Search This Blog

Friday, June 14, 2013

Seorang maut, 20 hilang feri karam di Filipina

MANILA 14 Jun - Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala lebih 20 yang lain hilang selepas sebuah feri karam di tengah Filipina, hari ini.
Menurut pihak berkuasa, sebuah pesawat milik Tentera Laut Filipina, beberapa bot penyelamat pengawal pantai dan sejumlah nelayan tempatan dikerah ke tempat kejadian bagi menyelamat mangsa yang terselamat.
Setakat ini, seramai 34 mangsa diselamatkan dan mayat seorang wanita berusia 58 tahun turut ditemui. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130614/lu_08/Seorang-maut-20-hilang-feri-karam-di-Filipina#ixzz2WCeOY9mQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peniaga rugi RM70,000 terpedaya batu delima

KUALA PILAH 14 Jun - Seorang peniaga kedai makan kerugian RM70, 000 setelah ditipu oleh seorang individu yang menjual barangan didakwa batu delima kepadanya pada Selasa lalu.
Mangsa yang berusia 52 tahun dan berasal dari Jempol mulanya pergi ke sebuah bank di pekan Bahau atas urusan peribadi sebelum ditegur oleh suspek dipercayai seorang warga asing berusia lingkungan 30-an.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azmi Abdul Rahim memberitahu, suspek yang bersendirian menawarkan batu yang didakwa delima kepada mangsa kononnya mampu memberi khasiat kepada kesihatan dan rezeki.
"Ketika mereka berbual kira-kira pukul 12 tengah hari, muncul seorang lelaki lain yang menyamar seperti penggemar batu tersebut dan mahu membeli batu itu pada harga RM100,000.
"Suspek memberitahu lelaki itu bahawa dia telah berjanji untuk menjual barang tersebut kepada mangsa sebelum mengajak mangsa ke kenderaan miliknya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.
Tambah Azmi, ketika itu mangsa mula terpedaya dengan pujukan suspek dan bersetuju membeli batu yang didakwa delima berkenaan pada harga RM70,000.
"Mangsa membawa suspek menaiki kenderaannya dan pergi ke sebuah bank di Kuala Pilah untuk mengeluarkan wang simpanan dan ketika itu suspek tidak mengekorinya kerana sedar ada kamera litar tertutup (CCTV) di situ dan kita percaya suspek tidak mahu dicam," kata beliau.
Berikutan itu, selepas mangsa merasakan dirinya tertipu dipercayai akibat dipukau sebaik sahaja pulang ke rumahnya di Jempol, mangsa kemudian membuat laporan di IPD Jempol. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_11/Peniaga-rugi-RM70000-terpedaya-batu-delima#ixzz2WCeBjBzu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak ahli perniagaan diselamat selepas 10 hari diculik

SHAH ALAM 14 Jun - Seorang anak ahli perniagaan berhadapan detik-detik cemas selepas diculik dan dikurung selama 10 hari sebelum diselamatkan polis di Kondominium Symphony Heights, Selayang dekat sini semalam.
Mangsa yang berusia 25 tahun dan berasal dari Terengganu diculik sekumpulan lelaki di Plaza Tol Gombak kira-kira pukul 3 petang pada 3 Jun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa lelaki itu diselamatkan selepas polis menahan lima suspek dalam tiga serbuan semalam.
Beliau berkata, tangkapan pertama dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam di tempat letak kereta di kondominium berkenaan di mana polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun.
"Hasil soal siasat ke atas suspek, polis menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun di kawasan yang sama pada pukul 2.30 pagi.
"Selang 15 minit kemudian polis menyerbu sebuah unit di kondominium tersebut dan menahan seorang lagi suspek berusia 27 tahun dan menyelamatkan mangsa yang berada dalam keadaan lemah dalam sebuah bilik," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_12/Anak-ahli-perniagaan-diselamat-selepas-10-hari-diculik#ixzz2WCe0UP3j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sorok syabu dalam kotak bijirin sarapan

MUAR 14 Jun - Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyorok sejumlah 1 kilogram syabu bernilai RM250,000 dalam dua kotak bijirin sarapan di pangkalan nelayan berdekatan Parit Jawa dekat sini tengah malam tadi.
Suspek yang berusia 56 tahun ditahan ketika memandu sebuah kereta, dipercayai untuk menyeludup dadah itu ke Indonesia kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Ketika ditahan sepasukan anggota dan pegawai polis, hasil pemeriksaan dalam kenderaan tersebut menemukan dua bungkusan lutsinar berisi syabu disorok dalam dua kotak bijirin sarapan dalam kereta suspek.
Serbuan dilakukan anggota bahagian narkotik dan marin daerah ini yang menerima maklumat awam diketuai Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Muar, Asisten Supritendan Nordin Osman.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, polis turut merampas wang tunai RM5,000 daripada suspek yang berasal dari Benteng Laut, Parit Jawa dan bekerja sendiri.
"Siasatan awal mendapati dadah yang dirampas itu boleh digunakan 5,000 penagih. Polis sedang menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dalam pengedaran dadah itu dan dia ditahan reman mulai hari ini bagi membantu siasatan.
"Rampasan ini adalah permulaan kepada siasatan lanjut yang akan kita lakukan termasuk untuk mengetahui dari mana dadah itu diambil, hendak dihantar ke mana dan siapa rakan-rakan suspek yang terlibat dalam kegiatan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_13/Sorok-syabu-dalam-kotak-bijirin-sarapan#ixzz2WCdpKFW7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket pas lawatan kerja palsu dibongkar

SEREMBAN 14 Jun - Jabatan Imigresen negeri menumpaskan satu sindiket menghasilkan pas lawatan kerja sementara (PLKS) palsu dengan penahanan tiga lelaki warga Pakistan selepas menyerbu rumah yang dijadikan lokasi kegiatan mereka di Taman Seremban Jaya awal pagi ini.
Ketiga-tiga warga asing itu serta seorang wanita yang merupakan isteri salah seorang suspek ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di taman yang sama kira-kira pukul 3 pagi.
Menurut Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, dalam serbuan pertama pihaknya menyerbu sebuah rumah didiami seorang lelaki Pakistan berusia lewat 40-an dan isterinya seorang wanita tempatan.
"Setelah diperiksa pihak kami menjumpai sejumlah beberapa keping PLKS dipercayai palsu kerana terdapat beberapa maklumat di dalamnya yang meragukan.
"Susulan penemuan itu pihak kami menyerbu sebuah lagi rumah berhampiran dan menahan dua lelaki warga Pakistan berusia 30 dan 45 tahun yang dipercayai bersubahat dalam sindiket itu," katanya hari ini.
Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya sejak beberapa hari lalu.
"Siasatan awal kita mendapati kemungkinan lelaki ini memalsukan dokumen PLKS sebelum menjualnya kepada pekerja Pakistan yang ingin masuk ke negara ini.
"Siasatan pihak kami mendapati PLKS palsu ini memaparkan pemegangnya mempunyai majikan di negeri lain tetapi boleh bekerja di mana-mana sektor dan maklumat ini berbeza dengan PLKS yang asli," jelasnya.
Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat sejauh mana penglibatan lelaki berkenaan dan jumlah bayaran yang dikenakan kepada mereka yang ingin mendapatkan dokumen palsu ini.
Faizal Fazri memberitahu, ketiga-tiga lelaki berkenaan dibawa di Pejabat Penguat Kuasa Jabatan Imigresen di sini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 56(1)(L), Akta Imigresen 1959/63. Ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) akta yang sama. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_14/Sindiket-pas-lawatan-kerja-palsu-dibongkar#ixzz2WCd7sjYn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Subuh berjemaah selamatkan nyawa 7 sekeluarga

KUCHING 14 Jun - Tujuh sekeluarga bernasib baik apabila terselamat daripada kebakaran ketika sedang bersiap-siap mengerjakan solat Subuh berjemaah pagi ini.
Kebakaran yang berlaku pukul 5 pagi ketika Masni Bujang, 62, bersama enam ahli keluarga yang lain termasuk tiga kanak-kanak tinggal bangun menunaikan solat.
Kesemua mereka sempat menyelamatkan diri walaupun tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dua tingkat di Jalan Siol Kandis di sini musnah dalam kebakaran tersebut.
Penolong Kanan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Mohd. Rafi Saibi berkata, ketika kejadian Masni sedang mengambil wuduk di dalam bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan sebelum terhidu bau terbakar.
"Pihak bomba mendapat laporan daripada jiran mangsa pada pukul 5.19 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian dengan kekuatan 18 orang anggota.
"Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan serta Petra Jaya digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_16/Subuh-berjemaah-selamatkan-nyawa-7-sekeluarga#ixzz2WCcpXn1U
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 perompak diberkas cuba larikan mesin ATM

KUANTAN 14 Jun - Polis berjaya memberkas lima perompak yang cuba melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Indera Mahkota dekat sini awal pagi hari ini.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, lima suspek lelaki berumur antara 22 dan 34 tahun itu telah menggunakan sebuah lori satu tan yang dicuri di Jalan Bukit Ubi di sini untuk menarik mesin ATM terbabit dengan mengunakan tali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, walaupun berjaya menarik mesin tersebut ke jalan di hadapan premis terbabit, suspek tidak berjaya mengangkat mesin tersebut kerana berat.
"Kesemua suspek kemudian ditahan setengah jam kemudian selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam yang melihat kejadian tersebut kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_17/5-perompak-diberkas-cuba-larikan-mesin-ATM#ixzz2WCcf1buu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8 pelacur Vietnam ditahan di Jerantut

JERANTUT 14 Jun - Polis menahan lapan wanita warga Vietnam dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di salah sebuah rumah urut dalam satu serbuan di Bandar Inderapura di sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 27 hingga 31 tahun.
Menurut beliau, serbuan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen bersama Jabatan Siasatan Jenayah Jerantut itu turut menahan enam lelaki tempatan berusia 27 hingga 58 tahun yang berada dalam premis berkenaan.
"Ketika diserbu terdapat tiga lelaki berada dalam salah sebuah bilik dipercayai sedang melanggan wanita warga Vietnam itu.
"Seorang lelaki yang menjaga premis itu dan dua lagi lelaki ketika itu sedang duduk di atas sofa turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita hari ini.
Azid berkata, siasatan awal mendapati lapan wanita warga Vietnam itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
"Kita percaya wanita warga Vietnam itu menjadikan premis bahagian atas rumah urut berkenaan sebagai tempat tinggal mereka bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_18/8-pelacur-Vietnam-ditahan-di-Jerantut#ixzz2WCcU9K8z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ditipu RM191,000 sindiket menyamar penguat kuasa BNM

KLUANG 14 Jun - Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM191,000 selepas wang simpanannya dicuri sindiket penipuan menerusi telefon yang menyamar sebagai Penguat Kuasa Bank Negara Malaysia (BNM).
Penipuan itu berlaku pada 3 Jun lalu selepas mangsa yang berusia lingkungan 20-an terbabit mendakwa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa sebagai pegawai penguat kuasa di agensi berkenaan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Asisten Supritendan Nor Hisam Hashim berkata, dalam perbualan itu, mangsa diberitahu bahawa akaunnya sedang digunakan untuk pemindahan wang haram ke luar.
"Berikutan itu, pemanggil tersebut mendakwa kononnya BNM perlu mengambil tindakan dengan membekukan pengaliran wang wanita terbabit serta-merta dan mangsa diminta memindahkan semua wangnya ke akaun lain yang diberikan oleh pihak BNM.
"Bagi memberikan kerjasama, mangsa kemudian memindahkan RM191,000 ke dalam akaun yang diberikan sindiket berkenaan. Malangnya selepas pemindahan dibuat, nombor yang kononnya dari Bank Negara itu tidak dijawab lagi," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Nor Hisam memberitahu, akibat rasa ditipu mangsa kemudian membuat laporan polis selain memberikan kerjasama sebaik mungkin untuk pihak berkuasa mengesan suspek.
Katanya, selepas tiga hari, polis berjaya mengesan suspek yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan menetap di Seremban, Negeri Sembilan.
"Hasil maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan suspek di Seremban dan siasatan terhadap akaunnya mendapati wang wanita itu telah dipindah kepada pihak lain dan baki yang tinggal hanya RM50,000.
"Polis percaya suspek terdiri daripada sindiket penipuan yang digelar 'Macau Scam' iaitu melakukan penipuan melalui panggilan telefon dan melibatkan pemindahan wang daripada akaun bank mangsa," katanya.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta disebat sekiranya sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_21/Ditipu-RM191000-sindiket-menyamar-penguat-kuasa-BNM#ixzz2WCc049Nh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita mengaku lakukan 489 pecah amanah RM647,445

SHAH ALAM 14 Jun - Seorang bekas eksekutif akaun wanita sebuah syarikat logistik hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 489 pertuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM647,445.37 milik bekas majikannya.
Mai Shahira Ishak, 36, dari Pelabuhan Klang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Aslam Zainuddin.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No 43-02-1, Lorong Batu Nilam 1A, Bandar Bukit Tinggi, Klang dekat sini antara 31 Dis 2011 dan 30 Jan lepas mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, Mai Shahira melakukan melakukan pecah amanah dengan membuat pembayaran 489 cek bernilai RM647,445.37 kepada Maidina Othman Trading milik Saidina Azzuanira Saidina Othman, yang diketahui tertuduh tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan majikannya, UTI Worlwide (M) Sdn Bhd, serta tidak sepatutnya menerima bayaran itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Mai Shahira yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan dia dan suaminya terpaksa menanggung tiga anak yang masih kecil serta ibu bapa mereka.
"Saya sumpah ini adalah kes pertama dan terakhir saya... saya juga menghidap penyakit asma," katanya sambil menangis. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130614/ma_07/Wanita-mengaku-lakukan-489-pecah-amanah-RM647445#ixzz2WCblSzFg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

LKPJM terima 20 aduan penipuan dalam pelaburan

KUALA LUMPUR 14 Jun - Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) menerima kira-kira 20 aduan yang berkait dengan penipuan dalam pelaburan perniagaan yang melibatkan kerugian sehingga jutaan ringgit sejak Januari lalu.
Pengurus Besarnya, Zaliha Idris berkata, kesemua aduan yang diterima kebanyakannya melibatkan bidang hartanah, pembinaan dan pelaburan emas.
"Rata-rata mangsa tidak menyedari mereka ditipu dan cuma mula menyelidik latar belakang syarikat yang menawarkan skim perniagaan selepas mendapati wang pulangan pelaburan yang dijanjikan tidak diterima.
"Sehubungan itu, kami menganjurkan satu program 'Seminar Kesedaran Pelaburan dalam Perniagaan' pada 29 Jun ini untuk memberi pendedahan kepada orang ramai sebelum mereka melabur," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.
Menurut Zaliha, antara pengisian program tersebut adalah ceramah dari agensi-agensi seperti Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Seminar ini akan diadakan di Wisma Bernama, Jalan Tun Razak bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 012-5071086 atau menghantar e-mel ke mszaliha.idris@gmail.com sebelum 21 Jun ini, katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130614/dn_40/LKPJM-terima-20-aduan-penipuan-dalam-pelaburan#ixzz2WCbX0kgP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Nigeria ke tali gantung edar dadah di KLIA

SHAH ALAM 14 Jun - Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1.12kg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Anoliefo Peter Ndubuisi, 36, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh mengenai dadah itu, yang disorokkan dalam 13 botol krim rambut, adalah tidak logik dan tidak munasabah.
"Cerita tertuduh bahawa dia tidak mengetahui mengenai dadah yang dibawa selepas diminta seorang rakannya yang baru dikenali dua hari adalah tidak logik.
"Justeru mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kawasan laluan keluar kaunter pemeriksaan Kastam, Aras 3, Bangunan MTB, KLIA, kira-kira 4 petang, 30 Julai, 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39 B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Sepanjang perbicaraan, seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aida Mastura Mohamed Aman sementara tertuduh diwakili peguam James George. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130614/ma_08/Lelaki-Nigeria-ke-tali-gantung-edar-dadah-di-KLIA#ixzz2WCbLjKpD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut digilis dua buah kereta

KUALA LUMPUR 14 Jun - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan ngeri tercampak dan digilis dua buah kenderaan selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 540, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berdekatan Sungai Buloh awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, mangsa, Lim Ket Kwee, 41, memandu kereta jenis Proton Wira seorang diri namun gagal mengawal kenderaannya dan merempuh pembahagi lebuh raya.
Kereta mangsa kemudian dikatakan merintang di tengah lebuh raya sehingga mengakibatkan dua buah kenderaan gagal mengelak lalu merempuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, sejurus selepas kemalangan itu, satu lagi kemalangan berlaku membabitkan tiga buah kenderaan lain di arah bertentangan lebuh raya.
"Sebuah kenderaan jenis Proton Persona turut dirempuh Toyota Vios selepas pemandu kereta itu memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut.
"Pemandu Vios itu dikatakan tidak sempat membrek dan terus melanggar belakang kereta Persona lalu melanggar sebuah lori yang berhenti untuk membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan di laluan bertentangan sebelum itu.
"Berikutan rempuhan itu, Persona tersebut telah terbakar namun pemandu dan penumpangnya hanya cedera ringan," katanya.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_23/Maut-digilis-dua-buah-kereta#ixzz2WCb7nHQN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pegawai SPRM diugut, diacu pistol ketika memandu

KUALA LUMPUR 14 Jun - Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdepan detik-detik cemas apabila menerima ugutan sambil diacu pistol dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di Batu 5, Jalan Cheras berhampiran Pasar Raya Tesco Taman Midah di sini Selasa lalu.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, pegawai berusia 29 itu sedang memandu kenderaan menghala ke pusat bandar sebelum dia memperlahankan kenderaannya kerana keadaan jalan raya yang sesak.
“Tiba-tiba muncul sebuah motosikal jenis Cagiva dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kanan kereta mangsa sambil menjerit, mengugut serta memberi amaran kepada mangsa.
“Mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek sempat bertanya siapa mereka sebelum pembonceng motosikal tersebut mengeluarkan pistol dan mengacu ke arahnya," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_24/Pegawai-SPRM-diugut-diacu-pistol-ketika-memandu#ixzz2WCYdO8NU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ribut Pulau Pinang: Dua maut, lapan cedera parah


Dua kenderaan rosak teruk akibat serpihan bangunan pecah selepas ribut yang melanda di Jalan Macalister, Pulau Pinang, petang semalam.
PULAU PINANG 13 Jun - Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.
Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.
Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian barat daya.
“Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan,’’ katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO jatuh.
Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap pemancar tersebut selain sebatang paip bawah tanah di jalan berkenaan juga pecah.
Hentakan tiang pemancar ke atas jalan raya turut menyebabkan terbentuk sebuah kawah air kecil.
Abdul Rahim dalam pada itu menambah, pihaknya meminta orang ramai agar tidak bimbang dan panik dengan kejadian berkenaan dan polis telah mengerahkan semua anggota termasuk di daerah-daerah untuk turun padang bagi memantau perkembangan kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 6.55 petang mengenai kejadian di Jalan Macalister.
“Apabila tiba, sebuah pemancar telekomunikasi dilihat telah jatuh di atas jalan raya dan menghempap tujuh buah kereta serta sebuah lori. Kita sedang melakukan pembersihan dan punca kejadian dipercayai akibat angin kuat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130614/dn_12/Ribut-Pulau-Pinang-Dua-maut-lapan-cedera-parah#ixzz2WBhl0e5v
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jenazah mangsa penebat kilat runtuh dikebumi

GEORGE TOWN 14 Jun - Jenazah Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia akibat ditimpa serpihan konkrit penebat kilat di Menara UMNO yang terjatuh dalam kejadian angin kencang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini selepas solat Asar hari ini.
Sementara itu, abang ipar Allahyarham, Mohd. Mohideen Mohd Syeriff, 54, berkata, dia terkilan kerana hasrat adik iparnya yang berasal dari Chennai, India untuk menyambut Ramadan di kampung halamannya tidak kesampaian.
"Adik ipar ada kata kepada saya dia nak balik Julai ini dan sambut Ramadan bersama keluarga di sana.
"Lagipun dia belum pernah pulang ke India sejak bekerja di sini selama dua tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini.
Semasa kejadian lewat petang semalam adik iparnya itu yang bekerja sebagai kelindan lori gas bekerja lebih masa untuk mengumpul wang lebih untuk pulang ke kampungnya nanti, katanya dengan sayu dan menurutnya biasanya Allahyarham pulang ke rumah 5 petang.
Mohd. Mohideen yang merupakan warga Malaysia berkata, Allahyarham seorang yang ringan tulang dan sering membantu di gerai supnya di Padang Brown di sini.
Pada 6.45 petang semalam, lori yang dinaiki Jahir dihempap penebat kilat di atas bangunan Menara UMNO di Jalan Macalister di sini dalam kejadian angin kencang, mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan.
Jahir disahkan meninggal dunia sebaik tiba Hospital Pulau Pinang dan meninggalkan seorang isteri, Siti Thaj Nisa, 42, dan dua anak perempuan, Benazir, 19, dan Femina, 8.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn. Bhd., Adzmi Ariffin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berkata, syarikat itu selaku pemilik bangunan Menara UMNO akan menghulurkan bantuan termasuk kewangan kepada keluarga Allahyarham. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130614/dn_39/Jenazah-mangsa-penebat-kilat-runtuh-dikebumi#ixzz2WBhTwMWE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kematian kakitangan UMT akibat virus kencing tikus

KUALA TERENGGANU 14 Jun - Kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lepas setelah menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis).
Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, sehubungan itu jabatan telah menjalankan ujian terhadap anggota keluarga lelaki itu dan mereka yang berhubungan dengannya.
"Ujian dibuat ke atas 63 orang termasuk mereka yang telah bersama menyertai aktiviti di Pulau Bidong dan hasilnya mendapati mereka tidak dijangkiti penyakit itu dan berada dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, berikutan pengesahan itu, jabatan mengambil langkah menutup sementara Pusat Penyelidikan UMT di Pulau Bidong untuk pembersihan dan semua aktiviti hendaklah diberhentikan sehingga keputusan sampel persekitaraan yang diambil diketahui.
Dr. Anwa berkata, jabatan turut menasihatkan nelayan yang singgah di Pulau Bidong agar tidak menggunakan kemudahan yang ada di pulau itu.
Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan awal virus itu di Pulau Bidong termasuk melakukan penilaian risiko persekitaran yang meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus.
"Di samping itu, penilaian juga dibuat atas kemudahan sanitasi yang disediakan seperti tandas dan bilik mandi serta pengurusan air di permukaan dan sisa air limbah.
"Sebanyak 16 sampel persekitaran iaitu 11 sampel sumber air dan lima sampel tanah telah diambil dan keputusan persampelan dijangka diperoleh selepas dua minggu lagi," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang pekerjaan mereka terdedah kepada air atau tanah yang tercemar agar memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan, menutup luka-luka kulit dengan balutan kalis air, mencuci dengan air bersih selepas pendedahan dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala.
Orang ramai juga dinasihat menjaga rumah dan premis mereka agar bebas daripada tikus dan pembawa-pembawa kuman yang lain, manakala bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, vaksin leptospirosis boleh diberikan, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130614/dn_37/Kematian-kakitangan-UMT-akibat-virus-kencing-tikus#ixzz2WBgj078Q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut digilis dua buah kereta

KUALA LUMPUR 14 Jun - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan ngeri tercampak dan digilis dua buah kenderaan selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 540, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berdekatan Sungai Buloh awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, mangsa, Lim Ket Kwee, 41, memandu kereta jenis Proton Wira seorang diri namun gagal mengawal kenderaannya dan merempuh pembahagi lebuh raya.
Kereta mangsa kemudian dikatakan merintang di tengah lebuh raya sehingga mengakibatkan dua buah kenderaan gagal mengelak lalu merempuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, sejurus selepas kemalangan itu, satu lagi kemalangan berlaku membabitkan tiga buah kenderaan lain di arah bertentangan lebuh raya.
"Sebuah kenderaan jenis Proton Persona turut dirempuh Toyota Vios selepas pemandu kereta itu memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut.
"Pemandu Vios itu dikatakan tidak sempat membrek dan terus melanggar belakang kereta Persona lalu melanggar sebuah lori yang berhenti untuk membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan di laluan bertentangan sebelum itu.
"Berikutan rempuhan itu, Persona tersebut telah terbakar namun pemandu dan penumpangnya hanya cedera ringan," katanya.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_23/Maut-digilis-dua-buah-kereta#ixzz2WBgPelWa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rogol: Warga Indonesia dipenjara, 3 sebatan

PETALING JAYA 14 Jun - Seorang warga Indonesia dihukum penjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol seorang pelajar berusia 15 tahun, bulan lepas.
Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Subeh Satuki, 27, pencuci kereta, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh beliau ditangkap pada 25 Mei lepas.
Subeh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di sini, pada 3.15 petang, 25 Mei lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap di dalam rumah bersama dengan mangsa dan berdasarkan keterangan yang diberikan pelajar itu, dia mengenali lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130614/ma_09/Rogol-Warga-Indonesia-dipenjara-3-sebatan#ixzz2WBfz0Ef5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Feri karam: Seorang maut, 20 hilang


MANILA - Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 20 yang lain hilang selepas sebuah feri karam di Filipina, hari ini.

Sebuat pesawat tentera laut, bot pengawal kapal dan nelayan tempatan dikerahkan ke perairan, kira-kira dua kilometer dari Pulau Burias untuk proses mencari dan menyelamat.

Feri tersebut dilaporkan karam awal pagi tadi, waktu tempatan.

Ketua Pertahanan Awam, Raffy Alejandro memberitahu AFP, 34 penumpang berjaya diselamatkan, manakala seorang wanita berusia 58 tahun ditemui lemas manakala 20 yang lain hilang.

Punca kejadian masih lagi belum diketahui.

“Kejadian berlaku terlalu pantas,” kata Alejandro.

Beliau menambah yang keadaan air ketika kejadian tenang dan cuaca juga baik.

Feri merupakan pengangkutan yang biasa digunakan untuk penduduk negara itu dan kemalangan maut melibatkan feri merupakan sesuatu perkara biasa di Filipina kerana tahap keselamatan yang rendah.

Singapura dilanda jerebu

Singapura JerebuSINGAPURA - Singapura dilanda cuaca berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 6 petang ini berada pada paras 85, iaitu paras sederhana.

Menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) keadaan berjerebu itu bermula sejak pukul 1 tengah hari dan orang ramai telah memberikan makluman mengenai bau kesan terbakar di banyak kawasan di republik ini.

Sejak beberapa hari lepas, menurutnya keadaan cuaca di rantau ini menjadi semakin kering dan terdapat peningkatan titik panas dikesan di tengah Sumatera.

Sebanyak 85 titik panas dikesan pada 6 Jun lepas di seluruh Sumatera, bagaimanapun semalam jumlah titik panas itu berkurangan kepada 22.

Keadaan berjerebu itu dijangka berlarutan beberapa hari lagi. - Bernama

Lebih 100 rumah di Seberang Perai dilanda ribut



BUTTERWORTH - Lebih 100 rumah di sekitar daerah Seberang Perai (SP) Utara, SP Tengah dan SP Selatan rosak dipukul ribut dalam kejadian awal malam tadi.

Kejadian ribut dan hujan lebat kira-kira pukul 7.30 malam itu menyebabkan kerosakan pada sebahagian besar bumbung rumah penduduk.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata untuk kawasannya sahaja setakat ini sebanyak 68 rumah rosak akibat bencana alam itu dengan kawasan yang paling teruk terjejas ialah Taman Tun Hussein, Taman Siakap, Taman Tenggiri dan Permatang Rawa.

"Saya telah nasihatkan penduduk agar membuat laporan polis berhubung kejadian itu bagi memudahkan tindakan susulan atau sebarang tuntutan dapat dibuat," katanya ketika ditemui pada satu majlis, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah SP Selatan Supt Shafien Mamat ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini pihaknya menerima dua laporan daripada mangsa ribut di kawasan itu.

Beliau berkata menurut maklumat awal yang diperoleh daripada anggota dan orang awam, lebih 10 rumah di Batu Kawan, Simpang Ampat dan Taman Seruling rosak dalam kejadian ribut dan hujan lebat itu.

Selain itu, tinjauan Bernama di sekitar Butterworth, Kepala Batas dan Bukit Mertajam mendapati sekurang-kurangnya 20 bumbung rumah diterbangkan angin kencang.

Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dibantu penduduk kampung juga giat mengalih dan membersihkan pokok yang tumbang.

Seorang penduduk di Padang Benggali, Kepala Batas dekat sini Mazni Ahmad, 54, berkata kejadian itu berlaku dengan pantas dan dalam sekelip mata bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.

"Ketika kejadian pukul 7.30 malam itu, saya dan suami (Che Ros Omar, 56) sedang berehat sambil tunggu untuk solat Maghrib, tiba-tiba dengar bunyi kuat dan hujan lebat.

"Dalam sekelip bumbung rumah di bahagian ruang tamu diterbangkan angin dan air hujan masuk...kami lari keluar menyelamatkan diri," katanya.

Md Sidek Said, 60, yang tinggal di Penaga, Kepala Batas berkata beliau bersyukur kejadian ribut itu tidak mencederakan lima anggota keluarganya yang berada dalam rumah ketika kejadian.

"Kami semua berkumpul dalam rumah sebelum dikejutkan bunyi kuat dan bumbung rumah tercabut dibawa angin, nasib baik kayu yang jatuh dari bumbung tidak kena sesiapa," katanya.

Beliau yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa berharap ada pihak tampil membantu memasang semula bumbung rumahnya itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang Zulkifli Ismail ketika dihubungi berkata pegawainya akan turun padang untuk melihat kerosakan yang dialami mangsa.

Beliau berkata satu mesyuarat tergempar turut diadakan bagi membincangkan bentuk bantuan termasuk tindakan segera yang akan disalur kepada penduduk terjejas. - Bernama

4 jam derita krim panas

4 jam derita krim panasWardah menunjukkan kesan melecur di belakang badan anak keduanya bahana krim pelangsing badan.
PARIT BUNTAR - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun menempuh tempoh empat jam paling memeritkan apabila kulit bahagian belakang badannya ‘melecur’ akibat terkena krim panas yang disapu abangnya, kelmarin.

Ibu mangsa, Wardah Hamzah, 29, berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa sedang bermain di dalam bilik utama bersama anak pertamanya yang berusia lima tahun sebelum menemui sebuah krim panas miliknya yang diletakkan di atas sebuah kerusi.

Menurutnya, dia sedang memasak sebelum terdengar bunyi jeritan dan erangan kesakitan daripada salah seorang anaknya.

“Saya terkejut dan bergegas berlari ke bilik utama sejurus mendengar jeritan anak.

“Setibanya di bilik, saya melihat anak kedua saya menangis kesakitan, manakala anak pertama saya segera menunjukkan bahagian belakang badan adiknya yang kelihatan melecur dan kemerah-merahan.

“Terkejut dengan kejadian itu, anak sulung terus menunjukkan ke arah sebotol krim panas digunakan saya untuk menguruskan badan,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Taman Wawasan, di sini.

Wardah berkata, anak sulungnya mendedahkan dia menjumpai krim itu di atas kerusi di dalam biliknya sebelum bertindak menyapunya di bahagian belakang badan mangsa.

Menurutnya, dia segera mengambil air untuk membersihkan belakang badan mangsa daripada kesan krim, bagaimanapun kesakitan anak saya bukan sahaja tidak hilang malah berlarutan untuk tempoh empat jam.

“Melihat keadaan anak kedua saya menggelupur dan mengerang kesakitan selama empat jam, saya bergegas menghantarnya ke sebuah klinik berhampiran.

“Keadaan anak saya menjadi semakin pulih setelah disuntik ubat penenang dan doktor yang merawat mengesyaki krim panas itu mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya yang tidak dibenarkan,” katanya.

Wardah berkata, dia kesal kecuaiannya menyimpan krim pengurut badan yang mendatangkan mudarat kepada anaknya.

"Saya terkejut kesan sampingan penggunaan krim itu mampu mendatangkan kecederaan serius kepada anaknya. Mujurlah mereka hanya bertindak menyapu krim itu di bahagian luaran badan dan tidak memakannya.

“Jika tidak, saya pasti akan berasa sesal di sepanjang hayat,” katanya.

Antena telekomunikasi tercabut


Antena telekomunikasi tercabut
Gambar menunjukkan bahagian atas Menara Umno selepas antena komunikasi terjatuh akibat ribut.
Antena telekomunikasi tercabut
Keadaan pikap yang dihempap pemancar komunikasi yang terjatuh dari Menara Umno, semalam.
Antena telekomunikasi tercabut
Keadaan lalu lintas yang sesak.
GEORGETOWN - Sembilan orang cedera dan dua maut dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada jam 6.45 petang semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu pikap berkenaan maut.

“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu pikap) maut.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, semalam.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Sementara itu, seorang lagi adalah lelaki yang mencari tempat perlindungan selepas melakukan joging, maut dihempap pokok dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di kawasan Empangan Air Itam di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, mangsa berusia 33 tahun itu dipercayai mencari tempat perlindungan.

Lelaki maut kereta rempuh pembahagi jalan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lorong sebelah kanan di Km 450   Lebuhraya Utara Selatan dari Sungai Buloh menuju ke utara, dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata kemalangan pada 1.45 pagi itu menyebabkan Lim Ket Wee, 41, mati di tempat kejadian.      Mayat Lim dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata ekoran kemalangan itu dua kereta dari arah yang sama turut terbabas apabila cuba mengelak kenderaan mangsa yang melintang di  tengah-tengah jalan itu.

Junaidi berkata di kilometer yang sama dari arah bertentangan, sebuah kereta turut mengalami kemalangan akibat memperlahankan kenderaannya  apabila dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain yang turut merempuh sebuah lori.

Junaidi bekata kesemua mangsa yang berada dalam lima kenderaan berkenaan hanya cedera ringan. - Bernama

Penjenayah tak sempat nikmati 'habuan'

Penjenayah tak sempat nikmati 'habuan'
Thaiveegan (dua, kanan) menunjukkan parang yang digunakan suspek ketika menyamun 20 pelanggan dalam kejadian di sebuah restoran steamboat di Kampung Melayu Subang, Selasa lalu.
SHAH ALAM - Tiga daripada enam penjenayah tidak sempat menikmati ‘habuan’ apabila diberkas sejam selepas menyamun 20 pelanggan sebuah restoran makanan steamboat di Kampung Melayu Subang, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah bersenjatakan parang dan rotan itu bertindak menyerbu restoran dan mengugut semua pelanggan untuk menyerahkan wang dan barangan berharga dianggarkan berjumlah kira-kira RM6,350.

Kesemua penjenayah termasuk seorang bawah umur kemudiannya melarikan diri dengan dua buah kereta jenis Proton Persona dan Wira.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, pemilik restoran kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian, sebelum MPV polis berjaya mengesan kedua-dua kereta dinaiki kumpulan penjenayah itu.

Beliau berkata, berlaku kejar-mengejar antara polis dengan kumpulan penjenayah itu sehingga ke Sungai Way, Petaling Jaya.

“Kita berjaya pintas kereta suspek, namun hanya dapat menahan tiga daripada mereka dipercayai anggota yang baru direkrut berusia 16 dan 18 tahun.

“Tiga lagi yang merupakan dalang utama kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, polis merampas dua buah kereta digunakan suspek, pelbagai barangan yang disamun, beberapa bilah parang, cota, rotan serta topi keledar yang digunakan dalam kejadian bagi menyembunyikan identiti mereka.

“Semakan mendapati dua kereta digunakan adalah kereta yang dilaporkan hilang di Jinjang dan Sunway.

“Mereka  aktif menyamun sejak empat bulan lalu dan setakat ini dikenal pasti terlibat dalam empat kes di Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Cheras,” katanya.

Thaiveegan berkata, dua daripada suspek ditahan berusia 18 tahun bekerja sebagai kelindan dan pencuci kereta, manakala suspek bawah umur tidak bersekolah.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dan bersenjata.

Katanya, pihaknya giat memburu tiga suspek yang lolos serta baki tiga lagi ahli kumpulan tersebut.

Tipu guna RM100 palsu

Tipu guna RM100 palsu
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Asisten Komisioner Chong Mun Phing (kiri) beri penjelasan kepada Thaiveegan (dua, kiri) berhubung wang kertas RM100 palsu serta beberapa barangan lain yang dirampas.
SHAH ALAM  - Taktik licik sepasang suami isteri membeli telefon bimbit yang diiklankan dalam talian dengan menggunakan wang palsu RM100 terbongkar selepas mereka ditahan polis pada 5 Jun lalu.

Turut ditahan, dua rakan yang bersekongkol denagn mereka iaitu abang kepada suspek wanita serta seorang lelaki Indonesia yang bertanggungjawab menghasilkan wang kertas palsu terbabit.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu akan berhubung dengan mana-mana mangsa yang mengiklankan telefon untuk dijual melalui sebuah laman web, sebelum bertemu dan membuat pembayaran.

Pasangan berkenaan biasanya akan meletakkan wang kertas palsu ke dalam sampul surat dan menyerahkan kepada mangsa, sebelum berpura-pura perlu beredar segera kerana ada urusan lain.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, setakat ini, pihaknya menerima sebanyak 13 laporan polis berhubung penipuan dilakukan pasangan suami isteri itu serta dua lagi suspek.

Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya menangkap pasangan suami isteri terbabit di kawasan rumah mereka di Desa Mentari, Petaling Jaya kira-kira jam 9.45 pagi.

Beliau berkata, polis kemudiannya menyerbu rumah suspek terbabit dan merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama.

Katanya, hasil soal siasat membawa kepada tangkapan suspek ketiga berusia 30 tahun di rumahnya di kawasan sama pada Selasa lalu.

“Kita jumpa tiga keping wang kertas RM100 disyaki palsu serta beberapa keping imej wang palsu yang belum siap dalam bilik di rumah suspek.

“Kita juga menahan seorang lelaki Indonesia berusia 27 tahun yang datang ke rumah tersebut untuk berjumpa suspek itu,” katanya pada sidang media, semalam.

Thaiveegan berkata, pihaknya merampas lapan keping wang kertas RM100 palsu yang ditemui dalam dompet suspek, sebelum menyerbu rumahnya di Kampung Medan, Petaling Jaya.

“Kita temui satu pencetak yang digunakan untuk mengimbas dan mencetak wang kertas RM100 palsu, kertas A4, gunting, kertas kilat dan kepingan wang kertas palsu yang tidak menjadi,” katanya.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan kumpulan suspek ini bergiat aktif sejak Oktober tahun lalu dan semua 13 mangsa yang membuat laporan mengalami kerugian kira-kira RM21,000.

Katanya, semua suspek masih direman mengikut Seksyen 489C dan 489D Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menggunakan wang palsu.

Pusat judi diserbu selepas 10 minit beroperasi



Pusat judi diserbu selepas 10 minit beroperasi
Anggota polis mengangkat peralatan komputer yang dirampas dari pusat judi berkenaan.
Pusat judi diserbu selepas 10 minit beroperasi
Komputer yang digunakan untuk berjudi dirampas polis.
GEORGETOWN - Berselindung di sebalik kedai kosong tanpa sebarang papan tanda, tidak berjaya mengaburi mata pihak berkuasa apabila sebuah premis yang dijadikan pusat judi haram di Air Itam diserbu polis tengah hari tadi.

Dalam serbuan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira jam 12 tengah hari itu, 10 set komputer dan pelbagai perlatan lain termasuk  modem, monitor dan papan kekunci dirampas.

Difahamkan, pusat judi berkenaan hanya dibuka bermula jam 12 tengah hari, khusus kepada pekerja yang sedang berehat dan dibuka sehingga lewat malam.

Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan pusat judi berkenaan baru sahaja memulakan operasi kira-kira 10 minit .

“Polis turut menahan empat individu termasuk seorang lelaki warga Singapura yang berada dalam premis berkenaan dan seorang penjaga premis.

"Kesemuanya berusia antara 25 hingga 50 tahun dan dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut.

“Turut dirampas wang tunai RM1,300," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap unit mesin atau penjara sehingga lima tahun.

Pamer aksi tarian ghairah di medan selera

Pamer aksi tarian ghairah di medan seleraPeralatan disita MPSJ kerana aktiviti hiburan dijalankan secara haram.
SERDANG – Aktiviti tarian ghairah gadis warga asing berpakaian seksi ditawarkan pengusaha yang kononnya untuk menjamu mata pengunjung sebuah medan selera di sini akhirnya lumpuh selepas diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.

Difahamkan, pengusaha membina satu pentas di tengah-tengah medan selera berkenaan untuk menjalankan aktiviti karaoke.

Bagaimanapun, selain aktiviti nyanyian, terdapat beberapa wanita warga China dikatakan akan mengiringi penyanyi dan menari di situ.

Aktiviti itu dikatakan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengunjung terutama yang membawa anak kecil menikmati makanan di situ.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan pihaknya menyerbu premis terletak di Bukit Serdang kira-kira jam 10 malam.

Hasil pemeriksaan katanya, didapati pengusaha tempat hiburan (karaoke) tersebut tidak mempunyai apa-apa lesen atau permit sah untuk mengadakan aktiviti hiburan dari MPSJ.

Beliau berkata, pihaknya menyita peralatan hiburan digunakan di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan Selangor 1995 (pindaan 2001).

Tindakan diambil kerana pengusaha mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada pegawai pelesen MPSJ.

“Pengusaha bakal berdepan tindakan denda maksimum RM25,000,” katanya.

Nelayan rugi ribuan ringgit

Nelayan rugi ribuan ringgitChing Dong menunjukkan botnya yang pecah.
PASIR PANJANG – Kejadian ribut yang berlaku di perairan Port Dickson dan kawasan sekitarnya malam kelmarin mengakibatkan beberapa nelayan mengalami kerugian ribuan ringgit.

Ini disebabkan bot dan peralatan menangkap ikan yang diletakkan di pengkalan nelayan masing-masing mengalami kerosakan.

Nelayan, Lee Ching Dong, 26, berkata, dia menambat bot fiber yang baru dibeli kira-kira lima tahun lalu di Pengakalan Nelayan Telok Sinting.

“Bot itu rosak teruk yang mana bahagian dindingnya pecah berikutan dipukul ombak besar dalam kejadian ribut malam tadi,” katanya.

Ching Dong berkata, kejadian angin ribut dan laut bergelora kuat itu berlaku sekitar jam 7 malam.

“Saya hanya menyedari bot rosak selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan nelayan. Saya sangka hanya berlaku sedikit kerosakan tetapi rupa-rupanya dinding sampan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

“Buat sementara ini, saya akan ikut ayah turun ke laut menggunakan botnya untuk aktiviti nelayan, " katanya.

Menurutnya, hanya itu yang mampu dia lakukan sebelum membeli bot baru.

Bagaimanapun, untuk membeli bot baru ia memerlukan modal yang besar.

“Saya berharap akan ada bantuan yang disalurkan sama ada dari persatuan mahupun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), " katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang, Aznam Ali berkata, mana-mana nelayan di bawah PNK Telok Kemang yang mengalami kerosakan
bot dan peralatan nelayan akibat bencana semalam boleh mengemukakan surat permohonan bantuan kepada LKIM.

“Bagaimanapun surat permohonan itu perlu melalui PNK Telok Kemang dan pihaknya akan terus mengajukan permohonan itu kepada LKIM.

“Nelayan perlu membuat laporan polis terlebih dahulu berhubung kejadian itu dan mengemukakan surat dalam tempoh 60 hari selepas hari kejadian. Permohonan akan dipertimbangkan oleh LKIM mengikut peruntukan yang sewajarnya,” katanya.

Editor akhbar maut ditembak

RIO DE JANEIRO - Seorang editor akhbar terkenal dengan berita pendedahan jenayah dan rasuah ditembak mati di utara Rio, Brazil semalam.

Menurut kenyataan polis, suspek melepaskan 41 das tembakan ke arah Editor Akhbar Komuniti Hora H, Jose Roberto Ornelas de Lemos.

“Kes ini sedang disiasat. Kami berharap suspek dapat ditahan melalui bantuan rakaman kamera pengawasan.

Media tempatan melaporkan,  Ornelas de Lemos ditembak di sebuah bar.

Sementara itu, abang mangsa, Luciano berkata, adiknya sering menerima ancaman bunuh sejak kebelakangan ini.

“Beliau sering mengadu menerima ugutan bunuh berikutan pendedahan berita tetapi beliau yakin dirinya mendapat jaminan keselamatan daripada anggota polis” katanya.

Sejak enam bulan lalu, empat wartawan telah ditembak mati di Brazil dipetik dalam laporan AFP.

Wanita dalam pantang maut

Wanita dalam pantang mautKeadaan kereta mangsa yang remuk akibat kemalangan tersebut.
SEREMBAN – Perjalanan pulang dari kampung seorang wanita yang masih dalam pantang bersama suaminya bertukar tragedi apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 249.7, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Julia Osman, 26,  maut di tempat kejadian manakala suaminya Abdul Rahman Abu Bakar, 27, cedera parah apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan berat sebelum terbabas dan berada pada kedudukan melintang di lorong kanan jalan.

Jurucakap polis berkata,  berdasarkan siasatan awal kereta yang dipandu oleh wanita terbabit dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Semenyih, Selangor selepas pulang bercuti di kampung suaminya di Muar.

“Namun ketika memandu di lorong kiri, kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan berat di lorong sama.

“Kejadian itu mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melintang di kanan jalan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengalami cedera parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota bomba terpaksa mengambil masa beberapa minit mengeluarkannya.

Jurucakap berkata, suami mangsa pula mengalami cedera parah pada bahagian kepala serta tangan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu katanya, keadaan kereta Perodua Viva yang berada di lorong laju menyebabkan dua pemandu lain nyaris maut ketika cuba mengelak kereta terbabit.

“Pada awalnya sebuah kereta Toyota Altis berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun berjaya mengelak kereta Perodua Viva terbabit namun terbabas dan langgar pembahagi jalan.

“Manakala wanita memandu Toyota Altis berwarna putih gagal mengelak lalu bergesel bahagian belakang Perodua Viva,” katanya.

Sehubungan itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis daerah Seremban atau Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033222.

Jual beli diesel dalam kontena terbongkar

Jual beli diesel dalam kontena terbongkarSalah seorang pegawai PPDNKK sedang memeriksa tangki yang dipercayai digunakan untuk menyimpan diesel di tempat yang tidak dilesenkan.
IPOH - Waktu senggang seorang lelaki berusia 40 tahun di dalam pejabatnya dikejutkan dengan kehadiran pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(PPDNKK) Perak yang bertindak merampas 12,000 liter diesel bersubsidi dalam serbuan di Batu 9, Jalan Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Diesel bernilai RM21,600 dipercayai disimpan di tempat yang tidak dilesenkan sejak beberapa bulan lalu di kawasan tersebut.

Malah, urusan jual beli turut dilakukan di sebuah kontena yang dijadikan ‘pejabat’ bagi menjalankan kegiatan haram itu.

Penolong Pengarahnya, Mohd Zainal Yeop Dahari berkata, operasi menyimpan dan menjual diesel itu dijalankan di belakang premis membuat besi dan aluminium berhampiran jalan utama.

Katanya, seramai lima pegawai yang diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa Mohd Khairi Aqtar menyerbu kawasan berkenaan lebih kurang jam 11.30 pagi semalam selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan tersebut.

“Serbuan ke kawasan itu, kami telah menemui empat tangki besar yang boleh mengisi kira-kira 18,000 liter diesel bernilai RM32,400 bagi setiap tangki.

“Bagaimanapun, hanya dua daripada tangki diisikan dengan minyak diesel berjumlah 12,000 liter manakala dua lagi kosong.

“Selain itu, siasatan awal, mendapati pemiliknya melakukan kesalahan menyimpan minyak di tempat yang tidak dilesenkan dan dipercayai bergiat aktif sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zainal berkata, lelaki tersebut yang dipercayai pemilik ‘perniagaan’ tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Jika sabit kesalahan pemilik boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Syak anak 8 tahun dirogol bapa



BESUT – Seorang wanita membuat laporan polis setelah mengesyaki bekas suaminya merogol anak perempuannya berusia 8 tahun di Kampung Beris Baru, di sini minggu lalu.

Difahamkan wanita tersebut mengetahui perkara itu selepas kanak-kanak terbabit memberitahu apa yang dilakukan bapanya ketika mereka berbual di rumah wanita berkenaan di sebuah kampung dekat Jabi Khamis lalu.

Kanak-kanak itu memberitahu, bapanya telah ‘buatnya’ semasa berada di bawah jagaan suspek.

Wanita berkenaan yang mengesyaki anaknya dirogol tampil membuat laporan polis dua hari selepas mendapat berita tersebut.

Difahamkan, mangsa kemudian dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan hasil pemeriksaan didapati tidak ada tanda mangsa dirogol, sebaliknya hanya terdapat kesan calar pada kemaluan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP NoorZainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Suspek berumur 32 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Rayu anak pulang


Rayu anak pulang
Tzi Kiat (kiri) hilang selepas pulang dari sekolah pada 10 Jun lalu.
Rayu anak pulang
Kin Lee (dua, kanan) bersama isteri dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menunjukkan gambar mangsa bersama laporan polis.
KEPONG – “Saya benar-benar berharap agar dia dapat pulang bagi menyambut kedatangan Hari Bapa bersama-sama”.

Demikian rintihan seorang bapa, Poh Kin Lee, 51, yang bimbang setelah anak gadisnya, Poh Tzi Kiat, 14, hilang sejak 10 Jun lalu.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia menghantar anaknya ke sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari bagi menghadiri sesi persekolahan petang.

“Ketika sesi persekolahan tamat, isteri saya yang menunggunya hampir satu jam di pintu sekolah hairan kerana Tzi Kiat masih belum keluar dari sekolah," katanya.

Kin Lee berkata, isterinya kemudian bertindak menghubungi telefon bimbit milik anaknya namun tidak berjawab.

"Saya kemudiannya bertindak membuat laporan di Pondok Polis Taman Seri Sinar sekitar jam 9 malam pada hari kejadian.

“Kami sangat pelik sebab sebelum ini dia tidak pernah berkelakuan seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu isterinya, Ling Lee, 48, berkata, segala yang berlaku masih menjadi tanda tanya dan dia berharap agar polis dapat membantu dalam mengesan kedudukan anaknya pada masa kini.

“Kami tidak tahu sama ada dia melarikan diri atau diculik,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan mangsa melarikan diri bersama teman lelaki, Ling menjelaskan bahawa anaknya tidak pernah menceritakan mengenai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

“Saya tidak pasti sama ada dia mempunyai teman lelaki atau tidak memandangkan dia lebih banyak mendiamkan diri mengenai perkara ini,” katanya.

Menurutnya, anaknya pernah memaklumkan kepada rakannya melalui laman sosial Facebook mengenai keinginannya untuk bekerja.

"Saya yakin dan percaya anak saya masih berada di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Tzi Kiat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan keluarga mangsa di talian 012-2246287.

Mimpi pelik petanda ajal


Mimpi pelik petanda ajal
Anak Allahyarham, Athirah, duduk atas ribaan neneknya, Rossiah ketika ditemui, semalam.
MUADZAM SHAH - Seorang ibu tidak menyangka andaian mimpi pelik menjadi kenyataan apabila anak lelakinya, Syed Abdullah Syed Ali, 32, maut setelah terbabit dalam kemalangan dirempuh seekor babi di Kilometer 21.5 jalan Ibam-Rompin, Selasa lalu.

Rossiah Awang Mat, 56, berkata, dia mengalami mimpi pelik seminggu sebelum kejadian.

“Pada suatu malam, makcik mimpi seluruh badan gatal-gatal hingga rasa macam nak mati kerana tidak tahan.

“Bila makcik sedar, masa itu terfikir mungkin ini petanda anak atau makcik sendiri yang akan  mati,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurut, kebimbangannya bertambah apabila anak perempuan bongsunya turut mengalami mimpi sama pada malam yang sama.

"Makcik kata, kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang terjadi nanti,” katanya sedih ketika menceritakan mimpi tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Syed Abdullah bersama isteri dan tiga anaknya menaiki motosikal menuju ke bandar Muadzam Shah sebelum dirempuh babi.

Kejadian malang itu menyebabkan, Syed Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya dan tiga anak mereka cedera.

Difahamkan, Allahyarham baru dua tahun bekerja di Mardi sebagai pekerja rendah awam (R1) dan berstatus kakitangan tetap, cuma belum disahkan sebagai kakitangan berpencen kerana belum cukup tempoh khidmat.

Kini, isteri dan tiga anak kecilnya hilang tempat bergantung dan terpaksa menumpang di rumah mertua.

Dalam pada itu, Rossiah berkata, pada malam kejadian dia berasa risau dan begitu teringin berjumpa Syed Abdullah serta tiga cucunya.

"Ketika itu, sudah seminggu makcik tidak berjumpa dengannya.

"Jadi makcik ajak suami pergi menjenguk tetapi belum pun sempat kami keluar dari rumah, menantu telefon beritahu kemalangan itu.

Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan respons isteri mangsa, namun gagal kerana masih trauma dengan kejadian terbabit.

Jurutera Britain diculik di Aceh



Jurutera Britain diculik di Aceh
Anggota keselamatan melakukan operasi bersepadu menjejaki suspek.
Jurutera Britain diculik di Aceh
Primrose bertemu ahli keluarga selepas ditemui pasukan keselamatan di Aceh.
BANDA ACEH - Seorang jurutera petroleum Britain, Malcolm Primrose yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata sejak Selasa lalu, ditemui masih hidup di sebuah ladang kelapa sawit di utara Indonesia, semalam.

Pegawai kanan polis, Muhajir berkata, sewaktu kejadian Primrose, 61, yang bertugas di sebuah syarikat minyak Indonesia di utara wilayah Aceh dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata ketika dalam perjalanan pulang.

Menurut laporan akhbar MailOnline, "selepas penculikan itu, keluarga Primrose dihubungi lelaki tidak dikenali yang dipercayai suspek dan meminta wang tebusan 320,000 pound (RM1.5 juta) jika mahu mangsa dibebaskan dengan selamat. Bagaimanapun, kami mengarahkan keluarga mangsa untuk tidak membayar tebusan itu," katanya.

Menurutnya, anggota keselamatan mendapat petunjuk lokasi mangsa disembunyikan melalui perbualan telefon ketika wakil kumpulan itu meminta wang tebusan.

"Anggota keselamatan dapat mengesan lokasi lelaki tersebut melalui radar komunikasi telefon dan ketika bertemu mangsa di ladang kelapa sawit itu, beliau kelihatan ketakutan dan memaklumkan dia diculik kumpulan lelaki dipercayai warga tempatan.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya di bawa ke Balai Polis Ranto Panjang untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi memudahkan operasi menjejaki suspek dilakukan."Mangsa tidak mengalami kecederaan namun masih dalam keadaan trauma dan kelaparan," katanya.

Selasa lalu, operasi mencari mangsa giat dilakukan tanpa had dengan menggerakkan 100 anggota polis termasuk askar untuk mengesan kehilangannya.

Wanita dalam CCTV dicari



Wanita dalam CCTV dicari
Sejurus itu, wanita berkenaan keluar dan masuk semula untuk lakukan transaksi.
Wanita dalam CCTV dicari
Wanita berkenaan mengambil telefon bimbit di atas mesin deposit wang.
Wanita dalam CCTV dicari
Kelihatan kelibat wanita berkenaan memasuki bank.
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - CCTV sebuah bank di bandar ini berjaya merakam tindakan seorang wanita mengambil telefon pintar jenis Iphone 4S ditinggalkan pemiliknya di atas mesin deposit wang, sekitar jam 8 malam, 3 Jun lalu.

Berdasarkan rakaman terbabit, wanita berkenaan yang memakai baju, tudung dan seluar berwarna hitam, masuk ke dalam bank semata-mata untuk mengambil telefon bimbit tersebut.

Wanita dianggarkan berusia lewat 20-an itu dilihat keluar dan masuk semula ke dalam bank untuk melakukan transaksi di mesin sama selang seminit kemudian.

Pemilik telefon, Rosli Mustafa, 38, berkata, dia tertinggal telefonnya di mesin terbabit dan hanya menyedarinya sejam kemudian.

“Saya terus membuat beberapa panggilan, tetapi telefon saya ditutup. "Apabila saya kembali semula ke bank, saya dapati telefon bimbit saya sudah tiada,” katanya.

Rosli berkata, dia kemudiannya meminta kebenaran pihak bank untuk melihat CCTV dipasang di tempat kejadian bagi menjejaki individu yang mengambil telefonnya.

Katanya, berdasarkan rakaman tersebut, terdapat dua individu yang masuk ke bank berkenaan selepasnya.

“Individu pertama seorang lelaki menggunakan mesin sama, tetapi tidak mengambil telefon saya. Selang beberapa minit kemudian, masuk wanita terbabit.

“Saya tidak mahu berprasangka buruk, mungkin dia mengambil telefon itu untuk diserahkan kepada pihak lebih dipercayai agar dapat dikembalikan kepada saya semula,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah lebih seminggu kejadian itu berlaku, tiada sesiapa tampil untuk memulangkan semula telefon tersebut kepadanya.

“Telefon itu dibeli pada harga lebih RM2,500. Tambahan pula banyak kenangan saya dalam telefon itu. Saya harap wanita dalam rakaman CCTV ini dapat tampil dan berjumpa dengan saya.

“Kini saya sedang mendapatkan kerjasama daripada pihak bank untuk mengesan transaksi dilakukan wanita berkenaan. Jika tiada sebarang pemulangan, kemungkinan saya akan membuat laporan polis berdasarkan bukti yang ada ini,” katanya.

Pemilik kedai cermin mata Optik Jengka itu berkata, kejadian yang menimpanya itu boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya bersikap lebih jujur.

“Kalau terjumpa sesuatu yang bukan milik kita, tidak salah jika mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak yang boleh memulangkannya kepada pemilik asal.

“Kebetulan kejadian sebegini dirakam  CCTV. Kalau tidak kerana CCTV sekali pun, ingatlah ALLAH SWT itu Maha Melihat,” katanya.