Search This Blog

Thursday, June 13, 2013

GEMPAR!!! ADAKAH TSUNAMI BAKAL BERLAKU?

GEMPAR!!! ADAKAH TSUNAMI BAKAL BERLAKU? 
(Ombak Setinggi 3.5 Meter Membadai Padang KoTa, Pulau Pinang)

 Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,"katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

"Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini," katanya.

Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.

"Ikan-ikan kecil terutamanya akan berenang tidak menentu dan akan terperangkap di benteng di Padang Kota Lama. Selain boleh berkumpul dengan kawan sambil memancing dapat pula tangkap banyak ikan dan tak perlu beli lagi," katanya. - BERNAMAGEMPAR!!! ADAKAH TSUNAMI BAKAL BERLAKU?
(Ombak Setinggi 3.5 Meter Membadai Padang KoTa, Pulau Pinang)

Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,"katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

"Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini," katanya.

Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.

"Ikan-ikan kecil terutamanya akan berenang tidak menentu dan akan terperangkap di benteng di Padang Kota Lama. Selain boleh berkumpul dengan kawan sambil memancing dapat pula tangkap banyak ikan dan tak perlu beli lagi," katanya. - BERNAMA

'Dia peluk saya dengan erat'

'Dia peluk saya dengan erat'Tidak patah semangat. Shafie (dua dari kanan) bapa kepada arwah Mohd Sahbudin berada di tepi pantai menantikan berita terkini mengenai gerakan mencari anaknya.
'Dia peluk saya dengan erat'
Mayat mangsa lemas kedua, Mohd Sahbudin yang ditemui kira-kira jam 5.20 petang dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.
DUNGUN - “Selepas terjatuh dari bot, saya cuba berenang ke tepi tapi Halim memanggil nama saya lalu saya berpatah balik untuk mendapatkannya, dalam keadaan cemas itu dia sempat bergantung pada saya tapi dia terlepas semula sebelum dia hilang,”

Demikian cerita Mazli Muhammad, mangsa yang terselamat selepas dua rakannya hilang dalam kejadian lemas yang hampir meragut nyawanya dekat pantai Sura Hujung, petang kelmarin.

Menceritakan detik cemas sebelum tragedi, Mazli berkata, ketika kejadian, dia bersama Halim Urus, 22, dan Mohd Sahbuddin Shafie, 18, sedang menuju ke pantai selepas memperoleh hasil tangkapan.

Sebaik menghampiri pantai, bot dinaiki tiba-tiba berpusing menyebabkan mereka terpelanting ke laut. Mazli berkata, ketika itu mereka bertiga masih sedar dan sempat mengapungkan diri di permukaan laut.

Kata Mazli, dia cuba berenang ke darat namun Halim memanggil namanya beberapa kali menyebabkan dia tidak sampai hati lalu pergi semula mendapatkan adik iparnya itu.

Menurut Mazli, ketika itu keadaan Halim sudah tidak bermaya dan Halim sempat memeluknya dengan erat.

"Ketika tenggelam, saya cuba naik ke permukaan untuk mengambil nafas, masa itulah dia terlepas dari saya.

“Seketika kemudian, entah mengapa bot itu tiba-tiba berhenti berpusing lalu 'menuju' ke pantai tanpa dipandu, seolah hendak 'dapatkan' bantuan,” katanya.

Menurutnya, rakannya, Hamidi Shafie, 19, yang kebetulan berada di tepi pantai kemudiannya memandu botnya yang hanyut ke pantai itu ke arah mereka bertiga lalu menyelamatkannya.

Mazli yang sudah tidak bermaya kemudiannya dibawa ke darat oleh Hamidi sebelum dihantar ke hospital oleh penduduk kampung.

Fikir soal hidup mati

Mengimbas detik sebelum tragedi, Mazli yang masih trauma berkata, pada awalnya hanya dia dan Halim yang mahu ke laut.

Namun Sahbudin yang diarahkan agar menghantar enjin bot ke pantai dikatakan dipelawa Halim, lalu mereka bertiga mengambil keputusan untuk bertolak dari Pantai Sura kira-kira jam 7 pagi sebaik enjin bot berjaya dihidupkan.

Mazli berkata, ketika terapung di laut selepas terjatuh dari bot, dia hanya memikirkan soal hidup atau mati kerana dua rakannya yang pada awal berada dalam jarak hanya beberapa meter darinya, sudah hilang.

"Nasib baik bot itu hanyut dan sempat dipandu semula oleh Hamidi yang kemudiannya datang menyelamatkan saya.

"Jika tidak saya pasti turut menjadi korban,” kata Mazli yang tidak dapat melelapkan mata kerana teringatkan detik hitam yang meragut nyawa seorang rakan termasuk adik iparnya itu.

Mazli dimasukkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut sebelum dibenarkan keluar tengah hari semalam selepas keadaannya dilaporkan stabil.

Dua mayat ditemui

Sementara itu, usaha pasukan penyelamat mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang berhasil apabila mangsa kedua, Halim ditemui di permukaan laut kira-kira jam 1.15 awal pagi semalam, manakala mayat, Sahbudin ditemui kira-kira jam 5.20 petang.

Mayat Halim ditemui penduduk kampung di permukaan laut menghampiri daratan, kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang manakala mayat Sahbudin ditemui kira-kira 50 meter dari mayat rakannya ditemui.

Kedua-dua mayat yang masih lengkap berpakaian itu kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun dan disahkan identitinya oleh ahli keluarga mangsa selepas membuat pengecaman.

Bapa arwah Halim, Urus Ibrahim, 56, yang ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Dungun ketika menuntut mayat anak lelakinya itu berkata, pada petang hari kejadian, dia pergi ke pantai Sura untuk menunggu kepulangan anaknya yang keluar menangkap ikan selepas anak keenam daripada 12 beradik itu tidak pulang untuk makan tengah hari di rumahnya.

Hurus berkata, ketika berada di tepi pantai pada petang itu, dia sempat melihat bot dinaiki anaknya bersama dua yang lain termasuk iparnya, Mazli sedang menuju ke arah pantai.

Bapa mangsa redha

Katanya, sebelum itu hatinya rasa tidak tenteram kerana arwah keluar ke laut tanpa pengetahuannya, namun sebaik terpandang bot arwah semakin menghampiri pantai, kebimbangannya berakhir lalu Urus naik ke tebing sebelum singgah di sebuah warung berdekatan untuk minum teh.

"Selepas memesan minuman, tiba-tiba anak saya Hamidi berlari ke arah saya memaklumkan Halim dan dua lagi rakannya terjatuh dari bot.

“Saya turun semula ke pantai, namun kelibatnya di permukaan laut sudah tidak kelihatan,” katanya.

Sementara itu, bapa Sahbudin, Shafie Ali, 51, berkata, malam sebelum kejadian, arwah dikatakan meminta wang RM10 daripada ibunya, dan wang berkenaan mungkin digunakan anaknya untuk membeli petrol untuk diisi dalam enjin bot.

"Itulah kali terakhir saya jumpa dia. Saya redha, sudah takdir menentukan dia menemui ajal di laut, tempat dia cari makan," katanya.

Jenazah Halim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sura Hujung, Dungun, selepas solat Zohor petang semalam.

Hadir sama menziarahi jenazah Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Adun Paka, Satiful Bahri Mamat serta Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Sebulan bertarung nyawa

Sebulan bertarung nyawaKENANGAN...Soon Keng menunjuk gambar ayahnya ketika koma selepas mengalami pendarahan pada bahagian otak.
JOHOR BAHRU – Hampir sebulan bertarung nyawa selepas koma akibat diserang tiga penjenayah dalam kejadian pada 12 Mei lalu, seorang pesara guru, Goh Kim Hok, 68, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kelmarin.

Anak sulung mangsa, Goh Soon Keng, 40, berkata, ayahnya sebelum ini menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan pada bahagian otak  susulan daripada kejadian itu.

Menurutnya, mereka sekeluarga juga yakin ayahnya mampu pulih selepas menerima rawatan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDU) hospital berkenaan, namun tidak menyangka kejadian jenayah berkenaan membawa kepada kematian.

“Selepas pembedahan, ayah mampu membuka mata selain menggerakkan anggota badan apabila kami berkomunikasi dengannya walaupun tidak berupaya untuk bercakap. Perkembangan itu sudah tentu memberi harapan kepada kami supaya dia sembuh.

“Bagaimanapun kami dikejutkan dengan berita kematian ayah yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi semalam (kelmarin) disebabkan kegagalan bahagian otaknya berfungsi,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan kejadian menimpa Kom Hok selepas diserang tiga lelaki dipercayai ketika pulang dari sebuah bank berhampiran Jalan Perwira 17, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Susulan kejadian itu, Soon Keng juga turut menawarkan wang sagu hati sebanyak RM5,000 kepada mana-mana individu yang sanggup tampil memberikan sebarang maklumat sehingga tertangkapnya kesemua penjenayah terbabit.

Soon Keng mengakui ada menerima panggilan daripada beberapa individu selepas membuat tawaran berkenaan, namun dia yakin maklum balas itu hanya mahu mengambil kesempatan.
“Kami juga berharap kesemua penjenayah terbabit berjaya ditangkap untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Mayat bekas guru yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai itu akan disemadikan di Nirvana Memorial Park, Kulai, hari ini.

Bayi diculik 5 jam

Bayi diculik 5 jamLokasi bayi terbabit ditemui berhampiran medan selera di Yong Peng, Batu Pahat, kelmarin.
MUAR - Seorang bayi lelaki berusia setahun yang dilarikan penjenayah dalam tempoh kira-kira lima jam, ditemui semula dalam keadaan selamat selepas ditinggalkan berhampiran medan selera di Yong Peng, Batu Pahat, kelmarin.

Bayi terbabit ditemui sedang menangis sendirian di hadapan tandas berdekatan medan selera berkenaan sekitar jam 3 petang oleh seorang peniaga dikenali Zainab, 49.

Peniaga itu kemudiannya membawa bayi terbabit ke gerainya  untuk ditukarkan lampin pakai buang dan diberi makan sebelum menyerahkannya ke Balai Polis  Yong Peng.

Bayi itu kemudian, dituntut ibu bapanya sekitar jam 7 malam  kelmarin, dan menjalani pemeriksaan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, serta  dilaporkan stabil.

Difahamkan, dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, seorang lelaki menaiki sebuah kereta Proton Persona datang ke rumah mangsa di sini.

Suspek yang bertemu ibu bayi terbabit membawa kotak dan berlakon seperti mahu menghantar ikan dipesan bapa mertuanya.

Tanpa rasa curiga, ibu bayi terbabit membuka pintu pagar dan mengajak suspek masuk ke rumah. Bagaimanapun, suspek menolak wanita berkenaan dan menuju  ke dapur.

Suspek kemudiannya bertindak mengikat tangan dan mata wanita berkenaan sebelum meninggalkan rumah mereka dengan membawa bersama bayi terbabit.

Ketika kejadian, wanita itu berada di rumah bersama tiga anaknya termasuk bayi terbabit, manakala suaminya bekerja.

Wanita berkenaan mengetahui anaknya dilarikan suspek apabila diberitahu jirannya yang ternampak bayi terbabit dibawa keluar oleh individu tidak dikenali dengan menaiki kereta yang diletakkan di hadapan rumah.

Bagaimanapun, usaha  Sinar Harian untuk menemubual lanjut wanita berkenaan gagal atas alasan dia enggan diganggu oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintenden Sahadan Jaafar mengesahkan ada menerima laporan penemuan semula bayi itu.

Menurutnya, usaha menjejaki suspek sedang giat dijalankan dan saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961,” katanya.

Mati dalam kebun pisang

Mati dalam kebun pisang
Mayat mangsa yang ditemui terlentang di tempat kejadian.
Mati dalam kebun pisang
Anggota polis membawa mayat mangsa keluar dari kebun pisang tempat ditemui.
Mati dalam kebun pisang
WAN JAMIL
SELAMA – Seorang pekebun terkejut apabila menemui mayat warga emas di kawasan kebun pisang berdekatan pemancar Digi, di Redang panjang satu kilometer dari rumah mangsa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Hasan Awang, 71, ditemui  pekebun berkenaan yang kebetulan berada di kawasan itu dan terhidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Seperintendan  Wan Jamil Wan Chik berkata, ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan masih lengkap berpakaian, selain mempunyai parang panjang di sisi sebelah kanannya ketika mayat ditemui.

Menurutnya, difahamkan mangsa mati mengejut akibat serangan jantung ketika menebas di kebun miliknya.

“Kami mendapati masih ada kesan semak yang ditebas mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Wan Jamil berkata, mangsa tinggal di Perumahan Awam Redang Panjang dan dimaklumkan kali terakhir dilihat jiran  pada Ahad lalu ketika menghadiri satu majlis kenduri pada waktu tengah hari.

Jelasnya, mangsa dipercayai keluar ke kebun berkenaan pada waktu petang selepas menghadiri kenduri.

"Mangsa ke kebun dengan menunggang motosikal dan diletakkan berhampiran sebuah pondok.

“Malah difahamkan mangsa sebelum ini pernah mengalami strok dan sakit jantung,, Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Wan Jamil berkata, mangsa tinggal berseorangan selepas kematian isteri manakala anak-anak tinggal berasingan selepas mendirikan rumah tangga.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selama untuk bedah siasat,” katanya.

Mekanik maut rempuh lori

Mekanik maut rempuh loriProton Saga dipandu Kahirul Nizam remuk dirempuh sebuah lori pasir dalam kejadian di sempadan antara Felda Jengka 19 dan Felda Jengka 18, semalam.
JENGKA 19 - Seorang mekanik maut apabila Proton Saga yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori pasir 10 tan di Kilometer 30.1, Jalan Bandar Jengka menuju Temerloh, semalam.

Mangsa, Mohd Khairul Nizam Abdul Rahim, 28, dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar jirannya ke Temerloh.

Sahabat baik mangsa, Norazam Mohamad, 31, berkata, kali terakhir dia bertemu Khairul Nizam pada dua hari lalu.

“Dua hari lepas saya minta tolong dia belikan air batu. Saya ajak dia minum bersama, tetapi dia tolak.

“Arwah tidak menunjukkan tanda pelik, cuma sejak sebulan ini, kami jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerja masing-masing,” katanya.

Norazam berkata, arwah baru sahaja mula bekerja sebagai mekanik dua bulan lalu dan merancang untuk bertunang dengan gadis pilihannya yang berasal dari Kuantan.

Bapa mangsa, Abdul Rahim Abdul Rahman, 58, berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya pada jam 8.30 pagi semalam.

“Arwah memang sangat rapat dengan maknya. Apa-apa hal dia akan beritahu mak dia. Pagi tadi (semalam) dia keluar hantar jiran,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 12 tengah hari.

“Kereta yang dipandu mangsa terlanggar pembahagi jalan sebelah kiri sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori pasir 10 tan," katanya.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat bandar Jengka, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan orang ramai yang datang membantu apabila terlihat kejadian terbabit.

“Mangsa dihantar ke Hospital Jengka dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala,” katanya.

32 rumah terjejas banjir kilat

32 rumah terjejas banjir kilatPenduduk terpaksa meredah banjir kilat untuk mengeluarkan barangan elektrik setelah rumah dinaiki air.
BAGAN SERAI - Hujan lebat luar biasa ditambah keadaan air laut pasang besar menyebabkan sejumlah 32 rumah dilanda banjir kilat melibatkan dua kampung di Jalan Banjar, di sini malam kelmarin.

Daripada keseluruhan jumlah itu, Sinar Harian mengenal pasti sebanyak 25 rumah dilanda banjir kilat setinggi setengah meter di Kampung Masjid Tinggi, manakala lebihan tujuh rumah dikenal pasti dinaiki air bah di Kampung Teluk Peribu.

Hampir keseluruhan rumah di dua kampung itu dilanda banjir kilat selepas hujan lebat luar biasa selama lebih tiga jam dan menyebabkan lebih 10 rumah yang terletak pada paras rendah menerima impak buruk.

Mangsa banjir, Hamsah Yam, 72, berkata, kebanyakan penduduk Kampung Masjid Tinggi terpaksa mengharungi banjir kilat setiap kali hujan dan situasi itu menjadi kebiasaan apabila sebanyak tiga kejadian serupa terjadi pada tahun lalu.

Menurutnya, masalah berpunca daripada keadaan parit di sepanjang kampungnya yang tidak diselenggara dengan baik dan menyebabkan limpahan air parit memasuki rumah penduduk sekiranya hujan turun melebihi sejam.

“Keadaan itu ditambah pula dengan pengaliran air parit keluar ke sungai berdekatan sangat perlahan disebabkan kapasiti parit sedia ada amat sempit dan perlu dinaik taraf,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Kampung Masjid Tinggi semalam.

Turut hadir melawat kejadian banjir ialah Ketua Umno bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohd Fikri Radzuan yang mewakili Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali, jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian.

6 jam hujan tanpa henti

Hamsah berkata, hujan lebat bermula jam 11 malam kelmarin sehingga jam 5 pagi semalam mula mengakibatkan hampir keseluruhan rumahnya dinaiki air.

Menurutnya, dia kini mengalami kesukaran untuk membersihkan rumah dan menyelamatkan beberapa peralatan elektrik yang terdapat di rumahnya disebabkan tinggal seorang diri dan keadaan banjir tidak kunjung surut.

“Saya terkejut tengok tilam dan barangan rumah terapung di atas air di (bahagian) bawah rumah lepas bangun tidur jam 5 pagi.

“Mujurlah barangan elektrik dan beberapa barangan perabot juga tidak rosak dilanda banjir kilat. Jika tidak, tidak tahulah macam mana saya hendak baikinya,” katanya.

Hasmah turut menyatakan kebimbangan keadaan banjir kilat menjadi semakin parah sekiranya tiada mekanisme penyelesaian segera dicapai.

“Kebiasaannya keadaan banjir sebegini memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk air bah surut sepenuhnya.

“Justeru, saya berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) prihatin dengan nasib penduduk dengan segera menjalankan kerja penyelenggaraan membersihkan parit bagi melancarkan pengaliran air ke sungai,” katanya.

Tambah kekerapan penyelenggaraan

Ketua Kampung Masjid Tinggi, Mohd Hamsan Aini ketika ditemui menegaskan rumah Hamsah merupakan salah satu daripada 25 rumah dilanda banjir kilat yang kerap berlaku di kampung itu.

Menurutnya, kerja penyelenggaraan dan mencuci parit kampung itu kebiasaannya dilakukan sebanyak dua kali setahun dan pihaknya memohon kadar kerja penyelenggaraan ditambah kepada empat kali setahun.

Tiada pembersihan berkala

Sementara itu, dalam kejadian banjir kilat di Kampung Teluk Peribu 1 dan 2, Ketua Kampung Teluk Peribu, Abdullah Sani Hamzah menegaskan sejumlah tujuh rumah terlibat dengan banjir kilat di mana dua daripadanya dinaiki air sehingga paras betis.

Menurutnya, keadaan hujan lebat luar biasa ditambah air laut pasang menyebabkan limpahan air sungai memasuki rumah penduduk terlibat dalam masa singkat.

“Selain itu, ia juga berpunca daripada masalah perparitan akibat ketiadaan kerja pembersihan berkala oleh pihak bertanggungjawab. Bagaimanapun, saya bersyukur Datuk Zaili (Cha) dan pegawai JPS hadir memberi jaminan akan menjalankan kerja mencuci parit dengan segera,” katanya.

JPS, JKR sedia selesaikan masalah

Dalam pada itu, Zaili ketika ditemui menegaskan pegawai JPS sudah memberi jaminan kepada pihaknya untuk menjalankan kerja-kerja mengorek dan mencuci parit utama kampung bagi memastikan aliran air ke sungai lebih lancar.

“Pegawai JPS yang hadir turut menegaskan kerja-kerja mengorek selut dan mencuci parit akan disiapkan dalam masa sebulan, manakala masalah parit di Kampung Masjid Tinggi juga akan diselesaikan pihak JKR dalam masa terdekat.

“Justeru, saya berharap jaminan penyelesaian diberikan agensi kerajaan terlibat dapat mengurangkan kebimbangan penduduk mengenai ancaman banjir kilat,” katanya.

32 rumah terjejas banjir kilat

32 rumah terjejas banjir kilatPenduduk terpaksa meredah banjir kilat untuk mengeluarkan barangan elektrik setelah rumah dinaiki air.
BAGAN SERAI - Hujan lebat luar biasa ditambah keadaan air laut pasang besar menyebabkan sejumlah 32 rumah dilanda banjir kilat melibatkan dua kampung di Jalan Banjar, di sini malam kelmarin.

Daripada keseluruhan jumlah itu, Sinar Harian mengenal pasti sebanyak 25 rumah dilanda banjir kilat setinggi setengah meter di Kampung Masjid Tinggi, manakala lebihan tujuh rumah dikenal pasti dinaiki air bah di Kampung Teluk Peribu.

Hampir keseluruhan rumah di dua kampung itu dilanda banjir kilat selepas hujan lebat luar biasa selama lebih tiga jam dan menyebabkan lebih 10 rumah yang terletak pada paras rendah menerima impak buruk.

Mangsa banjir, Hamsah Yam, 72, berkata, kebanyakan penduduk Kampung Masjid Tinggi terpaksa mengharungi banjir kilat setiap kali hujan dan situasi itu menjadi kebiasaan apabila sebanyak tiga kejadian serupa terjadi pada tahun lalu.

Menurutnya, masalah berpunca daripada keadaan parit di sepanjang kampungnya yang tidak diselenggara dengan baik dan menyebabkan limpahan air parit memasuki rumah penduduk sekiranya hujan turun melebihi sejam.

“Keadaan itu ditambah pula dengan pengaliran air parit keluar ke sungai berdekatan sangat perlahan disebabkan kapasiti parit sedia ada amat sempit dan perlu dinaik taraf,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Kampung Masjid Tinggi semalam.

Turut hadir melawat kejadian banjir ialah Ketua Umno bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohd Fikri Radzuan yang mewakili Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali, jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian.

6 jam hujan tanpa henti

Hamsah berkata, hujan lebat bermula jam 11 malam kelmarin sehingga jam 5 pagi semalam mula mengakibatkan hampir keseluruhan rumahnya dinaiki air.

Menurutnya, dia kini mengalami kesukaran untuk membersihkan rumah dan menyelamatkan beberapa peralatan elektrik yang terdapat di rumahnya disebabkan tinggal seorang diri dan keadaan banjir tidak kunjung surut.

“Saya terkejut tengok tilam dan barangan rumah terapung di atas air di (bahagian) bawah rumah lepas bangun tidur jam 5 pagi.

“Mujurlah barangan elektrik dan beberapa barangan perabot juga tidak rosak dilanda banjir kilat. Jika tidak, tidak tahulah macam mana saya hendak baikinya,” katanya.

Hasmah turut menyatakan kebimbangan keadaan banjir kilat menjadi semakin parah sekiranya tiada mekanisme penyelesaian segera dicapai.

“Kebiasaannya keadaan banjir sebegini memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk air bah surut sepenuhnya.

“Justeru, saya berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) prihatin dengan nasib penduduk dengan segera menjalankan kerja penyelenggaraan membersihkan parit bagi melancarkan pengaliran air ke sungai,” katanya.

Tambah kekerapan penyelenggaraan

Ketua Kampung Masjid Tinggi, Mohd Hamsan Aini ketika ditemui menegaskan rumah Hamsah merupakan salah satu daripada 25 rumah dilanda banjir kilat yang kerap berlaku di kampung itu.

Menurutnya, kerja penyelenggaraan dan mencuci parit kampung itu kebiasaannya dilakukan sebanyak dua kali setahun dan pihaknya memohon kadar kerja penyelenggaraan ditambah kepada empat kali setahun.

Tiada pembersihan berkala

Sementara itu, dalam kejadian banjir kilat di Kampung Teluk Peribu 1 dan 2, Ketua Kampung Teluk Peribu, Abdullah Sani Hamzah menegaskan sejumlah tujuh rumah terlibat dengan banjir kilat di mana dua daripadanya dinaiki air sehingga paras betis.

Menurutnya, keadaan hujan lebat luar biasa ditambah air laut pasang menyebabkan limpahan air sungai memasuki rumah penduduk terlibat dalam masa singkat.

“Selain itu, ia juga berpunca daripada masalah perparitan akibat ketiadaan kerja pembersihan berkala oleh pihak bertanggungjawab. Bagaimanapun, saya bersyukur Datuk Zaili (Cha) dan pegawai JPS hadir memberi jaminan akan menjalankan kerja mencuci parit dengan segera,” katanya.

JPS, JKR sedia selesaikan masalah

Dalam pada itu, Zaili ketika ditemui menegaskan pegawai JPS sudah memberi jaminan kepada pihaknya untuk menjalankan kerja-kerja mengorek dan mencuci parit utama kampung bagi memastikan aliran air ke sungai lebih lancar.

“Pegawai JPS yang hadir turut menegaskan kerja-kerja mengorek selut dan mencuci parit akan disiapkan dalam masa sebulan, manakala masalah parit di Kampung Masjid Tinggi juga akan diselesaikan pihak JKR dalam masa terdekat.

“Justeru, saya berharap jaminan penyelesaian diberikan agensi kerajaan terlibat dapat mengurangkan kebimbangan penduduk mengenai ancaman banjir kilat,” katanya.

5 bot laut dalam ceroboh zon nelayan

BACHOK - Jabatan Perikanan Kelantan menahan lima bot laut dalam tempatan kerana menangkap ikan dan sotong di kawasan zon yang dikhaskan kepada nelayan tradisional dalam operasi selama tiga hari berakhir hari ini.

Pengarahnya Mohamad Mat Saman berkata bot pukat jerut kelas C, sebuah bot pukat tunda kelas C dan sebuah bot pukat sotong itu ditahan ketika menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai negeri ini.

"Seramai 50 awak-awak dan lima tekong ditahan...ikan dan sotong bernilai RM5,000 dirampas," katanya kepada pemberita di Kompleks Perikanan Tawang di sini, hari ini.

Mohamad berkata sebelum ini pihaknya banyak menerima aduan daripada nelayan tradisional bahawa kawasan mereka kerap diceroboh oleh bot laut dalam sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Beliau berkata jika didapati bersalah, mereka boleh dikompaun tidak kurang RM500 dan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perikanan Terengganu akan terus memantau kawasan itu bagi mengelak pendapatan nelayan tradisional terjejas dan merosakkan kawasan pembiakan ikan.

Kawasan zon itu menjadi tumpuan nelayan kerana mengandungi banyak sotong antara Mei hingga Julai setiap tahun.

Mohamad berkata kegiatan bot laut dalam itu mungkin berpunca daripada harga sotong di pasaran tempatan sekarang melambung kepada RM18 sekilogram. - Bernama

Didakwa bunuh warga emas



Didakwa bunuh warga emas
Sivakumar ketika dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, semalam.
IPOH - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dalam kejadian samun, bulan lalu.

S Sivakumar, 28, didakwa membunuh A Sampuranam, 75, di rumah mangsa di Taman Silibin, Jelapang, dekat sini antara jam 1.30 petang dan 2.30 petang, 28 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Norbert Liew Chee Vui mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Haslinda Ab Raof.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 19 Ogos ini sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sebelum ini akhbar melaporkan, Sampuranam ditemui terbaring berlumuran darah oleh cucu perempuan mangsa di dapur rumahnya.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat dipukul menggunakan objek keras.

Amukan mat rempit



Amukan mat rempit
Keadaan kereta mangsa yang rosak teruk akibat amukan geng mat rempit Ahad lalu.
IPOH – Hanya kerana salah faham, tiga sekawan terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila dikepung dan diserang sekumpulan ‘mat rempit’  ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Tambun berhampiran Hospital Pantai Puteri, di sini, malam minggu lalu.

Kejadian sekitar jam 4 pagi itu turut mengakibatkan salah seorang daripada mereka mengalami cedera parah setelah  dibelasah teruk oleh kumpulan berkenaan.  

Mangsa, B Patmaraj, 28, dilaporkan mengalami kecederaan serius di dada serta kepala dipercayai akibat hentakan topi keledar serta alatan kunci motosikal.  

Sehingga semalam, Patmaraj dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke wad awal pagi Ahad lalu dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Terkandas dalam  kepungan motosikal

Mengimbas detik mencemaskan itu, salah seorang rakan mangsa K Yogan, 32, berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke Simpang Pulai setelah  menjamu selera di sebuah restoran di bandar raya.
Menurut nya, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat tersebut, mereka mendapati keadaan menjadi sesak dengan kehadiran puluhan penunggeng motosikal  hingga mengakibatkan mereka tersekat di situ.
“Kami tidak dapat bergerak kerana mereka terlalu ramai. Oleh itu, kami sekadar duduk di dalam kereta sambil berbual sesama sendiri serta mendengar lagu.
“Bagaimanapun dengan tidak semena-mena seorang daripada penunggang motosikal itu  menendang kereta yang kami naiki dari arah belakang sambil menunjukkan  isyarat agar kami keluar daripada kereta,” katanya.

Yogan berkata, penunggang motosikal itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan gelagat mereka bertiga yang didakwanya seakan mengejek mereka.
Katanya, penunggang motosikal itu kemudiannya memanggil rakan-rakannya yang lain dan dalam sekelip mata kereta yang mereka naiki 'terkepung' dengan puluhan motosikal selain ada di antara mereka yang menendang kereta, menghentak topi keledar hingga ada yang menaiki bumbung kereta berkenaan.
“Mereka (mat rempit) bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta serta memukul kami yang berada di dalam kereta. Saya sendiri terperosok di dalam kereta diterajang oleh kumpulan berkenaan.
“Lebih malang apabila rakan saya, Patmaraj yang keluar untuk melarikan diri berjaya dicekup oleh kumpulan berkenaan sebelum dibelasah tanpa belas kasihan sebelum seorang lagi rakan saya berjaya melarikan diri.

“Saya telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, kelmarin dan berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengenal pasti mat rempit yang terlibat,” katanya.

Mahu tindakan tegas

Sementara itu, bapa mangsa, M Balakrishnan, 60 berkata, sudah tiba masanya tindakan sekeras-kerasnya dikenakan kepada golongan mat rempit berkenaan.
Katanya, insiden melibatkan golongan ‘mat rempit’ ini semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan malah pernah mengakibatkan kesan yang lebih serius.
Oleh itu menurutnya, semua pihak termasuk pihak polis, orang ramai malah pihak kerajaan sendiri perlu bekerjasama bagi membendung dan seterusnya membasmi kegiatan ini daripada terus berleluasa.

“Bagi saya, perkara seperti ini bukan hanya melilbatkan pihak polis semata-mata, tetapi pihak kerajaan juga perlu ‘turun padang’ bagi membasmi kegiatan ini.

“Sudah tiba masanya ‘mat-mat rempit’ ini dikenakan tindakan tegas supaya perkara-perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Bapa mertua mangsa, K Ananthan, 47, pula berkata, dirinya agak pelik kerana dalam tempoh setengah jam, kumpulan mat rempit berkenaan ‘bermaharajalela’ dengan merosakkan kereta serta membelasah menantunya,
Patmaraj, tidak kelihatan pun anggota polis di kawasan berkenaan.

Katanya, adalah mustahil pihak polis tidak melakukan rondaan di kawasan berkenaan, kerana seringkali diadakan sekatan jalan di situ.

“Saya bukan pertikaikan tugas polis, tetapi saya sangat berharap agar perkara sebegini diberi perhatian serius. Bagaimana kawasan berhampiran sebuah hospital boleh dipenuhi dengan golongan ‘mat-mat rempit’ ini?

“Dah banyak kali perkara  seperti ini berlaku dan golongan mat rempit ini pun semakin hari semakin banyak,” katanya lagi.

Bimbang tong gas meletup



Bimbang tong gas meletup
Nor Hidayu menunjukkan dapur kedai yang hampir terbakar selepas berlaku kebakaran kecil, semalam.
Bimbang tong gas meletup
Tong gas yang hampir meletup.
PONTIAN – Seorang pembantu kedai di taman rekreasi awam tepi Pantai Rambah, dekat sini, berdepan detik cemas, selain bimbang tong gas di dapur premis perniagaan tempatnya bekerja meletup, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, Nur Hidayu Hamiden, 22, yang keseorangan menghidupkan api dapur gas untuk memasak air sebelum terhidu bau hangit.

“Tidak lama selepas saya menghidu bau hangit itu, saya lihat ada api di bahagian dapur.

“Alangkah terkejutnya saya melihat api sudah mula merebak di bahagian keseluruhan dapur dan hampir terkena tong gas,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia cuba memadam api tersebut, tetapi tiupan angin laut yang kencang menyebabkan api kian marak.

“Saya yang cemas terus berlari keluar kedai dan minta bantuan daripada orang ramai serta segera menghubungi bomba.

“Mujur bomba sampai segera jika tidak, mungkin tong gas meletup menyebabkan kebakaran yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba Pontian Baru, Zulbahry Sulong berkata, seramai 12 anggota bomba berserta dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan sekitar jam 1.16 tengah hari.

Katanya, sebaik saja tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati dapur gas memasak di kedai terbabit sedang terbakar.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan tong gas tersebut dan memadam kebakaran daripada merebak ke seluruh bahagian bangunan kedai.

“Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM150 dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan,” 

Mayat berbungkus dalam parit



Mohamad Nasir Ramli
Mohamad Nasir Ramli
MUAR – Mayat seorang lelaki ditemui polis dalam keadaan tangan dan kaki terikat menggunakan tali selain dibungkus dengan kain, dipercayai telah dibunuh.

Ia ditemui dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Pegam, Sungai Terap, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, mayat yang dipercayai warga tempatan itu dianggarkan berusia antara 25 hingga 35 tahun dan dijumpai oleh pekebun kawasan berhampiran sekitar jam 1.15 petang kelmarin.

“Mangsa ditemui lengkap berpakaian dan terdapat banyak kesan lebam pada mukanya dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Mohamad Nasir berkata, pihaknya menganggarkan mangsa sudah meninggal dunia antara 12 hingga 24 jam yang lalu.

“Setakat ini polis tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar kerana tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Berdasarkan hasil siasatan awal, kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke kawasan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu dapat menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Imigresen Kelantan tahan 35 warga asing


KOTA BAHRU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan 35 warga asing tanpa izin dalam operasi yang dilakukan di tiga lokasi di sini, malam tadi.
   
Ketua Penguatkuasa Imigresen Kelantan Abdul Rasek Abu Bakar berkata mereka merupakan antara 106 warga asing yang diperiksa dalam operasi serentak yang bermula pada 10 malam di Melor dan Kok Lanas di sini serta Kebakat di Tumpat.
   
Kesemua 35 tahanan berumur antara 16 hingga 43 tahun itu, tidak mempunyai pas lawatan kerja dan masuk ke negara ini untuk bekerja dalam sektor pembinaan dan jahitan pakaian, katanya kepada pemberita di pejabat Imigresen Negeri Kelantan di sini hari ini.
   
Beliau berkata 35 warga asing itu terdiri daripada Thailand, Myanmar, Indonesia, Pakistan dan India.  

Katanya, lima warga Pakistan dan seorang warga India itu ditahan ketika sedang menjahit tudung di sebuah rumah di Kampung Kebaka dan selebihnya warga Thailand dan Indonesia ditahan di premis pembinaan di Kok Lanas dan Melor.
   
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa pas sah.
   
"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh disebat," katanya.
   
Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga asing di kawasan mereka agar melaporkanya.
   
"Kerjasama daripada penduduk setempat amat dialu-alukan bagi kami menjalankan siasatan dan tangkapan," katanya. - Bernama

Majistret Baling nyaris maut

Majistret Baling nyaris maut
Keadaan kenderaan Mohd Faiz.

KUALA KETIL - Majistret Mahkamah Baling, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli nyaris maut dalam kemalangan di Kilometer 26.1 berdekatan Ladang Kim Seng, Kuala Ketil kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku setelah kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan ketika melalui jalan yang berselekoh di kawasan itu.

Seorang lagi pemandu merupakan anggota polis iaitu Lans Koperal, Mohd Faiz Mohd Shukri yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Baling.

Majistret Baling nyaris maut
Keadaan kenderaan Mohd Khairul.
Pertembungan itu mengakibatkan kenderaan yang dinaiki Mohd Khairul berpusing beberapa kali dan kedua kenderaan itu remuk teruk.

Bagaimanapun, kedua mereka hanya mengalami kecederaan ringan di beberapa anggota badan dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Difahamkan, Mohd Khairul dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang atas urusan kerjanya manakala Mohd Faiz dalam perjalanan ke tempat kerjanya di IPD Baling.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan punca kemalangan adalah disebabkan laluan yang berselekoh selain jalan yang licin akibat hujan.

Dua peragut diberkas

Dua peragut diberkas
Dua suspek kes ragut berjaya diberkas.
KUALA LUMPUR - Dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes ragut di sekitar Lembah Klang, berjaya diberkas di Setapak, awal pagi semalam.

Ketika kejadian pada jam 4.30 pagi itu, sepasukan anggota polis yang membuat rondaan di sekitar kawasan Setapak mendapati empat lelaki yang menaiki dua motosikal jenis Yahama 125Z dalam keadaan mencurigakan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata, suspek berkenaan melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota polis.

“Ketika polis mengejar mereka, tiba-tiba dua suspek itu terjatuh apabila motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas. Pembonceng motosikal itu didapati membuang sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S3 ke dalam semak kira-kira 100 meter dari tempat mereka terbabas,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati motosikal dinaiki suspek berusia dalam lingkungan 19 dan 20 tahun itu turut dilaporkan dicuri.

“Kedua-dua yang ditahan itu turut mempunyai rekod lampau berhubung kes curi motosikal, pecah rumah dan dadah,” katanya.

Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati kedua suspek dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes ragut di Wangsa Maju, Setapak, Gombak dan ibu kota.

“Telefon bimbit yang diragut itu dijual di sebuah kedai telefon bimbit di Setapak, manakala beg mangsa ragut pula dibuang ke sungai.

“Dua lagi rakan suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal Yamaha 125Z berwarna biru,” katanya.

Wang palsu: Suami isteri ditahan


SHAH ALAM - Polis menahan empat individu termasuk pasangan suami isteri, seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia minggu lepas kerana dipercayai terlibat dalam 13 kes pembelian telefon bimbit menggunakan wang palsu membabitkan kerugian RM21,000 sejak Oktober tahun lepas.
   
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata pasangan berumur 29 dan 28 tahun itu ditangkap di tempat letak kereta Flat Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini, kira-kira 9.45 pagi, 5 Jun lepas.
   
Beliau berkata suspek lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan isterinya yang tidak bekerja kemudian membawa polis ke unit kediaman mereka dan menjumpai enam telefon bimbit jenama Samsung Note II, Samsung Galaxy S4, Sony Ericsson, Nokia dan Alcatel.
   
"Modus operandi pasangan suami isteri ini ialah mereka akan hubungi mangsa yang mengiklankan penjualan telefon bimbit melalui laman web mudah.com dan mereka akan berjumpa dengan mangsa untuk membeli telefon bimbit. Selepas menerima telefon bimbit, mereka membuat bayaran dengan wang palsu yang diletak dalam sampul surat.
   
"Selepas mangsa terima sampul surat itu, pasangan suami isteri terbabit akan segera beritahu bahawa mereka perlu ambil anak di sekolah serta tergesa-gesa meninggalkan mangsa tanpa sempat mangsa memeriksa wang berkenaan. Setelah diperiksa, mangsa dapati wang dalam sampul adalah wang palsu yang mempunyai nombor siri sama," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
     
Thaiveegan berkata siasatan ke atas pasangan membawa kepada penahanan seorang penghantar surat berumur 30 tahun yang merupakan abang suspek wanita itu di rumahnya di flat sama pada 2 petang, 11 Jun lepas.
   
Beliau berkata semasa tangkapan itu, polis turut merampas tiga keping wang kertas RM100 dipercayai palsu dan beberapa imej wang yang belum siap sepenuhnya.
   
Kira-kira setengah jam kemudian, katanya, polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 27 tahun yang datang ke rumah suspek lelaki berkenaan.
   
Siasatan mendapati lelaki Indonesia itu tiada sebarang dokumen perjalanan dan menemui lapan keping wang kertas RM100 disyaki palsu.
   
"Suspek itu kemudian membawa polis ke rumahnya di Kampung Medan, Petaling Jaya dan di sana, polis merampas sebuah pencetak 3 dalam 1 berfungsi untuk mengimbas, fotostat dan mencetak, banyak helaian wang kertas palsu yang rosak selepas dicetak serta barangan lain untuk membuat wang palsu seperti kertas A4, gunting dan kertas kilat. Mereka dipercayai memproses wang palsu berkenaan di rumah lelaki Indonesia itu," katanya.
   
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kesemua suspek telah menjalankan kegiatan itu sejak Oktober tahun lepas dan lelaki Indonesia serta penghantar surat terbabit didapati turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.  

Thaiveegan berkata kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan iaitu memiliki wang palsu dan 489D Kanun yang sama bagi kesalahan membuat atau memiliki peralatan mencetak wang palsu. - Bernama

Pengurus PPK dipenjara palsu dokumen


ALOR SETAR - Seorang Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sanglang, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, denda RM380,000 atau penjara dua tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku salah terhadap dua tuduhan memalsukan dokumen dan tiga pecah amanah yang dilakukan pada 2011 dan 2012.

Hakim Mohd Rosli Osman membuat keputusan itu terhadap Mohd Faizal Azmi Bazir, 36.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Faizal didakwa memalsukan butiran dalam pesanan kerajaan mengenai kerja membina gelanggang boling padang dan lot meletak kereta di Kampus Wilayah Utara, Institut Aminuddin Baki, Jitra berjumlah RM44,600 bertarikh 1 Mac 2011 di Bangunan Menara Peladang, Kota Setar di sini, namun kerja-kerja itu tidak pernah dikeluarkan institut berkenaan.

Dalam pertuduhan kedua, Mohd Faizal didakwa memalsukan butiran dalam pesanan kerajaan mengenai kerja menaik taraf kemudahan blok sabitan dan bilik rawatan Penjara Alor Setar berjumlah RM24,700 bertarikh dan di tempat sama, namun kerja-kerja itu tidak pernah dikeluarkan jabatan berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) Akta yang sama bagi kedua-dua pertuduhan.

Jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd Faizal boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mohd Rosli kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula tarikh jatuh hukum dan denda RM250,000 atau setahun penjara bagi pertuduhan pertama, manakala penjara empat tahun bermula tarikh jatuh hukum dan denda RM130,000 atau setahun penjara bagi pertuduhan kedua.

Hukuman penjara berjalan serentak. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat Mohd Faizal didakwa melakukan pecah amanah apabila menunaikan dua cek masing-masing bernilai RM3,718 dan RM26,998 yang telah diamanahkan ke atas urusan harta benda dan kewangan di PPK Sanglang, untuk kepentingan sendiri di Maybank Berhad Cawangan Kodiang pada 22 Mac 2012 dan 5 April 2012.

Dia juga didakwa melakukan pecah amanah di pejabat PPK Sanglang apabila menyalahgunakan wang runcit PPK Sanglang berjumlah RM2,000 bagi tujuan pembelian komputer sedangkan tiada sebarang pembelian komputer dibuat pada 29 Mei 2012.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan berkenaan Mohd Faizal didakwa megikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun
dan sebat dan denda.

Dia kemudiannya dijatuhi penjara dua tahun (bermula tarikh hukuman) dan satu sebatan bagi pertuduhan ketiga, tiga tahun penjara (bermula selepas hukuman penjara pertuduhan pertama dan kedua selesai) dan dua sebatan bagi pertuduhan keempat.

Bagi kesalahan seterusnya Mohd Faizal dihukum penjara dua tahun (bermula tarikh hukuman) dan satu sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan timbalan pendakwa raya SPRM Fieza Fazlin Fandi dan Syahrul Khuzaini Amiruddin, manakala Mohd Faizal tidak diwakili peguam. - Bernama

Pengawal keselamatan didakwa bunuh paderi AS


KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas pertuduhan membunuh seorang paderi warga Amerika bulan lepas.

Shahbaz, 25, bersama empat lagi yang masih bebas, didakwa membunuh David James Ginter, 62, di No 2, Lorong 2A, Taman Sri Ukay, Hulu Kelang, Ampang Jaya, di sini antara 5.30 petang 3 Mei dan 10.45 pagi hari berikutanya.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 18 Julai untuk sebutan sementara menunggu laporan bedah-siasat.

Shahbaz turut dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas dia mengaku bersalah tinggal melebihi tempoh di negara ini, iaitu lebih 49 hari.  

Ayuni memerintahkan Shahbaz menjalani hukuman bermula hari ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Menara IMC, Jalan Sultan Ismail, Dang Wangi, di sini pada 5.08 pagi, 29 Mei mengikut Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 iaitu pelanggaran seksyen 15 (1)(c) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya S.Purnima mewakili pendakwaan manakala Shahbaz tidak diwakili peguam. - Bernama

Waris bayi diminta tampil

Waris bayi diminta tampil
MUHAMMAD IKHSAN
SENAI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru sedang mengesan waris seorang bayi berusia kira-kira 14 hari yang dijumpai dalam bakul sebuah motosikal di Flat Taman Melawati, Skudai.

Pegawainya, Kamruddin Karim berkata, bayi lelaki berkenaan dikenali sebagai Muhammad Ikhsan dijumpai orang awam di bawah flat berkenaan yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nusajaya.

“Bayi berkenaan telah dirujuk oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dijumpai oleh orang awam di dalam bakul motosikal.

“Dia telah diselamatkan pihak JKM dan kini dalam perlindungan sementara di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kamaruddin berkata, JKM tidak dihubungi mana-mana pihak berhubung kehilangan bayi berkenaan.

Justeru, katanya, orang ramai yang maklumat mengenai bayi itu diminta menghubungi JKM.

“Mana-mana pihak yang tahu mengenai asal-usul atau ibu bapa bayi ini diminta menghubungi kami di talian 07-2232606.

“Maklumat berkaitan keluarga kandung bayi ini amat penting demi membincangkan soal masa depannya, kerjasama orang ramai amat diperlukan,” katanya.

Pelajar ketagih air ketum


PADANG RENGAS – Tidak cukup dengan pelanggan sedia ada, peniaga air ketum kini menjadikan pelajar sekolah di sekitar kawasan ini sebagai sasaran mengaut lebih keuntungan.

Kegiatan itu dikesan sejak setahun lalu apabila peniaga terbabit menjalankan aktiviti secara sembunyi di sebuah kampung bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Ismail Harun, 47, berkata, penjualan air ketum dengan harga sekitar RM10 menyebabkan ramai pelajar sekolah mampu membelinya.

Menurutnya, daripada pemantauan dibuat, antara yang kerap membeli air ketum adalah mereka berusia lingkungan 16 dan 17 tahun.

“Mereka yang umur 15 tahun juga ada, sampai bila kita nak biarkan pelajar sekolah terus-terusan membeli dan minum air ketum sedangkan kita tahu air tersebut tidak baik untuk kesihatan malah pelajaran mereka.

“Penjual pun seperti ingin mengaut untung lebih dengan menjual air ketum kepada pelajar sekolah sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

“Bayangkan satu bungkus air ketum dijual dengan harga RM10. Sehari kadang-kadang mereka boleh jual sampai 40 bungkus. Bayangkan berapa untung yang mereka dapat.

“Ada saya dengar penjual air ketum boleh mendapat pendapatan mencecah RM10,000 satu bulan,” katanya.

Gesa sekolah pantau

Timbalan Pegawai Pelajaran Kuala Kangsar, Safuan Raba’ai menggesa pihak sekolah di kawasan berkenaan mengenal pasti pelajar terlibat dengan ketagihan ketum dengan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah tersebut.

Beliau berkata, pihaknya akan memilih jalan ‘pendidikan’ berbanding ‘hukuman’ bagi menangani isu berkenaan.

“Kita tidak akan mengambil pendekatan menghukum pelajar berkenaan sebaliknya kita mungkin akan menjalankan beberapa aktiviti untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang bahaya ketum.

“Pertama, kita akan beri nasihat dan kemudian akan hantar mereka ke sesi kaunseling. Ada beberapa fasa yang perlu dilalui dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar masyarakat turut memainkan peranan mereka dalam membendung masalah ini dan bukan hanya meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada pihak sekolah.

Polis akan siasat

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang menegaskan polis akan mengambil tindakan khas bagi mengatasi isu penjualan air ketum di Padang Rengas.

Menurutnya, penjual air ketum akan didakwa di bawah Seksyen 30 Akta Racun dan boleh didenda sehingga RM3,000 jika didapati bersalah.

‘Pulanglah Farahafifah’

‘Pulanglah Farahafifah’Maimun bersama suaminya, Daud Sulung, 64 merayu Farahafifah pulang kerana dia sekeluarga merinduinya.
TUMPAT – Seorang ibu khuatir keselamatan anak gadisnya berusia 17 tahun yang menghilangkan diri  sejak sebulan lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Palekbang untuk ke kedai berhampiran membeli alat tulis.

Maimun Abdullah, 57, berkata,kehilangan Farahafifah Daud hanya disedari selepas dia tidak pulang ke rumah pada keesokan harinya.

“Saya ingatkan dia tidur di rumah kawannya, tetapi selepas tiga hari dia tidak pulang, hati saya mula gelisah.

“Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Palekbang pada 14 Mei lalu berhubung kehilangan Farahafifah,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, anak gadisnya itu pernah menghilangkan diri sebelum ini tetapi selepas dua tiga hari dia pulang dengan selamat dengan menyatakan dia tidur di rumah kawan.

“Ini kali ke empat anak saya hilang, saya cukup khuatir keselamatannya kerana biasanya hanya dua tiga hari sahaja dia tidak pulang ke rumah.

“Kali ini sudah sebulan kehilangannya, saya risau persekolahannya kerana tahun ini dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya.

Maimun berkata, keluarganya ada menjejaki Farahafifah ke rumah rakan-rakannya, tetapi mereka juga tidak mengetahui di mana anaknya itu berada.

“Dia turun dari rumah pada hari kejadian itu pada jam 5 petang berpakaian baju t-shirt berwarna biru, memakai jean dan bertudung hitam serta membawa wang tunai RM10 dan juga telefon bimbitnya.

“Mykadnya ditinggalkan di rumah,” katanya yang memaklumkan Farahafifah anak bongsu daripada lapan beradik.

Menurutnya, dia ada cuba menghubungi telefon bimbit tetapi tidak diangkatnya dan merayu sesiapa yang ternampak Farahafifah menghubungditalian 013-9669585.

“Pulanglah Farahafifah, ibu dan ayah merindui kamu,” katanya.

Pelanggan lari selamat diri

Pelanggan lari selamat diriAnggota bomba sedang memeriksa sisa kebakaran di kedai makan Roimah dekat Dataran turut musnah. Kuala Besut.
KUALA BESUT -  Tiga pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Dataran Kuala Besut dekat sini, lari bertempiaran selepas dua kedai makan berkembar terbakar, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu,  pemilik kedai, Roimah Mamat, 38, ke tandas bersebelahan gerainya untuk bersiap mengerjakan solat Zuhur.

Menurut Roimah, ketika kejadian gerai makan dijaga adiknya, Fatimah, 24, manakala suaminya,  Hashim Ishak, 58, pulang sebentar ke rumah.

“Adik saya hanya menyedari ruang memasak terbakar apabila terdengar letupan kecil dan api marak dengan cepat lalu bergegas keluar menyelamatkan diri. Kedai bersebelahan juga turut terjejas.

“Ketika itu ada tiga pelanggan sedang makan tetapi mereka juga keluar menyelamatkan diri dan apabila saya keluar dari tandas, saya dapati bahagian gerai terbabit sudah terbakar,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Balai Besut, Hasmadi Jusoh, sebaik menerima panggilan pada jam 2.41 petang, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dan sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh bersama 13 anggota segera ke tempat kejadian.

Hasmadi berkata, api berjaya dikawal pada jam 3.16 petang.

Katanya, akibat kebakaran itu kedai milik Roimah musnah 100 peratus, manakala kedai sebelahnya 70 peratus.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Berikutan kejadian, Roimah kerugian wang tunai RM2,500 yang disimpan dalam begnya dan dokumen penting, selain RM100 hasil jualan pada hari berkenaan turut musnah.

Maut dirempuh babi


KUANTAN - Seorang bapa terbunuh manakala isteri dan tiga anaknya cedera selepas motosikal dinaiki lima beranak itu terjatuh akibat dirempuh seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 21.5 Jalan Ibam–Rompin , dekat Rompin, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Syed Abdullah Syed Ali, 32 dari Perumahan Mardi Stesen Mardi Bukit Ridan, Muadzam Shah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim dalam kenyataannya berkata, lima beranak itu menaiki motosikal jenis Modenass Kriss dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke bandar Muadzam Shah.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba melintas dari arah kanan ke kiri jalan sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa.

“Akibat rempuhan itu, motosikal terbabit hilang kawalan lalu terjatuh menyebabkan mangsa, isteri dan anak-anaknya tercampak ke atas jalan.

“Kemalangan menimpa lima beranak itu  disedari pengguna jalan lalu memaklumkan kepada polis,” katanya.

Mohamed Fauzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

“Isteri dan tiga anak mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan yang meragut nyawa kakitangan Mardi itu berpunca akibat haiwan melintas dan tidak melibatkan kenderaan lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek kes ragut diberkas

Suspek kes ragut diberkasSuspek kes ragut yang berjaya diberkas oleh pihak polis dengan bantuan orang awam.
ROMPIN – Seorang suspek kes ragut di sekitar bandar Tun Razak berjaya diberkas oleh anggota polis berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata, suspek yang ditangkap seorang pemuda dan dipercayai penganggur.

“Suspek berumur sekitar 20-an dan disyaki terlibat dengan beberapa kes ragut dan kes lain seumpamanya sebelum ini.

“Anggota polis dari Balai Tun Razak berjaya menangkap suspek di Felda Keratong 4, berdasarkan maklumat orang awam," katanya.

Katanya, terkejut dengan kemunculan anggota polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam selepas berlaku  pergelutan.

"Suspek dipercayai tidak mempunyai pekerjaan dan anak kepada seorang peneroka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut Johari, dari Januari hingga kini, tujuh kes ragut telah dicatatkan di sekitar bandar itu dan dipercayai dengan tertangkapnya suspek boleh menyelesaikan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rempuh lori tiada lampu

Rempuh lori tiada lampu
Keadaan van yang dinaiki mangsa.
JEMPOL - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas van yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang ingin membelok ke kanan di jalan besar Felda Serting Hilir, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, mangsa Muhammad Firdaus Abdul Wahab, 24, bersama rakan sekerjanya berumur 39 tahun yang memandu sebuah van jenis Nissan Datsun menghala ke jalan besar Keratong.

Menurutnya, ketika itu di hadapan mangsa terdapat sebuah lori muatan tong racun yang dipandu individu tidak dikenali dan dipercayai tiada lampu belakang.

"Apabila tiba di tempat kejadian, rakan mangsa tidak menyedari lori itu mahu membelok ke kanan jalan kerana keadaan jalan yang gelap.

"Pemandu van cuba mengelak daripada merempuh lori tersebut dan terus membelok ke kanan jalan, namun berlaku juga rempuhan kuat di bahagian depan van sebelah penumpang yang diduduki Muhammad Firdaus,” katanya.

Hamzah berkata, lori tersebut kemudiannya meluncur laju ke hadapan sebelah kiri jalan, manakala van tersebut melintang di bahagian kanan jalan.

"Mangsa yang tersepit di tempat duduk dan cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa d keluarkan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol sebelum dihantar ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, selepas kejadian itu, pemandu lori berkenaan melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di situ.

"Kini pihak polis sedang mencari pemandu lori tersebut yang bernombor pendaftaran JAN 2430 bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ini,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 06-4582222.

Pemandu van yang cedera di bahagian kepala juga dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Padah pinjam wang ah long


BATU PAHAT - Seorang pemilik hotel di sini terkejut apabila menemui tiga butir peluru hidup di tempat sembahyang di hotelnya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, lelaki berkenaan sedang melakukan pemeriksaan rutin hotelnya dan memantau kerja pembersihan yang dibuat pekerja.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, peluru tersebut dipercayai daripada pistol jenis .38 dan ia disusun menegak di hadapan tempat sembahyang hotel berkenaan.

Menurutnya, tiga peluru itu juga mempunyai catatan tahun dihasilkan dan polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan kes ugutan.

“Mangsa yang menemui peluru tersebut turut memaklumkan, sehari sebelum penemuan itu, dia didatangi dua lelaki yang ingin berjumpa isterinya.

“Lelaki terbabit mahu menuntut faedah bunga wang pinjaman ah long sejumlah RM14,000 dan polis tidak menolak penemuan peluru ini berkaitan perkara tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Din berkata, apabila mengetahui isteri mangsa tiada di hotel, kedua-dua lelaki terbabit membuat kacau dan menunjukkan rasa tidak puas hati sebelum beredar.

Tambahnya, sekitar jam 9 malam hari sama, seorang lelaki membaling botol arak ke arah pintu hotel berkenaan ketika mangsa berada di lobi premis itu.

“Selain ugutan dengan peluru hidup, mangsa juga memberitahu pernah diugut dengan pelbagai cara dipercayai oleh kumpulan ah long berkenaan, namun semuanya masih lagi dalam siasatan.

“Pada bulan lalu, isteri mangsa juga pernah diragut di depan hotel selepas diekori sebaik sahaja mengeluarkan wang dari bank,” katanya.

Din berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan polis kini giat mengesan suspek dipercayai ah long untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya membuat pinjaman wang daripada institusi disahkan kerajaan dan jangan sesekali meminjam daripada ah long kerana risikonya terlalu tinggi.

Polis temui semula kereta dicuri 12 tahun lalu


PADANG BESAR - Kecekapan anggota polis yang bertugas di pos kawalan sempadan di Wang Kelian di sini berjaya menyelesaikan kes kecurian sebuah kereta yang dilapor hilang 12 tahun lalu di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad berkata anggota berkenaan mengesan kereta jenis Proton Waja itu ketika kenderaan terbabit memasuki negara ini pada pukul 1.15 petang.

Polis turut menahan sepasang suami isteri warga Thailand berusia 46 dan 41 tahun bagi membantu siasatan kes, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurut Tengku Mohd Zailan, kereta itu dilapor hilang pada 21 Dis 2001, tiga bulan selepas dibeli oleh pemiliknya di Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati kereta itu dicuri dan dibawa ke Thailand sebelum dibeli pasangan suami isteri dari wilayah Pattani berkenaan untuk kegunaan keluarga.

Mereka juga mempunyai dokumen pemilikan kenderaan yang dikeluarkan negara Thailand dan tidak tahu kereta itu dicuri, katanya.

Menurutnya kes itu akan diserah kepada polis daerah Brickfields di ibu negara untuk siasatan lanjut. - Bernama

2 beradik didakwa pecah kedai


KUALA LUMPUR - Dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap pertuduhan melakukan pecah kedai membabitkan kerugian lebih RM29,000, Ahad lepas.
   
Muhamad Yusri Madjah@Muslim, 18, dan abangnya Muhamad Yusuf, 21, didakwa bersama-sama melakukan pecah kedai dan mencuri satu telefon bimbit serta enam komputer riba yang kesemuanya bernilai RM29,593 milik Epicenter Fahrenheit 88 di Jalan Bukit Bintang di sini pada 9.20 pagi, 9 Jun lepas.
   
Kedua-duanya yang bekerja kilang, didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
   
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam K.Muthiah yang mewakili mereka memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana ibu kedua-dua tertuduh hanya suri rumah manakala isteri Muhamad Yusuf sedang mengandung tujuh bulan.
   
Hakim Azwarnida Affandi membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang memerlukan mereka melaporkan diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.
   
Mahkamah menetapkan 26 Julai untuk sebutan kes. - Bernama

Wanita maut kemalangan Lebuh Raya Utara-Selatan


SEREMBAN - Seorang wanita maut manakala suaminya parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Km 249.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran hentian sebelah Senawang dekat sini hari ini.

Kereta Perodua Viva yang dipandu Julia Osman, 26, itu kemudian dilanggar sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang.

Kemalangan pada pukul 6.45 pagi itu menyebabkan Julia mati di tempat kejadian manakala suaminya Abdul Rahman Abu Bakar, 27, yang duduk di sebelah pemandu cedera parah.

Mayat Julia di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan suaminya yang cedera di kepala dan tangan kini dirawat di hospital sama, kata jurucakap polis.

Beliau berkata ketika kejadian, pasangan itu dikatakan dalam perjalanan dari Melaka ke Semenyih, Selangor.

"Pasangan yang tersepit dalam kereta itu dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang," katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033222. - Bernama

Polis serbu 2 premis judi haram, 7 ditahan


GEORGE TOWN - Polis merampas 10 set komputer yang telah diubahsuai untuk perjudian dan menahan enam lelaki dan seorang wanita dalam serbuan berasingan di kedai internet dan sebuah pusat hiburan di Air Itam, di sini hari ini dan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata dalam serbuan di kedai internet di Jalan Pasar pada 12.15 tengah hari, polis menahan pemilik premis dan dua pemain judi berusia 25 dan 50 tahun.

"Kedai berkenaan baru sahaja memulakan operasi dan ia dibuka bermula jam 12 tengah hari khusus kepada pekerja yang sedang berehat sehingga lewat malam," katanya kepada pemberita.

Dalam serbuan di pusat hiburan di Medan Angsana Bandar Baru pada 1.30 tengah hari semalam, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Singapura dan seorang wanita warga Vietnam berusia 30-an hingga 40-an yang berada dalam premis itu.

"Dalam serbuan itu kita turut merampas 10 komputer, tiga modem dan wang tunai berjumlah RM1,300," katanya.

Katanya pemilik premis boleh didakwa mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan manakala pemain judi mengikut Seksyen 7 (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000. - Bernama

Pengawal keselamatan didakwa bunuh paderi AS


KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas pertuduhan membunuh seorang paderi warga Amerika bulan lepas.

Shahbaz, 25, bersama empat lagi yang masih bebas, didakwa membunuh David James Ginter, 62, di No 2, Lorong 2A, Taman Sri Ukay, Hulu Kelang, Ampang Jaya, di sini antara 5.30 petang 3 Mei dan 10.45 pagi hari berikutanya.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 18 Julai untuk sebutan sementara menunggu laporan bedah-siasat.

Shahbaz turut dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas dia mengaku bersalah tinggal melebihi tempoh di negara ini, iaitu lebih 49 hari.  

Ayuni memerintahkan Shahbaz menjalani hukuman bermula hari ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Menara IMC, Jalan Sultan Ismail, Dang Wangi, di sini pada 5.08 pagi, 29 Mei mengikut Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 iaitu pelanggaran seksyen 15 (1)(c) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya S.Purnima mewakili pendakwaan manakala Shahbaz tidak diwakili peguam. - Bernama