Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Itali selamatkan hampir 400 pelarian dalam 3 bot

ROM 4 Julai - Pasukan pengawal pantai Itali dan kapal tentera laut kelmarin menyelamatkan hampir 400 pelarian dalam tiga bot yang menuju ke pulau Lampedusa.
Tentera Laut Itali menerusi satu kenyataan berkata, bot pertama ditemui dengan kira-kira 80 penumpang termasuk 10 wanita dan seorang kanak-kanak.
Pasukan pengawal pantai kemudiannya memintas sebuah lagi bot yang membawa 227 pelarian termasuk empat wartawan Perancis.
Bot ketiga pula, yang membawa 65 pelarian, ditemui di kawasan perairan selatan wilayah Calabria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130704/lu_01/Itali-selamatkan-hampir-400-pelarian-dalam-3-bot#ixzz2Y5SpIER5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat reput sah mangsa bot ekspres karam - Polis

KUCHING 4 Julai - Polis mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat reput yang dijumpai terapung di Sungai Rajang, dekat Belaga baru-baru ini adalah Maurice Ajan iaitu salah seorang mangsa tragedi bot ekspres karam yang masih hilang.
Ketua Balai Polis Belaga, Inspektor Mohd. Sohffian Abu Hassan berkata, keputusan ujian itu dikeluarkan oleh Unit Forensik Jabatan Kimia Kuching, petang kelmarin.
"Mayat Maurice yang berusia 22 tahun, berbangsa Iban dan berasal dari Rumah Stephen Ansi, Nanga Dap, Kanowit ditemukan terapung pada 16 Jun lalu oleh orang kampung kira-kira dua kilometer dari lokasi asal tragedi.
"Maurice merupakan mangsa kedua yang dijumpai setakat. Seorang lagi adalah Tujok Lah yang ditemukan pada hari ketiga tragedi manakala Roslin Jati, 34, yang hamil lima bulan masih hilang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Sohffian, mayat Maurice dituntut ibunya sebelum dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Kanowit untuk dikebumikan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130704/je_08/Mayat-reput-sah-mangsa-bot-ekspres-karam---Polis#ixzz2Y5SYdSK9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Asrama sekolah terbakar, 81 tinggal sehelai sepinggang


KUNAK 4 Julai - Sejumlah 81 pelajar Sekolah Menengah Agama Kunak di sini tinggal sehelai sepinggang selepas asrama sementara yang menempatkan pelajar lelaki musnah dalam kebakaran awal hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak Jaafar Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.20 pagi sebelum menggegaskan dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna berserta 11 anggota ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba di kawasan sekolah, 90 peratus daripada bangunan asrama sementara itu sudah dijilat api," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun dalam kebakaran itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.
Seorang guru sekolah berkenaan, Samsiah Baharon, ketika dihubungi berkata pelajar mula menduduki bangunan asrama sementara itu pada tahun 2011 selepas bangunan asal asrama sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada tahun 2010.
Katanya pihak sekolah bersyukur kerana semua penghuni asrama, terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam, selamat.
Difahamkan kesemua penghuni bangunan asrama lelaki yang musnah itu diarahkan kembali ke rumah keluarga masing-masing buat sementara waktu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130704/je_06/Asrama-sekolah-terbakar-81-tinggal-sehelai-sepinggang#ixzz2Y5SKtBCe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Geng curi 'susu kangkang' kembali aktif

MUAR 4 Julai - Kumpulan mencuri susu kanak-kanak berjenama kembali aktif menyebabkan sebuah pasar raya di daerah ini mengalami kerugian sebanyak RM5,000 selepas 40 tin susu berjaya dilarikan minggu lalu.
Modus operandi kumpulan berkenaan adalah menggunakan tiga kenderaan mewah jenis Toyota Alphard dan menyembunyikan susu seberat 1.8 kilogram setiap tin dalam seluar tiga wanita yang memakai jubah.
Pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang berkata, kejadian kira-kira pukul 7.20 malam Sabtu lalu itu disedarinya selepas pengiraan stok dan pada masa sama menerima maklumat dari sebuah pasar raya lain yang terlebih dahulu mengalami kes serupa.
Beliau segera mengarahkan kakitangan memeriksa rakaman kamera tertutup (CCTV) dan melihat seramai 12 orang yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima perempuan memasuki pasar raya berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
“Kumpulan ini sangat licik dan kita dapat melihat setiap tindakan mereka melalui rakaman CCTV. Mereka mempunyai taktik sendiri dan berlagak seolah-olah pelangggan dengan pakaian yang tidak mendatangkan curiga kepada sesiapa.
“Mereka berpura-pura seperti membeli barang dan menggunakan bungkusan biskut untuk melindungi susu dalam troli, lalu dibawa ke sudut yang tersembunyi sebelum dimasukkan ke dalam seluar tiga wanita secara bergilir-gilir dibantu dua lelaki," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini dan usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan. Kes ini disiasat mengikut Sekysen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130704/je_11/Geng-curi-susu-kangkang-kembali-aktif#ixzz2Y5S6ce4z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dahan pokok tumbang, 2 kereta terperangkap


KUALA LUMPUR 4 Julai - Beberapa penumpang dan pemandu terperangkap dalam dua buah kereta selepas kenderaan mereka naiki dihempap dahan pokok yang tumbang di Padang Merbuk di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 petang ketika angin kencang melanda dan hujan lebat turun di beberapa tempat di ibu negara sejak tengah hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Berikutan kejadian itu, laluan menuju ke Jalan Parlimen ditutup sementara sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130704/je_12/Dahan-pokok-tumbang-2-kereta-terperangkap#ixzz2Y5Ri462B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nak cari dadah, jumpa diesel


Nak cari dadah, jumpa diesel
Motor yang digunakan untuk mengepam diesel dari tangki minyak di bawah lori.
Nak cari dadah, jumpa diesel
Muhabir (kiri) dan Salehhudin menunjukkan hos yang digunakan untuk memasukkan diesel dari tangki di dalam lori.
Nak cari dadah, jumpa diesel
Serbuan sepasukan polis dari BSJN di sebuah stor di Taman Teknologi Cheng membawa kepada penemuan 22 tong dipenuhi diesel selain lima lori termasuk empat yang diubahsuai.
MELAKA - Sepasukan polis narkotik yang menyerbu sebuah stor di TTC 2, Taman Teknologi Cheng, di sini, terkejut apabila menemui 22,000 liter tong berisi diesel bernilai RM41,800 dipercayai untuk pasaran gelap, pagi semalam.

Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu menemui 22 tong berkenaan ketika membuat tangkapan terhadap seorang lelaki yang disyaki penagih dadah dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi.

Sinar Harian difahamkan, terdapat dua lelaki yang juga pekerja stor simpanan diesel dua tingkat ketika enam anggota termasuk seorang pegawai membuat serbuan.

Seorang lelaki yang merupakan pemandu lori sedang tidur di tingkat atas sementara pengurus stor sedang menyapu lantai stor ketika serbuan dijalankan.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati stor itu dipenuhi 36 tong, sebanyak 22 tong dipenuhi diesel dan 14 tong lagi kosong serta empat alat penyedut minyak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, pemeriksaan lanjut di kawasan stor berkenaan membawa kepada penemuan 22 tong berisi diesel dan lima lori termasuk empat diubahsuai.

“Kesemuanya termasuk diesel dan lori akan diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, pihak kami menahan pemandu lori berusia 21 tahun selepas ujian saringan awal urin dijalankan terhadapnya menunjukkan positif methamphetamine,” katanya, semalam.

Menurutnya, lelaki berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Pengarah PPDNKK negeri, Muhabir Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kesemua cecair itu diperoleh  dari stesen minyak berhampiran.

“Kami percayai diesel ini dibeli secara runcit dari stesen minyak berdekatan sebelum mengumpulkan kesemua tong berisi diesel di stor ini.

“Mereka menggunakan lori-lori yang diubahsuai untuk meletakkan tangki sehingga mampu memuatkan lima liter diesel dalam satu masa ini juga dipercayai akan dibuka apabila membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom),” katanya.

Muhabir berkata, pengurus stor berusia 34 tahun itu akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ancaman serangan pengganas

MANILA 3 Julai - Kerajaan Australia dan Kanada, hari ini mengeluarkan amaran tentang ancaman serangan pengganas dan penculikan di wilayah selatan Filipina.
Kedua-dua negara terbabit menggesa rakyat mereka yang bekerja di Filipina agar tidak berkunjung ke sebahagian besar kawasan di wilayah Mindanao.
Kerajaan Australia turut melarang diplomat yang bertugas di negara ini daripada mengunjungi bandar Davao, Cotabato dan Zamboanga.
Seorang jurucakap Kedutaan Australia berkata, larangan tersebut dikuatkuasakan sejak kelmarin sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130704/lu_08/Ancaman-serangan-pengganas#ixzz2Y5PJQLWa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

23 terbunuh nahas helikopter di Siberia

MOSCOW 3 Julai - Sebanyak 23 orang terbunuh dalam nahas helikopter di Siberia semalam dan dipercayai 10 kanak-kanak antara mangsa dalam nahas tersebut.
Memetik berita Itar-Tass, Timbalan Perdana Menteri, Anatoly Skrybykin berkata, helikopter Mi-8 yang membawa tiga anak kapal dan 25 penumpang itu terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Yakutia akibat cuaca buruk.
"Tiga anak kapal dan wanita bersama kanak-kanak dipercayai selamat," ujarnya. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130703/lu_01/23-terbunuh-nahas-helikopter-di-Siberia#ixzz2Y5N531kd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa kuat landa Aceh, 25 terkorban


Penduduk Kampung Lampahan keluar dari kediaman masing-masing bagi menyelamatkan diri selepas gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh, kelmarin. - AFP
JAKARTA 3 Julai - Sebanyak 25 orang disahkan terkorban, sementara 250 orang lagi cedera dalam kejadian gema bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang melanda daerah Bener Meriah, Aceh pada petang Selasa lalu.
Tragedi itu turut memusnahkan beratus-ratus bangunan dan rumah penduduk.
Menurut laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, 12 orang meninggal dunia di daerah Bener Meriah, sementara selebihnya meninggal dunia di Aceh Tengah.
Mangsa yang cedera akibat gempa itu pula terdiri daripada 140 orang di Aceh Tengah dan 70 orang lagi di Bener Meriah. Mereka kini dirawat di hospital daerah masing-masing.
Gempa bumi menggegarkan wilayah Aceh pada pukul 2.37 petang waktu tempatan pada Selasa lalu berpusat di 35 km Barat Daya daerah Bener Meriah.
Ia diikuti dengan dua gempa susulan di tempat yang sama tidak lama kemudian, dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter dan 5.3 skala Richter.
Sementara itu, Ketua BNPB Syamsul Maarif, sudah melaporkan perkembangan terkini bencana itu kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Pada masa sama, pihak berkuasa sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani bencana itu.
Gempa itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 1,500 bangunan termasuk rumah, masjid dan pejabat kerajaan musnah. Penduduk yang terbabit kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Menurut Syamsul, pasukan gabungan BNPB dengan semua kementerian serta agensi berkaitan telah berada di Bener Meriah untuk melakukan penyelarasan usaha bantuan dan penilaian.
"BNPB juga menghantar sebuah helikopter Collibri tentera udara Indonesia (TNI AU) dari Pekanbaru ke Aceh untuk wilayah perbatasan antara Bener Meriah dan Aceh Tengah," katanya.
BNPB turut menggunakan pesawat CN 235 tentera udara Indonesia untuk mengambil gambar dari udara dan membuat penilaian tentang kesan kemusnahan itu. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130704/lu_07/Gempa-kuat-landa-Aceh-25-terkorban#ixzz2Y5MnZ9U1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Paderi dipenjara 12 tahun kerana cabul pelajar lelaki

VIENNA 4 Julai - Sebuah mahkamah di bandar Steyr di Austria semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun ke atas seorang bekas paderi yang juga merupakan bekas pengarah sekolah berasrama selepas didapati melakukan jenayah seksual dan penderaan fizikal terhadap 24 kanak-kanak lelaki.
Defendan yang berusia 79 tahun itu didakwa sering memukul, menendang, menarik rambut dan melakukan serangan seksual terhadap kesemua mangsanya.
Defendan mengaku bersalah melakukan kesemua perbuatan itu antara 1970-an, 80-an dan 90-an di sebuah sekolah berasrama di Kremsmuenster di wilayah Upper Austria. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130704/lu_03/Paderi-dipenjara-12-tahun-kerana-cabul-pelajar-lelaki#ixzz2Y5Mawjjb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Edar dadah dalam kawasan semak


Edar dadah dalam kawasan semak
Antara 27 individu yang ditahan dalam Ops Tapis, kelmarin.
PORT DICKSON – Seorang pembekal yang membawa 17 paket dadah antara 27 individu yang ditahan sepasukan polis dalam Operasi Tapis membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di kawasan semak di Kampung Tanjung Agas, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Superintendan Abd Wahab Harun berkata, operasi dijalankan pada jam 5 pagi dan berakhir kira-kira 12 jam kemudian menahan seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai pembekal dadah di kawasan itu bersama 26 penagih lain.

"Lelaki itu berjaya ditahan bersama dua lagi penagih sekitar jam 9 pagi yang membawa kepada penemuan 17 paket dadah jenis heroin seberat 24.5 gram di dalam beg selempang yang dibawa bersama telefon bimbit.


"Melalui telefon bimbit tersebut, polis mengarahkan lelaki itu menghubungi pelanggannya untuk datang mendapatkan bekalan dadah sebelum kemudiannya polis bertindak melakukan tangkapan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Abd Wahab berkata, kesemua individu yang ditahan adalah terdiri daripada 25 lelaki dan dua perempuan berusia antara 20 hingga 55 tahun.

"Mereka didapati bekerja sebagai buruh dan nelayan sementara salah seorang daripada mereka adalah anggota tentera.

“Serbuan diketuai oleh Inspektor Nur Saiful Asrar Mohd Najih membabitkan 12 anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson dan jabatan Siasatan Jenayah IPD Port Dickson hasil daripada maklumat orang ramai dan risikan polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati dan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah.

Pecah masuk rumah menteri: Polis cari dua lelaki


Pecah masuk rumah Menteri: Polis cari dua lelaki
Dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah menteri.
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit dua lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pecah masuk kediaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di Bukit Damansara di sini, Sabtu lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis telah mengambil keterangan pembantu rumah kepada menteri berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kami masih memburu suspek yang terlibat dengan kejadian itu dan melalui lakaran fotofit itu diharap dapat membantu mengesan dua lelaki itu secepat mungkin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, terdapat tiga kumpulan samun dan pecah rumah, termasuk satu kumpulan warga Colombia, yang giat melakukan jenayah di kawasan tersebut.

“Kami juga giat memburu ahli kumpulan samun dan pecah rumah itu,” katanya.

Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Khairy dan keluarganya tiada di rumah. Suspek memanjat tembok pagar dan memasuki rumah Khairy mengikut pintu depan yang tidak berkunci.

Kehadiran suspek disedari pembantu rumah yang memasuki ruang tamu untuk berkemas.

Dia ternampak seorang daripada empat suspek memasuki bilik tidur utama dan menggeledah barangan selama kira-kira 10 minit sebelum mereka melarikan diri dengan kereta Proton Waja.

Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah beberapa unit komputer riba dan jam tangan. Sehubungan itu, orang ramai yang ada maklumat berkaitan suspek tersebut boleh menghubungi Hotline Polis KL (Rakancop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

5 lelaki didakwa curi mesin ATM BSN




KUANTAN - Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencuri mesin ATM (auto-teller machine) milik Bank Simpanan Nasional (BSN), bulan lepas.

Iskandar Lai Loi Mee, 26, Mohd Syaifuddin Jusoh, 34,  Hail Lekir Halmi, 29, Fairul Azman Ab Razak, 25, dan Jiva K.Ramasamy, 22, didakwa melakukan jenayah itu di ATM BSN, Jalan Indera Mahkota 5, pada 3.31 pagi, 14 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara lapan tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Zahan Mohamad Ali membenarkan kelima-lima tertuduh, masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini sebagai tarikh prabicara kes.

Sementara itu, Jiva juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu mencuri sebuah kereta di tepi jalan di hadapan sebuah rumah di No 5, Lorong 14/4, Indera Mahkota 14, pada 8.20 malam, 4 Jun lepas.

Pekerja kuari itu didakwa mengikut Seksyen 379A kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noor Zahan membenarkan dia diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini untuk prabicara kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabedah Ungku Ismail. - Bernama

3 lelaki pecah mesin ATM, larikan RM70,000



KUALA LUMPUR - Tiga lelaki melarikan wang tunai sebanyak RM70,000 selepas memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam premis sebuah pasar raya utama di Taman Kinrara, Puchong dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata dalam kejadian kira-kira 1.00 pagi itu, tiga lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 20-an juga merompak sejumlah barang kemas yang nilainya masih disiasat dari sebuah kedai emas dalam kawasan pasar raya itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kumpulan penjenayah itu menebuk dinding konkrit untuk memasuki pasar raya tersebut.

"Mereka kemudian menggunakan gas dipercayai oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM serta merompak kedai emas di pasar raya berkenaan.

"Siasatan mendapati ada kesan terbakar di sekitar mesin ATM dan pintu masuk kedai emas itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Abdul Razak berkata suspek juga mengambil recorder kamera litar tertutup (CCTV) sebelum melarikan diri melalui pintu depan. - Bernama

Tolong banteras rumah urut



Tolong banteras rumah urut
Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan operasi ke atas sebuah pusat refl eksologi tanpa lesen di Sungai Buloh, Selangor.
Tolong banteras rumah urut
Penduduk meminta PBT terus memperhebatkan usaha menbanteras kewujudan pusat urut batin.
Rumah urut
AMPANG - Kebanjiran rumah urut dan aktiviti tidak sihat di Ampang membimbangkan penduduk terutamanya peningkatan gejala sosial di kalangan belia.
Presiden Persatuan Belia Teratai, Nidzam Abdul Rahman, timbul persoalan mengapa aktiviti perniagaan ini tidak mampu dikekang.
Menurutnya, beliau difahamkan lesen rumah urut tradisional sudah dibekukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) namun masih berlaku penambahan premis-premis seperti itu di Ampang.
“Sebagai contoh di Pandan Indah yang menjadi lubuk kepada aktiviti terlarang seperti rumah urut batin dan karaoke yang menawarkan pakej negatif.
“Persoalannya. adakah warga bandar memerlukan aktiviti-aktiviti seperti ini setelah penambahan premis rumah urut yang boleh didapati di setiap ceruk di Ampang,” katanya.
Kehadiran premis tanpa kawalan ini memang menjadi tarikan kepada belia dan tidak dinafi kan ramai golongan itu terlibat dengan gejala negatif seperti karaoke yang menyediakan pelbagai perkhidmatan terlarang.
“Banyak premis kini didapati berselindung di sebalik perniagaan lain dan mengapa sukar untuk membendungnya,” katanya.
Nidzam berkata lagi, sepatutnya PBT terus mengambil tindakan membatalkan lesen sekiranya ada premis yang menyalahgunakan lesen.

Jelasnya , isu ini sangat kritikal kerana merosakkan kualiti kehidupan masyarakat dan meminta pihak berkuasa mengkaji semula dalam perkara ini.
Menurutnya lagi, Jabatan Imigresen dengan kerjasama polis dan PBT harus bertindak dengan lebih serius seperti menangani kemasukan warga asing yang bekerja sebagai pelacur dan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“PBT pula perlu menetapkan syarat hanya membenarkan sebarang aktiviti seperti ini beroperasi di tingkat bawah dan bercermin lut sinar supaya tiada aktiviti yang terselindung,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Zon 23 MPAJ, Mohamad Samat berkata, perkara negatif sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi.
Katanya, tidak dinafi kan di Ampang merupakan lubuk kepada pembukaan premis- premis yang menjalankan aktiviti tidak sihat seperti pelacuran di rumah urut.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat usaha bagi menyelesaikan gejala ini tetapi memerlukan kesungguhan dari semua pihak.
“ Sebagai contoh, kesemua aktiviti seperti rumah urut, pusat refl eksologi, salon dan karaoke dipusatkan dalam satu kawasan supaya aktiviti ini mudah dikawal.

“Ini bermakna, satu pembangunan baru berkonsepkan kawalan lestari dilakukan agar pengusaha-pengusaha dapat dipantau melalui aktiviti dalam satu kawasan,”katanya.
Katanya,sungguh pun begitu, kawasan-kawasan yang terletak di pinggir bandar memang sukar untuk dikawal dan tidak seperti di bandar-bandar yang terancang seperti Shah Alam.
“Dasar PBT untuk mengekalkan atau membekukan aktiviti perniagaan rumah urut perlu dikekalkan dan pada masa yang sama orang ramai membantu kerajaan,”katanya.

Manakala bekas Ahli MPAJ, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, permintaan membuka premis seperti urut tradisional di Ampang Jaya agak membimbangkan sejak peralihan kuasa pemerintah di negeri Selangor.
Katanya,sewaktu Barisan Nasional memerintah, keadaan masih terkawal walaupun permintaan aktiviti perniagaan ini agak tinggi.

“Namun begitu,pemberian lesen kepada pengusaha semasa zaman BN bukanlah semudah itu apabila setiap permohonan akan melalui penapisan ketat sebelum diberikan lesen.

“Malangnya pada hari ini,keadaan berubah apabila rumah urut tradisional dan aktiviti premis pusat kecantikan dan kesihatan tumbuh bagai cendawan.

“Malah perkara ini bukan sahaja berlaku di Ampang Jaya tetapi di seluruh negeri Selangor berhadapan situasi yang sama pada hari ini,”katanya.

Beliau berkata, aktiviti tidak sihat ini harus dikaji semula kerana masalah sosial semakin bertambah apabila terdapat premis yang menyalahgunakan lesen dan aktiviti tidak sihat disebalik perniagaan ini.

Menurutnya lagi, walaupun masalah ini semakin berleluasa kerana berkemungkinan ada pengaruh politik,namun begitu masyarakat terus diharap berperanan mencegah gejala sosial ini bersama

2 lelaki didakwa rompak guna parang



KUALA LUMPUR - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merompak berkumpulan menggunakan sebilah parang, di sebuah hotel di sini, bulan lepas.
 
S.Shanker, 44, dan K.Saravanakumar, 30, bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa merompak menggunakan parang dengan mengambil wang tunai RM9,000, dua Samsung Tab, tujuh telefon bimbit, beg duit, kasut, baju, pasport, dua komputer riba, dan rantai emas milik penghuni Merina Guest House di No.518, Jalan Abdul Rahman di sini pada 5.45 pagi 24 Jun lepas.
 
Mereka yang masing-masing bekerja sebagai pengutip hutang syarikat dan ejen insurans itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
 
Hakim Azman Mustapha membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak membenarkan tertuduh berhubung dengan mana-mana mangsa dan menetapkan 16 Julai untuk sebutan.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir manakala Shanker diwakili peguam M.Mathavan dan Saravanakumar diwakili peguam K.Theivaendran. - Bernama

Kantoi selepas salah mangsa


Kantoi selepas salah mangsa
Siasatan terus dilakukan terhadap pemandu teksi yang kantoi dalam Ops Tegas Bersepadu, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi yang mengenakan caj empat kali ganda daripada caj sebenar berdasarkan bacaan meter kantoi dalam Ops Tegas Bersepadu dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di sekitar ibu negara, malam kelmarin.

Pemandu teksi berkenaan menetapkan tambang sebanyak RM15 untuk perjalanan dari Jalan Raja Chulan ke Hotel Angkasa, walhal caj sebenar hanyalah RM4.60.

Tindakannya itu bagaimanapun memakan diri apabila mangsanya adalah salah seorang anggota operasi yang menyamar sebagai penumpang.

Dalam operasi berkenaan juga, 16 pemandu teksi lain dikenal pasti melakukan kesalahan termasuk 13 tidak menggunakan meter, dua tiada kad pemandu dan seorang menggunakan kad pemandu tamat tempoh.

Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni berkata, operasi dengan kekuatan 13 pegawai dan 60 anggota itu bertujuan mengekang aktiviti pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.

Menurutnya, sebanyak 23 kumpulan penyamaran digerakkan bermula jam 6 petang semalam dan dibahagikan kepada dua fasa.

“Ini adalah operasi ketiga secara bersepadu dijalankan dengan penglibatan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Berdasarkan operasi dijalankan, situasi pemandu teksi yang tidak menggunakan meter ini dilihat masih menjadi budaya, justeru penguatkuasaan berterusan perlu dilakukan,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata, tindakan pemandu yang tidak menggunakan meter disiasat di bawah Seksyen 22, Akta Pengangkutan Awam Darat yang turut akan mengheret pihak pengusaha, selaku pihak bertanggungjawab dan jika disabit bersalah, pengusaha terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, manakala bagi kes pemandu teksi yang dikenal pasti menetapkan harga tambang disiasat di bawah Seksyen 75, Akta Pengangkutan Awam Darat di mana jika sabit bersalah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kita akan mempercepatkan kertas siasatan dengan membuat siasatan terus dan kita akan memberi notis kepada pengusaha terbabit untuk dipanggil bagi melengkapkan siasatan sebelum dibawa ke muka pengadilan.

“Terdapat banyak kes yang didapati sabit salah malah terdapat juga kes ulangan di mana kita dapat mengenal pasti pemandu yang melakukan kesalahan sama. Bagi kes ini, kebiasaannya caj denda yang dikenakan akan meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, Che Hasni berkata, enam pemandu teksi yang diperiksa dalam operasi berkenaan, menerima cenderahati daripada SPAD setelah didapati bersih daripada melakukan sebarang kesalahan.

Rumah urut: MPAJ serius tangani salah guna lesen



Rumah urut
MPAJ serius tangani salah guna lesen
Antara rumah urut haram beroperasi di kawasan Ampang
AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) antara kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering mengadakan tindakan penguatkuasaan terhadap premis Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan yang tidak mengikut garis peraturan dan undang-undang.

Sepanjang tahun 2012, sebanyak 278 pemeriksaan dilakukan sekitar Ampang Jaya.

Jumlah premis berlesen termasuk spa, urut tradisional, urut kaki dan salon adalah sebanyak 80 premis manakala enam buah premis tidak berlesen.

Sepanjang tempoh tersebut, empat buah premis telah ditutup di mana 12 premis telah kompaun dan 26 sitaan telah diambil.
Pihak MPAJ juga telah mengambil tindakan ke atas pusat urut kaki (refl eksologi) yang telah melanggar syarat lesen dengan mengadakan aktiviti urut badan.

Kesemua tindakan yang diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MPAJ) 2007.
Tinjauan mendapati kebanyakan premis telah diserbu beberapa kali namun masih menjalankan aktiviti yang menyalahgunakan peraturan.

Contohnya di Taman Pandan Jaya yang menawarkan urutan batin dan beroperasi di rumah kedai dan dikawal dengan CCTV.

Malah tambah membimbangkan apabila ada premis berselindung dari aktiviti perniagaan lain seperti perniagaan aktiviti urut kaki menjalankan perniagaan urut badan.
Kawasan yang dikenal pasti antaranya seperti di Ampang Avenue, Pandan Indah, Pandan Mewah, Pandan Perdana, Pandan Jaya dan Taman Muda

Rumah urut dilindungi


Rumah urut
SELAYANG - Terdapat beberapa lokasi tumpuan terutama di kawasan komersial dijadikan pusat aktiviti pusat kecantikan dan kesihatan.
Persoalan timbul berkenaan lambakan pusat tersebut sama ada dilindungi atau disokong oleh pihak tertentu sehingga terdapat diantaranya yang beroperasi tanpa permit malah tidak kurang juga yang menjalankan aktiviti sampingan untuk mendapatkan pendapatan berganda.
Kebanyakan pekerja pusat kesihatan dan kecantikan terutama rumah urut menggunakan khidmat warga asing seperti dari negara Thailand, Indonesia dan China yang beroperasi sehingga lewat malam juga meragukan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakkan premis mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan ianya turut dikawal oleh tonto yang berada disekeliling kawasan bangunan premis lengkap dengan walkie talkie.
Ini kerana jika ada kehadiran pihak berkuasa, kumpulan ini akan memberi amaran terlebih dahulu kepada premis rumah urut untuk menutup perniagaan mereka bagi mengelak dari dikenakan tindakan.
Bagi penduduk kawasan Selayang Baru, Norseha Siman,37, berkata kebanyakkan premis rumah urut beroperasi secara terbuka di mana-mana lokasi.
“Papan iklan yang dipamerkan memaklumkan urutan dilakukan oleh pekerja lelaki tetapi apabila masuk ke premis, staf memaklumkan rawatan akan dilakukan oleh wanita sedangkan saudara yang datang adalah lelaki.
“Tiada sebarang laporan dibuat namun berharap supaya pihak berkaitan bersikap lebih agresif dalam menangani permasalahan itu dan tidak bergantung kepada aduan semata,”katanya.
Bagi, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Medan Batu Caves dan Wisma Keringat, S Paneer Selvam berkata, pihaknya mencadangkan supaya lebih banyak operasi dilakukan untuk mengatasi peyalahgunaan permit dan lesen yang diberikan.
“Sekiranya banyak pemantauan dan penguatkuasaan dibuat sekurang-kurangnya dapat menyekat dan mencegah aktiviti disebalik pusat kesihatan dan kecantikan daripada berleluasa.
“Orang awam juga digalakkan lebih aktif dan memberikan kerjasama melalui penyaluran maklumat terus kepada pihak berkaitan untuk membantu pihak berkuasa menjalankan tugas,”katanya.
Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Teres Taman Tun Teja, Mohamed Saufi Shafie berkata, orang awam dan persatuan penduduk juga perlu menjalankan peranan dalam membanteras aktiviti tidak sihat itu melalui melapor dan memantau.
“Tubuhkan jawatankuasa pemantau untuk kawasan perumahan dan rumah kedai kerana aktiviti tersebut juga turut menawarkan perkhidmatan dari rumah ke rumah tidak kurang yang menyewa rumah untuk menjalankan aktiviti itu.
“Kesedaran orang awam penting kerana tugas penguatkuasa pelbagai dan tidak dapat menumpukan kepada sesuatu kes sahaja kerana banyak komitmen lain yang perlu dilaksanakan,”katanya.

Ombak tinggi landa Pulau Pinang



GEORGETOWN - Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta.

Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga esok.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihat tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.

Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora.

"Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi.

"Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini," katanya.- Bernama

Kelindan lori didakwa menceroboh



JOHOR BAHRU – Seorang kelindan lori didenda RM800 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pencerobohan jenayah oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias turut mengarahkan tertuduh M Agilen, 30, dikenakan penjara  enam bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Mengikut kertas pertuduhan Agilen telah melakukan pencerobohan jenayah dengan berada dalam kawasan kediaman sebuah rumah di alamat nombor 71, Laksamana 5, Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini, pada jam lebih kurang 5.30 petang, 30 Jun lalu.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terjun dari tingkap hotel


Terjun dari tingkap hotel
Azid Ismail
JERANTUT- Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup terjun daripada tingkap di salah sebuah hotel bajet setinggi satu tingkat di Sungai Jan untuk melarikan diri apabila bilik yang disewa mereka diserbu sepasukan polis kira-kira jam 4.50 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Azid Ismail berkata, namun remaja itu berjaya ditahan manakala seorang lagi rakannya berusia 24 tahun ditahan di dalam bilik itu.

Menurutnya, daripada pemeriksaan yang dilakukan sepasukan polis seramai sembilan anggota dalam bilik itu menjumpai lima paket dadah jenis heroin seberat 31 gram yang dianggarkan bernilai RM1,500 hingga RM2,000.

“Remaja lelaki yang terjun dari tingkap itu mengalami sedikit kecederaan dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

“Kedua-dua remaja itu yang beralamat di Temerloh dan Mentakab kini ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jerantut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Azid berkata, kedua-dua remaja itu ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Menurutnya, jika disabit kesalahan kedua-dua remaja itu boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Sehubungan itu Azid menasihatkan ibu bapa agar mengambil tahu apa yang dilakukan anak mereka agar tidak terjebak dalam kancah penagihan dadah.

“Kita perlu sama-sama membendung gejala ini supaya ia tidak menular dalam masyarakat terutama anak muda yang menjadi pewaris kepimpinan negara masa akan datang,” katanya.

Didenda kerana maki penjawat awam



JOHOR BAHRU – Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki seorang penjawat awam yang menjalankan tugas, seorang ejen kerajaan dikenakan denda mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Hisham Misron, 25 dari Kampung Melayu Majidee mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dikenakan denda RM100 dan hukuman dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda yang ditetapkan.

Mohd Hisham didakwa melakukan kesalahan itu  di alamat Jalan Gereja berhampiran Bangunan Land Mark, di sini, pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari, 11 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias selepas mendapati lelaki itu bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dituduh di bawah Seksyen 14 Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali.

Dua remaja jadikan warga Nepal sasaran samun



BATU PAHAT - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Kelicikan dua remaja lelaki yang menjadikan aktiviti samun sebagai sumber pendapatan utama berakhir apabila lokasi persembunyian mereka di sebuah rumah di Tongkang Pechah, di sini, diserbu polis, Selasa lalu.

Selain penduduk setempat, mereka turut mensasarkan warga asing terutama yang berasal dari Nepal dan 'menyapu' semua barang milik mangsa termasuk Nescafe 3 in 1.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang berkata, dalam serbuan jam 4 pagi itu, suspek cuba melarikan diri namun tidak berhasil kerana telah dikepung.

Menurutnya, suspek berusia 18 dan 21 tahun itu sedang berehat sebelum cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

“Berdasarkan pemeriksaan, kita telah merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama dan mata wang Nepal berjumlah 350 Rupee.

“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek turut terlibat kes curi motosikal apabila polis menemui nombor pendaftaran palsu di dalam rumah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Mat Razali berkata, pihaknya masih melakukan siasatan kes jenayah lain yang melibatkan kedua-dua suspek dan  setakat ini salah seorang  suspek memang mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes curi motosikal serta samun.

Jelasnya, suspek kini ditahan reman sehingga esok sebelum dibawa ke mahkamah untuk didakwa dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Kita percaya dapat menyelesaikan tiga kes samun melibatkan warga asing di daerah ini,” katanya.

Pesara maut nahas



IPOH – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 8, Jalan Jelapang – Chemor di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, seorang pesara kerajaan, Abd Razak Shaari, 59, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, siasatan mendapati mangsa memandu kereta Proton Saga dari Jelapang menuju ke Chemor sendirian.

Menurutnya, tiba ditempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lagi kereta Proton Saga yang dipandu oleh seorang wanita berusia 33 tahun dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu menyebabkan mangsa maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut sebelum dituntut ahli keluarga.

Beliau tidak menolak kemungkinan kereta yang dipandu mangsa gagal memotong kenderaan lain menyebabkan ia merempuh kereta lain dari arah bertentangan.

“Ia berikutan keadaan jalan selekoh dan keadaan cuaca hujan ketika kejadian. Akibat kemalangan itu, kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk bahagian hadapan.

“Wanita terbabit pula mengalami cedera ringan. Namun, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ibu rindu kepulangan anak


Ibu rindu kepulangan anak
Zaikiah menunjukkan dua laporan polis yang telah dibuat berikutan kehilangan anaknya itu.
TAIPING – “Bila teringat Ramadan sudah tak lama lagi, mak cik bertambah risau dengan keadaan anak, adakah dalam keadaan selamat atau sebaliknya,” luah warga emas Zaikiah Shamsudin, 72.

Zaikiah berkata, anak perempuannya, Zaiton Md Desa, 45, keluar rumah pada 21 Jun lalu dan sehingga kini tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, pada pagi kejadian, Zaiton ada meminta kebenaran untuk pulang ke rumahnya di Kampung Depan Balai Polis, Bagan Serai bagi melihat dua anaknya.

“Pada mulanya mak cik tak benarkan kerana bimbang dengan keselamatannya dan selepas itu mak cik sendiri tak sedar dia keluar rumah, namun memang ada jiran yang nampak dia keluar rumah pagi itu,” jelasnya.

Zaikiah berkata, sebelum ini anaknya itu berada dalam keadaan baik, namun dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini dia mengalami tekanan perasaan berikutan menghadapi masalah rumah tangga.

“Sebelum ini Zaiton pernah juga hilang, namun ditemui semula selepas tiga bulan.

“Mak cik jumpa dia di Ipoh dan telah bekerja di sana untuk mencari rezeki,” katanya.

Tambah Zaikiah lagi, anaknya itu keluar rumah sehelai sepinggang dan hanya membawa wang sebanyak RM10 yang diberikan kakaknya.

“Mak cik difahamkan, pagi itu dia keluar dengan berseluar jeans, berbaju biru dan mengenakan tudung bercorak bunga,” katanya.

Jelasnya lagi, dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bagan Serai dan Balai Polis Simpang.

“Mak cik sangat bimbang dengan keselamatan dia kerana masih dalam keadaan tidak sihat.

“Apabila teringat pelbagai kemungkinan boleh berlaku, air mata mak cik mula mengalir,” katanya.

Zaikiah berkata, dia sendiri telah memanjangkan masalah itu ke Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah.

“Selepas ini mak cik akan serahkan kepada keputusan mahkamah dan apa yang mak cik mahukan anak mak cik selamat dan sihat semula.

"Mak cik juga berharap Ramadan kali ini, anak ada bersama mak cik," katanya.

Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 012-546 8245 atau terus ke alamat No 1333, Lorong 38, Taman Kaya.

Ajal atas mangkuk tandas


Ajal atas mangkuk tandas
Polis mengangkat mayat Boh Lin, untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.
ALOR SETAR - Bau kurang menyenangkan dengan kehadiran lalat berhampiran tingkap sebuah rumah menimbulkan rasa pelik jiran-jiran menjadi petunjuk kepada penemuan mayat seorang warga emas.

Lai Boh Lin, 76, ditemui mati dalam keadaan terduduk di atas mangkuk tandas dalam bilik utama rumahnya di Taman Saga, Alor Mengkudu dekat sini, dikatakan sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Jiran, Ong Keng Huat, 62, berkata, dia berasa hairan selepas menghidu bau busuk sejak tiga hari lalu tetapi belum mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi

Katanya, masuk hari kelima (semalam) bau itu semakin kuat sehingga dia dan keluarga tidak tahan lagi.

“Selepas saya jenguk ke rumah dia (si mati) dan mendapati banyak lalat yang menghurung sebuah tingkap rumah itu.

“Saya mengajak beberapa jiran yang lain untuk melihat apa yang berlaku. Kami mengetuk pintu rumah yang berkunci tetapi tiada sahutan, jadi kami menghubungi anggota Rela,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Selepas menemui mayat Boh Lin, mereka kemudian menghubungi polis pada kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Keng Huat berkata, jirannya yang juga seorang tabib itu jarang pulang ke rumah berkenaan berikutan sudah berpindah dan tinggal bersama isterinya di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, si mati juga seorang yang pendiam dan jarang berkomunikasi dengan jiran-jiran di situ.

“Dia sudah lama tinggal di sini, kemudian berpindah selepas anak perempuannya pergi melanjutkan pelajaran di luar negara. Dia akan pulang sesekali sahaja.

“Tetapi pada Sabtu lalu, kami ada berbual selepas dia minta tolong tolak keretanya yang rosak. Dia juga ada mengadu rasa tak sedap hati dan badan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, ketika dihubungi berkata, sehingga kini (semalam) mayat tersebut masih dalam siasatan lanjut (post-mortem).

“Setakat ini kita klasifikasi kes sebagai mati mengejut. Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lalu.

“Mengikut rekod si mati juga menghidapi penyakit jantung,” katanya.

Gerai makan kotor terima padah


Gerai makan kotor terima padah
Dua pegawai menampal notis perintah tutup di salah sebuah gerai di Seksyen 2 yang gagal menjaga kebersihan seperti yang ditetapkan.
Gerai makan kotor terima padah
Dr Azman dan pegawainya memeriksa saluran air di bahagian belakang premis.
SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengarahkan 17 daripada 24 premis makanan di Seksyen 2 di sini ditutup sementara selama dua minggu di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, premis tersebut diarahkan tutup kerana tahap kebersihan kurang memuaskan selepas diperiksa dan dinilai oleh 75 pegawai penguat kuasa jabatan tersebut.

“Ada yang kita periksa mematuhi tahap yang dikehendaki iaitu 65 peratus ke atas. Kalau kurang 65 peratus mengikut kriteria Jabatan Kesihatan, diarah tutup,” katanya ketika Operasi Penutupan Premis Makanan Tidak Bersih di daerah Petaling di sini, semalam.

Menurutnya, dalam tempoh dua minggu, pengusaha premis makanan terbabit perlu meningkatkan tahap kebersihan premis mereka seperti diarahkan pegawai penguat kuasa yang menjalankan operasi.

Dr Azman berkata, memandangkan premis makanan ini begitu banyak, jadi operasi ini dijalankan secara integrasi dengan bantuan penguat kuasa daerah lain di Selangor.

Beliau berkata, penilaian dibuat berdasarkan semua aspek termasuk penyediaan makanan; tempat penyediaan makanan mentah; struktur penyimpanan makanan; saluran air; pengendali makanan dan pelbagai kesalahan lain membabitkan kebersihan.

Katanya, selain penguatkuasaan, pihaknya secara tidak langsung memberikan ilmu pengetahuan tentang kebersihan dan penerangan secara terperinci mengenai kebersihan.

“Kita melihat semua isu, sebab utama penutupan adalah tahap kebersihan makanan rendah; pengendali tidak mendapatkan suntikan pencegahan tifoid; pengendali tidak memakai apron atau penutup kepala; kuku panjang dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan tidak mahu orang awam keracunan makanan memandangkan  daripada data setakat tahun lalu sebanyak 63 episod keracunan makanan di Selangor.

“Daripada jumlah itu, ia melibatkan 1,617 kes keracunan makanan. Setakat Januari sehingga Julai tahun ini, 40 episod keracunan makanan yang melibatkan 841 kes.

“Kalau kita tengok dari aspek pecahan wabak di mana berlakunya kes ini pada tahun ini, sekolah (18), gerai dan restoran (9), institusi (6), rumah sendiri (3), katering (3) dan rumah kebajikan (1),” katanya.

Beliau berkata, setiap pegawai diberikan kad kuasa melaksanakan tugas, jika tidak mereka tidak boleh melaksanakan penguatkuasaan ini.

Wanita nyaris maut, tangki minyak kereta pecah


Wanita nyaris maut, tangki minyak kereta pecah
Pasukan bomba sedang melakukan kerja pembersihan jalan.
SEREMBAN –  Seorang wanita nyaris maut selepas kereta Daihatsu Charade dipandunya dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang sebelum kenderaannya pula melanggar kereta lain di bahagian hadapan di Jalan Tun Dr Ismail di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan tangki minyak kereta mangsa pecah dan mengakibatkan tumpahan minyak di atas jalan raya.

Menurut sumber, semua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Mantin.

Bagaimanapun katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian, lori terbabit dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kereta mangsa.

“Kejadian itu mengakibatkan kereta mangsa pula melanggar kereta jenis Proton Wira di hadapannya sebelum kenderaan terbabit terbabas ke bahu jalan.

“Bagaimanapun mangsa yang berusia lingkungan 50-an hanya cedera ringan manakala pemandu Proton Wira dan lori terbabit  tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sumber berkata, rempuhan lori berkenaan menyebabkan tangki minyak kereta mangsa pecah dan mengakibatkan tumpahan minyak di atas jalan raya.

Kata sumber, pasukan bomba terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk membersihkan tumpahan minyak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Tak mengaku salah ragut mangsa



AYER KEROH - Seorang penganggur dituduh di Mahkamah Sesyen semalam kerana meragut hingga menyebabkan kecederaan mangsa di Banda Hilir, bulan lalu.

Tertuduh, P Daniel, 26, dari Kluang, Johor bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya di hadapan Hakim, Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, Daniel didakwa melakukan rompakan ke atas harta kepunyaan K Thivagar, 16, iaitu wang tunai RM135 dan dua telefon bimbit jenis Nokia dan CSL dengan menggunakan pemutar skru sehingga menyebabkan kecederaan.

Dia melakukan kesalahan itu di hadapan Pasar Wilayah, Jalan Tamby Abdullah, Banda Hilir kira-kira jam 11.50 malam pada 22 Jun 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membolehkan dihukum penjara sehingga tujuh 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Ahmad ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Daniel merayu wang jaminan itu dikurangkan kerana dia perlu menanggung ibu dan bapanya selain isterinya yang sedang mengandung.

Namun, Ahmad Sazali mengekalkan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh yang ditangkap ketika melakukan jenayah tersebut.

Ketum basah dalam pembesar suara



Ketum basah dalam pembesar suara
Anggota UPP menunjukkan daun ketum yang ditemui dalam pacuan empat roda.
IPOH -  Tindakan tidak sengaja seorang anggota penguat kuasa menepuk pintu dan peti pembesar suara sebuah pacuan empat roda dalam sekatan jalan raya di sini, berjaya menemui daun ketum memenuhi dalam kedua-dua tempat itu.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi di Kilometer 4.5, Jalan Pengkalan Hulu-Betong, Thailand, seorang lelaki yang memandu sebuah pacuan empat roda tergamam apabila rahsianya menyembunyikan bahan larangan itu terbongkar.

Lelaki warga Thailand berusia 27 tahun itu memandu kenderaan seorang diri untuk pulang ke negara itu ditahan dalam operasi mencegah penyeludupan oleh empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang diketuai Pegawai Kanan Kastam, Junaizan Jusoh.

Komander UPP Perak, Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, suspek pada mulanya cuba berdalih sebaik disoal dan enggan menunjukkan pasportnya apabila diminta untuk pemeriksaan.

Beliau berkata, pemeriksaan seterusnya menemui daun ketum berkenaan turut disumbat penuh dalam peti pembesar suara radio pada kenderaanya.

“Suspek mengikat daun ketum seperti sirih dan dibungkus dalam plastik putih.

“Suspek mengaku membeli daun ketum berkenaan di Kedah pada harga RM30 sekilogram dan akan menjualnya di Thailand dengan harga lebih dua kali ganda,” katanya.

Kasturi berkata, suspek dan kenderaannya kini diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu manakala daun ketum diserahkan ke Jabatan Narkotik Pengkalan Hulu untuk siasatan lanjut.

“Hasil usaha tanpa henti dan kawalan ketat menyebabkan UPP Perak sehingga kini berjaya menyelesaikan lapan kes penyeludupan daun ketum tahun ini," katanya.

Samseng libas parang


Samseng libas parang
Pegawai Penguatkuasa JIM negeri ketika memeriksa 14 wanita termasuk 13 GRO yang ditahan dalam serbuan malam kelmarin hingga awal pagi semalam.
AYER KEROH - Tindakan seorang samseng yang mengugut menggunakan parang dan kayu besbol tidak mematahkan semangat pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri untuk menyerbu sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, di sini, malam kelmarin.

Sinar Harian difahamkan, perbuatan melibas tiga parang ke arah pegawai itu dilakukan dua minggu lalu sebelum penguatkuasa membuat serbuan kali kedua, empat hari kemudian.

Pasukan penguatkuasa bukan sahaja balik dengan tangan kosong malah hanya mampu melihat lebih 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) dilarikan menaiki tiga van ketika dikepung oleh beberapa lelaki dipercayai samseng kelab berkenaan.

Bagaimanapun, serbuan kali ketiga ke pusat hiburan berkenaan kelmarin akhirnya membuahkan hasil apabila 15 pegawai penguatkuasa berjaya menahan lima GRO warga asing, kira-kira jam 10 malam.

Ketua Penguatkuasa JIM negeri, Asani Ladjani berkata, tiga gadis Vietnam dan dua dari China berusia 20-an itu antara 22 yang ditahan daripada 34 orang diperiksa dalam empat serbuan berasingan selama enam jam berakhir tiga pagi semalam.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya dan berjaya menahan lapan GRO warga Vietnam ketika mereka sedang melayan pelanggan.

“Serbuan kedua pula dilakukan di pusat hiburan di kawasan sama dan membawa kepada penahanan lima warga asing dari Vietnam dan China kerana melanggar syarat permit,” katanya.

Asani berkata, pihaknya turut menahan sepasang suami isteri dari Indonesia bersama rakan lelaki mereka warga sama  di Merlimau, Jasin kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Menurutnya, kesemua warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini tanpa permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Budak lelaki dipaksa lakukan seks oral




SUNGAI BULOH –  Derita seorang kanak-kanak lelaki dipaksa melakukan seks oral oleh jurulatih badmintonnya sejak tiga tahun lalu berakhir selepas ibu mangsa membuat laporan polis sebaik mendapat maklumat mengenai kelakuan tidak bermoral jurulatih itu terhadap anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, mangsa berusia 12 tahun beberapa kali diarah melakukan seks oral dan kejadian berlarutan sehingga Mei lalu.

Menurutnya, kegiatan itu hanya diketahui ibunya selepas diberitahu oleh ibu rakan anaknya itu sebelum satu laporan polis dibuat pada 27 Jun lalu.

“Siasatan mendapati suspek membuka seluar dan kemudian mengarah kanak-kanak itu menghisap kemaluannya,” katanya.
Beliau berkata, jurulatih berusia 41 tahun itu ditahan 2 Julai lalu dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah 377 E, kanun keseksaan.

Berlakon demi cari mangsa


Berlakon demi cari mangsa
Orang ramai diminta berhati-hati ketika berada di sekitar pekan Rantau Panjang kerana terdapat individu berpura-pura tidak mempunyai wang sejak akhir-akhir ini.
RANTAU PANJANG – Peniaga pekan Rantau Panjang meminta orang ramai berhati-hati sekiranya didekati lelaki yang mendakwa tidak mempunyai wang.

Dakwanya, lelaki berkenaan akan memaklumkan bahawa dia berasal dari selatan Thailand dan kehabisan wang serta memintanya untuk tujuan tertentu.

Katanya, cara itu digunakan untuk menarik perhatian sebelum bertindak, jika berpeluang berbuat demikian terutama di kawasan agak jauh dari orang ramai.

Tambahnya, alasan itu digunakan memandangkan ia mudah menarik perhatian orang prihatin.

Seorang peniaga dikenali sebagai Ma berkata, lelaki berkenaan memaklumkan dia kehabisan wang dan akan bertindak sebaik orang ditemuinya terutama wanita membuka beg untuk mengambil wang.

Katanya, perkara ini kerap berlaku di pekan Rantau Panjang kerana kawasan ini kerap dikunjungi orang ramai.

“Perkara sebegini kerap berlaku, orang ramai perlu berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa.

“Alasan tidak mempunyai wang adalah rutin individu berkenaan untuk mengabui mata orang ramai sebelum bertindak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ketika membuat tinjauan di pekan Rantau Panjang tengah hari semalam, wartawan Sinar Harian turut melalui situasi sama apabila seorang lelaki menunggang motosikal berpendaftaran negara jiran menghampiri kereta dan mengetuk cermin sebelah pemandu.

Dia yang berpakaian selekeh memaklumkan datang dari Patani dan tidak mempunyai wang untuk mengisi minyak.

Sebaik memaklumkan tidak mempunyai wang ketika itu, lelaki berkenaan terus berlalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi Sinar Harian petang semalam memaklumkan beliau tidak menerima laporan berhubung kes berkenaan.