BALING - “Saya dengar bunyi meletup, ingatkan orang bakar sampah, rupanya kereta saya yang terbakar,” kata Bon Kram, 38, dari Kampung Baru Simpang Ampat, pemilik kereta yang hangus dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 2.45 pagi, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan yang hampir dengan kawasan rumahnya.
“Masa itu saya dalam bilik, kemudian anak saya beritahu dia dengar bunyi letupan. Saya pun dengar, tapi tak endahkan, namun bila masuk letupan ketiga, saya terus keluar dari rumah.
“Kemudian, barulah saya nampak sebenarnya kereta saya yang sedang terbakar,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia nekad mencurah air pada keretanya itu walaupun risau akan berlakunya letupan dengan tindakannya itu.
“Saya tak fikir apa dah, saya cuma fikir keluarga dan rumah. Kalau dibiarkan, rumah saya pun akan terbakar. Jarak kereta dengan rumah bukannya jauh, hanya beberapa meter saja.
“Saya suruh anak dan isteri duduk dalam rumah takut jadi perkara tidak dingini,” katanya.
Bon Kram berkata, isterinya turut mendapatkan bantuan jiran termasuk menghubungi pihak bomba untuk memadam kebakaran itu.
“Selepas beberapa minit, pihak bomba pun datang, tapi saya dah berjaya padam kebakaran. Kemudian, barulah rakan-rakan datang untuk membantu.
“Nasib baik kereta tidak meletup, kalau tidak, saya tak tahu apa yang akan jadi pada saya,” katanya.
Menurutnya, punca kebakaran itu kemungkinan disebabkan pendawaian dan dia sudah memaklumkan kejadian itu pada syarikat kereta termasuk pihak insurans.
"Wang tunai berjumlah lebih RM1,000 yang berada dalam kereta tu turut hangus terbakar dalam kejadian ini.
"Saya sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis," katanya.