Search This Blog

Tuesday, July 2, 2013

Edar dadah, ibu tunggal dihukum gantung




ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warganegara Thailand yang didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.
 
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Thitima Khongnun, 30, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
 
Miss Thitima dituduh mengedar 18,172 gram dadah jenis kanabis di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan pukul 9.10 malam pada 20 Oktober 2011.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 
Mengikut fakta kes, bas yang dinaiki tertuduh ditahan pihak Kastam Diraja Malaysia dan semua penumpang diarah turun dan membuka beg yang dibawa mereka.
 
Ketika tertuduh yang berasal dari Nakhon Si Thammarat, Thailand membuka beg (yang dikunci) yang dibawanya, kastam menemui 20 ketulan mampat dipercayai dadah jenis kanabis.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili Ali Munawar Razak.   - Bernama

Tiga remaja hilang ditemui


Tiga remaja hilang ditemui
Mangsa yang hilang dari kiri, Mohammad Firdaus, Mohammad Aris dan Mohammad Izuan Syafiq.
TAIPING –  Hasrat tiga remaja mahu mendaki Gunung Hijau seperti dirancang tidak kesampaian sebaliknya berdepan detik cemas apabila sesat dalam Hutan Larut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Penguasa Hasna Abd Rashid berkata, tiga remaja berkenaan Mohamad Aris Azhar, 17, Mohammad Izuan Syafiq Mohd Radzi, 21 dan Mohammad Firdaus Mohd Radzi, 17, difahamkan telah bersama-sama mendaki Gunung Hijau.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan jam 3.10 memaklumkan ketiga-tiga mereka telah sesat dan tidak ditemui.

“Ketiga-tiga mangsa dari Kampung Changkat Jering itu dikatakan telah sesat dalam kawasan hutan Bukit Larut dan pada peringkat permulaan seramai sembilan anggota Bomba dan Penyelamat Taiping telah bergegas ke tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Hasna berkata, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada jam 3.16 petang dan pasukan bomba turut mendapat bantuan daripada lapan anggota polis, dua dari Jabatan Hutan, tiga daripada Pejabat Daerah dan dua adalah daripada Kumpulan Belia
Proaktif.

“Semua 24 orang ini bertungkus-lumas cuba menjejak ketiga-tiga mangsa dan mereka hanya ditemui pada jam 9 malam iaitu empat kilometer dari puncak Gunung Hijau.

“Ketika ditemui kesemua mereka dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan berikutan telah sesat,” katanya.

Dalam pada itu, Hasna berkata, bagaimanapun semua mangsa yang terlibat didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selepas ditemui, ketiga-tiga mangsa telah dibawa keluar daripada kawasan hutan berkenaan dan hanya berjaya diturunkan pada jam 12 tengah malam.

“Setiba di kaki Bukit Larut, mereka diberikan rawatan terlebih dahulu dan selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan masing-masing dibenarkan pulang. Operasi mencari dan menyelamat tamat sekitar jam 1 pagi,” katanya.

Nahas ragut nyawa warga emas


Nahas ragut nyawa warga emas
FATIMAH
Nahas ragut nyawa warga emas
Fatimah maut serta merta selepas dirempuh kereta ketika mahu menyeberang jalan.
Nahas ragut nyawa warga emas
ABDULLAH
KUALA KANGSAR - Dua penunggang basikal warga emas maut dalam dua kemalangan berasingan, di sini, dalam kejadian pada malam kelmarin dan pagi semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki warga emas maut digilis treler sejauh dua meter dalam kemalangan ngeri di Kilometer 4, Kampung Bendang Kering, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.27 malam itu, Abdullah Harun, 66, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan apabila basikalnya bergesel dengan tayar belakang lori digilis lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal basikalnya sewaktu lori sedang memotong sebelum basikal mangsa bergesel dengan salah satu tayar lori terbabit.

“Sewaktu kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Pauh ke Kampung Bendang Kering. Tiba di tempat kejadian, mangsa cuba mengelak kereta yang diletakkan di tepi jalan.

“Pada masa sama, lori terbabit juga memotong mangsa dari arah sama dan menyebabkan mangsa tergesel pada tayar belakang lori lalu digilis sejauh dua meter,” katanya.

Abdullah yang menunggang basikal berseorangan semasa kejadian tinggal di Kampung Pauh, Sayong, di sini.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan berasingan, seorang wanita warga emas maut dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan yang berlaku di Kota Lama Kiri, di sini, semalam.

Fatimah Ramli, 60, maut dirempuh ketika mahu menyeberang jalan dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu.

Mangsa yang menunggang basikal berseorangan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Abdul Gaffar mengesahkan sudah menerima laporan berkaitan kemalangan tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa berumur 60 tahun menyeberang jalan sebelum dilanggar sebuah kereta. Mangsa meninggal di tempat kejadian,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jurukimpal dipenjara 7 tahun, 3 sebatan




GEORGETOWN - Seorang jurukimpal dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol seorang pelajar berumur 15 tahun, tahun lepas.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap M.Retnam, 32, setelah dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Retnam yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan hutan berdekatan Maktab Rendah Sains Mara Pondok Upeh, Balik Pulau dekat sini, pada 2.30 petang, 1 Mac tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengaku dirinya sebagai seorang anggota polis dan menunjukkan kad berwarna biru putih dengan lambang Polis Diraja Malaysia kepada mangsa dan kawan lelakinya sebelum meminta kad pengenalan mereka.

Bagaimanapun, mangsa dan kawan lelakinya tidak membawa kad pengenalan dan tertuduh menyuruh kawan lelaki mangsa pulang ke rumah untuk mengambil kad pengenalan.

Setelah kawan lelaki mangsa pulang, tertuduh mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke leher mangsa sebelum membawa mangsa menaiki motosikal ke kawasan hutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Selvaranjini. - Bernama

Dua kapal berlanggar, 100 metrik tan minyak tumpah

SINGAPURA 2 Julai - Kira-kira 100 metrik minyak tumpah ke laut apabila dua buah kapal kargo berlanggar kira-kira 6.6km di barat daya terminal feri Tanah Merah di sini.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menerima laporan kejadian itu 5.30 pagi ini.
MPA berkata kejadian itu menyebabkan satu daripada tangki kapal Oriental Pioneer yang berdaftar di Korea Selatan itu rosak dan kira-kira 100 metrik tan minyak bahan bakarnya tumpah.
Sebaik dimaklumkan, MPA menghantar kapal peronda untuk menangani tumpahan minyak itu.
Syarikat respons tumpahan minyak juga diaktifkan bagi menambah kapal peronda dengan 10 kapal peronda dan antipencemaran digerakkan bagi membersihkan tumpahan itu.
Kerja-kerja pembersihan masih berterusan dan MPA sedang menyelaras pembersihan itu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan pemilik-pemilik kapal.
Kedua-dua kapal yang terbabit dalam insiden itu kini berlabuh dengan selamat.
MPA telah mengeluarkan hebahan kepada kapal-kapal supaya belayar dengan berhati-hati berdekatan kawasan insiden itu.
Tiada laporan kecederaan manakala operasi pelabuhan berjalan lancar dengan trafik di pelabuhan dan Selat Singapura tidak terjejas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130702/lu_14/Dua-kapal-berlanggar-100-metrik-tan-minyak-tumpah#ixzz2Y5OLpmi3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua kapal berlanggar, 100 metrik tan minyak tumpah

SINGAPURA 2 Julai - Kira-kira 100 metrik minyak tumpah ke laut apabila dua buah kapal kargo berlanggar kira-kira 6.6km di barat daya terminal feri Tanah Merah di sini.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menerima laporan kejadian itu 5.30 pagi ini.
MPA berkata kejadian itu menyebabkan satu daripada tangki kapal Oriental Pioneer yang berdaftar di Korea Selatan itu rosak dan kira-kira 100 metrik tan minyak bahan bakarnya tumpah.
Sebaik dimaklumkan, MPA menghantar kapal peronda untuk menangani tumpahan minyak itu.
Syarikat respons tumpahan minyak juga diaktifkan bagi menambah kapal peronda dengan 10 kapal peronda dan antipencemaran digerakkan bagi membersihkan tumpahan itu.
Kerja-kerja pembersihan masih berterusan dan MPA sedang menyelaras pembersihan itu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan pemilik-pemilik kapal.
Kedua-dua kapal yang terbabit dalam insiden itu kini berlabuh dengan selamat.
MPA telah mengeluarkan hebahan kepada kapal-kapal supaya belayar dengan berhati-hati berdekatan kawasan insiden itu.
Tiada laporan kecederaan manakala operasi pelabuhan berjalan lancar dengan trafik di pelabuhan dan Selat Singapura tidak terjejas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130702/lu_14/Dua-kapal-berlanggar-100-metrik-tan-minyak-tumpah#ixzz2Y5OLpmi3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuntut pampasan setimpal



Tuntut pampasan setimpal
Ismail (kanan) menunjukkan sebahagian tanah diambil TNB bagi pembinaan pencawang elektrik sebelum.
GUNUNG SEMANGGOL - Seramai 73 pemilik tanah mendesak TNB menyelesaikan isu pembayaran pampasan pengambilalihan tanah mereka di Kampung Tebuk Panchur, di sini dahulu sebelum membenarkannya melaksanakan projek di atas tanah mereka.

Wakil pemilik tanah, Ismail Hashim,44, berkata, tuntutan mereka termasuk sebahagian pengusaha ikan arowana perlu diselesaikan pihak berkenaan setimpal dengan nilaian semasa bagi mengelakkan penggunaan undang-undang ‘double standard’ diambil.

Menurutnya, kesemua pemilik tanah terlibat akan membenarkan perlaksanaan pembinaan jalan rentis di bawah Cadangan Projek Talian Penghantaran 275 KV dari Pencawang
Masuk Utama (PMU) Bukit Merah ke PMU Air Tawar (Pakej A Line 2) dilaksanakan jika kesemua tanah terlibat dibuat pengambilan berpandukan Akta Pengambilan Balik dan bukan Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Kami tidak menafikan  TNB sudah membuat pembayaran pampasan pada 2007, namun tidak sampai separuh pemilik tanah menerimanya dengan nilai setimpal,” katanya.

Hadir sama, Adun Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan.

Pengusaha ikan arowana, Ruzi Abdul Latif, 44, berkata, usaha TNB cuba menggunakan Akta bekalan Elektrik 1990 untuk mengambil alih tanah milik pengusaha ikan arowana di sini dijangka bakal menjejaskan perniagaan mereka.

Jelasnya, penggunaan Akta Bekalan Elektrik 1990 juga dianggap ‘double standard’, lebih-lebih penggunaan akta itu membolehkan syarikat berkenaan membayar pampasan dengan nilai jauh lebih rendah.

“Penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 terbukti boleh diguna pakai pihak TNB untuk menyelesaikan masalah kami.

“Hal itu memandangkan terdapat empat lot tanah di sini yang pada asalnya dicadangkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,  kemudian pengambilannya diwartakan di bawah Akta
Pengambilan Balik serta dibayar pampasan menurut nilaian semasa dicadangkan penilai kerajaan dan swasta,” katanya.

Ruzi berkata, pemilik tanah tidak akan membenarkan TNB melaksanakan kerja projek terbabit yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 19 Januari 2012 sehingga isu pampasan diselesaikan.

“Kami sudah mengambil khidmat peguam dan juru nilai untuk menguruskan kes ini dan menggesa TNB mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan pemilik tanah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zawawi ketika ditemui menggesa TNB mengadakan rundingan dengan wakil peguam dan juru nilai dilantik pemilik tanah bagi mencapai jalan penyelesaian terbaik.

Katanya, pembayaran nilai pampasan yang tidak setimpal sudah pasti menjejaskan kepentingan pemilik tanah dan pihaknya berharap TNB lebih bertimbang rasa dalam perkara ini. Rujuk masalah ke TNB Pusat Masalah pemilik tanah di Kampung Tebuk Panchur perlu dirujuk kepada ibu pejabat TNB di Kuala Lumpur.

Sumber TNB Cawangan Bagan Serai memberitahu, penjelasan berhubung masalah tersebut berada di luar bidang kuasa dan hanya ibu pejabat TNB yang mempunyai maklumat lengkap untuk menjelaskan isu yang dibangkit.

"Ini bukan bidang kuasa kami, kena rujuk ibu pejabat TNB (di Kuala Lumpur)," kata sumber itu.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian mendapatkan reaksi ibu pejabat TNB gagal.

Anjing liar ancam penduduk



Anjing liar ancam penduduk
Anjing liar yang berada di hadapan sebuah bank di Kuala Kurau mengundang rasa bimbang kepada penduduk.
KUALA KURAU - Kehadiran beberapa ekor anjing liar yang menjadi ‘pengawal keselamatan’ di pintu masuk sebuah bank di sini mengundang rasa bimbang penduduk yang hendak menjalankan urusan di situ terutama pada waktu malam.

Penduduk, Kamal Mustafa, 31, berkata, perkara itu sudah berlarutan hampir sebulan lalu sejak premis bank berkenaan dibuka dan kehadiran haiwan tersebut mengancam keselamatan penduduk, terutama kanak-kanak.

Menurutnya, dia imbang hendak menggunakan mesin pengeluaran wang (ATM) di bank itu terutama pada waktu malam berikutan kumpulan anjing liar sering berkeliaran di hadapan pintu bank.

“Majoriti penduduk Kuala Kurau menggunakan perkhidmatan mesin ATM ini memandangkan hanya dua mesin sahaja yang terdapat di pekan ini.

“Saya bimbang sesuatu yang buruk berlaku terutamanya terhadap pelanggan wanita dan kanak-kanak. Saya berharap pihak berkuasa tempatan dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Seorangpenduduk yang enggan dikenali berkata, hampir setiap hari kelibat beberapa anjing kelihatan berkeliaran di situ  dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat tidur mereka.

“Kadangkala kewujudan terlalu banyak anjing di premis itu menyebabkan penduduk yang ingin mengeluarkan wang pada waktu malam terbantu kerana bimbang dengan ancaman haiwan itu.

“Walaupun buat masa sekarang tiada lagi kes melibatkan serangan anjing, namun perkara ini perlu diambil serius sebelum sesuatu perkara buruk berlaku,” katanya.

Gelagat seekor anjing liar di hadapan sebuah bank di Kuala Kurau mengundang rasa bimbang penduduk.

4 anak syarikat PKENPs alami kerugian



KANGAR - Hanya empat daripada 10 anak syarikat dan sebuah syarikat usahasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mengalami kerugian dan usaha sedang diambil bagi menangani perkara itu, kata Menteri Besar Azlan Man.

Beliau berkata syarikat berkenaan ialah Perlis Property Sdn Bhd yang mengalami kerugian RM21,205, Putra Palace Sdn Bhd (RM1,157,855), Perlis NCER Trading Sdn Bhd (RM48,192) dan Perlis Marine Engineering Sdn Bhd (RM1,799,642).

Katanya punca utama bagi kerugian itu adalah kekurangan projek memandangkan kekurangan peruntukan kerajaan dan pelaburan swasta di negeri ini, pelaksanaan dasar gaji minimum dan peningkatan caruman wajib kepada pekerja menyebabkan peningkatan kos operasi di samping persaingan sengit.

Tindakan yang telah dan sedang diambil bagi menangani masalah dan memastikan anak syarikat lain tidak mengalami kerugian ialah PKENPs bersama pihak pengurusan syarikat bertindak lebih agresif bagi mendapatkan projek atau kerja, katanya ketika menjawab soalan Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Katanya sebagai contoh Pens Holding Sdn Bhd pada tahun ini berjaya memperoleh Projek Penempatan Banjir Timah Tasoh bernilai RM41 juta yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Perlis Marine Engineering pula sedang dalam proses akhir memuktamadkan perjanjian bagi Projek Membekalkan Tug Boat kepada Kementerian Pengangkutan dan Logistik Republik Benin, Afrika di samping sedang membida projek di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, katanya.

Katanya Syarikat Modern Spectrum Sdn Bhd pula sedang berusaha membida beberapa projek yang dirasakan berpotensi.

Menteri Besar berkata PKENPs juga cuba membantu memberikan projek-projek tertentu kepada anak-anak syarikat yang layak di samping melakukan penstrukturan semula anak-anak syarikat yang tidak berdaya saing selaras dengan Perancangan Strategik PKENPs 2013-2017.

Katanya, Jawatankuasa Kerja Syarikat Kumpulan PKENPs turut membuat pemantauan berkala prestasi anak-anak syarikat PKENPs hingga berjaya membantu Perlis Property Sdn Bhd dan berjaya mengurangkan kerugian terkumpul Hotel Putra Palace. - Bernama

17 ditahan dalam operasi bersepadu Tawau



TAWAU - Tujuh belas individu, termasuk empat pasangan kekasih, ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu selama empat jam yang bermula pukul 10 malam di beberapa lokasi di sini semalam.
 
Ketua Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Azinun Sanarul, yang mengetuai operasi berkenaan, berkata empat pasangan kekasih berumur antara 18 hingga 30 tahun itu ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah selepas didapati berdua-duaan di dalam beberapa bilik penginapan tanpa hubungan sah sekitar pukul 12 tengah malam.
 
Beliau berkata anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen juga berjaya menahan sembilan individu yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta meragukan dalam operasi itu dan mereka dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk siasatan lanjut.
 
Sementara itu, operasi dua premis ditutup serta-merta kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen manakala pengendali dua lagi premis diminta berurusan dengan pejabat MPT selepas didapati menyalah guna lesen serta melanggar Undang-Undang Kecil MPT.
 
Kesemua premis adalah sebahagian daripada lapan yang diperiksa dalam operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia. - Bernama

Mayat mangsa hilang di Sungai Semantan ditemui



TEMERLOH - Mayat seorang daripada dua remaja yang dilaporkan hilang semasa mandi di Sungai Semantan dekat Kampung Kelubi, Mentakab Sabtu lepas ditemui pukul 8 pagi ini.
 
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Saleh berkata mayat Mohd Ramzi Ariyanto, 16, dijumpai tersangkut pada sebatang kayu kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
 
Mayat Mohd Ramzi, dari Taman Netas Jaya, dekat sini ditemui pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan orang ramai.
 
"Gerakan mencari seorang lagi mangsa, Susisanti Amaqmus, 15, akan dipertingkatkan membabitkan 21 anggota," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Dalam kejadian Sabtu lepas, dua remaja berkenaan bersama empat rakannya dikatakan turun mandi di sungai itu.
 
Bagaimanapun Susisanti turun ke kawasan air berpusar lalu terkapai-kapai dibawa arus manakala Mohd Ramzi yang terjun untuk membantu rakannya pula dilaporkan hilang. - Bernama

Mahkamah: Sample air mani sepadan dengan tertuduh




KOTA KINABALU - Mahkamah Seksyen di sini, yang mendengar kes lelaki dituduh merogol budak perempuan yang kemudian dikahwininya, diberitahu sampel air mani didapati sepadan dengan profil asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh.
 
Pegawai Sains Rina Md Nawi, 27, dari Jabatan Kimia Kuching berkata kesan air mani yang ditemui pada tiga eksibit yang dianalisis didapati sepadan dengan DNA tertuduh berdasarkan hasil ujian DNA terhadap sampel darah tertuduh.
 
"Dalam kes ini, pelapik dan dua sapu tangan hanya mengandungi DNA yang dilabel atas nama Riduan Masmud (tertuduh)," katanya sambil menunjukkan barang-barang kes itu di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.
 
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin pada perbicaraan Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan itu dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.
 
Katanya terdapat campuran profil DNA lelaki dan wanita pada "cotton swab" yang dianalisis.

Katanya sumber darah yang masing-masing dilabelkan atas nama Riduan dan nama mangsa adalah sepadan dengan profil lelaki dan wanita yang menyumbang kepada campuran profil DNA itu.
 
Kepada soalan lain Raja Zaizul Faridah, Rita berkata DNA seseorang yang pernah berada di sesuatu tempat untuk ditemui di tempat itu adalah tinggi.  
 
Riduan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pada 21 Mei lepas, mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis itu yang menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan gadis itu di bawah umur.
 
Peguam Loretto J. Padua mewakili tertuduh manakala Datuk Mariati Robert dari Persatuan Undang-undang Sabah dan Mary Florence Gomez dari Voice of The Children Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati.
 
Perbicaraan bersambung esok.  - Bernama

Sabah diceroboh: Masih ada rahsia belum didedah



Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
KUALA LUMPUR - Terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya perkara itu masih dirahsiakan kerana tidak mahu menjejaskan proses mahkamah yang kini dalam proses pendakwaan.
  
"Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi, kami akan tunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannnya...adalah sukar untuk menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara tiba-tiba muncul," katanya.
  
Beliau berkata kepada pemberita selepas syarahan bertajuk 'Kerjasama Antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Semasa Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan' anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini hari ini.
  
Syarahan itu turut disertai Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagi membincangkan kerjasama antara ATM dan PDRM dalam usaha menangani insiden pencerobohon pengganas Sulu terhadap negara ketika Operasi Daulat di Sabah.

Khalid berkata pihaknya akan mendedahkan perkara mengenai pencerobohan itu kepada umum apabila tiba masanya nanti. 
  
"Kes itu masih berjalan di mahkamah, jadi kami tidak mahu mengganggu perbicaraan kes itu. Sebagaimana saya katakan apabila tiba masanya, jika perlu kami akan mendedahkannya," katanya.
  
Sementara itu, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan negara akan meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi kumpulan-kumpulan yang sebelum ini dianggap tidak memberi ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara.
  
"Kumpulan pengganas yang tidak mewakili mana-mana negara ini adalah ancaman yang perlu diberi perhatian...kumpulan itu boleh menjadi satu cabaran jika dipergunakan pihak lain untuk politik atau agenda mereka," katanya.
  
Zulkifeli berpendapat pengganas Sulu yang tiba di Kampung Tanduo pada 12 Feb lepas menyasarkan serangan ketika Parlimen Malaysia dibubarkan dan seterusnya mencetus huru-hara terhadap kerajaan sementara.
  
"Mereka tiba kerana banyak desas-desus pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah selepas Tahun Baharu Cina dan mereka hendak mengumpulkan kekuatan sebelum melakukan serangan besar-besaran untuk menuntut Sabah.
  
"Saya tidak tahu siapa yang memberi maklumat strategik kepada mereka tetapi bersyukurlah kita dapat mengesan mereka awal sebelum Parlimen dibubarkan dan mengambil tindakan menghalang mereka," katanya.
  
Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.
  
Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati.  - Bernama

Polis sita wang disyaki hasil jualan dadah



PETALING JAYA - Polis menyita wang tunai RM527,580 dipercayai hasil perniagaan dadah daripada seorang lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Damansara, di sini Jumaat lepas.
 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kejadian pertama pukul 11 malam, Jumaat lepas, seorang suspek lelaki berumur 36 tahun ditahan bersama enam ketulan ganja seberat 4.6kg dan wang tunai RM262,580 di sebuah rumah di Damansara.
 
"Kami percaya wang tunai yang disimpan suspek adalah hasil perniagaan dadah. Selain wang itu, kita turut menyita wang tunai di dalam akaun bank milik suspek sebanyak RM265,000," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Susulan daripada tangkapan itu, Arjunaidi berkata polis turut membuat serbuan kedua pada 5 petang semalam dan menahan tiga lagi suspek lelaki berumur lingkungan 27 hingga 39 tahun di sekitar Damansara.
 
Beliau berkata seorang daripada mereka bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat dan dipercayai menggunakan kenderaan jenis Toyota Estima milik syarikat itu untuk mengedar dadah.
 
"Ketika ditahan, polis merampas 20 ketulan ganja seberat 19kg di dalam kereta itu. Selang 45 minit kemudian, dua lagi suspek lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah ditahan di lokasi berhampiran.
 
Katanya hasil rampasan dadah daripada empat suspek itu dianggarkan bernilai RM200,000.
 
"Kami yakin mereka mempunyai rangkaian pengedaran dadah yang luas di sekitar Damansara, Sungai Buloh dan Sungai Penchala serta dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lepas," katanya.
 
Arjunaidi berkata polis masih menyiasat sama ada kumpulan berkenaan mempunyai saki-baki anggota di kawasan itu.
 
"Hasil siasatan polis mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.
 
Mereka direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  - Bernama

Ibu tunggal warga Thailand dihukum gantung kerana edar dadah


ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warganegara Thailand yang didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Thitima Khongnun, 30, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Miss Thitima dituduh mengedar 18,172 gram dadah jenis kanabis di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan pukul 9.10 malam pada 20 Oktober 2011. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, bas yang dinaiki tertuduh ditahan pihak Kastam Diraja Malaysia dan semua penumpang diarah turun dan membuka beg yang dibawa mereka.

Ketika tertuduh yang berasal dari Nakhon Si Thammarat, Thailand membuka beg (yang dikunci) yang dibawanya, kastam menemui 20 ketulan mampat dipercayai dadah jenis kanabis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili Ali Munawar Razak. - BERNAMA 

Ibu tunggal warga Thailand dihukum gantung kerana edar dadah


ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warganegara Thailand yang didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Thitima Khongnun, 30, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Miss Thitima dituduh mengedar 18,172 gram dadah jenis kanabis di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan pukul 9.10 malam pada 20 Oktober 2011. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, bas yang dinaiki tertuduh ditahan pihak Kastam Diraja Malaysia dan semua penumpang diarah turun dan membuka beg yang dibawa mereka.

Ketika tertuduh yang berasal dari Nakhon Si Thammarat, Thailand membuka beg (yang dikunci) yang dibawanya, kastam menemui 20 ketulan mampat dipercayai dadah jenis kanabis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili Ali Munawar Razak. - BERNAMA 

41 terkorban serangan terbaru di Iraq


BAGHDAD: Lebih 2,500 orang awam terbunuh di Iraq dalam tempoh tiga bulan lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menambah bahawa serangan terbaru hari ini meragut 41 nyawa sekali gus mencetuskan kebimbangan negara itu ke dalam kancah peperangan.

Keganasan terbaru itu tercetus berikutan protes hampir sebulan di kalangan kaum Sunni Arab di kawasan tegang wilayah utara Iraq.
Sementara itu, penganalisis memberi amaran bahawa ketegangan dan keganasan yang tercetus boleh berterusan sehingga pilihan raya umum tahun depan.

Awal pagi ini, keganasan tercetus di kawasan bergolak di utara Baghdad menyebabkan 41 orang terkorban. - AFP

Ibu tunggal warga Thailand dihukum gantung kerana edar dadah


ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warganegara Thailand yang didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Thitima Khongnun, 30, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Miss Thitima dituduh mengedar 18,172 gram dadah jenis kanabis di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan pukul 9.10 malam pada 20 Oktober 2011. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, bas yang dinaiki tertuduh ditahan pihak Kastam Diraja Malaysia dan semua penumpang diarah turun dan membuka beg yang dibawa mereka.

Ketika tertuduh yang berasal dari Nakhon Si Thammarat, Thailand membuka beg (yang dikunci) yang dibawanya, kastam menemui 20 ketulan mampat dipercayai dadah jenis kanabis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili Ali Munawar Razak. - BERNAMA 

SYABAS terima 556,307 aduan paip bocor, 31,158 paip pecah


KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan 556,307 aduan paip bocor dan 31,158 paip pecah diterima di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya antara 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2012.

Syarikat itu dalam satu taklimat di Kampung Baru, Kuala Lumpur berkata, sejak mengambil alih pengurusan pembekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi program penswastaan pada 2005, SYABAS sudah diamanahkan melaksanakan pelbagai program yang digariskan dalam perjanjian konsesi.
Taklimat penduduk Kampung Baru dan media itu dilakukan bagi memberikan penerangan berhubung penggantian paip sepanjang 12.5 kilometer di kawasan itu.

Pegawai SPR, pengurus syarikat didakwa terima rasuah RM300,000


Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pengurus syarikat dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini berhubung kes meminta dan menerima rasuah RM300,000 bagi membekal perkhidmatan kenderaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Sumber memberitahu BH, pengurus operasi sebuah syarikat swasta itu bertindak sebagai orang tengah memperkenalkan seorang ahli perniagaan daripada syarikat sewa kenderaan kepada pegawai kanan SPR terbabit menjelang PRU-13, Mei lalu.
Difahamkan perbuatan meminta rasuah itu sebagai balasan kerana membantu syarikat sewa kenderaan yang dimiliki ahli perniagaan itu, kononnya akan dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing ketika PRU-13.

Pengurus operasi itu meyakinkan ahli perniagaan berkenaan bahawa syarikatnya akan mendapat projek membekalkan kenderaan itu yang kononnya dibuat secara runding terus dan wang rasuah RM300,000 perlu diberikan sebagai balasan kepada pegawai SPR.

Syarikat berkenaan bagaimanapun tidak menerima projek berkenaan selepas bayaran pendahuluan RM80,000 dibuat. Berikutan itu satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata sumber itu ketika dihubungi BH, semalam.

19 anggota bomba maut selepas terperangkap dalam kebakaran


PRESCOTT (Arizona): Seramai 19 anggota bomba elit maut selepas terperangkap dalam kebakaran besar-besaran di sini, semalam.

Tragedi itu adalah satu kehilangan terbesar bagi negara dalam tempoh 80 tahun membabitkan kerja-kerja memadam kebakaran.
Pada kebakaran petang semalam, seramai 20 anggota bomba dari Unit Gunung Granite Hotshots terperangkap dalam kebakaran, bagaimanapun seorang terselamat selepas keluar dari trak unit berkenaan.

Kebakaran yang merebak sehingga 34 kilometer persegi itu memusnahkan kira-kira 50 kediaman dan menjejaskan kehidupan kira-kira 250 penduduk tempatan di sebuah perkampungan pergunungan kira-kira 136 kilometer dari barat laut Phoenix, kata Sheriff Jabatan Wilayah Yavapai. - AP

Ribut Dalila diramal bertukar taufan di pantai Mexico


MIAMI: Ribut Tropika Dalila dilaporkan bakal mengganas apabila kini bergerak menuju dari pantai Pasifik Mexico dan mampu menghasilkan taufan pada esok hari.

Ribut berkenaan merekodkan bacaan angin 105 kilometer/jam (kmj) dan berpusat kira-kira 266 kilometer di barat daya Manzanillo, Mexico dan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 11kmj.
Dalila dijangka membawa angin dan hujan lebat dari 1 hingga 3 inci ke pantai Mexico sepanjang hari ini. - AP 

Ribut petir di beberapa kawasan perairan negara dijangka berterusan


KUALA LUMPUR: Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu) serta Phuket dan Reef North dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Jabatan Meteorologi berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, kata jabatan itu melalui laman webnya di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan nasihat ribut tropika (Rumbia) yang kini bergerak ke arah barat laut dengan anggaran kelajuan 20 kilometer sejam.

Ribut tropika itu kini berada kira-kira 118 km ke utara-barat laut Hainan China dengan jarak bandar terdekat negara ini ialah kira-kira 1,770 km barat laut, Kudat, Sabah.

Ribut itu tidak membawa kesan yang signifikan terhadap Malaysia, kata kenyataan itu. - BERNAMA 

Pencerobohan domain internet tempatan disiasat


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden pencerobohan domain internet tempatan.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam kenyataan hari ini berkata SKMM telah menerima laporan bahawa beberapa nama domain yang didaftarkan di bawah domain '.com.my' telah dikompromi.

Beliau berkata SKMM telah berhubung dengan Pusat Rangkaian Maklumat Malaysia (MYNIC) dan siasatan awal menunjukkan kompromi itu adalah terhad kepada laman web yang berdaftar dengan nama domain itu.

"Pencerobohan ini menimbulkan kebimbangan tetapi mujurlah langkah-langkah awal yang pantas telah diambil untuk menangani pencerobohan yang disyaki," katanya.

Beliau berkata setakat ini, perkhidmatan kepada sebahagian besar domain-domain yang telah dikompromi itu sudah berjalan seperti sediakala. - BERNAMA

Sekurang-kurangnya 50 cedera, bangunan runtuh gempa bumi di Aceh


LAMPAHAN (Indonesia): Sekurang-kurangnya 50 cedera manakala beberapa bangunan runtuh dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 yang menggegarkan barat laut wilayah Aceh di sini, hari ini.

Menurut Agensi Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu dikesan berpusat pada kedalaman 10 kilometer yang terletak 55 kilometer dari Bireun dan 72 kilometer di tenggara Reuleuet. - AFP 

Mati minta wang


Klang: Seorang lelaki terbunuh selepas kepalanya dipercayai dihentak dengan periuk nasi elektrik dalam pergaduhan yang tercetus di kawasan asrama pekerja warga asing sebuah kilang di Jalan Kebun Nenas, dekat sini kelmarin.

Setakat ini, polis sudah menahan tujuh lelaki masing-masing lima warga Bangladesh dan dua warga Nepal selain merampas sebiji periuk nasi elektrik untuk dijadikan bahan bukti selepas ia dipercayai digunakan dalam kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Memang ada satu kes seperti itu dilaporkan dan tidak banyak yang boleh saya katakan kerana kes baru sahaja berlaku dan kita masih menjalankan siasatan mengenainya.


“Apa yang pasti mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) oleh keluarganya dan didapati mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak objek tumpul dan dia disahkan meninggal dunia di sana (hospital),” katanya.


Harian Metro difahamkan, lelaki berkenaan sering meminta wang daripada pekerja asing di asrama berkenaan dan ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lelaki terbabit yang berusia 30 tahun dan juga bekas pekerja di kilang itu dipercayai datang untuk meminta wang.

Dia dikatakan sedang mabuk ketika pergi ke asrama yang menempatkan kira-kira 300 pekerja warga Bangladesh dan Nepal itu untuk meminta wang namun seorang pekerja di situ enggan memenuhi permintaannya menyebabkan lelaki itu mengamuk dan memukul pekerja terbabit serta seorang lagi rakannya. Ekoran itu, beberapa pekerja lain yang melihat kejadian mengikat dan memukul lelaki itu untuk menenangkannya sebelum seorang daripada pekerja yang mengenali keluarga lelaki itu memaklumkan kejadian kepada ahli keluarganya.


Sejurus dimaklumkan, keluarga lelaki itu pergi ke kawasan asrama berkenaan kira-kira jam 7.30 malam dan menemuinya dalam keadaan terbaring dengan tangan berikat.

Mangsa, dalam keadaan tidak bermaya dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Jawa di sini.


Ketika berada di rumah keluarganya itu mendapati kepala dan hidungnya berdarah lalu membawanya ke hospital. Namun dia disahkan meninggal dunia selepas itu.

Dua penyamun cuba rempuh polis cedera ditembak


Kuala Terengganu: Cubaan tiga penyamun dipercayai memantau keadaan persekitaran untuk mencari sasaran melakukan jenayah gagal apabila perbuatan mencurigakan mereka disedari sepasukan polis sebelum dua daripada mereka cedera ditembak dalam kejadian di Kampung Sungai Serai, Marang pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu yang ketika itu sedang membuat rondaan cegah jenayah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki tiga suspek berusia antara 30 dan 48 tahun selepas nyaris dirempuh ketika ingin melakukan pemeriksaan.


Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil berkata, sebelum kejadian, empat anggotanya membuat rondaan cegah jenayah di Kuala Terengganu dan Marang dengan menaiki Proton Waja pada jam 1 pagi.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mereka terserempak sebuah kereta Proton Saga berwarna merah dalam keadaan mencurigakan apabila dipandu perlahan seolah-olah sedang meninjau kawasan selain nombor pendaftaran kenderaan tidak jelas.


“Polis memotong kereta berkenaan dan keluar bagi melakukan pemeriksaan sebelum pemandu berusia 30 tahun tiba-tiba membuat pusingan U menuju ke arah Kampung Bukit Sawa, Bukit Payong, Marang dan memecut laju sebaik menyedari kehadiran polis.


“Mereka cuba melanggar anggota polis yang berdiri beberapa meter saja dari kereta suspek.

“Melihatkan situasi yang agak tegang itu, polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan itu sebelum melompat ke kanan jalan bagi mengelak dilanggar,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.


Hamzah berkata, ketiga-tiga suspek terus memecut laju sebelum ditahan di Batu 12, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan mendapati dua daripada mereka cedera akibat terkena tembakan. “Seorang suspek cedera di pinggang kanan dan seorang lagi di lutut, manakala pemandunya cedera,” katanya.

Dua penunggang warga emas maut nahas


Kuala Kangsar: Seorang wanita warga emas maut apabila basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika ingin menyeberang jalan dalam kejadian di Kampung Bendang Kering, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa Fatimah Ramli, 60, maut serta-merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.


Kejadian berlaku apabila mangsa sedang menyeberang jalan menuju ke Kota Lama Kiri sebelum basikalnya dirempuh kereta menyebabkan mangsa terpelanting sejauh tiga meter.



Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga tengah hari semalam.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan jam 7.27 malam kelmarin di Kampung Pauh, seorang lelaki warga emas, Abdullah Harun, 66, maut apabila basikal ditunggangi bergesel dengan sebuah treler menyebabkan mangsa digilis oleh kenderaan itu.


Abdul Gaffar berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba memotong sebuah kereta yang bergerak di hadapannya sebelum sebuah treler yang berada di laluan sama merempuh basikal mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh dari basikalnya sebelum digilis oleh treler berkenaan sejauh dua meter,” katanya.


Katanya, mayat mangsa dibawa ke HKK untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga malam kejadian.

Abdul Gaffar berkata, pihaknya masih menyiasat lanjut punca kejadian kedua-dua kemalangan itu dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Seludup RM212,096.80


Sepang: Seorang lelaki warga Pakistan berusia 35 tahun ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hasil kerjasama dengan Jabatan Imigresen kerana disyaki menyeludup wang berjumlah 4 juta rupee atau RM212,096.80, minggu lalu.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, pemeriksaan ke atas bagasi dibawa lelaki itu pada 24 Jun lalu menemui 8,000 keping wang kertas disorokkan di dalam baju, tin biskut serta bahagian khas di bawah bagasi. Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek baru pertama kali memasuki negara ini dan gagal membuat pengikraran ke atas semua wang dibawa selaras peruntukan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. “Kesalahan dalam kes ini adalah mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 (semakan 1980) iaitu mengimport barang larangan. “Bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini, semalam. Chik Omar berkata, bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda tidak kurang daripada 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak melebihi lima tahun atau keduanya sekali. Sementara itu, beliau berkata, sebarang mata wang asing yang dibawa keluar atau masuk ke negara melebihi USD10,000 (RM31,634.80) perlu diikrarkan. “Kami menyiasat perkara ini termasuk sama ada duit berkenaan palsu atau sebaliknya, tetapi kita percaya duit ini bukan digunakan untuk pertukaran wang di negara ini. “Pada masa sama, kami menyiasat untuk mengetahui motif duit berkenaan diseludup ke Malaysia dan kita juga bekerjasama dengan Bank Negara,” katanya.

Melambung dalam kereta


Jasin: “Ketika itu badan saya dan rakan melambung di dalam kereta yang berpusing dan hati berdebar sambil menanti bila kereta akan berhenti,” kata seorang lelaki selepas kenderaan dipandunya berpusing beberapa kali sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 189.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, kelmarin

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, pemandu kereta dikenali Shafie Mohamad dan seorang rakan masing-masing berusia 24 tahun dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menuju ke Tol Jasin sebelum terbabit kemalangan.


Difahamkan, kemalangan jam 10.30 malam itu dipercayai berpunca akibat kerosakan pada brek kenderaan kenderaan berkenaan menyebabkannya berpusing beberapa kali sebelum terseret dan terbalik.


Mangsa difahamkan dari rumahnya di sekitar Ayer Keroh dalam perjalanan menghantar seorang rakan ke Tol Jasin.


Shafie yang ditemui di tempat kejadian mendakwa, setibanya di tempat kejadian Perodua Kembara dipandu tiba-tiba bergegar di bahagian hadapan sebelum memperlahankan kenderaan.


“Saya berasa tidak sedap hati apabila gegaran itu semakin kuat sebelum kenderaan dipandu melayang dan berpusing beberapa kali sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.

“Saya sempat minta rakan supaya tidak panik dan memegang tempat penyandar kepala dengan erat sebelum kereta terbalik dalam keadaan mengiring,” katanya di sini, malam kelmarin.


Menurutnya, ketika itu badan mereka melambung di dalam kereta yang berpusing dan berdebar menanti bila kereta akan berhenti sebelum kereta terseret dan terbalik mengiring ke arah utara semula.

“Kami tidak mampu hendak menjerit dan cuma bertawakal sebelum terdiam dalam kereta beberapa minit selepas berasa dunia berpusing sebelum memanjat pintu pemandu untuk keluar,” katanya.


“Saya dan rakan bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan selepas berada di ambang maut berikutan laluan berkenaan agak sesak dengan kenderaan,” katanya.


Menurutnya, beberapa kenderaan dari arah sama di tempat kejadian nyaris melanggar keretanya yang terbalik namun sempat mengelak.

Bersalah edar dadah


Shah Alam: Seorang tukang jahit wanita dan seorang pelajar warga Nigeria masing-masing dihukum penjara 15 dan 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam terhadap kesalahan memiliki dadah jenis syabu yang disorokkan di bawah tilam di sebuah hotel di Subang Jaya, dekat sini, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Chong Siew Khim menjatuhkan hukuman itu terhadap P Nirmaladevi, 47, dan Udegbe Sixthus Okechuktu, 28, apabila mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan.


Sebelum ini, kedua-dua mereka berdepan hukuman gantung sampai mati.

Mangsa culik disamun RM500, diperkosa


Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 24 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia diculik dua lelaki sebelum disamun sebanyak RM500, kelmarin.

Lebih malang, mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Batu Caves, di sini, sebelum dirogol seorang daripada suspek dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.


Menurut sumber, mangsa diculik dua lelaki berusia lewat 20-an itu ketika sedang menunggu bas di Taman Wahyu, di sini, untuk pulang ke rumahnya selepas bekerja.

Beliau berkata, mangsa yang sedang menunggu bas sendirian mendakwa didatangi dua lelaki menaiki sebuah kereta berwarna gelap.


“Seorang daripada suspek menghampirinya sebelum mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta berkenaan. Keengganan mangsa menyebabkan suspek mengugut untuk membunuhnya.


“Bimbang dengan ugutan itu, mangsa akur dan masuk ke dalam kereta itu. Suspek kemudian meletakkan parang di leher mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan wang tunai,” katanya.

Sumber itu berkata, disebabkan mangsa tidak mempunyai wang tunai, dua penjenayah terbabit merampas kad mesin pengeluaran automatik (ATM) milik mangsa sebelum melakukan pengeluaran sebanyak RM500 di sebuah bank berhampiran.


“Penderitaan mangsa berterusan apabila dia kemudian dibawa ke sebuah bilik hotel di Batu Caves. Di hotel itu, mangsa dipukul sebelum dirogol seorang daripada suspek,” katanya.

Aksi bodoh suami isteri


Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri muda sanggup menempah maut dengan membuat aksi ‘Wheelie’ di depan Dataran Merdeka hanya semata-mata dicabar rakan mereka, malam kelmarin.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang baru berkahwin setahun lalu itu tidak memikirkan risiko yang bakal ditanggung sebaliknya menunjukkan kemahiran ‘bodoh’ mereka menunggang motosikal Yamaha 125, kira-kira jam 7 malam.


Sumber polis berkata, si isteri yang berusia 19 tahun juga didapati tanpa berasa takut membantu suaminya berusia awal 20-an mengimbangi badannya sepanjang melakukan aksi berbahaya itu di Jalan Raja Laut.

Menurutnya, perbuatan pasangan terbabit dikesan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) yang ketika itu sedang melakukan Ops Samseng Jalanraya di sekitar ibu kota.


“Ketika itu, pasangan berkenaan berada di lampu isyarat Jalan Raja Laut sebelum membuat aksi ‘Wheelie’ sebaik lampu bertukar hijau sejauh beberapa meter.


“Pasangan itu kemudian memecut laju ke Jalan Sultan Ismail dan akhirnya dicekup di Jalan Ampang ketika memberhentikan motosikalnya,” katanya.

Katanya, soal siasat mendapati mereka adalah pasangan suami isteri dan melakukan aksi berkenaan akibat dicabar rakan.


“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Si suami ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

“Isterinya pula dibebaskan dengan dijamin anggota keluarganya,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Agensi kelentong banyak berdalih

Petaling Jaya: Hasrat seorang lelaki untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Mac lalu berkecai selepas dipermainkan sebuah agensi yang menawarkan pakej menunaikan ibadat itu apabila bukan saja beberapa kali menunda tarikh penerbangan, malah cek yang dipulangkan selepas mangsa menarik diri adalah cek tendang.
Menurut sumber, mangsa berusia 39 tahun merancang menunaikan umrah bersama lima anggota keluarganya termasuk isteri dan anak- sempena cuti sekolah pada Mac lalu dan sudah membayar harga keseluruhan pakej bernilai lebih RM22,000.

“Bayaran dibuat kepada sebuah syarikat di Kota Damansara, di sini, yang menawarkan pakej menunaikan umrah dengan kadar lebih rendah berbanding agensi lain yang menawarkan pakej sama pada Januari lalu.
“Malah, mangsa turut menyerahkan pasport dan dokumen lain yang berkaitan kepada agensi terbabit bagi proses menunaikan umrah berkenaan,” katanya.

Katanya, namun mangsa sekeluarga tawar hati untuk menggunakan khidmat agensi terbabit bagi menunaikan umrah selepas pihak syarikat beberapa kali menukar tarikh berlepas menyebabkan mangsa dan isteri tidak lagi mendapat kebenaran cuti tahunan daripada majikan mereka.

“Mangsa kemudian membatalkan pakej menunaikan umrah berkenaan dan meminta wangnya dikembalikan kerana serik menggunakan khidmat agensi terbabit. “Selepas beberapa kali menghubungi agensi itu menerusi telefon, kiriman e-mel dan SMS, mangsa diberikan cek bertarikh untuk ditunaikan di sebuah bank,” katanya.
Sumber berkata, mangsa terkejut apabila diberitahu pihak bank selepas mendepositkan cek itu bahawa ia tidak boleh ditunaikan kerana mangsa diberikan cek tendang.

“Mangsa yang tidak berpuas hati datang ke pejabat agensi itu pada pertengahan Mei lalu bagi menuntut wangnya dikembalikan sebelum hanya menerima tunai RM5,000 saja, manakala bakinya akan dijelaskan kemudian.
“Bagaimanapun, agensi terbabit masih gagal mengembalikan baki wang mangsa selepas membatalkan pakej umrah berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa yang menyedari ada unsur penipuan kerana pelbagai alasan diberi setiap kali dia bertanya bilakah agensi terbabit akan membayar wangnya semula membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada 21 Jun lalu.

RM500,000 untuk baiki 2 tandas

London: Kerajaan Britain akan membelanjakan sebanyak £100,000 (RM500,00) untuk membaik pulih dua tandas yang digunakan oleh anggota Parlimen dan tetamu.
Kontrak yang diiklankan oleh pihak berkuasa Parlimen berkata, tandas itu yang dibina pada 1937, tidak menjalani sebarang baik pulih sejak 20 tahun lalu dan ‘hayat penggunaannya sudah berakhir’.

“Tandas itu kini berada dalam keadaan yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya di kawasan berprofil tinggi. “Tandas terbabit memberi imej buruk kepada Istana Westminster. “Kerja pemulihan diperlukan segera untuk meningkatkan kedudukannya kepada standard sebuah kawasan Warisan Dunia,” menurut dokumen berkenaan.
Mathhew Sinclair dari Persekutuan Pembayar Cukai menyifatkan kos itu sebagai ‘melampau’.

“Kos membaiki satu tandas itu sama dengan kos membuat sebuah rumah,” katanya ketika ditemui, semalam. - Agensi

Julfekar rebah

Foto
ANGGOTA paramedik merawat Julfekar.
Kuala Lumpur: Tanpa disangka, semangat untuk bersukan yang baru nak dipupuk membawa padah kepada komposer Julfekar Ahmad Shah apabila ketika sedang bersiap-siap untuk bermain badminton di Kompleks Sukan Cheras, Ahad lalu, tiba-tiba dia rebah dan terus tidak boleh bergerak.
Menurut Julfekar, dua artis di bawah naungan syarikatnya, MilleniumArt dan Dream Music Sdn Bhd, Min Yasmin dan Hafeez Hai yang mengajaknya bermain badminton dan dia dengan penuh bersemangat membeli satu set peralatan dan pakaian sukan. 
“Kejadian berlaku di rumah pada jam 9.30 pagi, sedang saya memusingkan badan untuk mengikat tali kasut tiba-tiba saya terdengar bunyi pada bahagian pinggang dan selepas itu saya terus rebah serta tidak boleh bergerak.

“Terus Min dan Hafeez menghubungi ambulans dan saya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. Sebaik saja tiba di hospital, menerusi pemeriksaan awal mendapati gelinciran pada tulang pinggul saya tetapi pihak hospital akan mengesahkannya selepas membuat rawatan susulan pada 12 Julai ini,” katanya.


Buat masa ini Julfekar diminta berehat dulu sebelum dia datang semula ke hospital untuk menjalani pemeriksaan Imbasan Resonen Magnetik. Bagaimanapun menurutnya, dia tidak boleh berehat kerana banyak kerja.

Ketika dihubungi semalam, dia berada di studio merakamkan lagu raya bersama artis syarikatnya dengan bertongkat.

“Saya sudah sewa studio ini, jadi saya perlu selesaikan kerja mengikut jadual. Walaupun masih sakit dan terpaksa bertongkat, saya datang juga. Hati rasa muda, tetapi usia tua tidak boleh dilindungi. Selepas ini terpaksalah saya menjaga kesihatan,” katanya.

Tragedi dua sahabat

Foto
ANGGOTA polis mengusung mayat salah seorang mangsa.
Ipoh: Kehilangan dua rakan baik sejak beberapa hari lalu berakhir dengan tragedi apabila mayat mereka ditemui orang awam dalam belukar di sebuah taman perumahan di sini, pagi semalam.
Mayat kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai S Chandrasekhar, 26, dan S Kaviventhen, 28, ditemui hanya berseluar panjang tanpa baju pada jam 8.30 pagi di Jalan Desa Ampang 22, Desa Seri Ampang, di sini. 
Kenalan mangsa, Alfaizal Suhul Hamid, 35, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, kedua-dua mangsa sering berulang-alik sekitar lokasi kejadian kerana menjaga kebun sayur di kawasan berkenaan.

“Kami memang rapat dan bagaikan adik-beradik. Setiap hari mereka menunggang motosikal ke kebun berkenaan dan biasanya antara jam 1 hingga 2 petang mereka keluar untuk makan tengah hari.


“Bagaimanapun, pada jam 3 petang semalam (kelmarin), kedua-dua mereka tidak dapat dihubungi menyebabkan saya dengan bantuan beberapa rakan cuba mencari sehingga ke malam, namun gagal,” katanya.

RM15,000 upah ‘cabut nyawa’

Kuala Lumpur: Antara RM5,000 hingga RM15,000. Itu harga atau upah dikenakan pembunuh upahan yang turut digelar ‘malaikat maut’ bagi membunuh atau menghapuskan sasarannya.
Difahamkan, ‘kontrak’ pembunuh upahan adalah kes terpencil di Malaysia namun sejak kebelakangan ini ia mula hangat diperkatakan semula selepas beberapa kes kematian dikaitkan dengan mereka termasuk beberapa kes berprofil tinggi.

Antaranya ialah kes membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal jam 8.15 pagi 26 April lalu ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat menghala Lebuh Wawasan di Putrajaya.

Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan bagi sasaran biasa. Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti.
Foto
LOKASI pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam dipercayai angkara pembunuh upahan.

“Berdasarkan maklumat risikan, pembunuh upahan kebanyakannya terdiri daripada rakyat negara jiran yang menyusup masuk ke negara ini selepas mendapat ‘kontrak’ namun pembabitan warga tempatan juga dipercayai berlaku,” katanya.

Menangis sambil peluk suami


Menangis sambil peluk suami
Dua daripada empat warga Mexico dibawa masuk ke mahkamah majistret atas tuduhan mencuri RM13,000, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga Mexico menangis teresak-esak selepas hukuman penjara 12 bulan dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencuri wang sebanyak RM13,000 milik seorang pengurus, pada Jun lalu.

Renia Ballina Aguiar, 19, ibu kepada seorang anak itu memeluk erat suaminya, Mauricio Baez Martinez, 43, yang turut menerima hukuman sama selepas mengaku bersalah mencuri bersama dua lagi rakannya, Sergio Ruiz Negrete, 34, dan Pepea Guiler, 67.

Majistret Noradila Ab Latiff turut menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika Pepea gagal menjelaskan denda dengan mengambil kira faktor usianya yang dikategorikan warga emas itu.

Terdahulu, kesemua warga Mexico ini mengaku bersalah mencuri wang tunai sebanyak RM13,000 milik Noraiza Mustaffa, 27, di dalam kereta Perodua Kancil di tempat letak kereta di Pasar raya Giant, di sini.

Mereka mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu bersama dua orang lagi yang masih bebas, kira-kira jam 1 petang, pada 10 Jun lalu.

Selain itu, Sergio turut dikenakan hukuman penjara enam bulan lagi selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen.

Dia yang ditahan sepasukan polis mengaku bersalah menggunakan satu dokumen iaitu pasport palsu di hadapan Kedai Diana, Jalan Astaka, Kuala Berang, Hulu Terengganu, kira-kira jam 3.30 petang, pada 10 Jun lalu.

Bagi hukuman itu, Noradila memerintahkan ia dijalankan berasingan, iaitu sebaik tertuduh selesai menjalani hukuman bagi pertuduhan pertama.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Zalina Awang @ Mamat manakala kesemua mereka diwakili peguam Zainal Omar.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan empat warga Mexico termasuk seorang wanita dipercayai tidak sempat membelanjakan keseluruhan wang yang dicuri mereka apabila dicekup polis di hadapan sebuah kedai di Jalan Astaka,
Kuala Berang, Hulu Terengganu, kira-kira dua jam selepas melakukan jenayah berkenaan.

Kesal gambar masjid dipijak

Kesal gambar masjid dipijakGambar masjid dipijak orang ramai yang tidak menyedari kewujudannya di lantai sebuah pusat beli-belah.
BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

“Pada mulanya saya tidak sedar perkara ini, tetapi lama-kelamaan baru saya sedar ia gambar masjid dan dipijak orang ramai setiap kali memasuki pintu masuk pusat beli-belah ini,” katanya.

Pengunjung, Khairul Arif Abdul Hakim, 25, pula berkata, pusat beli-belah berkenaan patut peka terhadap sensitiviti umat Islam.

“Walaupun saya percaya mereka berniat baik dan mahu memeriahkan suasana hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, tetapi seharusnya hal ini tidak berlaku,” katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Yahya Abd. Razid, 42 berkata, pihak pengurusan sepatutnya meletakkan gambar berkenaan di dinding dan bukannya di lantai.

“Kalau nak juga letak di lantai, letak sahaja ucapan Selamat Hari Raya tanpa gambar masjid,” katanya.

Manakala, Halim Samsuddin, 34, pula berharap, pihak pengurusan pasaraya terbabit dapat mengalihkan segera gambar masjid yang diletak di atas lantai itu, sebelum lebih ramai pengunjung memijaknya.

“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam,” katanya.

Diserang 20 pelajar samseng

Diserang 20 pelajar samseng
Selain lebam di mata dan paha, mangsa turut mendakwa cedera di siku.
Diserang 20 pelajar samseng
Keadaan mata mangsa yang lebam akibat dibelasah 20 lelaki.
SUNGAI PETANI - Ibu kepada anak bongsu berusia 13 tahun yang dibelasah sekumpulan lelaki di sini, bimbang dengan masa depan yang terpaksa ditanggung anaknya akibat menjadi mangsa pergaduhan dalam satu kejadian, Khamis lalu.

Fadziyah, 43, mendakwa, anaknya nyaris maut diserang 20 lelaki yang bersenjatakan kayu besbol, topi keledar dan sebatang besi yang diasah tajam dipercayai akibat perselisihan faham yang tercetus beberapa hari sebelumnya.

Dakwanya, dia dimaklumkan orang ramai yang menyaksikan kejadian di hadapan pintu pagar sekolah ketika anak lelaki tunggal dari lima beradik itu mahu balik selepas tamat sesi persekolahan.

“Orang awam hubungi saya memaklumkan supaya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk membuat laporan polis,” katanya.

Fadziyah berkata, dia menemui anaknya di IPD dengan keadaan mata lebam, hidung berdarah dan paha serta sikunya cedera.

Seterusnya katanya, dia membawa anaknya membuat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan ditahan wad selama dua hari.

Dia berharap, pihak berkenaan perlu lebih prihatin terhadap pergaduhan melibatkan pelajar memandangkan kes sedemikian melibatkan nyawa pelajar dan yakin anaknya hanya menjadi mangsa keadaan.

Menceritakan kejadian, Fadziyah mendakwa, pergaduhan dikatakan tercetus apabila mangsa tersentuh bahu seorang suspek dalam tandas sekolah.

“Bermula insiden berkenaan, sekumpulan pelajar mengepung dan pernah bertindak kasar di padang sekolah iaitu memijak pinggang anak saya, namun memikirkan ia hanya gaduh biasa dan tidak mahu dibesarkan.

“Rupa-rupanya mereka berdendam dan akibat tidak puas hati tersebut, anak dibelasah 20 individu dipercayai geng suspek,” katanya.

Menurutnya, rakan mangsa yang turut diterajang di perut sehingga terjatuh ke dalam longkang dan seorang lagi cedera dalam kejadian Khamis lalu, sudah dibenarkan ke sekolah.

“Bagaimanapun, akibat kecederaan di kepala, muka, tangan dan paha, anak diberi cuti sakit sehingga 15 Julai depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut akan diteruskan.

Khalil turut menasihati ibu bapa dan pihak sekolah supaya bekerjasama dalam menangani isu pergaduhan melibatkan pelajar.

Mayat dua lelaki dalam belukar


Mayat dua lelaki dalam belukar
Anggota polis sedang membalut mayat sebelum diangkat ke dalam kenderaan pacuan empat roda untuk dibawa ke HRPB.
IPOH - Dua mayat lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar panjang ditemui dalam keadaan terlentang antara satu sama lain di belukar berhampiran Desa Sri Ampang, kira-kira 1.5 kilometer dari susur keluar Plaza Tol Ipoh Selatan arah utara di sini, pagi semalam.

Kedua-dua mayat dijumpai dengan kesan tikaman di leher dan kecederaan di muka malah salah satu mayat sudah berulat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, mangsa, S Kaviventhen, 28, dari Pekan Razaki dan S Chandrasekhar, 26, dari Taman Ipoh Selatan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayat mereka dicampak ke kawasan belukar tersebut.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam lebih kurang jam 8.30 pagi semalam berhubung penemuan mayat terbabit.

“Anggota polis dari Balai Polis Ampang Baru dan Unit Forensik Polis bergegas ke tempat kejadian dan melalui siasatan awal, kedua-dua mangsa dipercayai ditikam di leher dengan senjata tajam manakala muka mereka dipukul menggunakan objek tumpul.

“Selain itu, kami turut menemui sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 di lokasi yang sama dipercayai digunakan mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, mengikut siasatan awal yang dijalankan ke atas Kaviventhen, pihaknya mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Namun, Chandrasekhar mempunyai satu rekod jenayah lampau yang melibatkan kes curi motosikal,” katanya.

Ahmad Termizi berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak menolak kemungkinan pembunuhan bermotifkan dendam.

Sementara itu, kenalan mangsa, Al-Faizal Suhul Hameed, 35, yang ditemui di tempat kejadian, semalam tidak dapat menahan kesedihan atas kematian rakannya itu.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu kedua-dua mangsa ketika mereka makan tengah hari di sebuah rumah ibadat pada jam 2 petang kelmarin.

“Kami tidak menyangka akan menemui mereka dalam keadaan tidak bernyawa dan sungguh menyayat hati,” katanya.

Seorang maut, 3 cedera kemalangan di NKVE


Seorang maut, 3 cedera kemalangan di NKVE
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan lori di NKVE, semalam.
SHAH ALAM - Seorang pemandu lori meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), kira-kira 400 meter dari Tol Bukit Raja dari arah Shah Alam menuju Klang, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, tiga buah lori iaitu sebuah lori kontena dan dua buah lori tiga tan yang terlibat di dalam kemalangan itu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 11.55 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama enam orang anggota dan seorang pegawai dikejarkan ke tempat kejadian.

Khari berkata, pihak bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari.

“Kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori tiga tan melanggar sebuah lori kontena yang sedang berhenti di lorong sebelah kiri.

“Tiba-tiba, sebuah lori lain merempuh belakang lori yang telah melanggar lori kontena tersebut,” katanya.

Akibat rempuhan itu, pemandu lori itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi penghuni lori lain cedera.

Katanya, mangsa dikenali  sebagai Suparman Kanting, 57, meninggal dunia akibat tersepit di dalam lori itu.

Kata Khairi, pihak bomba mengambil masa kira-kira 12 minit untuk mengeluarkan mangsa dari lori berkenaan.

“Mangsa di lori lain hanya cedera di bahagian badan dan muka dan mereka diselamatkan oleh ramai manakala  pemandu kontena itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Khairi berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.