Search This Blog

Saturday, June 29, 2013

12 wanita asrama trauma disamun



12 wanita asrama trauma disamun
Pintu hadapan rumah mangsa yang diumpil.
12 wanita asrama trauma disamun
Mangsa memasang tiga kunci di pintu kerana trauma dengan kejadian menimpa mereka.
LUNAS - Dua pekerja wanita warga asing berusia 20-an trauma apabila empat lelaki tidak dikenali masuk ke rumah mereka yang merupakan asrama pekerja sebuah kilang di Taman Sentosa kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Salah seorang mangsa berkata, sebelum kejadian mereka terdengar bunyi pintu rumah diumpil bagaimanapun melarikan diri ke dalam bilik kerana ketakutan.

Menurut mangsa, suspek menggeledah di bahagian ruang tamu sebelum pergi ke bilik, sebelum terdengar suspek cuba membuka bilik pertama dengan mengumpil pintu serta menendangnya, bagaimanapun lima pekerja yang berada di dalamnya menghalang pintu dari terbuka.

Katanya, suspek kemudiannya pergi ke bilik kedua dan berhadapan dengan masalah sama apabila lima pekerja wanita yang ada dalam bilik itu sempat menahan pintu bilik dari dibuka suspek.

Suspek kemudiannya pergi ke bilik mangsa dimana hanya mangsa dan seorang rakan berada di dalam bilik ketika itu kerana tiga dari mereka keluar bekerja.

“Kami cuba tahan pintu bilik dari diumpil suspek bagaimanapun mereka terlalu kuat. Mereka tendang pintu bilik beberapa kali sebelum terbuka. Apabila berjaya masuk ke dalam bilik, salah seorang suspek letakkan pisau di leher saya dan minta serahkan duit dan barangan kemas.

"Kami tak ada duit kerana masih belum menerima gaji ketika itu. Suspek kemudiannya ternampak telefon bimbit dan merampasnya sebelum melarikan diri. Kami memaklumkan kejadian pada rakan dan mereka hubungi polis,” katanya.

Menurut mangsa ini merupakan kejadian pertama berlaku terhadapnya sepanjang dua tahun tinggal di negara ini.

Katanya kejadian itu mengakibatkan kesemua penghuni asrama berasa ketakutan kerana kawasan rumah itu jauh dari pemerhatian orang ramai.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh meminta mangsa mengenakan kunci pendua untuk memastikan rumah mereka sukar diceroboh, selain bahagian hadapan rumah haruslah bersih dan tidak menghalang pandangan orang ramai.

“Penduduk seharusnya memasang lampu di bahagian hadapan dan belakang rumah ketika malam. Ini membolehkan orang ramai serta jiran dapat lihat jenayah sekiranya berlaku.

"Selain itu mangsa harus berada dalam keadaan tenang dan menghubungi polis sekiranya ternampak suspek mencurigakan berada di sekitar kawasan rumah mereka. Mereka boleh menghubungi talian polis 04-4916999 atau 04-4906222 untuk meminta bantuan,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim pula berkata, maklumat tentang kejadian itu diterima oleh ahli PPKM dan mereka mengejar suspek sehingga Tasek Gelugor sebelum memecut ke Sungai Petani.

Katanya, bagaimanapun suspek berjaya meloloskan diri.

Polis tumpaskan sindiket curi kereta

KEPALA BATAS 29 Jun - Polis berjaya membongkar sindiket curi kereta yang bergerak aktif di daerah Seberang Perai Utara susulan penahanan dua lelaki di sini semalam.
Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an ditahan selepas kereta Proton Satria dinaiki mereka terbabas ketika dikejar di Jalan Tun Hamdan Tahir di sini.
Sebelum itu, kedua-dua suspek yang berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur dikejar dari Jalan Raja Uda, Butterworth.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek kemudian membawa polis ke lokasi sebuah kereta Proton Wira curi di belakang bangunan Pejabat Pos Kepala Batas.
Menurutnya, kenderaan itu dicuri di Sungai Petani, Kedah dua minggu lalu.
"Polis kemudian dibawa ke lokasi sebuah kereta Proton Satria curi di Vista Perdana di Bagan Ajam yang dicuri di Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah empat hari lalu," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130629/je_11/Polis-tumpaskan-sindiket-curi-kereta#ixzz2XquLu75J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

85 anak yatim cemas, asrama didiami terbakar

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR 29 Jun - Sebanyak 85 anak yatim yang sedang mengikuti kelas agama di Rumah Bakti Datuk Harun di Hulu Klang cemas selepas asrama pelajar lelaki itu yang terletak di tingkat tiga musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kebakaran yang bermula pukul 9.45 malam itu memusnahkan keseluruhan tingkat tiga asrama berkenaan.
Bagaimanapun, kesemua 40 pelajar lelaki yang menetap di situ terselamat kerana ketika kejadian mereka sedang mengikuti kelas agama di tingkat satu bangunan tersebut.
Pengerusi rumah anak yatim itu, Datuk Mohd. Fahmi Ibrahim memberitahu, kebakaran itu tidak disedari penghuni asrama berkenaan sebaliknya dilihat pekerja bengkel yang terletak bersebelahan rumah kebajikan itu.
"Saya dimaklumkan pekerja bengkel itu yang mula-mula nampak api di tingkat tiga dan bumbung asrama. Dia kemudian menjerit kerana bimbang pelajar asrama sedang tidur.
"Bagaimanapun jeritan itu tidak didengari pelajar menyebabkan pekerja terbabit bertindak memecah pagar asrama dan mengejutkan mereka. Ketika itu barulah anak-anak yatim menyedari bangunan itu terbakar dan segera menyelamatkan diri," katanya.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, ketika kejadian seramai 85 anak yatim berusia antara tujuh hingga 16 tahun di dalam bangunan itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130629/je_08/85-anak-yatim-cemas-asrama-didiami-terbakar#ixzz2Xqv3d9ld
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak VIP, 2 rakan dijel 4 tahun


MOHD. Arif Husin (depan), Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir (baju ungu) dan Alex Foo Hee Wee (belakang, kanan) dikawal anggota polis di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
JOHOR BAHRU 28 Jun - Seorang anak orang kenamaan (VIP) bersama dua rakannya dihukum penjara empat tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap petinju negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron, 25, pada Mei tahun lalu.
Hakim Zamri Bakar menetapkan keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu, Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd. Arif Husin, 36.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Muhammad Farkhan dengan menggunakan senjata tumpul, antara pukul 4.30 pagi dan 7 pagi, di Jalan Air Molek 3/2, di sini pada 6 Mei lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar manakala Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah diwakili peguam bela, Norman Fernandez; Alex diwakili peguam bela, Zamri Idros dan Mohd. Arif diwakili peguam bela, Mazri Muhammad.
Dalam rayuan oleh ketiga-tiga peguam bela tertuduh, mereka memohon agar hukuman penjara tersebut ditangguhkan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh menjalani ibadah puasa dan beraya bersama keluarga, namun rayuan itu ditolak oleh Zamri.
Akhbar sebelum ini melaporkan Muhammad Farkhan cedera parah dan terpaksa dirawat di Hospital Pakar Puteri di sini selama dua minggu selepas dibelasah sekumpulan lelaki setelah diminta datang ke rumah salah seorang tertuduh.
Dalam kejadian itu, Muhammad Farkhan yang pernah memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dipaksa memakan cili, diikat tangan dan kaki serta dikurung di dalam boot kereta selama 45 minit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130629/ma_03/Anak-VIP-2-rakan-dijel-4-tahun#ixzz2XqmU4S8L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembunuh Dirang dihukum gantung sampai mati


Muidin Maidin
Muidin Maidin,26, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.  

Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Kehilangannya menjadi sebuah misteri sehingga DNA rangka manusia yang ditemui seminggu selepas itu merungkai segala-galanya.

Rangka Dirang ditemui pada 8 Mac dan punca kematian adalah bunuh dan dibakar.

Azalina mahu cabar Shahrizat


Azalina mahu cabar Shahrizat
SHAH ALAM - Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said sedia untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

The Star melaporkan, Azalina yang merupakan ahli Parlimen bagi kawasan Pengerang berkata, beliau sudah memutuskan untuk mencabar Shahrizat kali ini.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar itu melaporkan Shahrizat juga mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Karier politik Shahrizat terjejas selepas dirinya terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lalu.

Meskipun begitu, Shahrizat berkata beliau masih mendapat sokongan daripada sayap wanita.

"Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lalu.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Azalina pula seorang bekas menteri dan ahli Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Azalina adalah Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

Sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.

Impian miliki kereta berkecai


Impian miliki kereta berkecai
Jia Ren (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat kepada Michael (kanan).
JOHOR BAHRU – Seorang juruteknik bukan sahaja tidak dapat memandu kereta idamannya, malah mendakwa kerugian RM14,000 akibat ditipu seorang lelaki bagi pembelian kereta terpakai berkenaan.

Tyo Jia Ren, 20 berkata, lelaki tersebut berusia 23 tahun yang dikenali di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini berperwatakan menarik dengan penampilan meyakinkan  menyebabkan dirinya percaya untuk membuat urusan pembelian kereta terbabit.

“Saya mengenali lelaki itu di sebuah pusat hiburan yang mana secara tidak sengaja dan saya memberitahu saya mahu membeli kereta, awal bulan ini. Dia kemudiannya memberitahu memiliki sebuah kereta jenis Toyota Wish untuk dijual dengan harga RM14,000.

“Setiap kali bertemu, lelaki tersebut pasti memakai aksesori yang berjenama dan memandu kereta mewah, selain pandai berkata-berkata menyebabkan saya akhirnya terpengaruh dan bersetuju untuk membeli kereta tersebut,” katanya kepada media di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay, di sini, kelmarin.

Jia Ren berkata, tanpa berfikir panjang, dia akhirnya memasukkan wang sebanyak RM4,500 menerusi sebuah bank dan selebihnya berjumlah RM9,500 diserahkan secara tunai di sebuah stesen minyak di Permas Jaya, di sini.

“Saya bersetuju dengan harga yang ditawarkan dan lelaki itu berjanji menyerahkan kereta Toyota Wish secepat mungkin iaitu pada 18 Jun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, malang buat Jia Ren apabila kereta yang dijanjikan tidak diterima dan lelaki tersebut tidak dapat dihubungi.

Dia kemudiannya  membuat laporan polis untuk tindakan lanjut di Balai Polis Taman Pelangi, tiga hari lalu.

“Saya cuba menghubungi lelaki itu banyak kali, namun tidak diangkat. Selepas itu, baru saya sedar, saya telah ditipu dan wang yang saya simpanan saya habis begitu sahaja.

“Lelaki tersebut tidak mengangkat panggilan saya tetapi membalas mesej saya. Sudahlah melarikan wang saya, dia kini selalu menghantar mesej mengugut saya supaya mencari dan mengesannya beberapa kali,” katanya.

Jia Ren berharap, lelaki itu bertanggungjawab atas perbuatannya dan memulangkan kembali wang supaya dia tidak meneruskan tindakan lanjut berhubung kes berkenaan.

Dalam pada itu, Michael menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dalam pembelian yang melibatkan harga yang tidak munasabah selain mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan supaya tidak mudah ditipu oleh individu yang cuba mengambil kesempatan.

Hilang kereta di hospital


Hilang kereta di hospital
Siu Huey (kanan) ditemani rakannya Lim Hee masih berasa sedih dengan kejadian yang berlaku.
KLUANG - Seorang suri rumah terkilan kerana hasratnya untuk mengagihkan udang kepada rakan tidak kesampaian apabila keretanya yang diparkir di pekarangan sebuah hospital dekat sini, hilang dipercayai dicuri.

Mangsa, Tan Sin Huey, 47, mendakwa menyedari keretanya jenis Proton Wira berwarna biru hilang ketika ke tempat letak kereta selepas menghantar rakannya, Lim Hee, 57, yang hampir pengsan kerana mengalami tekanan darah rendah, di hospital tersebut kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.

“Lebih kurang hampir dua jam menanti kawan saya siap untuk mendapatkan rawatan, saya kembali ke tempat letak kereta dengan harapan untuk hantar udang yang saya beli kepada rakan-rakan saya di Yap Tau Sah.

“Tapi apabila tiba, saya lihat kereta saya sudah tiada dan cari kalau saya tersilap letak. Bagaimanapun saya tak dapat kesan kereta. Saya ada bertanya kepada pengawal di kawasan hospital jika ternampak atau tidak.

“Nasib saya memang malang, tiada siapa menyedari kenderaan saya dicuri dan saya pasti telah kunci kereta sebelum meninggalkannya,” katanya.

Sin Huey yang masih trauma, akui serik untuk memandu kenderaan ke hospital kerana bimbang kejadian sama berulang.

“Selepas mendapati kereta saya hilang saya terus melaporkan kepada polis supaya polis dapat mendapatkan semula kereta saya yang hilang ini.

“Kereta sudah hilang, hasrat untuk beri udang kepada kawan-kawan juga tak kesampaian dan anak-anak saya juga mengingatkan saya supaya tidak memandu lagi kerana risau kejadian sama akan berlaku lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Siu Huey mengingatkan masyarakat agar berhati-hati ketika meletakkan kereta di tempat awam serta memastikan kereta dipasang dengan ciri-ciri keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, polis menerima laporan daripada pengadu kira-kira jam 11 pagi selepas kejadian tersebut berlaku.

“Pada masa ini polis akan siasat kejadian tersebut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan kejadian yang berlaku ini merupakan kejadian pertama melibatkan kereta hilang di kawasan hospital.

“Bagaimanapun, pihak polis akan mengadakan perbincangan dengan pengarah hospital terbabit untuk tingkatkan keselamatan di kawasan hospital agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian menghubungi pihak hospital terbabit gagal.

RM24,586 wang palsu dirampas


RM24,586 wang palsu dirampas
Harun menunjukkan wang palsu yang berjaya dirampas.
LEDANG - Polis berjaya melumpuhkan kegiatan percetakan dan pengedaran wang palsu membabitkan rampasan berjumlah RM24,586 selepas menahan dua lelaki, Ahad lalu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Harun Idris berkata, menerusi tangkapan pertama, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan ketika sedang mengisi minyak motosikal di sebuah pam minyak di Tanjung Agas, dekat sini.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu polis telah menemui sejumlah wang kertas dipercayai palsu bernilai RM22,576 dalam beg sandang yang dipakainya.

“Suspek berasal dari Sungai Mati dan bekerja sebagai buruh dipercayai mahu mengedarkan wang tersebut kepada pelanggannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, semalam.

Harun berkata, suspek kedua pula yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai gambar berjaya ditangkap di rumahnya di Muar.

Katanya, hasil pemeriksaan polis telah menemui wang kertas dipercayai palsu berjumlah RM2,010 yang disembunyikan di rumah tersebut.

“Kita turut menemui pelbagai peralatan yang digunakan untuk mencetak wang palsu seperti mesin pencetak, dua set komputer, kertas A4 dan pisau.

“Mereka adalah rakan dan dipercayai baru enam bulan aktif dalam kegiatan tersebut,” katanya.
Katanya, tindakan lanjut dilakukan dengan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara dan terbukti wang itu adalah palsu.

Jelasnya, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengetahui tujuan percetakan tersebut sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun dijual.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu tetapi tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka ditahan reman sehingga esok (28 Jun) untuk membantu siasatan dalam usaha gerakan menjejaki saki baki ahli yang masih bebas,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 489A dan Seksyen 489C kanun keseksaan.

RM90,000 ganti rugi ladang hangus


RM90,000 ganti rugi ladang hangus
Ismail (dua, kanan) ketika melawat ke ladang nanas Air Hitam yang musnah terbakar sejak minggu lalu.
MUAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan bantuan RM90,000 kepada tujuh pengusaha ladang nanas di Air Hitam, dekat sini, sebagai ganti rugi ladang milik mereka yang terbakar minggu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan kewangan tersebut disalurkan dalam bentuk benih, baja dan pelbagai keperluan lain bagi membolehkan penanaman semula dilakukan.

“Bantuan ini menyamai kerugian yang dialami pengusaha kerana 12.9 hektar keluasan terlibat dalam kebakaran ini adalah di bawah seliaan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) dan ditanam di tanah milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).

“Selain itu, kita juga akan beri bantuan lain seperti menaik taraf jalan di ladang dan membesarkan parit serta bina pintu kawalan air dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya pada sidang media selepas melawat ladang itu, semalam.

Ismail mengarahkan parit di ladang tersebut dibesarkan kerana ladang-ladang di kawasan itu kerap terbakar setiap tahun sekaligus menyukarkan bomba memadam api berikutan kekurangan sumber air.

Jelasnya, dengan adanya takungan air itu nanti akan memudahkan untuk mendapatkan sumber air dan kerja-kerja memadam kebakaran akan lebih mudah dilakukan.

Beliau turut mengingatkan petani dan peladang di kawasan berdekatan agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan jerebu lebih-lebih lagi daerah ini paling teruk dilanda bencana itu minggu lalu.

Ladang itu mula terbakar Selasa lalu dan pihak bomba melibatkan 70 anggota Balai Tangkak, Bukit Gambir, Labis, Kluang serta Pontian, memulakan kerja-kerja memadam api sehari selepas itu secara berperingkat.

Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kelmarin.

Hujan batu di Kampung Selamat


Hujan batu di Kampung Selamat
Sebuah kenderaan milik penduduk turut rosak teruk akibat dihempap pokok tumbang.
Hujan batu di Kampung Selamat
Keadaan dapur dan bilik air rumah Raja Abdul Aziz yang musnah akibat ditimpa pokok tumbang berikutan kejadian ribut melanda Kampung Selamat, kelmarin.
Hujan batu di Kampung Selamat
Seorang penduduk menunjukkan bumbung rumahnya yang rosak akibat dilanda angin puting beliung.
GUNUNG SEMANGGOL - Namanya Kampung Selamat, namun statusnya tidak memberi jaminan kepada penduduk di sini apabila kediaman mereka dilanda hujan berbentuk ketulan ais dan ribut.

Sebanyak tujuh rumah dan sebuah sekolah di kampung itu mengalami kerosakan akibat dilanda angin puting beliung, manakala empat rumah lagi terputus bekalan elektrik.

Penduduk kampung turut mendakwa rumah mereka dihujani ketulan ais sebesar biji guli  menyebabkan bumbung kediaman mereka bocor.

Mangsa kejadian, Raja Abdul Aziz Raja Kamaruddin, 58, berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang, dia bersama keluarga berehat di ruang tamu rumah sebelum terdengar bunyi rintik hujan yang sangat kuat diselangi angin kencang.

Menurutnya, bimbang dengan bunyi yang seakan-akan bunyi hentaman batu, dia dan keluarga segera berlari ke bahagian garaj kereta.

“Tiupan angin ketika itu sangat kencang sehingga kami terpaksa berpaut pada tiang garaj. Keadaan lebih mencemaskan apabila melihat sebatang pokok manggis setinggi  3.4 meter tumbang ke arah kami.

“Mujur kami sempat mengelakkan dan pokok itu menimpa bahagian dapur dan bilik air,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini semalam.

Seorang lagi mangsa kejadian, Azman Ayob, 27, berkata, ketika kejadian, dia membaiki motosikal di garaj sebelum melihat angin puting beliung melanda rumahnya.

“Angin itu menerbangkan keseluruhan bumbung garaj dan memutuskan kabel bekalan elektrik yang bersambung dari sebuah tiang elektrik berdekatan.

“Saya berasa sakit terkena rintik hujan yang turun dan apabila diteliti, rintik hujan tersebut sebenarnya ketulan ais sebesar biji guli,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selamat, Kamaruddin Hussin, 46, berkata, kejadian luar biasa itu pertama kali berlaku di kampung itu sejak dibuka.

Menurutnya, sebanyak lapan kediaman termasuk rumahnya dan sebuah sekolah rendah mengalami kerosakan di bumbung serta ditimpa pokok akibat ribut berkenaan.

“Selain itu, sebanyak empat rumah terputus bekalan elektrik manakala terdapat dua kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang.

“Kejadian ini mendapat perhatian wakil Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali serta Ketua Umno bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha dan kami berharap pihak bertanggungjawab segera menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Zaili ketika dihubungi menyatakan pihaknya sudah melawat lokasi kejadian dan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa ribut.

Ah long ditangkap polis


Ah long ditangkap polis
Mohd Shukri (dua kanan), menunjukkan pedang samurai yang dipercayai digunakan ah long untuk menakutkan mangsa pada sidang media di sini, semalam.
IPOH - Kelicikan seorang lelaki yang bergerak aktif sebagai peminjam wang tanpa lesen (ah long) di sekitar bandar raya ini terutama di kawasan Bercham, berakhir setelah dia diberkas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan memaklumkan, suspek berusia 34 tahun dipercayai turut menggunakan pedang samurai untuk menakut-nakutkan serta mengugut mangsa yang terdiri daripada peminjam yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan.

Menurut beliau, polis berjaya menahan suspek selepas menerima banyak laporan dan aduan daripada orang awam yang menjadi mangsa lelaki terbabit.

"Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah premis di Bercham, polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Antara barangan yang dirampas adalah tiga pedang samurai, 47 kain rentang ah long yang mengandungi nombor telefon, dua bungkusan pengikat kabel, tiga telefon bimbit, 36 dokumen, dua buku catatan mengandungi senarai nama peminjam wang, mesin kira-kira dan buku baucar gaji (salary voucher)," katanya pada sidang media di Pusat Media IPK Perak, semalam.

Hadir sama, Ketua JSJK Negeri, Superintendan Maszely Minhad.

Tambah beliau, berikutan penangkapan itu, suspek ditahan reman selama 24 jam dan polis akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek bagi membantu siasatan.

Beliau turut memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta.

"Saya nasihatkan orang ramai tidak membuat pinjaman daripada ah long yang menyediakan pinjaman segera dan mudah kerana faedah yang dikenakan kepada peminjam lebih tinggi berbanding institusi kewangan berlesen.

“Selain itu, sindiket terbabit sanggup guna ugutan dan kekerasan ke atas peminjam untuk mendapatkan kembali wang pinjaman dan ini boleh mengancam keselamatan peminjam termasuk ahli keluarga,” jelasnya.

Cari adik hilang


Cari adik hilang
Hamdan memegang gambar Arshad yang hilang sejak sebulan lalu.
LAMBOR KANAN - Seorang abang dari Kampung Batu 16 ¾ Lambor Kanan di sini tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya apabila memikirkan adiknya yang dikhuatiri hilang sejak sebulan lalu.

Hamdan Mat Nasib, 49, berkata, adiknya, Arshad Mat Nasib, 40, mengalami masalah mental sejak terlibat dalam kemalangan semasa masih bersekolah menengah.

Menurutnya, adiknya memang suka merayau-rayau ke seluruh kampung dan kampung berhampiran dengan berjalan kaki tetapi akan pulang ke rumah apabila waktu malam.

“Namun pada 24 Mei lalu, dia keluar kira-kira jam 8 pagi dan pulang sekejap pada waktu malam tetapi tidak masuk ke dalam rumah, selepas itu kami tidak lagi menjumpainya.

“Pernah juga dia tidak pulang ke rumah selama dua hari tetapi selepas itu ada rakan-rakan yang mengenalinya akan menghantarnya pulang semula ke rumah,” katanya.

Kata Hamdan, mereka tinggal bertiga iaitu bersama seorang kakak Nor Hamimah Mat Nasib, 52, sejak beberapa tahun lalu.

“Kami berharap sesiapa yang tahu di mana dia berada segera memberitahu kami atau membawanya pulang ke rumah.

“Kami khuatir dengan keadaannya dan jika sesiapa yang menjumpainya diharapkan dapat menghubungi kami dengan kadar segera,” katanya.

Kata Hamdan, laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Bota dan Balai Polis Kampung Gajah mengenai kehilangan adiknya.

“Kami juga turut menampal gambar adik di kawasan tumpuan orang ramai supaya dapat membantu kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Talang Durian Sebatang, Ayob Kamaruddin berkata, sesiapa yang mengetahui keberadaan Arshad boleh menghubunginya di talian 012-5690684 ataupun 05-3763105.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan menerima laporan kehilangan Arshad.

Padah curi tembikai

Padah curi tembikai
Mohd Faizal dikenakan kehadiran wajib selama dua bulan kerana mencuri tembikai.
BALING - Gara-gara mencuri tembikai, seorang lelaki menerima padah setelah diarahkan menghadiri  khidmat masyarakat wajib selama dua bulan, setiap sesi empat jam sehari dan wang cagaran sebanyak RM1,000 termasuk pampasan sebanyak RM300 oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Mohd Faizal Radzuan, 21, dari Kampung Lubuk Batu, Charuk Kelian mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Menurut pertuduhan, Mohd Faizal mencuri enam biji tembikai di kedai buah berhadapan syarikat Sopiah Jalan Syeikh Shiekh, Baling pada jam 3.30 pagi, 29 Mei lalu.

Bagaimanapun, tindakannya itu disedari oleh penjaga kedai tersebut seterusnya bertindak menahannya untuk diserahkan kepada pihak polis.

Mohd Faizal turut berhadapan hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal menjelaskan pampasan yang dikenakan kepadanya.

Sementara itu, seorang lelaki dikenakan hukuman denda sebanyak RM8,000 dan 14 hari penjara selepas mengaku salah memiliki 100 bungkus air rebusan daun ketum.

Rosdi Che Lah, 41, dari Kampung Pulai Lama, melakukan kesalahan itu 8 Oktober tahun lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pekan Lama Pulai.

Berdasarkan fakta kes, rebusan air ketum itu dijumpai di dalam sebuah tong ais di sebelah kanan rumah tersebut.

Rosdi yang hanya bekerja kampung itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sebelum ini, pihak polis telah berjaya menahan beberapa orang dari kampung yang sama dengan kesalahan sama iaitu memproses dan menjual air terlarang itu kepada penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah sebelum itu turut mengingatkan kepada orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada polis mengenai kegiatan memproses dan penjualan air ketum ini.

Dalam kenyataannya, Abdul Rahim meminta orang ramai tidak membeli minuman itu kerana tindakan memproses dan menjual adalah disebabkan adanya permintaan dari orang ramai.

Penganggur maut dibelasah


Penganggur maut dibelasah
Prabagaran
IPOH - Selepas tiga hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) seorang penganggur maut pada petang kelmarin akibat kecederaan parah dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di Falim, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Tarmizi Abdul Haq memaklumkan, mangsa, S Prabagaran, 27 disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 3 petang.

Menurutnya, mangsa dipercayai maut akibat kecederaan serius di kepala dan anggota badan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dipukul sekumpulan lelaki sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

“Mengikut laporan bedah siasat, mangsa maut akibat kecederaan parah terutamanya pada bahagian kepala," katanya.

Tambah beliau, polis masih meneruskan siasatan untuk menjejaki dalang yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mesin ATM dilarikan


Mesin ATM dilarikan
ATM yang dirompak
JOHOR BAHRU – Sebuah mesin ATM berjaya dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian jam 1 pagi, di Desa Cemerlang, di sini, semalam.

Rompakan yang menggunakan kenderaan jenis Hilux sebagai jentera pengangkut dipercayai telah dirancang rapi kerana kelibat kenderaan itu dikesan kakitangan bank tersebut beberapa hari sebelum kejadian.

Seorang kakitangan bank yang enggan dikenali mendakwa beberapa kali ternampak kenderaan itu di kawasan tersebut.

Modus operandi kumpulan  tersebut ialah memandu kenderaan terbabit menuju ke pintu masuk bank berkenaan yang kemudiannya bertindak merantai mesin ATM lalu memecut laju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan menubuhkan satu unit khas bagi menyiasat kes tersebut.

“Kami akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis terbabit bagi menjalankan siasatan,” katanya, di sini, semalam.

Zainuddin percaya kejadian itu turut mempunyai kaitan dengan cubaan membawa lari mesin ATM di Taman Daya, Rabu lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jumlah  wang dalam mesin ATM masih belum diketahui dan akan disiasat.

Sindiket lari lintang pukang


Sindiket lari lintang pukang
Sebahagian dari lima yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap pegawai penguatkuasa dalam satu operasi berhampiran sebuah pasar raya di MITC
Sindiket lari lintang pukang
Pegawai Penguatkuasa PPDNK menunjukkan kad 'koyak dan menang' yang dirampas.
AYER KEROH - Lima remaja yang terlibat dalam mempromosi hadiah 'koyak dan menang' lari lintang pukang apabila mereka dikejar anggota penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang kelmarin, remaja berusia 16 hingga 26 tahun termasuk seorang wanita itu sedang leka memperdayakan orang ramai di sekitar sebuah pasar raya dekat Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Kelima-lima mereka termasuk seorang berstatus penduduk tetap (PR) bagaimanapun berjaya ditahan anggota penguatkuasa terbabit.

Pengarah PPDNKK negeri, Muhabir Ibrahim berkata, operasi yang dijalankan empat pegawainya berikutan aduan dan hasil maklumat orang awam.

“Kita dapati mereka menawarkan hadiah-hadiah lumayan berbentuk wang tunai, kereta, motosikal, pakej pelancongan dan barangan elektrik dengan nilai keseluruhan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

“Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat diperolehi mengenai butiran syarikat termasuk nama syarikat daripada mereka yang ditahan,” katanya.

Menurutnya, kesemua ditahan akan disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Sindiket menyasarkan wanita dan golongan berusia dengan menawarkan sekeping kad untuk dikoyakkan sebelum meminta 'mangsa' ke pejabat mereka.

"Biasanya, ahli sindiket ini beroperasi dalam tempoh waktu operasi pasar raya, terutama di kawasan tempat letak kereta,” katanya.

Beliau berkata, PPDNKK negeri turut menerima tujuh aduan membabitkan sindiket gores dan menang dengan jumlah kerugian bernilai RM17,500 sepanjang bulan ini sahaja.

Angkara dendam lama


Angkara dendam lama
Salah seorang ahli keluarga mangsa menunjukkan salinan laporan polis berhubung kejadian berkenaan
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak berpuas hati dengan kedua ibu bapanya, seorang pelajar perempuan tingkatan dua menjadi mangsa keadaan apabila dibelasah dengan kerusi oleh jirannya, dalam satu kejadian di Kampung Pengkalan Setar, Gelugor Kedai, Isnin lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, suspek, 33, turut meludah ke arah mangsa, 14, sambil memaki hamun dan menolak kepalanya yang ketika itu sedang menunggu bas untuk ke sekolah.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan iaitu bengkak mulut manakala gigi di bahagian hadapan patah akibat dipukul dengan kerusi plastik yang diambil suspek dari sebuah warung berhampiran.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan identitinya didedahkan, kejadian dipercayai berpunca dendam lama kerana suspek yang juga seorang suri rumah sebelum ini pernah meluahkan ketidakpuasan hatinya berhubung isu tanah milik ibu bapa mangsa.

“Sudah hampir dua tahun dia (suspek) menyimpan perasaan tidak puas hati kepada keluarga kami yang dipercayai isu tanah, iaitu tapak rumah sekarang.

“Sepanjang dua tahun ini, boleh dikatakan hampir selang sehari, dia akan membuat kacau di hadapan rumah dengan memaki hamun keluarga kami dengan bahasa agak kasar, tetapi kami abaikan sahaja,” katanya.

Sebelum ini, keluarganya beberapa kali membuat laporan polis kerana suspek mengeluarkan kata-kata ugutan akan mencederakan salah seorang ahli keluarga jika masalah tanah itu tidak diselesaikan.

“Kerana takut dengan ugutan itu yang diluahkan secara berdepan, kami nekad membuat laporan polis tetapi sekadar pemberitahuan untuk melindungi keluarga jika berlaku kejadian tidak diingini.
“Kami memang tidak benarkan pihak polis mengambil sebarang tindakan kepadanya kerana kasihan dengan keadaannya yang memiliki seorang anak berusia lapan bulan yang sedang menyusu badan,” katanya.
Bagaimanapun, ahli keluarga itu tidak menyangka suspek tergamak melepaskan geram dan dendamnya terhadap mangsa yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa.
“Lebih menyedihkan, ketika diserang, mangsa, sedang menunggu bas untuk ke sekolah kerana dia bersekolah sesi petang.
“Dalam keadaan berpakaian uniform itu, dia dipukul tanpa belas kasihan, diludah, dimaki hamun dan ditolak kepalanya dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Dakwanya lagi, susulan kejadian, mangsa kini masih trauma untuk ke sekolah dan malu kepada rakan-rakannya yang melihat kejadian itu.

Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Chabang Tiga beberapa jam selepas mangsa dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

GPS bantu bongkar kegiatan curi kereta


GPS bantu bongkar kegiatan curi kereta
Abdul Aziz (dua,kiri) bersama pegawai dan anggotanya melihat kenderaan curi yang ditemui semula.
TEMERLOH – Tindakan seorang pemilik lori memasang alat pengesan GPS pada kenderaannya bukan sahaja berjaya menggagalkan penjenayah untuk melarikan lorinya malah membongkar kegiatan pasaran ‘kenderaan panas’ di kawasan Felda.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, hasil laporan pemilik lori dari Jempol, Negeri Sembilan itu, polis berjaya menemui semula sebuah lori, dua kereta dan tiga motosikal curi apabila menahan pasangan suami isteri dan seorang rakannya di Kerdau serta Jengka pagi kelmarin.

Menurutnya, kegiatan itu terbongkar apabila polis Temerloh yang menerima maklumat daripada IPD Jempol jam 9 pagi kelmarin berjaya mengesan lalu mengekori lori yang dicuri di Jempol dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun menghala ke Jerantut.

“Selepas mengekori suspek sejauh 20 kilometer melalui jalan Kampung Tekal, suspek yang menyedari diekori kemudian cuba memecut lorinya sebelum terbabas.

“Suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas, polis turut menahan isteri suspek yang berada di dalam lori terbabit,” katanya pada sidang media semalam.

Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut ke atas suspek terbabit kemudian berjaya menemui sebuah kereta Waja yang dilaporkan hilang di Selayang, motosikal jenis Yamaha 125 dilaporkan hilang di Padang Tengku,  motosikal jenis
Suzuki yang dilaporkan hilang di Maran dan motosikal jenis Yamaha LC yang hilang di Sungai Buloh, Selangor.

Beliau berkata, kenderaan terbabit ditemui di rumah sewa suspek di Taman Temerloh Jaya. Siasatan polis selepas itu berjaya menemui sebuah Proton Exora dalam kawasan Masjid Songsang yang dilaporkan hilang di Yong Peng, Batu Pahat.

Menurutnya, polis kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun dipercayai rakan jenayah suspek di Felda Mawar Jengka, Maran.

“Siasatan polis mendapati suspek bertindak secara individu dan menjual kenderaan curi ini di kawasan Felda sejak dua tahun lalu, lelaki ini juga mempunyai enam rekod jenayah berkaitan curi kenderaan sebelum ini.

“Kesemua suspek kini direman hingga 30 Jun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.
Abdul Aziz berkata, suspek cuba menjual lori terbabit di pasaran gelap dengan harga RM5,000 dan RM3,000 untuk setiap kenderaan berkenaan.

Mangsa terkedu dalam kereta


Mangsa terkedu dalam kereta
Anggota bomba memeriksa keadaan rumah Aziz yang terbakar bagi menilai kerosakan dan kerugian yang ditanggung mangsa
TANAH MERAH- "Saya ambil masa 30 minit untuk tenangkan diri dalam kereta, sebelum melihat sendiri rumah saya yang telah musnah terbakar," kata mangsa kebakaran, Aziz Ibrahim, 51, yang ditemui jam 10 pagi semalam.
Aziz, guru di sebuah sekolah menengah di Jeli berkata, ketika kejadian lewat malam kelmarin, dia sedang mengikuti kursus bimbingan dan kaunseling yang dijangka berakhir Khamis depan di Genting Highland.

Namun, menurutnya, dia menerima panggilan telefon daripada rakan, Mahadi Mohd, 47, yang menyatakan bahawa rumahnya berasap.

Katanya, disebabkan rasa tidak sedap hati, dia menghubungi isteri, Apipah Mohd Nor, 50, yang tinggal sementara di rumah emaknya, Bidah Awang, 80, sementara dia menghabiskan kursus.

"Saya minta dia jenguk keadaan rumah kami. Nasib kami malang apabila rumah yang saya bina sejak enam tahun lalu musnah dijilat api," katanya.
Aziz berkata, disebabkan kejadian itu, dia bergegas pulang tanpa menghabiskan kursus.

"Setiba di halaman rumah, saya tidak sanggup keluar lihat keadaan rumah itu. Saya terlalu terkejut dengan kejadian ini," katanya.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jeli, Mat Yusuf Hamat berkata, bomba bersama sepuluh anggota dan dua jentera, dibantu jentera bomba sukarela dengan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 12.45 tengah malam kelmarin.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati rumah berkenaan sudah 50 peratus terbakar. Kami mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengawal api dan memadam kebakaran,” katanya .

Menurutnya, kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM450,000.

Rompak RM20, buruh dijel


Rompak RM20, buruh dijel
Mohd Anuar dipenjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU - Walaupun tidak berbaloi dengan ‘hasil’ rompakannya iaitu cuma RM20, namun seorang buruh terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita menggunakan sebilah pisau, April lalu.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Anuar Jusoh, 33, mengaku bersalah merompak mangsa, Maria Md Hussin, 30.

Mohd Anuar mengaku melakukan rompakan bersenjata dengan melarikan beg tangan milik mangsa yang mengandungi beg duit; kad pengenalan dan lesen memandu; beberapa kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM); peralatan solek; wang tunai RM20 dan sebuah telefon bimbit.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan itu di bilik sewa tingkat 3, Jalan Banggol, di sini, kira-kira jam 4.15 petang, 9 April lalu.
Terdahulu, dalam rayuannya, Mohd Anuar merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa sudah insaf dan perlu menyara ahli keluarganya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada di rumah sewanya ternampak Mohd Anuar di luar biliknya lalu bertanya mengenai kehadirannya di kawasan rumah sewa itu.
Mohd Anuar yang pada mulanya memberi alasan mahu berjumpa dengan kawannya tiba-tiba datang ke arah mangsa sambil mengacukan sebilah pisau dan meminta mangsa menyerahkan beg tangan.
Mangsa yang bimbang diapa-apakan berundur sebelum Mohd Anuar merampas beg tangan dan telefon bimbit di tangannya.

Bagaimanapun, dia ditahan orang ramai di luar bilik sewa mangsa selepas mendengar jeritan mangsa yang meminta pertolongan.

Punca kematian kanak-kanak disiasat




BUTTERWORTH - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan mengenai kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun enam bulan yang dipercayai akibat demam dan sakit tekak pada 22 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata setakat ini pihaknya mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), dekat sini.
 
"Siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kanak-kanak itu meninggal dunia kerana penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai Hospital Seberang Jaya (HSJ) kepada Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, di sini hari ini.
 
Dr Lailanor berkata kanak-kanak itu dibawa ke sebuah hospital pakar swasta di Pulau Pinang pada 17 Jun lepas sebelum dirujuk ke HPP pada 21 Jun dan meninggal dunia sehari kemudian.
 
"Laporan pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mendapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru dan ujian makmal yang dilakukan untuk adeno dan influenza virus termasuk H1N1 juga menunjukkan keputusan negatif.

"Selain itu, Jabatan Kesihatan turut menjalankan ujian ke atas beberapa individu yang mempunyai hubungan dan yang sering berhubung dengan kanak-kanak terbabit kesemua mereka disahkan bersih daripada sebarang jangkitan," katanya.
 
Dr Lailanor berkata tadika yang dihadiri kanak-kanak berkenaan diarah ditutup selama 10 hari sebagai langkah pencegahan bagi mengelak berlaku jangkitan ke atas kanak-kanak lain.
 
"Setakat ini, hanya kanak-kanak lelaki itu sahaja yang mempunyai simptom demam dan sakit tekak manakala dua kanak-kanak lain di tabika itu hanya mengalami demam biasa ketika pegawai kami melakukan siasatan di sana," katanya.
 
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa menjaga kebersihan diri serta mendapatkan rawatan awal sekiranya anak mereka mengalami simptom berkaitan demam dan sakit tekak.
 
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr Afif Bahardin berkata setakat ini masih belum diketahui sama ada kanak-kanak terbabit meninggal dunia kerana HFMD dan perkara itu hanya boleh disahkan selepas menerima laporan penuh daripada ujian makmal yang dilakukan ke atas sampel si mati.
 
"Kita sudah pun menghantar sampel kanak-kanak itu ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur untuk diuji dan kini menunggu laporan rasmi daripada mereka bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu.
 
"Begitupun, setakat ini pneumonia dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak itu," katanya. - Bernama

Bekas MP dilepas status bankrap




LABUAN - Mahkamah Tinggi Labuan telah mengetepikan notis kebankrapan terhadap bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, sekali gus status muflis terhadapnya dilepaskan.
 
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Duncan Sikodol.
 
Pada 10 Mac 2010, Suhaili, 50, didenda RM10,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal memaklumkan kepada pegawai Malayan Banking Berhad mengenai status muflisnya ketika bertindak sebagai penjamin kepada syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3 April 1996.
 
Pada tarikh tersebut, Saraequity mengemukakan permohonan pinjaman berjumlah RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli sebuah unit apartmen di tingkat dua Pusat Api-Api, Kota Kinabalu.
 
Suhaili, yang juga bekas ketua Umno bahagian Labuan, didakwa mengikut Seksyen 109(1)(m)(ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau diisytiharkan muflis menerusi perintah mahkamah bertarikh 19 Feb 1993 yang hanya ditarik balik pada 9 Mei 1997.
 
Pada 16 Mac tahun yang sama, Suhaili memfailkan notis rayuan dan usul untuk semakan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.
 
Pada 27 Sept 2010, Mahkamah Tinggi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap Suhaili dan mengarahkan denda yang dibayar oleh ahli politik itu dikembalikan.
 
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kebankrapan Suhaili telah dibatalkan kerana dia tidak sepatutnya diisytihar muflis terlebih dahulu. - Bernama

Sekumpulan lelaki disyaki bom ikan



TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan enam lelaki berumur lingkungan 18 hingga 55 tahun kerana disyaki memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dalam dua kes berasingan dekat sini semalam.
   
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata keenam-enam lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan di kawasan perairan Inderasabah ketika sedang menjalankan aktiviti haram mereka menggunakan dua buah bot pam.
   
Beliau berkata dalam kes pertama, polis menjumpai 65kg ikan pelbagai spesies dan peralatan mengebom ikan seperti botol kosong, hos, mancis, alat selaman dan tong oksigen di dalam bot tiga suspek berumur antara 30 dan 55 tahun yang ditahan kira-kira 1.10 tengah hari.
   
Pada pukul 3.45 petang, sebuah lagi bot pam ditahan serta diperiksa dan anggota PPM menjumpai 52kg ikan pelbagai spesies berserta pelbagai peralatan seperti botol kosong, hos panjang, tong oksigen dan alat selaman.    

Tiga lelaki berumur antara 18 dan 20 tahun yang berada di atas bot berkenaan ditahan bagi membantu siasatan, kata Awang Besar menerusi kenyataan hari ini yang dibacakan Pegawai Pemerintah PPM Tawau ASP R.Krishnan.
   
Awang Besar berkata PPM turut merampas kedua-dua bot pam dan empat unit injin sangkut masing-masing 13 kuasa kuda.
   
"Ketika menyedari kehadiran anggota PPM, suspek cuba melarikan diri ke kawasan perairan antarabangsa namun berjaya dipintas. Bagaimanapun, sebuah bot pam lagi berjaya meloloskan diri.
   
"Kes ini merupakan yang pertama pada tahun ini. Oleh kerana kita tidak menemui bom ikan maka kes ini disiasat mengikut Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985. Kes akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Sabah untuk siasatan lanjut," katanya.
   
Sementara itu, Awang Besar berkata polis memandang serius kegiatan menangkap ikan menggunakan bom ikan kerana ia memusnahkan habitat ikan dan boleh membawa kepada kemerosotan sumber perikanan. - Bernama

'Itu nombor telefon anak lelaki tertuduh'



KOTA KINABALU - Satu daripada nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu ASP Ang Seow Aun, yang juga pegawai penyiasat kes, berkata nombor 0138888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan.
 
"Berdasarkan siasatan saya, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh," katanya.
 
Ang memberi keterangan pada perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.
 
Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Supt Anwar Ahmad dari ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman untuk memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.
 
Beliau berkata pintasan komunikasi itu diperlukan untuk memperoleh maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.
 
Pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan 18 saksi.
 
Hakim P. Ravinthran menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan. - Bernama

Polis rampas ratusan ribu biji pil kuda




KOTA BHARU-Sebanyak 162,000 biji pil methapitamine (pil kuda) berjaya dirampas dalam satu rondaan yang dilakukan dua anggota Batalion ke-3 Rejimen Sempadan di Pengkalan Haram, Gergaji, Pasir Mas di sini malam semalam.              

Bagaimanapun dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.30 malam itu, seorang lelaki yang disyaki membawa masuk sejumlah pil itu dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Rampasan terbabit merupakan yang terbesar pada tahun ini dengan nilaian berjumlah RM 4.8 juta.

Pembunuh Dirang dihukum gantung sampai mati


Muidin Maidin
Muidin Maidin,26, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.  

Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Kehilangannya menjadi sebuah misteri sehingga DNA rangka manusia yang ditemui seminggu selepas itu merungkai segala-galanya.

Rangka Dirang ditemui pada 8 Mac dan punca kematian adalah bunuh dan dibakar.