Search This Blog

Wednesday, June 26, 2013

Ah long ambil duit 'gaji'



Ah long ambil duit 'gaji'
Abd Wahab (kanan) bersama Razly menunjukkan wang dan kad ATM yang berjaya dirampas, awal pagi semalam.
PORT DICKSON - Empat lelaki dipercayai ejen syarikat peminjam wang atau ah long ditangkap ketika sedang leka mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan beberapa kad milik pelanggan, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku sekitar 4.30 pagi di tiga bank berasingan sekitar bandar Port Dickson dan Lukut di sini, menerusi operasi Vulture yang dijalankan anggota polis semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, lelaki berusia antara 38 dan 40 tahun itu ditahan bersama 53 keping kad ATM, selain sejumlah RM15,290 dirampas.

"Modus operandi suspek adalah menyimpan kad ATM peminjam sebagai cagaran. Suspek akan mengeluarkan kesemua wang pelanggan pada hari gaji sebagai bayaran bulanan pinjaman. Selepas ditolak bayaran balik pinjaman, bakinya akan dipulangkan semula kepada peminjam," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis juga mendapati kebanyakan peminjam merupakan kakitangan awam.

“Mereka mengeluarkan wang pelanggan pada awal pagi bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di BSN Port Dickson kira-kira 4.30 pagi dan menahan seorang suspek bersama 18 kad ATM serta wang berjumlah RM15,000.

“Serbuan kedua kira-kira 4.40 pagi di bank CIMB Port Dickson dan polis turut menahan seorang suspek serta merampas 10 kad ATM, diikuti serbuan ketiga di bank CIMB Lukut 15 minit kemudian dan menahan seorang suspek serta merampas sebanyak lima kad ATM," katanya.

Sementara itu, katanya, dalam serbuan terakhir di bank CIMB Port Dickson kira-kira 10 minit kemudian, seorang suspek ditahan bersama 20 kad ATM beserta wang tunai berjumlah RM290.

“Operasi tersebut dianggotai seramai enam anggota polis dan diketuai Inspektor Razly Mazli dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Port Dickson,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, dekat sini semalam.

Abd Wahab berkata, satu daripada suspek yang diberkas adalah ejen peminjam wang tidak berlesen, manakala tiga lagi mempunyai lesen.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 29(A) Akta Peminjam Wang Haram 1951. Jika disabitkan kesalahan membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Selain itu, Seksyen 5(2) Akta Pemberi Peminjam Wang 1951. Jika disabit kesalahan membawa hukuman denda tidak kurang darpada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, polis akan terus melakukan pemantauan dari masa ke semasa dan mengesan kegiatan berkenaan supaya tidak terus menular di kalangan masyarakat.

“Semua 53 peminjam itu akan dipanggil ke balai polis untuk diberikan sesi kaunseling dan motivasi agar tidak mengulangi tindakannya meminjam dari ejen peminjam wang," katanya.

Suspek dera 3 beradik direman


KUALA TERENGGANU 26 Jun - Pasangan suami isteri yang merupakan suspek kes dera tiga orang kanak-kanak berusia tujuh, lima dan dua tahun lima bulan di Gong Badak dekat sini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.
Perintah reman itu dikeluarkan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Rosli Ahmad di Mahkamah Kuala Terengganu di sini hari ini.
Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan juga dikenakan sebatan.
Mereka tidak memperlihatkan sebarang reaksi dan hanya menunduk muka ketika dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.
Wanita itu muncul dengan lengan berbalut dipercayai akibat patah dan tompok di kepala, seakan kesan kecederaan lama.
Semalam, lelaki berusia berusia 25 tahun itu ditahan bersama isterinya berusia 28 tahun di sebuah rumah kos rendah di Gong Badak dekat sini, tidak jauh dari kediaman yang mereka sewa, kira-kira pukul 12 tengah hari.
Kedua-dua mereka yang dipercayai positif dadah jenis methampethamine itu dipercayai cuba melarikan diri bersama dua lagi kanak-kanak berusia lima dan dua tahun lima bulan.
Suspek yang bekerja sebagai buruh itu dipercayai mendera abang kepada dua kanak-kanak tersebut sehingga kritikal sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan kelaparan di rumah.
Mangsa turut mengalami kecederaan seperti dicucuh puntung rokok, dipukul, kesan melecur disimbah air panas serta lebam di bahagian mata.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira pukul 5 petang kelmarin hasil maklumat jiran yang terkejut melihatkan keadaan mangsa.
Tiga beradik itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini untuk rawatan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130627/je_02/Suspek-dera-3-beradik-direman#ixzz2XQIvXSrq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tenggiling: 6 lelaki dipenjara setahun, denda RM55,000


Oon Eng Beng (kiri) dan Syed Muhayazid Syed Mohamed antara enam lelaki dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan menyimpan tenggiling di Mahkamah Sesyen, Alor Setar, Kedah, semalam.
ALOR SETAR 26 Jun - Enam lelaki termasuk dua beradik dihukum penjara setahun dan denda berjumlah RM55,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan pindaan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Nazeri Hassan, 23, Oon Eng Beng, 37, Muhammad Aidi Azwan Azahari, 32, Syed Muhayazid Syed Mohamed, 40, dan Mazlan Razaki, 33, serta adiknya, Muhamad Rizal, 31, turut dipenjara 15 bulan lagi jika gagal melunaskan denda tersebut.
Hakim Mohd. Rosli Osman memutuskan demikian selepas berpuas hati, keterangan kesemua tertuduh di akhir kes pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.
Beliau bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan dengan syarat tertuduh membayar wang jaminan tambahan sebanyak RM5,000 seorang.
Mereka masing-masing menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 68(1)(a), Seksyen 69(1), Seksyen 70(1) dan Seksyen 86(1)(c) akta tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama, Nazeri, Eng Beng dan Muhammad Aidi didakwa secara bersama menyimpan 23 tenggiling betina yang tidak matang iaitu sejenis hidupan liar yang dilindungi, tanpa sebarang permit khas.
Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di Ladang Getah Pantong, Changlun dekat sini kira-kira pukul 5.30 pagi, pada 22 September tahun lalu.
Mohd. Rosli memerintahkan ketiga-tiga tertuduh membayar denda sebanyak RM20,000 setiap seorang atau penjara enam bulan jika gagal melunaskan denda.
Bagi kesalahan menyimpan 12 ekor tenggiling tidak matang pula, mereka didenda RM30,000 setiap seorang atau penjara enam bulan.
Ketiga-tiga tertuduh juga dipenjara selama setahun dari tarikh hukuman atas kesalahan menyimpan 15 tenggiling betina.
Setiap tiga tertuduh ini juga diperintahkan membayar denda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan keempat kerana mengurung 50 tenggiling dalam bungkusan karung plastik.
Pendakwaan diketuai kumpulan pendakwa dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar diketuai Faridz Gohim Abdullah manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Lim Wei Yong yang menyebut bagi pihak peguam utama mereka, P. Ravee yang tidak dapat menghadiri prosiding.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130627/ma_04/Tenggiling-6-lelaki-dipenjara-setahun-denda-RM55000#ixzz2XQIlg1IB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kena tembakan di kepala


KOTA KINABALU 26 Jun - Seorang Pakar Forensik Hospital Queen Elizabeth memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, punca kematian dua anggota VAT 69 yang terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo Lahad Datu pada 1 Mac lalu, disebabkan tembakan di kepala.
Dr. Amir Saad Abdul Rahim berkata, beliau telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Allahyarham Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang terkorban dalam insiden itu.
Proses bedah siasat dijalankan pada pukul 7 malam hari sama selepas berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan pengganas Kiram.
Saksi itu yang telah berkhidmat sebagai doktor sejak 1996 memberitahu demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan pada perbicaraan kes terhadap Koperal Hassan Ali Basari yang didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu.
Terdahulunya, Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Abd. Aziz telah disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh yang mewakili Hassan di hadapan Hakim P. Ravinthran.
Peguam itu mempersoalkan suasana 'ceria' melalui gambar-gambar yang dirakamkan semasa pertemuan dan rundingan antara Zulkifli dan kumpulan pengganas terbabit.
Mengimbas semula pertemuan pertama pada 14 Februari lalu, menurut Zulkifli, suasana ketika itu agak tegang dengan pasukannya dikelilingi oleh kumpulan pengganas diketuai oleh Datu Agbimuddin Kiram.
Kumpulan terbabit ujar Zulkifli, antara 60 dan 70 musuh yang lengkap bersenjata tidak termasuk yang sedang bersembunyi dalam kawasan semak.
"Mereka enggan bersalam dan langsung tidak senyum, juga tidak membenarkan gambar mereka diambil. Dalam pertemuan selepas itu iaitu pada 15 dan 16 Februari, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk menceriakan keadaan.
"Saya beri rokok kepada mereka, secara santai ceritakan kisah-kisah lucu, baharulah keadaan bertukar ceria hingga mereka izinkan gambar mereka dirakam. Saya cakap muka mereka semua akan masuk akhbar, malah saya juga berjanji akan bawakan mereka KFC (Kentucky Fried Chicken) dan Pizza,'' katanya.
Perbicaraan bersambung esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130627/ma_01/Kena-tembakan-di-kepala#ixzz2XQIRP4YL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

45 terbunuh dalam runtuhan terowong di Afrika Tengah


BANGUI 26 Jun - Sekurang-kurangnya 45 pelombong emas terbunuh setelah mereka tertimbus hidup-hidup dalam kejadian terowong runtuh di Republik Afrika Tengah, kata stesen radio tempatan, Bambari, semalam.
Pihak berkuasa pada mulanya merekodkan 37 kematian dalam kejadian yang berlaku selepas hujan lebat di perkampungan Ndassima yang kaya dengan emas dan berlian di daerah timur tengah Ouaka.
Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan jumlah sebena


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130626/lu_03/45-terbunuh-dalam-runtuhan-terowong-di-Afrika-Tengah#ixzz2XQElRJ8D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat dipercayai dikerat, dibakar


Mayat dipercayai dikerat, dibakar
Zakaria
KUANTAN - Pihak polis menjumpai cebisan mayat dipercayai dikerat sebelum dibakar di Jalan Susur Gotong Jaya, Genting Highlands kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

Beberapa cebisan yang dijumpai di kawasan semak itu dipercayai mayat seorang wanita namun identiti masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, cebisan kira-kira 40 peratus anggota badan itu ditemui seorang lelaki yang ingin membuang air kecil di kawasan semak itu.

Menurutnya, pihak polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibakar di kawasan semak berkenaan.

“Cebisan yang dibalut dengan surat khabar dan diletakkan di dalam plastik itu dibakar menggunakan minyak tanah berdasarkan bau yang ada.

“Pihak polis akan mendapatkan lapo-ran pemeriksaan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

Siasatan awal mendapati, berkemungkinan mayat itu dibunuh tidak kurang 48 jam dan tidak lebih 72 jam.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Berlusconi dipenjara 7 tahun


Berlusconi dipenjara 7 tahun
Berlusconi didapati bersalah kerana melakukan hubungan seks dengan pelacur bawah umur, Karima El Mahroug.
MILAN - ITALI. Mahkamah Milan menetapkan tujuh tahun penjara kepada bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang dituduh melakukan hubungan seks bersama pelacur bawah umur dan salah guna kuasa, kelmarin.

Berlusconi bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di luar Milan ketika masih memegang jawatan perdana menteri.

Beliau turut diharamkan dari memegang sebarang jawatan awam seumur hidup.

Bagaimanapun, beliau masih boleh mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijalankan dalam beberapa bulan lagi.

Berlusconi tidak lagi memegang sebarang jawatan rasmi kerajaan Itali, tetapi masih berkuasa selepas partinya menang pada pilihan raya, Februari lalu.

“Saya yakin akan dibebaskan dan tidak mungkin bersalah berdasarkan bukti yang ada.,” tegas Berlusconi dalam satu kenyataan dalam PressTV.

Singapura dilanda hujan batu



SINGAPURA - Penduduk di Jurong di sini hari ini mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini petang ini.
 
Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu mengenai hujan batu itu.
 
"Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh dari langit," katanya ketika dihubungi di sini.
 
Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia.
 
Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.
 
Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.
 
Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam ialah dalam lingkungan 52 hingga 59.
 
Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu.
 
Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu 51-100. - Bernama

2 beradik maut kemalangan motosikal



PENDANG - Dua beradik maut apabila motosikal mereka bertembung dengan sebuah motosikal lain berhampiran Kampung Paya Kercut dekat sini, malam tadi.
 
Mohd Rafis Mat Safar, 31, dan kakaknya, Zaiton, 48, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
 
Kemalangan pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan anak Zaiton, Ahmad Solihin Ridzuan, 8, dan penunggang sebuah lagi motosikal, Suhaimi Tajudin, 26, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Pendang ASP L Pubadi berkata ketika kejadian, motosikal ditunggang Mohd Rafis dan dibonceng kakak dan anak saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Sungai Tiang, dekat sini. - Bernama

Polis tahan lelaki bantu siasat kes bakar wanita


KEPALA BATAS - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang cedera parah selepas didakwa dibakar oleh suaminya di rumah mereka di Taman Bayu Mutiara, dekat sini semalam.
 
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 30-an dan merupakan anggota keluarga suami mangsa itu ditahan lewat malam tadi di Bukit Mertajam.
 
"Polis sudah menahan seorang anggota keluarga suaminya untuk diambil keterangan dan usaha mengesan suami mangsa berusia lingkungan 40-an sedang giat dijalankan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Beliau berkata polis percaya suami mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu masih bersembunyi di negeri ini.
 
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Abdul Rahim berkata mangsa masih dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan kritikal.
 
"Kami belum merekodkan keterangan daripada beliau kerana keadaannya masih kritikal," katanya.
 
Dalam kejadian petang semalam, wanita berusia 36 tahun yang berniaga kuih di pasar melecur kira-kira 60 peratus di badannya dipercayai akibat dibakar oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran. - Bernama

Polis tahan suami isteri terlibat kes pecah rumah



BATU GAJAH - Polis menahan sepasang suami isteri di dua lokasi bagi membantu siasatan 20 kes pecah rumah dan curi di sekitar Batu Gajah sejak Januari tahun lepas.
 
Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di sini Ahad lepas manakala isterinya, 33, diberkas di Ipoh dua hari sebelumnya.
 
"Polis menemui beberapa barangan curi antaranya 24 telefon bimbit, dua kamera digital, 11 unit televisyen plasma dan sembilan komputer riba yang dianggar bernilai RM100,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau berkata penahanan pasangan suami isteri itu dibuat berikutan laporan kes pecah rumah di Taman Sanctuary Villa dekat sini 23 Mac lepas.
 
Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah. - Bernama

Anggota polis digantung kerja kerana menyamar



KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis yang ditahan kerja sejak 2006 adalah antara tiga lelaki yang ditahan hari ini kerana menyamar sebagai pegawai penguatkuasa Imigresen untuk memeras ugut pengurus kilang memproses ayam di Taman Sungai Besi Industrial Park di sini.
 
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata ketiga-tiga mereka berusia antara 52 dan 44 tahun itu ditahan sejam selepas mereka ke kilang berkenaan pada 6 pagi.
 
Beliau berkata lelaki terbabit telah bertemu dengan seorang pekerja kilang dan meminta untuk bertemu pengurus kilang itu di sebuah stesen minyak di kawasan berdekatan.
 
"Pengurus itu bersetuju untuk bertemu dan pada masa sama dia menghubungi polis memaklumkan kes itu. Hasil maklumat itu polis memberkas ketiga-tiga lelaki terbabit di stesen minyak berkenaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
 
Siasatan awal mendapati tiga suspek yang berasal dari Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang itu positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang daripada mereka mempunyai empat rekod jenayah, katanya.
 
Mohan Singh berkata pemeriksaan polis dalam kereta suspek menemui beberapa kad agensi penguatkuasa palsu iaitu tiga kad kuasa Jabatan Imigresen, satu kad kuasa polis, satu kad kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, satu kad kuasa Jabatan Kastam, satu vest warna biru berlogo 'Jabatan Imigresen Malaysia', satu walkie talkie, satu gari, kunci, beg galas dan sebilah pisau," katanya. - Bernama

Dadah RM3.6 juta dirampas

Dadah RM3.6 juta dirampasNoor Rashid menunjukkan bungkusan dadah dan pistol yang dirampas.
KUALA LUMPUR - Sindiket memproses dadah yang menjadikan rumah sebagai tempat operasi tidak bertahan lama apabila polis berjaya merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM3.6 juta dalam beberapa siri serbuan di sekitar Selangor dan  Pulau Pinang minggu lalu.

Difahamkan sindiket yang aktif sejak tiga bulan yang lalu berjaya dikesan selepas salah seorang ahli sindiket berkenaan ditahan sebelum polis menyerbu sebuah rumah di Puchong dan menemui 14 paket syabu seberat 1.3 kilogram dan 5 paket heroin seberat 952 gram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan kedua dilakukan 22 Jun di sebuah rumah di Jalan Klang lama, pihaknya turut merampas sepucuk pistol jenis Colt bersama kelopak dan 19 peluru kira-kira jam 12.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kenderaan jenis Volkswagen di hadapan rumah itu pula menemui empat beg yang mengandungi 100 bungkusan plastik berisi heroin seberat 45.6 Kilogram.

“Susulan daripada tangkapan pertama juga sebuah lagi makmal dadah ditemui di Petaling Jaya dan kita merampas 59 paket dadah heroin seberat 26.2 kilogram dan 2,030 biji pil eramin 5.

“Sementara itu, dalam operasi yang sama di Pulau Pinang pada 22 Jun antara jam 12.30 pagi, kita turut menahan empat orang dalam kondo berasingan di Bagan Dalam, Butterworth dan di Jalan Sungai, Georgetown, Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, lanjutan itu, pihaknya turut menyerbu makmal kedua di Jalan Harbour Place, Butterworth.

Dalam pemeriksaan itu, polis berjaya merampas sejumlah 30 ketulan heroin seberat 11.4 kilogram, 2.7 kilogram heroin dan dua bungkusan plastik kafein seberat 49 kilogram serta beberapa jenis kimia yang digunakan untuk memproses dadah.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 52 tahun dan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Beliau berkata, hasil siasatan bekalan dadah berkenaan diedarkan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang di mana sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini.

“Selain dadah, pihak polis turut merampas empat buah kereta jenis BMW, Volkswagen, Honda dan Mitsubishi yang dipercayai digunakan suspek, wang tunai RM551,840, Bath Thai 186,000 serta barang kemas,” katanya.

Aktres Pakistan disimbah asid

Aktres Pakistan disimbah asidBushra bersama Pervez di hospital, Peshawar.
ISLAMABAD - PAKISTAN. Seorang aktres dilaporkan mengalami cedera parah akibat disimbah asid di rumahnya di bandar Nowshera barat laut, Pakistan.

Menurut pegawai, Bushra, 18, yang sebelum ini popular menerusi beberapa filem, rancangan televisyen dan teater, diserang sewaktu tidur.

"Seorang lelaki dipercayai memanjat dinding rumah, kemudian menyimbah asid ke arah adik saya sebelum melarikan diri," kata abang Bushra, Pervez Khan.

Susulan serangan, Bushra dikejarkan ke Hospital Lady Reading di Peshawar dan doktor mengesahkan aktres itu mengalami 33 peratus melecur di muka, bahu dan tangan.

Sementara itu, keluarga Bushra membuat laporan polis terhadap seorang penerbit TV tempatan, Shaukat Khan yang sebelum ini mengancam keluarga itu selepas pinangannya ditolak.

Tahun lalu, seorang penyanyi popular Pakistan, Ghazala Javed, 24, juga maut di luar salon kecantikan selepas bertengkar dengan bekas suami Bushra, dipetik dari laporan Al-Jazeera.

12 murid SK Mohd Shah keracunan makanan

KEPALA BATAS - Dua belas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd Shah, Kampung Baru di Pinang Tunggal di sini mengalami sakit perut dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan.
 
Kejadian itu berlaku pada 11.45 pagi selepas murid-murid dari Tahun Empat itu mengadu sakit perut selepas meminum susu kotak sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tasek Gelugor, di sini.
 
Seorang daripada murid berkenaan Mohd Danial Haikal berkata beliau berasa loya selepas minum susu itu sebelum meluru ke tandas untuk muntah.
 
"Selepas sedut sahaja susu yang manis itu perut saya memulas dan terasa hendak muntah sedangkan sebelum itu semasa makan nasi lemak di kantin saya tidak mengalami sebarang masalah," katanya.
 
Rakan sekelasnya Zarith Sofia Mohd Rosdi berkata perutnya menjadi memulas-mulas selepas minum susu kotak itu pada waktu rehat.

"Perut saya biasa saja selepas makan waktu waktu rehat tetapi terus jadi sakit dan memulas selepas minum susu yang dibekalkan pihak sekolah. Saya kemudiannya muntah dan terpaksa pergi ke tandas beberapa kali," katanya.
 
Sementara itu, seorang guru sekolah itu yang enggan dikenali berkata semua murid yang dihantar ke klinik bekenaan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
 
"Kita percaya susu yang dibekalkan itu tidak tercemar kerana telah mengambil langkah menyimpannya di tempat kedap udara di samping telah mengikut semua prosedur yang perlu dilakukan sebelum pelajar dibenarkan untuk meminumnya.
 
Guru itu berkata 384 murid yang turut meminum susu kotak berkenaan pada hari ini tidak mengalami sebarang keracunan. - Bernama

239 sekolah Manjung, Hilir Perak ditutup


239 sekolah Manjung, Hilir Perak ditutup
Seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Sultan Abdul Azizi, J Michael menutup pagar sekolah sebaik sesi petang dibatalkan ekoran jerebu. – Foto Sinar Harian
IPOH  - Sebanyak 239 sekolah di dua daerah di Perak iaitu Manjung dan Hilir Perak ditutup bermula sesi persekolahan petang, hari ini akibat jerebu.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, kesemua sekolah terbabit, masing-masing 102 (Manjung) dan 137 (Hilir Perak) ditutup selepas catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan peningkatan mendadak di paras bahaya.

Menurutnya, sesi persekolahan membabitkan 86,128 pelajar itu ditutup sehingga esok.

“Di Manjung, sebanyak 21 sekolah menengah dan 81 sekolah rendah manakala Hilir Perak melibatkan 24 sekolah menengah dan 113 sekolah rendah yang terjejas akibat fenomena tersebut.

“Berikutan itu, seramai 20,714 pelajar sekolah menengah dan 25,823 murid sekolah rendah di Manjung serta 19,446 pelajar sekolah menengah dan 20,145 murid sekolah rendah di Hilir Perak diarahkan untuk bercuti,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Idris berkata, jika ada sekolah di negeri ini yang mencatatkan IPU melebihi 250, mereka boleh mendapatkan kebenaran pendaftar untuk menutup sekolah yang terlibat.

“Bagaimanapun, kita akan melihat daripada pelbagai sudut dan jika sekolah tersebut perlu ditutup kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan pelajar, pendaftar sekolah akan mengeluarkan surat kebenaran bagi menutup sekolah berkenaan,” jelasnya.

Tambahnya, bagi sekolah di kawasan yang mencatat IPU 200 ke atas, semua aktiviti luar akan ditangguhkan dan hanya aktiviti di dalam kelas dibenarkan.

“Sekolah yang terlibat masih boleh menjalankan aktiviti namun pergerakan pelajar adalah terhad.

“Namun, jika ada kalangan ibu bapa yang mempunyai anak berpenyakit seperti lelah, mereka boleh mendapatkan surat pengesahan doktor dan memaklumkan perkara itu agar pelajar terbabit tidak perlu hadir ke sekolah,” katanya.

Kes Altantuya: Tiada bukti kaitkan Najib


Altantuya Shaariibuu
Altantuya Shaariibuu
PUTRAJAYA[DIKEMASKINI] - Tiada sebarang bukti untuk kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata seseorang tidak boleh sewenangnya menuduh atau mengaitkan apa-apa dengan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, hanya kerana Abdul Razak Baginda secara kebetulan kenal Najib dan DSP Musa Safri pula ialah pengawal peribadi timbalan perdana menteri (TPM) pada masa itu.

"Seseorang dituduh di mahkamah berdasarkan bukti sebenar dan bukan berdasarkan bukti rekaan," katanya dan menurutnya daripada keterangan diberikan di Mahkamah Tinggi, tidak ada apa-apa bukti untuk menunjukkan penglibatan orang lain.

Abdul Razak, 50, penganalisis politik, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, membunuh wanita itu (Altantuya) yang ketika kejadian berumur 28 tahun.

Keterangan menunjukkan Abdul Razak dan DSP Musa adalah berbalas teks mesej membabitkan Abdul Razak meminta bantuan untuk menghalang si mati (Altantuya) daripada menganggu diri dan keluarganya.

DSP Musa kemudiannya telah memperkenalkan Azilah kepada Abdul Razak.

Tun Abdul Majid berkata kenyataan bersumpah Azilah secara jelas menunjukkan apa juga tindakan yang dilakukannya adalah keputusannya sendiri dan dia tidak menerima arahan spesifik mengenai bagaimana untuk menolong Abdul Razak.

"Tidak ada apa-apa untuk mengaitkan TPM ketika itu dengan apa yang dilakukan oleh para perayu (Azilah dan Sirul Azhar) atau Abdul Razak," hujah beliau dalam rayuan dikemukakan dua anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman mati diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009.

Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah melakukan pembunuhan itu di Mukim Bukit Raja di Klang, dekat sini, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober  2006.

Tun Abdul Majid berhujah adalah tidak relevan untuk memanggil DSP Musa memberikan keterangan kerana beliau (Musa) tidak hadir pada pertemuan antara Azilah dan Abdul Razak dan beliau sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku.

Pihak pembelaan berhujah kegagalan pihak pendakwaan memanggil DSP boleh membawa kepada perbicaraan salah kerana beliau satu-satunya yang dapat menjelaskan mengenai lebih 30 transaksi dihantar dari telefon bimbit Abdul Razak.

Beliau juga berkata pembelaan alibi oleh Azilah juga telah dipatahkan.

Rayuan didengar panel tiga hakim terdiri Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
  
Pada akhir penghujahan itu, Hakim Linton bertanya sama ada sabitan Azilah dan Sirul Azhar benar-benar kukuh daripada aspek tertentu dalam penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin.
  
Satu daripada isu itu ialah niat bersama dua anggota polis itu untuk membunuh Altantuya. Hakim Linton mendapati hakim Mahkamah Tinggi tidak memberi perhatian terhadap isu itu.
  
"Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tiada sebarang rujukan sama ada aspek ini telah dibuktikan dalam pertuduhan," katanya.
  
Tun Abdul Majid mengakui hakim tidak menyentuh mengenai niat bersama tetapi menurutnya beliau telah merujuk kedua-dua tertuduh sebagai tertuduh petama dan kedua.
  
Hakim Apandi kemudian berkata: "Beliau (hakim perbicaraan) tidak menyebutnya langsung; tidak ada langsung dalam alasan penghakiman. Kelakar bukan?"
  
Kenyataan itu disambut ketawa kecil oleh orang awam dalam mahkamah tetapi Hakim Linton yang jelas kecewa berkata: "Bagi diri dua tertuduh yang akan ke tali gantung, ia bukan sesuatu yang kelakar."

Tun Abdul Majid kemudian berkata pihak pendakwaan mempunyai cukup keterangan untuk membuktikan kes mereka disebalik tiada rujukan daripada hakim perbicaraan mengenai isu itu.
  
Hakim Apandi berkata, "Ada pepatah mengatakan 'manusia boleh merancang, Tuhan yang akan menentukannya". Mungkin tiada rujukan itu 'petunjuk tuhan'. Anda mempunyai kes yang kukuh, tetapi kenapa hakim tidak membuat rujukan?"
  
Terdahulu, Tun Abdul Majid juga berhujah pihak pendakwaan tidak pernah menyatakan bahawa bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya ialah bahan letupan C4.
  
Katanya nama bahan letupan C4 secara spesifik tidak pernah disebut dalam keterangan, dan menurutnya saksi-saksi dalam perbicaraan memberikan keterangan bahawa pegawai Unit Tindakan Khas dilatih dalam penggunaan bahan letupan dan mempunyai akses kepada bahan berkenaan.
  
Selepas selesai penghujahan, Hakim Apandi berkata mahkamah menangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan untuk keputusan rayuan itu.
  
"Oleh kerana terdapat banyak keterangan serta hujahan panjang lebar dan autoriti mahkamah, untuk berlaku adil kepada semua orang, kami tidak akan membuat keputusan secara tergesa-gesa," kata Hakim Apandi dan menurutnya mahkamah akan memberikan alasan bertulis. - Bernama

Nur Idayu pernah mengadu dipikat lelaki Lombok


NUR IDAYU


Oleh SHAHRULANOOR ISHAK


KUANTAN – Suri rumah, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, didakwa pernah mengadu kepada seorang anak saudaranya bahawa dia diganggu dan dipikat oleh salah seorang daripada tiga buruh lelaki Indonesia yang diupah melakukan kerja-kerja ubah suai rumah ibunya.
Anak saudara Idayu, Norashikin Ripin, 22, memberitahu, ibu saudaranya itu baru beberapa hari mengadu perkara tersebut sebelum dia dilaporkan hilang.
“Mak Su (Idayu) beritahu bahawa dia tidak selesa dengan sikap salah seorang lelaki yang berasal dari Lombok itu yang cuba memikatnya.
“Disebabkan itu, Mak Su menjauhkan diri dan kami sekeluarga terkejut apabila selepas itu dia hilang,” kata Nora.
Nora berkata demikian ketika mengulas perkembangan kehilangan Idayu pada Jumaat lalu dipercayai dilarikan empat buruh Indonesia termasuk seorang wanita.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2XGyIozvY 
Hakcipta terpelihara 

Pintasan telefon bongkar muslihat Hassan




KOTA KINABALU - Seorang anggota polis yang berdepan dengan tuduhan di Mahkamah Tinggi di sini kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kesultanan Sulu.
Koperal Hassan Ali Basari, (gambar) 55, didakwa mempunyai adik bernama Hussin dan mereka merupakan ahli keluarga Datu Amir Baha. Perkara itu didakwa diketahui oleh Ketua Pengganas Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram.
Seorang saksi yang dilindungi identitinya memberitahu, maklumat tersebut diperoleh hasil pintasan talian telefon Datu Amir Baha.
Katanya, dia menulis segala perbualan yang dipintasnya itu pada pukul 10.31 malam 25 Februari lalu.
"Saya cam suara itu milik Datu Amir Baha berdasarkan pemantauan rakaman setiap hari selain perbualan ada menyebut nama kedua-dua individu itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2XGx2zZZs 
Hakcipta terpelihara 

Budak dikurung macam banduan

Oleh MANIRAH OTHMAN


BEGINILAH keadaan kaki mangsa yang cedera teruk kerana disyaki didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.


KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki diseksa tanpa belas kasihan oleh bapa tirinya ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan badannya penuh dengan kesan dicucuh rokok selain dibiarkan kebuluran hingga tidak mampu berjalan.
Penderitaan kanak-kanak itu ditambah lagi dengan kesan bengkak dan melecur di kedua-dua belah kaki, lebam di seluruh badan termasuk mata dan mulut, kesan luka yang telah dijangkiti kuman dan bernanah selain dikurung sejak beberapa bulan lalu di sebuah rumah sewa di Gong Badak dekat sini.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik apabila dia dapat diselamatkan pada pukul 5 petang kelmarin selepas seorang jiran bertindak menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sepasukan anggota keselamatan yang pergi ke rumah itu diselubungi pilu apabila kanak-kanak tersebut terus meminta makanan dalam keadaan terketar-ketar ekoran kebuluran tanpa menghiraukan kesakitan yang dialaminya ketika itu.
Difahamkan, sebelum diselamatkan, jiran mangsa telah pergi ke rumah sewa tersebut setelah terdengar bunyi budak menangis selepas dipukul.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2XGws3v00 
Hakcipta terpelihara 

Tokong makmal dadah

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


AZMAN menunjukkan mesin parut kelapa dan beberapa peralatan lain yang digunakan oleh enam suspek untuk memproses pil ekstasi pada sidang akhbar di Muar semalam.


MUAR – Tembelang enam individu termasuk seorang wanita yang menjadikan sebuah tokong sebagai makmal memproses dadah ekstasi sejak enam bulan lalu terbongkar apabila kesemuanya ditahan di Jalan Sulaiman di sini semalam.
Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 44 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 9.30 pagi ketika sedang asyik memproses 27,000 biji pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta di tokong tersebut yang terlindung daripada pandangan umum.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam serbuan itu juga polis turut merampas lima kilogram pil ekstasi termasuk dalam bentuk serbuk, peralatan memproses, besi pencetak, meja, ragum, tukul dan besi pengapit serta mesin parut kelapa yang digunakan untuk memproses dadah tersebut.
“Kita juga merampas sebotol cecair warna kuning dan satu pinggan ubat nyamuk,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam sambil menjelaskan, sebiji pil dadah itu dijual pada harga RM60.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2XGweM1YU 
Hakcipta terpelihara 

Sekolah di dua daerah di Selangor, satu daerah di Perak ditutup

IBU BAPA di sebuah sekolah di Manjung menjemput anak masing-masing selepas sesi pagi persekolahan tamat semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan sekolah-sekolah yang terletak di kawasan terjejas jerebu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 wajib ditutup secara automatik tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada KPM.
Bagaimanapun, jika bacaan IPU melebihi 250, penutupan sekolah boleh dibuat tetapi perlu memaklumkan perkara tersebut terlebih dahulu kepada kementerian.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Ab. Ghafar Mahmud berkata, berdasarkan bacaan IPU pada pukul 5 petang semalam, terdapat tiga kawasan yang bacaan IPU melebihi 250.
"Tiga kawasan itu ialah Klang dan Petaling Perdana di Selangor manakala Manjung dalam negeri Perak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan itu, menurut beliau, pengarah pelajaran di kedua-dua buah negeri berkenaan telah dimaklumkan mengenai penutupan sekolah di tiga daerah terbabit pada tarikh 26 Jun (hari ini).
Di Selangor, sebanyak 263 buah sekolah ditutup menyebabkan 337,131 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah manakala di Perak sebanyak 102 sekolah ditutup membabitkan 34,607 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2XGwG5spZ 
Hakcipta terpelihara 

5 syarikat punca jerebu

SEBAHAGIAN anggota bomba dan tentera Indonesia yang ditugaskan memadam kebakaran di Sumatera mendengar taklimat di sebuah pangkalan udara di Jakarta semalam.


KUALA LUMPUR - Persidangan Meja Bulat Mengenai Kelestarian Minyak Sawit (RSPO) mengenal pasti lima syarikat termasuk tiga syarikat Malaysia yang didakwa terlibat membakar hutan secara haram di Indonesia.
Tiga syarikat Malaysia terbabit ialah TH Plantations Bhd., Kuala Lumpur Kepong Bhd. dan Sime Darby Bhd., manakala dua lagi merupakan syarikat republik tersebut, PT Jatim Jaya Perkasa dan syarikat Sinar Mas.
Setiausaha Agung RSPO, Darrel Webber berkata, semua syarikat itu diarah mengemukakan peta-peta digital mengenai perladangan mereka yang terletak di Kalimantan dan Sumatera dalam tempoh 48 jam untuk disiasat.
"Peta-peta itu akan dinilai dan dianalisis dengan pemetaan yang diterbitkan mengenai kebakaran hutan oleh NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan) dan NOAA (Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan)," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini semalam.
Analisis itu akan membantu pengesahan lokasi kebakaran hutan berbanding dengan lokasi ladang yang dimiliki syarikat-syarikat anggota RSPO.
Menurut Webber, pencemaran alam sekitar yang disebabkan pembakaran hutan di Indonesia yang menyelubungi beberapa negara di Asia Tenggara sehingga ke paras bahaya amat dikesali.
Webber memberi jaminan bahawa prinsip dan kriteria RSPO jelas menunjukkan pembakaran terbuka tidak dibenarkan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2XGw25EMN 
Hakcipta terpelihara 

Anak Datuk bebas tuduhan bunuh


AH SAU ditenangkan oleh ahli keluarganya selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar membebaskan Shahril yang dituduh membunuh anaknya.


ALOR SETAR - Seorang lelaki bertindak cuba terjun dari tingkat dua bangunan Kompleks Mahkamah Alor Setar semalam sejurus Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan tertuduh kes bunuh melibatkan anak perempuannya tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, tindakan pantas wartawan dan jurugambar berjaya menghalang niat Chee Ah Sau, 57, sebelum dia ditenteramkan ahli keluarga lain dan meninggalkan bangunan tersebut. Kejadian itu berlaku pada pukul 11 pagi.
Sebelum itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab yang bersidang di Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan ahli perniagaan, Shahril Jaafar, 32, selepas mendapati tiada kes prima facie atas tuduhan membunuh eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap yang berusia 25 tahun ketika kejadian.
Mayat Gaik Yap ditemui dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh dan dirogol di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, tujuh tahun lalu.
Menurut Mohd. Zaki, mangsa didapati mati akibat luka di leher namun tiada langsung keterangan pihak pendakwa ia dilakukan oleh tertuduh.
"Pendakwaan terpaksa bergantung kepada keterangan mengikut keadaan bagi membuktikan fakta itu seperti tertuduh tinggal berhampiran tempat kejadian dan keluarga tertuduh mempunyai sebuah kereta bercermin gelap yang dilihat dipandu laju semasa kehilangan mangsa.
"Namun ia tidak cukup kuat untuk mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan tersebut. Laporan DNA juga menunjukkan terdapat kehadiran orang ketiga yang terlibat dan oleh itu mahkamah mendapati pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2XGvhFDVC 
Hakcipta terpelihara 

Aktivis selamatkan ratusan anjing daripada dimasak

BEBERAPA peniaga daging anjing memotong daging anjing di pasar Yulin, Ahad lalu.- AP


YULIN - Aktivis-aktivis pencinta haiwan membanjiri bandar ini, dalam wilayah Guangxi bagi menyelamatkan beratus-ratus ekor anjing menjelang festival daging anjing Yulin pada Jumaat ini.
Lebih 20 aktivis dari beberapa bandar raya di China membelanjakan lebih 126,000 dolar Hong Kong (RM51,736) untuk membeli dan menyelamatkan sekitar 400 ekor anjing di beberapa pasar tempatan.
Haiwan itu ditempatkan semula di sebuah ladang ternakan di Shangrao, wilayah Jiangxi.
"Pada tahun ini kebanyakan anjing yang akan dibunuh untuk dijadikan hidangan merupakan anjing betina," kata seorang aktivis berusia 55 tahun, Du Yufeng.
Festival tahunan daging anjing itu tetap diadakan pada tahun ini walaupun mendapat bantahan keras daripada aktivis-aktivis hak haiwan.
Dianggarkan lebih 10,000 ekor anjing akan dibunuh pada setiap tahun sepanjang festival itu berlangsung.
Masyarakat di sini gemar memakan daging anjing yang dimasak bersama buah laici yang merupakan hidangan tradisi pada musim panas.
Sekurang-kurangnya sepuluh juta ekor anjing dibunuh untuk dijadikan makanan di China pada setiap tahun. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2XGuvUTH3 
Hakcipta terpelihara 

Salman Khan berdepan 10 tahun penjara


NEW DELHI - Mahkamah Mumbai memutuskan, pelakon filem popular Bollywood, Salman Khan akan dibicarakan atas dakwaan terlibat dalam cubaan membunuh selepas terlibat dalam satu kemala- ngan jalan raya, 10 tahun lalu.
Salman berdepan dengan hukuman 10 tahun penjara jika didapati bersalah.
Aktor tersebut sebelum ini telah dibicarakan atas dakwaan lebih ringan iaitu cuai sehingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman maksimum dua tahun penjara.
Keputusan mahkamah pada Isnin lalu merupakan tamparan hebat kepada bintang terkenal Bollywood itu.
Salman telah membintangi kira-kira 90 filem Hindustan dalam kerjayanya selama 25 tahun.
Salman didakwa merempuh sekumpulan gelandangan yang sedang tidur di kaki lima di Mumbai pada September 2002 dengan keretanya.
Seorang lelaki dan tiga yang lain cedera dalam kejadian tersebut. Perbicaraan akan bermula pada 19 Julai depan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2XGudXdMg 
Hakcipta terpelihara