Korban banjir di utara India cecah 5,000
Ribuan mangsa masih terkandas di kawasan banjir di utar India.
UTTARAKHAND - INDIA . Jumlah korban akibat banjir dan tanah runtuh di utara India meningkat kepada 5,000 orang.

“Sekurang-kurangnya 5,000 terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh terutamanya di Kedarnath Valley,” kata Menteri Pengurusan Bencana, Yashpal Arya, semalam.

Menurutnya, lebih 19,000 mangsa lain masih terkandas di kawasan pergunungan sementara menunggu bantuan.

Pihak berkuasa tempatan menjangkakan angka kematian terus meningkat sepanjang minggu ini.

Menurut laporan AFP, lebih 8,000 askar dikerah ke kawasan itu bagi operasi mencari dan menyelamat.