
Beliau berkata, ibu bayi terbabit ditahan kira-kira jam 4 petang, kelmarin ketika datang ke hospital untuk melawat mangsa, manakala teman lelakinya ditahan di sebuah rumah di Batu 15, Jalan Kuching-Serian, pada kira-kira jam 6 petang.

Kemungkinan didera

“Punca kematian dan kecederaan pada badan bayi malang itu akan diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan.

“Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan mangsa didera dan terbiar tanpa penjagaan rapi daripada pasangan berkenaan,” katanya.

Pauzi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kesan lebam

Mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas berada dalam keadaan lemah dengan kesan lebam di badan dan kepala sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam kira-kira 10.30 pagi, kelmarin.

Bayi itu yang dikenali sebagai Danish meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama empat hari di ICU, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Batu 15, Jalan Kuching-Serian.

Tiga peserta larian cedera dilanggar lari

Tiga peserta larian cedera dilanggar lariTiga peserta wanita cedera selepas dilanggar lari kereta ketika acara berlangsung, di Bandar Utama, semalam. Petaling Jaya: Tiga peserta wanita larian Feel Good Run 2013 anjuran stesen televisyen ntv7, cedera selepas dilanggar lari sebuah kereta ketika acara berlangsung di Bandar Utama, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, tiga peserta wanita berusia lingkungan 20-an itu dilanggar sebuah kereta jenis PROTON Iswara berwarna merah di kawasan perumahan.
Mangsa yang cedera ialah Lee Shiau Foon, 33; Lim Lee Ling, 43, dan Lee Su San, 24. Semua mereka dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Seorang peserta larian itu, Ain Azwan, 28, berkata kejadian berlaku terlalu pantas sebelum mendengar jeritan tiga mangsa yang ketika itu sudah terlantar kesakitan di atas jalan raya.

Katanya, larian itu bermula sekitar jam 7.30 pagi dan peserta perlu melalui kawasan perumahan, apabila sebuah kereta PROTON Iswara tiba-tiba datang serta membuat pusingan U sebelum merempuh tiga peserta yang berada di situ.

“Lebih malang, pemandu kereta itu tidak memberhentikan kereta, sebaliknya memecut meninggalkan kawasan kejadian. Beberapa peserta cuba menghalang kereta itu, tetapi pemandunya terus memecut,” katanya dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, berkata pihak penganjur memberikan bantuan perubatan segera kepada tiga peserta terbabit, sebelum mengejarkan mereka ke PPUM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Ketiga-tiga mereka mengalami luka dan lebam serta dibenarkan keluar pada hari sama selepas menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan. Kita doakan mereka segera sembuh.

“Pihak penganjur mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan semua peserta dan mengucapkan terima kasih kepada saksi yang memberikan maklumat penting mengenai kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pihak penganjur membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara dan akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan pihak berkuasa terbabit.

Budak 12 tahun diarah bayar RM765,000


Riyadh: Mahkamah mengarahkan seorang budak didenda sebanyak SR900,000 (RM765,511) kerana membakar rakannya ketika mereka menikmati barbeku tiga tahun lalu.

Fayez Mohammed Awwad yang berusia 12 tahun mendakwa kejadian itu berlaku secara tidak disengajakan.


Fayez berkata, dia tersilap mencurah petrol ke badan rakannya yang lebih muda dalam kejadian berhampiran rumahnya di bandar Turaif.

Fayez mendakwa sedang memanggang kentang dan mahu menjadikan api lebih marak. Dia kemudian mengambil petrol dari rumahnya dan mula mencurah bahan berkenaan ke api, tetapi sebahagian daripadanya terpercik ke badan mangsa. - AN

Ditahan dua kali jalin hubungan seks dengan kuda


Austin (Texas): Seorang lelaki dari Hidalgo ditahan dua kali dalam tempoh dua minggu kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan seekor kuda, lapor media semalam.

Minggu lalu Cirilo Castillo, 43, didakwa menceroboh harta persendirian dan berkelakuan kejam ke atas haiwan milik jirannya.


Jurucakap polis berkata, Castillo dipercayai menyetubuhi seekor kuda bernama Nadia milik jirannya. Pada Januari 2012, Castillo juga pernah ditangkap atas kesalahan sama. Dia dibebaskan dari penjara pada April.

Ekoran sabitan itu, jiran Castillo mengambil sikap lebih berhati-hati dan memasang kamera litar tertutup (CCTV).


Sumber polis berkata, tindakan jiran terbabit memasang CCTV membolehkan perlakuan lucah melampau Castillo didedahkan. “Sebenarnya Castillo bukan lelaki yang berbahaya atau ganas - kecuali terhadap kuda,” katanya.


Justeru, kata sumber itu, pihak berkuasa terpaksa bertindak ke atas Castillo.

“Jika tidak, dia akan terus melakukan perbuatan itu,” katanya.


Katanya, kejiranan di situ semakin meluat dengan ketagihan aneh Castillo. Setakat ini tidak diketahui ikat jamin perlu dijelaskan Castillo bagi membolehkan dia dibebaskan sementara menunggu perbicaraan. - Agensi

Sengaja mahu dijangkiti HIV


London: Sejenis ‘kegilaan’ baru dilaporkan semakin berkembang di Barat apabila sesetengah lelaki sengaja menjalani hidup songsang dengan harapan dapat dijangkiti virus HIV.

Aktiviti itu - digelar sebagai memburu pepijat (bug chasing) - tercetus di AS pada 1999 dalam usaha mereka mendapat kepuasan seksual.


Seorang daripada mereka yang aktif dalam aktiviti itu berkata, ada beratus-ratus lelaki di Britain mendedahkan diri masing-masing di forum dalam talian, Facebook dan Twitter.

Kebanyakan mereka kemudian bertemu dan cuba menyebarkan virus berbahaya itu yang mampu membawa maut kerana menyerang sistem imunisasi badan.


Sesetengah pemburu pepijat itu mendakwa virus HIV menyebabkan kualiti hidup mereka meningkat kerana pengambilan ubat-ubatan yang terpaksa diambil. Kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Nick, 30, dia berasa semakin bertenaga dan sihat akibat pengambilan ubat berkenaan. “Saya menjalani ujian hati setiap tiga bulan, paras kolesterol pula dipantau dari semasa ke semasa dan ada banyak pemeriksaan kesihatan yang disediakan.


“Jika ada sebarang masalah, saya dapat mengesannya dengan cepat.

“Malah, semua perkhidmatan itu diberikan percuma oleh hospital kerajaan,” katanya ketika ditemui. Tahun lalu, 73,659 orang dirawat kerana HIV di Britain dan 43 peratus daripada mereka adalah pengamal homoseksual.


Jumlah itu menunjukkan pertambahan 58 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Pada 2012 juga, perkhidmatan kesihatan Britain membelanjakan wang berjumlah £840 juta (RM3,99 bilion) sebagai kos rawatan HIV. Sementara itu, sukarelawan Yayasan Aids Elton John, Simon Prytherch berkata, amalan mengejar pepijat itu amat menakutkan dan sangat tidak bertanggungjawab. “Apa yang kita tahu, semakin banyak rawatan gagal dan berlaku kemerosotan tahap kesihatan yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Pengadil bola kena penggal


Brasilia: Seorang pengadil bola sepak amatur dikerat kepada empat bahagian dan dipenggal selepas dia menikam seorang pemain hingga mati di padang bola dalam satu perlawanan.

Perlawanan itu berlangsung di Stadium Pius XII di Maranho, timur laut Brazil minggu lalu.


Menurut laporan Correio24horas, pemain berusia 30 tahun itu, Josenir dos Santos Abreu menghampiri pengadil Octavio da Silva Catanhede Jordan, 20, untuk mempertikai keputusannya.


Pertengkaran sengit kemudian meletus antara mereka sebelum pengadil terbabit mengeluarkan pisau saku dan menikam Santos Abreu berulang kali.


Pemain itu mati dalam perjalanan ke hospital. Peminat yang terdiri daripada rakan dan anggota keluarga mangsa yang berang dengan kejadian itu menyerbu padang dan mengepung Catanhede Jordan.


Tanpa belas kasihan, mereka mengerat pengadil itu kepada empat bahagian dan memenggalnya sebelum meletakkan kepalanya di atas pagar.

Setakat ini, polis di Santa Ines, Maranhao menahan seorang lelaki, Luis Moraes Souza, 27, berhubung kejadian ngeri itu dan masih memburu dua lagi lelaki bernama ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo,’ menurut beberapa blog Brazil.


“Laporan saksi menunjukkan beberapa orang berada di tempat kejadian ketika pembunuhan itu berlaku. Kami akan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab. Jenayah tidak boleh dibalas dengan jenayah. “Tindakan seperti itu bertentangan dengan undang-undang negara,” kata Ketua Polis Santa Ines, Valter Costa. - Agensi

Khairy cadang tiga atlet kes rogol digantung

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar ketiga-tiga atlet bola baling lelaki Wilayah Persekutuan yang didakwa merogol seorang atlet wanita daripada kontinjen yang sama digantung buat sementara waktu sehingga siasatan pihak polis selesai.
Ujarnya, tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan selanjutnya terhadap ketigatiga atlet berkenaan sebelum Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil tindakan selanjutnya.
"Ketiga-tiga atlet tersebut kini sedang direman oleh pihak polis dan kita masih menunggu keputusan siasatan.
"Sementara menunggu keputusan tersebut, ketigatiga mereka wajar digantung terlebih dahulu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya.

6 juta tiada lesen memandu sah

 Oleh HARIS FADILAH AHMAD
JERANTUT – Kira-kira enam juta pengguna jalan raya di negara ini tidak memiliki lesen kenderaan yang sah meskipun mereka layak membuat permohonan untuk mendapatkan lesen.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ariffin Che Mat, majoriti pengguna jalan raya berkenaan terdiri daripada golongan remaja hingga dewasa yang menunggang motosikal.
Katanya, anggaran itu dibuat selepas meneliti statistik operasi yang dijalankan sebelum ini.
“Sebahagian operasi dijalankan JPJ dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain mendapati, kebanyakan penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen adalah remaja.
“Sehubungan itu, kami bercadang untuk menubuhkan skuad muda JPJ bagi menarik golongan remaja yang layak untuk memohon lesen kenderaan secara sah.
“Kita sedang mengenalpasti sukarelawan yang boleh dilantik sebagai ahli skuad tersebut dan mereka akan menjadi ikon remaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Damak di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2YQQPh0iv 
Hakcipta terpelihara 

Nelayan lemas ketika ambil bot

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

MOHD. TAMRIN DAUD


KUANTAN – Seorang nelayan mati lemas ketika cuba mengambil botnya untuk keluar menangkap ikan dalam kejadian di tepi pantai Kampung Selamat dekat Pelabuhan Kuantan di sini kelmarin.
Mangsa, Mohd. Tamrin Daud, 29, dari Taman Balok Makmur di sini.
Jarak antara pantai dengan botnya kira-kira 150 meter.
Timbalan Ketua Polis daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, semasa kejadian pada pukul 9.50 pagi, mangsa dikatakan berenang untuk mengambil bot manakala dua lagi rakannya menunggu di tepi pantai.
“Ketika berenang menuju ke arah bot, mangsa tiba-tiba hilang daripada pandangan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Susulan itu, kata Aziz, rakan mangsa segera melaporkan kejadian itu kepada polis bagi mendapatkan bantuan.

Segera henti tabiat hisap shisha


SEORANG pelanggan sebuah restoran leka menghisap shisha. - Gambar hiasan


SEREMBAN – Kementerian Kesihatan meminta rakyat negara ini segera menghentikan tabiat menghisap shisha kerana ia boleh mendatangkan kesan lebih buruk kepada kesihatan berbanding menghisap rokok.
Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pihak kementerian kini berusaha memperhebatkan penjelasan mengenai keburukan menghisap shisha termasuk mengkaji untuk mengharamkan aktiviti itu.
“Buat masa ini pihak berkuasa belum dapat melaksanakan pengharaman terhadap tabiat menghisap shisha ini kerana aktiviti tersebut tidak tersenarai di bawah undang-undang berkaitan tembakau di negara ini.
“Apa pun, tabiat menghisap shisha ini sepatutnya diklasifikasikan di bawah undang-undang berkaitan tembakau kerana ia juga dilihat asas aktiviti itu daripada produk berasaskan tembakau.

Dua sahabat karib dibunuh kejam dalam kebun kelapa sawit


MAYAT Muhamad Hafiz yang ditemui di dalam pondok di kebun kelapa sawit di Gedangsa, Hulu Selangor kelmarin.


HULU SELANGOR - Dua sahabat karib yang dibunuh dalam keadaan mengerikan di kebun kelapa sawit di Jalan Baru, Kampung Sri Keledang, Gedangsa dekat sini kelmarin dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara suspek dengan salah seorang mangsa.
Mayat Muhamad Hafiz Omar, 28, dan Hamsi Hashim, 42, ditemui pada pukul 4.30 petang oleh abang Muhamad Hafiz yang kebetulan pergi ke kebun tersebut untuk melawat mangsa.
Kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai penjaga kebun dan menternak itik itu tinggal di sebuah pondok di kebun milik bapa Muhamad Hafiz sejak setahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, mayat Hamsi ditemui di tepi sungai manakala Muhamad Hafiz pula terbaring berlumuran darah di dalam pondok kira-kira 20 meter dari sungai.
"Terdapat kesan koyak sepanjang 10 sentimeter di kepala Hamsi dipercayai dipukul dengan pencakar rumput.
"Kejadian itu tidak disedari Muhamad Hafiz yang sedang tidur di dalam pondok," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Amah Indonesia didakwa bunuh majikan warga emas

 ALOR SETAR - Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Taman Serindit di sini, Jun lalu.
Dedek Lena, 38, yang berasal dari Batam, Indonesia dituduh membunuh Che Siah Wan Nik, 75, di rumah bernombor B26, Taman Serindit, Jalan Langgar di sini pada pukul 11.25 pagi, 24 Jun lalu
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2YQPDnna1 
Hakcipta terpelihara 

Melayang dari Honda Accord

Oleh JULIA ISMAIL

SEORANG daripada mangsa yang terselamat (tidak memakai baju) melihat mayat seorang rakannya yang terbunuh dalam kemalangan di Kampung Chica, Kota Bharu malam kelmarin.


KOTA BHARU - Hajat empat sahabat untuk menghadiri majlis kenduri seorang kenalan terkubur apabila dua daripada mereka terbunuh selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan malam kelmarin.
Dalam nahas pada pukul 8.30 malam di Kampung Chica di sini, dua mangsa yang terkorban ialah Firdaus Abd. Rani, 23, dan Mohd. Nor Hamidi Ismail, 23.
Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak kira-kira 20 meter dari kereta jenis Honda Accord yang mereka naiki.
Pemandu kereta Honda Accord, Ferdaus Che Fadzil, 29, dan penumpang belakang, Abdul Halim Hussain, 24, bagaimanapun hanya cedera ringan.
Keempat-empat sahabat itu merupakan anggota tentera dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pengkalan Chepa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, semasa kejadian, empat sahabat itu dalam perjalanan dari Kubang Kerian menuju ke Melor, kira-kira 20 kilometer dari tempat kenduri yang mahu mereka hadiri.
"Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta Iswara cuba mengelak sebuah kereta lain yang sedang membuat pusingan U untuk masuk ke laluan menghala ke Melor.
"Pemandu Honda Accord bagaimanapun gagal mengelak dan melanggar bahagian tepi belakang kereta Iswara sebelum merempuh sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Kereta Iswara itu dalam perjalanan arah sama dengan Honda Accord manakala treler pula diletakkan di tepi jalan.