Search This Blog

Wednesday, July 3, 2013

Mental Nirmala Bonat perlu pemeriksaan pakar

Nirmala BonatNirmala Bonat - Foto The Star Online
PUTRAJAYA - Keadaan mental dan kecederaan fizikal pembantu rumah warga Indonesia Nirmala Bonat perlu diperiksa oleh pakar perubatan.

Ini kerana Nirmala gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan bekas majikannya Yim Pek Ha dan suaminya, supaya Nirmala diperiksa oleh pakar perubatan.

Nirmala mengemukakan saman terhadap Yim dan suaminya, Hii Ik Ting, 47, memohon ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan yang didakwa dialaminya akibat didera.

Yim, 45, ketika ini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas rayuan terakhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada Oktober tahun lepas untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kerana mencederakan Nirmala.

Hakim Datuk Ramly Ali yang mengetuai panel tiga hakim hari ini sebulat suara menolak rayuan Nirmala selepas memutuskan bahawa Nirmala tidak akan menjadi mudarat sekiranya dia diperiksa oleh pakar.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat turut menganggotai panel berkenaan.

Kes saman itu ditetapkan bagi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Julai.

Nirmala, 29, dari Desa Tuapakas di Kota Kupang, Indonesia, memfailkan saman itu pada 2010 terhadap Yim dan Hii, dengan mendakwa dia mengalami kesakitan, menanggung malu dan seksaan mental serta fizikal ketika bekerja sebagai pembantu rumah pasangan itu di Villa Putera di Jalan Tun Ismail antara September 2003 dan Mei 2004.

Nirmala memohon ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan serta lebih RM40,000 kerana kehilangan pendapatan selain perbelanjaan perubatan sebagai ganti rugi khas.

Pada 27 Feb tahun ini, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pasangan itu supaya Nirmala diperiksa oleh pakar perubatan yang akan ditugaskan oleh Yim dan Hii bagi menentukan sama ada kecederaannya itu diakibatkan oleh Yim atau Nirmala sendiri.

Nirmala diwakili peguam M. Kavimani manakala Yim dan Hii diwakili peguam Chan Vy Sing dan Lam Cheng Wun. - Bernama

57 GRO ditahan di Kelantan



KOTA BHARU - Seramai 57 pelayan pelanggan, sebahagian besarnya rakyat Thailand, ditahan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
 
Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Mahasan Mustapa berkata tangkapan terbaru dibuat malam tadi membabitkan 12 GRO rakyat Thailand berusia antara 18 hingga 41 tahun dalam operasi di Kuala Krai, dekat sini.
 
"Setakat ini, tiada kes GRO itu terlibat dalam memberikan khidmat seks kepada pelanggan. Mereka ini hanya menjadi pelayan untuk menemani pelanggan yang minum di premis mereka," katanya kepada pemberita di Pejabat Bahagian Penguatkuasa jabatan itu di sini, hari ini.
 
Sementara itu, Mahasan berkata dalam operasi malam tadi yang bermula 10 malam itu, pihaknya turut menahan 12 pekerja lelaki rakyat asing yang tidak mempunyai permit kerja sah.
 
"Dua belas pekerja rakyat asing itu merupakan rakyat Myanmar, Pakistan dan Bangladesh yang berumur seawal 15 tahun hingga 30-an," katanya.  - Bernama

Imigresen Melaka tahan 13 NGO warga asing



MELAKA - Jabatan Imigresen Melaka menahan 13 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Taman Melaka Raya di sini, malam tadi.
 
Penolong Pengarah Imigresen Melaka Asani Ladjani berkata dalam operasi selama enam jam bermula 9 malam itu, 11 wanita warga Vietnam dan dua warga China berusia antara 20 dan 30-an itu ditahan ketika sedang berkaraoke bersama pelanggan.
 
Katanya, dalam operasi pertama, seramai lapan GRO warga Vietnam ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan manakala dalam operasi kedua pada kira-kira 11 malam di pusat hiburan berdekatan, tiga warga Vietnam dan dua warga China ditahan ketika sedang melayan pelanggan.
 
Menurut Asani, operasi di pusat hiburan kedua itu gagal dijalankan sebelum ini akibat dihalang dan diugut samseng yang diupah pemiliknya.
 
"Operasi pertama, pada 21 Jun lepas gagal kerana kira-kira 20 wanita warga asing dipercayai GRO dibawa keluar dari premis menaiki tiga van diiringi lebih 10 lelaki menggunakan parang dan kayu sehingga pegawai kita tidak dapat menjalankan tugas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, pihaknya membuat laporan polis sebelum polis bertindak melakukan serbuan, sejam selepas kejadian tersebut.
 
Katanya operasi kali kedua yang dilakukan tiga hari kemudian turut gagal kerana tiada warga asing berada di premis berkenaan.

Sementara itu, Asani berkata dalam operasi berasingan malam tadi, sembilan warga asing termasuk seorang wanita warga Indonesia ditahan dalam dua sebuan di rumah dan tapak pembinaan di Merlimau.
 
Wanita beruisa 20-n berkenaan ditahan bersama dua lelaki warga Indonesia dalam rumah berkenaan manakala enam warga Bangladesh ditahan di tapak pembinaan berhampiran.
 
Katannya kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas, permit atau sempadan pas dan tinggal lebih masa dan dihantar ke depoh tahanan Imigresen Machap Umboo, untuk tindakan lanjut.  - Bernama

Kes dadah: Peniaga diperintah bela diri



ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang peniaga membela diri terhadap pertuduhan mengedar dan memiliki dadah dua tahun lepas.
 
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima face terhadap Ahmad Fadzil Hamzah, 34.
 
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Fadzil didakwa mengedar 16,471.5 gram dadah (16,321.9 gram heroin dan 149.6 gram monoacetylmorphine) di dalam kereta jenis Mercedez Benz bernombor pendaftaran SA5880J di tepi rumah bernombor 9, kampung Baru, Sungai Kob, Kulim pada 5 Ogos 2011 pukul 1 tengah hari.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 
Dia juga dituduh memiliki dadah jenis kanabis 84.8 gram pada tempat, tarikh dan masa yang sama. Ahmad Fadzil didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum menurut Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
 
Mohd Zaki menetapkan 28 Julai untuk pihak pembelaan memanggil saksi mereka.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.   - Bernama

3 buruh binaan maut tertimbus


3 buruh binaan maut tertimbus
Lokasi kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 3 pekerja buruh binaan maut, pagi tadi.
SHAH ALAM -  Tiga buruh binaan maut manakala seorang terselamat akibat tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di tapak binaan di Ukay Perdana, Ampang jam 11.29 pagi tadi.

Mangsa yang kesemuanya warga Myanmar berusia lingkungan 20-34 tahun.

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Alam, Kowrin dan Romzo Ali, berumur antara 29 dan 34 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian pada pukul 11.29 pagi itu, lapan pekerja sedang membuat kerja sistem perparitan.
 
"Runtuhan tebing setinggi tiga meter itu telah menghempap empat orang...tiga mati tertimbus manakala seorang lagi patah kaki dan dia kini dirawat di Hospital Ampang.
 
"Kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tertimbus," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian, hari ini.
 
Beliau berkata ketiga-tiga mayat rakyat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
 
Sementara itu, ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan projek supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta sehingga siasatan selesai.

5 lelaki didakwa curi mesin ATM BSN



KUANTAN - Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencuri mesin ATM (auto-teller machine) milik Bank Simpanan Nasional (BSN), bulan lepas.

Iskandar Lai Loi Mee, 26, Mohd Syaifuddin Jusoh, 34,  Hail Lekir Halmi, 29, Fairul Azman Ab Razak, 25, dan Jiva K.Ramasamy, 22, didakwa melakukan jenayah itu di ATM BSN, Jalan Indera Mahkota 5, pada 3.31 pagi, 14 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara lapan tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Zahan Mohamad Ali membenarkan kelima-lima tertuduh, masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini sebagai tarikh prabicara kes.

Sementara itu, Jiva juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu mencuri sebuah kereta di tepi jalan di hadapan sebuah rumah di No 5, Lorong 14/4, Indera Mahkota 14, pada 8.20 malam, 4 Jun lepas.

Pekerja kuari itu didakwa mengikut Seksyen 379A kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noor Zahan membenarkan dia diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini untuk prabicara kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabedah Ungku Ismail. - Bernama

Enam maut, kenderaan bertembung

MUKAH 3 Julai - Enam termasuk seorang kanak-kanak serta bayi maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dan sebuah trak pikap Toyota Hilux di Kilometer 117, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini hari ini.
Dalam nahas ngeri yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi ini, lima daripada mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga berkenaan serta ahli keluarganya.
Mereka ialah Mohd. Sirhan Suib, 35, isterinya, Dayang Norhayati Tusin, 30, dan anak mereka, Mohd. Danish Nubhan, 9 bulan.
Turut maut, adik kepada Dayang Norhayati, Dayang Norhafizah, 23, serta anak perempuannya, Siti Norasidah Mohd. Azri, berusia dua tahun.
Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah penumpang Toyota Hilux, Napsiah Hasan, 61, manakala suaminya yang juga pemandu trak pikap tersebut, Ali Kamat, 60-an hanya mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat mereka daripada kenderaan.
Difahamkan, Mohd. Sirhan dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Limbang manakala Napsiah dan suaminya menuju ke Miri.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Saga yang dipandu Mohd. Sirhan gagal dikawal lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Hilux.
"Akibat pertembungan itu, Siti Norasidah yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kereta kira-kira 2 meter manakala ibunya tersangkut di cermin belakang kereta.
"Sementara itu, Mohd. Danish Nubhan pula mati dalam pelukan ibunya selepas mereka berdua tersepit di tempat duduk hadapan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Omar Bakhtiar dalam pada itu berkata, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130704/je_02/Enam-maut-kenderaan-bertembung#ixzz2Y5QLXvmr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 tahun sudah ketagih dadah


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Norhidayatidayu Razali
Kuala Lumpur: Usianya baru empat tahun, namun sudah ketagihan dadah selepas terdedah kepada perbuatan ibu bapanya yang juga penagih dadah tegar melepas gian di hadapan kanak-kanak perempuan itu.

Lebih mengejutkan kanak-kanak itu turut dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual di kawasan tempat tinggalnya di Jalan Chow Kit, di sini, menyebabkan dia menjadi trauma terhadap lelaki.


Bagaimanapun, pihak berkuasa sukar mengesan siapa pelaku gangguan seksual itu berikutan tempat tinggal mangsa dan ibu bapanya dipenuhi penagih dadah.



Mangsa ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di pinggir ibu kota selepas ibu bapanya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah sebulan lalu.


Jurucakap pusat perlindungan itu berkata, mangsa petah bercakap dan dia menceritakan tinggal dalam rumah yang turut menjadi tempat penginapan beberapa penagih dadah lain.


“Difahamkan, kanak-kanak itu sejak kecil membesar dalam keadaan persekitaran yang amat teruk iaitu dikelilingi penagih dadah berikutan kedua-dua ibu bapanya juga penagih dadah. “Setiap hari mereka melepaskan gian di hadapan kanak-kanak itu menyebabkan dia kerap terdedah kepada asap dadah itu hingga turut mengalami ketagihan,” katanya.

Selepas ibu bapanya ditahan dan dimasukkan ke penjara, kanak-kanak itu terabai sebelum dia diselamatkan sebuah yayasan kebajikan, seterusnya dihantar ke pusat perlindungan.


Jurucakap itu berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang reaksi aneh ketika mula-mula berada di pusat perlindungan sehingga dia demam pada 1 Julai lalu dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Doktor wanita yang merawatnya mendapati mangsa mengalami trauma yang teruk terhadap lelaki. Ini kerana, apabila doktor lelaki mendekatinya untuk pemeriksaan, dia takut dan mula menjerit.


“Berikutan itu, doktor wanita berkenaan percaya kanak-kanak itu mangsa gangguan seksual,” katanya.


Doktor berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Geng penjenayah Oxy terus mengganas

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN
pengarang@utusan.com.my
PETALING JAYA 3 Julai - Sekumpulan penjenayah bertindak nekad memecah masuk sebuah pasar raya di Taman Kinrara, Puchong dekat sini dan melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM70,000 dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam premis itu awal pagi ini.
Penjenayah dikatakan merancang tindakan mereka dengan teliti kerana selain melarikan wang tunai dari mesin ATM itu, mereka turut memecah masuk sebuah kedai emas dalam premis dan melarikan beberapa kamera litar tertutup (CCTV) dalam bangunan itu.
Kejadian yang berlaku di pasar raya terletak di Jalan TK 1/11A itu hanya disedari pekerja premis yang datang untuk memulakan tugas pada pukul 7.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd. Razak Elias berkata, berdasarkan kesan yang ditemui pada mesin ATM tersebut, polis percaya penjenayah terbabit menggunakan gas oxy-Acetylene.
“Suspek dipercayai menebuk dinding simen pasar raya melalui tempat pembuangan sampah sebelum memecah masuk ke ruang pasar raya.
“Kita juga percaya mereka menggunakan gas oxy untuk memotong mesin ATM itu kerana terdapat kesan terbakar di sekitar mesin tersebut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tambah Abd. Razak, suspek turut memecah masuk ke kedai emas di tingkat satu, pejabat pengurusan pasar raya di tingkat dua dan bilik CCTV di tingkat tiga bangunan pasar raya itu.
“Polis percaya kesemua tempat yang dipecah masuk kumpulan itu menggunakan gas oxy dan peralatan pecah rumah.
“Setakat ini, polis dimaklumkan kedai emas itu kerugian kira-kira RM10,000," tambahnya.
Abd. Razak berkata, suspek juga dikatakan cuba membawa lari peti simpanan wang dalam pejabat pengurusan namun gagal kerana terdapat kesan umpil pada peti berkenaan.
“Malah kesemua rakaman CCTV di dalam pasar raya itu telah diambil oleh suspek namun polis akan menggunakan beberapa CCTV dari kawasan berhampiran pasar raya itu.
“Difahamkan siren keselamatan sudah berbunyi namun tiada yang melaporkannya kepada polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah bangunan dan kita percaya suspek bertindak secara berkumpulan," katanya.

Rompak ladang ternak ayam



Rompak ladang ternak ayam
Keadaan tempat yang telah digeledah oleh perompak berkenaan.
Rompak ladang ternak ayam
Kenny menunjukkan kesan kecederaan yang dialami pekerjanya.
TAIPING – Seorang pengusaha ladang ternakan ayam bernasib baik apabila tindakannya lewat tiba ke ladang menyebabkan dia terselamat daripada dicederakan lapan individu yang dipercayai ingin merompak.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, 28 Jun lalu, mangsa Kenny Ng, 40-an berkata, ketika kejadian, ladang ternakannya di Sungai Mati, Matang hanya dijaga dua pekerja warga Nepal.

Menurutnya, lapan individu berkenaan dipercayai bertindak mengikat dua pekerjanya yang sedang makan.

“Mereka kemudian menggeledah kawasan berkenaan bagi mencari barangan bernilai tidak cukup dengan itu mereka ugut dan pukul pekerja saya menyebabkan mereka cedera di badan dan tangan,” katanya.

Difahamkan, kesemua penjenayah berkenaan bertindak menunggu pengusaha ladang sehingga jam 10 pagi, kononnya untuk mendapatkan habuan lebih besar.

Namun, taktik itu tidak menjadi apabila Kenny datang agak lewat berbanding hari biasa.

Kenny berkata, dia hanya mengetahui insiden berkenaan sebaik dihubungi salah seorang pekerjanya yang berjaya membuka ikatan di tangan.

“Saya kemudian membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan awal, kumpulan itu berjaya larikan dua televisyen, dua telefon bimbit dan wang tunai dengan kerugian dianggarkan RM5,000,” katanya.

Difahamkan, insiden berkenaan bukan pertama kali berlaku apabila bulan lalu, seorang lelaki datang ke ladang itu dengan tujuan meminta wang perlindungan.

“Namun saya enggan bagi, saya rasa kejadian rompak ini ada kaitan dengan kes meminta bayaran wang perlindungan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan kejadian, namun menyatakan bahawa mangsa tidak memaklumkan berkaitan kes meminta wang perlindungan.

'Pelamin anganku musnah'


'Pelamin anganku musnah'
Yati melihat laporan polis, pakej dan gambar pelamin yang ditempahnya, namun terpaksa dibatalkan
'Pelamin anganku musnah'
Hasnah menunjukkan pakej yang ditawarkan oleh pusat andaman berkenaan
JEMPOL - Pelamin anganku musnah! Itulah yang dihadapi dua pengantin di sini, apabila pelamin yang ditempah mereka dari sebuah pusat andaman di sini, tidak seindah seperti dikhabarkan.

Ibu kepada salah seorang pengantin, Hasnah Hassan, 46, berkata, anaknya, Nor Hanizam Hassan, 25, tertipu dengan pakej menarik yang ditawarkan pusat andaman itu dengan harga RM6,300.

Menurutnya, pakej itu termasuklah set karaoke, kompang dan hiasan barang hantaran, namun bila tiba hari majlis berlaku sebaliknya.

"Anak saya idamkan pelamin yang 'glamour' pada majlis perkahwinannya pada 24 Mei lalu, namun apa yang dibuat oleh butik andaman itu seperti reka bentuk era 60-an.

"Menitis air mata saya melihat set pelamin anak saya seumpama itu, malah semua pakej yang dijanjikan juga tiada," katanya yang berasal dari Pasir Besar, Gemas.

Hasnah berkata, kini disebabkan masalah itu dia terpaksa berulang-alik dari Pasir Besar, Gemas ke daerah ini untuk menuntut semula bayaran sebelum ini.

"Namun saya terkilan dengan perkhidmatan pusat andaman itu kerana anak saya sudah melunaskan bayaran lebih awal sebelum majlisnya secara ansuran dari 8 Oktober 2012 hingga 15 Mei lalu," katanya.

Kejadian itu tidak berhenti di situ kerana seorang lagi pengantin turut mengalami nasib sama, namun sempat membatalkannya sebelum majlis perkahwinan.

Yati Afrini Jarnis, 29, berkata, dia membatalkan tempahan pelamin dari pusat andaman itu kerana tidak berpuas hati dengan pakej yang disediakan.

Menurutnya, dia bersama suaminya bersetuju untuk menyewa pakej perkahwinan yang ditawarkan pusat andaman tersebut dengan harga RM3,000 yang didakwa sebagai pakej promosi.

"Selepas bersetuju, saya membayar wang deposit sebanyak RM1,500 pada 21 Januari lalu, disusuli RM1,000 pada 28 Januari.

"Walaupun majlis perkahwinan saya pada masa itu lambat lagi iaitu 1 Jun lalu, namun saya nekad membayar wang deposit kerana pakej yang ditawarkan sangat menarik," katanya.

Yati berkata, selepas itu, pada 21 Mei, dia dan suaminya datang ke pusat andaman berkenaan untuk mencuba baju, namun mereka mencadangkan agar datang pada 27 Mei.

"Kami bertegas juga mahu datang pada 21 Mei kerana bimbang ia tidak disediakan seperti yang diidamkan.

“Apabila kami sampai, ternyata hampa kerana pusat andaman tersebut memaklumkan bahawa semua pakej itu belum siap. Saya pelik, kenapa semua pakej yang saya sewa tiada pada tarikh tersebut sedangkan majlis kami
kurang dua minggu lagi," katanya.

Katanya, selepas itu, pusat andaman berkenaan mendesaknya membayar  baki pakej tersebut sebanyak RM500 dengan menjanjikan akan menyediakan kerusi persandingan yang baru.

"Namun disebabkan beberapa masalah itu, saya dan suami nekad membatalkan pakej tersebut,” katanya.

Sinar Harian difahamkan pasangan berkenaan membuat laporan pada keesokan harinya (22 Mei) di Balai Polis Bahau pada jam 8.05 malam.

Malah mereka juga mahu menuntut semula wang sebanyak RM2,500 untuk tindakan mahkamah dan tuntutan Tribunal Pengguna.
Sementara itu, Nor Hanizam juga membuat laporan pada 27 Mei lalu di Balai Polis Bandar Seri Jempol jam 4.51 petang bagi menuntut ganti rugi.

Bagaimanapun, kedua-dua pengantin itu menghadapi masalah apabila pusat andaman berkenaan berdolak-dalik untuk memulangkan duit mereka semula dengan alasan tiada duit tunai susulan terdapat pelanggan lain masih
belum menjelaskan bayaran.

Maritim lupus dadah, rokok



Maritim lupus dadah, rokok
Antara rokok yang dilupuskan Maritim
SENAI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pangkalan Maritim Batu Pahat melupuskan kira-kira 220,000 batang rokok seludup bersama dadah jenis ketamin dan syabu dengan anggaran nilai RM875,000, kelmarin.
Ketua Penguatkuasanya, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata, semua rokok dan dadah terbabit merupakan hasil rampasan serta kejayaan pihaknya pada awal tahun 2012 hingga Mac lalu.
“Kebanyakan kes berkaitan dadah rokok tidak sah diselesai oleh pihak kami dan hasil rampasan dilucutkan hak serta dimansuhkan dengan mencari serta membakar supaya tidak timbul keraguan.

“Proses pelupusan dibuat dengan kerjasama Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM) yang menyediakan mesin pelupusan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Iskandar berkata, permintaan terhadap rokok putih dan keretek tidak sah di pasaran tempatan itu menyumbang kepada peningkatan penyeludupan bahan berkenaan di negara ini.

“Bagi cubaan menyeludup dadah pula, pihak kita mempunyai perancangan tersendiri bagi membendung aktiviti tersebut yang menjadikan perairan Batu Pahat untuk membawa masuk dari negara jiran.

“Maritim Batu Pahat akan mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan meningkatkan rondaan dan operasi khas bagi menangani aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim,” katanya.

Ketua geng curi kereta diburu



Ketua geng curi kereta diburu
Tiga kenderaan yang dicuri Atan dan konco-konconya berjaya ditemui semula.
Ketua geng curi kereta diburu
Antara barangan yang ditemui bersama salah seorang suspek.
Ketua geng curi kereta diburu
Yusuf (kanan) bersama Asisten Superintendan, Seah Chong Seng menunjukkan kereta milik wanita yang berjaya ditemui semula.
Ketua geng curi kereta diburu
Atan, Ah Fat ,Adam...juga dicari polis.
TAIPING – Konco-konconya sudah tewas! Ramai telah ditahan.  Kini, polis giat menjejaki ketua masing-masing kerana didapati terlibat dalam kes curi kenderaan di sekitar daerah ini sejak Jun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, suspek pertama dikenali sebagai Ah Fat dipercayai terlibat dalam kes samun membabitkan seorang wanita, 26 Jun lalu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr Burhanuddin, di sini.

Menurutnya, dalam insiden kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, Ah Fat, 22, atau nama sebenarnya Muhammad Nur Tashriq Abd Malek bersama tiga rakannya menahan kenderaan mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

“Bagaimanapun wanita berkenaan yang menyedari ia satu taktik penipuan berjaya meloloskan diri dan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian menyebabkan keempat-empat penjenayah itu melarikan diri bersama kenderaan Nissan Teana milik wanita terbabit,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hasil gerakan bersama pasukan polis Ipoh, salah seorang ahli kumpulan berkenaan berusia 30 tahun berjaya ditahan ketika melarikan diri bersama kereta mangsa di kawasan Bandar Baharu Ipoh.

Dalam tangkapan itu, polis turut menemui satu gari siam, satu walkie talkie dan dua telefon bimbit.

Yusuf berkata, lelaki berasal dari Sungkai itu mengaku bersalah di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun setelah dihadapkan ke mahkamah.

“Usaha kita kini bagi menjejaki dua lagi rakan dan ketua kumpulan yang dikenali sebagai Ah Fat berasal dari Taman Kuala Kangsar, Perak,” katanya.
Atan larikan lima kenderaan

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dikenali sebagai Atan, 23, dicari setelah dipercayai mengetuai sebuah kumpulan lain melarikan lima kereta milik sebuah syarikat kereta terpakai di Assam Kumbang, di sini.

Atan atau nama sebenar, Shamsul Niezam Ahmad dari Taman Mewah, Taiping itu bersama lima lagi rakannya masing-masing berusia 20 hingga 28 tahun dipercayai membawa kenderaan terbabit menghala ke Thailand.

Yusuf berkata, polis bagaimanapun berjaya mengesan tiga kenderaan masing-masing sebuah kereta jenis Honda Civic dan dua Toyota Hilux antara 13 hingga 22 Jun lalu.

Menurutnya, dengan penemuan tiga kenderaan itu, polis turut menahan tiga individu di lokasi berasingan, dua daripada mereka didapati positif dadah.

“Dengan bantuan polis Kedah, kita berjaya menahan dua individu dalam satu sekatan jalan raya di Lorong Touch n Go kawasan Plaza Tol Jitra, Kedah, 19 Jun lalu, sementara seorang lagi ditahan di Kampung Pengkalan Kechil, Tikam Batu, Kedah pada 22 Jun lalu,” katanya.

Yusuf berkata, selain Atan, dua lagi ahli kumpulan berkenaan diburu bagi membantu siasatan, salah seorang daripadanya dikenali sebagai Mohd Adam Mohd Isa dari Kampung Bukit Kechil, Tikam Batu, Kedah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi,” katanya.

Tangan mayat diikat dawai


Tangan mayat diikat dawai
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat
IPOH – Sekumpulan pekerja pembinaan baru sahaja berehat terkejut menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan mengiring dengan kedua tangannya diikat dengan dawai di sebuah kawasan belukar di tapak pembinaan, Simpang Lawin, kira-kira dua kilometer dari Tol Kuala Kangsar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.54 tengah hari itu, kumpulan pekerja tersebut menghubungi polis memaklumkan penemuan mayat lelaki tanpa berbaju tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad berkata, hasil siasatan mendapati terdapat satu tikaman di bahagian perut bahagian kanan dan percaya mangsa mati tidak sampai 24 jam.

Menurutnya, ketika ditemui, mangsa hanya berseluar pendek dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

“Terdapat juga satu kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan objek keras. Lelaki tersebut dipercayai warga asing berikutan tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh,” katanya di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar meminta kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat berkaitan penemuan mayat itu dengan menghubungi talian 05-7767222.

Mayat dalam belukar: Suspek masih diburu



IPOH – Polis masih menyiasat dan mengesan suspek terlibat dalam kes pembunuhan dua lelaki yang ditemui di belukar berhampiran Desa Sri Ampang, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mempunyai sembilan bekas tembakan di badan.

“Polis masih mengesan suspek-suspek yang dipercayai terlibat berikutan kedua-dua mangsa kene tembak di kepala, muka, leher dan dada. Kita percaya pembunuhan ini bermotifkan balas dendam.

“Tiada kesan senjata digunakan dan sehingga kini, tiada tangkapan dibuat. Kita akan meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan mangsa, S Kaviventhen, 28, dan S Chandrasekhar, 26, ditemui oleh orang awam dengan kesan kecederaan di leher dan muka dengan salah satu mayat sudah berulat.

Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayat mereka dicampak ke kawasan belukar kira-kira jam 8.30 pagi.

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang



Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang
Ahli keluarga Adnan mencari barang masih boleh digunakan.
Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang
Motosikal Adnan hangus akibat kebakaran berkenaan.
KUALA KANGSAR – Dua keluarga di Kampung Jarau, di sini, terpaksa melupakan menyambut Ramadan yang bakal tiba di rumah sendiri apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran, kelmarin.

Kebakaran yang melibatkan tiga rumah itu menyebabkan sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang manakala dua lagi mengalami kerugian.

Dalam kejadian itu, dua rumah hangus manakala sebuah lagi terbakar di bahagian dapur.

Mangsa, Zamri Abdullah, 59, berkata, ketika kejadian hanya anak perempuannya sahaja yang berada di rumah.

Menurutnya, anaknya terdengar bunyi letupan dari rumah jirannya sebelum bertindak keluar dari kediaman untuk melihat apa yang berlaku.

“Apabila dia keluar rumah, dia nampak api yang berpunca dari  dapur mula merebak. Dia terus menjerit meminta tolong,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa, Mohd Adnan Din, 78, berkata, akibat kebakaran itu, motosikalnya dan peralatan rumahnya turut hangus serta menganggarkan kerugian sebanyak RM 50,000.

Jelasnya, ketika kejadian dia bersama isteri tiada di rumah kerana berada di kebun.

"Kebakaran itu menyebabkan barangan kemas serta wang simpanan turut hangus.

“Apabila kami pulang sahaja dari kebun, saya terkejut tengok rumah saya dah rentung,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kangsar dan Sungai Siput dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa tidak sampai 30 minit untuk memadamkan kebakaran.

Ketua Operasi, Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar, Ismail Darus, pihaknya sukar memadamkan kebakaran kerana jarak rumah yang terlalu hampir antara satu sama lain.
“Kita terima panggilan pada jam 9.57 pagi dan  bergegas ke tempat kejadian.

“Kami berjaya kawal api di dapur sebuah rumah bagi mengelakkan api itu merebak ke kediaman lain,” katanya.

Sementara itu, Adun Chenderoh, Zainun Mat Nor berkata pihaknya akan cuba membantu mangsa kebakaran dan turut menyumbang RM 500 mangsa.

“Kita akan lihat dulu jenis bantuan dan peruntukan yang akan diberikan,” katanya.

Restoran makanan Arab musnah dalam kebakaran

Restoran makanan Arab musnah dalam kebakaranKeadaan restoran berkenaan yang terbakar.
ALOR SETAR - Seorang pengusaha restoran terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM60,000 apabila perniagaan berkonsepkan makanan Arab yang diusahakannya lima bulan lalu musnah dalam satu kebakaran di Kompleks Perniagaan Persiaran Sultan Abdul Hamid, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, Adlan Yaakop berkata, dia tidak berada di restorannya semasa kejadian, sebaliknya mendapat berita buruk itu selepas menerima panggilan salah seorang pekerjanya.

“Saya terkejut lalu bergegas pulang ke restoran kerana bimbang mengenai keselamatan kesemua pekerja. Malah, sepanjang perjalanan ke sana, fikiran hanya tertumpu pada mereka kerana ia membabitkan nyawa.

“Saya difahamkan bahawa kebakaran berlaku ketika pekerja di restoran ini sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk makanan tengah hari, dipercayai akibat kebocoran paip pada periuk nasi yang digunakan untuk memasak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon Kota Setar, Deang Eneenlem berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu membabitkan restoran berkonsepkan makanan Arab itu kira-kira pukul 11.31 pagi.

Menurutnya, sebanyak 14 pegawai bomba dan 20 anggota bomba sukarela terlibat dalam operasi ini dengan tiga jentera telah digunakan pihak berkenaan untuk memadamkan kebakaran yang berlaku, malah api berjaya dikawal dalam tempoh 15 minit.

“Setakat ini, pihak kami berjaya mengenal pasti punca kejadian yang dipercayai berlaku akibat daripada dapur memasak, namun tiada kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Kuarters guru nyaris terbakar


Kuarters guru nyaris terbakar
Kesan kebakaran kawasan lalang di belakang kuarters guru SMK Seri Rompin berkenaan.
ROMPIN – Tindakan pantas sepasukan anggota bomba memadam kebakaran di kawasan padang lalang bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rompin, berjaya menyelamatkan kuarters guru berhampiran sekolah berkenaan daripada hangus terbakar, kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan II, Samsudin Sidek berkata, kebakaran telahpun masuk sedikit ke kawasan kuarters disebabkan kawasan kebakaran hampir dengan kuarters guru, namun sempat dikawal sebelum merebak.

Menurutnya, tindakan pantas bomba juga berjaya mengelakkan kemungkinan kebakaran merebak ke kawasan kuarters.

“Kawasan kebakaran berhampiran jalan utama Rompin-Pekan juga mengundang bahaya pengguna jalan raya kerana asap kebakaran yang ditiup angin dan memenuhi jalan mengehadkan pemandangan.

“Bomba yang pantas mengawal kebakaran menyebabkan api tidak merebak luas dan saya anggarkan kawasan yang terbakar dalam 0.5 hektar sahaja sahaja ,” katanya.

Beliau yang juga ketua operasi berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian tiba pada jam 11.30 pagi selepas menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Pahang dan operasi memadam selesai pada jam 1.40 petang.

“Kami menggunakan alat fire beater dan satu aliran hos sahaja. Tiada kesukaran untuk memadamkan api kerana terdapat pili air bomba di kuarters guru berhampiran,” katanya.

Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah SMK Seri Rompin, Muhammad Firdaus Aziz berkata, dia pada mulanya melihat asap seolah kuarters guru terbakar.

“Saya sedar ada kebakaran dalam jam 11 lebih selepas nampak asap di belakang rumah guru dan saya terus ke sana.

“Bila sampai, saya lihat rupanya kawasan lalang belakang rumah yang terbakar. Saya cuba memadamkan api dengan menyimbah air bersama dengan seorang kawan kerana api marak begitu cepat hingga membakar pagar
kawasan rumah guru,” katanya.
Menurutnya, api seperti sudah tidak boleh dikawal dan minta seorang rakan lagi untuk menghubungi bomba.

“Tidak sampai 15 minit selepas itu bomba sampai dan terus berusaha memadamkan api. Saya tidak pasti apa punca tetapi secara logik ia tidak akan terbakar dengan sendiri,” katanya.

Polis nyaris maut dirempuh


Ghuzlan Saleh
Ghuzlan Saleh
KULIM - Seorang anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim nyaris maut dirempuh ketika cuba menahan sebuah kereta di Pekan Kulim, kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku apabila polis ternampak kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, ketika membuat rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan Taman Kota Kenari bersama seorang anggota lain, polis ternampak suspek memandu kereta jenis Proton Wira berwarna perak memecut laju ke Jalan Hospital.

“Polis mengekori suspek yang melalui jalan di Kulim sebelum memberhentikan kenderaannya di kawasan gelap bersebelahan Pejabat Pos Kulim. Polis kemudiannya memasuki Jalan Tunku Bendahara sebelum memintas di hadapan kereta suspek.

"Suspek kemudian keluar dari kereta dan cuba melihat penumpang yang berada dalam kereta dipandu polis. Namun apabila seorang anggota polis yang mengenakan jaket polis keluar dari kereta dan menghampiri kereta suspek, suspek mengundurkan keretanya bagaimanapun dipintas polis di hadapannya sekali lagi, " katanya.

Katanya lagi, ketika polis cuba menghampiri kenderaannya, suspek bertindak nekad memecut kereta dipandunya dan cuba merempuh anggota polis terbabit.

Difahamkan, anggota polis berkenaan terpaksa melompat ke bahu jalan untuk menyelamatkan diri sebelum masuk ke kereta untuk memburu suspek, bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri.

Menurutnya, dari semakan dibuat mendapati kereta Proton Wira yang digunakan suspek dipercayai kenderaan curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ghuzlan menasihatkan kepada semua anggota polis yang sedang menjalankan tugas supaya berhati-hati kerana kebiasaannya suspek akan melakukan apa sahaja untuk memastikan diri mereka terlepas dan tidak ditahan polis.

“Ketika suspek cuba merempuh polis, perlakuan ini boleh mengakibatkan ancaman atau maut kepada anggota terlibat. Polis boleh melepaskan tembakan terhadap suspek untuk mempertahankan diri. Bagaimanapun tindakan polis mengelak dan tidak melepaskan tembakan adalah satu keputusan yang baik.

"Selain itu polis boleh melepaskan tembakan terhadap suspek sekiranya perlakuan jenayah dilakukan mereka boleh mengakibatkan mereka menerima hukuman mati.

Inilah risiko yang harus dihadapi oleh anggota polis setiap kali menjalankan tugas dimana mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan adakala mengakibatkan kecederaan dan maut,” katanya.

Dua kereta dipecah masuk


Dua kereta dipecah masuk
Cermin Odyssey dipecahkan sebelum komputer riba yang diletakkan di bahagian simpanan tayar ganti dilarikan.
Dua kereta dipecah masuk
Kang menunjukkan GPSnya yang diletakkan dalam armrest lesap.
MALIM - Biarpun diletakkan di bahagian tersembunyi, namun komputer riba dan alat sistem kedudukan global (GPS) milik seorang ahli perniagaan yang disimpan di bahagian simpanan tayar ganti dan armrest tetap berjaya dilarikan penjenayah.

Kejadian disedari mangsa, Henry Kang, 31, apabila melihat cermin kereta Honda Odyssey dan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di depan rumahnya di Taman Malim Jaya di sini, pecah kira-kira jam 6.45 pagi kelmarin.

Menurut Kang, kedua-dua kereta dalam keadaan baik ketika meletakkannya di luar pagar rumah selepas pulang bekerja jam 9 malam Ahad lalu.

“Namun, ketika hendak menghantar anak ke sekolah pagi semalam (kelmarin), saya terkejut melihat cermin belakang Odyssey dan cermin depan sebelah pemandu Triton pecah.

“Apabila memeriksa kedua-dua kereta, saya dapati komputer riba yang saya letak di bahagian simpanan tayar ganti dan GPS di dalam armrest hilang,” katanya.

Menurut Kang, GPS bernilai RM800 lesap bersama komputer riba yang berharga kira-kira RM3,000 baru digunakan dua hingga tiga bulan lalu selain Odyssey baru dibelinya Mac lepas.

Dia berkata, rakaman CCTV di rumahnya bagaimanapun gagal mengesan pelaku berikutan kejadian di luar kawasan rumah.

“Tetapi saya mengesyaki perbuatan ini dilakukan oleh penjenayah yang mempunyai kepakaran tertentu dan menggunakan alat pengesan serta pemotong cermin khas kerana cermin belakang Odyssey kelihatan dipotong elok.

“Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Malim mengenai kejadian yang dianggarkan kerugian kira-kira sebanyak RM5,000 termasuk kerosakan cermin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian.

Warga emas mati sendirian


Warga emas mati sendirian
Keadaan mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan tertiarap, reput serta tanpa berpakaian
SABAK BERNAM– Seorang lelaki warga emas yang tinggal keseorangan sejak 40 tahun lalu ditemui mati dalam keadaan meniarap dan berbogel di rumahnya di Parit 2 ½ Timur, Sungai Besar, di sini, pagi kelmarin.
Mayat mangsa, Suliman Mustapa, 76, yang sudah reput dan dihurung lalat itu dijumpai rakannya dan seorang kontraktor di tepi tilam dalam sebuah rumah berkenaan.
Rakannya, Sharif Hussin, 56, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang kontraktor yang menjalankan kerja membaik pulih rumah mangsa namun berasa hairan mangsa yang tidak keluar rumah apabila dipanggil.
“Kontraktor itu memberitahu, dia sudah puas memanggil mangsa berkali-kali tetapi tidak disahut, jadi dia mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada saya kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku”, katanya.

Sharif berkata, dia yang tiba di rumah mangsa selepas dimaklumkan kejadian itu bersama kontraktor itu bertindak menolak pintu rumah mangsa tetapi gagal kerana berkunci dan kemudiannya cuba mengintai lubang rumah
berkenaan.
“Kamiterus ke bahagian tepi rumah untuk jenguk dari tingkap dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan tertiarap di tempat tidurnya dengan dihurung lalat dan mayatnya hampir reput,” katanya.
Katanya, kali terakhir dia bertemu mangsa pada minggu lalu, bagaima-napun rakannya yang mempunyai isteri dan anak di Pasir Gudang, Johor itu tidak menunjukkan petanda mengalami masalah kesihatan.
“Saya pernah berjiran dengan mangsa dan kerap datang melawatnya ke rumah untuk lihat keadaannya, cuma sejak kebelakangan ini saya sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak sempat menjenguknya di rumah,” katanya.
“Kebiasaannya, jika arwah tidak sihat, saya akan bawa mangsa ke klinik dan dia juga tidak ada penyakit kronik,” katanya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk bedah siasat.

“Tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bom tinggalan perang ditemui

Bom tinggalan perang ditemuiBom dipercayai tinggalan perang dunia kedua yang ditemui pekerja kontraktor
GEORGETOWN - Sebutir bom lama dipercayai tinggalan zaman perang dunia kedua ditemui di kawasan pembinaan banglo mewah di Jalan Barnett di sini oleh beberapa pekerja kontraktor yang sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah.

Penemuan bom kira-kira jam 12.30 tengah hari itu menggemparkan penduduk di kawasan berkenaan apabila mereka semua diarahkan beredar dari rumah bagi tujuan keselamatan.

Difahamkan, bom yang sudah berkarat itu adalah jenis Arial, panjang 86 sentimeter (sm) dan diameter 70 sm terbabit mungkin digunakan ketika perang dunia ke dua.

Menurut sumber, bom itu ditemui ketika pekerja pembinaan terbabit melakukan kerja pembersihan meratakan tanah yang dikorek.

“Pada mulanya mereka menyangka bom berkenaan adalah besi buruk dan membiarkan bom terbabit dalam timbunan tanah.

“Selepas membiarkan bom berkenaan dalam timbunan tanah hari ini (semalam) baru pekerja pembinaan berkenaan tersedar yang besi buruk itu sebenarnya bom lama ketika mereka meratakan tanah,” katanya.

Katanya, bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia menghubungi pihak polis dan melaporkan penemuan bom berkenaan.

Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk meletupkan bom berkenaan namun ia sukar berikutan bom berkenaan agak besar saiznya.

“Kawasan terbabit dilingkungi perumahan yang agak padat dan pasukan keselamatan terpaksa berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan kebimbangan orang awam.

“Selain itu, kita juga terpaksa menjaga keselamatan awam dan tugas meletupkan bom lama ini tidak semudah yang dijangkakan berikutan saiznya yang agak besar,” katanya.

Menurutnya, pasukan keselamatan juga terpaksa meminta penduduk mengosongkan kawasan berkenaan dan masih menunggu pakar membuka bom dari Alor Setar, Kedah.

Sehingga jam 6 petang semalam, bom berkenaan masih tidak dapat diletupkan dan pasukan keselamatan menjalankan kerja meletupkan bom menggunakan kaedah paling selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Curi: Buruh kena penjara




KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara setahun selepas mengaku bersalah melakukan jenayah pecah rumah dan mencuri barangan bernilai keseluruhan RM3,000 di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Muhammad Izam Abdullah, 35, dari Kampung Surau Panjang, di sini, yang melakukan perbuatan itu pada 29 Mei lalu, antara jam 3 hingga 6 petang, didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda.

Muhammad Izam mengaku bersalah memecah masuk kediaman milik Deena Mohamad, 34, di Kampung Dusung Melintang, Jalan Sultan Mohamad, di sini, dan mencuri sebuah komputer riba, wang tunai RM50, sebuah notebook, dua utas rantai tangan emas; beg galas dan sebuah telefon bimbit, dengan nilai keseluruhan RM3,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Noradila Ab Latiff, manakala Muhammad Izam tidak diwakili peguam.

RM600,000 hasil dadah disita


RM600,000 hasil dadah disita
Arjunaidi (kiri) menunjukkan ganja mampat yang dirampas dalam operasi berkenaan
PETALING JAYA - Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah berikutan penahanan seorang suspek lelaki lingkungan 36 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan itu di sekitar daerah ini, kira-kira jam 11 malam, 28 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, tangkapan itu dilakukan hasil risikan yang dijalankan dan berjaya menemukan enam ketul ganja mampat seberat 26 kilogram di dalam kereta serta rumah suspek.

"Kita turut merampas wang tunai RM265,580 bersama suspek dipercayai hasil jualan dadah berkenaan.

"Polis juga menyita wang dalam akaun bank suspek berjumlah RM265,000 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kita percaya wang terbabit hasil jualan dadah di sekitar Damansara dan Sungai Buloh," katanya.

Berikutan penahan itu, tiga lagi suspek ditahan dalam dua operasi berlainan pada hari sama, kelmarin.

Menurutnya, suspek lingkungan 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu ditahan dan didapati menggunakan  kenderaan Toyota Estima milik majikannya untuk mengedar dadah.

"Hasil tangkapan itu, 20 ketul ganja mampat dianggarkan seberat 19 kilogram dirampas.

"Polis kemudiannya melakukan satu lagi operasi dan berjaya menahan dua suspek lingkungan 27 hingga 39 tahun di Damansara dan Sungai Penchala," katanya.

Beliau berkata, nilai keseluruhan dadah dirampas dalam tiga operasi berasingan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM200,000 dan sebanyak RM600,000 dipercayai hasil jualan dadah terbabit disita.

“Kita percaya masih ada saki baki ahli sindiket ini yang masih aktif.

"Semua suspek yang ditahan didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan siasatan lanjut akan terus dijalankan untuk mengesan saki baki sindiket," katanya.

Mahkamah: Doktor sahkan budak perempuan dirogol



KOTA KINABALU - Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Seksyen di sini bahawa hasil pemeriksaan ke atas budak perempuan, yang kemudian berkahwin dengan lelaki yang didakwa merogolnya, menunjukkan budak perempuan itu adalah mangsa rogol.

Pakar Obsteterikal dan Ginekologikal Dr Munawwirah Ismail dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas berkata ini berdasarkan pemeriksaan genital yang dilakukan terhadap budak perempuan itu.

Beliau berkata setelah mengambil kira pemeriksaan dan keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas budak perempuan itu, ia boleh dikategorikan sebagai kes rogol.

Dr Munawwirah, 37, memberi keterangan pada perbicaraan Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol budak perempuan berusia 12 tahun enam bulan itu dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.  

Pada 21 Mei lepas, mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis itu yang menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan gadis itu di bawah umur.

Kepada soalan lain Timbalan Pendakwa Raya Effizah Erni Idris, Dr Munawwirah berkata semasa budak perempuan itu mendapatkan rawatan di Hospital Likas pada awal pagi 19 Feb lepas, dia mendedahkan yang dirinya dirogol  seorang lelaki yang dikenali sebagai Joey.

"Hasil temu bual sebelum pemeriksaan ke atas mangsa, dia (mangsa) menceritakan dirogol semasa beliau dibawa ke suatu tempat di Kionsom Waterfall dan dipaksa melakukan persetubuhan," katanya yang mula berkhidmat di hospital itu pada 9 Julai 2012.

Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin manakala Peguam Loretto J. Padua mewakili tertuduh.

Datuk Mariati Robert dari Persatuan Undang-undang Sabah, Mary Lee dari Sabah Women Action Resource Group (SAWO) dan Mary Florence Gomez dari Voice of The Children Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati.

Perbicaraan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad bersambung esok. - Bernama

Remaja pecah rumah diberkas


Remaja pecah rumah diberkas
Bumbung yang dipercayai dilalui pencuri untuk pecah kedai itu.
SHAH ALAM – Taktik remaja memanjat bumbung untuk pecah kedai runcit gagal apabila dua daripada tiga anggota kumpulan itu ditangkap polis di Kampung Subang di sini, semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 16 tahun itu ditangkap semasa berada di atas bumbung kedai runcit berkenaan, kira-kira jam 3.28 pagi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Suprintendan Junaidi Bujang berkata, dua remaja warga tempatan itu mengaku pernah melakukan perbuatan berkenaan di tiga rumah di kawasan sama.
“Dengan tertangkapnya dua suspek itu, kita berharap dapat menangkap seorang lagi pencuri dipercayai dari kumpulan sama telah meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar kawasan itu.

Katanya, polis turut merampas wang tunai hampir RM227 dan 30 kotak rokok pelbagai jenama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan pecah rumah.

Ibu rayu Nur Shakila pulang


Ibu rayu Nur Shakila pulang
Norma merayu anaknya, Nur Shakila (gambar) pulang kerana merinduinya
TUMPAT – Seorang ibu merayu anak gadisnya yang menghilangkan diri sejak sembilan bulan lalu kembali ke pangkuan keluarga kerana khuatir keselamatannya.

Norma Salleh, 45, berasal dari Kampung Cherang Melintang di sini berkata, anaknya, Nur Shakila Zulkifli, 17,  hilang sejak 9 Oktober tahun lalu dipercayai dilarikan oleh dua kawan lelakinya dikenali Syafiq dan Mail.

“Nur Shakila hilang di Gua Musang kerana tahun lepas saya berniaga kedai makan bersamanya di Rantau Manis, Gua Musang.

“Syafiq dan Mail ini adik beradik, mereka adalah pelanggan tetap di kedai makan saya, saya tidak sangka mereka berdua bawa lari anak saya,” katanya merupakan ibu tunggal.

Norma berkata, dia menyedari kehilangan Nur Syakila pada pagi 9 Oktober lalu apabila terdengar bas berhenti di depan rumahnya dan mengesyaki anaknya bersama Syafiq dan Mail menaiki bas tersebut menghala ke Ciku 3, Paloh.

“Saya tidak sedar bila Nur Syakila keluar dari rumah kerana masih tidur waktu itu, saya deman pada hari tersebut dan menyedarinya selepas terdengar bunyi bas berhenti di hadapan rumah saya,” katanya.

Katanya, dia terus menjejaki anaknya itu pada malam kejadian dengan menghubungi Mail dan dia mengaku Nur Shakila ada bersamanya.

“Saya ke rumah Mail dan Syafiq di Ciku 3, tetapi mereka sudah berpindah, turut tinggal bersama dua lelaki itu adalah ayahnya tetapi ayahnya juga turut berpindah sama,” katanya yang memaklumkan Nur  Shakila anak ke lima daripada 10 beradik.

Dia buntu menjejaki anaknya sehingga satu laporan polis dibuat pada 11 Oktober, sehari selepas kehilangan anaknya itu di Balai Polis Gua Musang.

Norma merayu Nur Syakila pulang segera kerana terlalu merinduinya kerana dia satu-satunya anak yang dijaga selepas berpisah dengan suaminya.

“Sesiapa yang mengetahui di mana Nur Shakila berada boleh menghubungi saya di talian 0173426267 atau  01129214563,” katanya.

Dua mangsa lemas ditemui


Dua mangsa lemas ditemui
Abdul Aziz ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Kampung Kelubi.
Dua mangsa lemas ditemui
Mangsa pertama ditemui jam 8.30 pagi semalam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi enam rakan terbabit mandi
Dua mangsa lemas ditemui
SUSISANTI
Dua mangsa lemas ditemui
MOHD RAMZI
MENTAKAB – Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui kedua-dua mayat mangsa lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Kelubi dalam operasi hari ketiga semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnudin Hussain berkata, mayat Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ditemui pasukan mencari dan menyelamat dan penduduk kampung jam 8.30 pagi semalam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia mandi bersama lima lagi rakan pada petang Ahad lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal pihaknya percaya kedua-dua mayat yang ditemui itu adalah mangsa yang dicari namun perlu pengesahan dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk tindakan lanjut.

“Pada jam 2.15 petang semalam, satu lagi mayat dipercayai Susisanti Amaqmus berusia 15 tahun ditemui di lokasi mereka mandi.

“Selepas gerakan mencari berjaya menemui mangsa pertama pada sebelah pagi, usaha mencari diteruskan sehinggalah berjaya menemui mangsa kedua beberapa minit selepas operasi disambung semula pada sebelah petang,” katanya.
Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari Ahad lalu apabila enam remaja terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk mangsa mandi di Sungai Semantan.
Tenggelam akibat arus berpusar

Susisanti dan Mohd Ramzi dari Taman Netas Jaya, di sini tersilap langkah apabila memasuki kawasan air berpusar lalu hilang dari pandangan rakannya.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat pertama dari orang awam jam 2 petang Ahad menghantar pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Ketua Balai Bomba Temerloh Hashnudin Hussain berkata, operasi mencari dan menyelamat diperluaskan sehingga ke jambatan Kampung Sungai Buloh kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Sementara itu, abang mangsa, Hendra Budiman Aryanto 26, ketika ditemui di tempat kejadian masih bersedih dengan kejadian yang menimpa adiknya.

“Dia anak nombor dua, dia tak bagi tahu pun nak ke mana pada hari kejadian,” katanya.

Saksi kejadian yang mahu dikenali Ana berkata, kejadian berlaku ketika paras air Sungai Semantan cetek dan berpasir pada Ahad lalu.

Menurutnya yang tinggal kira-kira 20 meter dari tempat kejadian berkata, enam rakan terbabit mandi di kawasan cetek itu dan kedengaran suara mereka yang sangat seronok.

“Saya tengah basuh pinggan, tiga anak saya minta izin nak mandi sungai juga tapi saya larang. Tak lama kemudian anak saya jerit bagi tahu ada orang lemas.

“Masa tu saya tengok hanya ada empat mangsa yang cuba menyelamatkan diri, dua lagi mangsa pertama sudah tenggelam.
“Ada pemancing yang selamatkan budak-budak tu, ada yang sempat capai kayu. Empat berjaya naik ke darat dua lagi terus hilang,” katanya.
Cetek bukan bermakna selamat
Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh menggesa ibu bapa dan orang ramai memantau pergerakan anak masing-masing kerana bimbang kejadian lemas itu berulang.
Menurutnya, kebanyakan kejadian lemas berlaku apabila musim air cetek atau pada musim kemarau kerana kelihatan paras air sungai berpasir dan boleh mandi manda.
“Tanggapan itu salah kerana walaupun paras air sungai kelihatan cetek tetapi ada kawasan tertentu yang keadaan dasar sungainya curam.
“Ini yang boleh menyebabkan orang ramai atau kanak-kanak tidak perasan kerana kawasan seperti itu sangat berbahaya terutama di kawasan air berpusar,” katanya.
Beliau menasihati ibu bapa memantau perkembangan anak-anak supaya menjauhi aktiviti mandi sungai tanpa pengawasan pada musim kemarau ini.